CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cicicumel

Mampukah Panglima Awang mencapai kutipan box office 45 juta?

[Copy link]
Post time 5-1-2024 02:25 AM | Show all posts
anony-mous replied at 5-1-2024 02:17 AM
Tq kaka komen pasal kualiti lakonan bamtah. I takod dgn fanatik heols n fattzura dlm ni.

Kutuk jela. Ko bukan tak penah kutuk laki bini ni. Da byk kali. Kental jela mcm haters lain dlm benang ni. Lain la si gila tu. Meraban tak tentu hala entah apa dia merepek.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2024 02:32 AM From the mobile phone | Show all posts
oklatu85 replied at 5-1-2024 12:11 AM
Enjoy....antara review. Tapi ttplah sbnrnya.. ikut taste memasing

Oh ni review influencer, pyh nk percaya
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 02:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Realpeople17 replied at 5-1-2024 12:44 AM
Laaa pasir salak tu da diproses ke? Ingtkn baru plan nk buat. Byk btol duit producer ek. Da buat l ...

Bkn duit dia pon. Mesti dana kerajaan tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 02:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Realpeople17 replied at 5-1-2024 02:03 AM
A'ah rezki besar camni bukan slalu dpt. Rezki rimau org panggil. Even sol pnye future movie lain p ...

Sebut pasal org compare, SK xpatut promote filem ni as sequel. Dia kena guna ayat SPIN OFF mat kilau.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 03:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Realpeople17 replied at 5-1-2024 02:03 AM
A'ah rezki besar camni bukan slalu dpt. Rezki rimau org panggil. Even sol pnye future movie lain p ...

Oh tok selam P indon masa premier trinil baru ni?  Tapi xdak hilight pun even. Sekeping foto. Bamtah pun xdak Pula pic dgn tok sedaranya tu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 03:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Realpeople17 replied at 5-1-2024 02:25 AM
Kutuk jela. Ko bukan tak penah kutuk laki bini ni. Da byk kali. Kental jela mcm haters lain dlm be ...

Tlg screenshot bila i kutuk fazura??? Kenapa ek peminat faz n fattah sama mcm benak lopa? Sumpah korang sama je. Jenis xfaham bila org komen fakta dgn org benci.

Eh pelik aku. Sbb aku xpernah mengata faz unless benda tu fakta. Dan aku xpernah benci fatah melulu xtentu hala except pasal lakonan dia.


KENAPA YE KO SAMA SBIJIK MCM LOBENAK?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2024 05:11 AM From the mobile phone | Show all posts
DeLuna85 replied at 4-1-2024 10:37 PM
Jujurnya tak minat fatah berlakon. Kayu satu hal. Suara pun mendatar. Tapi kot la dia bersilat bag ...


Sebab iteww aku selalu sebut pilem bisu je yg paling seswai utk patah al kejong ...sebab anak jiran aku sendiri perhatikheun...si patah ni bila berlakon dgn dialog...mati kaku....just cannot synch....tapi kalo bersilat tanpa dialog...memang natural.   Iteww pun sebab dia ada basics dlm persilatan....

Dlm bahasa yg mudah...aku yakin production house ambik patah al kejong ni sebab uker utk market  acik2 kertu berlendir je....tapi kalo bab lakonan...sorry to say...memang masih hingga ke saat ini...kelaut antartic....
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 05:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Masukkeluar replied at 5-1-2024 12:58 AM
setuju..

tp ni pendapat jujur aku (wlaupun blm tgk lg).

Aiiikkk belum apa apa dah sebut kutipan tak boleh menandingi MK? Playdown statement atau playsafe je?...just in case memang kutipan merudum..? Tak ler malu sangat?

Kahkahkahkahkahkahkahkah

Bukan keww aku sebut....tak susah nsk menandingi kutipan MK pun....provided ko kena nonton 6 kali ler..

Takkheun utk patah al kejong dan minik fakenyer ko tak sanggup?

Kahkahkahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2024 05:18 AM From the mobile phone | Show all posts
sr10 replied at 5-1-2024 03:02 AM
Oh tok selam P indon masa premier trinil baru ni?  Tapi xdak hilight pun even. Sekeping foto. Bamt ...

Trinil dah showing? Bila?

Senyapppp je?

Box office tak?

Atau same old same old...bila melibatkheun patah al kejong?

Indah khabar dari rupa?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 05:53 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 5-1-2024 03:03 AM
Tlg screenshot bila i kutuk fazura??? Kenapa ek peminat faz n fattah sama mcm benak lopa? Sumpah k ...

Negativity tidak pernah wujud dlm kamus pazzpizzpuzz...perfection is...

Sebab itewww anything negative tang pazzpizzpuzz adaler  fitnah dan bukan fakta..

Iniler perjanjian akuan sumpah berkanun penjilat pencacai pazzpizzpuzz yg telah dimeterai....
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 05:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by stingergrumpy at 5-1-2024 05:56 AM

Countdown....6 more days to go....

Kalo ler boleh aku percepatkheun jarum waktu iteww khen best?


Berdenyut denyut motiara khorsani ku....macam nak letop letop...menantikheun 11 Jan


Kahkahkahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 05:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah masuk waktu

OK byeeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 06:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cikmouse at 5-1-2024 06:02 AM

Pendekar Awang: Darah Indera Gajah – Satu Ulasan Ringkas. - fb Mohd Luttfi


Tanggal 2 Januari 2024, saya berkesempatan untuk menonton Tayangan Perdana filem Pendekar Awang – Darah Indera Gajah bertempat di IOI City Mall, Putrajaya. Kali pertama juga menghadiri satu majlis yang berkaitan dengan industri filem tempatan, apatah lagi berkisar mengenai perjuangan bangsa Melayu melawan penjajah British.

Sebagai disklemer awal, saya bukanlah seorang pengulas atau pengkritik filem, jadi status ini bukan dari perspektif seorang yang bergelumang dalam industri perfilemen negara mahupun mahir dalam sudut-sudut teknikal sesebuah penerbitan filem.

Dan minta maaf, saya tidak akan kongsikan apa-apa ‘spoilers’. Nak tahu, kena tonton sendiri filem ini yang akan ditayangkan kepada umum mulai 11 Januari di pawagam.

Pertama sekali, pembaca perlu menonton filem pertama terbitan Studio Kembara iaitu Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan terlebih dahulu untuk memahami jalan cerita Pendekar Awang. Ini kerana Pendekar Awang merupakan satu kesinambungan (dalam bentuk spin off) kepada Mat Kilau, dan bukannya mengenai perjuangan Mat Kilau 2.0. Ia dapat dianggap sebagai satu cerita yang berdiri sendiri dengan konteks dan latarbelakang yang berbeza, walaupun berlaku dalam kerangka masa sejarah yang sama.

Kedua, pembaca perlu membuat kajian sendiri untuk memahami konteks sejarah yang sebenar mengenai perjuangan Panglima Awang. Sejarah sebenar mungkin berbeza. Filem Pendekar Awang pun berdasarkan dan diinspirasikan dari sejarah perjuangan tokoh-tokoh Melayu yang melawan penjajahan British, khususnya di negeri Pahang.

Inilah yang barangkali tidak difahami atau enggan diterima oleh sebahagian pengkritik filem yang menggunapakai naratif dan neraca pengkajian sejarah ke atas sesebuah filem bukan-dokumentari, yang bergantung kepada kebebasan dayacipta (creativity license) sang sutradara. Dari posisi ini, semua aspek teknikal, yang melibatkan ketepatan fakta sejarah, budaya, adat resam, pemakaian, bahasa, persenjataan dan seumpamanya akan diletakkan di bawah kanta ‘mikroskop seni’ terperinci untuk mencari cacat cela atau ‘ketidakpatuhan’ kepada disiplin ilmu sejarah sendiri.

Sebagai contoh, drama bersiri dari Turkiye bertajuk Dirilis Ertugrul yang mendapat sambutan luarbiasa dari seluruh dunia sehingga mencetuskan fenomena baru dalam industri perfileman drama-drama bercirikan ‘perjuangan kebangsaan bercirikan Islam’ pun tidak ada rujukan sejarah yang lengkap. Hanya terdapat satu rujukan ringkas sebuah manuskrip yang tidak sampai Tujuh mukasurat sahaja mengenai asal usul dan sejarah tokoh bernama Ertugrul serta permulaan kebangkitan bangsa Turkiye. Akan tetapi ia tetap berjaya memaparkan detik-detik permulaan dan pembentukan sejarah Turkiye yang dapat bertahan selama hampir 700 tahun sebelum disingkirkan secara rasmi pada tahun 1924.

Ketiga, saya berpendapat sepertimana juga filem Mat Kilau, karya kedua terbitan Studio Kembara ini ingin menonjolkan mesej-mesej tertentu melebihi sekadar babak-babak pertarungan yang mendebarkan. Aksi-aksi ini pada hakikatnya menguatkan lagi (enforce) naratif bahawa tidak ada ‘penangguhan sementara’ (temporary pause) terhadap perjuangan melawan penjajahan, penindasan dan kezaliman penjajahan terhadap penduduk pribumi sebuah tanahair yang merdeka dan berdaulat.

Seseorang yang membaca dan mengkaji tentang Sirah Rasulullah s.’a.w sebaik-baik sahaja selepas berhijrah ke Madinah, akan mendapati bahawa jangkamasa selama 10 tahun berikutnya sehingga baginda wafat, dipenuhi dengan puluhan ekspedisi ketenteraan dan peperangan (baik kecil mahupun besar) dan dipimpin sama ada oleh Rasulullah s.’a.w sendiri atau di bawah kepimpinan Sahabat yang dilantiknya.

Pernah berlaku situasi di mana sebahagian para Sahabat dari kalangan Ansar memohon agar di‘tangguh’kan buat sementara waktu keterlibatan di dalam Jihad untuk membolehkan mereka bagi perhatian kepada tanaman, kebun, perniagaan dan urusan keduniaan mereka yang telah ‘terabai’ buat sekian lama kerana kesibukan mereka berjihad. Keperihatinan dan kebimbangan ini, meskipun secara logiknya kelihatan berasas, tetapi telah segera ditegur oleh Allah SWT sendiri sebagai tindakan mencampakkan diri sendiri ke dalam kebinasaan.

Dalam ertikata lain, fokus, objektif, matlamat dan tujuan hakiki hidup seorang Muslim di sebalik pergelutan harian dengan urusan-urusan kebendaan untuk keterjaminan hidup sebenarnya terletak kepada ketekunan dan penglibatan diri dalam Jihad serta turut membantu dalam sebarang usaha untuk mempertahankan kedaulatan tanahair, memerangi musuh yang ingin memperhambakan rakyat dalam belenggu penjajahan dan memerdekakan negara dari cengkaman dan dominasi pihak musuh.

Demikian juga yang dapat dilihat pada filem Mat Kilau dan Pendekar Awang di mana hidup mereka sentiasa berada pada ‘Mode Perang’ - pihak musuh yakni penjajah British tidak pernah lelah untuk menghapuskan para penentang yang menjadi batu penghalang kepada perluasan agenda penjajahan dan penguasaan ke atas alam Melayu dan Nusantara setelah mereka berjaya menjatuhkan dominasi Islam yang diwakili oleh Khilafah Uthmaniyah pada ketika itu di sebahagian besar benua Asia, dunia Arab dan wilayah Eropah.

Keempat, perjuangan melawan penjajahan tidak boleh dibiarkan kosong tanpa kepimpinan meskipun setelah ketiadaan individu-individu tertentu yang memikul tanggaungjawab tersebut sebelumnya. Berbeza dari Mat Kilau, isu ini ditonjolkan melalui keengganan Awang untuk memimpin gerakan melawan penjajahan British yang ketika itu giat memburu Mat Kilau dan Tok Gajah.

Pertama kali saya merasakan bahawa tokoh protagonis yang diharapkan untuk memimpin gerakan penentangan (resistance) ini sedang bergelut dengan satu peperangan berbentuk dalaman yakni krisis keyakinan dalam jiwa. Konflik yang tersembunyi ini dipaparkan melalui rasa bersalah Awang yang masih dihantui penyesalan terhadap beberapa tindakan masa lampau yang menyebabkan beberapa rakan seperjuangannya terbunuh – Usop, Wahid, Yasin dan lain-lainnya, meskipun alasan di sebalik tindakan dan keputusannya adalah sangat wajar.

Inilah nada yang dapat saya saksikan di peringkat awal filem ini, yang turut memaparkan satu paradoks – keghairahan penjajah British meningkatkan buruan dan kezaliman mereka terhadap para penentang dan ketua-ketua serta para pemimpin gerakan penentangan ini dengan senario muram seorang pemimpin kanan pihak penentangan yang sudah hilang keyakinan untuk memimpin dan meneruskan perjuangan.

Hanya setelah berlakunya satu insiden, barulah Awang dikejutkan dengan kesedaran bahawa kepimpinan yang kosong itu harus segera diisi, walau apa sekalipun sejarah masa lampaunya. Mulai dari saat itulah kecerdikan dan bakat kepimpinan beliau sangat menyerlah. Penentangan terhadap British yang sebelum ini agak suram (dengan ketiadaan Mat Kilau dan Tok Gajah) telah memasuki fasa baru.

Hal ini telah digarap dengan baik oleh pengarah/pengarah bersama.

Sehubungan dengan ini, saya rasa perlu untuk memberi komen terhadap satu sudut teknikal sahaja iaitu aksi-aksi pertempuran di dalam hutan pada waktu malam. Pada saya, ini salah satu kelainan yang tidak terdapat pada filem Mat Kilau dan saya sendiri merasakan bahawa ia sangat mencabar untuk pihak pengarah dan juga mendebarkan saya sebagai penonton. Bagaimanapun penamatnya sangat memuaskan hati, seolah-olah segenap simpanan ‘dendam’ terhadap sosok penjenayah British telah dibayar tunai dengan sempurna dan cemerlang sekali.

Cara bagaimana kematian para pejuang di dalam filem Mat Kilau telah dituntut bela oleh Pendekar Awang dan pengikut-pengikutnya sangat meremangkan. Kalaulah di sebelah saya ada sebilah pedang, rasanya saya pun akan libas sekali!

Kelima, skrip dan pengolahan plot Pendekar Awang lebih kemas dan kurang ‘preaching’ berbanding Mat Kilau. Tidak ada ‘oversupply’ atau ‘overdose’ dialog bersifat khutbah atau falsafah perjuangan, akan tetapi mesej-mesej tersirat tetap berjaya disampaikan, melalui aksi-aksi lakonan di dalamnya, meskipun tidaklah begitu sempurna. Namun, ia tidaklah mencacatkan filem ini secara keseluruhan.

Keenam, satu pembaharuan dan penambahan di dalam Pendekar Awang adalah peranan dan sumbangan wanita, yang tidak kurang pentingnya di dalam gerakan melawan penjajah. Sudut ini jarang ditonjolkan dalam filem-filem bertemakan sejarah perjuangan melawan penjajahan sebelum ini (kalau ada, tolong komen) tetapi telah diselitkan sebagai satu elemen penting yang berperanan sebagai pemangkin dan pencetus semangat kepada kaum lelaki.

Wanita tidak dieksploitasikan tetapi diangkat peranan dan darjat mereka setanding dengan kaum kelaki, sama-sama mengangkat senjata (berkuda dan memanah) dan turut terkorban di dalam Jihad ini. Satu hal yang membanggakan ialah semua watak wanita di dalam Pendekar Awang mematuhi garispanduan penutup aurat, meskipun ada netizen yang tidak berpuashati dengan penampilan pakaian wanita Islam di dalam filem ini.

Penonjolan watak wanita ini bukanlah sesuatu yang ganjil kerana kaum wanita memang berperanan di dalam pelbagai bidang sejak dari zaman awal Islam lagi hinggalah ke zaman moden hari ini. Jihad mereka tidak kurang penting berbanding peranan kaum lelaki. Filem bertajuk Kurmanjan dari Kyrgyztan dan Cut Nyak Dien dari Indonesia adalah dua contoh karya yang mengangkat peranan wanita sebagai pemimpin yang mengepalai penentangan terhadap penjajahan.

Selain dari itu, dan ini mungkin akan mengundang pelbagai respon ialah pengarahan filem Pendekar Awang. Pengarah asalnya telah digantikan dengan dua orang pengarah bersama dan mereka semua bukan semasyhur pengarah filem Mat Kilau. Bagaimana pun hasil terakhir pengarahan filem Pendekar Awang ini tetap tidak mengecewakan. Pada hemat saya, ini adalah satu kejayaan besar bagi pengarah yang bukan otai dalam industri perfileman dan yang belum pernah mengarahkan filem-filem yang mengaut untung puluhan juta sebelum ini.

Tidak munasabah untuk membuat perbandingan antara pengarah filem yang tersohor dengan yang baru terlibat. Pun begitu, saya berpandangan bahawa Pendekar Awang lebih berjaya dari filem Mat Kilau yang dijadikan sebagai satu penanda aras (benchmark) untuk bermacam-macam aspek pengarahan filem. Perkara ini secara tidak langsung membuktikan bahawa untuk berjaya, sesebuah filem tidak semestinya mendapat sentuhan dari pengarah tersohor.

Saya pasti filem Pendekar Awang akan mencetuskan pelbagai respon dan maklumbalas dari para penonton apabila ia ditayangkan mulai 11 Januari nanti – baik yang menyokong mahupun yang tidak menyokongnya. Sekarangpun sudah ada yang menyuarakan kritikan dan pujian mereka, berdasarkan kecenderungan dan latarbelakang masing-masing. Kritikan, komen, teguran dan maklumbalas juga mempunyai peranan masing-masing dan pihak penerbit biasanya akan meneliti semua maklumat ini.

Ini kerana pihak penerbit dan juga pelabur perlukan pulangan keuntungan kepada pelaburan mereka manakala para penonton mengharapkan wang yang mereka belanja untuk membeli tiket dan menonton sesuatu filem tu biarlah berbaloi dan memuaskan hati. Akan tetapi yang lebih penting dari itu ialah apakah mesej sebenar yang ingin disampaikan oleh pihak penerbit filem Pendekar Awang?

Setelah menonton tayangan perdana filem Pendekar Awang, minda saya terfokus kepada apa yang sedang berlaku di bumi Palestin yang dijajah dan saya cuba memikirkan bagaimanakah dan adakah filem ini dapat menjadi medium untuk meningkatkan kefahaman para penonton terhadap penderitaan dan penindasan yang sedang dilakukan oleh penjajah Z10nis 1sr4£L ke atas penduduk G4z4 hari ini.

Salah satu sudut persamaan ialah sumber kekuatan sebenar bagi seorang Muslim ialah hubungan degan Allah, ketergantungan kepadaNya dan keyakinan bahawa pertolongan hakiki datang dari Allah. Dalam ertikata lain, sumber kekuatan pertama ialah kekuatan aqidah.

Kedua ialah mengambilkira faktor sebab musabab dari sudut persediaan fizikal dan kebendaan. Meskipun penduduk Gaza dan Mujahidin P4l£stin yakin dengan janji-janji Allah, ia tidak dijadikan alasan untuk tidak membuat persediaan perang – membuat senjata, pengetahuan dalam teknologi maklumat dan ilmu ketenteraan dan seumpamanya.

Demikian juga yang saya perhatikan dalam filem Pendekar Awang, khususnya pada watak Awang dan persediaan-persediaan fizikal untuk menghadapi musuh. Aspek ini sangat ketara di dalam watak Awang sejak dari filem Mat Kilau lagi, di mana beliau sangat sensitif kepada perkembangan maklumat semasa pihak musuh, yang menjadi antara punca beliau berselisih pendapat dengan Mat Kilau, di mana ‘ketegasan’ beliau secara tidak langsung menguntungkan barisan penentangan.

Watak atau karektor Awang di atas terbawa-bawa ke dalam filem Pendekar Awang. Sudut ini pada saya menyerlahkan sisi kehebatan Awang yang jauh berbeza dari watak Mat Kilau. Meskipun sekadar satu spin off, watak Awang sudah cukup kuat untuk mencetuskan satu keistimewaan tersendiri.

Saya berharap pihak Studio Kembara dapat menambah satu lagi filem bertemakan sejarah penentangan bangsa Melayu terhadap penjajahan British untuk melengkapi apa yang saya boleh sebut sebagai ‘Trilogi Kebangkitan Melayu’ dengan menonjolkan seorang lagi tokoh pahlawan Melayu sebelum mereka beralih kepada projek-projek lain.

Akhirnya, saya memang tidak puashati menonton filem Pendekar Awang. Ini kerana meskipun masa tayangannya adalah selama 2 jam, saya merasa perlu menontonnya berulangkali. Sekali tidak cukup!

Sama ada Pendekar Awang akan mampu mengulangi kejayaan dan kutipan yang setinggi Mat Kilau, saya tidak pasti. Yang pasti, ia adalah satu kelainan yang memberangsangkan bagi sebuah filem bertemakan sejarah perjuangan umat Islam untuk mempertahankan kedaulatan tanahair dan agama Islam yang menjadi tonggak kekuatan dan asas kebangkitan bangsa Melayu.

Sekalung tahniah kepada Studio Kembara
#PendekarAwangDarahInderaGajah
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 06:43 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 5-1-2024 02:17 AM
Tq kaka komen pasal kualiti lakonan bamtah. I takod dgn fanatik heols n fattzura dlm ni.

Iols cuma nyatakan fakta jah mmg laki sheols kayu kayan pun....kalo keluar kat tv, cepat2 iols amik remote nk tukar cenel
Pedulik apa aku ko hensem ke apa ke...tp lakonan kayu kayan
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 06:49 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 5-1-2024 02:23 AM
Cite ni i nk tgk tp bkn kat pawagam la sbb xnk support cina  knowing perangai they all, klau mel ...

Film Abang Adik tu pun ada bront palarae
Ekceli filem2 production cinkies lokal skang dah banyak yg lg bagus dr film meleis...mcm My Journey..kisah amoi lokal yg nk kawen sama kokesen tp family amoi x suka kokesen...film ni pun menang award kt obersi
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 5-1-2024 06:43 AM
Iols cuma nyatakan fakta jah mmg laki sheols kayu kayan pun....kalo keluar kat tv, cepat2 iols a ...

Fattah Tu X Ada la perfect sgt.. tapi X adalah kayu sangat sampai org X blh nak bezakan kayu dengan fattah.. yg penting dia Ada usaha utk baiki mutu lakonan Dan X melenting bila org kutuk dia.. tapi ikutlah Kan preference masing2.. kalau iols pun pelakon hebat pun kalau iols x suka macam rosyam..iols pun x tgk cerita dia..ahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2024 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by stingergrumpy at 5-1-2024 07:18 AM
oklatu85 replied at 5-1-2024 07:08 AM
Fattah Tu X Ada la perfect sgt.. tapi X adalah kayu sangat sampai org X blh nak bezakan kayu denga ...


Literally memangler kayu dan manusia macam mana ko nak samakheun baghal...

Tapi tiap kali kaitkheun patah al kejong dgn lakonan...akan terpacul istilah kayu iteww yg menggambarkheun kekejongan.....dlm lakonan..

Paham skg?

Usaha baiki mutu lakonan?

PTUIIIKKKK

Ko bila retis jilatanz ko ini disebut dituduh...akan senantiasa mintak bukti kheun? Skg aku pulak tanya, Ada bukti? Mana kursus yg diikutinyer?MANA...

TAMAK HALOBA..pantang dapat tawaran semua bolot......tapi mutu lakonam masih macam hanat...sorry ler...i dont buy kalo ko sebut usaha baiki diri dlm mutu lakonan ada..

Nak mencritkheun setitik benih utk bagi nyanmanyambek adik, takda time...nak pi belajar ilmu lakonan..?

Nak lobang nifu pun agak agak ler...

Ptuiiiikkk


Burrrppp
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak melenting bila dikutuk konon...

Of course ler bingai....dah memang hakikatnyer memang lakonan kejong kayu...dia nak menidakkheun fakta #thetruth macam mana?



Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 07:40 AM | Show all posts
cikmouse replied at 5-1-2024 06:01 AM
Pendekar Awang: Darah Indera Gajah – Satu Ulasan Ringkas. - fb Mohd Luttfi

Matang review ni. Buat rasa nak pergi tengok kat wayang.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
cikmouse replied at 5-1-2024 06:01 AM
Pendekar Awang: Darah Indera Gajah – Satu Ulasan Ringkas. - fb Mohd Luttfi



Pendekar awang ada dlm lipatan sejarah?

Bukankeww watak awang yg dlm MK iteww satu watak mitos je? Macam mana boleh disebut peranan endekar awang ini ada dlm sejarah yg sama waktu era MK?

Bak kata anak jiran aku....nak bohong pun biar berpada
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 04:39 AM GMT+8 , Processed in 0.119131 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list