CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: su1pink

HAI-O. sape buat bisnes ni?boleh caya ke MLM ni??

[Copy link]
Post time 25-3-2009 08:50 AM | Show all posts
apa2 pun aku sikit tak caya pasal MLM atau Hai-O nie....tak tau le nape..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2009 10:48 AM | Show all posts
bg aku ape2 pon kene usaha....

aku sendiri pakai product hai-o peremium beautiful ni...n mmg bagus...tp aku x terbuka hati nk join bisnes dia....

sbbnye aku tau kelemahan aku...bg aku bkn salah bisnes atau sistem...tp diri sendiri....aku ade anak kecik..husband plk x supportive bende2 mcm ni.....lps tu aku x sanggup nk gi kelas dia mlm2 n weekend utk training...so better aku x join....bkn nk kata aku x ramai kwn...heheh

actually dlm byk2 product MLM....aku rasa korset beautiful ni la plg bagus.....plg sng jual.....yg lain2 tu ssh org nk beli...dr segi modal pon skrg ni sng.....blh wat loan...slalu yg mudah org keje gomen la....lgpon skrg ni dh byk bank jd panel HAI-O ni.....

aku tanye gak kwn yg promote aku join bisnes ni...ape yg membuatkan org x berjaya buat bisnes ni....dia ckp ade dua faktor aje...1) diri org tu sendir xnak usaha...2) sbb group especially group leader.....bila org tu dh masuk dlm group yg x bergerak n leader pon x proactive...mmg ade tendency nk berkubur mcm tu aje...sbb bagai dikata la...bende ni kan pakai sistem upline n downline.....kalo ats bwh x strong....mmg la x jd...lg satu kalo kene leader yg nk untung srg je x membantu anak2 buah.....

kwn yg keje skali ngn aku ni mmg income dia dh hampir 10k sbln...ni close friend aku..sama2 masuk keje....tp dia dpt group yg strong...bt caves....dia pon masuk thru abg dia yg income mmg kaw2 la....

aku ni idea pasal MLM ni dr dulu ssh aku nk terima...sbb tgk ramai x ke mana.....tp bila dh pakai produk ni n kwn aku explain....aku mula phm kenapa ade org berjaya ade yg x berjaya buat MLM ni....pokok pangkalnye diri sendiri la.......

[ Last edited by  izati_abc at 25-3-2009 10:50 ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 11:15 AM | Show all posts
nak duit lebih...usahapun kena le lebihhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 11:48 AM | Show all posts
bagi aku kalu ko ade attitude yg suka jual barang n nak pegi dgr ceramah tiap minggu dan pandai ajak orng join.ko patut masuk hai o ni.

sebenarnye depend dgn usaha ko jer.kalu ko jual kuih tiap2 ari pun leh masyhuk duitnye.yg penting ko ade minat n rajin.....

tapi terus terang aku tak suka berniaga dgn cara mengajak orng atau kawan join aku. bagi aku pandangan terhadap kawan tu dah jadi macm lain.maksud aku
mcm kawan kita akan pandang kita lain sikit dr sebelumnya.macm kite nak kawan ngan dier or nak rapat pasal nak suh masuk mende2 mlm ni jer.

aku lebih minat  cara berniaga restoran,warung,kedai runcit.....
tak memaksa orng utk mengaut keuntungun....

Just my opinion
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 12:18 PM | Show all posts
aku dah byk jumpa kes2 hai o ni.cam kwn aku terpaksa menanggung hutang ngan bank sbb wat loan utk hai-o ni.yang kata kaya2 tu sbb dia dah ada down line.korang mengambil keuntungan dr down line tuh.kalo downline ko takleh cri org dah,ko ttp dpt duit sbb ko ada downline,tp,downline ko la teruk menanggung hutang.

juz my two cents..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 02:21 PM | Show all posts

Reply #119 ivy_6731's post

Nie dah masuk bab ajal, maut & jodoh ditangan ALLAH.....

Kiter memang xboleh meramal masa depan. Jika sekali pun dier tak buat Hai-o & tak berjaya, adakah takdir sebegitu akan berubah. Entahlah, kalo bab cam gini x brani cin nak ckp lebih2. Lagipun Cin nie perempuan jugak, esok2 terkena lak batang idung sendiri. Cakap kena berlapik.

Taspi yakinlah bahawa semua kejadian & rancangan ALLAH ke atas kiter ader hikmahnyer........
Wallahuallam.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2009 02:23 PM | Show all posts

Reply #121 amoiluna's post

X menjadi masalah kalo xnak percaya....
Mungkin belum terbuka pintu hati untuk mempercayainyer...

Tp, jgn terlalu membenci, sok nanti jatuh cinta lak....macam orang bercinta lak....
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2009 02:27 PM | Show all posts
31 Mac 2009 / 4 Rabiul Akhir 1430
Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/ ... at&pg=ko_07.htm


Perniagaan MLM terus pacu pertumbuhan Hai-O

KUALA LUMPUR 30 Mac - Bahagian pemasaran pelbagai peringkat (MLM) akan terus memacu pertumbuhan Hai-O Enterprise Bhd. ke hadapan, kata OSK Research.

"Sudah tentunya, prestasi syarikat akan terjejas oleh kelembapan ekonomi tetapi pasukan MLM yang kuat dan bermotivasi akan membantu merangsangkan jualan Hai-O Enterprise," kata firma penyelidikan itu hari ini.

Untuk tempoh sembilan bulan pertama berakhir 31 Januari 2009, pendapatan dan untung bersih Hai-O Enterprise, masing-masing berkembang 25.8 peratus dan 23.4 peratus tahun-atas-tahun, terutamanya diterajui oleh pertumbuhan berterusan bahagian MLMnya.

"Jualan runcit terkumpul meningkat 4.8 peratus tahun-atas-tahun, didorong oleh sambutan Tahun Baru Cina sementara jualan pembuatan melonjak 109.4 peratus.

"Jualan borong dan keuntungan, bagaimanapun, mengecut 7.2 peratus dan 18 peratus tahun-atas-tahun disebabkan oleh tempahan yang rendah, kelemahan ringgit dan kos pengiklanan yang tinggi," kata OSK Research dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, perbandingan sukuan mendedahkan yang semua bahagian utama mencatatkan pertumbuhan jualan yang positif iaitu dari 1.3 peratus hingga 19.8 peratus dengan MLM menunjukkan pertumbuhan paling kukuh, kata OSK Research.

Meskipun bimbang yang permintaan untuk produk MLM mungkin terjejas kerana para pengguna beralih kepada alternatif yang lebih murah ekoran ekonomi yang lemah, permintaan pendasar untuk produk kosmetik dan penjagaan kulit kekal menggalakkan, kata syarikat penyelidikan itu.

"Ia disokong oleh 70 peratus asas keahlian yang dimonopoli oleh kaum wanita," katanya sambil menambah yang Hai-O Enterprise akan melancarkan produk penjagaan kulit La Praise awal tahun ini.

Sementara banyak syarikat telah mengurangkan skala perbelanjaan pengiklanan dan promosi mereka, sebaliknya OSK Research berkata, Hai-O Enterprise telah memilih untuk memperuntukkan perbelanjaan besar untuk mewujudkan kesedaran terhadap produk-produknya.

"Syarikat begitu menghargai perniagaan MLMnya dan kerap mengadakan ceramah dan seminar motivasi untuk melengkapkan ahli-ahlinya dengan kepakaran tertentu bagi membangunkan keusahawanan," katanya.

Syarikat penyelidikan itu berkata yang bahagian MLM Hai-O Enterprise kekal menggalakkan berikutan marginnya yang tinggi dan produknya yang popular seperti baju dalam untuk melangsingkan badan dan penapis air, adalah antara yang laris walaupun sentimen pengguna agak lemah.

"Asas keanggotaannya juga terus berkembang sebanyak 2,000 hingga 3,000 sebulan," katanya. - BERNAMA


Kepada yang dah join, teruskan usaha agar terus berjaya dan berjaya.. Yang nak berjaya adalah DIRI KITA SENDIRI.. bukan orang lain..

Kepada yang baru nak join, semoga anda membuat keputusan yang tepat..yang penting anda YAKIN denga apa yang anda buat.

Insya Allah, kalo kita usaha pasti rezeki itu berpihak kepada kita.. Cepat dengan lambat je..

Jumpa Anda di pentas CDM 2009!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2009 08:26 AM | Show all posts
Originally posted by Jelma at 16-1-2009 23:29
salam...
sy prnah pi satu kelas hai-o... sy rakam apa yg cdm dia ckp... amik dana/loan, beli water filter 15 biji... dpt bonus, tak ingt baper, pastu dpt jam... pastu dia cakap water filter tuh  ...


aku pernah baca dalam paper..soal jawab dengan ustadd mana ntah..dia kata cara camni tak halal..sebab orang atas dapat untung dari orang bawah..tak jual pun mende tu..wallahualam..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2009 12:59 PM | Show all posts
memang haram pun
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2009 03:05 AM | Show all posts
Post Last Edit by gmieaziz at 24-7-2009 03:08

Salam..sy orang baru dalam forum disini... berkenaan hai-o ...ada yang membenci ...ada yang suka... saya antara orang yg menjalankan perniagaan hai-o ni. Percampuran emosi tu biasa la.... tapi kadang kita sebagai manusia selalu bercakap mengikut emosi dari akal kita...perkara yang baik diharamkan....perkara yang haram di halalkan....
Andai jika saya tidak merujuk kepada seorang pakar dalam bidang muamalat dulu berkemungkinan besar saya bukan ahli Hai-O. Faham apa maksud saya kan
Muamalat ialah perhubungan. Manakala dari segi istilah ialah urusan seharian manusia yang berkaitan dengan aspek ekonomi dan sosial..
Lawati http://gmieaziz369.blogspot.com
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2009 12:08 PM | Show all posts
Aku dikelilingi orang2 yang joint Hi-O, tapi... aku memang tak minat nak joint. Mungkin sebab aku tak suka ambil risiko. Tapi, kalau sesiapa yang yakin... teruskan je lah. Kalau tak yakin, better tarik diri awal2.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2009 10:02 PM | Show all posts
Menurut majlis fatwa Indonesia, barangan yang dijual dengan harga jauh melebihi harga pasaran adalah haram
Fatwa Hukum MLM

Oleh

Majlis Ulama Indonesia

Akhir-akhir ini di tengah-tengah masyarakat Indonesia muncul sistem perdagangan baru yang dikenal dengan istilah Multi Level Marketing yang disingkat MLM. Sistem perdagangan ini dipraktekkan oleh berbagai perusahaan, baik yang berskala lokal, nasional, regional maupun internasional. Di antaranya adalah Amway, Uni Beauty Shop International (UBSI) dan DNX Indonesia. Sistem perdagangan semacam ini sangat menggiurkan sebagian anggota masyarakat karena menjanjikan keuntungan besar dalam waktu yang relatif singkat.

Sistem perdagangan Multi Level Marketing (MLM) dilakukan dengan cara menjaring calon nasabah yang sekaligus berfungsi sebagai konsumen dan member dari perusahaan yang melakukan praktek MLM. Secara rinci, sistem perdagangan Multi Level Marketing MLM) dilakukan dengan cara sebagai berikut:

a. Mula-mula pihak perusahaan berusaha menjaring konsumen untuk menjadi member dengan cara mengharuskan calon konsumen membeli paket produk perusahaan dengan harga tertentu.

b. Dengan membeli paket produk perusahaan tersebut, pihak pembeli diberi satu formulir keanggotaan (member) dari perusahaan.

c. Sesudah menjadi member, maka tugas berikutnya adalah mencari calon member-member baru dengan cara seperti di atas, yakni membeli produk perusahaan dan mengisi formulir keanggotaan.

d. Para member baru juga bertugas mencari calon member-member baru lagi dengan cara seperti di atas, yakni membeli produk perusahaan dan mengisi formulir keanggotaan.

e. Jika member mampu menjaring member-member baru yang banyak, maka ia akan mendapat bonus dari perusahaan. Semakin banyak member yang dapat dijaring, maka semakin banyak pula bonus yang akan didapatkan, karena perusahaan merasa diuntungkan oleh banyaknya member yang sekaligus menjadi konsumen paket produk perusahaan.

f. Dengan adanya para member baru yang sekaligus menjadi konsumen paket produk perusahaan, maka member yang berada pada level pertama (member awal/ pelopor), kedua dan seterusnya akan selalu mendapatkan bonus secara estafet dari perusahaan karena perusahaan merasa diuntungkan dengan adanya member-member baru yang sekaligus menjadi konsumen paket produk perusahaan.

Di antara perusahaan MLM, ada yang melakukan kegiatan menjaring dana masyarakat untuk menanamkan modal di perusahaan tersebut dengan janji akan memberikan keuntungan sebesar hampir 100 % dalam setiap bulannya. Akan tetapi dalam prakteknya, tidak semua perusahaan mampu memberikan keuntungan seperti yang dijanjikan, bahkan terkadang berusaha menggelapkan dana nasabah yang menjadi member perusahaan. Berkenaan dengan hal ini, Komisi Fatwa MUI DKI Jakarta memfatwakan:

1. Bahwa sistem perdagangan Multi Level Marketing (MLM) diperbolehkan oleh syari'at Islam dengan syarat¬-syarat sebagai berikut:

a. Transaksi (akad) antara pihak penjual (al-ba'i) dan pembeli (al-musytari) dilakukan atas dasar suka sama suka (' an taradhin), dan tidak ada paksaan;

b. Barang yang diperjualbelikan (al-mabi') suci, bermanfaat dan transparan sehingga tidak ada unsur kesamaran atau penipuan (gharar);

c. Barang-barang tersebut diperjualbelikan dengan harga yang wajar.

Hal ini didasarkan pada firman Allah SWT dalam surat al-Baqarah ayat 275:

وَأَحَلَّ اللّهُ البَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا(275) البقرة

Artinya:
Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. AI-Baqarah, 2: 275

Demikian juga firman-Nya dalam surat an-Nisa 29:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالبَاطِلِ إِلاَّ أَن تَكُونَ تِجَارَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ وَلاَ تَقْتُلُواْ أَنفُسَكُمْ إِنَّ اللّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيما(29) النساءً

Ayat:
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. An-Nisa', 4: 29

Jika sistem perdagangan Multi Level Marketing (MLM) dilakukan dengan cara pemaksaan; atau barang yang diperjualbelikan tidak jelas karena dalam bentuk paket yang terbungkus dan sebelum transaksi tidak dapat dilihat oleh pembeli, maka hukumnya haram karena mengandung unsur kesamaran atau penipuan (gharar). Hal ini didasarkan pada sabda Rasulullah SAW dalam hadits shahih yang diriwayatkan Imam Muslim, sebagai berikut:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ نَهَى رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ بَيْعِ الْحَصَاةِ وَعَنْ بَيْعِ اْلغَرَرِ ( رواه مسلم)

Artinya:
Rasulullah SAW melarang terjadinya transaksi jual beli yang mengandung gharar"

2. Jika harga barang-barang yang diperjualbelikan dalam sistem perdagangan Multi Level Marketing (MLM) jauh lebih tinggi dari harga yang wajar, maka hukumnya haram karena secara tidak langsung pihak perusahaan telah menambahkan harga barang yang dibebankan kepada pihak pembeli sebagai sharing modal dalam akad syirkah mengingat pihak pembeli sekaligus akan menjadi member perusahaan, yang apabila ia ikut memasarkan akan mendapatkan keuntungan secara estafet. Dengan demikian, praktek perdagangan Multi Level Marketing (MLM) tersebut mengandung unsur kesamaran atau penipuan (gharar) karena terjadi kekaburan antara akad jual beli (al-bai'), syirkah, sekaligus mudlarabah karena pihak pembeli sesudah menjadi member juga berfungsi sebagai 'amil (pelaksana/ petugas) yang akan memasarkan produk perusahaan kepada calon pembeli (member) baru.

3. Jika perusahaan Multi Level Marketing (MLM) melakukan kegiatan menjaring dana masyarakat untuk menanamkan modal di perusahaan tersebut dengan janji akan memberikan keuntungan tertentu dalam setiap bulannya, maka kegiatan tersebut adalah haram karena melakukan praktek riba yang jelas-jelas diharamkan oleh Allah SWT. Apalagi dalam kenyataannya tidak semua perusahaan mampu memberikan keuntungan seperti yang dijanjikan, bahkan terkadang menggelapkan dana nasabah yang menjadi member perusahaan. Sebagaimana telah difirmankan Allah SWT dalam surat al-Baqarah ayat 279:

وَإِن تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُؤُوسُ أَمْوَالِكُمْ لاَ تَظْلِمُونَ وَلاَ تُظْلَمُونَ(279) البقرة

Artinya:
Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya. AI-Baqarah, 2: 279.

Berhubung di antara sistem perdagangan Multi Level Marketing (MLM) ada yang diharamkan oleh syari' at Islam, maka hendaklah Umat Islam agar berhati-hati dalam melakukan kegiatan perdagangan dengan system Multi Level Marketing (MLM). Pilihlah sistem perdagangan Multi Level Marketing (MLM) yang benar-benar diperbolehkan oleh syari'at Islam karena memenuhi syarat-syarat yang telah disebutkan di atas.





Negara asal : Indonesia
Negeri : Jakarta
Badan yang mengisu fatwa : Majelis Ulama Indonesia DKI Jakarta

Tarikh Diisu : 2000

BUKA FATWA ASAL DI SINI

UNTUK MAKLUMAT LANJUT BERKENAAN HUKUM MULTI LEVEL MARKETING, SILA BACA ARTIKEL INI. ISU SHARIAH DALAM MULTILEVEL MARKETING.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2009 10:36 PM | Show all posts
Dari ustaz zaharuddin- pakar ekonomi islam dan pensyarah UIA
ada ahli yang bertindak seperti pencari 'kepala' atau 'head hunting' dan bukan menjual produk. Benar, kesilapan seorang tidak boleh dikenakan kepada seluruh skim. Masalahnya, bukan seorang tapi cukup ramai yang sebegini, terlalu banyak laporan yang saya terima demikian, menyebabkan sekali imbas, saya merasakan ini adalah skim cepat kaya kerana mencari kepala tanpa mengendahkan produk.

Mungkin juga ada sebahagian pengempen yang benar-benar  berkempen barangan serta mengajar cara kegunaan dan kelebihannya  Individu seperti ini mungkin boleh terselamat dari ciri money game, tetapi terdapat juga pengempen yang dengan jelas menekankan aspek 'kaki' dan 'downline' sebagai penarik utama sebagaimana yang disebut di atas tadi, produk tatkala itu hanyalah alat dan helah. Di ketika itu, syubhat bagi mereka yang mengempen kaki dan peluang semata-mata ini adalah lebih besar berbanding ahli yang mengempen produk dan bukan kaki.

Justeru, hukum ke atas dua individu boleh menjadi berlainan dalam hal ini berdasarkan kepada apa yang mereka kempen dan perkatakan. Seperti sebiji roti yang halal, lalau dikempennya kebaikan roti itu agar pembeli membeli, tatkala itu sistem downline telah menjadi sampingan sahaja, ia mungkin ada peluang. Berbeza dengan orang yang tidak mengendahkan roti itu, yang penting dikempennya sistem dapat duit dengan cari orang bawah sahaja

Bagi saya jika sesebuah produk itu tidak mungkin akan dibeli tanpa sistem komisyen kaki tadi, ini bermakna produk itu hanyalah pemangkin dan pengabui mata sahaja. Jika dilihat dari web xxx kelihatan mereka mempunyai pelbagai produk. Cuma perlu dilihat pula cara kempen dan kiraan komisyen dilakukan. Setakat mempunyai produk yang benar-benar sahaja, tidak menjadikan sesuatu skim itu halal terus.

Saya tidak mengatakan hal 'pengabui mata' seperti di atas adalah terpakai untuk xxxx tetapi saya menyebutnya secara umum kepada mana-mana skim yang produk yang dijualnya tiada sebarang nilai sebenar dan tiada pula releven untuk dibeli oleh pembeli jika tiada sistem komsiyen dan kaki.

Jika yang membeli menyertai dengan niat untuk memasuki sistem kaki dan lubuk duit yang dimaksudkan. Tatkala itu, ia punyai elemen judi kerana terdapat unsur seperti bertaruh dan punyai elemen riba al-fadhl dan an-Nasiah kerana meletakkan duit untuk mendapatkan duit yang lebih banyak di masa hadapan.
Menurut seorang rakan dan pensyarah yang mempunyai PhD dalam Shariah dan undang-undang serta merupakan pakar kewangan Islam di Malaysia dan antarabangsa yang berkaliber. Produk-produk yang tidak mempunyai nilai yang benar-benar diperlukan ketika dibeli adalah sebenarnya palsu sahaja. Ia dinamakan 'conduit' atau pemangkin untuk mengabui mata orang ramai dan penguasa tentang sifat piramid skim mereka. Lalu beliau berpendapat ia haram. Hal ini tetap terjadi walaupun syarikat tersebut mempunyai produk, ia terjadi apabila pengempen menggunakan ayat seperti yang digambarkan di atas iaitu :
"kita sekarang bukan jual produk, kita jual peluang. Mudah dapat downline, sebab orang tahu ini lubuk duit."
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2009 10:41 PM | Show all posts
saya pernah utarakan hal ini kepada Syeikh Prof dr Wahbah Az-Zuhayli, iaitu berkenaan hal "tidak bekerja tapi boleh dapat bonus komsiyen orang di kaki yang kesepuluh".

Beliau menyatakan: "adalah tidak halal mendapat keuntungan tanpa melakukan kerja bagi perolehan komisyen tersebut. dan jika mereka semua telah bersetuju, persetujuan itu adalah batil dan tidak sah"

Ini bermakna tugas yang specifik untuk untung yang specifik. Contoh mudah adalah "sapu sampah, untuk dapat upah RM 20". Ini halal, upah dengan kerja.

Dan bukan, "sapu sampah untuk dapat upah dari sapu dan pada masa yang sama menjadi syarat dapat komsiyen dari orang lain membasuh baju."  ia sama dengan menyatakan : "Perlu maintain jualan RM 152 sebulan untuk dapat bonus dan untuk dapat komisyen orang komisyen dari jualan orang bawah"

Ini dua perkara berbeza, sapu sampah memang layak mendapat komisyen tersendiri. Mengapa pula tukang sapu layak dapat komsiyen dari kerja si tukang basuh baju?. Hanya kerana dia ditaja oleh si tukang sapu sebelum ini?.

Di sini letakkan syubhah tanpa kerja dapat upah yang dinyatakan oleh Syeikh Prof. Dr Wahbah tadi. Maka jika si tukang sapu juga berusaha membantu basuhan baju di buat, tatkala itu, syubhat akan hilang inshaAllah. I
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2009 10:24 AM | Show all posts
sepupu ada sorang masuk hai-o, so kitorg kesian beliler penapis tuh, tapi bila aku pikir secara logik, mahallah plak penapis air tuh, dahler plastik, penapisnnye pun jenis tak tahan...baru pakai sebulan dah pecah.........ekceli penapis hai-o nie mmg takde kualiti lah..harap harga je mahal...itu jerlah, komen aku yg memakai hai-o...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2009 12:46 PM | Show all posts
aku rasa hai o ni membantu org yg atas je..org bwh ni kene carik org lagi kat bwh dia baru boleh masyukk..so kesimpulannya mmg MLM le sesangat..harga barang tu kalau ikutkan separuh rega je kot..tp sbb nak bg untung org atas, so harga dia naik berkali kali ganda..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 10:55 PM | Show all posts
bukan kena tipu...tapi kakak awak tu ada tak berusaha untuk berjaya???kalau takde usaha nak tunggu buah gugur susahlah macam tu...jangan letakkan kesalahan pada apa yang kita buat...letakkan kesalah p ...
rienz3003 Post at 4-8-2008 09:56


Banyak cengkadak ler ko..esok2 downline ko jatuh bukan ko terhegeh2 nak pegi tolong.. udah2 ler tu sedut duit orang Melayu.. pegi ler ko buat MLM nie kat bangla ker, indon ker..diaorang banyak duit..tiap2 tahun berjuta2 diaorang antar balik tanahair diaorang.. ko apsal tak pegi jual kat Cina ker?? Dah brapa ramai dah ko ilang kawan2?? dah brapa ramai adik beradik bermasam muka dgn ko??

LU PIKIRLAH SENDIRIK..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2009 11:10 AM | Show all posts
kesian org2 melayu.. pulun sgt nk kaya.. mcm dlm iklan 'syukurrr alhamdulillahh'
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2009 02:30 PM | Show all posts
Cipan kahak sungguh geng2 Hai O/MLM nie..aperlah sangat pada harta dunia.. geng2 MLM nie tak abih2 dok cerita keta besar2 laa.. pegi melancong ke luar negara lah.. nih, korang dok bangga sangat reta dunia korang tue.. esok2 mati, korang kapan sekali lah dengan stereng keta merc/bmw korang tuh.. pastu lambang merc/bmw tue tampal kat keranda.. takpun buat mcm orang cina.. wat replika keta merc/bmw korang pastu bakar.. mana tau leh iring ke syurga.. pastu nak tanam mayat korang jgn wat kat malaysia tau.. aper kelas..kan korang suka melancong?? pegila tanam mayat tue kat Maldives ker, papua new guinea ker.. hehehe...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.098374 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list