|
Aku Ni Kenapa? #142 #145 [Updated 25/03/23]
[Copy link]
|
|
Edited by turboturtle at 9-2-2016 02:00 AM
Tapi aku penah kena tilik dgn singh, mmg apa yg dia ckp psl aku byk yg betul, tp singh ni aku x abk seriyes xyakin dgn singh tu, kali kedua dgn ada sorg pakcik yg ni mmg telus, member aku kena rejek jadi menantu psl dia tau member aku ni jahat, tp dgn aku pakcik tu ok je, sib baik..
Yg ketiga plg best, sorang brader ni habis semua benda dia baca psl aku, benda ghaib mmg dia blh nampak, tp kedua dua ni mmg xde tilik anggota badan, direct terus.
|
|
|
|
|
|
|
|
I pun selalu tertanya-tanya pasal magic, i mean pasal ahli silap mata.
contoh mcm David Copperfield, David Blaine, Cyril tu semua.
sometimes i tengok mmg la illusions je, eye tricks semata.
tapi bila yg mcm benda2 heavy tu, rasa mcm tak logik pulak bole nak bersilap mata.
I do think yg diaorang ada puja-puja or dapat bantuan jin ke apa.
|
|
|
|
|
|
|
|
David Cop rasanya i pnh terbaca ada perjanjian dgn Ifrit, siap perjanjian bertulis lg.
Xsure betul ke x. Sorry lambat reply, baru terbaca komen uols hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by anyclassything at 8-9-2016 04:04 PM
Short Stories by Haze
Hi, sebab boring kat office (dah settled keje)
So marilah bercerita
Ni kisah pendek dari seorang kawan yang bernama Haze.
Okay so ni cerita di rumah beliau di Seksyen 19 Shah Alam, Haze ni mak bapak dia orang berniaga so selalu lah dia sorang2 kat rumah. I mean balik kelas, orang lain takde. Mak dia pegi urus restoran, ayah dia ada Kilang Kasut.
Story 1:
Masa tu hujan renyai-renyai. Jadi dah habis kelas masa tu. Jadi Haze keseorangan macam biasa, sekitar dalam pukul 6.30 macam tu. Senja and hujan renyai-renyai. Dia tengah lepak dekat living room rumah je masa tu.. Tiba-tiba dia dengar ada orang ketuk pintu.
Tok, tok tok.
Dia bukak half je pintu (kan ada door chain yg sekat pintu from terbuka luas tu)
Depan dia ada orang berjubah hitam. All black, and selendang pun hitam. Half of the selendang cover muka.
The woman In Black tu macam mintak something, angkat-angkat tangan tapi berbahasa yang dia tak faham or maybe she was shocked and couldn't catch a word. Tapi dari segi body language macam she was asking for something. Lagi berderau muka Haze bila that woman angkat2 tangan then terselak lah selendang, and Haze nampak sebelah muka dia macam terbakar.
Dalam hujan renyai-renyai tu Haze pun cepat-cepat tutup pintu and intai dari dalam rumah through jendela.
That woman slowly walked in rain, and masih pandang-pandang ke arah rumah Haze. Tak tutup pagar pun.
Haze pun apa lagi terus bukak lampu rumah and called family dia cepat-cepatlah balik.
The end.
Story 2:
Kat sekitar rumah seksyen 19 jugak.
Hari tu kitorang ada kelas malam (replacement class dekat UiTM)
Kelas habis around 10.30. So lepas kelas, macam biasa makan sembang dulu baru Haze balik rumah.
So dalam jam 12 lebih, Haze baru nak sampai kat taman rumah dia. Kawasan rumah dia macam bulatan camtu.
Dalam selang 4 bijik sebelum sampai rumah dia, tiba-tiba Haze perasan ada satu kereta ni duk tengah-tengah jalan. (Kan perumahan jalan kecik)
So Haze tunggu kat belakang maybe this car nak parking ke apa kan.
Then dia perasan kereta tu tak jalan langsung.
Haze mula bengang dan hon. Tapi this car buat bodoh jugak.
Haze pun just overtake the narrow space, sambil memaki jugak dalam hati.
So masa dia lalu sebelah the car, she said dia sengaja toleh nak tunjuk bengang.
But then.
Dia yang berderau darah.
Ada tiga figures dalam kereta, semua macam pakai kain sembahyang.
To make it worst, ketiga-tiga makhluk berpakaian kain sembahyang (fully white)
tu menoleh tengok kat dia.
Dia pun cepat-cepat overtake and masuk parking rumah.
Dia balik rumah and assumed tu makcik-makcik baru balik surau lah kot.
But then pikir balik, lewatnya Makcik balik surau fully covered in kain sembahyang siap?
Hahaha
Ok end of short stories. Tak tahulah ni betul-betul misteri or Haze yang overthink + penakut lol
|
|
|
|
|
|
|
|
Baru abes merempit..nak lg please. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mama_imanz at 18-9-2016 10:58 AM
Terbaek... Ako tunggu cerita yg bru yaa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Terbaek... Ako cerita yg bru yaa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Terbaek... Ako cerita yg bru yaa.. |
|
|
|
|
|
|
|
n/a
Edited by anyclassything at 13-5-2022 06:05 PM
-- |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by anyclassything at 13-5-2022 06:14 PM
Jogging Malam
Hi semua, dah lama I tak active disini ya. Terlampau busy and penat mental physical 2-3 tahun ni sampai tak sedar masa berlalu. Anyways, I terbaca balik thread lama kat sini and tiba-tiba rasa nak share sini pengalaman horror lain. Banyak benda kepala I dah lupa in details bila baca balik, wah.. Bagus juga kan buat personal collection kat sini.
Okay nak cerita sikit benda ni jadi last year..
Sejak I kerja kat KL, I ulang alik from KL - Subang on a daily basis by driving. So I takde masa nak singgah gym, takde masa nak exercise pagi sebab hari-hari serabut kejar masa tempuh jem saja. Until I decided nak keluar jogging malam. Sebab rasa badan tak sedap tak exercise, plus I tak suka singgah park siang panas/siang/ramai orang I pun selalu lah keluar jogging area perumahan I malam-malam.
Around 8.30 macam tu I akan keluar and dalam 30 minit to 40 minit I dah siap jogging. Selalunya I round area perumahan tu sampai dapat 5km-7km baru I puas hati. I sebenarnya bukan termasuk dalam kategori penakut so I redah je, plus jogging area rumah kan. Still boleh dgr org memasak, org tgh basuh kereta, some jiran-jiran yang night walk dengan anjing dorg.. Plus every penjuru area perumahan ni ada guard jaga and round dengan e-bike. So.. Takdelah menakutkan sangat pun aktiviti jogging malam I ni.
Tapi one night ni, ada benda pelik pulak terjadi. Route jogging I selalunya dari hujung ke hujung round every corner kawasan perumahan tu. So maknanya I akan pusing-pusing sampai cukup loop. So malam tu I macam biasa around 8.30 malam start keluar dari rumah sambil dengar lagu. Ni contoh area rumah I
First pusing sampai kat area-area Security Post 3 tu, I bertembung dengan one guy. Dari jauh I dah nampak dia. Tapi I buat bodoh je la, I assume ni orang nak jalan pegi LRT Station or jogging/night walk juga malam-malam. Dari jauh I nampak dia macam pakai sports attire jugak. Tapi dia x lari ke apa. Normal lah kan selalu guys pakai macam tu, short pant with sports shirt etc.. Pastu dah berdepan dia kat jalan sebelah I takde tengok muka or eye contact dgn dia. Just simply bertembung sahaja and I jenis setiap kali bertembung orang lagi laju I lari (just in case kan). Oh ya security post 3 tu memang selalu takde guard sebab dorang usually tutup jalan keluar situ kalau malam-malam. Selalunya guard akan ada di Security Post 1 & 2 saja.
Okay dah settled satu round jogging. I sampai lagi kat area security post 2 tu. Ni second loop la kiranya. Sampai situ I nampak dia lagi kat area pokok-pokok tu. Huhu I pun pelik lagi kenapa dia kat situ lagi. Dalam pikiran I, takde fikir benda hantu ke apa. I takut kalau perompak ke, pervert ke apa kan. So I nak complete second loop kan, I nak kena lalu jugak area-area pokok tu. Tapi entahlah kenapa hati I berbelah bahagi. Nak cakap I ni jenis penakut, I tak macam tu selalunya. Selalunya I selamba je terserempak dengan neighbor2 yang jogging jugak malam-malam. So, instead of I ke arah pokok2 tu, I melencong masuk ke area perumahan orang. Sebab rasa tak selesa. Kalau ikut perangai berani keras kepala redah I, I redah je tu. Tapi tak tau la, better safe than sorry kot. Sebab I pelik dia ni sebenarnya pegi mana, dari mana ke mana route dia?
So kesitu I melencong bila nampak this guy. So I pusing-pusing depan belakang situ je sambil tunggu this guy jalan lah kan. I assume dia nak jalan ke arah security post 2 lagi lah. So I rasa around 10-15 minit I dok pusing area situ je I dah tak kisah lah pasal that guy. So dah boring dok area tu je I keluar lagi nak sambung route I yang terkacau tadi tu.
Berderau darah I sebab ngam-ngam I sampai kat hujung dia ada lagi kat situ. So dalam fikiran I, ciss mamat ni saje tunggu aku kat sini ke. Macam biasa la I terus start jogging laju-laju sampai I nampak kereta ke or ada rumah yg tengah lepak kat luar ke kan. I bila dah lari malas pusing belakang dah. Okay ngam, I dah sampai security post 1 dengan jayanya... Done 2loop and half.
I check smartwatch I belum cukup 5 km lagi. Eh geram pulak. I kira-kira another 1 loop I akan achieve la daily 5km I tu, so I decided to do another round..
I assume dah takde la mamat tu kan. Sebab takde pulak dia follow I dari belakang ke apa kan. So I start lah lari-lari/ brisk walk sampai lah security post 2.
Guard ada je tunggu sana. Tapi dia angkat tangan gitu je lah. Pastu I steady je laaa lari2 anak sampai ke Security Post 2 tu. Pastu dari jauh-jauh I nampak ada orang lagi.. Betul2 dekat pokok hujung tu. I pelik kenapa dia maintain je area situ. Tapi I macam assume dia jogging jugak lah kot. Nampak dari body dia, mcm tgh brisk walking. So nampak cam tengah jalan laju. I je kot overthink fikir negative. So I slow kan my walking pace sebab I nak dia yg jalan cepat ke arah I.
Tapi kan. I notice dari hujung, dia macam tak sampai-sampai dekat I. So I tengok je la dia. Dia kan arah berlawanan dari I. So makin I jalan, makin dekat ke arah dia kan. Tapi dia tak sampai-sampai pun.
Bila dah sampai kat point tu. I nampak lah betul la mamat yang sama. Dia memang tengah brisk walking towards I..
Tapi I baru perasan.. Body dia stay kat situ. Despite kaki dia melangkah macam tengah berjalan laju. Paham tak??? Seolah-olah orang tengah jalan atas treadmill! Huwaaa I dah makin dekat I teruskan jalan nak confirmkan.. Tapi I dah start rasa.. Aikkk ni pelik niiiii.. Makin I kedepan makin I nampak badan dia tengah berjalan tapi stay bawah pokok tu tak sampai-sampai. Bila dah nampak jelas I tak pikir apa,I terus buat u-turn lari ke arah guard security post 2.. Hahaha (I tak terus melencong ke rumah I sebab actually mcm jauh jugak jarak dr tempat I tu nak ke rumah huhu)
Sampai area guard tu I takde nak toleh-toleh belakang dah.. I terus melencong balik rumah. Sejak haritu I takde keluar malam-malam dah jogging. The next week tu I baru tahu yang time tu actually musim geng chinese bakar food and paper nak halau hantu. Hungry Ghost Festival ke apa tu. I tau pun sebab jiran depan I aunty chinese dok sibuk pesan kat I dont go out at night now got hungry wandering spirits/ghosts. I takdelah bagitau dia pasal apa I nampak, I takdelah percaya tapi I terus takde keluar jogging dah malam2. Lantak la gemok pun gemok la koser aku
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
anyclassything replied at 13-5-2022 05:55 PM
Jogging Malam
Hi semua, dah lama I tak active disini ya. Terlampau busy and penat mental physical 2 ...
6 thn baru uols tulis cerita baru
Tgh boring2 nampak benang ni naik. Terusss baca . Jangan jemu share story tau |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by kikyou at 23-5-2022 04:32 AM
Deleted
Deleted
Deleted |
|
|
|
|
|
|
|
Fuh menarik cerita ni..walaupun lama menunggu |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by anyclassything at 25-3-2023 02:03 AM
Aku Ni Kenapa? - Part 1
Hi, boleh tak I nak update this thread yang dah berhabuk ni so that I won't lupa benda yang dah jadi.
Actually I ni pelupa teruk lately but then bila I baca balik my old thread baru I can recall every single detail of what happened. huhu
So I just nak update and share story yang terjadi last year (2022). Eh btw, Salam Ramadhan!
Ok so cerita dia, I berkenalan dgn sorg this guy. He's mix sabahan + sarawakian, keje in O&G line, and after kenal-kenal both of us mcm get along very well together. I pun half sabahan so banyak similarities and chemisty between us, benda yang kitorang minat, our birthday pun dekat2, perangai, even our childhood and past life pun lebih kurang sama. So I dok berkawan-kawan kenal-kenal dulu tp masih di fasa berteman tapi mesra and somehow caught feeling tapi masing-masing tak nak mengaku cause entahlah. Dok acah kental takde feeling. Basically perangai both of us lebih kurang, the chemistry is there, our relationship filled with warmth and humor and we grew close and closer cuma still takde declare apa-apa when it comes to feeling. Dia dok bagi subtle hints je. I pun banyak trust issues so I take time sikit nak kenal-kenal org. Dia pun mcm ada trauma sendiri so we just ikut flow je lah. Ok let's called him Y ok.
Actually masa I kenal Y ni, ada a few mysterious things yang happened to me. But then setahu yg I kenal dia ni, dia jenis yg ala-ala intelektual + scientific punya orang. Means he doesn't really believe in benda-benda makhluk halus bagai ni. He said he believes in Jin but then he said normal human being takde nak encounter with these superstitious things. Katanya lah. So Y yang I kenal is not the one yang percaya benda-benda mcm bomoh/ hantu/ makluk halus/buatan org/ gangguan halus etc. Dia cakap benda tu is just a myth and takde logical reasoning bla bla bla..
Tapi I tak tau kenapa, when he cerita about his father side, I ada rasa sesuatu about his family. His family side is quite a prominent family plus the grandparents are the one yang bukak ada satu daerah in Sabah, plus dia ada cerita some details pasal family his dad side. I ada instinct family belah his dad mcm sesuatu yang misteri-misteri gitu. (I malas nak reveal cause aib family dia). The parents divorced when he was small and his father and side family sebelah sana jenis abusive towards him sampai tahap belasah him etc, berebut harta between relatives. So the relationship with his father is basically toxic la, he didn't even communicate or jumpa the dad sampai lah skrg dah tua. Kalau terjumpa kat mana-mana masa umur dia remaja and adult pun tak tahu kenapa the dad akan cari gaduh sibuk nak belasah him ajak bertumbuk. Sad story la growing up.
Anyway, benda yang misteri yang jadi adalah. Pernah satu malam tu both of us macam dok gaduh-gaduh bodoh je pasal apa entah, pasal benda kecik je. Biasalah remaja-remaja tua ni still perangai mcm budak jugak kadang-kadang kan, macam dok salah faham ke apa, end up dia stress I pun stress. Dok buat keras kepala malas nak text/ call which benda tu we usually do almost every night. So malam tu tegang sikit la situation between us. Tp last-last dia text I goodnight around 12.30 malam, I pulak geram so I baca then sengaja taknak reply. Tp I puas hati lah konon cause dia mengalah and text me first hahaha (perangai kan). Lepas baca text, I terus tidur.
Then in the middle of the night.. I terjaga sebab I rasa kesejukan yang teramat. Dalam mengantuk-mengantuk tu I cuba nak tarik selimut tebal I. So I dapat capai selimut kat kaki and tarik selubungkan diri I. Pastu kan I rasa mcm pelik bila berselimut, sebab I dapat rasa selimut tu direct dengan my skin. Lepas tu I rasa serba tak kena, I macam kenapa ni apa tak kena eh? Pastu I bukak mata, baru I perasan.. Seluar I takde! Mata terus segar bukak mata, I pelik I pusing tengok katil dok meraba-raba mana seluar aku??? I dok meraba-raba atas katil tu tercari-cari dalam gelap seluar I tapi tak jumpa, end up I bukak lampu then baru I jumpa seluar I kat hujung katil. Lepas tu I pelik sangat-sangat lah sebab tak pernah la benda tu jadi sepanjang I hidup tetibe bangun takde seluar and seluar tu dok jauh dari I. I pakai seluar yang jenis bergetah so tak mungkin terlondeh ke terlucut, I pulak memang jenis light sleeper. Even orang panggil nama I sekali pun I boleh terjaga. Everytime pegi toilet pun I jenis mmg fully awake, tak pernah ada sejarah sleep walking ke, mengigau buat benda-benda merepek ke. Takde langsung! Sorrylah cerita ni macam bodoh sikit kan. huwaaaa tapi I tak tahu kenapa hati I kuat dok cakap ni ada kaitan ke dok gaduh dengan Y?
The next day I tanya dia is he ok bla bla bla kan. Rupanya dia memang emo sampai migraine, dia cakap dia tak boleh tido sebab I tak reply to his text. Then dia geram lah gaduh dgn I last night. So hari tu dia dok sakit kepala whole day mood pun a bit off. Pastu I jadi terfikir, ada kaitan ke dengan benda yg jadi kat I malam tadi? Kebetulan ke? Oh ya, bukan setakat seluar I hilang ya, pagi tu I notice peha I ada biru-biru lebam yang misteri. Even tho I memang rasa pelikkkkk sangat-sangat, dengan lebam-lebam peha lagi, tp sebab I pun tak tahu apa jadi.Takde bukti concrete pun kan. When I cite kat dia apa jadi, dia macam biasa, dia rasa benda tu tak misteri pun. Dia just simply said "You mengigau la tuuuuu". So I malas nak argue banyak, I just take it as it is.
Ada a few other things yang jadi tapi serious I lupa2 sungguh(Pelupa teruk I lately). Tapi ada this other thing ni mmg I tak lupa ya.
Nak jadi cerita, something happened between us and it caused both of us stopped talking to each other.. So the first and second month after that, I was quite heartbroken jugak lah sebab I memang jatuh hati jugak dengan dia, and I know he has feeling towards me too. Tapi tu lah, takde jodoh kot. Tapi I punya heartbroken just a normal heartbroken yang tak lama tu. Sebab kitorang kan takde declare apa-apa pun cuma rasa jugaklah sedih kehilangan dia tu when we stopped talking. Took me sometimes to get over him, but I makin ok lah lepas 3 bulan tu.
Fast forward dah bulan Ogos 2022, oh ya, even tho we didn't talk for months. Dia still gigih hantar kawan-kawan dia to stalk me on fb/ linkedin/ig. I masa tu mmg malas dah, bayanglah I ni berapa bulan dok nak move on tapi dia dok sibuk lagi stalk I tapi tak nak discuss on the issues. So out of geram and serabut sebab mmg dah malas layan, I decided to deactivate all my social media. Sebab I nak fully detox from him. And I taknak dia ada access langsung dalam hidup I.
A week after I deactivate my social media, tiba-tiba I ada rasa something aneh ya. I start rasa gelisah and tak tenteram. Tiba-tiba hati I jadi berdebar-debar tanpa sebab, yang macam risau something bad akan happened, berdebar all the time tapi I can really figure out why. Jadi rasa risau tanpa sebab tu.
2 weeks after that, I ada trips dengan jalan-jalan dengan kawan-kawan and family jugak. Masa tu badan I pulak jadi panas (tapi bukan demam ya). I rasa badan I ok and normal je, tapi orang lain pegang dorang tegur badan I hangat! Pegi trips dengan kawan-kawan tido dengan my friends, dorg semua terkejut bila tersentuh badan I. badan I jadi hangat. Sampai masa tido, kawan sekatil I taknak dekat dengan I, dia cakap taknak tersentuh my body rasa hangat macam sauna. Tapi I tak demam, cuma badan I jadi panas semacam. Tapi I still ignore lagi masa tu. Plus masa tu I banyak jalan-jalan banyak trips dengan kawan-kawan, I cuba distract myself supaya tak layan perasaan aneh + badan panas itu. I just anggap maybe badan penat banyak drive and jalan-jalan.
Bila balik rumah, perasaan aneh dok berdebar-debar tu makin kuat. I rasa risau and takut and gelisah mcm something is watching me. I cannot sleep. Bila I cuba pejam mata tido I rasa tido I tak lena sepanjang malam, tapi bila I half tertdo je macam I mimpi orang dok ajak bercakap dengan I. Tapi I sedar, I rasa macam banyak benda dok bercakap dalam kepala I. Pastu I rasa macam diri I tenggelam dalam badan sendiri. Perasaan yang asing sangat, yang I tak boleh describe pun macam mana. Tak tahu la uols faham tak?
Lepas tu keadaan I makin teruk. I simply cannot do anything. I taknak mandi, I taknak makan. Hari-hari for 2 weeks I dok meleleh air mata dari pagi sampai malam. Sebab I dah tak tahu I rasa apa sebenarnya. Tapi dalam masa yang sama I dok menangis-nangis tu, I dok tanya diri sendiri, aku ni sebenarnya kenapa? Aku nangis ni kenapa? I jadi dok menangis-nangis takde sebab, I tak boleh buat even simple things. Hari-hari I terbaring lemah and tengok dinding. Cara makan pun jadi pelik, ada hari I tak lapar langsung so I baring je sampai malam then tido. Tapi ada hari tiba-tiba I boleh makan banyak gila but still tak rasa kenyang or anything. I jadi macam zombie pun ada. Masa tu I senyap takde contact kawan-kawan ke apa. Masalahnya kan bila I jumpa mak I, I jadi terkunci mulut takleh nak cerita benda tu. Macam I nak cakap tapi tak terluah. So mak I just nampak I ni macam kepenatan and banyak lepak dalam bilik je lah.
Ok then situasi aneh tu berterusan, dia start attack masuk mimpi pulak. I start mimpi pelik-pelik which is benda-benda intimate and dalam mimpi tu I jadi horny yang macam real pun ya. Tak tahu dah mimpi ke real. Pastu from there kepala I ni jadi ingat satu benda je, I dok ingat nama and muka Y. Ok perasaan ni dia bukan rindu or sayang tau, macam bukan dari hati tapi dalam kepala. Tak tau I nak cerita macam mana. Dia jadi macam nama dia muka dia melekat kena gam dalam kepala I for no reason. Yang I tau dari pagi sampai ke petang, malam, I tengok dinding, 24 jam ingat dia dalam kepala I. Seolah-olah perasaan tu, ada org letak muka and nama dia depan mata kau and kau takleh cabut. Macam I dipaksa untuk fikir nama dia and muka dia je 24 jam. I takleh fikir benda lain.
Bila I cuba pejam mata malam-malam nak tido pulak, I rasa kepala I berserabut sangat macam banyak benda dalam kepala. Everytime I baru nak terlelap, I rasa macam banyak suara dok ajak I bersembang. I rasa I tido tapi macam ada orang dok tanya-tanya I ajak sembang. Antara soalan-soalan yg I ingat is "You kawin dengan orang lain ke?", "You kawin dengan sapa", "You kenapa menghilang mana you pegi" and banyak lagi yang I pun tak ingat dah. Tapi bila I bukak mata and betul-betul sedar, I takde dengar suara ke apa. Tapi back to perasaan resah tu. Yang jadi berdebar-debar. I dok tanya diri sendiri berperang dengan perasaan sendiri, I ni schizo ke apa? Masa ni I takde fikir lain. I fikir I ni problematic agaknya, sakit mental kot? I ni delusional ke? ke bipolar ke depression? Or lagi teruk.. schizophrenia ke apa?? Dok berperang lah dengan diri sendiri masa ni.
Teruk tak teruk benda tu, sampai tahap I sepatutnya ada interview. Interview tu dia bagi masa and ada assessment dorg suruh prepare. Dia bg masa 2 minggu utk I prepare the questions then on the IV day, I kena present my idea. Tapi langsung I tak boleh buat. Nak buat macam mana I dok terbaring je kan macam mayat hidup, takleh buat apa. Tapi hati I meronta-ronta sedih sbb I nak siapkan kerja tu! I nak attend IV tu! Macam diri I dok meronta-ronta nak siapkan semua tu. Macam terperangkap kat dalam to fight. Tapi memang tak boleh. So buat I lagi sengsara sebab macam I dok berperang dengan diri sendiri, I boleh fikir apa yg I nak buat tapi I macam paralyzed yang tak mampu buat apa pun. Memang I menangis-nangis bila I tengok diri I jadi tak normal macam tu. I cuba lawan tau, I cuba bukak laptop I cuba baca soalan. Tapi memang tak mampu!
Last-last, on the IV day, I email HR, I cakap kat dia "Sorry I'm down with COVID19, I'm currently un-fit to attend the IV and I would like to request for a reschedule". Masa tu I memang dah surrender dah, kalau dorang nak cancel IV session pun lantaklah. I tak kisah. I betul-betul tak boleh bukan I buat-buat. Nasib baik lah company tu sangat memahami dorg reply dorang akan reschedule sampai I dah sembuh. 10 hari lepas tu HR contact lagi dia bagi date baru, tapi I reschedule lagi. I cakap I masih slowly recovering. Then HR bagi date another 1 week. Kiranya I reschedule 2X ya IV. Haihhhhhh
Nanti I sambung lagi Part 2, apa I buat for me to recover. Tapi seriously, sampai sekarang pun I still tertanya-tanya "Aku Ni Kenapa?"
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aduhhh...tengah syok2 baca, bersambung pulak
jangan lama2 ye
|
|
|
|
|
|
|
|
Tt jgn lupa update |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by anyclassything at 25-3-2023 04:06 AM
Aku Ni kenapa - Part 2
Hi, kita sambung yaaa..
Ok.. so jadila episod yang paling teruk yang tak pernah I rasa seumur hidup. Hari-hari I tido, baring, nangis, termenung. I bukak mata je I tenung dinding. I tido pun tak lena sebab bila tido je terdengar2 bnyak suara2 bercakap-cakap dalam kepala. Benda tu berlarutan. Dalam masa yang sama jiwa aku meronta-ronta sedih mengenang nasib kenapa jadi mcm ni? Kenapa sedih ni untuk apa? sedih ni kenapa? I nak kena jumpa psychiatrist ke? Even IV tu pun I dah macam couldn't care less. Padahal IV tu mmg dari company yang I nak! Berbulan-bulan I dok usha vacancy kat company tu. Stage 1 dah lepas dah.. Ni nak kena buat assessment tu, tapi sungguh takde daya and hilang semangat nak prepare. I almost nak email recruiter supaya dismiss je nama I as candidate, I rasa I ni tak mampu nak go through the process tu. Rasa macam give up terus dengan hidup masa tu. Takde arah tujuan dah. Tapi entah, tak tau kenapa. Masa tu benda yang I nak sebenarnya nak menyendiri, nak layan perasaan, and tak nak buat apa-apa langsung. Nak stay dalam bilik, baring, menangis, tido.. On repeat..
Sampailah satu hari, tiba-tiba je daripada rasa sedih lemah tak bermaya. Tak tau lah dari mana datang kekuatan (Maybe Tuhan dengar kot suara hati I yang dok mintak tolong hari-hari.. Dok merintih xnak terus macam ni), daripada perasaan sedih lemah tak bermaya tu, timbul satu perasaan geram. I jadi rasa geram. Rasa geram and nak marah! Nak marah kat sapa pun tak tahu. Maybe mostly at myself lah kan. And masa tu jadi betul-betul yakin, ni bukan diri I. This is so not me, tersangat-sangat tak normal. Memang ada something wrong with me.. Masa tu I takde share dengan sapa-sapa langsung, kawan ke family ke.. Sebab masa benda ni jadi I jadi nak menyendiri je. Tak nak jumpa orang, tak nak cakap dengan orang. At the same time I pon dok denial, dok rasa oh esok okay la ni. Tak terluah kat sapa-sapa. Tapi nasib baiklah, masa tu I macam ada kesedaran yang I have to do something. I tak boleh biar diri I macam ni.. I kena start buat something.
I ni sebenarnya sejenis orang yang percaya and exposed je dengan benda-benda mistik sejak kecik. I percaya benda-benda ghaib. Tapi untuk I simply percaya and tuduh semua benda terjadi dalam hidup berpunca daripada sihir or berpunca dari gangguan jin, tak semudah tu ya. I percaya tapi I tak simply rasa everything is mystical. I ni kadang-kadang terlampau ambik mudah sampai tahap denial pun ya jugak. Percaya tapi tak obsessed. Means kalau I dengar benda pelik ke apa malam-malam, I bukan jenis yang terus rasa benda tu gangguan jin. Tapi sebab my family exposed dengan benda-benda mcm ni, ayah I mmg sentiasa remind I, discuss dengan I and ada ajar cara untuk sentiasa jaga diri/ protect diri if sendiri rasa tak ok. Ayah aku sejenis orang yang sejak dia muda memang jenis minat and cari banyak cari ilmu (cari ilmu ya bukan buat amalan). Maksudnya ayah aku bukan bomoh and takde amalan pelik-pelik pun, tapi ayah aku mmg ada belajar and tahu cara and ajar aku untuk sentiasa protect diri (in case anything happen).
So.. Desperate time calls for desperate measure.. I cuba kumpul sedikit banyak kekuatan, saki baki yang tinggal dalam diri masa tu. I mmg sesungguh hati masa tu, nak sembuh je dari simptom yang I sendiri pun tak tahu apa sebenarnya ni.. So first step I paksa diri I bangun. Dalam keadaan yang tersangat teruk masa tu, I doa sesungguh hati, I direct mintak dari Tuhan supaya sembuhkan diri I, I tak sanggup nak hadap dah hari-hari hidup macam tu. Seksa oiiiii... Lain macam. I mmg surrender dah masa tu, I tak mampu, I tak tau nak buat apa, I tak tahu apa tak kena dengan diri sendiri, I tak tau sampai bila akan jadi mcm ni, surrender je.. kuasa nak sembuh tu hanya akan jadi dengan izin-Nya.. So next step, I buat apa yang ayah I ajar tu.. Dalam hati mmg sesungguh-sungguh hati minta nak sembuh.Menangis-nangis takyah cakap lah, memang sesungguh hati menangis mintak tolong dari Tuhan. Lepas tu, I paksa pergi mandi, and mmg niat untuk cleansing bath (ala-ala spiritual bath tapi cara muslim kita la).. Macam mandi wajib tapi dengan sesungguh-sungguh hati.
I ingat lagi masa tu mmg kalau org nampak teruk sgt tu terduduk-duduk dengan menangis-nangis. Macam-macam I doa mintak dengan Allah, sambil niat nak pulih, bersih segala, kalau mmg sakit mental tolong sembuhkan, kalau mmg ada gangguan tolong hilangkan. I siap cakap I ni nak teruskan hidup, I ni nak kena keluar bekerja, I nak pegi interview tolonglah permudahkan segalanya. Kembalikan kekuatan I, diri I yang normal.. I ingat lagi masa tu I memang terfikirkan Y, I even doa, kalau betul benda ni ada kaitan dengan Y, if dia marah kat I sebab I menghilangkan diri, I delete no dia, I deactivate my social media, or ada benda dia tak puas hati, I rela mengalah je masa tu, I akan re-activate balik, takpelah kawan-kawan dia nak stalk I ke apa, takpelah biar dia puas hati yang penting I nak sembuh je dari perasaan macam nak gila ni. Lama I dok mandi tu dengan direct doa dengan Allah ni.. Sebab betul-betul buntu dah masa tu.. After sometimes, tiba-tiba I muntah-muntah banyak gila.. Badan pun sendawa macam banyak sangat angin dalam badan. Muntah I banyak sangat (padahal I tak makan pun tu). Muntah sampai lembik but somehow, badan I dah start rasa ringan. So after muntah, I bersihkan diri. Slowly, I dah tak nangis. Bersihkan badan, pakai baju.. And after that I dah start tersangat-sangat mengantuk. Oh tapi I sempat re-activate all my social media balik, I save balik no Y dalam phone I. and after that I tido.
Finally, after almost 1 month I dok struggle berperang dengan diri sendiri, struggle to even breathing, tak boleh tido. Lepas mandi, muntah semua.. I mengantuk sangat! I rasa penat, I baring and tertido and that was the first sleep yang I rasa I boleh tido lena tanpa I terbangun-bangun, tanpa suara-suara mengacau tido I bila I pejam mata. Memang deep sleep lah.. Alhamdulillah.. Syukur sangat-sangat, tak boleh nak express perasaan gembira tu bila Allah kembalikan nikmat rasa mengantuk dan boleh tidur tu. Esok tu pula, I takdelah cakap I terus 100% okay.. Tapi ada perubahan positive, I dah boleh tidur, bila I bangun dari tidur tu dah takde rasa nak menangis and terus baring je. I dah start rasa jadi normal yang nak mandi nak keluar bilik bersembang dengan mak I. Dah mula rasa lapar.. Perasaan and kepala jadi ringan. Rasa sedih tu masih ada, tapi I dah boleh rasa macam diri I sendiri dah kembali! 2 hari lepas, I ajak kawan keluar pergi makan kat Suraya Kg Baru.. hehehe (masa ni I start share sikit-sikit dengan kawan apa yg I alami before tapi not too details). I ingat lagi masa I dok rawat diri sendiri tu dalam hari Jumaat. I keluar makan kat Suraya hari Ahad(malam), and sebenarnya I ada IV (yang I dah re-schedule sekian lama tu) pada hari Isnin, the next day.
Bayangkan ya, Isnin tu I ada interview pukul 9 pagi. Malam tu I keluar makan dengan kawan (Sebab baru rasa normal balik). I belum siapkan soalan-soalan interview I tu. Balik daripada Suraya tu, I terus on laptop.. I tak tido sampai subuh siapkan semua soalan. If tak silap ada 8 soalan I kena siapkan dalam bentuk presentation. Memang dengan kuasa Allah, I dapat balik otak I untuk berfungsi, I dapat balik kekuatan I yang hilang selama ni.. Bayangkan I dok tangguh-tangguh almost nak dismiss myself from the candidates list.. Finally dengan izin Allah, I siapkan semua tu dalam masa 1 malam. I sendiri pun impressed dengan diri I masa tu, sebab before siapkan I dok niat takpe cuba yang mana sempat je. Sekali I berjaya siapkan walaupun tak tido lah.. Eh I tido.. Tapi pukul 7 - 8 pagi je kot.. Cukup syarat je. Nasib baik interview online.. Phewww~~~~~ And another good news, the IV was a success! I berjaya secured the job, another doa makbul.. Alhamdulillah! Syukur sangat-sangat.
Okay mengantuk lah pulak, nanti I sambung balik to explain apa sebenarnya jadi. And macam mana I boleh tersedar apa jadi semua.. And ada beberapa peristiwa lain yang jadi jugak. Maafin ya ceritanya agak panjangggg..
So far korang baca kisah I ni, korang rasa apa jadi kat I sebenarnya?
I ni overthink ke I sakit mental ke I mmg bodo angau ke memang ada unsur-unsur mistik?
p/s: and pls if sape2 ada pengalaman sama or almost sama, pls share yaaaaa
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dahh update u
|
|
|
|
|
|
|
|
Udahhhh
|
|
|
|
|
|
|
| |
|