CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: katt

MATCH MADE IN HEAVEN (starts at pg 40)

[Copy link]
Post time 10-6-2003 01:50 AM | Show all posts
hahah..episod hari  isnin best gak..pasal seung won ngan kereta buruknya...
sampai nak bercerai....
terharu gak bile hee jung baca surat yang dalam bakul sampah yg seung won buang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2003 11:03 AM | Show all posts
Sang-hyun pulak grednya jatuh menjunam bila di'tangkap' oleh Seung-lee di kedai video tu......padahal Sung-jin punya pasal.


kui kui kui..punyalah dia terkejut badak bila dgr suara Seung-lee..
ano..bukan dulu pernah ditunjukkan yg Sang-hyun & Sung-jin sama2 suka tgk video ''R'' tuh?..meaning..walaupun malam tu si Sung-jin yg nak tgk..but then..Sang-hyun pun suka tgk gak..ano..video "R" tu video lucah ker?


hahah..episod hari  isnin best gak..pasal seung won ngan kereta buruknya...


LOL....lawak tul babak2 Seung-won ngan kereta tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2003 01:31 PM | Show all posts
cinta pertama lelaki kekal selama2nya??? betul ke???
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2003 11:46 PM | Show all posts
Semakin seronok ler crite nie... terutama sekali bab En.Shin ngan Hae Jin tuh..... kelakar habis ^o^
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2003 01:34 AM | Show all posts
Originally posted by daredevill at 2003-6-10 01:31 PM:
cinta pertama lelaki kekal selama2nya??? betul ke???

entahlah..
perhaps..perhaps..perhaps :re:
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2003 01:37 AM | Show all posts

ano..

citer kelmarin [10-06-03] aku miss arr..
kemungkinan besar hari nie pun aku tak dpt tgk..
maybe besok pun sama gak..
paham2 lah yer katt
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-6-2003 05:43 PM | Show all posts
Gambar cast Reservation for Love dipostkan sekali lagi supaya senang nak refer nanti ^_^.



Jang Seung-lee                 Kim Sang-hyun


Park Sung-jin                   Kim Min-young


Suh Hae-jin                      Shin Jae-won


Jang Seung-won              Yoon Hee-jung


Puan Oh Mi-za                  Mr. Yoon Phyung-gu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2003 05:54 PM | Show all posts
Originally posted by yellow belmont at 2003-6-11 01:37 AM:
citer kelmarin [10-06-03] aku miss arr..
kemungkinan besar hari nie pun aku tak dpt tgk..
maybe besok pun sama gak..
paham2 lah yer katt




Hmm....lebih dari faham :bg:.



Selasa ~ 10/6 : Episod 19 – Reservation for Love

En. Shin ajak Hae-jin keluar lunch tapi dia terpaksa tinggalkan Hae-jin makan sorang-sorang sebab ada hal penting. Jadi untuk ambil hati, dia hadiahkan Hae-jin jam tangan & janji untuk spend masa dengan Hae-jin the next day. Hae-jin pun plan lah nak pergi picnic. Min-young pun nak ikut sama bila Hae-jin tipu dia nak pergi reunion dengan kawan-kawan lama. Teruk juga Hae-jin nak cari idea macamana nak buat Min-young tak ikut.

Tapi bila Hae-jin jumpa En. Shin tu, dia dah pengsan dalam kereta sebab appendicitis. Terpaksalah Hae-jin hantar & temankan En. Shin tu di hospital sebab keluarganya di overseas. Dia juga terpaksa sign borang pembedahan sebagai penjaga En. Shin. Lepas operation tu bila En. Shin minta (lebihkurang macam merayu :sp Hae-jin jaga dia.....Hae-jin semacam pelik sambil kata "Doktor bukan saja keluarkan appendiksnya tapi egonya juga ke?"

Yang jadi cerita bila Hae-jin tak beritahu sesiapa pun pasal En. Shin tu. Cuma dia inform office Pengurus Besar tapi menyamar tak beri nama. Ini yang buat Min-young ingat En. Shin dah ada 'tunang rahsia'.

Sang-hyun pula nak ajak Seung-lee pergi bercuti ikut pakej percutian untuk pasangan kekasih. Kerana takut abang Seung-lee tak benarkan, mereka pun cuba merahsiakannya. Tapi Hee-soo (adik Hee-jung) dapat tahu. Bukan main lagi dia mem'blackmail' Seung-lee & Sang-hyun......macam-macam dia nak sampai keluar date dengan Sung-jin pun mereka terpaksa uruskan. Tapi, Hee-soo pulak jenis cakap dulu baru fikir, rahsia pun tak jadi rahsia :re:. Seung-won pun berusaha nak menggagalkan rancangan percutian tu.  Dia berjaya bila dapat buat Sang-hyun minum sampai mabuk hari mereka nak pergi bercuti tu.

Di hospital pula, Min-young (dan Seung-lee & Sung-jin) bawa Hae-jin pergi tengok En. Shin. Sangka mereka Hae-jin mesti susah hati sebab tak tahu pasal En. Shin masuk hospital di samping nak menyiasat mystery woman yang ada dengan En. Shin tu.  Walaupun Hae-jin & En. Shin dah hampir dapat sembunyikan rahsia mereka tapi bila jururawat minta Hae-jin (sebagai penjaga En. Shin) ambil ubat dan buat bayaran pembedahan, rahsia mereka memang tak boleh ditutup lagi. Kelakar sungguh masa ni, sebab nurse tu  directly minta carta air kencing En. Shin dari Hae-jin depan kawan-kawan dia. Dia pun tunduk je sambil tunjukkan di mana dan En. Shin pula pandang tempat lain macamlah tak ada apa-apa berlaku . Sebab sebelum tu dia dah menafikan cakap seorang makcik yang kenal Hae-jin sebagai perempuan yang temankan dia masa dia sakit.

Rasanya episod inilah antara yang paling kelakar. Cute betul hubungan En. Shin dengan Hae-jin. Pengurus besar yang 'cool' ni sebenarnya sangat suka nak usik Hae-jin. Dia tak boleh resist usik Hae-jin yang kadangkala lurus bendul sikit tapi lepas tu dia pujuk balik. Cute.....

First, dia panggil Hae-jin as Poppy (sempena nama anjing dia) masa kecil dulu. Lepas tu dikatanya Hae-jin jalan macam itik & makan macam 'penyedut hampagas'. Dahlah tu, diusiknya Hae-jin kuat macam Tyson :sp:.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2003 09:49 PM | Show all posts
mula-mula cita ni kuar aku tak penanh miss...tapi lepas tu aku gi umh pakcik aku miss citer ni dalam 2 minggu...banyaknya aku tertinggal...ari ni stat tgk balik...tu pon tinggal lagi setengah jam nak abis....kelakar je nengok min young...dia ingatkan lelaki tu nak bagi bunga kat dia rupanya kat org lain...last2 dia terima sung jin jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2003 11:01 AM | Show all posts
Originally posted by katt at 2003-6-11 05:54 PM:

Hmm....lebih dari faham :bg:.




.....Hae-jin semacam pelik sambil kata "Doktor bukan saja keluarkan appendiksnya tapi egonya juga ke?"


kui kui kui
First, dia panggil Hae-jin as Poppy (sempena nama anjing dia) masa kecil dulu. Lepas tu dikatanya Hae-jin jalan macam itik & makan macam 'penyedut hampagas'. Dahlah tu, diusiknya Hae-jin kuat macam Tyson .


kui kui kui lagi ...bila lah agaknya baru aku nak nampak babak En. Shin kacau Hae-jin...by the way...thanks for the story..kamsa ham ni da [err..ngam ker?]
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2003 01:40 PM | Show all posts

tumpang lalu ye KATT

salam to  you ALL.regulars
ehh i terbrowse thread you nie..and i 've seen somebody soooo familair the name I mean..kim min ..KIM MIN- ade kah itu mei yan dlm invitation - or CHO deh - or le pas..or yg jadi Siti's friend / abdul's old flame...


ade penjelasan???ini serious ye w/pun nade lawak...confirm? refute?
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2003 02:34 PM | Show all posts

sweetlove

ape yang kau cakap ni, macam orang tak cukup tidor je, kau nak cari sapa sebenarnya ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2003 02:44 PM | Show all posts
Episod 20 ~ Rabu 11/6


Watak tambahan dalam episod 20:

Jung Ho-jin ~ kononnya 'cinta pandang pertama' Min-young

Oh Suk-gu ~ budak lelaki yang sukakan Hee-soo (adik Hee-jung)


Satu pagi masa Seung-lee, Hae-jin & Min-young pergi berjogging, Min-young ter'jatuh cinta' dengan seorang pemuda (Jung Ho-jin) yang juga berjogging di situ.  Sebab suka sangat, Min-young yang sebenarnya tak suka berjogging waktu pagi sanggup bangun awal hanya nak jumpa that guy. Untuk dapatkan perhatian, dia pura-pura sakit kaki. Bila ada orang lain nak tolong, dia suruh pergi sebab dia nak Ho-jin yang tolong. Kelakar betul, nampak sangat pura-pura....kalau sakit tentulah tak pilih siapa yang nak tolong.

Sung-jin bila tahu yang Min-young suka orang lain, dia pun tension. Sang-hyuk nasihatkan supaya kreatif sikit kerana cinta mestilah menyeronokkan, comel dan unik baru berjaya. Sung-jin pun guna Goggle untuk dapatkan idea bagi cinta yang menyeronokkan dan comel. So cute, guna IT untuk bercinta! Akhirnya dia dapat idea iaitu hantar surat rahsia yang berisi 500 won setiap hari sehingga jadi 500,000 won. Bila Min-young dapat surat tu, dia ingat Seung-lee & Hae-jin yang hantar.

Pada masa yang sama Hee-soo tak larat diekori oleh budak lelaki (Oh Suk-gu) yang sukakan dia di sekolah. Jadi, dia pun cakap yang dia dah ada boyfriend iaitu Sung-jin. Bila Suk-gu tu tahu siapa Sung-jin dia pun buat intipan, kononnya nak tahu kelemahan 'rival'nya tu. Kelakar budak lelaki ni, beria-ia betul dia suka dengan Hee-soo.

Ho-jin layan Min-young dengan baik sebab dia rasa selesa dengan Min-young. Sambil tu dia minta idea macam mana nak lamar seorang wanita yang dia suka. Ho-jin ni pemalu sikit orangnya. Min-young pun seronok sangat sebab dia ingat dialah perempuan tu. Jadi dia pun beri cadangan berilah bunga sebab perempuan sukakan kalau dihadiahkan bunga.

Sung-jin cemburu dengan hubungan baik Min-young dengan Ho-jin. Macam-macam dia buat supaya Min-young suka pada dia tapi tak berjaya juga. Sung-jin masakkan cheese cake untuk Min-young pun, tak berjaya (hmm, beruntungnya kalau bf macam ni....oh, cheese cake ^_^). Anyway, masa Sung-jin dengan Min-young ni telah diintip oleh Suk-gu. Jadi, dia dengan beraninya pergi warning pada Sung-jin jangan rapat dengan Hee-soo. Tapi dia pergi time Sung-jin tengah hot.

Akhirnya satu hari, Jung Ho-jin pergi ke hotel tempat Min-young kerja. Bila Min-young nampak Ho-jin datang bawa sejambak bunga, dia pun excited ingatkan Ho-jin akan propose. Memang untuk propose tapi pada orang lain dan Ho-jin ke hotel tu sebab nak minta Min-young tempahkan dewan untuk majlis pertunangan. Min-young yang terkejut pun pengsan tapi sempat disambut oleh Sung-jin :2cool:. Akhirnya Min-young sedar yang Sung-jin betul-betul serius dan last sekali Sung-jin berikan surat rahsia tu sendiri. Barulah Min-young tahu siapa sebenarnya pengirim surat rahsia tu. Walaupun nampak macam Min-young dah suka pada Sung-jin, Seung-lee & Hae-jin kata....itu belum tentu lagi :re:.

Hee-soo pula tiba-tiba berubah hati bila dia tengok keputusan periksa Suk-gu yang paling tinggi antara semua. Dia macam suka pulak pada Suk-gu, yang dikatanya dah nampak 'macam seorang lelaki'.


Persamaan antara cinta dan kopi menurut Min-young & Sung-jin

1-Kita boleh berasa gembira hanya dengan menghidu baunya

2-Rasanya pahit selepas seketika

3-Kotoran kopi akan hilang selepas digosok dengan buah lemon & penderitaan Min-Young akan hilang selepas menemui seseorang yang seperti buah lemon (Sung-jin bagi hint lah tu!)


Kali ni, En. Shin dan Hae-jin dah tak sorok-sorok lagi. Keluar bersama dengan Seung-lee dan Sang-hyun. Pergi jogging pun sama-sama.


Begitulah....more or less. Kalau ada sesiapa yang juga follow this drama and nak tambah atau betulkan anything, do join in :bg:.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2003 02:47 PM | Show all posts
Originally posted by mbhcsf at 2003-6-12 01:40 PM:
salam to  you ALL.regulars

ehh i terbrowse thread you nie..and i 've seen somebody soooo familair the name I mean..kim min ..KIM MIN- ade kah itu mei yan dlm invitation - or CHO deh - or le pas..or yg jadi Siti's friend / abdul's old flame...


ade penjelasan???ini serious ye w/pun nade lawak...confirm? refute?


Ni kena tanya yellow belmont sebab dia ada mention the same thing before.

Sorry, tak boleh nak confirm or refute sebab tak tengok Invitation dulu :cf:.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2003 05:22 PM | Show all posts
mbhcsf

If you mean Kim Min-young tu sebagai KIM MIN dalam Invitation, itu mungkin salah orang sebab Kim Min-young dalam cerita ni bukan nama betul tapi nama watak sahaja.

Rasanyalah.....saya pun tak pasti :cf:. Again, yellow belmont.....help :re:.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2003 05:27 PM | Show all posts
Originally posted by senahsirap at 2003-6-11 09:49 PM:
mula-mula cita ni kuar aku tak penanh miss...tapi lepas tu aku gi umh pakcik aku miss citer ni dalam 2 minggu...banyaknya aku tertinggal...ari ni stat tgk balik...tu pon tinggal lagi setengah jam nak abis....kelakar je nengok min young...dia ingatkan lelaki tu nak bagi bunga kat dia rupanya kat org lain...last2 dia terima sung jin jugak...



Yelah, Min-young betul-betul confident akan dipropose oleh Ho-jin tapi.....lain jadinya :sp:.

Min-young ni macam tak percaya betapa Sung-jin sukakan dia. Walaupun kata tak suka tapi cemburu juga dia bila tengok Sung-jin dengan Hee-soo :bg:.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2003 09:26 PM | Show all posts
CITER HARI NIH BEST JUGAK...
seung lee percaya kat takdir... sang hyun tak caya..ade ke patut pergi marah kawan baik seung lee.. selamat diorang tak berpisah..
kelakar betul bila tengok sang hyun usaha nak buat 2 terserempak ngan seung lee tapi tak jumpa2 pon...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2003 09:43 PM | Show all posts
Originally posted by yellow belmont at 2003-6-10 11:03 AM:

kui kui kui..punyalah dia terkejut badak bila dgr suara Seung-lee..
ano..bukan dulu pernah ditunjukkan yg Sang-hyun & Sung-jin sama2 suka tgk video ''R'' tuh?..meaning..walaupun malam tu si Sung-jin yg nak tgk..but then..Sang-hyun pun suka tgk gak..ano..video "R" tu video lucah ker?


Hmm.....yelah. Kan masa mula-mula mereka pindah rumah tu ditunjukkan both Sang-hyun & Sung-jin sama-sama nak tengok R-rated videos. Tapi mungkin untuk episod ni kebetulannya Sang-hyun sorang je yang pergi ke kedai video tu. Patutnya dia dengan Sung-jin pergi bersama, taklah nampak teruk sangat kalau kena "tangkap". Itulah yang buat Sang-hyun bengang sebab Seung-lee tangkap dia sorang je......agaknyalah, kot :cf:?

R-rated videos are videos yang ada Restricted materials to people under 17. Bukan bahan lucah sahaja tetapi juga excessive violence, foul language, profanity dsb.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2003 11:26 PM | Show all posts
Hi..

citer ni mula2 tgk tak best tapi jadi makin menarik bila ada part hae jin ngan shin tu.. kelakar jek part shin masuk sepital tu.. hehe.. sape yg tak tgk mmg rugi ar.. yg tak penah tgk part shin ngan hae jin tu sabo2 la ya sbb biasenye dia rotate cite sape.. arini cite seung lee.. sok kut.. cite hae jin balik.. slamat nonton..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2003 12:56 AM | Show all posts

hmmm

Originally posted by katt at 2003-6-12 14:47:
Ni kena tanya yellow belmont sebab dia ada mention the same thing before.

Sorry, tak boleh nak confirm or refute sebab tak tengok Invitation dulu :cf:.

salam ..sorry hanya org tetentu faham lingo I..:bg:thanks Katt anyway for the reply...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.133638 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list