CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cheesysauce

Aku dan Misteri

[Copy link]
 Author| Post time 15-11-2016 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Selepas gangguan makanan berakhir, selepas berapa byk nasi di buang akibat basi, si hantu mula bosan. Dia main buku. Buku nota anak2 ababg mat dikoyak. Kemudian ada gumpalan kertas di baling dari luar rumah masuk.ke dalam melalui ti gkap. Biasanya gumpalan kertas itu di tulis dengan caci maki. Atau kalau kebetulan abang mat nak ke rumah bomoh, hantu.tu akan gelakkan abang.mat sebab pergi jumpa bomoh yg tak setanding dengan dia. Misteri kan?

Selepas gangguan nota, dia stop. Dia kotorkan pakaian di jemuran pulak. Kalau kak munah jemur 20helai baju ke, akan ada 2 3 helai yg bercalit lumpur dan kotoran yang berbau busuk. Baju yang terkena kotoran tu kononnya kene sental betul2. Kalau tak, mmg x dpt pakai lg sebab bau busuknya tak hilang.

Hampir setahun setengah gangguan yg.tak putus2, 1 hari, adik abang mat menziarah ke rumah abng.mat. adik abang mat ni kaya raya. Jauh benar bezanya dengan abang mat. Adiknya tak prnh singgah ke rumah nya. Biasanya mereka berkumpuldi rumah ibu bapa abang mat yg tggl di kampung yg sama. Aku namakan adik abg mat ni abg napi.

Menurut abg napi, dia kesian sgt dengan abang mat. Jadi.dia cadangkan abang mat jumpa sorg perawat yg hebat. Pak jalil. Pak jalil ni katanya keturunan siam. Memang kena sgt lah dgn hantu yg menganggu abg mat selama ni. Abg napi tanggung semua belanja berubat. Malah abg napi yang bawa abang mat kerumah pak jalil.

Selepas berubat dgn pak jalil, ada perkembangan positif. Gangguan tidak lagi sekerap dulu. Pak jalil buat air untuk disiram keliling rumah. Dan di renjis dalam rumah. Bila air tersebut habis, adik abg mat akan bawa abg mat ke.rumah pak jalil untuk restock air. Abg mat lega kerana ada tanda2 hantu tu dah give up.

Nnt aku sambung lg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2016 11:59 AM | Show all posts
antoo ni takleh buat 2 keje dalam satu masa ek..

bila baca macam kelakar pun ada tapi kesian dekat bang mat ni. tabah betul dia dan family menahan gangguan antoo ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2016 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
mitz@r replied at 16-11-2016 11:59 AM
antoo ni takleh buat 2 keje dalam satu masa ek..

bila baca macam kelakar pun ada tapi kesian deka ...

Kannn.. mcm kaw2 dia kene game dengan antu tu. Kreatif plak tu antu ponn. Ekceli abg mat ni miskin. Miskin betul. Anak ramai pulak tu. Nak berubat x byk duit. Jadi kebanyakan masa,.kene hadap je la.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2016 12:41 PM | Show all posts
Keamanan rumah abang mat tak kekal lama. Selepas beberapa bulan, gangguan yang makin kuat dan merbahaya. Api..!! Tiba2 api sebesar api mancis menyala di mana2. Kadang2 menyala di tiang rumah. Kadang2 di bantal. Selimut, tilam. Malah di buku sekolah anaknya yang sedang menyiapkan kerja sekolah.

Gangguan terbaru ini memberi tekanan besar kepada abg mat sekeluarga. Abang mat dan kakmunah bergilir berjaga malam. Kerana risau api kecil itu boleh mengakibtkan kebakaran lebih besar. Mereka sentiasa ketakutan. Asal ada bau hangus, mereka cepat2 mencari punca api.

Sekali lagi abg napi bawa abg mat ke rumah pak jalil. Kali ini pak jalil give up. Pak jalil nasihatkan abg mat berpindah keluar dari rumah. Mendengar nasihat pak jalil kepada abg napi menyarankan abang mat berpindah balik ke.rumah keluarga mereka. Selepas berbincang dengan.ke 2 ibu bapa mereka, ayah abang mat izinkan abang mat bina rumah di tanah kosong disebelah rumahnya. Abg napi tanggung perbelanjaan merobohkan rumah dan membina semula rumah tersebut di tanah baharu.

Selpas berpindah, gangguan demi gangguan 100% hilang. Keluarga abang mat aman tenteram. Tetapi, tidak sampai sebulan abg mat berpindah, adik abang mat memulakan projek membina bangunan sarang burung layang layang di tapak rumah lama abang mat (tanah keluarga) dengar cerita, pak jalil di jemput membuat upacara "pagar.kawasan"

Semua gangguan yang terjadi kepada keluarga abang mat kekal misteri. Tak diketahui apa penyebabnya. Khabar angin mengatakan adik abg mat dan pak jalil yang punya kerja. Tapi hanya sekadar khabar angin. Takde bukti. Yg pasti abang mat dengan abg napi memang berpatah arang berkerat rotan.

Tammat
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2016 02:00 PM | Show all posts
ooo gitu kisahnya abang mat tu. erm..memang sesuatu sangat
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2016 05:34 PM | Show all posts
cheesysauce replied at 16-11-2016 12:41 PM
Keamanan rumah abang mat tak kekal lama. Selepas beberapa bulan, gangguan yang makin kuat dan merbah ...

jahatnya...  patut la tetiba baik hati sponsor segala sedangkan tak pernah bertandang...  kejis ok...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-11-2016 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesimpulan yg aku boleh buat utk iktibar diri aku, bila melibatkan duit, adikberadik sdiri pun boleh jd setan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2016 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas ni aku nak cerita kisah penunggu pohon beringin mengamuk di kuarters
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-11-2016 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
mitz@r replied at 16-11-2016 11:59 AM
antoo ni takleh buat 2 keje dalam satu masa ek..

bila baca macam kelakar pun ada tapi kesian deka ...

Aku rasa, bkn anto tu takleh buat bykk benda dln 1 masa. Tpi dari cerita mak aku ni, cmpr la info dr mak sedara n nenek aku yang serius bercerita sambil makan mangga asam boi tu, aku rasa, hantu ni mmg di arahkan buat mcm tu utk mental pressure family abgmat kot
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
So abad duduk umah 2 tanah family ke camne? Ke dia sewa ngan org?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 10:13 AM | Show all posts
yeayy... TT ada new story

tak sabar nak tunggu cerita baru TT nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2016 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku nak ceritakan kisah yang berlaku masa aku dan kawan2 aku kena kacau masa kursus kepimpinan pelajar.

Cerita ni berlaku sekitar penghujung 90an. Aku antara beberapa orang pengawas sekolah yang    terlibat dlm kursus kepimpinan. Kursus tu dibuat di sekolah lain bersama pengawas2 dari 10 buah sekolah yg berbeza.

Kursus ni dibuat di sebuah sekolah yg terletak di atas bukit. Suasana sekolah tu sentiasa redup dan sejuk sebab dikelilingi hutan. Tp pemandangan mmg cantik gila. Tanaman pokokbunga berwarna warni. Sayup mata memandang, tumbuhan hutan hijau kebiru biruan dan pemandangan berkabus. Sangat menenangkan. Pertama kali tiba  kami sangat teruja dengan suasana sekolah tu yg lain dari yg lain.
Kami di tempatkan dlm dorm asrama. Masa tu sekolah tghcuti seminggu. Jadi mmg takada pelajar lain. Asrama sekolah ni agak scary sebab tingkap nya kalau dibuka btol2 mengadap hutan tebal yg berkabus. Pengiring kami yg terdirri dari pelajar asal sekolah tu, memberitahu syarat2 yg perlu kami patuhi. Antaranya ialah tak boleh buka tingkap yg mengadap hutan. Ok fineeee
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2016 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Uut x sabar nak tau..sambung tt
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2016 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Best sgt2 la tt...jgn lari lagi ye...tt ni mesti byk kisah2 mcm ni kan..update selalu..kipidap...tq byk2 tt
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2016 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru jumpa je thread ko nih TT. Jangan lupa sambung segala citer ko ye. Ada je yang menunggu, termasukla haku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2016 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
BONDAFAD replied at 19-11-2016 08:40 AM
Uut x sabar nak tau..sambung tt

Tq tau sbb follow
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-11-2016 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Exorabusyuk replied at 19-11-2016 09:24 AM
Best sgt2 la tt...jgn lari lagi ye...tt ni mesti byk kisah2 mcm ni kan..update selalu..kipidap...tq  ...

Aku cuba.. Ada le jgk mcm2 kisah yg tersimpan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2016 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Rainrein replied at 19-11-2016 04:08 PM
Baru jumpa je thread ko nih TT. Jangan lupa sambung segala citer ko ye. Ada je yang menunggu, termas ...

Tq sudi baca. Kdg malas nk sambung sbb mcm aku yg tulis, aku sorg yg baca balik hihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2016 05:30 PM | Show all posts
Mlm ni kalau takde hal aku update lg k
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2016 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
cheesysauce replied at 19-11-2016 09:28 AM
Tq sudi baca. Kdg malas nk sambung sbb mcm aku yg tulis, aku sorg yg baca balik hihi

Jangan risau. Ramai peminat MPS kat sini. Komen dengan tidak je. Untuk bagi semangat kat TT kongsi cerita aku akan selalu drop komen ye. Win win situation gitu.  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:10 AM GMT+8 , Processed in 0.056667 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list