|
jap...aku nak promote KBS lagi ni..........
ada satu program dokumentari "Screening Humanity". Salah satu episod yg dia tunjuk mengenai kesetiaan anak pada maknya.
Anak ni lelaki berumur 53 tahun, muka nampak muda dari umurnya, tak pernah kahwin.....tapi kehidupan sehari2nya hanya untuk membela maknya yg mengidap "Alzheimer'". Ada2 masa mak dia akan lupa keadaan keliling, lupa anaknya. Anak ni bukan setakat jaga mak dan bawak maknya kespital, tapi memasak, bawak mak dia ke toilet, make sure tempat tido mak dia selesa, jaga mak dia masa tido, sampaikan lalat hinggap kat mak dia pun dia dah siap dgn pemukul, hiburkan mak dia dgn bermain gitar dan menyanyi. Tak tahu lah dia keje apa?...sbb 24 jam dok jaga mak dia. Mak dia memang tak boleh ditinggalkan......
Ada satu mlm bila dia tgk mak dia dah tido, dia gi kepasaraya beli barang, bila dia balik, ditgknya mak dia tak de kat dlm rumah. Dia konpiden mak dia tido lena sbb kalau tak mak dia akan tepon dia setiap 5-10 minit. Pucat muka dia tgk mak dia hilang...puas dia panggil sana sini...tup2 mak dia kuar dari bawah rumah tu.....punyalah leganya dia......sbb mak dia masih normal lagi.....kalau mak dia tak ingat, mesti mak dia dah merayau jauh2......
Satu mlm tu mak dia tido.....dia rasa pelik pasal mak dia dah tido lebih dari 4 jam...bila kejutkan mak dia tak bangun2...rupanya mak dia pengsan. Kat spital dia menangis tgk mak dia yg pegang tgn dia bila nak kena MRI. Mak dia kata, kalau dia dah mati nanti, dia nak anaknya duduk dgn adik dia di Amerika. Masa dia ceritakan pasal sakit mak dia on & off ni....dia sedih sampai menangis depan mak dia......
Dia nak kuar makn2 dgn kawan2 pun kena bawak mak dia gak. Masa ingatan mak dia baik, mak dia cuma duduk dlm van dan suruh anak dia je gi mkn dgn kawan2. Tu pun tak lama dia dpt mkn dgn kawan2 dia, sbb mak dia dok panggil dia je....
Masa penyakit mak dia dtg....kelakuan mak dia pelik, diam tak nak mkn, tak nak cakap.....so dia mesti bawak mak dia jaln2 makn angin . Dia angkut mak dia dgn kerusi sebijik, bawak mak dia naik gunung ( sub tu kata gunung, tapi rasanya bukit). Jln pelan2 cam semut, pegang mak dia sebelah tgn, kerusi sebelah tgn lagi. Ada satu part, mak dia tiba2 je buat tgn dia mcm orang basuh tgn. Dia kata tu pertama kali dia tgk mak dia buat camtu....maknanya penyakit mak dia semakin serius.....
Sekarang aku tak sabar nak tgk part 4 lak...nak tahu apa jadi seterusnya......... satu dokumentari yg baik untuk kita orang dewasa ni menonton.......sbb nak dptkan anak yg setia kat mak dia ni memang payah..... |
|