okay, ni review aku yg pertama untuk tahun ni! hahahaha... gigih jugak la memerah kepala nak cakap aper dlm review ni! hehehehe
MOONLIGHT DRAWN BY CLOUDS Synopsis (Asianwiki & Wikipedia):
It is a coming-of-age story and youth romance set during 19th-century Joseon Dynasty based on the novel Moonlight Drawn by Clouds which was first serialized on Naver in 2013 and consequently published as a five-part series of books in 2015.
Hong Ra-On (Kim Yoojung) disguises herself as a man and counsels men on dating. Due to a love letter she wrote for a client, she meets Crown Prince Hyomyeong @ Lee Young (Park Bo-Gum). Hong Ra-On is unaware that he is the Crown Prince and Hyomyeong is unaware that Hong Ra-On is a woman. The Crown Prince becomes interested in Hong Ra-On. His eunuchs become aware of this and attempt to get Hong Ra-On to become one of them.
1. Cerita (9/10)
Biler ternampak promo klip/video untuk cerita ni, mcm pelik dan curious jugak aper kena mengena si Bogum tu dok menari Bombastik dgn pakai hanbok & shades. So dari situ telah menarik minat aku la untuk google pasal cerita ni. Biler dah baca kat Wikipedia/asianwiki, dah boleh agak sikit la jalan ceritanyer mcmaner sebab sebelum2 ni dah ada je jalan cerita heroin cross-dressing kan. Dan curious jugak untuk tgk mcmaner kimia antara Park Bogum & Kim Yoojung ni!!
Peralihan setiap plot sama ada plot untuk dalam satu2 episod itu mahupun peralihan antara dua episode, memang kemas, teratur dan teliti. Cliffhanger antara episode juga memberikan impak yang besar dalam drama ni di mana aku sebagai penonton sangat ternanti2 untuk menonton episode yang seterusnye, sebab tak tahu nak jangkakan aper yang akan berlaku untuk next episode. Kalau nak menunggu episode antara isnin – selasa tu memang boleh tahan lagi la, tapi biler nk kena tunggu selasa – isnin (minggu depan) tu yang agak seksa!
Drama ini jugak pada awalnyer lebih tertumpu kepada first love antara Lee Young & Raon, tapi lama kelamaan plot cerita berkembang. Bagaimana seorang crown prince (Lee Young) yang dianggap seorang yang dingin dan nakal tetapi sanggup menentang pegawai tertinggi istana (Premier Kim) yang mempunyai kekuatan dalam mentadbir negara (melebihi King pada masa itu) demi membina sebuah negara yang mementingkan rakyat & jatuh cinta dengan anak perempuan kepada pengkhianat negara, bagaimana seorang anak perempuan kepada pengkhianat negara (Hong Raon) terpaksa menyamar menjadi seorang eunuch di dalam istana sehinggakan jatuh cinta kepada crown prince, bagaimana cucu Premier Kim (Kim Yoonsung) yang sanggup membelakangkan datuk nyer sendiri demi menyelamatkan perempuan yang disukai dan bagaimana seorang royal guard (Kim Byungyeon) yang sanggup menggadaikan nyawanya demi crown prince merangkap kawan baiknya sendiri. Dalam setiap episode, dirangkumkan seluruh emosi di mana tidak menjanjikan kegembiraan semata-mata tetapi juga diselitkan dengan kesedihan dan juga angst.
Walaupun drama ni adalah daripada adaptasi manga/manhwa, tapi writer-nim pandai mengolah dalam menyesuaikan untuk dimasukkan di dalam drama. Ini membuatkan jalan cerita untuk setiap episode agak sukar untuk dijangka walaupun ada sesetengah perkara (as a kdrama fan) dah buat speculation siap2! Dan mcm biasa la, spekuan ku ada yang mengena dan ada yg lari jauhhhhh dari cerita sebenar! Hehe. Gigih jugak la aku dok google sana sini utk tgk mcmaner ending dalam manga/manhwa tu tapi memang tak jumpa la kan! Huhu… Biler dah tak jumpa manga/manhwa untuk baca online, gigih pulak la dok baca pasal history Lee Young ni kat internet! Heh…
Masa sebelum sampai minggu terakhir utk drama ni, netizen dh kecoh jugak la mcmaner writer-nim nak habiskan drama ni. Adakah akan ikut sejarah di mana Lee Young akan mati dalam umur 20 tahun? Adakah akan ikut manga/manhwa di mana Lee Young akan keluar drpd istana & hidup sebagai orang biasa dengan Raon? Macam2 spekulasi la yang timbul tapi aku berpegang dgn instinct aku yg Lee Young dan Raon akan dapat happy ending, cuma tak tahu bagaimana versi happy ending yang akan dorg buat. Dan biler selesai tgk episode terakhir, memang sangat lega sebab dorg buat citer ni happy ending walaupun lari sedikit drpd manga/manhwa. Walaupun Raon tidak diangkat sebagai Queen setelah Lee Young diangkat menjadi King, tapi dorg berdua still happily ever after la dengan Raon sambung kerja dia as writer & bukak kedai buku. Dan Raon bebas jadi diri sendir as a woman dan dimaafkan sebagai seorang anak pemberontak. Yang aku tahu la, dorg ikut cuma ending untuk Yoonsung di mana Yoonsung memang mati (ini pun aku tahu dari twitter/fb/etc kot aku pun dh lupa)!
2. Keberkesanan Lakonan (9.5/10)
Park Bogum - Aku ni cuma pernah betul2 tgk Park Bogum berlakon dalam I Remember You/Hello Monster walaupun watak dia bukanlah watak utama tetapi Park Bogum as Jung Sun-ho/Choi Min yang psiko adalah sangat berkesan lakonan nyer. Dan biler tgk promo klips dia yang dok menari Bombastik dalam palace tu, keinginan untuk tengok lakonan dia makin la membuak2 nak2 ni adalah 1st drama sageuk dia. Gigih jugak meroyan dgn PBG ni as a Lee Young sebab memang tidak disangkal la he is indeed a good actor! Walaupun pernah terbaca yang even PGM pun pada mulanya tidak yakin akan berjaya membawakan watak Lee Young ni dengan berkesan, sehinggakan dia terpaksa training dalam dua bulan untuk menjadi seorang crown prince yang dingin dan nakal. Tetapi lama kelamaan dia boleh adapted untuk menjadi seorang Lee Young yang dikehendaki oleh pihak produksi. Dan bagaimana ayat2 Lee Young dalam drama ni walaupun ada certain2 masa agak terlebih keju, tapi dah jadi ala2 trend setter untuk twist ayat tu menjadi satu ayat yg magic. Sebagai contoh; dalam scene akhir episode 5 biler Lee Young cakap, “I disallow it, [He’s] my person.” Ataupun dalam scene akhir episode 3 biler mana secara officially Lee Young bagitahu nama dia kat Raon, “It's Lee Young,” he says, “my name.”
Kim Yoojung - Biler tahu yang Kim Yoojung jadi heroin, makin la membuak2 perasaan nak tgk drama ni. Dan lama la aku tak tgk lakonan dia dalam sageuk drama. Kim Yoojung dan sageuk drama kan dah sebati sangat, Cuma KYJ tidak pernah melakonkan watak as cross-dressing la. Tapi walaupun KYJ baru berusia 17 tahun, bakat dia dalam lakonan memang tidak boleh dinafikan. Kimia dia dengan pelakon2 yang lain pun best, bukan sahaja dengan PBG. Even semua crew pun impressed dengan tahap lakonan KYJ ni walaupun dia masih lagi minor, tapi dia lebih senior jugak la drpd ada certain2 actor/actress! Hihihi…
Erm, malas nk menaip (ataupun membebel) utk setiap pelakon dalam cerita ni tetapi senang cakap la semua pelakon secara keseluruhanya dari yang utama sehingga ke tambahan, memang berjaya membawa watak masing2 dengan berkesan.
Dengan ini saya menominasikan pelakon2 tersebut yang layak mendapat merit tertinggi:
Park Bogum (Moonlight Drawn By Clouds) – [Best Actor]
Kim Yoojung (Moonlight Drawn By Clouds) – [Best Actress]
Kwak Dongyeon (Moonlight Drawn By Clouds) – [Best Rookie Actor]
3. Aspek Teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, cinematografi) (9/10)
Aku ni tidak la reti sangat nk review dari segi aspek teknikal, cuma biler aku dah puji melambung2 drama ni dari segi lain tu harus la pada pandangan mata aku ni aspek teknikal nyer pun cukup sempurna! Selalunyer utk drama sageuk memang la scene2 yang ada sangat cantik & menarik untuk ditonton. Maka, dari segenap aspek; suara latar, montaj, pemilihan tempat, proses editing drama, instrumental dan sebagainya untuk drama MDBC ni adalah sangat berkesan dan sempurna. Costume yang digunakan jugak sangat la cantik, dan menurut pereka costume drama ni, agak payah jugak nak menghasilkan sepasang hanbok yang kebiasaannya memakan masa berbulan untuk disiapkan. Beliau gembira dengan hanbok2 yang dihasilkan kerana sangat bersesuaian dengan pelakon2!
Banyak sebenar nyer scene2 yang menarik dalam drama ni tapi aku scene yang sgt cantik & patut dicalonkan bagi Best Memorable Scene for 2016 5th Cari KDrama Award. Walaupun scene ni tiada dialog, tapi memang meninggalkan kesan la kat aku! Dengan bgm ver instrument utk lagu Beige tu memang sgt kena dgn situasi! KYJ siap practice dua bulan jugak untuk dapat hasilnya dan sangat berbaloi2 la segala usaha penantian itu! Dah la kena tunggu lama jugak la untuk dorg released kan yang versi lagu utk instrument tu! Huhuhu…
4. Skor Musik (5/5)
Bagi aku, keseluruhan skor music untuk drama ni memang totally daebak-jjang-best!! Dari lagu ost ke instrumentasi memang sgt menarik dan sesuai dgn setiap scene! Untuk pilih ost favourite aku, mmg agak payah la untuk drama ni tapi memang kena pilih jugak la kan. So aku list down kan empat (4) lagu di bawah yang walaupun dengar berulang2 kali sampai pun aku sanggup!!
Gummy - Moonlight Drawn by Clouds (구르미 그린 달빛)
Beige - Because I Miss You, Raon ver. (그리워 그리워서, 라온 ver.)
Park Bogum - My Person ([size=11.305px]내 사람)
Ben - Misty Road (안갯길) (Prod. By Jinyoung)
*Extra* Utk MDBC pun ada released Special BGM OST [The Second Moon] yang mengandungi 3 lagu dan boleh didengar di sini;
The Second Moon - The Moonlight Flow (달빛이 흐른다)
The Second Moon - Take My Hand (내 손을 잡아요)
The Second Moon - Halo Stars (별후광음)
5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (4/5)
Dapat rasa la nnt for sure time bosan2 takde drama nak layan akan re-run drama ni dari 1st episode dan sambung meroyan like no tomorrow. Sekarang ni pun gigih la dok sambung meroyan dgn dorg2 ni biler tgk ada yg update gmbr2/info2 dorg kat twitter/ig/fb. Heh…
calling for @dauswq , @ismaha , @eddlisa_uyuk untuk claim credit! setelah sekian lama tak login sini kan!! hehehehe....
Pencalonan: Park Bogum (Moonlight Drawn By Clouds) – [Best Actor],
Kim Yoojung (Moonlight Drawn By Clouds) – [Best Actress]
Post time 28-10-2016 12:18 PM
Bagi mereka yang tak berkesempatan mendapatkan tiket, jangan gusar. Kami sediakan pas percuma untuk anda untuk bersama-sama dengan staf kmania bertemu dengan Park Go Bum!
Apa lagi! Kena join contest ler hehe 😉
Ikut arahan dalam poster, kemudian jawab soalan di bawah dengan betul.👇👇👇
1. Park Bo Gum pernah tercalon dalam Cari Kdrama Awards #carikdramaawards pada tahun lepas. Apakah kategori tersebut?
2. Senaraikan 3 drama lakonan Park Bo Gum yang korang tahu.
Tarikh tutup 8/12/2016 jam 6.00 petang.