CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maxim

Isu baju askar Zizan bangkitkan kemarahan (Zizan mohon maaf pg5)

[Copy link]
 Author| Post time 12-2-2014 01:07 PM | Show all posts
Zizan Razak Mohon Maaf Jika Imej Hina Pasukan Keselamatan
Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI

Zizan Razak.

PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Zizan Razak memohon maaf sekiranya pakaian dipakainya semasa Anugerah Meletop Era 2013 pada Sabtu lalu menghina mana-mana pasukan keselamatan di negara ini.
Zizan atau nama sebenarnya Razizan Abdul Razak, 30, berkata, dia sebelum ini bimbang pakaian yang mempunyai dua lencana yang didakwa menyerupai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu akan mencetuskan kontroversi seperti mana berlaku kepada aktor Farid Kamil sebelum ini.
Bagaimanapun kata Zizan, penaja pakaian itu menjelaskan penampilannya itu tidak akan mendatangkan masalah sehinggalah dia bersetuju untuk mengayakannya pada acara itu.
"Sebelum setuju memakai pakaian berkenaan saya sendiri bertanya dengan pereka fesyennya adakah tidak menjadi kesalahan sekiranya memakai pakaian menyerupai anggota keselamatan negara.
"Namun pihak mereka meyakinkan saya bahawa ia tidak akan menjadi isu kerana sekiranya lencana tersebut dipakai dengan kedudukan yang betul ia tidak menjadi sebarang kesalahan.
"Bagaimanapun perkara sudah terjadi dan saya mohon maaf terhadap kejadian itu," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.
Zizan mengulas dakwaan apabila dikatakan menghina pasukan keselamatan negara ketika muncul dalam Anugerah Meletop Era 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil, dekat sini Sabtu lalu dengan memakai pakaian yang mempunyai lencana pasukan keselamatan.
Sebelum ini, Farid Kamil pernah dilanda kontroversi sama apabila pakaian di majlis persandingan dikatakan menyerupai satu lagi badan keselamatan negara.
Sementara itu, jurucakap butik Bianco Mimosa berkata, pihaknya tidak berniat untuk menimbulkan sebarang kontroversi berhubung pakaian yang direka untuk Zizan pada malam itu.
Pengurusan butik berkenaan turut memohon maaf kepada pihak terlibat dan kesal atas kejadian tersebut.
"Baik pihak Zizan atau pun Bianco Mimosa kami tidak ada apa-apa niat untuk menghina atau tidak menghormati mana-mana pasukan keselamatan di negara ini dengan sengaja menggunakan lencana berkenaan.
"Kami kesal dengan kejadian itu dan memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat," katanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2014 01:11 PM | Show all posts
glamer la penaja baju zizan pasni.. pandai carik kontroversi.. common sense la, benda pernah berlaku kat artis lain, kalo tak pernah lagi takpe la..

apa2 la, cara masing2 carik rezeki.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 01:12 PM | Show all posts
so bianco mimosa punya kerjalah ni
lain kali dabel cek dulu sblom memandai2 kata takde masalah nak pakai badge ATM tu

retis apa tau
dia sarung je
(bak kata wak doyok)
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 01:17 PM | Show all posts
baju tu tak salah.. tp lencana/badge tu yg salah..
itu kan lambang yg mencermin kan keselamatan negara..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 10:41 AM | Show all posts
aiyo baju psl baju je? sensitif sgt pon xleh gak. entah ape2, bknnye tiap2 hari dia pki baju tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
baguslah zizan dah mintak maaf.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2014 11:30 AM | Show all posts
achik2009 posted on 10-2-2014 08:22 PM
baju Luna yg seksi tu takde sapa nak komen ke?...

btol3
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 12:13 PM | Show all posts
si farid aritu cosplay polis/tentera claim g UTK
yang zizan ni cosplay tentera/wataniah nak claim ape pulak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2014 12:21 PM | Show all posts
yelah mmg kalo ikutkan seluar/pakaian yg celoreng askar tue pon rakyat marhen xleh pakai, apetah lagi nak pacak pingat anugerah wing badge bagai...
org lain nk dpt bnd tue bkn sng, berthn2 training yg sememangnya susah br bole dpt pertauliahan dsb.... mestilah xpuas ati, org yg xpenah pegi training or on duty sbg askar tetiba dapat plak pakai sewenangnya...   Last edited by mitnick on 13-2-2014 12:22 PM

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 12:28 PM | Show all posts
caplimau posted on 12-2-2014 01:17 PM
baju tu tak salah.. tp lencana/badge tu yg salah..
itu kan lambang yg mencermin kan keselamatan neg ...

betol2...... nk buat celoreng2 tu tkper.. .
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 12:38 PM | Show all posts
one word :
Malaysian really need to learn how to 'chill' la....dont take life too seriously la kot... ini semua benda nak sentap !!! itu tak boleh..ini tak boleh... apa yang boleh? Gelak sudahla... kadang-kadang ouak2 ni tak berniat pun nak sakiti sesiapa...
aiyohhh...letihh
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 12:44 PM | Show all posts
ada dalam undang2 malaysia ke dilarang memakai pakaian beruniform askar or polis nih?
kalau ada, kerajaan haruslah buat kesedaran umum..
war warkan undang tersebut..

kalau x de, x perlu lah sentappppp sgtttt
org pon x bodoh nak bezakan askar dengan fashion
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 01:00 PM | Show all posts
sikit2 terhina..sikit2 sentapp... haddooii
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 01:04 PM | Show all posts
Setuju dengan pandangan bahawa sepatutnya stesen2 penyiar ni diberikan nasihat dan peringatan berhubung penggunaan pakaian rasmi atau istiadat. Tak payah lah sebok nk tindakan bagai. Macam orang peduli pun hal hangpa.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 01:12 PM | Show all posts
maxim posted on 12-2-2014 01:07 PM
Zizan Razak Mohon Maaf Jika Imej Hina Pasukan Keselamatan
Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI
Zizan Razak.

bagus la da mintak maaf.
farid kamil dulu ada mintak maaf x?


Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 01:32 PM | Show all posts
ala bodohnye sape yg nak pertikaikan pakaian mamat nie !!
fashion !! unlimited maa ! universal maa..infinity maa !!
same je macam turban YUna tue..kutuk2 afrika..ade gak minah folow pakai..

#dunia akhir zaman..yg batil tue sahih..yg sahih itu batil..
##xpayah nak isukan sgt la pakaian askar ke polis ke ape ke..darjat yg dicipta oleh manusia..kenapa perlu patuh???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2014 01:41 PM | Show all posts
ermm retyis yg miskin smpai tak cukup kain tak nak tegur ker?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 01:44 PM | Show all posts
hmm...dia ditegur sebab fesyen baju dia serupa uniform askar ke or pasal lencana yg dia pakai?
rasanya tak ada kena mengena dgn corak askar tu..org atm pertikaikan mengenai lencana tukan..?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 02:10 PM | Show all posts
kat JB mmg tgh trnding pesen baju sojar nih..

skirt & tudung pun da ade... penah selisih ngan 1 minah ni.. pakai tudung & skirt kain sojar...

comei gak...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 02:25 PM | Show all posts
aku tgk besepah je org jual baju askar ni... pelikkkk...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-10-2024 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.042493 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list