CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: latahzan

bomoh saka di bt 8 sijangkang

[Copy link]
Post time 10-6-2010 03:10 PM | Show all posts
Reply  DaLyn


tu laa..kot laa awk tau sbb org situ kan...
ajercrazy Post at 10-6-2010 14:56



  ni yg malu skit ni... mmg la org Sijangkang tapi tak semua org saya tau... ni psl "ustaz" ni mmg cam berminat nak kenal... tapi ibu saya plak tak bagi saya cakap2 pasal dia... so tak leh la nak tanya lebih lanjut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2010 03:42 PM | Show all posts
Reply  duquesne



Yang kite nih dh berubat agak2 lah nk bg kepada perawat tukan..lepas x  ...
bterflylah Post at 8-6-2010 09:38



    Betul.. tapi kalau kes yang complicated.. yang ambik masa nak merawat (bukan sekali dua) takkan nak bagi sikit.. even kes complicated kat hospital pun doktor bedah pun pakai banyak duit jugak...

Perlu pikir, perawat ambil risiko bila nak merawat - aku baca banyak blog perawat, ada yang terkena sakit (sebab penyihir marah sihirnya dah tak effective, maka dibalasnya pada perawat), tak dapat perawat, keluarga, sanak saudara perawat, sahabat handai perawat pulak yang terkena.

Kalau disuruh bayar ribu-ribu pun, kita boleh fikir samada perawat tu penipu atau tidak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2010 08:26 PM | Show all posts
Reply 121# DaLyn
. tapi ibu saya plak tak bagi saya cakap2 pasal dia... so tak leh la nak tanya lebih lanjut

heran gak nape ibu Dalyn x bagi ckp2 pasal "ustaz" ni...:cf:
mcm ada sesuatu jer...
apalagi...jlnkan 'edisi siasat'..panggil wan k turun sijangkang...
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2010 11:39 AM | Show all posts
Reply  DaLyn
. tapi ibu saya plak tak bagi saya cakap2 pasal dia... so tak leh la nak tanya lebih  ...
latahzan Post at 10-6-2010 20:26



akak... selalunya ibu saya tak bagi saya @ sapa2 dlm umah cakap lebih2 @ nak tau lebih2 kalau cite tu ada kaitan dgn hantu, benda2 halus & yg sewaktu dgn nya la. lagi pun kat umah saya ada budak2 kecik + ada baby lagi.

kalau ada yg nak buat ala2 inspector gadjet tu... ok gak. nanti share la result ya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2010 12:06 PM | Show all posts
akak... selalunya ibu saya tak bagi saya @ sapa2 dlm umah cakap lebih2 @ nak tau lebih2 kalau  ...
DaLyn Post at 11-6-2010 11:39


x per dalyn...
nampak gayanya...ajercrazy jer yg tinggal sbb so far...belum ada yg nak ngaku org sijangkang ...

ajercrazy~pi jlnkan edisi siasat ala2 misteri nusantara....kalo ada gangguan/halangan....mintak HK ker edy ... tlg back up...
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2010 12:09 PM | Show all posts
x per dalyn...
nampak gayanya...ajercrazy jer yg tinggal sbb so far...belum ada yg nak ngaku or ...
ajercrazy~pi jlnkan edisi siasat ala2 misteri nusantara....kalo ada gangguan/halangan....mintak HK ker edy ... tlg back up...
latahzan Post at 11-6-2010 12:06

Banyak lo ko! hehe tak de kerja cari kerja!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-6-2010 12:13 PM | Show all posts
Banyak lo ko! hehe tak de kerja cari kerja!!
hantukiller Post at 11-6-2010 12:09



nape x bole gi siasat?????????
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2010 02:35 PM | Show all posts
x per dalyn...
nampak gayanya...ajercrazy jer yg tinggal sbb so far...belum ada yg nak ngaku or ...
latahzan Post at 11-6-2010 12:06


nnt ya kak sy cuba tanya cikgu skool ni..
mgu dpn dia duty leh laa borak pnjg..
sy bkn org situ so x tau sgt laa kan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-6-2010 03:09 PM | Show all posts
nnt ya kak sy cuba tanya cikgu skool ni..
mgu dpn dia duty leh laa borak pnjg..
sy bkn org sit ...
ajercrazy Post at 11-6-2010 14:35


tqvm ajercrazy....
akak sanggup tungguuuuuuuuuuuuuuuu................
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2010 04:22 PM | Show all posts
ni info yg saya dapat dari sini
http://www.facebook.com/group.php?gid=302568418045
sesapa ada fb elok join kat atas tu byk ilmu n tips yg diberi

sy copy apa yg dia kasi kat sy dlm inbox

Sebelum ini saya membincangkan tentang pesakit bertambah sakit selepas rawatan dengan perawat Islam. Izinkan saya sambung sedikit lagi sebagai renungan....

Berubat dengan perawat Islam pada KEBIASAANNYA lambat sembuh. Berubat berbulan-bulan, bertahun-tahun, malah ada yang berpuluh tahun. Kecualilah kes-kes istimewa, yang Allah berikan penyembuhan segera. Bak kata orang, jin yang mengganggu ini datang macam kilat, tapi bila masa nak pergi, punyalah perlahan, mengalahkan semut. Tapi lain pulak ceritanya bila berubat dengan perawat atau bomoh berkhadam. Biasanya cepat sembuh kecuali kes-kes yang special. Terbalik pulak. Kenapa begitu?

Perawat atau bomoh berkhadam mempunyai jin sebagai pendamping dan pembantu mereka. Jadi terdapat beberapa scenario yang mungkin terjadi dalam kaedah rawatan perawat/bomoh yang berkhadam:

Scenario 1:
Jin perawat/bomoh lebih handal/samseng daripada jin yang mengganggu pesakit. Maka mudahlah jin perawat/bomoh menghalau jin pesakit pergi atau membunuh mereka.

Scenario 2:
Jin perawat/bomoh sama kuat dengan jin yang mengganggu pesakit. Maka mereka pun tandatangan MoU. Agaknya beginilah perbincangan mereka – Jin perawat/bomoh berkata “Hei jin pengganggu... tujuan kita sama iaitu nak menyesatkan anak adam ni. Buat apalah kita susah-susah gaduh. Kau duduklah diam-diam dalam badan dia, jangan buat dia sakit. Tapi kau tetap kacau dia supaya dia lari dari jalan Allah dan join kita di neraka nanti. Biar ramai umat neraka, syok sikit.” Lalu jin pengganggu pun menjawab “Ye la bro...bijak...bijak. Kat mana nak sign kontrak ni?”.

Scenario 3:
Jin pengganggu lebih handal/samseng daripada jin perawat/bomoh. Masa inilah perawat/bomoh akan berkata kepada pesakit “Pergilah cari ustaz/perawat lain. Jin yang kacau awak ni terlalu kuat. Saya tak mampu lawan.”

Jika ada perawat/bomoh yang berkata seperti dalam Scenario 3, kita kena hati-hati dengan mereka ini. Berkemungkinan mereka menggunakan khadam/jin. Ini adalah kerana seorang perawat Islam sejati sentiasa mengatakan diri mereka tidak ada apa-apa kuasa (Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan izin Allah). Daripada awal perawat Islam sejati mengaku mereka lemah dan hanya berserah kepada Allah dan tugas mereka hanyalah untuk membaca ayat-ayat Al-Quran serta berdoa kepada Allah. Oleh sebab itu, jika datang pesakit yang diganggu jin yang paling lemah atau yang paling handal, mereka tetap menerima pesakit tersebut dengan cara rawatan yang sama. Bagi seorang perawat Islam sejati, tiada bezanya samada jin itu lemah ataupun kuat. Mereka hanya tukang baca ayat dan tukang doa. Mereka tidak ada super power, oleh itu mereka tidak memilih musuh untuk dilawan.

Jadi tepuk dada tanyalah selera. Ke mana kita hari ini untuk berubat? Perawat Islam sejati atau perawat/bomoh berkhadam. Jangan lupa, niat kita memanglah bersih iaitu untuk berubat. Tetapi di dalam Islam, niat atau tujuan tidak sesekali menghalalkan cara.

Firman Allah di dalam Surah Al-Jin ayat 6: “Dan sesungguhnya ada beberapa orang lelaki dari kalangan manusia yang meminta perlindungan (pertolongan) daripada beberapa lelaki dari kalangan jin, tetapi mereka (jin) menjadikan mereka (manusia) bertambah sesat.”

Wallahulam...
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2010 03:34 PM | Show all posts
Kak...saya ni org Sijangkang..tapi cam tak kenal plak org nama Ustaz Sani nih....
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2010 11:56 PM | Show all posts
Hj Sani, Jln Bunga Raya... cucu kepada Kiai Muhammad Ali.
Rujuk: http://www.ipislam.edu.my/index. ... -pondok-di-Selangor

Belajar bab-bab agama di Pasentren/Pondok di Indonesia kalau x silap saya. Anak ke-2 beliau juga belajar di sana.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2010 12:26 AM | Show all posts
kalau siap letak rega tu..... payah aku nak caye ....  RM300 plak tu .... ish ish isk ...
stroberi_80 Post at 6-6-2010 23:52

Refer ke post saya di blog http://www.adisurya.com/sembang/berapa-mahu-kasi-seikhlasnya.html

Memang kalau letak harga kata si perawat tidak ikhlas @ makan duit @ dan sbgnya... Namun ianya kena lihat pada situasinya... dalam bab masalah Saka nie... daripada orang yang dibantu tu tak paham @ cakap tak serupa bikin @ jenis tak leh pakai punya orang... dah ditolong tak tahu terima kasih... mmg wajar letak harga dulu sebelum dirawat... baru padan muka dia...

Si pesakit @ yang mempunyai saka nie... korang kena la paham... benda yang ada kat badan korang nie.. bukannya mudah nak selesaikan.. bukan mudah nak dibuang begitu saje... bukan hanya 1 @ 2 jam datang dah boleh lari lintang pukang si saka tu... bukan setakat 2 @ 3 kali jumpa dah selesai... kena la ingat.. benda saka tu dah bertapak kat badan korang tu berapa lama?? berapa generasi keturunan?? senang2 ke nak halau keluar??? awak dah duduk selesa kat rumah sekarang.. tiba2 datang org lain halau korang keluar? apa rasa?

si pesakit nie tahu ke kerja2 dibalik tabir si perawat nie? kerja2 yang dilakukan selepas korang balik ke rumah? pernah pikir tak? pernah pikir tapi buat tak tau? kalau si perawat tu berjaga sepanjang malam dek berzikir utk doakan kesihatan si pesakit tu. korang ambik tahu ke? berjaga malam dok mengawal kesejahteraan si pesakit sekeluarga dari jauh daripada saka2 yang cuba masuk kembali ke badan si pesakit... belum lagi kena bertarung/gangguan dengan saka2 yang tak puashati dek kena halau.. tak kuat ilmu mau ada yang mati.. ada ambik tahu? belum lagi saka2 korang bertindak balas menutup pintu rezeki si perawat... nak makan apa dia orang?

Jadi, berapa patut anda beri? seikhlasnya? berapa? sendiri korang pikir...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2010 06:28 AM | Show all posts
mimpi yg berkaitan ngan saka:
-mimpi menyusu baby
-mampu jatuh daripada bangunan yg tinggi
-mimpi hewan cam anjing, kucing....

ratu_cinta Post at 8-6-2010 21:44



haku slalu dpt mimpi jatuh dr tmpt tinggi, adekah haku ader saka?
pe tanda2 nyer....
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2011 10:25 AM | Show all posts
Refer ke post saya di blog

Memang kalau letak harga kata si perawat tidak ikhlas @ makan duit  ...
adisurya Post at 16-7-2010 00:26


betul ni...clah ada buat proses buang saka kat bdn seseorg bbrp hari lepas,
makhluk tu marah betul, dia siap kata nak balas dendam...
maknanya kalu clah cantas dia, suku sakat dia akan balas dendam...
clah kata kalu camtu..baik cantas semua skali....x tau brp keturunan...
yg penting clear...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2011 10:38 AM | Show all posts
betul ni...clah ada buat proses buang saka kat bdn seseorg bbrp hari lepas,
makhluk tu marah b ...
ciklahcute Post at 12-12-2011 10:25


Assalamualaikum kak clah..Akak cterlah sikit tentang berapa susuhunan keturunan yang kak clah kene cantastue?Degil tak?Atau sangat degil?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2011 10:50 AM | Show all posts
Assalamualaikum kak clah..Akak cterlah sikit tentang berapa susuhunan keturunan yang kak clah ke ...
7teen Post at 12-12-2011 10:38


x tau...sb clah serah terus pd Allah...tu kan makhluk DIA...
tau2 dah clear semua....senang keja aku...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2017 10:15 PM | Show all posts
pinktriangle replied at 11-6-2010 04:22 PM
ni info yg saya dapat dari sini
http://www.facebook.com/group.php?gid=302568418045
sesapa ada fb e ...

this is not true. tiada kuasa yang lebih hebat melainkan kuasa Allah.
Allah boleh memberikan kesembuhan bila mana Dia berkehendak.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.067865 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list