|
[Pulau Pinang]
'Rumah Sembang Pasemboq Utara V175'
[Copy link]
|
|
Kadar inflasi mereda kepada 3.8% pada Disember 2022
KADAR inflasi pada Disember 2022 mereda pada 3.8 peratus berbanding 4.0 peratus pada November 2022. – GAMBAR HIASAN.
Oleh SHAFIQAH SHUKOR
21 Januari 2023, 8:20 am
PETALING JAYA: Kadar inflasi di Malaysia mereda kepada 3.8 peratus pada Disember 2022, berbanding 4.0 peratus bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, kenaikan perlahan kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol kepada 6.8 peratus berbanding bulan sebelumnya (7.3 peratus) menyumbang kepada inflasi lebih rendah negara.
“Itu diikuti oleh kumpulan pengangkutan (4.9 peratus) serta hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (3.7 peratus) yang turut merekodkan peningkatan yang lebih perlahan berbanding November 2022.
“Namun, restoran dan hotel terus menunjukkan peningkatan kepada 7.4 peratus berbanding 7.0 peratus pada November 2022,” katanya dalam satu kenyataan.
Mohd. Uzir berkata, inflasi bagi keseluruhan 2022 meningkat 3.3 peratus berbanding 2.5 peratus yang dicatatkan pada 2021.
Jelasnya, peningkatan tersebut didorong terutamanya oleh kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol (5.8 peratus), restoran dan hotel (5.0 peratus) serta pengangkutan (4.7 peratus).
“Konflik antara Russia dan Ukraine serta kenaikan harga komoditi global pada tahun lalu menyumbang kepada kenaikan inflasi,” katanya.
Sementara itu, inflasi bagi suku keempat 2022 meningkat 3.9 peratus kepada 128.9 berbanding 124.1 pada suku tahun yang sama tahun sebelumnya.
Mengulas inflasi di peringkat negeri pula, Mohd. Uzir menjelaskan, empat negeri merekodkan inflasi melebihi paras nasional 3.8 peratus iaitu Putrajaya (7.9 peratus), Selangor (4.5 peratus), Sarawak (4.1 peratus) dan Johor (3.9 peratus).
Namun katanya, Kedah merekodkan peningkatan paling rendah sebanyak 2.2 peratus.
“Kesemua negeri mencatatkan peningkatan inflasi makanan dan minuman bukan alkohol. Peningkatan tertinggi dicatatkan oleh Selangor dan Sarawak masing-masing 8.4 peratus diikuti oleh Putrajaya (7.5 peratus), Sabah (7.4 peratus) dan Johor (6.9 peratus).
“Sementara itu, negeri-negeri lain menunjukkan peningkatan di bawah paras inflasi makanan dan minuman bukan alkohol nasional iaitu 6.8 peratus pada Disember 2022,” katanya.
Dalam pada itu, inflasi teras yang mengukur perubahan dalam harga barang dan perkhidmatan, tanpa mengambil kira harga makanan segar yang tidak menentu serta harga barangan kawalan oleh kerajaan mencatatkan peningkatan 4.1 peratus pada Disember 2022 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.
Peningkatan tertinggi dicatatkan oleh kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol iaitu 8.1 peratus.
Selain itu, kumpulan restoran dan hotel turut mencatatkan kenaikan 7.4 peratus, diikuti pengangkutan (7.3 peratus), hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (3.7 peratus) dan perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan (2.4 peratus).
Mengulas mengenai inflasi negara lain, Mohd Uzir berkata, kadar inflasi Zon Euro mereda kepada 9.2 peratus pada Disember 2022 daripada 10.1 peratus pada bulan sebelumnya.
Katanya, peningkatan perlahan ini didorong oleh inflasi tenaga yang mereda kepada 25.7 peratus berbanding 34.9 peratus pada bulan sebelumnya.
“Kadar inflasi di Amerika Syarikat (AS) mereda kepada 6.5 peratus pada Disember 2022 berbanding November 2022 (7.1 peratus).
“Bagi perbandingan dengan negara-negara terpilih di rantau Asia Pasifik, kadar inflasi di Malaysia (3.8 peratus) adalah lebih rendah berbanding inflasi di Filipina (8.1 peratus), Thailand (5.9 peratus), Indonesia (5.5 peratus) dan Korea Selatan (5.0 peratus),” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/ekonom ... pada-disember-2022/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
semoga ekonomi malaysia semakin baik |
|
|
|
|
|
|
|
Amaran ribut petir di 6 negeri, Wilayah Persekutuan
Januari 21, 2023 @ 11:01am
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan enam negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga jam 1 tengah hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataan dikeluarkan 9.45 pagi tadi memaklumkan negeri terbabit ialah Kedah meliputi Padang Terap, Sik dan Baling; Perak (Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Mualim) serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera).
Foto hiasan.
Selain itu, amaran itu juga dikeluarkan untuk kawasan Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang).
Di Negeri Sembilan pula, amaran meliputi Jelebu, Seremban dan Jempol serta Sabah di kawasan Pantai Barat (Ranau), Tawau (Tawau dan Kunak), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... wilayah-persekutuan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pelanggan berebut membeli durian yang dijual dengan cara bakul di Kampung Semat Jal, Wakaf Baru, Kota Bharu. - Foto NSTP/ Nor Amalina Alias |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
PM Britain kena saman tak pakai tali pinggang keledar
Januari 21, 2023 @ 11:15am
Rishi Sunak tidak memakai tali pinggang keledar untuk merakam video. - Foto REUTERS
LONDON: Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak menerima notis saman daripada polis kerana tidak memakai tali pinggang keledar semasa membuat rakaman video di tempat duduk penumpang kereta sedang bergerak, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Sunak sebelum ini sudah memohon maaf atas kesalahan itu yang dilakukannya ketika beliau mengadakan beberapa siri lawatan di Lancashire pada Khamis.
Perdana Menteri Britain itu dirakam tidak memakai tali pinggang keledar dalam video Instagram untuk mempromosi satu dana ketika lawatannya ke utara England.
Menurut Polis Lancashire: "Anda semua sedar mengenai video yang tersebar di media sosial menunjukkan seorang individu gagal memakai tali pinggal keledar ketika menjadi penumpang dalam sebuah kereta sedang bergerak di Lancashire.
"Selepas meneliti perkara ini, kami hari ini (Jumaat, 20 Januari) mengeluarkan notis penalti bersyarat kepada seorang lelaki berusia 42 tahun dari London." - BERNAMA
https://www.bharian.com.my/dunia ... li-pinggang-keledar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
undang undang tidak mengenal darjat atau pangkat |
|
|
|
|
|
|
|
JENTERA baharu yang dibangunkan Ferrari dipercayai memiliki kelebihan dari aspek kepantasan dan prestasi di selekoh berbanding F1-75. – AFP |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Seorang penduduk dan anak saudaranya memakai baju tebal sebelum keluar ke Pekan Baling semalam.
Sejuk menggigil, suhu di Baling, Sik 18 darjah Celsius
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Gambar dari udara memaparkan ladang jagung tersebut mempunyai imej wajah Lionel Messi di Ballesteros, wilayah Cordoba kelmarin. - AFP |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Paris merupakan bandar raya yang paling berkuasa untuk pelancongan pada tahun lalu. - Foto AFP |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
rasanya kat pahang tak banyak lombong
sekarang ni memang ramai lah yg mohon rumah kos rendah
rakyat semakin bertambah
makin sukar lah nak dapat
biar lah kecil pun janji dapat rumah sendiri dan selesa
|
|
|
|
|
|
|
|
matt rasa admin pun bercuti CNY ni
tak apalah bila2 dapat pun, matt tak kisah
kebetulan matt busy skit
itu yg masuk lewat
|
|
|
|
|
|
|
|
tak sedar dan ambil ringan saje
mereka tak tak tahu risiko bermain dilombong tu
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau nyamuk biasa ok lah
jangan nyamuk aedes sudah lah
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau zura tolak kedit spammer, balang zura pula yg susut
lebih baik zura jangan tolak banyak sangat, tak ada lah susut sangat balang zura tu
bagus juga zura tak bagi muka sangat kat spammer tu
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|