miyoma posted on 15-7-2014 01:17 PM
Ok..plan nak pergi kyushu..tu nak tanya apa yg menarik di sana..yg tahu city fames fukuoka ngan na ...
Ooo... Kat Oita leh pegi Yufuin & Beppu. Kat Nagasaki mcm Hiroshima ada Peace Park. Boleh naik Mount Inasa. Mount Inasa salah satu best night view kat Jepun selain Mount Hakodate & Mount Rokko. Huis Ten Bosch pun kite suka gak, hari tuh gi situ layan tulip. Boleh pegi Dejima gak. Then ada Glover Garden. Ada Sofukuji. Kalau rajin boleh gi Gunkanjima (Hashima Island). Lokasi dlm citer Skyfall inspired by Gunkanjima nih, derang recreated pakai CGI supaya sama ngan pulau nih sbb nk sewa satu pulau lama2 mahal, tourist attraction kan, exterior footage Skyfall tuh still ambek pulau yg asal, suma bab action flick kena pakai CGI nk recreated balik pulau tuh. Video klip nih lak buat direct kat situ
Kat Kumamoto yg pemes ngan maskot Kumamon dia tuh ada Kumamoto Castle, Suizenji Koen, Hosokawa Residence. Kat Miyazaki boleh pegi Aoshima. Yakushima kat Kagoshima pun World Heritage Site gak tp susah nk pegi, tp cantik tempat dia utk nature enthusiast.
IDMJ posted on 15-7-2014 05:33 PM
iga ueno...worth it ke ninja show ngan museum tu..
Iga nih mmg pasal ninja ah, sbb asal usul ninja dr situ. Kalau org yg minat nk tahu pasal ninja boleh la pegi situ, budak2 salunya suka sbb ada demonstrasi semer.
IDMJ posted on 15-7-2014 04:05 PM
wahh..bagusla Kittie ni...byk jgk tempak bley pi kat southern part ni eh...pasni nk gugel2..tq :lo ...
Kawasaki tuh ada dua jenis, satu yg pasal motor kenderaan tuh semer. Nih kat Kawasaki Good Times World. Dia mcm showcase/muzium. Kawasaki dh tak open plant tuk tour lps ada nih. Satu lg jenis tour lak industrial tour. Nih kat city Kawasaki itself.
IDMJ posted on 15-7-2014 04:22 PM
boleh anyone rekemen ryokan kat gion yg palingggggggggggggg senang nak reach fr tren stn dan bley je ...
Murah ke sedang2 ke mahal? Kalau murah, Shimizu 5 mins dr Kyoto Station, Matsubaya 10 mins dr Kyoto Station. Kalau sedang2, Hirashin 5mins dr Shijo Station. Nishiyama 5mins dr Kyoto Shiyakshomae Station. Klu yg bebetul kt Gion tuh mahal la. Gion Shinmonso 5mins dr Shijo Station @ Gion-shijo Station. Hatanaka 10mins dr Keihan Shijo Station/Hankyu Kawaramachi Station. Karaku 10mins dr Gion-shijo Station. Tp kena tgk tarikh la sbb semer nih yg the best dlm kelas masing2.
azradiza posted on 10-7-2014 09:17 AM
me nak compare dengan kengkawan yg dah penah naik AAX ... i know airlines lain mmg jauh lagik maha ...
pernah dpt RM899 return ngan MAS, tapi tu last year.. 2014 ni plg murah pun 1099 x silap
awal tahun hari tu pnah dpt plg murah AAX RM629 return, tu belikan utk kawan. beli utk sndiri RM678. masa tu baru figure out somehow beli tiket pegi dan balik asing2 lg murah kalo utk japan destinations.. kawan tu pasal x sure nk blk skali ke x so beli one way dlu, tu yg bru prasan beli asing2 lg murah..
Bersiaran dari Kansai Japan setelah sudah berada beberapa hari disini. Letih touring Osaka. Kyoto dan Kobe. Cuaca panas tapi not bad sebab berangin tak le rasa perit mentari sgt. Tranportation amat memeningkan kalau berat nak bertanya boleh sesat. Syukur ramai new Japanese friends yang sudi membantu memudahkan perjalanan. Kyoto macam stand still in time terasa arua zaman sogun ninjanya masih tak berubah area paling best di Kansai area. Terserempak dengan Geisha asli nak keluar menjalankan tugas dari kediaman mereka. Pemalu sungguh mereka ni rupanya. Bamboo Forest. pemandangan di sepanjang laluan romantic train amat menarik dan Ninja Studio juga amat menarik. Boleh tengok set perfileman filem ninja dan cara hidup ninja sehari2. Kobe bandar port merasa dan juga hutan simpannya. Sempat naik Bullet Train dgn adanya JR wide pass tak sampai 3 minit dari Shin Osaka utk ke Kobe amat menyenangkan. Osaka itself macam bandar di Guanhzhou China je sebenarnya. Sekian brief info will update more bila pulang ke tanah air nanti .
uda posted on 2-8-2014 10:22 PM
Ni yang paling murah ke? I nak gi sana cuma 5 hari aje and just cover area kansai. Any suggestions ...
JR Pass takde 5 days. Paling sikit 7 days, 14 days & 21 days. Yg ni boleh guna cross country seluruh Japan. Klu ko spend time kat Kansai area saja, tak perlu guna JR Pass naik shinkansen tu. Ko goggle & chk mode of transportation yg lain.
uda posted on 2-8-2014 10:22 PM
Ni yang paling murah ke? I nak gi sana cuma 5 hari aje and just cover area kansai. Any suggestions ...
kalau nak cover area kansai, tak semestinya kena beli jr kansai pass untuk 5 hari penuh...
contohnya 1 hari jalan osaka, beli osaka unlimited pass tu, 2300yen ~rm73 satu hari.. kalau nak cover osaka 2 hari, 3000 yen.. pastu dapat naik/masuk attraction2 yang menarik kat osaka percuma, kad lain tak de kelebihan macam kad ni.. boleh baca kat guide book dia. bagi joe berbaloi la kad ni untuk cover osaka area.
lepas tu kat kyoto, beli 1 Day Kyoto bus 500 yen untuk cover Kyoto
Hari pergi dgn hari balik guna JR Kansai Area yang $21 untuk sehari tu... sebab kad ni boleh guna dari/ke airport naik JR Haruka, antara train express nak ke kyoto/osaka. kad ni pon boleh guna untuk ke nara dengan kobe. JR Haruka ni dia tak berhenti kat setiap stesen, sebab tu cepat. tiket JR Haruka ni pon mahal, naik dari Kansai airport ke Shin Osaka atau Kyoto sekali je pon dah balik modal..So, tak rugi beli kad tu, harga kad tu pon lagi murah daripada beli tiket sehala Kansai ke Shin Osaka/Kyoto.. pastu boleh naik train JR kemana-mana guna kad tu jugak. Last edited by joejambu on 3-8-2014 12:16 AM