|
Reply #1375 HUSSAINTAHIR's post
Terima kasih..
Sempat juga beli kaset or CD 30 juzuk dia utk koleksi di rumah..Alhamdulillah.
Ya Allah rindunya nak pi ke Mekah lagi...
Tempat yg sentiasa dirindui utk pergi...
Kasih tertumpah di bumi Mekah... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1373 ustaz's post
Seronoknya dapat diberi peluang melihat or berjumpa dgn orang orang yg berilmu...terutama dlm ilmu agama Allah..
Beruntung Ustaz dapat melihat muka Imam Mahir...
Memandang muka orang orang yg warak ni sudah cukup memberi ketenangan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1374 harehak's post
Alhamdullillah, baik-baik sahaja harehak. Untie pulak sibuk asyik berulanglalik ke kampung. Untie dapat bayangkan keseronokan dan rasa tak sabar harehak untuk berhijrah. Itu namanya rezeki harehak. Sama-samalah kita berdoa, semoga suatu hari nanti dengan izin Allah kita dapat bersua muka di bumi Makkah, kerana nampaknya kita tidak berkesempatan dan berpeluang berbuat demikian di Malaysia. Untie doakan penghijrahan erah sekeluarga sentiasa berada di dalam peliharaan Allah SWT. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by HUSSAINTAHIR at 27-4-2008 11:08 PM 
kak rosputih ..
pesal jemputan umrah dah tak berapa menarik dah!
tadi dia siarkan 1/2 jam jer.....anyway nx week diorang akan paparkan kt madinah....rindunya
ustaz yg bg kuliah umrah dan haji yg sedang saya ikuti s'rang akan buat rakaman kat sana..so next week dia tader..sebab akan berangkat ke sana......seminggu...
ptg semlam dia bg kuliah praktikal tawaf.....baru la nampak clear pasal tawaf ni.....rupa2nya byk sebab kita bole terbatal tawaf ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1371 HUSSAINTAHIR's post
Sangat setuju dengan hussain.
Itulah sebabnya seboleh-bolehnya bagi diri kakak sendiri, kakak ingin mengerjakan umrah saban tahun. Kakak ingin mendambakan sebahagian dari hari-hari yang Allah kurniakan kepada kita selama 360 hari dalam setahun (sangat sedikit rupanya jka dibandingkan) untuk bermuhasabah diri, mendekati Allah dengan lebih dekat lagi, melupakan hal-hal terutama kegembiraan dan keseronokqn duniawi, ingin melarikan diri dari masalah-masalah dan kesesakan fikiran terutama dalam menjalani rutin harian di tempat kerja dan suasana di bandaraya ini yang kadang-kadang menyesakan fikiran. Dan ketika berangkat ke tanah suci kakak selalu mengibaratkan seumpama menjunjung akhirat dan mengelek dunia. Kakak meletakkan atau meninggalkan sementara urusan duniawi di sisi kerana ingin memberi sepenuh tumpuan untuk beribadat ke hadrat Allah dan ingin mencari kasih sayangNya. Sementelah pula anak-anak telah besar telah berada di landasan masing-masing dan hanya perlu memerhati sahaja agar tidak terkeluar dari landasannya. Ditambah pula yang paling penting dan kakak sangat-sangat bersyukur kerana suami juga berpendirian yang sama dalam perkara ini.
Kesyahduan dan kenikmatan beribadat di tanah suci tak dapat dilalhirkan dengan kata-kata dan meruntun kerinduan untuk kembali semula.
Ituah sebabnya kadang-kadang kakak tidak berapa setuju andai ada yang mengatakan tidak perlu kerap mengerjakan ibadat haji atau umrah kalau kita telah melakukan yang wajibnya. Lebih baik kita menggunakan wang itu untuk tujuan lain seperti disedekahkan atau disumbangkan kepada yang memerlukannya atau menghantar mereka yang kurang berkemampuan. Perkara ini ada benarnya. Tetapi bagi diri kakak sendiri, kunjungan saban tahun ke tanah suci ini adalah kerana runtunan jiwa yang rindukan tempat suci ini dan sebagai memperbaharui atau mem'polish' diri tambahan pula usia telah melepasi separuh abad. Hinggakan saya selalu terfikir, kalaulah saya ini kaya raya, saya akan menghantar seberapa ramai mereka yang kurang berkemampuan ke tanah suci untuk sama-sama merasakan nikmatnya beribadat.
Walau bagaimanapun, bagi diri kakak sendiri , kenikmatan yang dirasai di tanah suci ingin juga kakak kongsikan dengan yang lain terutama kaum keluarga sendiri. kakak mempunyai perencanaan sendiri dalam mencari kebahagian hidup di dunia dan meniti jalan akhirat. Allah swt telah mengizinkan sebahagian dari hasrat dan perencanaan kakak itu kerana kakak telah dapat mengerjakan umrah bersama suami dan telah membawa bersama orang-orang yangk kakak kasihi, iaitu ibu dan 4 orang anak kakak. Allahs wt juga telah memperkenanak hasrat kakak untuk mengunjungi tanah suci hampir tiap tahun sejak 10 tahun yan glalu dan telah merasai pelbagai suasana beribadat. Dan jika diizinkan Allah, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, telah ada beberapa nama hati kakak yang ingin kakak bawa bersama untuk menikmati dan menghayati kebesaran dan keagongan Allah swt.
Astagfirullah Al-Azim. Aku mohon keampuananMu Ya Allah atas tulisanku ini. Ianya tidak lain dengan niat semoga dapat membuka hati sanubari lebih ramai lagii hamba-hambaMu yang lain untuk lebih mencintaiMu dan berhasrat menjejakkan kaki ke RumahMu termasuk diriku yang kerdil ini. Semoga caraku berdakwah seperti ini diperkenan olehMu. |
|
|
|
|
|
|
|
Timbalah sebanyak ilmu dan fahamkan betul2 sebelum berangkat ke tanah suci. Jangan terpengaruh dengan perbuatan orang lain kerana masing2 ikut mazhab masing2. Kita hanya buat apa yang belajar sahaja. |
|
|
|
|
|
|
|
Seperkara lagi, yang lazim dilakukan di sana adalah solat jenazah. Penting sangat kita tahu solat jenazah kerana hampir setiap waktu ada solat jenazah. Solat jenazah adalah fardu kifayah, iaitu fardu yang sangat2 dituntut. Jadinya kalau boleh, jangan tinggalkan ibadah ini selepas solat fardu, sekiranya ada.
Bilal akan buat pengumuman selepas selesai solat fardu samada jenazah lelaki, perempuan atau kanak2 lelaki atau perempuan. Jadinya tanamkan ilmu secukupnya agar kita dapat buat ibadah dengan sempurna. InsyaAllah. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1376 HUSSAINTAHIR's post
Betul hussain. Tak seperti jemputan pertama yang sangat menyentuh hati. Hati kakak berperang juga dengan perasaan memikirkan dan mencari justifikasi bagaimana wanita itu diipilih yang akhirnya kakak sendiri berpuashati dengan justifiksi diri kakak sendiri iaitu memang sudah rezekinya dan ketentuan Allah di samping persengketaan antara ibu dan anak yang tak sepatutnya berlaku, yang ingin didamaikan dan dirungkaikan oleh salah pihak penaja berbanding dengan lain-lain kiriman.
Tidak keterlaluan kalau kakak katakan pada mulanya kakak macam malu menonton kisah ini kerana memikirkan macam tak sepatutnya kisah ini dipaparkan. Tambahan pula anak lelakinya itu adalah lepasan universiti tempat seorang anak lelaki kakak sedang menuntut ketika ini yang mana kakak sangat mengenali dan mengerti jiwa anak-anak yang dididik dengan penuh disiplin ketenteraan manakala ibunya sendiri sanggup memaparkan kisah peribadinya menjadi tuntutan awam. kakak sangat bersimpati kepada anaknya. Tambahan pula umur wanita itu lebih kurang sebaya sahaja dengan kakak. Tapi persoalan ini hanya berlegar di kotak fikiran kakak sahaja, kerana siapalah kakak ini ingin mempersoalkannya.
Walaupun pada asalnya bagi diri kakak sendiri, kakak kurang setuju dengan tindakan wanita tersebut. Kakak tak mau mengulas kerana setiap individu mempunyai perinsipnya masing-masing dan yang malangnya bila siaran ini ditayangkan di khalayak ramai, seolah-olah membuka rahsia perbadi yang kurang manis tetapi anggaplah ianya mungkin mempunyai hikmah tersendiri dan membuka jalan terbaik untuk kedua keluarga ini berbaik semula.
Sudah tentu kita semua juga ingin tahu apakah kesudahan atau takdir penentuan Allah SWT ke atas dua insan ini kerana masing-masing masih memegang perinsipnya dan mahukan kemenangan berpihak kepadanya.
Pemergian kedua ibubapanya ke tanah suci adalah untuk mendambakan doa ke hadrat Allah swt. bagi mengatasi kemelut atau sengketa keluarga yang telah paparkan kepada ramai.
Setiap anak mempunyai hak ke atas dirinya sendiri. Setiap ibu dan bapa mempunyai hak ke atas anak-anaknya . Dan yang akhirnya hanya Allah SWT sahajalah yang berkuasa dan berhak
ke atas seluruh hamba-hambanya.
Apa yang ada di fikiran saya, selepas ini, apa juga yang terjadi , kedua-dua pihak samada anak atau ibu perlulah redha dan menerima hakikat serta takdir ketentuan ilahi. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1382 Rosputih's post
Jalan cerita Kak Ros hampir sama dengan saya mengenai pemergian Umrah or Haji Ke Mekah.
Alhamdulillah..setiapkali bila saya pi Mekah...saya kadangkala terbayang wajag adik beradik saya berada di Masjidil Haram..sama sama solat berjemaah.Adik beradik saya 10 orang.
Alhamdulillah saya dah berpeluang selang selikan tahun membawa adik beradik saya ke Mekah.
Setakat ini tinggal seorang aje yg tak mau pergi dulu kerana nak pergi bersama isteri..
Dan adik beradik semua dah sepakat mendaftar utk Haji ..seramai 9 orang termasuk pasangan masing masing..Insyallah ikut surat Daftar Haji Tahun 2014... Insyallah dah dapat EPF 50 Tahun masa tu...
Saya juga bersyukur dapat suami yg mempunyai minat yang sama utk pi umrah..
Setahun sibuk bekerja dia akan pastikan bila Ramadan dia akan pi Umrah.
Masa tu dia boleh beribadah sepuasnya...bermuhasabah diri n khatam Quran...
Pernah bercakap kat suami...esok kalau dah tua...dah....Jom kita pi Mekah duduk sebulan Ramadhan kat sana...ialah anak dah besar masa tu...
Tapi sekarang tak bolehlah anak masih ada duduk dgn kita..kesian pulak ditinggalkan.
Ada kawan yg bekerja dgn LUTH..kadang bergurau dgn dia orang..
Ada kerja kosong tak musim Haji ni...angkat angkat beg ke...kerja pengurusan ke...
sebab nak sgt pi Mekah...Dia org gelak aje..
Salah satu cara kita nak lepas rindu kat Mekah ialah pergi Tabung Haji..
Suka tengok orang yg berurusan Pendaftaran Haji..seronok sangat melihat tetamu Allah..
Billa musim Haji..saja ajak adik pi Kelana Jaya tengok urusan orang nak pi Haji..
Bukan apa dduduk aje tengok muka muka TEtamu Allah..
Subhanallah...
. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1388 aziefa's post
Sebak kakak membaca tulisan azeifa kerana kita mempunyai impian yang sama dan sudah tentu azeifa dapat memahaminya. Tumpang seronok bila membaca azeifa bersama ramai adik beradik akan mengerjakan haji. Kakak juga sedang berbincang-bincang sesama keluarga untuk tujuan itu juga tepi taklah ramai yang turut serta kerana ra. Itulah sebabnya kakak ni pantang bila sebut Makkah, Madinah, umrah, haji dll yang bersangkutan dengannya, terus terasa segar jiwa dan semacam satu terapi. Kadang-kala timbul rasa malu pada diri sendiri kerana memikirkan mungkin ada orang mengatakan kita ini mengada-ngada dan sebagainya. Umpamanya macam di pejabat, nak memohon cuti saban tahun untuk mengerjakan umrah, timbul rasa malu dengan rakan-rakan kerana tak henti-henti nak pergi umrah.
Serupa juga dengan suami kakak yang pencen tahun ini berkata alangkah bagusnya kalau dapat berkerja di Makkah, walaupun sebagai supervisor sahaja kerana mendengar cerita Petronas ada membina bangunan di sekitar Masjidl Haram dan kakak pula berkata, sudah tentu kakak akan pencen awal kerana ingin mengikutnya. Hinggakan kami berangan-angan dan bila kami fikirkan balik, macam kelakar saja bunyinya. Begitulah penangannya kota suci Makkah dan Madinah.
Semoga Allah swt memanjangkan umur, merngurniakan rezeki dan kesihatan yang baik serta memperkenankan hajat-hajat kita. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1382 Rosputih's post
Insya ALLAH semoga dimakbulkan hasrat akak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1387 Rosputih's post
saya takut timbul fitnah pada Agama..nanti kalau perselisihan faham ini tidak selesai apabila kembali dari Umrah..
saya syorkan sangat2 bagilah peluang pada yang tak mampu (miskin) ini anak captain takkanlah sengkek sgt maaflah bahasa saya agak kasar..
murah rezeki kalau anak dia hantar sendiri..jgn jimat wang ALLAH beri rezeki
terlalu berjimat bahaya....ada pelbelanjaan yg tak dijangka nanti...
ALLAH maha Mengetahui
sikap anak perempuan wanita seperti kurang ajar mendedahkan sikap ibunya...ini dilarang..jgn sebab nak glamour dlm astro..buka pekung di dada..
Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: |
|
|
|
|
|
|
|
maaf pembetulan
Allah berfirman, Dan Tuhanmu memerintahkan supaya jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya lanjut usia dalam pemeliharaanmu, janganlah kamu mengatakan 慳h |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1388 aziefa's post
kak aziefa,
Ayah saya pun berhajat untuk kesana ramadhan sebulan penuh..saya tengah usahakan..semoga Allah memberi saya peluang untuk berbakti..
beberapa kali hasratnya telah diluahkan...semoga ALLAH beri saya kekuatan untuk melaksanakan..
Ya ALLAH murahkanlah rezeki ku....kami pohon keberkatan dari apa yang engkau kurniakan bagi kami Ya ALLAH" |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1389 Rosputih's post
Umrah Tahun 2002 saya berpeluang pergi ke rumah orang Malaysia Kelantan yg dah bermastatutin di sana.Di jemput oleh salah seorang teman rombongan utk makan malam di rumah emak dia yg dah duduk Mekah hampir 30 tahun setelah suami dia meninggal.
Emak dia duduk dgn adi k perempuan di sana dan adik dia dah berkahwin dgn Arab.
Anak anak dia yg kat Malaysia ni aje yg berulang ke Mekah utk melawat emak dia. Emak dia dlm masa hampir 30 Tahun tak mau balik Msia.
Saya berpeluang bersembang dgn emak dia yg kita panggil Ummi..
Tanya kenapa tak mau balik Malaysia..sekejap pun jadilah..
Dia jawab apa tau...
Dia suka sangat kat Mekah...
Kalau boleh dia nak mati kat Mekah..Dia takut kalau dia balik Malaysia nanti tiba tiba dia mati
kat Malaysia...So itu sebab dia tak mau balik Malaysia.
Dalam hati saya berkata...Ajal Maut di tangan Allah...kalau sampai masanya tiada siapa yg boleh mengelak.
Tapi itu niat n hajat dia...
Di takdirkan saya pergi umrah Aprill baru ini....dapat berita dia baru meninggal dalam usia UMMI tu 83 Tahun...Jenazahnya telah disolatkan di Masjidil haram..
Sampai Hajat dia..
Innalilahwainnalilahirojiun.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1394 aziefa's post
Ustaz membawa arwah mak mertua ustaz menunaikan umrah pada ramadhan tahun lepas. Ia adalah hadiah dari isteri ustaz utk ibunya yang tersayang. Beliau kelihatan sihat dan cerita sepanjang kami di sana. Beliau telah meninggal dunia dalam kapalterbang 10 minit sebelum mendarat di KLIA. Bukan rezeki beliau untuk meninggal di Mekah. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1395 ustaz's post
Ya ...Allah...
Subhanallah...Insyallah Umrah Mak mertua Ustaz umrah yg Mabrur...
Mak Mertua Ustaz menghadap Allah dlm keadaan yg bersih..bersih dari segala dosa.
Bahagian yg Allah beri pada hambanya.
Minta kita pun dalam keadaan yg baik...Husnul Khotimah...
Aminnnnnn.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|