CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bbalik

[fakta] Tahukah anda?

[Copy link]
 Author| Post time 4-10-2011 01:51 PM | Show all posts
Kajian tentang pertumbuhan epal dipanggil pomology

Orang yang ada alahan tehadap getah (latex) mungkin juga akan alah dengan buah kiwi

Buah lemon diberikan pada tentera British untuk mengelakkan penyakit scurvy (kekurangan vitamin c)

Terdapat lebih 400 jenis buah kiwi di China

Strawberry tergolong dalam keluarga bunga ros

Jika anda memanaskan buah lemon sebelum memerahnya, ia akan menghasilkan lebih banyak jus

Terdapat lebih 20 billion kelapa yang dihasilkan setiap tahun

1/3 daripada buah nenas yang terdapat di dunia dihasilkan di Hawaii

California menghasilkan 1 billion pound strawberry setiap tahun

Buah plum Jepun sebenarnya berasal dari negara China

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-10-2011 01:51 PM | Show all posts
Sebatang pokok epal mampu berbuah sehingga 100 tahun

Terdapat lebih 1200 jenis tembikai yang tumbuh seluruh dunia dalam 96 negara

Orang biasa secara puratanya makan lebih kurang 65 biji epal setahun

Buah pear akan menghasilkan titik hitam jika disimpan dalam persekitaran yang kurang oksigen

Pokok lemon yang matang mampu menghasilkan diantara 1000 hingga 2000 buah setahun

Buah plum tumbuh dalam semua benua di dunia kecuali Antartika

Bahagian dalam kulit pisang boleh digunakan untuk mengilatkan kasut kulit

Limau nipis bebas daripada kandungan lemak, lemak tepu, natrium dan kolestrol

Kebanyakkan vitamin C yang ada pada buah pear terdapat pada kulit buah tersebut

Mangga mempunyai kandungan vitamin C yang sama banyak dengan buah oren

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2011 01:52 PM | Show all posts
Anda boleh menggosok bahagian dalam kulit pisang pada kulit untuk merawat gatal-gatal akibat gigitan nyamuk

Lebih banyak mangga dimakan setiap hari seluruh dunia berbanding buah lain

Terdapat lebih kurang 10,000 jenis buah epal yang tumbuh di seluruh dunia

Lemon mempunyai lebih banyak kandungan gula berbanding strawberry

Tambahkan setengah cawan jus lemon pada cucian anda untuk mendapat cucian yang lebih putih berseri

Pisang mempunyai kandungan vitamin B-Complex yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf

Buah pear mampu kekal hidup pada suhu serendah -40 darjah celcius

Jika anda menanam sebiji benih buah oren, anda mungkin akan mendapat lebih daripada sebatang pokok

Mangga tergolong dalam keluarga yang sama dengan poison ivy

25% daripada kandungan buah epal adalah udara. Sebab itu ia terapung di atas permukaan air

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2011 08:56 PM | Show all posts
gud info.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2011 11:40 AM | Show all posts
Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya.

Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.

Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas 1.6 km persegi di hutan Amazon dimana jika seseorang bernama Amran memasuki kawasan itu, beliau berkemungkinan akan tersesat selama 3,000 jam jika tidak membawa kompas.

Uri Geller, ahli psikik terkenal yang dilahirkan pada 20 Disember 1946, mengatakan bahawa kebolehan luar biasa yang dimilikinya itu berasal dari planet Hoova dan kadangkala dia juga memekik sambil mengatakan yang dia adalah seorang Ultraman!.

Tahukah anda?..Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya. Tetapi ini tidak bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika dibuang sudah terbuktilah manusia itu dari jenis yang tidak ada otak!!.

Apabila marah, Tasmanian Devil (sejenis haiwan yang hidup di pulau Tasmanian, selatan Australia) akan bertukar warna menjadi kemerah-merahan. Bila Makcik Leha marah, wajahnya juga akan bertukar menjadi kemerah-merahan padahal mereka bukanlah dari spesies yang sama.

Gelas kaca pecah dengan kelajuan 4,827 km/j. Pecah Kaca, Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas pula ialah ayat yang selalu diguna oleh budak-budak sekolah ketika bercinta.

Tahukah anda?..Otak kita mengandungi 80% air. Walaubagaimanapun..seseorang yang sudah lama tidak membuat hubungan kelamin bersama isteri akan mengalami satu sindrom yang berkaitan otak iaitu sindrom ‘masuk air’.

Tahukah anda?..Belang yg kita lihat pada harimau bukan sekadar pada bulunya tapi pada kulitnya. Belang pada lelaki berhidung belang pula bukan sekadar pada hidungnya, tapi juga pada bulu hidungnya.

Tidak ada satu pun perkataan yang bermula dengan huruf 'W' dalam bahasa Sepanyol. Sementara itu, hanya terdapat 12 huruf dalam bahasa Hawaii iaitu A,E,H,I,K,L,M,N,O,P,U dan W. Untuk pengetahuan juga, didalam Bahasa Inggeris dan Melayu mesti menggunakan ke semua huruf dari A-Z kecuali yang buta huruf kerana mereka tidak tahu membaca.

Hanya ada empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan bunyi-'dous' iaitu tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous. Ini membuatkan seseorang yang bernama Fidaus berasa bangga sekejap.

Tahukah anda?..Di negara Norway, terdapat sebuah tempat di panggil Hell (neraka) manakala kalau kita berbuat jahat selalu, tempat yang kita akan pergi juga bernama Hell.

Menurut kajian ahli sains, secara puratanya, kita akan berhenti bercakap setiap tujuh minit. Tetapi menurut seorang ahli sains yang lain yang bisu sejak lahir, secara puratanya, dia tidak boleh langsung bercakap seumur hidupnya.

Siapakah Thomas Mapother?? Lelaki itu adalah pelakon tampan, Tom Cruise, sebelum dia menukar namanya. Siapakah pula Latiff Sufian?? Lelaki itu pula ialah cuma seorang tukang kebun di Sekolah Rendah Kampung Kerinchi.

Untuk mengekalkan suhu sejuk, burung unta akan mengencingkan kakinya sendiri supaya ia akan berasa sejuk apabila air itu menyejat. Anda juga boleh berbuat demikian jika hendak berbau hancing.

Dipetik dari kenyataan sebuah majalah, tembakau membunuh lebih ramai rakyat Amerika (seramai 450,000 orang) setiap tahun berbanding alkohol, kokain, heroin, homisid, bunuh diri, kemalangan kereta, kebakaran dan AIDS. Untuk menyembunyikan rasa takut dikalangan orang-orang kaya pula, majalah tersebut tidak berani untuk mengatakan bahawa tembikar yang di beli dengan harga yang mahal juga mampu membunuh jika dihentak dikepala dengan kadar yang kuat.

Tomato dan Timun adalah buah-buahan ya, bukan sayur. Taugeh dan Sawi pula ialah nama samaran pelukis majalah kartun Ujang ya, bukan Utopia.

Agensi keselamatan antarabangsa mengatakan jangan takut untuk menaiki kapal terbang kerana ia merupakan alat pengangkutan yang paling selamat. Ia jauh lebih selamat berbanding motosikal, bas, kereta api dan kereta. Akan tetapi agensi itu mungkin terlupa akibat jikalau kapal terbang itu terhempas ke atas jalanraya dan menimpa semua orang yang menaiki kenderaan yang disebut tadi adalah kebarangkaliannya akan hancur lebur.

Jangan terkejut, kalau diceraikan satu per satu dan kemudian disusun semula, seluruh batu yang terdapat pada Tembok Besar China, cukup untuk mengelilingi bumi pada garisan khatulistiwa dengan ketinggian 2.5 meter dan jangan terkejut dengan penceraian artis-artis tempatan kerana itu semua publisiti murahan yang dapat menaikan populariti pada carta bintang paling popular.

Mengikut fakta, sebelum era Masihi, terdapat satu perkidmatan 'pos laju' menggunakan kuda di Parsi. Posmennya akan memakai pengikat kepala dan menghantar surat tersebut merentasi Asia, beratus-ratus km tanpa henti. Mengikut akta pula, seorang Posmen yang menaiki EX5 merah dari Pos Malaysia, jika selalu berhenti-henti minum kopi di kedai mamak boleh diberhentikan kerja serta-merta.

Dianggarkan sel kulit yang mati yang hilang sepanjang hayat kita cukup untuk mengisi lapan beg tepung seberat tiga kilogram dan tepung itu kalau di buat roti canai, rasanya amat lazat jika dimakan bersama-sama dengan kari kepala ikan.

Ini adalah benar, ngauman seekor singa mampu didengari sejauh 3 km kecuali orang yang pekak walaupun dia hanya berada 3 cm sahaja dari singa tersebut.

Permukaan bumi adalah seluas 153,295,000 km persegi manakala orang yang jauh perjalanannya sewaktu berkelana seperti Azroy dari filem Gila-Gila Remaja pula hanya mendapat luas permandangan memandangkan dia hanya mengelilingi Kuala Lumpur sahaja.

Tahukah anda?..Seekor lembu kentut sebanyak 200 kali lebih banyak berbanding manusia. Tetapi ini tidaklah ada apa-apa berbanding dengan kentut seorang manusia yang bernama Faizal, tidak berbunyi tapi busuk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2011 01:18 PM | Show all posts
Dianggarkan sel kulit yang mati yang hilang sepanjang hayat kita cukup untuk mengisi lapan beg tepung seberat tiga kilogram dan tepung itu kalau di buat roti canai, rasanya amat lazat jika dimakan bersama-sama dengan kari kepala ikan.



erkkkk.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-10-2011 01:19 PM | Show all posts
penyakit yang disebabkan oleh permainan video.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2011 01:19 PM | Show all posts
#1 Atari Skinning

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-10-2011 01:19 PM | Show all posts
#2 3D Optical Disorder (3DOD)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2011 01:20 PM | Show all posts
#3 Playstation Thumb

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2011 01:20 PM | Show all posts
#4 WiiMote Shoulder Dislocation

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2011 01:20 PM | Show all posts
#5 WASD Syndrome

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2011 01:21 PM | Show all posts
#6 XBOX Hyphertrophy

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2011 01:21 PM | Show all posts
#7 FPS Carpal Tunnel Syndrome

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2011 01:22 PM | Show all posts
#8 Nintendo Arthritis

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2011 01:23 PM | Show all posts
Tahukah anda?..Belang yg kita lihat pada harimau bukan sekadar pada bulunya tapi pada kulitnya. Belang pada lelaki berhidung belang pula bukan sekadar pada hidungnya, tapi juga pada bulu hidungnya.



betul tuh....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-10-2011 01:27 PM | Show all posts
belajar ABC-Z
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2011 01:27 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2011 01:28 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2011 01:28 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 01:02 PM GMT+8 , Processed in 0.418496 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list