|
[Jenayah]
Altantuya UPDATE: Azilah tinggalkan Penjara Kajang, Sirul dibebaskan dari Pen...
[Copy link]
|
|
Azilah tenang, Sirul Azhar gembira bebas
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Azilahtenang_SirulAzhargembirabebas/Article/
Gambar fail Azilah dan Sirul Azhar dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Keputusan diiringi rasa syukur, tangisan keluarga
Putrajaya: Cif Inspektor Azilah Hadri tenang dan hanya berdiam diri selepas dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, manakala Koperal Sirul Azhar Umar kelihatan gembira dengan keputusan itu.
Penghakiman Mahkamah Rayuan setebal empat muka surat itu dibacakan Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dalam bahasa Inggeris, bagaimanapun Hakim, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali kemudian memberikan penjelasan dalam bahasa Malaysia kepada kedua-dua tertuduh. Turut bersidang Hakim, Datuk Linton Albert.
Sirul Azhar yang selama ini terkenal dengan wajahnya yang serius sepanjang prosiding kes sama ada di Mahkamah Tinggi dan di Mahkamah Rayuan, sambil tersenyum turut berpaling ke arah ahli keluarganya yang berada di tempat duduk awam selepas mengetahui dirinya bebas.
Sebelum mereka dibawa keluar dari bilik mahkamah, Sirul Azhar, 42, sempat berkata: “Terima Kasih Yang Arif”.
Sementara itu, keputusan itu diiringi rasa syukur dan tangisan oleh keluarga masing-masing.
Beri kata semangat
Tunang Azilah, Norazila Baharudin 35, bersyukur dengan keputusan itu yang disifatkannya sebagai hadiah paling bermakna buatnya di bulan Syawal selepas penantian tujuh tahun.
“Dalam masa tujuh tahun ini kami sudah menempuh bermacam-macam perkara. Kami gembira dengan keputusan ini,” katanya dengan linangan air mata selepas prosiding di Mahkamah Rayuan di sini, semalam.
Pengurus Operasi sebuah syarikat pembinaan itu berkata, sejak Azilah ditahan dan dipenjarakan beliau sentiasa memberikan kata-kata semangat dan dan melawatnya di penjara kerana tunangnya itu tidak mempunyai sesiapa untuk meluahkan perasaan di penjara.
Ketika ditanya mengenai keluarga Azilah, Norazila atau lebih dikenali sebagai Lala yang mengikat tali pertunangan dengan Azilah pada 2006 berkata, beliau tidak membawa ibu bapa tunangnya ke mahkamah kerana bimbang keadaan kesihatan mereka.
Katanya, beliau dan Azilah masih belum membuat perancangan bila akan melangsungkan pernikahan.
Doa dimakbul
Anak lelaki Sirul Azhar yang berusia 13 tahun juga amat bersyukur kerana bapanya akhirnya bebas dan tidak sabar untuk berjumpa dengannya.
Sementara itu, BERNAMA melaporkan Azilah berkata, amat bersyukur kerana Tuhan memperkenankan doanya dan mengakui masih lagi berdebar-debar selepas menerima keputusan itu.
“Saya perlu kembali ke Penjara Kajang untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka yang bertugas menjaga saya di sana... mereka menjaga saya dengan baik, saya ingin menunaikan solat Jumaat dan urusan lain akan dibuat selepas itu,” katanya.
Sirul Azhar pula mengucapkan terima kasih kepada barisan peguamnya, keluarga terutama ibunya yang tidak putus berdoa dan pihak penjara yang menjaganya dengan baik.
“Saya berhasrat untuk menjalani kehidupan seperti biasa selepas ini,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Modngengade posted on 23-8-2013 11:38 AM
tamak haloba sebenarnya mongolia ni....yer la keturunan kublai khan
memang patut diC4kan
yg kena tembak kat Mesia ini
samalah kes nya tamak halokbolau
|
|
|
|
|
|
|
|
Altantuya pergi ladang kelapa sawit nak pegi main meriam buluh, kawan dia kata pakai c4 lagi kuat dari pakai kabaid... lepas tu dia main meriam buluh tu sorang2, rupanya betul cakap kawan dia pakai c4 m3mang kuat... kesian tuya... |
|
|
|
|
|
|
|
Mitos ke ape bende lah
Teruk sgt sistem kehakiman malaysia ni.
X leh ke kerajaan mongolia masuk campur?tolonglaaa..macam babi je semua..yg salah terlepas..
Mungkin jugak kan tuya dh dibunuh awal.sirul ngan azilah pergi bom nak hapus bukti je kot. |
|
|
|
|
|
|
|
plot yg dah diagak. semua yg terlibat mesti terlepas.
tp bagus jgk dorang terlepas sbb aku rs apa motif 2 org ni nak bunuh tuya? kenal pun x..
kalo kena gantung pun jd kambing hitam jer... apa perasaan family dorang kalo jd kambing hitam, mati katak? huhhu.... |
|
|
|
|
|
|
|
PKR dakwa keputusan kes Altantuya dirancang
http://www.sinarharian.com.my/pk ... -dirancang-1.195216
PETALING JAYA - PKR hari ini menyifatkan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan dengan membebaskan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) polis berhubung kes model Mongolia, Altantuya Shariibuu sebagai mengejutkan rakyat.
Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah berkata setelah begitu lama penahanan dilakukan terhadap Koperal Sirul Azhar Omar dan Cif Inspektor Azilah Hadri, ramai beranggapan kedua-dua pegawai polis tersebut bersalah.
Beliau menambah, keputusan yang telah dibuat di Mahkamah Rayuan tersebut telah dimanipulasi dan dirancang.
"Semua orang yakin dua orang itu yang membunuh Atlantuya, tapi akhirnya dilepaskan.
"PKR menegaskan perbicaraan berhubung Altantuya termasuk Razak Baginda, Azirul dan Azilah satu proses yang telah dirancang dan dimanipulasi sejak awal," katanya pada satu sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini. |
|
|
|
|
|
|
|
celaka btul..senang2 aja lepas..
aku doakan sapa2 telibat ni..akan kantul di dunia jua..sblm mampus.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bawa saksi penting, baru kes selesai
SHAH ALAM -Sebaik dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) polis yang sebelum ini disabitkan kesalahan membunuh seorang wanita Monggolia, Altantuya Shaariibuu dilepas dan dibebaskan Mahkamah Rayuan, timbul persoalan siapa pembunuh sebenar wanita itu.
Koperal Sirul Azhar Omar dan Cif Inspektor Azilah Hadri disahkan telah meninggalkan penjara, pagi semalam .
Dalam rumusan penghakiman mahkamah memutuskan bahawa hakim telah tersalah arah dalam mensabitkan mereka.
PKR antara parti yang konsisten membuat pelbagai pendedahan dalam isu wanita Mongolia ini mendesak agar kes dibuka dan disiasat semula bagi mencari pembunuh sebenar.
"Ini menunjukkan kegagalan Jabatan Peguam Negara dan juga Pendakwa Raya. Mereka harus jawab.
"Seolah-olah ada satu perancangan awal yang sengaja membolehkan suspek-suspek dalam kes pembunuhan Altantuya ini, semua terlepas," kata Naib Presiden PKR, Tian Chua kepada Sinar Harian Online.
Beliau turut menekankan soal kes yang kelihatan lemah ekoran bukan semua saksi terlibat dipanggil.
"Bukan semua yang terlibat sebagai saksi dipanggil. Jadi, ia menunjukkan seolah-olah kes ini lemah.
“Apabila Razak Baginda dibebaskan, Pendakwa Raya juga tidak merayu," katanya.
Dakwa Tian, kes berprofil tinggi ini sebenarnya cuba melindungi pihak-pihak tertentu yang dikategorikan beliau sebagai 'orang terkenal'.
"Sekarang ini, saya tidak pertikaikan apa keputusan mahkamah kerana buktinya tidak mencukupi untuk mensabitkan mereka sebagai pembunuh. Tapi, isu yang nyata di depan kita adalah, Altantuya dibunuh dan suspek-suspek ini bukan orang yang kita tidak tahu. Mereka orang-orang terkenal.
“Tapi kenapa, akhirnya kes ini dibuang begitu sahaja? Jelas sistem pengadilan kehakiman kita sudah dicemari dan orang sudah tidak lagi yakin dengan kredibiliti sistem kehakiman kita," katanya yang juga ahli Parlimen Batu.
Sementara Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menegaskan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu dipanggil ke kandang saksi untuk disoal siasat.
“Bukti-bukti yang mereka dapat itu ada satu ruang yang tidak ada jawapan. Soalan ‘siapakah yang mengarahkan mereka?’ adalah satu persoalan yang sangat besar untuk menyelesaikan kes ini.
“Mungkin itu jawapan kepada pembunuhan itu. Tapi, di mahkamah soalan sepenting ini tidak dibenarkan untuk ditanya,” katanya.
Tambahnya, “Najib sendiri perlu dipanggil sebagai saksi. Dia perlu menjawab apa kaitan dia dengan Altantuya, Sirul, Razak Baginda? Jika Najib dibawa ke kandang saksi, mungkin kita akan dapat jawapan bagi beberapa persoalan.”
Mengulas lanjut mengenai pembebasan dua anggota polis itu, Zuraida menekankan bahawa kes ini masih belum selesai.
“Ketika mereka ditangkap, mereka dakwa seolah-olah mereka ini menjadi kambing hitam. Apabila mereka dibebaskan, kes ini tidak selesai.
“Maknanya, kes ini masih lagi terbuka. Masih lagi harus disiasat, siapa pembunuh sebenar Altantuya? Hakikatnya Altantuya terbunuh dan dibom. Jadi, siapa orang yang membunuhnya dan siapa orang di belakang pembunuhan itu?,” soalnya.
Beliau yang juga ahli Parlimen Ampang menambah, “dengan pembebasan Sirul dan Azilah, maka pihak pendakwa harus teruskan dakwaan seterusnya, untuk membuka fail dan meneliti semula siapa-siapa yang terlibat dalam kes ini.” |
|
|
|
|
|
|
|
Beribu2 taniya kepada pasukan pembelaan..beribu takziyah kepada pasukan pembelaan |
|
|
|
|
|
|
|
DTECCONAN posted on 24-8-2013 05:17 PM
Bawa saksi penting, baru kes selesai
SHAH ALAM -Sebaik dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) ...
Tin cua ni cakap banyak. Kalo mat joobo dilepaskan takmo pulak dia pertikai bagai. |
|
|
|
|
|
|
|
DTECCONAN posted on 24-8-2013 05:17 PM
Bawa saksi penting, baru kes selesai
SHAH ALAM -Sebaik dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) ...
Mak lampir pun takyah cakap banyak la, time boss engkau lepas ok pulak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Cara perundangan M'sia dah selesai tp x dpt tau juga pembunuhnya, jd boleh recommend kat bapak Altatunya guna alternatif spt guna bomoh atau jin. Since dia non-muslim, dia boleh cuba kot. |
|
|
|
|
|
|
|
bangcak posted on 24-8-2013 09:43 AM
syahdu sungguh kisah kak leliza
masa altantoya tampal c4 kat perut dia misti
Tuya memang minat poziah latip...lepas nyanyi lagu teratai layu...dia nyanyi lagu...selamat tinggal sayangku..lagu dina dgn zizan...apa pun hajat tuya untuk bersemadi di bumi bertuah ni telah tercapai..tulang semua berkecai..semoga tuya tenang ditasik sana... |
|
|
|
|
|
|
|
paperchase posted on 24-8-2013 05:48 PM
Cara perundangan M'sia dah selesai tp x dpt tau juga pembunuhnya, jd boleh recommend kat bapak Altat ...
Takkan nak seru tuya jadi pontianak kot...karang dah jadi pelem seram dah pulakk |
|
|
|
|
|
|
|
toxicated posted on 24-8-2013 01:51 PM
Mitos ke ape bende lah
Teruk sgt sistem kehakiman malaysia ni.
X leh ke kerajaan mongolia masuk ca ...
mana tahu salah?
|
|
|
|
|
|
|
|
Modngengade posted on 24-8-2013 09:33 PM
mana tahu salah?
Xtau sape salah sape betul dah.semua huru hara.lucu ke kes ni. |
|
|
|
|
|
|
|
toxicated posted on 24-8-2013 09:35 PM
Xtau sape salah sape betul dah.semua huru hara.lucu ke kes ni.
tulah uoul..i pun konpius sebenarnya....sekejap salah..sekejap lepas....
|
|
|
|
|
|
|
|
makna kata betulla, Rosmah yg bunuh? |
|
|
|
|
|
|
|
paperchase posted on 24-8-2013 05:48 PM
Cara perundangan M'sia dah selesai tp x dpt tau juga pembunuhnya, jd boleh recommend kat bapak Altat ...
bapak tuya org soleh..prof lak tu..skalipn xtau ckp bi...
aku rasa dia xkn buat gtu..skalipn knal tukang santet. dri mongolia. .... |
|
|
|
|
|
|
|
Keluarga Sirul harap tiada lagi umpat keji
http://www.sinarharian.com.my/ke ... umpat-keji-1.195261
TAIPING – Ahli keluarga Koperal Sirul Azhar Umar beranggapan pembebasan anggota polis itu daripada hukuman gantung, kelmarin akan menghentikan tohmahan yang dilemparkan orang ramai kepada keluarga itu sejak 2006 lalu.
Ibunya, Piah Ahmad, 70, berkata, selama ini mereka hanya bersabar dengan umpat keji masyarakat yang menganggap anaknya pembunuh.
Menurutnya, sikap saling mempercayai antara ahli keluarga yang sentiasa memberi sokongan antara satu sama lain membolehkan mereka berjaya menempuh kehidupan sepanjang lapan tahun kebelakangan ini.
"Makcik bersyukur kerana selama ini sokongan ahli keluarga amat kuat. Selama ini kami bersabar mendengar umpat keji orang. Jadi selepas ini, harap tidak ada lagi yang buruk sangka kepada kami,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Batu 8, Trong, di sini, semalam.
Bagaimanapun, kelibat Sirul Azhar, 42, anak keempat daripada lapan beradik itu, tidak kelihatan sepanjang kunjungan Sinar Harian ke rumah berkenaan.
Piah memaklumkan bahawa mereka sekeluarga belum mendapat perkhabaran terkini berkenaan tarikh sebenar Sirul Azhar akan pulang ke kampung.
"Mungkin dalam sehari dua lagi. Saya tidak kisah bila dia nak balik. Kami sekeluarga sentiasa menanti kepulangannya dan syukur kepada ALLAH kerana memakbulkan doa kami.
"Hari Sirul dibebaskan dari hukuman (kelmarin), adalah hari paling gembira untuk kami sekeluarga," katanya.
Sementara itu, adik Sirul Azhar, Khairul Nizam, 38, memaklumkan bahawa tempias pembabitan abangnya dalam kes berprofil tinggi itu turut dirasai anak bongsu abangnya, Syukri Azam, 13.
Katanya, kehidupan Syukri Azam sering terganggu apabila ada dalam kalangan rakan-rakannya yang melemparkan kata-kata kesat dengan menggelar ayahnya sebagai pembunuh.
"Dia sering diejek oleh kawan-kawannya di sekolah. Ada yang kata ayah dia pembunuh dan saya harap selepas ini tak ada lagi yang melemparkan kata-kata seperti itu.
"Ada juga pihak yang mendakwa kami terima RM3 juta. Itu semua fitnah. Jika betul, kami sudah hidup mewah tetapi lihatlah. Kami tidak memiliki apa-apa," katanya.
Difahamkan, sejak Sirul Azhar dipenjarakan, ahli keluarganya mengambil keputusan untuk menjaga anak keduanya itu, sementara anak sulungnya, Siti Zulaikha, 16 tinggal bersama ibunya setelah penceraian Sirul Azhar dengan isterinya.
Menurut Khairul Nizam, abangnya tidak pernah sedikitpun melupakan keluarga, malah selama berada dalam penjara, dia sering bertanya perihal anak-anaknya.
"Sebelum ini, Syukri memang tinggal bersama ayahnya di Kuala Lumpur. Tetapi selepas abang saya dipenjarakan, kami ambil keputusan untuk menjaganya," katanya.
kesiannya, depa difitnah |
|
|
|
|
|
|
| |
|