Edited by Vellfire at 6-3-2024 11:21 AM
“Kalau Saya Nak Komen, Memang Dah Lama..” – Zahirah Macwilson Akhirnya Buka Mulut Isu Diganggu Fathia Latiff
Pelakon Zahirah Macwilson akhirnya memberi respon mengenai kontroversi yang melanda dirinya dan suami, Aiman Hakim Ridza dengan pelakon Fathia Latiff.
Ditemui media, Zahirah berkata dia enggan mengulas lanjut kerana situasi sudah ‘terhidang’ di depan mata peminat.
Ujarnya lagi, jika dia ingin memberi komen atau bersuara, sudah lama dia akan bertindak demikian.
Saya rasa awak sudah nampak selama ini macam mana. Kalau saya nak komen, memang sudah lama saya akan komen.
Manakala suaminya, pelakon dan model, Aiman Hakim memilih untuk berdiam diri sepanjang temu bual berlangsung.
Sebelum ini, Fathia dilihat mengecam wajah Zahirah yang didakwa seperti bibik selain menuntut Aiman Hakim untuk meminta maaf di atas kisah mereka sebelum ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
|