CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tenteramsuci

Share All About Agensi Maid Indon

  [Copy link]
Post time 31-5-2011 02:13 PM | Show all posts
RM4,511 bayaran pembantu rumah Indonesia: Subramaniam


2011/05/30
BANDUNG: Protokol pindaan terhadap Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai pengambilan pembantu rumah Indonesia yang ditandatangan malam ini menetapkan RM4,511 sebagai bayaran pengambilan pembantu rumah Indonesia oleh pihak majikan Malaysia.

Menteri Sember Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, berkata jumlah itu adalah RM2,711 oleh pihak majikan dan RM1,800 adalah bayaran pekerja yang didahulukan oleh pihak majikan kepada agensi pekerjaan.
"Majikan dibenarkan memotong gaji pekerja sebanyak RM1,800 dengan syarat pemotongan itu tidak boleh lebih daripada 50 peratus daripada gaji bulanan pembantu rumah," katanya kepada selepas majlis penandatanganan MoU baru itu.
Ia bermakna kos sebenar yang ditanggung oleh majikan ialah RM2,711.

Dr Subramaniam berkata, protokol Pindaan terhadap MoU di antara Malaysia dan Indonesia Mengenai Isu Penggajian Pembantu Rumah Asing Indonesia 2006 itu, turut menetapkan bahawa pembantu rumah Indonesia diberi cuti satu hari dalam seminggu dan mereka layak dibayar gaji satu setengah hari jika memilih untuk bekerja pada hari cuti berkenaan.

Satu kontrak kerja yang standard juga perlu digunakan untuk pengambilan pembantu rumah dari republik itu.

Menteri itu berkata, antara perkara utama yang di persetujui dalam protokol itu ialah penubuhan Pasukan Petugas Bersama (JTF) di kedua-dua negara untuk membantu Kumpula Kerja Bersama (JWG) untuk mengawasi pelaksanaan MoU dan menyelesaikan perkara-perkara berbangkit berhubung penggajian dan pengurusan pembantu rumah Indonesia.
Gaji akan ditetapkan berdasarkan kepada kadar pasaran dan majikan akan bertanggungjawab membayar gaji bulanan seperti dalam kontrak iaitu melalui akaun bank pekerja namun jika lokasi bank jauh, bayaran tunai dibenarkan.

Mengulas pasport pembantu rumah terbabit, mereka diberikan hak memegang dokumen itu, bagaimanapun mereka boleh menyerahkan pasport mereka kepada majikan untuk disimpan bagi tujuan keselamatan dengan syarat ia dikembalikan bila pekerja memintanya.

Protokol ini turut menetapkan bahawa majikan berhak mendapat pengganti pembantu rumah Indonesia yang baru atau bayaran pendahuluan mereka dari agensi pekerjaan jika pekerja mereka melarikan diri atau tidak kompeten dalam tempoh enam bulan.

Mereka juga berhak mendapat pengganti atau pengembalian wang pendahuluan jika pekerja itu tidak lulus pemeriksaan kesihatan dalam tempoh tiga bulan.

Agensi pekerjaan yang didapati melanggar ketetapan dalam protokol baru ini akan disenarai hitamkan oleh agensi kerajaan yang berkaitan, katanya.

"Kerajaan percaya dengan adanya protokol berhubung penggajian pembantu rumah di antara Malaysia dan Indonesia ini akan dapat memberi perlindungan yang sewajarnya kepada para majikan Malaysia yang menggajikan pembantu rumah Indonesia dan seterusnya meningkatkan kerjasama dua hala di antara kedua-dua negara," katanya.

Beliau berkata, keputusan dan persetujuan antara Malaysia dan Indonesia hanya terpakai untuk pengambilan pembantu rumah Indonesia saja. - BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2011 02:22 PM | Show all posts
ringkasan

1. RM4,511 sebagai bayaran pengambilan pembantu rumah Indonesia oleh pihak majikan Malaysia.
= bagi aku ok la tu banding 7-9 ribu sebelum ni. Mahal giler...

2. Majikan dibenarkan memotong gaji pekerja sebanyak RM1,800 dengan syarat pemotongan itu tidak boleh lebih daripada 50 peratus daripada gaji bulanan pembantu rumah.
= hmm ok la...at least potong sikit2. Kalo ikutkan 3 - 4 bulan takde gaji susah jugak tu. Kita kalo gaji x dpt sebulan pun sengkek jugak.

3. Kos sebenar yang ditanggung oleh majikan ialah RM2,711
= kira ok la tu

4. Cuti satu hari dalam seminggu dan mereka layak dibayar gaji satu setengah hari jika memilih untuk bekerja pada hari cuti berkenaan.
= hak ni susah jugak ni...kalo la maid tu nak keluar ke apa..chances nak lari tu tinggi giler..dah ler pegang passport..lagikan takde passport pun selamba je diaorg lari.

5. Gaji akan ditetapkan berdasarkan kepada kadar pasaran
= berapa? 500? 600? 600 pun da byk dah tu

6. Mengulas pasport pembantu rumah terbabit, mereka diberikan hak memegang dokumen itu, bagaimanapun mereka boleh menyerahkan pasport mereka kepada majikan untuk disimpan bagi tujuan keselamatan dengan syarat ia dikembalikan bila pekerja memintanya.
= hmm iyo la tuh...maunye deme yg nak pegang..mesti punyerr

7. majikan berhak mendapat pengganti pembantu rumah Indonesia yang baru atau bayaran pendahuluan mereka dari agensi pekerjaan jika pekerja mereka melarikan diri atau tidak kompeten dalam tempoh enam bulan.
= kalo lari bulan ke 7? sama je..rugi jugak...apsal tak letak terus 2 tahun?

8. Mereka juga berhak mendapat pengganti atau pengembalian wang pendahuluan jika pekerja itu tidak lulus pemeriksaan kesihatan dalam tempoh tiga bulan.
= hak ni biasa la ni...agen yg bengong je yg tak nak pulangkan..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2011 03:10 PM | Show all posts
Aku stuju part yg kos amik tu murah.. Yg tu jer.. Ni byk jer agensi cekik drh smpai dkt 10k.. Byk giler untung.. Gaji, max 600 blh lgi la, tp siler la beli brg2 kepeluan sndiri.. Aku tanggung mkn, minum, tmpt tinggal jer la.. If nk cuti sumer tu, mknan d hari cuti tu, byr sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2011 03:14 PM | Show all posts
Reply 123# nurryn


    setuju sgt2 tuh !!!
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2011 03:16 PM | Show all posts
slm..nak tanya lah...

kalu amik maid ilegal tinggi tak risiko dia?
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2011 03:25 PM | Show all posts
Reply 125# mayyonnizz


    bergantung kepada nasib jugak..cam saya aritu , amik yg legal but then permit tak bole proses sebab medical dia palsu..so i tak buat permit..bila dia balik indon byr denda RM700 then bole balik sana..insya allah takde masalah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-5-2011 03:32 PM | Show all posts
Reply  mayyonnizz


    bergantung kepada nasib jugak..cam saya aritu , amik yg legal but then p ...
kevler Post at 31-5-2011 15:25


ok..tapi kena selalu sorok dia ke...  selam dia kerja takut gak nt pihak berkuasa wat spot check ke... mcm kalau nak bawak balik kampung jauh kena lalu roadblock ke...hihi..

yang denda rm700 tuh majikan bayar ke...maid yg kena bayar...

thanx yer wak..

sebab kan..bila baca maid legal ni suka lari takutle...wat hangus duit kita jerk amik dorg kan.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2011 03:36 PM | Show all posts
Reply 127# mayyonnizz


    skrang rasanye tak ketat sgt sebab ramai sgt indon yg illegal dok cni..macam maid saya , sebulan saya bg cuti sehari..yg rm700 itu bergantung pada majikan la..mcm sy tolak gaji dia separuh laa..hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-5-2011 04:40 PM | Show all posts
Ok. Nak share...ni latest news hasil MOU semalam ye....lepas ni mudahan takde la yg kene mahal sampai RM7-8k utk sorang maid.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2011 04:41 PM | Show all posts
BANDUNG 31 MEI : Protokol pindaan terhadap Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai pengambilan pembantu rumah Indonesia yang ditandatangani semalam menetapkan RM4,511 sebagai bayaran pengambilan pembantu rumah Indonesia oleh pihak majikan Malaysia.

Jumlah itu merupakan RM2,711 disediakan oleh pihak majikan dan RM1,800 adalah bayaran pekerja yang didahulukan oleh pihak majikan kepada agensi pekerjaan.

“Majikan dibenarkan memotong gaji pekerja sebanyak RM1,800 dengan syarat pemotongan itu tidak boleh lebih daripada 50 peratus daripada gaji bulanan pembantu rumah,” kata Menteri Sumber Manusia Malaysia Datuk Dr S Subramaniam dipetik Bernama Online hari ini.

Ini bermakna kos sebenar yang ditanggung oleh majikan ialah RM2,711.

Dr Subramaniam berkata protokol Pindaan terhadap MoU di antara Malaysia dan Indonesia Mengenai Isu Penggajian Pembantu Rumah Asing Indonesia 2006 itu, turut menetapkan bahawa pembantu rumah Indonesia diberi cuti satu hari dalam seminggu dan mereka layak dibayar gaji satu setengah hari jika memilih untuk bekerja pada hari cuti berkenaan.

Satu kontrak kerja yang standard juga perlu digunakan untuk pengambilan pembantu rumah dari republik itu.

Kata beliau, antara perkara utama yang dipersetujui dalam protokol itu ialah penubuhan Pasukan Petugas Bersama (JTF) di kedua-dua negara untuk membantu Kumpula Kerja Bersama (JWG) untuk mengawasi pelaksanaan MoU dan menyelesaikan perkara-perkara berbangkit berhubung penggajian dan pengurusan pembantu rumah Indonesia.

Gaji akan ditetapkan berdasarkan kepada kadar pasaran dan majikan akan bertanggungjawab membayar gaji bulanan seperti dalam kontrak iaitu melalui akaun bank pekerja namun jika lokasi bank jauh, bayaran tunai dibenarkan.

Mengenai pasport pembantu rumah terbabit, mereka diberikan hak memegang dokumen itu, bagaimanapun mereka boleh menyerahkan pasport mereka kepada majikan untuk disimpan bagi tujuan keselamatan dengan syarat ia dikembalikan bila pekerja memintanya.

Laporan Bernama berkata protokol ini turut menetapkan bahawa majikan berhak mendapat pengganti pembantu rumah Indonesia yang baru atau bayaran pendahuluan mereka dari agensi pekerjaan jika pekerja mereka melarikan diri atau tidak kompeten dalam tempoh enam bulan.

Mereka juga berhak mendapat pengganti atau pengembalian wang pendahuluan jika pekerja itu tidak lulus pemeriksaan kesihatan dalam tempoh tiga bulan.

Agensi pekerjaan yang didapati melanggar ketetapan dalam protokol baru ini akan disenaraihitamkan oleh agensi kerajaan yang berkaitan, katanya.

“Kerajaan percaya dengan adanya protokol berhubung penggajian pembantu rumah di antara Malaysia dan Indonesia ini akan dapat memberi perlindungan yang sewajarnya kepada para majikan Malaysia yang menggajikan pembantu rumah Indonesia dan seterusnya meningkatkan kerjasama dua hala di antara kedua-dua negara,” katanya.

Keputusan dan persetujuan antara Malaysia dan Indonesia hanya terpakai untuk pengambilan pembantu rumah Indonesia sahaja, katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2011 04:42 PM | Show all posts
RM4,511 bayaran pembantu rumah Indonesia: Subramaniam


2011/05/30
BANDUNG: Protokol pindaan ter ...
dalnas Post at 31-5-2011 14:13


......akak yg terlepas kapal selam....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2011 04:49 PM | Show all posts
Dan untuk penjelasan kos yg dipersetujui tu adalah untuk pembantu yg masuk as pelancong dan convert ke JP Visa ye. Since utk Calling Visa belum dapat any keputusan lagi. Akak dah double confirm with Imigresen.

Thanx.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2011 01:01 AM | Show all posts
......akak yg terlepas kapal selam....
tenteramsuci Post at 31-5-2011 16:42



    dah sampai tak kapal selam akak.... zass kinna menunggu kat rumahmu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2011 01:58 PM | Show all posts
Post Last Edit by nurryn at 1-6-2011 14:01
slm..nak tanya lah...

kalu amik maid ilegal tinggi tak risiko dia?
mayyonnizz Post at 31-5-2011 15:16


sgt bahaya...
kena tangkap 1 hal...
if dier mencuri or cederakan anak kiter, another hal..
paling takut if diorg bwk penyakit2 bahaya cam hepatitis ker... HIV.. anything..
skang ni, aku baca kt mna aritu... panyakit2 ni kembali menular coz of rmai sgt illegal workers kt mesia ni..
1 incident, org2 yg aku kenal aaa....
diorg dpt penyakit ni coz of selalu mkn kt 1 gerai ni... tukang masak nyer indon..
ktanyer dpt frm sana coz dirog ni adalah bapak2 org yg selalu mkn situ..
nk kta dpt dr tmpt yg sama, diorg bkn stay together pon.. memasing ader kuarga sendiri..
wallahualam..
tp, tu cukup utk wat aku takut nk mkn kt kedai sebarangan dh skang ni..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2011 02:08 PM | Show all posts
aku nk tanyer... if nk wat sendiri permit ni senang x?
sepatutnyer agen yg buat sumer.. tp, since dier akan ke indon minggu ni, aku risau x smpt plak nk tunggu dier blk..
medikal rpt frm indon mmg dh ader.. tp, for JP visa, medikal rpt kt sana mmg x laku kn...
aku dh call imi, panjang giler proses nyer.. takut x trbuat..
but, aku dgr org kta senang jer...
betul ke mmg senang?
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2011 06:18 PM | Show all posts
aku dah tanya agensi maid ni dia kata mana lak gaji rm600?? gaji rm650 - rm750. agensi fees pun naik dah dulu rm8k sekarang ni rm10k. negotiation tu atas kertas je tapi ejen indon kat sana memang takkan bagi biodata sbb derang tak setuju. so sekrg ni masih freeze lagi sampai agen kat sini setuju dgn syarat diatas. besok aku akan call ejen satu lagi yg aku biasa ambik maid. according to agensi ni takde nya semurah tu spt dlm paper. tadi dia email aku biodata maid filipine islam. gaji rm1k. agensi fees rm8500k..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2011 07:15 PM | Show all posts
i baru nak cakap..bohong je semua tu..
sbb dulu yg RM 2500 pun camtu gak..and selebihnya tu akn potong gaji maid sbb kita yg dahulukan..

and all along, yg charge mahal2 ni bukan nya agen malaysia..mmg agen sana yg jual biodata more than 4K..

kalau nak murah, mmg agen2 ni kena cari sendiri kat sana..of course la still ada some agen sana yg tak cekik darah..

kak tenteram suci mesti boleh confirm psl biodata mahal yg indonesian agent charge ni..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2011 07:18 PM | Show all posts
nurryn, yes, JP visa tu very easy..lebih kurang cam calling visa je..bezanya dia mungkin interview..my last maid, JP visa tu approve (subject to medical) within 2 working days..i submit jumaat, interview terus, then isnin dah approved..terkejut i sbb previous maid tu more than a month sampai i kena extend visa pelancong tu for another month..

you can do fomema prior to submission, tp better do after dpt surat kelulusan..then bila medical okay, baru gi immigresen balik buat sticker..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2011 02:10 PM | Show all posts
nak cepat lagi lepas buat fomema cek up, tgk result dlm website fomema, sbb kalau tunggu surat dari fomema  lambat sket
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2011 02:12 PM | Show all posts
Reply 136# cmf_iddine


    dah agak dah...takkanla semudah tu nak turunkan fees...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.080738 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list