|
Luckman posted on 13-12-2012 11:05 PM
Tidur juga bila berzikir tu, lama-lama tertidur juga. Tapi saya kene ada bacaan ayat2 suci baru bo ...
eh saya pon.. tapi hp saya pusing non stop sampai esok pagi... it makes my head feel better the nextday... Alhamdulillah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Luckman posted on 13-12-2012 11:06 PM
Bab nie susah nak cakap sikit, terpulang pada empunya badan. Tapi tak salah pun kalau mencari duni ...
ubbuddunnia ni selalunya terlebih2
|
|
|
|
|
|
|
|
magpie5672 posted on 14-12-2012 01:39 AM
eh saya pon.. tapi hp saya pusing non stop sampai esok pagi... it makes my head feel better the ne ...
Saya juga begitu. Tapi ringtone saya tak adalah zikir. Cuma satu lagu jer....Yang lelain zikir. Saya x tau kenapa dah hilang terus nak dengar lagu. Tengok TV pun jarang. Sya nak ketenangan dan kedamaian...kalau boleh nak selesaikan hutang cepat2 dan nak pergi jauh-jauh dah....
|
|
|
|
|
|
|
|
Selamat berjuang en.luckman. semoga dipermudahkan Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
orangbesi posted on 14-12-2012 07:10 PM
oooo
zikir ye
baik tu
Terpulang pada empunya diri dan niat masing2........Baik untuk diri atau untuk Ilmu pun, semua Allah yang punya. Dah kira baik la dia bagi pinjam sifat pada hambanya. Tapi manusia ni sering lupa dan dah tu bongkak lak dengan apa yang Allah bagi pinjam. Dah tu siap pandang rendah lak pada orang lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
perasaan?
prediction?
foresight?
penampakan? |
|
|
|
|
|
|
|
Ni nk buka kasyaf mata ke nk melihat dgn mata hati......
melihat dgn mata hati tak perlu dibuka kasyaf mata...spai nmpak alam ghaib...
Ikhlas yg penting....syaitan takut nk berdamping dgn org yg ikhlas.....insyaallah.. |
|
|
|
|
|
|
|
turboturtle posted on 14-12-2012 10:28 PM
Ni nk buka kasyaf mata ke nk melihat dgn mata hati......
melihat dgn mata hati tak perlu dibuka kas ...
Saya dah tak mengamalkan meditasi tu semua. Dah lama saya tinggalkan. Cuma apa yang saya nyatakan ialah, sekarang ni pandangan saya seolah-olah datang dari hati. Ibarat macam mata fizikal. Susah saya nak terangkan.Saya bukan berangan atau nak cipta sesuatu keanehan dalam diri saya cuma saya tak faham kenapa jadi macam tu. Apabila melihat, fikiran saya jadi kosong dan cuma hati saya yang berkata.
Zikir-zikir yang saya amalkan selalu sebab saya nak sentiasa dengan Allah. Tiada niat lain. Saya sentiasa bercakap dengan Allah tidak kira masa. Terus terang saya akui saya cakap dengan Allah apa yang terbenak di hati saya. Saya tiada kawan, tiada kemewahan, hanya yang tinggal adalah kesepian dan sendirian. Saya sentiasa mohon pada Allah agar hati saya mencintai DIA lebih dari segala-galanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Apapun ni thread yg bagus pd pandangan saya....membuatkan kita muhasabah diri... |
|
|
|
|
|
|
|
turboturtle posted on 14-12-2012 11:12 PM
Apapun ni thread yg bagus pd pandangan saya....membuatkan kita muhasabah diri...
Saya tak tahu la...saya hanya ceritakan apa yang saya alami. Bila usia saya makin meningkat, semakin banyak perkara yang saya lihat seolah-olah menceritakan perkara sebenar yang sukar diterangkan. Bahagian hati saya seolah-olah terbuka terang macam mata fizikal. kalau kita lihat dari mata kasar, secara otomatik otak / fikiran kita akan memberikan jawapannya. Tapi bila apa yang dilihat dari bahagian hati, pikiran tak ada respon. Seolah-olah bahagian hati dah jadi otak lak....
Hanya dalam thread ni sahaja saya bercerita sebab orang tak kenal saya, dan macam saya beritahu, saya tak ada kawan. Bukan tak nak berkawan tapi saya sendiri tak tahu kenapa saya tak ada kawan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam, ini sekadar pandangan yang tak seberapa perihal mata hati.
->Yang pertama sekali dari mana datangnya mata hati? Datangnya atas kehendak Allah dan bersumberkan Al-Quran dan Sunnah.
->Bagaimana dengan hati kalbu? Adakah sama dengan mata hati? Hati kalbu tidaklah sama dengan mata hati. Ianya Juga datangnya dari Allah cuma sekadar tempat persinggahan (ujian) untuk membuat pilihan dalam kehidupan sama-ada HAK atau BATIL atau kedua-duanya.
-> Bagaimanakah menzahirkan mata hati? Ikhlaskan diri kerana Allah berdasarkan kebenaran yang ada di dalam Al-Quran dan Sunnah dan memahami akan kepentingan HAK dan BATIL dalam kehidupan dalam erti kata yang DIA kehendaki.
-> Ciri-ciri orang yang ada mata hati? Sesungguhnya orang yang mempunyai mata hati cukup TAJAM pemerhatian dan ingatannya. Orang yag ada mata hati itu TIADA KEKESALAN dalam apa jua yang dizahirkan dan sentiasa memperbaiki diri dalam mengikhlaskan diri kerana Allah. Orang yang ada mata hati itu antara orang-orang yang berjaya di dunia dan akhirat.
-> Tanda-tanda mata hati boleh tahu ke? Boleh, orang yang ada mata hati itu seorang yang TENANG dalam segala situasi (raut wajah akan menunjukkan kebenarannya). jarang mengganggu urusan Allah melainkan jika YAKIN itu datangnya dari Allah dalam bentuk ILHAM yang ditunjukkan dengan jelas dan nyata.
-> Adakah orang yang ada mata hati itu ada kelebihan? Jawapan : Ya, tapi untuk menerangkan, adalah lebih baik dirahsiakan supaya tidak wujud manusia yang mencari ilmu kehebatan sedangkan semua itu datangnya dari ALLAH.
Allah Jua Yang Maha Maha Mengetahui. Saya manusia yang lemah.
Wallah Hualam
Last edited by Abangcute on 15-12-2012 01:03 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Luckman posted on 14-12-2012 07:36 PM
Terpulang pada empunya diri dan niat masing2........Baik untuk diri atau untuk Ilmu pun, semua All ...
dah gi kat MATA HATI
cuba lah dulu
iaitu menggerakkan anggota dgn ilham terus dr mata hati
ataupun
selepas akal mengambil alih
dua pegangan yg berbeza
tapi
leh DISATUKAN........................
cuba-cubalah yeeee
|
|
|
|
|
|
|
|
din_atos posted on 14-12-2012 12:34 AM
tula aku pelik sbb manusia takut sgt ngan antu cik ponto la pocong la bknnya diorg bole bunuh kita ...
aku memang pernah nampak jin. masa tu aku aku masih budak2 lagi duduk kampung. aku dengar cerita kampung aku tu ada tempat laluan makhluk halus sekeliling rumah atuk aku tu. tapi masa tu aku belum pernah terserempak dengan hantu.
lepas tu aku dapat satu idea aku nak puja kawasan rumah atuk aku tu. masa tu waktu malam, kira2 pukul 10 malam. aku sediakan darah dari jari aku yg aku hiris, pastu aku puja menggunakan ayat2 jampi yg aku jumpa melalui internet cara2 nak panggil makhluk halus.
aku jadi berani macam tu sebab aku sangka benda tu cuma karut dan takkan menjadi. tapi tiba2 tak sangka pulak lepas aku puja sorang2 kat dalam gelap, tiba2 aku nampak macam ada satu lembaga tinggi kira2 12 kaki melintas depan aku. aku tak nampak sangat bentuknya, sebab aku spontan toleh tempat lain masa benda tu berdiri depan aku...
lepas tu aku terus lari balik rumah sambil baca ayat kursi. aku pikir lepas aku balik rumah, 'benda' tu tak kacau lagi, tapi tak pasal2 mak aku yg jenis lemah semangat kena rasuk masa tengah tidur. masa aku tengah sedap tidur tu, aku ngan ayah aku tetiba terdengar mak aku ketawa terbahak2 sorang2. meremang jugak bulu roma aku sebab aku tak pernah dengar mak aku ketawa seseram macam tu.
tapi nasib baik ayah aku sempat halau benda tu dari kacau mak aku. esoknya lepas mak aku sihat, dia rasa pelik macam mana dia boleh kena rasuk sedangkan dia takde langgar apa2 pantang larang. tapi aku tau sebenarnya mak aku kena rasuk pasal aku main puja2 tu. tapi aku tak gitau mak aku yg dia kena rasuk berpunca dari aku.
lagi satu aku nak jawab, walaupun jin dan syaitan tak boleh membunuh manusia, tapi dia boleh mengheret kau ke dalam bahang api neraka di alam barzakh nanti...
Last edited by Pailang on 15-12-2012 04:44 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
din_atos posted on 14-12-2012 12:18 AM
menghambat tu apa ye. kurg phm la ayat indon tu.
tingin nk buat.. tp tkt x ckup ilmu. klu bole x ...
menghambat dalam bahasa melayu menghalang.
menghambat: menghalang.
|
|
|
|
|
|
|
|
card_reader posted on 13-12-2012 08:44 PM
aku ada persoalan sikit, sebab kadang2 waktu aku pejam mata nak tido. aku akan nampak cahaya, kadang ...
cahaya yg boleh nampak makhluk halus tu biasanya cahaya yg berwarna warni. lepas berwarna warni, diganti pula dengan bentuk kepulan macam asap. kemudian baru boleh nampak makhluk halus.
cahaya macam ni cuma boleh terjadi bila seseorang tu bermeditasi atau ada juga melalui gegaran otak. ada orang yg secara kebetulan terbuka mata ketiga sendiri melalui kemalangan yg menggegarkan otak mereka sehingga menyebabkan mata ketiga mereka terbuka dengan sendiri.
aku pernah bermeditasi sampai nampak warna warni... cahaya ni aku tak pernah berlaku sebelum ni. disebabkan rasa janggal, aku terus stop bermeditasi, sebab aku takut...
Last edited by Pailang on 15-12-2012 04:58 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Pailang posted on 15-12-2012 04:56 PM
cahaya yg boleh nampak makhluk halus tu biasanya cahaya yg berwarna warni. lepas berwarna warni, ...
i see....
tapi aku biasa nya nampak cahaya puteh je la, x pernah lagi nampak cahaya warna warni nie..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|