|
[Pulau Pinang]
'Rumah Sembang Pasemboq Utara V175'
[Copy link]
|
|
tp ada juga yg rege mahal tp kualiti hauk.
|
|
|
|
|
|
|
|
kt sini baru nmpk matahari. |
|
|
|
|
|
|
|
dia sendiri pun adik beradik ramai.
bakal beranak ramai jugak nmpknya tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Antara kenderaan dikesan menggunakan lorong kecemasan dalam operasi JPJ sempena Tahun Baharu Cina, hari ini. - NSTP/Ihsan JPJ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
jaga jaga ada yang memerhati |
|
|
|
|
|
|
|
ikuti lah undang2 jalan raya |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tidak saman bakal menanti |
|
|
|
|
|
|
|
mmg tu alasan abah kaka.
makanan tak berkhasiat.
lgpun abah kak pandai nk beli.
skrg ni mana ada abah kaka guna phone.
dia tak reti.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bekalan ayam, telur kembali normal bulan ini - MAFS
Oleh BERNAMA - Januari 21, 2023 @ 3:34pm
Gambar hiasan - Orang ramai membeli bekalan telur yang disalurkan menerusi FAMA.
PUTRAJAYA: Bekalan ayam dan telur akan kembali normal dan mencukupi untuk pasaran tempatan bermula bulan ini, menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS).
MAFS dalam kenyataannya, memaklumkan perkara itu antara jaminan dan komitmen yang diberikan Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) ketika pertemuan antara kementerian dengan persatuan itu yang berlangsung pada 19 Jan lepas di Putrajaya.
Pertemuan itu dihadiri Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu, Ketua Setiausaha MAFS, Datuk Lokman Hakim Ali, pegawai kanan kementerian dan FLFAM yang diketuai Presiden, Tan Chee Hee.
"Pertemuan ini bertujuan bagi membincangkan Memorandum FLFAM berkaitan isu yang menjejaskan kemampanan dan daya saing industri unggas khususnya ayam daging dan telur. Antara isu yang dibangkitkan meliputi harga kawalan dalam tempoh panjang menyebabkan penternak berdepan kerugian kerana kos pengeluaran terus meningkat.
"Isu lain adalah seperti keperluan meningkatkan produktiviti melalui penternakan secara sistem tertutup, isu aliran tunai dalam kalangan penternak, jangkaan bekalan ayam dan telur serta kos pengeluaran," menurut MAFS.
Jelas MAFS lagi, FLFAM turut menzahirkan penghargaan mereka kepada kerajaan atas usaha dan sokongan dalam mencari penyelesaian yang seimbang tentang masalah yang dihadapi oleh pengguna dan industri di Malaysia berikutan pelbagai cabaran yang wujud dalam proses rantaian bekalan makanan di seluruh dunia.
"MAFS akan terus komited mengadakan libat urus bersama pemain industri bagi memastikan industri ayam dan telur terus mampan bagi menjamin bekalan makanan sentiasa mencukupi untuk keperluan rakyat," menurut kenyataan itu. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... rmal-bulan-ini-mafs |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
macamana stok nak cukup kalau sorang2 borong banyak macam tu |
|
|
|
|
|
|
|
memang tak cukup stok lah |
|
|
|
|
|
|
|
EU ancam sekat Tiktok kerana 'kandungan mengancam nyawa'
Januari 21, 2023 @ 3:45pm
Gambar hiasan.
BRUSSELS: Pegawai Kesatuan Eropah (EU) mengancam akan menyekat TikTok berhubung tuduhan aplikasi video itu masih membenarkan kandungan berbahaya kekal di pentasnya.
Pesuruhjaya EU, Thierry Breton, memberi amaran kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TikTok, Shou Zi Chew, bahawa syarikat itu perlu segera mematuhi peraturan blok negara Eropah itu jika tidak mahu berdepan sekatan.
"Sesuatu yang tidak boleh diterima iaitu di sebalik ciri yang kelihatan menyeronokkan dan tidak berbahaya, pengguna mengambil hanya perlu masa beberapa saat untuk mengakses kandungan berbahaya dan kadangkala turut mengancam nyawa.
"Pada masa sama, kita turut bimbang mengenai dakwaan bahawa wartawan sedang diintip dan data peribadi dipindahkan ke tempat di luar Eropah.
"Saya sudah menyampaikan secara jelas kepada Zi Chew keperluan untuk meningkatkan usaha bagi mematuhi undang-undang EU mengenai perlindungan data, hak cipta dan pentas dalam talian," katanya.
TikTok berdepan pelbagai kesulitan ketika perkembangannya untuk menyaingi pentas media sosial Meta dan pentas video seperti YouTube, khususnya mengenai keselamatan dan kesejahteraan ramai pengguna remajanya.
Malah, pentas internet TikTok, yang tergolong dalam kumpulan Bytedance Cina, sekian lama dikritik kerana perlindungan data yang tidak mencukupi untuk pengguna muda.
Dalam pada itu, China juga dikhuatiri mempunyai akses kepada data TikTok, namun perkara itu dinafikan.
"EU tidak akan teragak-agak untuk menerima pakai semua sekatan yang mungkin jika audit tidak menunjukkan pematuhan sepenuhnya," katanya merujuk kepada Akta Perkhidmatan Digital (DSA) EU.
Undang-undang itu ditetapkan untuk pemegang pentas utama supaya bertanggungjawab terhadap peraturan yang dilanggar mulai 1 September tahun ini.
Undang-undang EU baharu itu juga membenarkan larangan perkhidmatan di EU sekiranya berlaku pelanggaran serius berulang yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang ramai. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/dunia ... gan-mengancam-nyawa |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
diharap kerajaan malaysia boleh pertimbangkan juga |
|
|
|
|
|
|
|
banyak kes2 yang berlaku semasa berkempen PRU yang lepas |
|
|
|
|
|
|
|
Pelajar Mexico mabuk buat cabaran TikTok
Januari 21, 2023 @ 11:18am
'Cabaran clonazepam' yang tular di TikTok menyebabkan beberapa pelajar mabuk di Mexico. - Foto AGENSI
MEXICO CITY: Pihak berkuasa Mexico memberi amaran mengenai bahaya cabaran TikTok yang tular sehingga menyebabkan pelajar sekolah mabuk selepas mengambil ubat terkawal.
Menggunakan slogan 'Yang terakhir tertidur akan menang', cabaran itu memaksa pengguna untuk berjaga selepas mengambil clonazepam, ubat yang digunakan bagi merawat sawan, serangan panik dan keresahan.
Kesan sampingan ubat terbabit adalah mengantuk.
Menurut jabatan keselamatan awam pada Khamis lalu, pasukan paramedik merawat lima kanak-kanak bawah umur yang mabuk di sebuah sekolah di Mexico City.
Pihak berkuasa di Nuevo Leon melaporkan, berlaku tiga kes di wilayah itu.
Setakat ini, semua pelajar stabil dan tidak mengalami sakit tenat.
Setiausaha kesihatan Nuevo, Leon Alma Rosa, berkata cabaran yang merebak melalui rangkaian sering menyebabkan kesihatan orang ramai terancam.
"Cabaran itu tular melalui rangkaian dan menyebabkan kesihatan orang ramai terancam," katanya.
Beberapa video dimuat naik disiarkan TikTok menunjukkan individu merakam diri mereka mengambil pil berkenaan untuk melihat kesannya.
Bagaimanapun, terdapat pengguna lain yang menyiarkan video amaran mengenai bahaya cabaran itu yang juga pernah dilihat sebelum ini di Chile.
Sebelum ini, seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di Argentina meninggal dunia selepas mencuba cabaran tercekik yang menjadi trend di TikTok, lapor portal Independent.
Polis sedang menyiasat insiden itu yang berlaku di bandar Capitan Bermudez, 13 Januari lalu.
Milagros Soto, ditemukan meninggal dunia di rumahnya selepas didakwa mencuba cabaran blackout yang dikenali sebagai 'cabaran tercekik'. - AFP
https://www.bharian.com.my/dunia ... buat-cabaran-tiktok |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
itu salah satu keburukan tik tok |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|