|
[Tempatan]
Menteri buat pengiraan. Golongan gaji 3000 cuma belanja petrol 4.40 jer sehari
[Copy link]
|
|
DCrystal posted on 13-9-2013 12:15 AM
Kalau macam ni la pemikiran kebanyakan barisan cabinet kerajaan, aku lebih rela Dr.M jadi PM sampai ...
yg ni aku mmg setuju |
|
|
|
|
|
|
|
Wow ... pakar stats ekon n kewangan all rolled into one .... kagum ngan kehebatan menteri pilihan pok jib |
|
|
|
|
|
|
|
vongok betul statement ni. tergelak sorang2 baca
kalau iols takat minyak rm4.40 tu sampai pj je kekdahnya dari subang. hari2 tak sampai opis la gamaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
little_sis posted on 13-9-2013 02:55 AM
bodo2 pun jd menteri.. pastu kuar statement bodo.. iskkkkkk
khen????
kita yang pandai pulak keja utk org bodo....
so who's smarter???
|
|
|
|
|
|
|
|
totokreturn posted on 13-9-2013 08:22 AM
Apa nak pelik taraf akal menteri kira petrol macam nih sebab najib sendiri tolong kira duit brim r ...
Untuk keperluan makanan asas, cukup BR1M makan untuk setahun.
katakan makanan asas utk sebulan
Beras 5 kg = RM20.00
Gula 1 kg = RM2.60
Tepung Gandum 1kg = RM2.50
Minyak Masak 1 botol = RM6.50
Garam,rempah-ratus = RM10.00
jumlah sebulan RM41.60 x 12 bulan = +/- RM500.00
Jadi makanan asas sudah free kerajaan tanggung selama setahun.
|
|
|
|
|
|
|
|
Menteri level tadika jer yg wujud kat Malaysia ni....
kredit to blog amenoworld
Jangan...
Jangan sesekali beranggapan bahawa keseluruhan rakyat di negara ini bodoh2 belaka. Itu satu tindakan yang tidak bijak sama sekali.
Menurut Ahmad Maslan:
Penggunaan RON 95 mengikut pendapatan isi rumah ;
RM3,000 ke bawah = RM132 sebulan.
RM5,000 ke bawah = RM375 sebulan.
Sejurus data ini disiarkan di saluran berita Astro Awani, Ahmad Maslan mendapat kritikan balas yang sangat2 negatif dari warga maya. Bayangkan saja ulasan yang 'diterbitkan' oleh seseorang yang duduk dalam kementerian kewangan..
Bukan jawatan cikai2. Taraf menteri pula tue.
Tapi tak aneh sebab PM kita si Najib tue pun anggap BRIM RM500 cukup untuk setahun kan?
KAH KAH KAH
Isu penting. Menjawab kepada soalan. Ahmad Maslan salah. Jika ini ialah purata [sebab takde perkataan purata pun kat situ] pun ia tak tepat. Pengiraan ini sebenarnya menyinggung perasan rakyat jelata di negara ini.
Ahmad Maslan, ketahuilah.
1. Jumlah penggunaan minyak secara bulanan tidak boleh ditentukan melalui tangga gaji. Kalau kita nak kira jumlah penggunaan minyak, kita tengok jenis kereta [enjin berkuasa besar atau kecik], jarak ulang alik dan juga berapa kali kita gunakan kenderaan kita dalam sehari.
2. Tak semestinya gaji besar guna kereta besar gaji kecik guna kereta kecik.
3. Ahmad Maslan mungkin merujuk kepada mereka2 yang dah berkeluarga. Tapi tak semestinya dalam satu2 keluarga tue ibu dan bapa bekerja.
4. Begitu juga tak semestinya satu2 keluarga itu boleh menggunakan kereta kecil semata2 hanya kerana mereka mahu begitu. Kalau ada anak 5,6 mana boleh guna kereta kancil.
5. Begitu juga bagi mereka2 yang tinggal di luar bandar. Bagi yang tempat kerja jauh, bagaimana? Dengan gaji kecik, guna kereta kecil pun kos tetap meningkat disebabkan faktor tak mampu beli / menyewa rumah di kawasan tengah2 bandar atau berdekatan dengan tempat kerja. Ini bermaksud kemungkinan besar orang2 yang bergaji kecil perlu keluarkan lebihan wang untuk minyak berbanding orang2 kaya sebab lazimnya orang2 kaya tinggal di kawasan bandar dan orang2 yang kurang berduit tinggal di kawasan pinggir bandar berdasarkan kemampuan mereka yang mampu beli/sewa rumah dengan harga tersebut.
6. Orang2 yang bergaji kecil tak semestinya menggunakan motor. Jika RM135 sebulan untuk MOTOR agak logik. Bergantung kepada jarak juga la. Dengan jumlah berapa kali dia gunakan motor tersebut dalam sehari. Tapi still tak bergantung kepada gaji. Sebab ada juga orang2 kaya yang berpendapatan besar menggunakan motor untuk pergi kerja. Macam salah seorang yang aku kenal kat sini. Melayu kaya, ada kedai, dekat rumah, naik motor je pun.
7. Jumlah penggunaan minyak memang tidak boleh diukur melalui pendapatan. Ada jenis2 kenderaan memang jenis jimat minyak dan ada juga yang sebaliknya.
8. Apa yang Ahmad Maslan boleh buat ialah kira purata penggunaan minyak sehari2 oleh rakyat Malaysia dan perbelanjaan minyak seharian oleh mereka. Memang tak boleh dipecahkan ikut pendapatan sebab tak logik.
9. Buat kira2 sebelum dan selepas kenaikan 20sen. Bandingkan. Tengok sejauh mana peningkatan perbelanjaan itu berlaku dari segi minyak jek.
Gaji bulanan yang kita dapat tak menentukan berapa banyak kita gunakan minyak sehari2. Hampa ada menteri yang berfikir macam neh. Berapa banyak pula harga minyak yang dikeluarkan oleh menteri2 kita? Gaji mereka lagi besar, betul tak? Ada keluarkan RM375 sebulan tak? Ataupun sebenarnya tak keluarkan duit satusen pun sebab minyak SPONSOR?
Nampak tak kat situ bagaimana gaji tidak memainkan peranan terhadap jumlah penggunaan minyak sehari2 oleh rakyat Malaysia?
Sesiapa yang ada link dengan Ahmad Maslan, direct link tolong la bagi artikel neh kat dia. Aku percaya dia sebenarnya dah kena kelentong dengan orang2 yang bekerja dengan dia [sangka baik]. Aku percaya orang2 yang bekerja dengan dia sedang membodek dia tahap dewa. Sampaikan info2 merepek begini pun boleh lepas kat pihak media. Tolong la bagi dia baca apa yang aku tulis neh. Kalau ko sedara mara Ahmad Maslan pun takpe. Lepas baca2 bagitau la kat dia. Tolong la. Rakyat di negara ini tak boleh bear dengan satu lagi menteri2 yang kurang cerdik untuk mentadbir negara ini. We had enough. Seriously, enough.-amenoworld
|
|
|
|
|
|
|
|
berdasarkan apa mentri kira perbelanjaan petrol? confirm kalau masuk dalam research proposal confirm kena tembak |
|
|
|
|
|
|
|
gn minyk ikut pndptn ke.......
mkin rmai menteri bodo skg nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
i doubt so lelaki yang dlm skrin tu ada otak dlm tengkorak dia tuh
maybe ada ketumbuhan saja
tu yg cara berckp, mengira mcm pakai lutut aku je.
|
|
|
|
|
|
|
|
ahmad maslan ni dari johor kan?..patut la punnnn..set2 JDT since 2013
|
|
|
|
|
|
|
|
itik_kuning posted on 13-9-2013 08:52 AM
vongok betul statement ni. tergelak sorang2 baca
kalau iols takat minyak rm4.40 tu sampai pj j ...
kalau motor kapcai 100cc, RM5.00 dan penuh tangki
dah boleh berulang-alik seminggu PJ-subang. |
|
|
|
|
|
|
|
MissMamamia75 posted on 13-9-2013 08:55 AM
Menteri level tadika jer yg wujud kat Malaysia ni....
kredit to blog amenoworld
setuju!! mmg dia kene kelentong dgn org sekeliling dia........ tapi dia tak wat hpmework... terus cakap.. pengalaman dgn tun cedet ... apa yg di atas meje.. dia akan baca .. teliti sebelom wat public statement....
|
|
|
|
|
|
|
|
Syukor lah...LRT pegi balik pon dah dekat 7 hengget... Cekik darah betul. |
|
|
|
|
|
|
|
rashiman posted on 13-9-2013 08:57 AM
kalau motor kapcai 100cc, RM5.00 dan penuh tangki
dah boleh berulang-alik seminggu PJ-subang.
itu klo moto, iols tak merempit naik moto pegi opis. moto pun tak pndai bawa.
lagipun opis iols ni di tgh bandaraya kuala lumpur. bukan sampai pj je bang oii.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku nak pecah Perut membaca dapat menteri bijak sana |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya kt kita rakyat Malaysia..dpt menteri yg cerdik taraf Harvard.. #sarcasm.. |
|
|
|
|
|
|
|
alieyrina posted on 13-9-2013 07:22 AM
Aku x tau nak sedey ka gumbira ni
Samalah kita
|
|
|
|
|
|
|
|
MissMamamia75 posted on 13-9-2013 08:55 AM
Menteri level tadika jer yg wujud kat Malaysia ni....
kredit to blog amenoworld
gaji turut diantara menyumbang kpd penggunaan minyak.
bila gaji besar, duit banyak
pakai pun kereta besar,
kereta pun banyak, ada 2-3 bijik kereta, ada motor lagi.
bila gaji besar, duit banyak
maka rajinlah berjalan, rajin melancung kesana kemari,
itu semua menyumbang penggunaan minyak yg banyak,
bila gaji kecil, duit sikit,
nak berjimat, banyak guna kenderaan berkuasa kecil,
banyak guna motor utk ulang-alik pergi kerja walaupun ada kereta.
apa-apa pun buat kajian terlebih dahulu.
|
|
|
|
|
|
|
|
lolipopmanish posted on 13-9-2013 12:31 AM
Pendapatan rm3000 dan kebawah sebulan
RM132.00 ÷ 30hari
=RM4.40 sehari
terguling-guling aku baca komen ko
|
|
|
|
|
|
|
| |
|