|
Himpunan Tarbiah dari Abuya (merged shah05)
[Copy link]
|
|
Dulu dikatakan juga sesiapa yang tidak memakai serban dan jubah seperti Abuya maka mereka adalah mengikut Yahudi seperti berseluar dan berbaju kemeja tapi kini dah berubah kot??? Pakai baju batek dan bersongkok Indon boleh kan???
Begitu juga kaum wanita yang tidak berpurdah menutup seluruh tubuhnya sehinggakan tidak boleh menampakkan wajah mereka maka wanita itu tiada maruah....tapi kini juga dah berubah kot? Pakai mini tudung berwarna-warni takper kan???
Eeeh..eh sorrylah termenyampuk lak ! |
|
|
|
|
|
|
|
macam mana pula dengan jubah hitam dan serban hitam???alaa..yang macam ayatollah pakai tuu...:cak:
eh...sorylah....ter"menyampuk" juga..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hambasufi at 4-3-2006 10:46 PM
Serban dan jubah adalah pakaian Rasululah. Serban tu mahkota Rasululah!!
Kalau gitu, awat la ni org2 rufaqa tak pakai seban dan jubah??
eh...sorrylah, ter"menyampuk" gak.. |
|
|
|
|
|
|
|
dulu orang arqam bila jumpa orang turki, mulalah nak menyibuk pakai topi tajam macam orang turki. so bukannya nak ikut baginda Nabi saw. lepas tu buat trademark serban tebal tu. So kira lebih nak buat style atas nama mengikut Nabi kunnuuunnn. kahiwn cerai kahwin cerai.....hipokritos |
|
|
|
|
|
|
|
abuaya, boleh saya tahu mana saudara dapat statistik tentang perkahwinan/perceraian orang2 Arqam sehingga saudara mengatakan kahwin cerai kahwin cerai? setakat apa yang saya baca dari buku Ann Wan Seng, Arqam di Sebalik Tabir, dia kata perceraian di dalam Arqam sangat sedikit. Lebih kurang 1% (kalau tak silap saya, nanti saya check balik, tapi yang pasti mmg dia kata sangat sedikit). Harap saudara boleh kemukakan dari mana saudara dpt sumber.
Dan setahu saya jugak, bukan orang Turki yang pakai kopiah tajam tu. Masa saya ke Turki tak pernah pulak saya lihat orang pakai kopiah tajam, tapi kat Sudan ada. Dan org Naqsybandi pun pakai kopiah tajam. Dan mereka semua ni pakai atas dasar sunnah Nabi.
Wallahu a'lam. Ampun maaf. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by beemer318Ci at 7-3-2006 03:34 AM
abuaya, boleh saya tahu mana saudara dapat statistik tentang perkahwinan/perceraian orang2 Arqam sehingga saudara mengatakan kahwin cerai kahwin cerai? setakat apa yang saya baca dari buku Ann Wan ...
tq...beemer......
data dari ann wan seng adalah diiktiraf dari sudut ILMIAH...memang benar peratusan yg anda sebut itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hambasufi at 4-3-2006 10:46 PM
Kerana ada ulamaki yang menyebut barang siapa dari kalangan lelaki yang tidak menutup kepala dikira Fasik Kecil!!
ulama mana?:stp:
sorry termenyampok plaks. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 7-3-2006 01:12 PM
tq...beemer......
data dari ann wan seng adalah diiktiraf dari sudut ILMIAH...memang benar peratusan yg anda sebut itu.
mana source dia? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by beemer318Ci at 6-3-2006 10:34 AM
abuaya, boleh saya tahu mana saudara dapat statistik tentang perkahwinan/perceraian orang2 Arqam sehingga saudara mengatakan kahwin cerai kahwin cerai? setakat apa yang saya baca dari buku Ann Wan ...
seriharta kalau bab yang menangkan dia suka sangat lah dia ni. kalau ada orang sokong dia, mula lah naik berahi dia ni.
oh bukan main pandai mintak bukti, bawak statistik....kalau bab ni mintak bukti, mintak statistik. Kalau orang tak bawak dia kata tipu semua...ha sekarang..bawak bukti dari hadis Abuaya betul2 bani tamim! Kalau takdak nampak sangat menipu!@!@!
si perempuan kawan seriharta pernah tunjuk forum yang bincang pasai bani tamim. Tapi kat situ mana ada dalil kata ABuaya tu bani tamim. Mana ada kata PBT datang dari Malaysia. Yang aku tengok hadith semua cakap muncul dari Khurasan.
Orang Rupakak kena belajar geografi balik, sebabnya Khuraasaaaaaaaaaan tu bukan Malaysiaaaa, bukan Jawa, bukan alas kotonggo, bukan rawang, bukan damansara, bukan labuan, bukan Klang!!!!!!!! jangan dok perasaaaaannnnnn!!!
ada lah yang close topic ni kang. Suka bebenor lah geng Rupakak sebab tak yah jawab...pengecut |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by beemer318Ci at 6-3-2006 10:34 AM
abuaya, boleh saya tahu mana saudara dapat statistik tentang perkahwinan/perceraian orang2 Arqam sehingga saudara mengatakan kahwin cerai kahwin cerai? setakat apa yang saya baca dari buku Ann Wan Seng, Arqam di Sebalik Tabir, dia kata perceraian di dalam Arqam sangat sedikit. Lebih kurang 1% (kalau tak silap saya, nanti saya check balik, tapi yang pasti mmg dia kata sangat sedikit). Harap saudara boleh kemukakan dari mana saudara dpt sumber.
Dan setahu saya jugak, bukan orang Turki yang pakai kopiah tajam tu. Masa saya ke Turki tak pernah pulak saya lihat orang pakai kopiah tajam, tapi kat Sudan ada. Dan org Naqsybandi pun pakai kopiah tajam. Dan mereka semua ni pakai atas dasar sunnah Nabi.
Wallahu a'lam. Ampun maaf.
arqam rupakak takde identiti. Perjuangan nak naikkan nama group je. bila jumpa naqsyabandi, abuaya mula nak ikut. Nak buat sesuatu yang jadi trademark. Sepatutnya trademark mesti Islam. Perangai elok, jangan menipu, jangan dok kutuk orang, jangan takabbur. Sebab tu bila Abuaya asyik dok bangga pasal jumlah kedai, bangga group nasyid dia, pas tu tulis buku kutuk orang ni, kutuk orang tu sebab perjuangan dia nak naikkan group dia je.... Ini perjuangan yang kalau P/ramlee hidup dia kata "Perjuangan taik kucheeenggg! prettttt |
|
|
|
|
|
|
|
minta maaf abuaya, saya bukan nak menangkan org Rufaqa'. Cuma saya nak tahu je dari mana saudara dpt fakta ttg penceraian dlm Arqam. Tu je, jgnlah marah pulak. Saya minta maaf kalau permintaan saya tu salah. Saya pun tak tahulah samada statistik yang ditunjukkan oleh Ann Wan Seng tu betul ke tak, tapi sbb published by UM, so mcm ada weight sikitlah. Itu je.
Pasal kopiah tajam tu, saya rasa kalau dah mmg sunnah Nabi tak salah kan kalau kita ikut. Pasal kutuk orang, takabbur dan dok bilang kedai dan kumpulan nasyid tu saya tak tahu lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Soalan (1)
Bagaimana untuk menilai sama ada sesuatu itu yang benar (haq) atau tidak?
Jawapan Abuya:
Dalam Quran dan hadis ada bermacam-macam ilmu.Yang terkenal adalah tentang hukum |
|
|
|
|
|
|
|
Adakah orang yang bertaqwa itu ialah orang yang melihat dirinya jahat,tidak orang lain?
Kalau Rasul dan nabi dia tidak rasa ada kebaikkan langsung padanya tetapi hanya nempak jahat dirinya.Itulah taqwa.Bahkan semasa ibadah dia rasa dia buat jahat(dosa).Orang bertaqwa walaupun bukan Rasul jika dia beribadah,dia rasa dia buat jahat.Itu dikira sudah tinggi sangat,itu sudah taqwa.
Orang yang taqwa tidak sama dengan orang yang tidak bertaqwa.Orang tidak taqwa selepas sembahyang dia rasa lega.Manakala orang taqwa pula risau,bagaimana sembahyangnya tadi.dia merasakan dirinya telah membuat dosa.Berbeza rasanya. |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by Gravedigger at 14-3-2006 12:53 PM
Ini bukan soal pencinta abuya anggap ke tak anggap abuya dpt ilham. Itu bukan soalnya. Lagi soal nak malu ke apa ke...
Kalau seseorg itu peka dan ikut tariqat, tak kiralah apa tariqat pun.... mmg boleh agak abuya peroleh ilmu dia dari mana dan macam mana.
Sebab itula buku2 abuya mmg tadak reference kecuali buku AM pegangan darul arqam tu dulu...itupun krn hendak beri bukti kukuh bahwa pegangan abuya dan jemaahnya tak salah dr pandangan ulama2 ASWJ yg muktabar.
Berpuluh2 buku abuya yg lain mmg tadak reference....tafsiran abuya kebanyakannya tadak cedok dari mana2 buku ulama2 yg dah diterbitkan terutama bila abuya ulas pasal kemasyarakatan yg mencakupi ilmu2 bab kebudayaan, ekonomi, pendidikan dll iaitu ianya sesuai atau relevan utk di aplikasikan ilmunya pada zaman ini. Cth terbaru ialah buku abuya berjudul "BUAH FIKIRAN USTAZ ASHAARI MUHAMMAD" yg abuya hasilkan semasa beliau di bawah tahanan terhad ISA.
Kalau lah tafsiran ilmu abuya bukan tafsiran yg haq....tak kan hingga 6 syeikh tariqat yg haq (wazir) di dunia luar sana yg punyai jutaan pengikut di seluruh dunia dah 'iktiraf' abuya. Hinggakan ada antara syeikh tersebut 'mengirim' anak buah kesayangannya semata2 'kepada' abuya...
Hanya jauhari mengenal manikam....hanya depa sesama syeikh tariqat yg haq ini yg 'mengenali' sesama depa.....
wallahualam...
[ Last edited by antiQue at 20-5-2006 04:43 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Guys at 14-3-2006 01:20 PM
Sebab itula buku2 abuya mmg tadak reference kecuali buku AM pegangan darul arqam tu dulu...itupun krn hendak beri bukti kukuh bahwa pegangan abuya dan jemaahnya tak salah dr pandangan ulama2 ASWJ yg muktabar.
Berpuluh2 buku abuya yg lain mmg tadak reference....tafsiran abuya kebanyakannya tadak cedok dari mana2 buku ulama2 yg dah diterbitkan terutama bila abuya ulas pasal kemasyarakatan yg mencakupi ilmu2 bab kebudayaan, ekonomi, pendidikan dll iaitu ianya sesuai atau relevan utk di aplikasikan ilmunya pada zaman ini. Cth terbaru ialah buku abuya berjudul "BUAH FIKIRAN USTAZ ASHAARI MUHAMMAD" yg abuya hasilkan semasa beliau di bawah tahanan terhad ISA
Terima Kasyih la...memang hebat ilmu abuya tu kan? Abuya mana ada tiru-tiru syama ulama-ulama lain...tak pakai lah mereka itu syemua. Ulama lain mana ada dapat ilmu ilham macam abuya yang kalo Yakazah nanti tentu abuya boleh nampak muka syapa-syapa yang tak setuju syama dia boleh jadi muka macam babi ataupun mana yang baik syikit macam unta laah. Ene mau tabik la syama abuya...macam mana mau tabik syama dia??? |
|
|
|
|
|
|
|
BUAH IMAN
Semasa pemerintahan Sayidina Umar Al Khattab r.a., ada seorang lelaki bernama Hassan. Suatu hari dia keluar dari kampungnya dengan menunggang seekor unta untuk membuat satu perjalanan yang jauh. Setelah lama menunggang, dia keletihan lalu turun dari untanya dan bersandar di sebatang pokok lalu tertidur.
Setelah sedar dari tidurnya didapatinya untanya tidak ada. Dia terburu-buru mencari untanya itu. Dalam keadaan cemas dan bimbang itu, Hassan terjumpa untanya, tetapi telah mati. Alangkah terkejutnya Hassan.
"Pakcik yang membunuhnya," kata seorang tua yang berada di situ. "Tetapi bukan sengaja. Unta ini memakan tanaman pakcik, jadi pakcik lontar dengan batu kecil. Kena betul-betul di kepalanya. Tiba-tiba unta ini rebah lalu mati."
Hassan dalam keadaan bingung kerana terkejut dari tidur, tiba-tiba mencabut pedangnya dan dihayun ke arah orang itu dan terpenggallah leher dari badan.
Hassan seakan-akan baru tersedar dari mimpi dan menyesal yang amat sangat. Hassan lalu mencari keluarga si mati dan menceritakan segala-galanya.
Dua orang anak lelaki kepada orang tua itu terus membawa Hassan kepada Amirul Mukminin hari itu juga. Hassan pun dihadapkan ke mahkamah pengadilan. Dengan dihadiri oleh beberapa orang Sahabat, pembicaraan pun dijalankan.
Setelah mendengar pengakuan Hassan sendiri, Sayidina Umar selaku hakim telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Hassan. Mendengar itu Hassan berkata:
"Demi Allah, saya lebih sanggup dibunuh di dunia daripada mendapat hukuman Neraka di Akhirat. Tapi, wahai Amirul Mukminin, saya minta ditangguhkan hukuman itu beberapa hari kerana saya hendak pulang memberitahu keluarga saya tentang perkara ini. Mereka semua belum tahu dan kerana jauhnya dari sini tentu mereka tidak akan tahu kalau saya tidak memberitahunya."
Sayidina Umar tidak dapat memperkenannya kalau tidak ada penjamin. Walaupun Hassan merayu, tetapi Sayidina Umar tetap bertegas. Akhirnya seorang Sahabat bernama Abu Zar bangun dan berkata, "Sekalipun saya tidak kenal saudara Hassan, namun atas nama Sahabat Rasulullah, saya minta tuan hakim memperkenankan permohonan Hassan. Jika sekiranya Hassan tidak datang pada hari akan dijatuhkan hukuman, maka biarlah saya yang dihukum."
Dengan jaminan itu, maka Hassan pun dibenarkan pulang ke kampungnya. Sesampai di rumah, Hassan terus memberitahu keluarganya tentang apa yang berlaku dan berkata, "Biarlah saya jalani hukuman di dunia dari hukuman di Akhirat."
Menangislah ibu bapa dan anak isterinya. Tetapi Hassan tidak lemah semangat, terus dipacunya kuda menuju ke tempat pengadilan. Dia lebih takut kepada Allah dan cintakan Akhirat lebih daripada anak isteri.
Di pertengahan jalan, tiba-tiba tali pacu kudanya putus. Hassan cemas kalau-kalau dengan itu dia terlewat sampai. Bagaimanapun dengan susah payah, Hassan dapat membetulkan tali kekang kudanya dan akhirnya dapat meneruskan perjalanannya, tetapi sudah lewat.
Di padang tempat hukuman hendak dijatuhkan kerana kelewatan Hassan, semua yang menanti sangat cemas. Mereka cemaskan Abu Zar yang terpaksa menggantikan tempat Hassan.
Dalam suasana kecemasan yang memuncak, tiba-tiba berbalam-balam di kejauhan semua yang hadir nampak kuda pacuan berlari kencang menuju ke tempat itu. Setelah yakin Hassan yang datang mereka bertempik, "Allahu Akbar! Allahu Akbar!"
Suasana tiba-tiba bertukar menjadi sedih dan terharu. Betapa jujurnya anak muda Hassan memegang janjinya sekalipun nyawanya akan melayang.
Sebaik turun dari kudanya, Hassan mengadap tuan hakim dan berkata, "Demi Allah, saya tidak berniat untuk menempah kelewatan ini. Tali kuda saya putus di tengah padang pasir. Puas saya usahakan mencari tali untuk menyambungnya. Alhamdulillah, saya dapat dan selamat tiba ke sini, tuan hakim." Kemudian katanya lagi, "Sebelum saya dibunuh, izinkan saya bersembahyang dua rakaat."
Sayidina Umar pun membenarkan. Dalam doa akhirnya, Hassan berdoa: "Ya Allah, ampunkan keterlanjuranku di dunia dan di Akhirat."
Selesai menyapu muka, Hassan pun mengadap menyerahkan dirinya untuk menjalani hukuman bunuh. Tetapi pada saat genting itu, tiba-tiba kedua-dua beradik anak si mati mengadap tuan hakim dan berkata, "Kami telah menyaksikan kejujuran dan keikhlasan saudara Hassan dan telah kami saksikan juga keberanian dan kasih sayang saudara Abu Zar. Juga telah kami saksikan ketegasan dan keadilan Amirul Mukminin menjalankan hukuman Tuhan. Hasilnya, kami memperolehi kekuatan untuk meredhakan kematian ayah kami dengan memaafkan saudara kami Hassan. Lepaskanlah saudara Hassan daripada hukuman, wahai Amirul Mukminin."
Mendengar itu sekali lagi padang itu bergema dengan laungan,
"Allahu Akbar! Allahu Akbar!"
Mereka semua bersyukur kerana terampunnya seorang saudara mereka dari hukuman di dunia dan di Akhirat, insya-Allah.
Banyak yang dapat kita pelajari dari peristiwa bersejarah itu. Dari seorang tua yang berani mengaku salah hingga menemui kematian, kemudian Hassan yang lebih berani mengakui kesalahannya dan menyerahkan diri untuk dibunuh. Kemudian Abu Zar yang berjiwa `sahabat` dan sanggup mati kerananya. Tuan hakim yang tegas dan adil. Akhir sekali dua beradik yang berhati mulia merela dan memaafkan pembunuh ayah mereka. Dengan hati yang beriman dan berkasih sayang, manusia di zaman Sahabat telah menempa satu sejarah yang agung. Dan dengan hati-hati yang beriman, mereka telah berjaya mengangkat Islam setinggi-tingginya sesuai dengan sifatnya.
Dengan itu mereka bukan sahaja telah menguasai dunia, tetapi sedang menikmati kesenangan dan kerehatan di Alam Barzakh dan akan Allah anugerahkan Syurga. Itulah nasib orang yang bernama mukmin yang sebenar. Sekarang Allah taqdirkan giliran kita untuk menentukan nasib dan maruah diri. Semoga kita menggunakan peluang ini sebaik-baiknya menuruti jejak langkah mereka yang mulia lagi diredhai. |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah...
dah terbuka hati pak grave merasa seronok membaca tarbiah dari abuya...
ada peningkatan... |
|
|
|
|
|
|
|
pak grav ni dah pandai sangat ka nak nilai2 orang punya sajak2 orang lain... pak grav ni dah rasa cukup baguih ka nak buat pernilaian tentang orang punya hasil tulisan... tapi apasal saya yang menbaca terasa ada "ROH" adakalanya buat saya bertambah gelora cinta dan takut saya pada Tuhan hasil dari luahan melalui sajak Abuya... kenapa pak grav bersikap orang tua yang keras kepala yang merasa diri dah banyak ilmu tapi tak sensitif ker cara luahan sajak dari Abuya.... ? :hmm:
Islamkan tak meyempitkan cara dakwah itu... pelbagai cara boleh dilakukan, setengah orang ada yang suka sajak, bercerita, memgembara, nasyid, ceramah, ekonomi, pendidikan, dan bermacam2 lagi ada... kata orang kedah "MACAM-MACAM ADA" islam bukan agama jumud kan?. Ianya bergantung pada minat seseorang itu ada yang minat sajak, kesedaran dia mungkin disajak, depend la pada hidayah Tuhan nak beri kan? tapi kesedaran yang saya dapat adalah dari minda Abuya. dengan kesedaran melalui perkataan RASA BERTUHAN saja buatkan saya terus dapat melaksanakan syariat dengan senang, dulu bila nak sembahyang kat tempat keja kena ambik air kat sinki rasa susah, sekarang dah jadi mudah kerana hidayah yang Tuhan beri melalui minda Abuya dapat saya lakukan syariat itu dengan tak rasa susah pun... Terima Kasih Tuhan, kau mendergar luahan hatiku yang ingin memiliki Mu, terima kasih Abuya sanggup bersusah2 jatuh bangun untuk kenalkan Tuhan pada kami yang tidak mengenal Tuhan kita ampunkan dosa kami ...
Para perjuang Tuhan ni, pejuang cuba mewujudkan satu alternatif pada zamna itu untuk kesesuaian pada zaman itu untuk melahirkan rasa cinta dan takut pada Tuhan itu bertambah2 dan membuak2... selagi tak melangar syariat ataupun sunnah... pejuang Tuhan ni tiap2 malam bangun tahajud, zikir secara tarikat dan tersusun, banyak ibadah yang dilakukan dan ibadah2 mereka ni memberi kesan pada diri... dan mendatangkan buah2 mahmudah yang bercambah dalam diri mereka... yang bercambah ni Tuhan datangkan rasa kasihsayang antara manusia, rasa bersama, berkerjasama, hormat-menhormati, bertolak ansur, dan macam2 lagi...
[ Last edited by antiQue at 20-5-2006 04:43 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Abuyazid at 16-3-2006 08:51 PM
pak grav ni dah pandai sangat ka nak nilai2 orang punya sajak2 orang lain... pak grav ni dah rasa cukup baguih ka nak buat pernilaian tentang orang punya hasil tulisan... tapi apasal saya y ...
ermm....dengarlah pandangan dari anak muda yg bernama abuyazid ini, tatie rasa umur pak grave dan dia jauh berbeza tetapi jika dibandingkan cara pemikiran dia dan cara pemikiran pak grave, sukar utk org lain meneka siapa yg lebih berusia.
mungkin pak grave ni dah terlalu tua utk menerima kaedah dakwah dan tarbiah terkini kerana dia orang lama kot, abuyazid..jadi kita doakanlah dia supaya diperluaskan mindanya utk menerima kaedah dakwah dan tarbiah yg pelbagai ini, bukan jumud jer. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Abuyazid at 16-3-2006 08:51 PM
pak grav ni dah pandai sangat ka nak nilai2 orang punya sajak2 orang lain... pak grav ni dah rasa cukup baguih ka nak buat pernilaian tentang orang punya hasil tulisan... tapi apasal saya y ...
Hehehehee...takyah orang tua seperti atuk ni boleh menilai sajak-sajak Asaari tu....budak tingkatan 5 yang ambil sastera pun boleh menilai dan membuat perbandingan antara sajak-sajak sampah dan sajak-sajak yang tinggi nilai seninya apatah lagi nak dibandingkan dengan sajak-sajak sufistik . Sebab tu juga ler takdak forumners yang terpukau dan tersepona (bahasa sajak untuk terpesona) pada sajak-sajak syok sendiri abuya ko orang tu......oop..ooops melainkan ramai yang PM pada makcik Tatie tu saja. |
|
|
|
|
|
|
| |
|