|
ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015
[Copy link]
|
|
freddianza posted on 14-9-2012 10:17 AM
MOrningggggg semuaaa!
Hi Fred....
Mana pi? Lama tenggelam....
|
|
|
|
|
|
|
|
ala.. 2-3-4 episod laa... ye...Nicki... |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 14-9-2012 10:19 AM
Yelah auntie.... suami cheq bukan kategori romantik tapi Alhamdulillilah, memahami...
Tapi, kek ...
Hahahahhaha.NIcki hang nak yang macam mana
Maulana ke fandi ke si raf tu.Hehehee
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 14-9-2012 10:27 AM
Nak Jedi.... Cheq minat bad boy.....
Hahhahahahah.Hang saya jer nak yang cam ganas-ganas sikit kan.Hahahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
malam nanti 3 gol berbalas 5 ke? Last edited by produkherba on 14-9-2012 10:34 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
produkherba posted on 14-9-2012 10:33 AM
malam nanti 3 gol berbalas 5 ke?
Takde gol herbs... game cuma atas padang dan depan gawang....
Ya Ampuuunnnnnn
|
|
|
|
|
|
|
|
Fifi tidak perasan yang masa berlalu begitu saja. Dia berbual lama dengan Nina di laman Yahoo Mesenger. Macam-macam yang di sembangkan. Aktiviti di Kluang dan tak lupa juga peristiwa dia di marahi Alya di telefon.
Sweet Nina: Mulut longkang. Macam mana boleh jadi girlfriend Fandi pun aku tak tahu. Don’t worry. Fandi is yours now. Blah lah Alya.
Fifi tersengih sendiri apabila membaca balasan yang di taip oleh Nina setelah di beritahu tentang Alya.
Tidak sedar jam sudah pun menunjukkan pukul 11:30 malam. Perbualan di hentikan. Komputer ribanya di tutup.
Fifi terkebil-kebil sendirian. Tiba-tiba dia berasa kehilangan. Beberapa hari lepas, dia terlalu rapat dengan Fandi. Kini, dia terasa rindu, walaupun Fandi hanya berada di bilik sebelah. Sekejap-sekejap, matanya memandang ke pintu. Kemudian, membelek telefon bimbit. Fifi benar-benar resah. Semua serba tak kena.Dia benar-benar berharap Fandi masuk menjengah tapi tiada. Mungkin Fandi benar-benar kepenatan lalu tidur.
Abang… Fifi tersenyum sendiri.
Fifi bergerak ke arah meja soleknya. Laci di buka lalu Fifi mengeluarkan kotak barang kemasnya. Sebentuk cincin emas putih bertahtahkan sebiji berlian di ambil. Sangat ringkas coraknya. Cincin nikah. Cincin itu hanya sekali tersarung di jari manisnya, di hari pernikahan. Selepas itu, cincin itu di tanggalkan dan tidak dipedulikan lagi, hingga hari ini. Fifi menyarungkan cincin itu ke jari manisnya. Dia tersenyum lagi. Perasaan aneh kembali menyelinap dalam hatinya, terasa berbunga.
Lama juga Fifi membelek-belek cincin di jari manisnya. Setelah bosan, Fifi akhirnya keluar dari bilik. Di hadapan bilik Fandi, langkahnya terhenti lama. Sekali lagi mengharapkan dia mempunyai kuasa mata lutsinar agar dapat dia lihat apa yang Fandi sedang lakukan sekarang.
Jangan mengarutlah! Fifi menarik nafas. Langkahnya di atur menuju ke dapur.
Fifi mencapai susu khas untuk ibu mengandung yang terletak di atas kabinet dapur. Arahan di baca. Dia mencapai mug lalu membancuh susu mengikut arahan.
“Kenapa rasa lain?” Fifi mengeluh. Rasanya berbeza, sangat berbeza. Arahan di kotak susu di baca lagi. Keningnya berkerut.
“Macam mana Fandi buat susu?” Fifi muncung. Tak tahulah kenapa dengan dia. Rindukan susu yang di bancuh Fandi? Rindukan Fandi? Ataupun kedua-duanya sekali? Ah…serabut! Last edited by Nicki_Meow on 14-9-2012 11:24 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 14-9-2012 10:39 AM
Fifi tidak perasan yang masa berlalu begitu saja. Dia berbual lama dengan Nina di laman Yahoo Meseng ...
Wuarghhhhh.
Cheq pun rindu susu abg fandiiiiiiiiii
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak susu... nak susu...
Mana susu?
Nicki cepatlah! |
|
|
|
|
|
|
|
“Saya dah agak, mesti awak kat dapur” Suara di sebelahnya sudah cukup membuatkan jantungnya hampir gugur. Entah bila hadirnya, tidak pula Fifi perasan. Bagai di seru, orang yang di rindui telah datang. Fifi mengemam bibir, menyembunyikan senyum
“Buat apa ni?” Senyap.
“Buat susu ke?” Sekali lagi Fandi bertanya soalan. Bibirnya menguntum senyum. Fifi angguk.
“Kenapa tak minum?”
“Rasa dia… lain…” Fifi menjawab. Bibirnya muncung.
“Lain?”
“Tak sedap. Tak macam yang awak buat” Fifi seperti mengadu pula. Fandi tersenyum lagi.
“Saya buat, sedap?” Fifi angguk. Fandi ketawa.
“Tak apalah. Minumlah yang ini dulu. Tak baik membazir. Esok, saya buat untuk awak”
“Betul?”
“Betul” Fifi senyum. Dia mengambil tempat duduk di kerusi, susunya di teguk perlahan-lahan.
“Awak” Fifi memanggil. Wajahnya sudah kemerahan di renung Fandi sejak tadi.
“Ya?”
“Kenapa awak tengok saya macam tu?”
“Saya tengok jari awak” Fandi menjawab. Fifi melihat jarinya. Cincin!
“Tak pernah saya tengok awak pakai cincin tu…” Fifi diam, tidak menjawab.
“Suka cincin tu?” Fifi angguk.
“Kalau suka, jangan tanggalkan lagi” Fifi senyum, masih tidak menjawab. Setelah susunya di habiskan, Fifi bangun menuju ke arah sinki untuk membasuh mug. |
|
|
|
|
|
|
|
“Abang rindukan Sofea” Terdengar suara berbisik lembut di telinganya. Serentak dengan itu, pinggangnya di peluk dari belakang. Fifi terkaku di situ, tak mampu bergerak.
“Sofea rindu abang?” Fifi angguk, masih tak mampu bersuara.
“Boleh tak abang tidur dengan Sofea malam ni?” Mulut Fifi terus terkunci rapat.
“Please…” Rambutnya yang panjang di urai ke tepi. Tengkuknya di kucup lembut. Fifi terasa meremang seluruh badan.
“… taknaklah” Tipu! Bukan itu yang mahu di jawab.
“Kalau macam tu, kita tinggal kat Kluang ajelah. Kat Kluang boleh tidur sebilik...”
“Errr….” Fifi mengemam bibir.
“Sweetheart" Fifi menelan air liur.
“Tapi…awak…err.. abang…Sofea…tak nak…yang…” Bicara Fifi tersekat-sekat lalu terhenti. Malu pula hendak berkata tentang itu pada Fandi.
“Don’t worry, abang faham. Abang dah janji takkan sentuh Sofea tanpa kerelaan Sofeakan? Abang tetap pegang janji abang. Abang cuma rindukan Sofea” Fifi menarik nafas, terdiam lagi.
“Boleh?” Fifi angguk.
“Jom” Pelukan di lepaskan. Fifi berpaling ke belakang. Fandi tersenyum padanya sambil menghulurkan tangan.
Last edited by Nicki_Meow on 15-9-2012 10:07 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nicki.... jgn nak ngigil2. cepat sikit next |
|
|
|
|
|
|
|
nicki.... jgn nak ngigil2. cepat sikit next |
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 14-9-2012 10:14 AM
Wah... candle light dinner tu.... bestnya
Cara2 mengekalkan kasih sayang....
Sebenarnya anak2 yg besar panjang, takdernya diaorg nak mengekor makbapak lagi... Anak perempuan auntie selalu kata kat kwn2 dia yg mama+babah gie dating...
|
|
|
|
|
|
|
|
NIcki sila
NEXXXXXXXXTTTTTTTTTTTTTTTTT
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|