Aku rindu pada bait-bait bicaramu tiada kata berseni tersusun rapi seperti katamu setiap patah katamu menitip tanda di batu hampar hatiku jadi mercu tanda dalam liku-liku perjalanan panjangku lorong berduri kulolosi dengan bisa calar menggembur semangat juangku dalam kejerihan kau panjatkan doa memohon restu kuukiri bayangan silam dalam lipatan sejarah hatiku agar kekal kumiliki waktu-waktu keemasan bersamamu warna-warna hatiku timbul beralun di atas lembaran rindumu.
Ombak membelai manja pipiku katanya membawa pesan orang merinduku membisik ombak ke telinga kasihku lalu rupa wajahku meranum kuntuman rindu.
Bayu meniup dingin ke jantungku katanya membawa harapan orang menunggu membisik bayu ke telinga asmaraku lalu rupa wajahku mengembang kelopak rindu.
Gerimis senja menempias basah kepalaku katanya membawa hias orang mengirimiku membisik gerimis ke telinga memoriku lalu rupa wajahku mendendang lagu rindu.
Jangan anggap masalah itu masalah
selama masalah itu dianggap masalah
ia akan jadi masalah
tetapi
kalau masalah diganti pada perkataan peluang
ia akan menyebabkan
otak kita berfikir secara lebih kreatif
ia akan memberikan pelbagai idea
yang tak terjangka oleh kita.
Mataku sudah layu kuyu belakangku mohon berlabuh di pembaringan mental kelesuan memerah keringat dingin menganyam bait puisi akanku turunkan sauh di perhentian malam ini agar ombak mengalunkan gelombang pemulihan bangkit di subuh hari dengan kudrat dicas rapi meneruskan perjuangan yang tiada tepian moga aku diberi kekuatan sepanjang zaman mendayung biduk harapan menerjah arus perubahan selamat malam pada semua yang bertandang di ruang garapan tinta hati mentitip kataku terima kasih daun keladi ada masa bertandanglah lagi.
Ucap salam dan syukur ke hadrat Illahi salam selamat pagi salam ceria salam 1 malaysia masih diberi kesempatan lagi hari ini kembali aku ke ruang seni meneruskan garapan hati dalam lebaran maya mencoret kata hati bertinta rasa hati satu wadah berkongsi isi hati.
Aku sedari aku hanya kunci tiada kuasa tapi kupunya isi hati ingin sekali kubuka semua pintu-pintu hati lalu aku bersuara dalam sepi bersendiri moga ada yang sudi terkesan menatapi bait-bait kata yang kuanyaman dari lubuk sanubari jadi sempadan yang ingin mengubah diri menyuci diri menyediakan bekalan menghadapi Illahi.
Namamu datang dari bahasa negara matahari terbit datangmu selepas datangnya gempa bumi datangmu selepas meletusnya gunung berapi di dasar laut penuh rahsia.
Begitu lebar dirimu sepanjang 200 kilometer kau bergitu tangkas bergerak mencecah 800 kilometer sejam ketinggianmu menggalah 27 meter kau memusnahkan ruang suci yang kau lewati.
Tanggal 26 Disember 2004 kau lawati banda Aceh dengan terjahan maut tanpa tanda tanpa amaran 168,000 insan kau menjemput ke pusaramu tsunami sejarahmu pasti terpahat di lubuk memori.
1998 aku menjejak kaki ke lamanmu sejak itu kumembulat tekad aku akan curahkan seluruh jiwa berbakti pada warga-wargamu.
Pelbagai rupa pentadbirmu pelbagai ragam wargamu jadi aku lebih memahami kehidupan jadi aku lebih mengenali dunia pendidikan.
Kau yang terulung kau yang banyak mencipta sejarah kau melahirkan berpuluh tokoh kau yang kubanggai antara yang beribu.
Di tamanmu kumencari rezeki di gedung ilmumu aku memperbaiki diri di arenamu aku menyihatkan diri di lipatan sejarahmu tercatat cintaku padamu ditugukan buat selamanya.
Di hatiku ada nuranimu di kepalaku ada mindamu di dadaku ada jantungmu di tanganku ada jari jemarimu di kakiku ada jejak langkahmu di bibirku ada tutur katamu di mataku ada pandanganmu di hidungku ada wangianmu di telingaku ada khabarmu.
Di dada malam aku labuhkan kepala minda nafas kian susut memperlahankan nada hembusannya embun jantan mulai menetes membasahi lantai memori bercambah benih-benih kenangan di relung sawah fikiran.
Pohon akal tumbuh ditunjangi akar-akar saraf daun-daun mimpi melambai pada hati yang dingin bunga-bunga cinta mekar mewangikan taman sanubari warna-wana pelangi menyelimuti alam impianku.
Kami memohon kepada-Mu akan rahmat-Mu yang dengannya Engkau memberi petunjuk ke dalam hati-hati kami yang dengannya Engkau memudahkan perkerjaan kami dan menghilangkan segala kesusahan kami Dengan rahmat-Mu Engkau menyempurnakan keperluan keperluan kami dalam ketiadaan kami Engkau membersihkan amalan kami dari sifat munafik dan kufur dengan rahmat-Mu dan meletakan di dalam hati kami sifat yang baik sesuai dan yang kami sukai berikanlah kapada Kami dengan rahmat-Mu lindungilah kami dari segala tipu daya kejahatan.
Ya Allah!!!
Berikanlah kepada kami keyakinan yang sesudahnya tiada lagi kekafiran dan kurniakanlah kepada kami kemuliaan dan kehormatan di dunia dan di akhirat.
Ya Allah!!!
Kami meletakan di hadapan-Mu keperluan kami walau pun pengetahuan kami tidak sempurna dan amalan amalan kami lemah sesungguhnya kami amat memerlukan rahmat-Mu wahai pengatur segala urusan dan penyembuh hati sebagaimana Engkau menjadikan lautan yang terpisah menjadi satu demikian pula kami memohon jauhkanlah kami daripada api neraka dan seksaannya ketika kami meratapi (dan berdoa bagi kematian) dan jauhkan kami dari seksaan alam barzakh.
Ya Allah!!!
Pengetahuan kami amat kurang dan amalan kami amat lemah untuk memperolehi kebaikan itu dan jauh dari jangkaan niat kami yang belum kami minta kapada-Mu kerana Engkau telah berjanji kapada setiap ciptaan-Mu dan setiap kebaikan hamba-hamba-Mu kami amat berkeinginan semuanya itu maka kami memohon kapada-Mu dengan rahmat-Mu wahai Tuhan sekelian alam.
Ya Allah!!!
Zat yang memegang tali perjanjian yang kukuh Tuhan segala amal kebajikan kami memohon kapada Engkau kebahagian hari azab untuk berada di kalangan ahli-ahli syurga di hari kiamat orang-orang yang Engkau sukai dan yang menghadiri mahkamah-Mu yang ruku’ dan yang sujud dan yang memenuhi janji-janji-Mu tiada keraguan Engkaulah yang maha pengasih lagi maha penyayang yang tiada keraguan apa saja yang Engkau suka Engkau pasti Engkau memuliakan.
Ya Allah!!!
Berilah petunjuk kapada kami dan jadikanlah kami sebagai orang-orang yang memimpini ke arah petunjuk-Mu janganlah sesatkan kami dan jadikanlah kami orang yang mencintai-Mu dan mencintai orang-orang yang mencintai-Mu dan membenci orang-orang yang membenci-Mu.
Ya Allah!!!
Kewajiban kami memanjatkan doa dan kemurahan-Mu untuk menerimanya.
Dapatkah putik menjadi bunga andai hari sering dilanda gerhana dapatkah kasih berkekal lama andai kita ditakdir tidak bersama dapatkah hati memujuk rasa? andai aku sering dihina dapatkah diri membina bahagia? andai naluri diburu kecewa.
Jiwa itu perlu dibaja dengan ketabahan
jiwa itu perlu disiram dengan keyakinan
jiwa itu perlu digembur dengan kata-kata hikmat
jiwa itu perlu dikenyangkan dengan makanan rohaninya.
Malam-malam dulu yang sepi mengikat indah
rungkaikan simpulan tali-talinya
bentangkan lebaran putih bersih
coretkan garis-garis perjalanan musim baru.
Bukalah mata pada luasnya alam pertemuan
jangan ditoleh lagi pada malam-malam sepimu
pandanglah pagi hening berirama kicau si murai
tinggalkan sejarah malam yang tercoret dalam diari dukamu.
Goldkey Post at 22-9-2010 11:33
Saya kembali ke dunia saya
bertemankan kesepian yang ramai
mencumbu keramaian yang sunyi
bergelut hening yang menyergap
Syahdu erat memeluk saya dengan hening
menyapa selamat datang
tepat ketika saya matikan tv
dan segenap suara bising lenyap menguap
berganti senandung malam mengajak jiwa saya
kembali bernyanyi, seperti dulu.
Saya biarkan perasaan ini mengalir bersama waktu
saya nikmati suara-suara sepi menyapa sukma
detak jam dinding, gaung dengung nyamuk
gemerisik daun dan kepak kelawar sesekali
meningkahi damainya suasana malam
riuh menyambut saya ke pintu masa lalu
ketika saya kasih pada malam-malam yang ramah.
Lembut mata saya menyapu sekitar ruang yang diam
menyapa sofa yang lelap tertidur
berteman dinding yang halus mendengkur
Ah… saya sedari begitu lama kita tak lagi bertegur sapa.
Lewat tengah malam
sesekali pekik burung malam memanggil
mengajak saya beranjak ke luar sana
rumputan merunduk dan kuncup daun
kelopak bunga terpejam erat.
Seluruhnya tertidur dibelai butiran udara dingin
dan sinar bulan.
Lewat tengah malam
udara sekitar saya seketika menghangat
ketika helaan nafas panjang terlepas
membawa gundah lebur bersama angin dingin
dan mengembun di pucuk-pucuk daun.
Lewat tengah malam
sukma saya terjaga menanti pagi.
Saya kembali ke dunia saya
bertemankan kesepian yang ramai
mencumbu keramaian yang sun ...
bintang Post at 24-9-2010 21:48
Sementelah sukma bangkit di dinihari dendangkan jiwa itu dipermulaan hari dengan ayat-ayat suci gugurkan sepi yang mencengkam dengan wuduk laksanakan solat taubat kembali putihkan lebaran amalan moga datang bertandang rasa kasih pada yang mencipta dirahmati dengan kurniaan segugus ketenangan.
Kita diberi satu ruang kita diberi satu peluang menggarap warna-warna perjalanan sebelum dipanggil pulang mengambil jalan lurus meniti landasan ke perhentian abadi meskipun ada tergelicir jauh meninggalkan landasan sesat mencari jejak-jejak pulang.
Warna-warna itu ada dibancuhkan kita yang memilih warna gelap atau warna terang apa jua warnanya yang pasti kita perlu meniti titian suratan.
Tertunai sudah insan-insan yang mampu bangkit dari lena cukup hebat cukup kuat cukup cemerlang hati-hati mereka tersemai benih keimanan hati-hati mereka terpancar nur ketakwaan hati-hati yang mengetahui akan sujud tanpa gagal kerana saat itu kita paling dekat dengan-Nya hati-hati yang mengetahui akan menjauhi segala larangan-Nya juga tanpa gagal kerana dengan demikian kita pasti diredhai penuh keberkatan.
Saban waktu kita dengari perginya insan-insan yang mungkin kita sayangi muda atau tua sihat atau sakit lapang atau sempit miskin atau kaya lelaki atau wanita sama saja tiba detik itu tidak terlewat sesaat tidak detik itu tidak tercepat sesaat moga keinsafan menyentuh jiwa membawa pulang hati ke syariat Illahi.