|
ANDAINYA KAU JADI MILIKKU ( rating U) - SAMBUNGAN ( SUDAH TAMAT)
[Copy link]
|
|
hi smiley..
bestnya dh ade N3 baru..setia menanti lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
N3....N3....ooooN3... |
|
|
|
|
|
|
|
malam nanti smiley sambung lagi
kang pecah rekod pula ... rumah yg paling pendek dlm sejarah WR
sang_arjuna Post at 20-7-2010 14:44
malam karang tu mlm tadi la ye...
napa tak de n3 lak...???
next..next..next... |
|
|
|
|
|
|
|
juna saja kasik kita borak byk-byk .. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 109# kaypo
kalo punya ramai penaja camni...kayo pokcik.... |
|
|
|
|
|
|
|
malam karang tu mlm tadi la ye...
napa tak de n3 lak...???
next..next..next...
Jaza2008 Post at 21-7-2010 17:15
malam karang...yg malam tadi mana kira...tak pun biler hari bertukar...esok malam jadi malam karang gak... |
|
|
|
|
|
|
|
juna nk lagi..... |
|
|
|
|
|
|
|
tenkiu for waiting
sayang korang semua
...................................................................
Najlah meregang tubuhnya. Dia mengalih posisi untuk melegakan semut semut di kaki. Jenuh aku nak melilit riben untuk hantaran pertunangan Tasha. Kenapa lah taste Auntie Jamilah ni serabai sangat, omelnya dalam hati. Bekas seramik untuk cokelat sudah cukup cantik tapi masih nak di lilit dengan riben warna biru dan perak.
“ Naj, kalau kau penat rest lah dulu. Karang apa apa jadi, Adham ketuk kepala aku” kata Tasha penuh prihatin. Najlah sahabat sejati yang sanggup bersengkang mata untuk majlis pertunangan tergempar. Hampir setiap hari dia ke rumah ibu Tasha di Shah Alam untuk membantu apa yang patut. Budi Najlah bukan sedikit, dari pakaian hari pertunangan hingga ke hiasan bilik semua hasil cetusan ideanya. Walaupun Tasha cuma bertunang tapi ketelitian Najlah mengalahkan perkahwinan anak VIP.
“ Kesian kau Naj. Mak aku ni … semua nak beriben. Entah entah besok dia suruh aku tocang rambut pastu ikat riben macam budak tadika” rungut Tasha perlahan sambil menjeling ke arah ibunya Hajjah Jamilah.
“ Tak apalah. Dah taste dia macam tu. Aku nak habiskan cepat cepat. Lepas ni boleh buat bunga rampai pula. He..he… excitednya aku kau dah nak tunang” Najlah menggosok kedua belah tapak tangan macam kanak kanak riang dapat hadiah. Najlah antara orang yang paling gembira bila dapat berita Tasha telah di pinang. Sudah banyak kali juga Tasha kecundang dalam percintaan sebelum menerima lamaran Nizam atau nama penuhnya Nizamuddin Adli bin Aidrus. Nizam kenalan abang Tasha yang sudah lama menaruh hati pada Tasha menghantar rombongan merisik ke rumah ibubapa Tasha seminggu lalu. Siapa sangka peguam syarie graduan Al Azhar boleh tersangkut pada gadis vogue yang gila gila? Ya lah…kalau semua lelaki alim nak berkahwin dengan perempuan alim, perempuan macam aku ni siapa nak bimbing, kata Tasha. Logik juga. Apapun Tasha bukan lah teruk sangat, mulut dia bising saja lebih.
“ Nizam nak nikah terus tapi Mama tak setuju. Macam orang tak ada adat katanya. Jadi terpaksalah aku tunang selama dua bulan. Itu pun keluarga Nizam tak berapa suka. Keluarga Nizam semua kuat ugama macam dia. Kalau status bertunang itu bagi dia tak ada ikatan yang sah di segi Islam. Kalau nak keluar tak boleh berduaan”
“ Memang betul pun apa dia cakap tu. Tapi aku faham juga kenapa mak kau nak kau bertunang dulu. Bukan senang nak buat preparation untuk majlis perkahwinan. Dua bulan tu kira express tau. Tapi bagus lah kau nikah cepat cepat, masa bertunang tu banyak cabaran dan godaan” Tangan Najlah ligat menggubah hantaran. Lima dulang berbalas tiga. Nasib baiklah tak banyak.
“ A’ah.. macam kau. Tunang dengan abang, kahwin dengan adik…. Kah kah kah” Tawa mereka terletus.
“ Nasib baik aku dapat adik, bukan adik adik” sahut Najlah yang terhinggut hinggut ketawa sambil menekan perut.
“ Can I share the joke?” Tawa Najlah terhenti serta merta bila terpandang tetamu yang baru datang.
“ Najlah , apa khabar?” Sejak mendapat tahu Najlah sudah bersuami, punahlah segala harapan Dr Norman. Namun dia akui, dia susah melupakan Najlah. Ketika ini pun dia terkedu bila berhadapan dengan gadis itu. Cinta pertama susah di lupakan. First cut is the deepest.
Najlah membelek hantaran yang di buat dengan teliti. Macam mana mamat ni boleh ada di sini? Ah, terlupa pula, dia sepupu Tasha. Mestilah datang menjenguk persiapan kenduri. Ketika itu juga Tasha meninggalkan mereka bila di panggil bapanya. Lagi lah haru.
Senyuman Norman makin berseri. Hati Najlah makin gusar. Kalau nak pandang pun agak agaklah, ini macam nak terkeluar biji mata, rengusnya dalam hati.
“ I sihat. ” Najlah membetulkan baju kurung Johor merah jambu berjalur putih. Perutnya masih belum ketara walaupun kandungan sudah hampir empat bulan.
“ Dah lama sampai? Tasha kata you tolong buat hiasan bilik. Patutlah cantik, macam decoratornya” Mata Dr Norman tekun menatap Najlah tanpa mempedulikan saudara mara yang mula berbisik bisik sambil memerhati mereka. Ramai makcik makcik yang hadir teringin bermenantukan Dr Norman.
Najlah di hurung rasa tak selesa. Tak boleh dibiarkan mamat ni melalut. “ Norman nak kahwin kah? Kalau nak I buat dekor bilik tidur you nanti, cakaplah. I charge murah saja untuk kawan kawan”
“ Eh.. tak.. I tak terfikir pun nak kahwin. I belum jumpa lagi that special someone. “
“ Well, sooner or later mesti ada. I’m sure you jumpa ramai doctor perempuan dan nurses. Mesti ada yang suka kat you.”
“ Tapi yang I suka dah jadi isteri orang” Katanya selamba. Sudah terang maksudnya tak payah bersuluh.
Ah… sudah! Najlah berpaling. Pura pura mendengar namanya di panggil.“ Excuse me, Tasha dah panggil I. I nak tengok apa yang dia nak.”
“ I tak dengar pun. Biarlah , banyak lagi orang yang boleh tolong” Norman menarik lengan baju Najlah menahannya pergi. Norman mengambil gunting dan memotong berapa helai riben.
” Let me help you. Sambil tu borak lah dengan I. Bukan senang nak jumpa you sekarang. Kita sama sama busy. Apa cerita you sekarang?”
Kenapa aku ni cuak sangat? Setakat berbual dengan kawan apa salahnya. Lagipun Norman dah tahu aku isteri orang, takkan dia nak buat sesuatu yang tak senonoh.
“ Nothing much. Kerja macam biasa. Macam mana dengan housemanship you?”
“ Physically and mentally tiring. Kalau dapat tidur 5 jam sehari sudah kira bagus. Kadang kadang kena on call 3 hari berturut turut. Betul kata seniors, Houseman is another word for kuli. Bukan doctor senior saja yang bagi kerja kat I, tapi nurses dengan attendants pun expect kita tolong buat kerja dia orang. Macam nak pengsan”
“ Patutlah you nampak kurus sikit. Sabarlah. Semua doctors have to go through it. Tinggal setahun lebih saja lagi.” Buat pertama kali hari itu Najlah senyum pada Norman. Senyuman yang akan membuat tidur Norman tak lena. Meruap api cemburu pada lelaki bernama Ibrahim Adham. |
|
|
|
|
|
|
|
“ Naj, can I ask you something?” tanya Norman dengan nada romantis.
Meremang bulu roma Najlah di buatnya. Najlah memanggung kepala. Matanya terus membulat bila ternampak kelibat Adham berdiri di pintu dengan Tasha. Alamak, kenapa dia datang awal sangat ni? Sepatutnya Adham menjemputnya pukul 9 malam. Nak buat spot check kah? Najlah terus bangun meninggalkan Norman dengan soalan yang masih tergantung.
“ Cepat you sampai?” Najlah tersengih sumbing
“ Hmm. I main satu game saja. My partner sakit kaki” Muka Adham maintain selamba walaupun hatinya bergolak. Bini aku yang dah mengandung masih jadi sasaran Dr Normiang itu. Kalau ini bukan rumah Tasha best friend Najlah, dah lama aku sound si Norman.
“ Naj, its okay kalau kau nak balik dulu. Setakat buat bunga rampai tu makcik dengan cousin cousin aku boleh buat. Kau dah banyak tolong aku. ” Tasha mula risau. Lebih lagi bila Norman pula datang mengekori. Bila Adham pandang Norman, mukanya dah semacam. Masing masing berbalas senyum terpaksa bila di perkenalkan oleh Tasha.
“ I minta diri dulu. Takut Najlah letih.” Adham meletakkan tangannya di pinggang Najlah. “ Baby okay? Nanti I urut malam nanti ya.” Puas hati bila ekor matanya menangkap muka Norman berubah. Ha ha ... Telan airliur sajalah, tuan doctor.
“ Okay Tasha , aku balik dulu. Besok aku datang awal. Yem, let’s go” Najlah menarik tangan Adham. Lagi lama mereka di situ lagi kecoh nanti.
………………………………………………………………………
“ Norman cakap apa dengan you tadi? Kusyuk I tengok you berbual. Sampai tak sedar pun I datang.” tanya Adham sebaik enjin kereta di hidupkan. Najlah menukar channel radio hingga sampai ke Hitz FM. Masaklah aku kali ni.
“ Nothing important. Dia puji dekor bilik tidur Tasha, I kata kalau dia kawin nanti I boleh buatkan hiasan bilik dia. Then dia cerita pasal kerja dia. That’s all”
“ I can tell he is still in love with you. The way he looks at you. I rasa macam nak tumbuk saja dia tadi”
Najlah menutup mulut menahan tawa. “ Are you jealous? “
“ Mestilah. Mana mana lelaki tengok you pun I rasa jealous. Ini pula you ex, your high school sweetheart. Macam mana I tak jealous?” dengus Adham sambil menekan minyak.
Najlah mengusap bahu Adham. Teruk betul Adham ni… aku yang pregnant, dia punya mood swing yang lebih. Senang betul nak merajuk cik abang ni.
“Sayang, I ni perempuan, I tak boleh pasang dua atau tiga. No reason for you to be jealous lah. Anyway, I am pregnant. Takkanlah dia nak ada scandal dengan bini orang yang perut buncit”
“ Perut you tak nampak lagi. There’s something attractive about a woman who is in her early pregnancy. Itu yang buat I risau. Boleh tak you start pakai baju mengandung“
“ I boleh muat lagi baju biasa. Tak payah lah nak membazir. I nak tunggu sale baru beli maternity clothes “
“ Tak payah tunggu sale. I mampu belikan sekarang. Besok lepas Tasha bertunang, kita pergi shopping beli maternity clothes. The bigger the better” Tawa Najlah terletus. Macam macamlah Adham ni.
“ Oh… jadi you nak I nampak macam dugong? “
“ Tak. Dugong cute. Ramai orang suka tengok. Kalau boleh I nak you nampak macam badak sumbu. Biar orang takut nak dekat”
Roman muka Najlah tiba tiba berubah jadi cuak. Dia memegang perutnya. Adham turut tergamam. Takkan kena usik sikit dah sakit perut. Dia segera memberhentikan kereta di birai jalan.
“ Lala,what’s wrong? Are you okay? Nak pergi hospital? ” Najlah menanggalkan seatbelt lalu mencapai tangan Adham dan meletakkannya di perut.
“ Eh… kenapa ni? You makan apa tadi? “ soal Adham. Pelik betul. Seakan gegaran kecil berlaku dalam perut Najlah.
“ It’s the baby punya movements lah. “ balas Najlah dengan teruja. Nasib baik aku baca buku panduan kehamilan. Kalau tak aku pun sangka perut aku meragam.
“ Masyaallah” lafaz Adham. Perut isterinya di cium berkali kali. Najlah mengusap rambut Adham.
“ Dah lah tu. Let’s go. Nanti tak pasal kena cekup dengan JAIS pula.
……………………………………………………….. |
|
|
|
|
|
|
|
harap enjoys
smiley saja nak panjangkan cerita sikit sebelum ending |
|
|
|
|
|
|
|
harap enjoys
smiley saja nak panjangkan cerita sikit sebelum ending
sang_arjuna Post at 21-7-2010 23:42
thanks juna.... lagi panjang lagi best... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 129# sang_arjuna
tq smiley...
part last pasal kena cekup ngan Jais...teringat cite Hani Ramsul...PAM...2 kali kena cekup... |
|
|
|
|
|
|
|
alahai sweet jer bila part yem dgn najlah.. |
|
|
|
|
|
|
|
adushhh kuat cemburu celik si yem niiii. apa da... takkan mak buyung nak ngorat si dr.normiang
huk,,huk,,, tersedak aku arjun,,,, dr normiangggg |
|
|
|
|
|
|
|
Sambung panjang selagi idea hang ada smiley |
|
|
|
|
|
|
|
juna.. post la entry banyak2 sikit |
|
|
|
|
|
|
|
morning~
juna, bila nak habis? post je lah smua.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|