CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Akasyah

Himpunan Tarbiah dari Abuya (merged shah05)

 Close [Copy link]
Post time 18-2-2006 12:47 PM | Show all posts
PADA ALLAH ADA SEGALA-GALANYA

PADA Allah ada segala-galanya, rebutlah, rebutlah
Pada-Nya ada keindahan, padanya ada kebahagiaan,
padanya ada ketenangan
Pada-Nya ada keselamatan, pada-Nya ada jaminan
Carilah, carilah, tiada lain selain Allah
Mencari keindahan dengan Allah tidak akan berkesudahan


Mencari kebahagiaan dengan Allah tiada akhirnya
Mencari ketenangan dengan Allah tiada kecewa
Carilah, rebutlah, carilah
Keselamatan hakiki pada Allah serahlah diri pada-Nya
Jangan ragu-ragu jadikanlah Allah penyelamat kita
Tiada penyelamat selain dari Allah


Serahlah diri pada Allah menjamin keselamatan kita
Banyak manusia mencari kebahagiaan tidak nampak jalan
Banyak manusia mencari keselamatan, tapi jurang diterjuninya
Banyak manusia mencari ketenangan, tidak berjumpa
Kerana panduannya adalah akal dan nafsunya


Bukankah Quran jalannya, Hadis penyuluhnya
Tiada jalan selainnya, tiada penyuluh selainnya
Tempuhlah jalan ini, gunakan penyuluhnya
Segala-galanya kita akan dapat dari Tuhan


Koleksi Sajak-Sajak
Nukilan Ust. Ashaari bin Muhammad -
Pengerusi Eksekutif Rufaqa' Corporation Sdn. Bhd  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2006 06:38 PM | Show all posts
Originally posted by Abuyazid at 17-2-2006 10:55 PM




1.Apakah buktinya bhw asaari itu adalah PBT yg dimaksudkan?

Sapa2 pun boleh kalau nak jadi PBT, cari la cirinya2 dan ciri2 jemaahnya, tapi dalam sedar tak sedar ciri2 terseb ...



Hah? Hadis kata.....seorang yg berketurunan bani tamim. Macam mana ente kata sapa2 pun boleh?



Maaf, jika bukti melalui ujian DNA tak dapat pihak2 rufaqa nak bagi pasal sahabat2 Baginda dah jasadnya telah ditanam makam2 yang tersedia ada ditanah yang pernah suatu ketika dulu menjadi kegemilangan islam. Kalau dikorek akan menjadi kecoh satu dunia islam.... tapi jika melalui mulut ke mulut yang tidak dicatatkan dalam kertas tapi boleh dipercayai kerana mulut ke mulut ini pun dari orang2 yang soleh, jangan plak dok kata kat lepa ni bohong plak, pasai lepa ni orang2 soleh, barang siapa yang menyakiti orang2 soleh Allah sendiri akan perangi dengan tangan Allah sendiri... hati2 yer dalam soal ni.. ok berbalik tadi disini saya pastekan salasilah beliau... Abuya selama ini mengajar Agama, macam2 cara yang dia lakukan mengajak manusia kembali kepada Tuhan...



Oooo..... buktinya dari cerita orang tua dulu-dulu la ya......emmm......kalau salah diorang maka salah lah dakwaan asaari  yg dia berketurunan bani tamim.

Nampaknya...bukti yg tak muktamad. Ingat ke ada salsilah yg lengkap kerana kebiasaannya golongan bangsawan arab mereka amat menitik beratkan penulisan salsilah keturunan mereka.

Jadi.....masih atas angin lagilah dakwaan tu kan?

Sekarang saya nak tanya CUBA TUAN LULUGUAGUA CARI MANA JEMAAH DIMUKA BUMI ALLAH NI YANG SAMA JEMAAH ABUYA DENGAN JEMAAH YANG LAIN2 ...






Memang sukar nak cari!

Kerana nak cari sebuah jemaah yg mendewa2kan pemimpinnya ketahap yg tak masuk akal amat payah diakhir zaman ini.

Apalah gunanya kita mendabik dada bhw kitalah yg terbaik tetapi malangnya pegangan kita menyeleweng dari akidah Islam yg benar. Kalaupun ada kebenarannya tetapi bila turut bercampur dgn pegangan yg batil maka ianya akan tertolak. Amat malang sekali
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2006 10:20 PM | Show all posts
Originally posted by luluguagua at 18-2-2006 06:38 PM


Hah? Hadis kata.....seorang yg berketurunan bani tamim. Macam mana ente kata sapa2 pun boleh?

sapa yang boleh tu dari keturunan bani tamim la, tu pun tak paham ka...

Oooo..... buktinya dari cerita orang tua dulu-dulu la ya......emmm......kalau salah diorang maka salah lah dakwaan asaari  yg dia berketurunan bani tamim.
Nampaknya...bukti yg tak muktamad. Ingat ke ada salsilah yg lengkap kerana kebiasaannya golongan bangsawan arab mereka amat menitik beratkan penulisan salsilah keturunan mereka.
Jadi.....masih atas angin lagilah dakwaan tu kan?

Yang ni kalau cerita ang sendiri tak paham, sebenarnya keturunan seperti syed ni ada satu badan pertubuhan yang memdaftar nama bagi sapa2 yang berketurunan syed... sebenarnya ini salah satu alat dari yahudi yang menkaji kerturunan syed ini. agar keturunan syed ni tak terlepas dari pemerhatian mereka ... mungkin ini salah satu strategi untuk mengabui mata2 musuh ...




  QUOTE:
Sekarang saya nak tanya CUBA TUAN LULUGUAGUA CARI MANA JEMAAH DIMUKA BUMI ALLAH NI YANG SAMA JEMAAH ABUYA DENGAN JEMAAH YANG LAIN2 ...



Memang sukar nak cari!

Kerana nak cari sebuah jemaah yg mendewa2kan pemimpinnya ketahap yg tak masuk akal amat payah diakhir zaman ini.

Apalah gunanya kita mendabik dada bhw kitalah yg terbaik tetapi malangnya pegangan kita menyeleweng dari akidah Islam yg benar. Kalaupun ada kebenarannya tetapi bila turut bercampur dgn pegangan yg batil maka ianya akan tertolak. Amat malang sekali
________________________________________

Tau pun sukar nak cari, tapi apa gunanya kita mendabik dada kalau kita mengata kat orang batil sedangkan diri itu tidak tertegak yang haknya... ianya kebenaran... jangan ingat ilmu islam ni takat yang kita baca sahaja.... kita kena paham hadis2 seperti islam akan jadi dagang, akan berbezalah siapa yang mengambil Al-quran dan sunnah sebagai pengangan hidup... kena paham... seeloknya perangai encik luluguagua ni kena la berubah sikap kepada suka mengata kat orang berubah ker mengata kat diri sendiri... pasai encik luluguagua suka sangat mengata kat orang sesat, jangan sangat guna perkataan sesat ni bahaya, Imam Syafei pun tak macam encik luluguagua, dalam soal mengeluarkan hukum, takan encik luluguagua ni mulia macam Imam mazhab kita,

[ Last edited by Abuyazid at 18-2-2006 10:35 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2006 10:31 PM | Show all posts
Originally posted by syeikhbelalang at 18-2-2006 12:40 PM


Syukran Pada Tuan Abu Yazid.

Dikao semakin matang dan bijak dalam berhujah!!!

Seruan jihad telah lama memanggil mu, sejak 1400 tahun yang lalu!Ayuh, sambutlah seruan ini, jangan tunggu ...


Aku tidak merasa apa yang kao cakap aku ni matang dalam berhujah. sebenarnya aku ni tak layak dalam menyatakan sesuatu perkara dengan mengaitkan rufaqa ni kerana aku bukan dalam tarbiahnya ... namum aku tetap berhati2 moga2 diriku tidak menjadi bahan untuk dihina2kan lagi jemaah ini... aku risau dengan cara ku akan bertambah burukkan jemaah ini... moga2 aku tidak menjadi bahan pandangan buruk kepada jemaah ini... AKU BIMBANG DIRI AKAN MENJADI MUKA BURUK JEMAAH INI, KAU PUN TURUT MERASAKAN JUGA KAN, KALAU KAU MENJADI BAHAN UNTUK DIPERBURUK-BURUKKAN LAGI JEMAAH INI...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2006 10:52 PM | Show all posts
Originally posted by apalancut at 18-2-2006 01:53 AM
asal drang ni taksub sgt?? pelik ah.. haih..


Taksud ada negatif ada positif
taksud kalau nak diuraikan lagi kepada fanatik, fanatik plak kalau nak diuraikan kepada sesuatu yang kita suka dan kita cintai la, lebih kurang gitu la...

yang negatifnya macam orang, cuba kau buat soalan "apasal diorang taksud kat siti nurhaliza ha? Apsal diorang ni, ooo diorang ni peminat FANATIK siti, eh apasal laki ha... mesti kemaruk kat siti la ni sampai tampat GAMBAR SITI KAT DALAM BILIK DIA, buku2 pun cerita pasai siti... dia ni dah jatuh cinta kat siti ni...." DAn aku plak terasa pelik apsal diorang taksud kat artis2 negara dengan luar negara sampai menagis2 lepa semua kalau ...

yang positifnya tentang agama, atau kearah yang kebaikan, cuba kita buat soalan "apasal dia ni ha, pakai serban, pakai jubah, suka ramah2 degan orang sampai orang rindu kat dia, buat itu buat ini. ooo dia taksud kat Nabi la ni, dia ni fanatik kat Nabi la ni, ni mesti kemaruk cinta denga Nabi Muhammad ... sampai nak buat apa2 mesti dia rujuk Al-quran dan Sunnah dulu, dan imam2 dulu2... " Dan aku pun menyatakan "eh dia ni ikut sunnah yang Tuhan suka, dia buat macam2 tak ikut pun macam orang lain, macam orang lain ikut benda barat2 buat sampai anak muda kebanyakkan jadi macam barat dah, tapi dia ni buat apa yang sampai budak2 bawah dia ok jer aku tengok, tadak pun yang taksud dengan pakaian barat pun, hiburan bukan hiburan yang melalaikan, hiburan yang sentiasa mengajak kita kepda Tuhan, takkan dia ni sesat kot, gila apa orang kata kat dia ni sesat, ka orang yang kata tu macam mana plak tau la , aku pun tak gamak nak kata kat dia, biar Tuhan tentukan...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2006 03:43 PM | Show all posts
Originally posted by Abuyazid at 18-2-2006 10:52 PM


Taksud ada negatif ada positif
taksud kalau nak diuraikan lagi kepada fanatik, fanatik plak kalau nak diuraikan kepada sesuatu yang kita suka dan kita cintai la, lebih kurang gitu la...



taksub... bukan taksud
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2006 11:47 AM | Show all posts
Berhibur sambil mendidik

Oleh Mohd Nasif Badruddin
[email protected]

TIADA siapa dapat menafikan hiburan satu keperluan manusia untuk mengisi fitrahnya. Namun, adakah produk hiburan yang berlambak di pasaran kini mampu memenuhi cita rasa masyarakat yang pelbagai dan mampukah ia mendidik pendengarnya?




RASMI...Jins (empat dari kanan) bersama Mustapha
(lima dari kanan)dan kumpulan Mawaddah.
Menyedari ketandusan hiburan bermutu yang penuh elemen mendidik, kumpulan Mawaddah muncul memanfaatkan dunia hiburan sebagai landasan membawa manusia kembali kepada fitrah semula jadinya.


Dengan menggunakan kaedah berhibur sambil mendidik, Mawaddah tampil ke arena seni tanah air dengan membawa mesej Cintai Tuhan, Sayangi Manusia.

Majlis pelancaran album ke-19 Mawaddah berjudul Sembahyang Membina Peribadi Agung diadakan di Galeri Mawaddah, Pelangi Damansara, Petaling Jaya baru-baru ini.

Hadir sama Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Jins Shamsuddin, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Datuk Mustapha Maarof, Pengetua Mawaddah Production, Asma
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2006 01:03 PM | Show all posts
Originally posted by Abuyazid at 17-2-2006 10:55 PM
Sepeninggalanku nanti, kamu semua akan jadi seperti anak ayam kehilangan ibu sehinggalah muncul seorang bernama Ashaari.... 擺/quote]
nama dia asaari, bukan ashaari.

[quote]Berketurunan Arab-Bani Tamim bercampur Jawa.

ada tak sesapa yg SAHIH keturunan bani tamim?sebab kununnya asaari nih dari atas nih BERketurunan bani tamim. so mesti ada prominent figure bani tamim sebelum dia.

[ Last edited by snipersnake at 20-2-2006 01:04 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2006 01:40 PM | Show all posts
Originally posted by Kopi-Topi at 19-2-2006 03:43 PM


taksub... bukan taksud



silap eja, sori yer, tq kerana betulkan....
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2006 01:48 PM | Show all posts
Originally posted by snipersnake at 20-2-2006 01:03 PM

nama dia asaari, bukan ashaari.


la cerita pasai nama pun nak kecoh ka... apa la masalah hampa semua ni....
Tak kan tak tau kot dulu2 punya ejaan ... masok la ni jadi masuk... tammat jadi tamat macm2 lagi la... kan orang dulu2 ejaan lepa lain sikit... tak tau ka sejarah dulu macam mana...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2006 01:54 PM | Show all posts
Originally posted by snipersnake at 20-2-2006 01:03 PM

ada tak sesapa yg SAHIH keturunan bani tamim?sebab kununnya asaari nih dari atas nih BERketurunan bani tamim. so mesti ada prominent figure bani tamim sebelum ...





Nenda di sebelah ayah bernama Idris.  Berketurunan Arab-Bani Tamim bercampur Jawa. Nak kena tanya nenda di sebelah ayah dia la kalau nak tau semua ni... tapi yang pergi sudah pergi usah diungkit2 perkara yang menyedihkan hati orang lain...

[ Last edited by Abuyazid at 20-2-2006 02:03 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2006 02:02 PM | Show all posts
Originally posted by Mawar Merah at 20-2-2006 11:47 AM
Berhibur sambil mendidik

Oleh Mohd Nasif Badruddin
[email protected]

TIADA siapa dapat menafikan hiburan satu keperluan manusia untuk mengisi fi ...


Mari, mari, kita mengimarahkan lagi, memceriakan lagi, menambah keserian wajah-wajah yang kekosongan hati mereka dengn mengenalkan  Tuhan pada semua manusia....
Tuhan modal hidup kita yang paling utama, mari kita promosi Dia ke seluruh dunia!!! :pompom::pompom::pompom::bodek::bodek::bodek:
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2006 02:16 PM | Show all posts
Originally posted by snipersnake at 20-2-2006 01:03 PM

nama dia asaari, bukan ashaari.



Asaari tu nama mak bapak dia beri manakala Ashaari pulak nama commercial dia. Barulah glamour sikit tak ada unsur-unsur kejawaan. Mula-mula dulu agak-agaknya bapak dia nak bagi nama Ngasaari kot tapi orang dulu manalah tahu ejaannya.
Bagaimana agaknya kalau dia kekal nama jawa tu. Tentu sekarang pengikut-pengikut setia akan memanggilnya sebagai Al-Ostad Raden Ngasaari Muhammad...kan ?


[ Last edited by Gravedigger at 20-2-2006 03:08 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2006 05:28 PM | Show all posts
Originally posted by Abuyazid at 18-2-2006 10:20 PM
Originally posted by luluguagua at 18-2-2006 06:38 PM


Yang ni kalau cerita ang sendiri tak paham, sebenarnya keturunan seperti syed ni ada satu badan pertubuhan yang memdaftar nama bagi sapa2 yang berketurunan syed... sebenarnya ini salah satu alat dari yahudi yang menkaji kerturunan syed ini. agar keturunan syed ni tak terlepas dari pemerhatian mereka ... mungkin ini salah satu strategi untuk mengabui mata2 musuh ...



Alat yahudi? Kahkahkah.........korang tak dpt mengemukakan daftar salsilah yg lengkap(memang tak ada pun) maka korang mengatakan ianya boleh jadi alat yahudi!

Kalau dah tak tahu menari tu....janganlah disalahkan lantai. Mengaku aje lah.


So....tanpa bukti yg kukuh, sebarang dakwaan adalah merupakan omong kosong belaka.


(Pernah suatu ketika dahulu..ada orang mengatakan yg AKU ni.... berketurunan arab. Mulanya aku hairan jugak..sebab mukaku mirip jawa. Takkan nenek moyangku dari arab kot.....tapi sebab org dah cakap macam tu....aku fikir.... mungkin betul juga.Lagipun aku tak ada hal untuk dibutikan. )
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2006 01:46 PM | Show all posts
blalang,

ko tak paham 'sindiran' rupanya...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2006 04:31 PM | Show all posts
Sekarang ni saya nak tanya saudara/dari semua... asyik2 tanya rufaqa jer sekarang ni orang2 yang menyokong rufaqa ni nak tanya plak Boleh...


Kenapa Ustaz Ashaari dengan beribu-ribu sajak dia, beratus-ratus kuliah dia atau beribu-beribu kot, berpuluh-puluh Nasyid yang dia keluarkan, berbelas-belas perniagaan disesuatu tempat itu, sekolah2 yang dia buat, sampai ada satu ketika budak2 yang takleh nak didik dah lepa ni masuk sekolha ni tak berubah, masuk tu tak berubah juga, last2 masuk sekolah rufaqa, terus ok, ni pernah aku sendiri tengok bukan nak reka2 cerita...

berbagai2 jenis cara dan tidak menumpukan dengan satu cara dia nak kenalkan Tuhan... kadang2 aku dok sembang gan orang2 rufaqa ni diorang ni cakap dah lain dah tau, bila cakap sikit dia selitkan tentang Tuhan, Rasul, macam2 lagi la, rasa best jer dalam hati, rasa terhidur tak tau nak gambarkan....

Kenapa dengan semua2 itu berkisarkan tentang Tuhan, Rasul, kasih sayang, masyarakat harmoni, gejala sosial, ekonomi, tauhid, perjuangan, semuanya tentang islam dan Tuhan..., Macam2 dia buat, tak celuis kat malayisia, sampai indonesia, luar negara sana tu dengan tak guna apa2 pimjaman pun pakai duit poket sendiri ja...

The Beauty Of Islam
Album : Kasih Sayang
Kumpulan : Qatrunada

Look at the beauty of Islam
Spreading around the world
See the preetiness of Islam
Like llowers blooming everewhere
Blooming and spreading grecefully
On the highlands and on the valleys
Take a look at the cause of the beaty
They are servants working for their god
And the beauty has been showered
With the sweats of the companions
And the preetiness has been enriched
With the coming of the reformers


Rasul Purnama
Album : Peribadi Contoh
Kumpulan: Mawaddah

Engkau laksana purnama dimalam gelap gelita
Cahayamu penuhialam buana
Semua makhluk bergembira dan riang
Makhluk mendapat rahmat dengan kehadiranmu

Ya Muhammad engkau rasul pilihan
Membawa rahmat dari Tuhan untuk semua insan
Agar manusia hidup didalam kebahagiaan
Berkasih sayang bersatu padu dan aman
Engkau pemimpin luar biasa
Tiada pemimpin menandingimu
Engkau berkata engkau mengota
Semua orang menghormatimu
Keberanianmu bak besi waja
Gentar dengan musuh tiada
Kepimpinananmu yang bijaksana mengubah dunia

Akhlakmu laksana bulan
Dimalam hari budimu terserlah sekali
Melihat muka rasa bahagia
Ketiadaan mu rasa rindu
Keberadaanmu rasa senang dan tenang
Lupa makan minum perut rasa kenyang
Diwaktu malam engkau laksana bulan
Diwaktu siang laksana matahari yang terang

Ya Muhammad Rahmatal ‘Alamin
Rahmatmu merata semua makhluk merasa
Berjasanya engkau wahai Rasulullah
Kau membawa risalah Al-Quran sebagai panduan
Sunnah menjadi suri tauladan untuk ikutan
Engkau berjuang mengenalkan Tuhan
Syariat pula mendisiplinkan hidup manusia



Ni lagu2 dia senikata dia yang tulis bagi... semua nak megajak balik pada Tuhan dan Rasul... macam nak ajak balik la rujuk balik al-Quran dan Sunnah ...

[ Last edited by Abuyazid at 21-2-2006 05:03 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2006 09:59 PM | Show all posts
Kenapa Ustaz Ashaari dengan beribu-ribu sajak dia, beratus-ratus kuliah dia atau beribu-beribu kot, berpuluh-puluh Nasyid yang dia keluarkan, berbelas-belas perniagaan disesuatu tempat itu, sekolah2 yang dia buat, sampai ada satu ketika budak2 yang takleh nak didik dah lepa ni masuk sekolha ni tak berubah, masuk tu tak berubah juga, last2 masuk sekolah rufaqa, terus ok, ni pernah aku sendiri tengok bukan nak reka2 cerita...

cuba kau carik dema yg sekolah arqam dulu apa jadik? spm tadak, apa pon tadak, last2 menganggur. tuh belom kes2 curik kat asrama arqam dulu. sampai selipa jepon pon kene rantai. mana aku tau? adik ipar aku salah soang mangsa tuh.nak ketengah tak leh, nak ketepi tak leh.mak bapak bagik amanah pada asaari, jadik lagu tuh
plak. menjawab la dia esok
berbagai2 jenis cara dan tidak menumpukan dengan satu cara dia nak kenalkan Tuhan... kadang2 aku dok sembang gan orang2 rufaqa ni diorang ni cakap dah lain dah tau, bila cakap sikit dia selitkan tentang Tuhan, Rasul, macam2 lagi la, rasa best jer dalam hati, rasa terhidur tak tau nak gambarkan....

Kenapa dengan semua2 itu berkisarkan tentang Tuhan, Rasul, kasih sayang, masyarakat harmoni, gejala sosial, ekonomi, tauhid, perjuangan, semuanya tentang islam dan Tuhan..., Macam2 dia buat, tak celuis kat malayisia, sampai indonesia, luar negara sana tu dengan tak guna apa2 pimjaman pun pakai duit poket sendiri ja...

macam2 kan dia buat. tapi bila si amina wadud jadik imam sepatah haram pun dia tak cakap apa2.ada ke aulia Allah yg penakut?

The Beauty Of Islam
Album : Kasih Sayang
Kumpulan : Qatrunada

bukan lead vokal kumpulan nih kene tangap basah ker dulu?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2006 08:57 AM | Show all posts
Originally posted by snipersnake at 21-2-2006 09:59 PM

cuba kau carik dema yg sekolah arqam dulu apa jadik? spm tadak, apa pon tadak, last2 menganggur. tuh belom kes2 curik kat asrama arqam dulu. sampai selipa jepon pon kene rantai. mana aku tau? adi ...


Bab dah bekerja atau menganggur, itu terpulang pada individu itu sendiri. Lepasan universiti pun ramai yang menganggur sekarang. Nak salahkan Pak Lah ker atau Kementerian Pelajaran? Yang penting tahu berdikari. Malaysia bumi mewah tak heran kalau ribu2 pendatang asing berhijrah ke malaysia.Mereka lagi tidak mempunyai sebarang kelulusan apatah lagi pengalaman? Setakat mempunyai tulang 4 kerat jer!! Tapi punya ketelusan untuk membawa wang Malaysia kenegara masing2!!

macam2 kan dia buat. tapi bila si amina wadud jadik imam sepatah haram pun dia tak cakap apa2.ada ke aulia Allah yg penakut?


Tahap menegur kesalahan individu atau kumpulan bergantung pada kemampuan. Apa bukti awak bahawa Abuya dan kumpulannya tidak menegur? Bukankah teguran agar Mencintai Tuhan, Takut Pada Tuhan Dan Berbagai-bagai lagi agar insan dapat mengenal Tuhan melalui Saluran Ahlul Sunnah Wal Jamaah itu adalah bukti teguran Abuya? Tahu tahulah kalau Amina Wadud tu berfahaman Bahai ker, Syiah ker atau Wahabi ker? Yang penting Abuya setiap masa 24 jam menegur masyarakat agar kembali pada ajaran Islam yang sebenar!!

bukan lead vokal kumpulan nih kene tangap basah ker dulu?


Setakat buat fitnah, tak der bukti dan saksi. lebih baik kita berdiam diri pada perkara yang tidak dipastikan dan dibuktikan hujung pangkalnya!!

ff:

[ Last edited by hambasufi at 23-2-2006 09:00 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2006 03:26 PM | Show all posts
Originally posted by Abuyazid at 21-2-2006 04:31 PM

Kenapa Ustaz Ashaari dengan beribu-ribu sajak dia, beratus-ratus kuliah dia atau beribu-beribu kot, berpuluh-puluh Nasyid yang dia keluarkan, berbelas-belas perniagaan disesuatu tempat itu, sekolah2 yang dia buat, sampai ada satu ketika budak2 yang takleh nak didik dah lepa ni masuk sekolha ni tak berubah, masuk tu tak berubah juga, last2 masuk sekolah rufaqa, terus ok, ni pernah aku sendiri tengok bukan nak reka2 cerita...  



Aku tengok ko punya hujah persis belalang punya mind set la. Takkan ko pun nak jadi mcm belalang kot....kejap terbang sana....kejap terbang sini. Sebelum ko taip jawapan ko tu guna kepala hotak sikit. Ko ingat kat sini semua budak2 sekolah rendah ke?

Come on beb..... Cara kita menentukan kebenaran bukan mcm tu. Bukan dgn menayangkan banyak mana produk2 yg telah dihasilkan. Kalau kita nak menilaikan kebenaran berdasarkan banyak mana buku atau berapa ramai pengikut yg telh berjaya dikumpulkan maka...jawabnya asaari jauh ketinggalan.

Contoh.... Bahaullah yakni pengasas agama bahai, Mirza ghulam ahmad, Tok ayah pin, Kalmax pengasas komunis(sekadar beberapa nama). Mereka jauh lebih berjaya  dan lebih berwibawa berbanding asaari.

Memang saya tak nafikan ada beberapa kebaikan dan sumbangan asaari kpd umat Islam di malazi ini. Tapi bila bercampur antara kebaikan dgn kebatilan maka ia tiada nilainya disisi Allah swt.

Umpamanya.....asaari telah memasak sekawah sop tulang yg amat sedap pada pandangan mata dan aromanya...tetapi apakah jadinya jika sekawah sop itu telah terjatuh sebiji taik cicak?

Ente masih nak makan lagi ke?

Tentu sekali tidak. Jawabnya....buang sajalah sekawah sop tu. Masak sop lain lebih baik walaupun semangkok. Itulah perumpamaan yg tepat baginya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2006 04:07 PM | Show all posts
Originally posted by syeikhbelalang at 13-2-2006 06:22 PM

Ingat2 nak cari lagi seorang muslimah Rufaqa buat teman penyejuk hati!!!


tak mahu ketinggalan, belalang juga berhasrat nak kawin lagi satu ..:cak:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.044389 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list