|
Saya harap mak mertua saya sihat ketika berada di tanah suci. Saya pergi dgn travel agent yg dulu saya ikut. |
|
|
|
|
|
|
|
mama_twins,
Sekiranya perlu guna kerusi roda, boleh ambil di tempat wakaf kerusi roda. Tak perlu beli. |
|
|
|
|
|
|
|
ustaz,
Terima kasih atas pandangan ustaz. Yg saya risau sekarang nie, takut dia terjatuh masa dia berjalan jika tidak menggunakan kerusi roda jika bersama saya. Jika ada suami, kudrat lelaki kan lebih kuat ....faham2 jelah. Yg kedua keadaan berdebu di mekah sekarang ni, saya nie tak putus berdoa semoga mak mertua, saya dan suami sihat dan dpt menyempurnakan ibadah.
Tapi mana tahu kan mak mertua saya ok je.....sebab mak mertua saya nie jenis yg kuat semangat. Insyallah, Dia yang menjemput kita pasti kita boleh menunaikan ibadah dengan sempurna......insyallah |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1419 mama_twins's post
mama_twins,
Kerusi roda wakaf boleh dibawa balik ke hotel dan parking di luar bilik. Cumanya jangan lupa pulangkan lepas tawaf widaq.
Kalau boleh beli topeng yang mahal sikit di sini untuk tapis debu. Cuma jangan pakai topeng bila dalam ihram. Lagi satu, bawak gula2 ubat batuk banyak sikit dan vitamin C.
Ustaz baru dpt gambar2 Mekah terkini, cumanya ustaz tak reti macamana nak masukkan gambar dalam ni. Ada siapa2 sudi membantu? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1415 ustaz's post
terima kasih untuk nasihat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1422 ustaz's post
Dah pandai pun ustaz .....
Tapi terharu menyaksikan gambar persekitaran Masjidil Haram yang akan berwajah baru kelak. Bagi yang mengerjakan umrah ketika ini dan untuk beberapa waktu akan datang, tak tau berapa lama projek pembangunann di persekitaran Masjidil Haram ini akan siap, mungkin suasana kurang selesa sedikit. Tetapi Allah swt telah menjanjikan setiap kepayahan ada ganjarannya. betul ke begitu ustaz?
Ustaz, saya suka menulis di sini. kalau ada kesilapan atau kesalahan atas tulisan dan perbuatan yang saya lakukan, mohon ustaz buat teguran dan perbetulkan ye.... |
|
|
|
|
|
|
|
emmmm pandai pun ustaz upload gambar. Ustaz nie je ke gambar yg ade? |
|
|
|
|
|
|
|
Ustaz ada banyak lagi gambar yang ustaz dapat pagi tadi, tapi proses nak upload gambar adalah lambat sikit. Maklumlah baru belajar tadi, belum pakar lagi.
Cumanya ustaz rasa hotel2 yang belah babu salam/masjid kucing tidak mendapat sambutan kerana susah untuk ke masjid pasal jalan tutup. Kebanyakan hotel terletak di pintu 20-30, yang menghala ke Intercontinental/Hilton dan di belakang Istana. Mungkin hotel adalah jauh sedikit. Sila tanya ajen masing2 nama hotel dan di mana letaknya hotel. Kalau boleh tanya tentang laluan untuk kerusi roda buat mereka2 yang membawa orang tua2.
Ustaz akan upload peta terbaru. InsyaAllah |
|
|
|
|
|
|
|
Peta original dalam format pdf. Tapi ustaz tak reti nak postkan pdf file. Ni ustaz save dalam format jpeg. Kalau pdf boleh besarkan lagi dan lebih jelas.
Sila tanya ejen anda di mana letaknya hotel anda.
![](http://i6.photobucket.com/albums/y229/Ustaz2/mekah.jpg) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sesiapa yang inginkan peta pdf format ni, kena PM ke ustaz, insyaAllah ustaz emailkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1393 HUSSAINTAHIR's post
mudah-mudahan Allah murahkan rezeki hussain |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1407 Rosputih's post
saya mmg tak tgk jemp. umrah tu, so tak tau apa yg jd sebenarnya.
kenapa ye? err.. tak salah kan kalau nak tau? |
|
|
|
|
|
|
|
cerita psl umrah kat tv ni, tgk tak ranc. iktibar dr Tanah Suci?
suka gak ranc. ni. tgk episod noorkumalasari, rasa beruntungnya
dia sbb dpt hidayah Allah. tp yg plg menginsafkan bg saya episod
'melihat isi Kaabah'. ada sorang pakcik tu diberi rezeki dpt lihat isi
Kaabah tp tak diceritakan apa yg dia nampak. cuma tgk cara dia
menangis bila ceritakan kisah tu & nasihat yg diberi.. mmg tersentuh
hati. apalah agaknya yg Allah perlihatkan pada pakcik tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Masya Allah, terubat sket rindu saya nak tengok Mekah. Dah lame saya tak ke sana, last time was 1999. Looking at ustaz's pictures, lain nye sekarang ek. banyak sanagt bangunan2 tinggi. Probabaly the higher floors could overlook Kaabah. Anyone knows? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shiloh at 30-4-2008 05:44 PM ![](http://malay.cari.com.my/images/common/back.gif)
Masya Allah, terubat sket rindu saya nak tengok Mekah. Dah lame saya tak ke sana, last time was 1999. Looking at ustaz's pictures, lain nye sekarang ek. banyak sanagt bangunan2 tinggi. Probabaly ...
tak pasti.. sbb tak cukup bajet nak duduk hotel tinggi2 tu. tapi takat overlooking masjid, yes. overlooking kaabah, i don't think so sbb dari kedudukan kaabah kita tak dapat lihat apa-apa struktur kecuali masjid. maaf, saya mungkin silap. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1431 shiloh's post
Umrah baru ini ..Alhamdulillah saya berpeluang duduk di MARWA TOWER Bangunan baru iaitu sebelah Mekah Tower yg menempatkan Hotel Hilton. Bangunan baru tu merangkumii SAFA TOWER,MARWA TOWER,ZAM ZAM TOWER ,MAKAM TOWER.KEEMPAT TOWER NI DAH SIAP DAN SUDAH DIDUDUKI MANAKAL ROYEL MEKAH TOWER ( DLM PEMBINAAN) .kEEMAP TOWER NI BERSAMBUNG DGN HOTEL BARU GRAND MEKAH YG JUGA DALAM PEMBINAAN.
Saya tinggal di tingkat 10 Marwa Tower dan dari tingkap kaca bilik saya boleh nampak suasana orang sedang tawaf Kaabah.
(Ada gambar tapi tak tau nak tunjukkan di thread ni.)
Di setiap bilik ada speaker suara Imam solat di Masjidil Haram.
Sebelum tidor tu suka tengok Kaabah dan orang yg sedang tawaf sambil berzikir.
Ada seperkara yg menyedihkan saya dan saya ingin bertanya dgn ustaz.
Terdapat teman serombongan yg solat d bilik sahaja berimamkan imam masjidil Haram
Mereka kata...Sheikh sheik di Mekah mengatakan bahawa Marwa Tower tu dikira sebahagian Masjidil Haram. Astaghfirulah...saya tak pasti dan tak yakin..
Sayangnya pahala 100,000 yg Allah berikan pada mereka yg solat di Masjidil Haram.
Ustaz boleh tolong check kan...takutnya mereka ini menjadi golongan org yg rugi.
Mereka kata solat dibilik lagi nampak Kaabah n sesekali nampak Imam . |
|
|
|
|
|
|
|
aziefa,
Terdapat pelbagai pendapat tentang ganjaran 100,000 ini. Antaranya pendapat yang mungkin pernah kita dengar adalah:
1) Hanya di dalam Masjidilharam sahaja
2) Di luar masjid juga dapat ganjaran dengan alasan dalam masjid sudah penuh
3) Di hotel2 mewah berdekatan dan juga di istana dikira kawasan masjid yang boleh dapat ganjaran
4) Seluruh tanah haram akan dapat ganjaran 100,000
Namun kita harus rujuk kepada Al Quran dan hadith untuk mendapatkan kesahihan. Rasulullah SAW bersabda 揔elebihan bersolat di Masjidil Haram daripada tempat selainnya ialah dengan ganjaran 100,000 kali solat, sementara di masjidku ini pula 1,000 kali solat dan solat di Masjidil Aqsa mendapat kelebihan 500 kali solat |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1434 ustaz's post
Alhamdulillah saya juga sependapat dgn Ustaz .Pernah sekali dia mengajak saya solat zohor dibilik aje coz panas sangat dan berkata bahawa pahala sama aje dgn kat masjid.Siap dia cakap kalau kita solat kat masjid tu kadang kadang tak nampak Kaabah n tak nampak Imam.Tentu solat kat bilik ni..nampak Kaabah.
Tapi ...Alhamdulillah saya ada kekuatan utk bercakap bahawa Pahala 100,000 tu sekiranya kamu bersolat di Masjidil Haram..Adakah bilik ni Masjidil Haram.Kita solat adalah sunat utk memandang ke tempat sujud bukannya tengok Kaabah...(betulkan saya kalau silap) .Nampaknya kawan saya terdiam..Lagi pun setiap langkah yg jauh ke Masjid tu akan memberi pahala..
Kadang kadang saya menjadi takut bila memikirkan...
Kekayaan dunia yg Allah berikan kepada kita (membolehkan duduk di tempat Mahal)
Membuatkan kita menjadi miskin di akhirat ( terlepas Beratus ribu pahala solat di masjidil haram)
disebabkan solat dibilik sahaja.
YA ALLAH...LINDUNGI HIDUP INI DARI TERLEPAS PELUANG MENDAPAT RAHMAT DAN PAHALA MU DI DUNIA DAN JUGA AKHIRAT..
AMINNNNN.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|