|
Himpunan Tarbiah dari Abuya (merged shah05)
[Copy link]
|
|
Pertanyaan saya:
Originally posted by serihartatie at 2-2-2006 08:11 AM
Ciri-ciri Perjuangan Kebenaran Selepas RSAW
1. Pemimpin
Siapa yg lantik ? Ia dilantik oleh Tuhan bukan melalui sistem pilihanraya atau sistem beraja
...
Bagaimana tuhan melantik pemimpin yg dimaksudkan itu?
2. ilmu
Melalui ilham. Ilmunya global, tidak mengambil daripada org lain walaubgmanapun mereka mengambil daripada org lain ilmu asas sahaja.
Melalui ilham? Globalnya sampai ke tahap mana?
7. Berita ghaib
Kalau seseorg itu bawa kebenaran, tanda dia bawa kebenaran itu dia mesti dimonitor oleh Allah dan Rasul. Hendak jadi pemimpin kebenaran mesti dilantik tuhan. Ini yg dijanjikan oleh TUhan bahawa setiap kurun selepas kewafatan RSAW akan ada pemimpin kebenaran, ia lahir di awal kurun dan jumlah pemimpin kebenaran itu tidak melebihi 3 orang dalam sesuatu kurun itu.
Bagaimana tuhan dan rasul saw memonitor pemimpin kebenaran tersebut?
Harap tatie.......dpt terangkan dgn lebih detail lagi.....tak berapa paham laa....:cak: |
|
|
|
|
|
|
|
Pemimpin yg dilantik oleh Tuhan maksudnya bukan dilantik oleh manusia atau melalui sistem ciptaan akal manusia seperti pilihanraya dan sebgnya. Ia seperti kita menyelongkar kembali kisah-kisah para mujaddid yg belaku setiap awal kurun antaranya Umar Abd Aziz, Imam Ghazali, Imam Abu Hassan As Syaari, Imam Sayuti, Imam Fakhrurrazi, dsbnya. Sehingga kini sudah 15 kurun berlaku sejak kewafatan RSAW dan mereka inilah tokoh pejuang kebenaran di kurun mereka yg dijanjikan Tuhan melalui wahyunya itu. Mereka adalah mujaddid yg mengembalikan semula kemurnian Islam apabila ditimpa kehinaan. Mereka bukan dtg membawa agama baru tetapi MEMURNIKAN KEMBALI ISLAM yg sudah tercemar.
Imu mereka GLOBAL ia bukan hanya untuk digunapakai oleh masyarakat setempat tetapi dapat digunapakai oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia. Bukankah ajaran ISlam itu ajaran yg syumul?...GLOBAL bukan hanya berdasarkan lokasi, tetapi pendekatan, pengamalan dalam setiap aspek kehidupan bersesuain dengan kerosakan yg belaku di dalam kurun tersebut, dsbnya. Contoh Imam Abu Hasyan Ashaari membawa satu pemurnian kembali kepada ILMU TAUHID kerana ia suda tercemar dengan teruk pada kurun tersebut oleh ahli falsafah dan ulamak islam yg berfaham muktazilah. Imam Ghazali pula kembali menyatukan ilmu tauhid, fekah dan tasauf yg di zamannya telah dicaing-caing dan dipelajari secara berasingan.
Bgmana ia diperoleh ?..
Selepas RSAW tidak ada lagi wahyu maka kepada para mujaddid ini diberi ILMU ILHAM. Bagaimana mereka memperolehnya?. Jika kita yg bertaraf org islam biasa ini cuba mengoreknya maka ia ibarat seperti budak tadika yg cuba memahami ilmu kajian bertaraf PhD. tentu sahaja budak itu akan berkata, gila apa dia ni...(bahasa layman ler..)
maka ditangan mereka dipertgjawabkan ilmu yg sudah tidak dapat diperoleh oleh ulamak sezaman mereka kerana tercemar dengan pelbagai kerosakan. Mereka ini para mujaddid adalah penyambung kepada syiar Islam yg dibawa oleh RSAW agar Islam itu tetap murni dan suci sepanjang zaman.
wallahualam. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa istimewanya PEMUDA BANI TAMIM?
MAHALNYA PUTERA BANI TAMIM
Rasulullah SAW diutus oleh Tuhan kepada satu bangsa yang sudah sangat rosak, sudah punah ranah di segi akidahnya, di segi perpaduan, di segi ekonomi, di segi akhlaknya, tidak berkemajuan, tidak ada tanggung jawab, tidak ada pelajaran. Sudahlah begitu bergaduh, mereka dijajah, bertukar ganti oleh Rom dan Parsi.
Jadi datang Rasulullah SAW mengubat penyakit yang menimpa bangsa Arab iaitu dengan cara memberikan mereka Tuhan, dengan cara Rasulullah SAW mempromosikan Tuhan. Selama 13 tahun ditubi-tubi oleh Rasulullah SAW, mereka diperkenalkan Tuhan sungguh-sungguh hingga bangsa Arab yang sudah pmah ranah dapat Tuhan. Mereka takut dan cintakan Tuhan, mereka membesarkan dan mengagungkan Tuhan. Rasulullah SAW dapat menjadikan mereka untuk menganggap Tuhan segala-galanya hingga mereka anggap hidup mati untuk Tuhan, berjuang untuk Tuhan, bersatu untuk Tuhan, mencari kekayaan untuk Tuhan, berekonomi, berdakwah, bekerjasama, rasa bersama untuk Tuhan, mementingkan orang lain untuk Tuhan dan segala-galanya untuk Tuhan sesuai dengan ikrar yang dibaca dalam sembahyang iaitu inna solati wa nusuki wa mahyaya wama mati lillahi robbil 'alamin.
Akhirnya terjadi kepada murid RSAW iaitu bangsa Arab yang sudah punah ranah, mereka mendapat Tuhan. Tapi pelik, Rasulullah SAW tidak panggil mereka murid, padahal murid itu bahasa Arab. Rasulullah SAW panggil mereka sahabat. Kalau panggil murid, macam murid kita, ada yang taat ada yang tidak taat, ada yang baik ada yang jahat, ada yangg patuh, ada yang tidak patuh, ada yang kasih dengan guru ada yang tak patuh, macam kitalah, yang dipanggil murid.
Apa erti murid? Murid ertinya orang yang mengaji disebut murid sebab dia hendak ilmu, tidak mesti taat, tidak mesti ikut tok guru, tidak mesti amal ilmu. Sebab itu RSAW tidak panggil murid tetapi sahanabat. Apa erti sahabat?.
Sahabat itu maknanya mengiringi. Mengiringi itu bukan setakat fisikal, tapi batinnya juga,jiwa RSAW juga. Hati mereka sama sebiji macam hati RSAW sebab itu dipanggil sahabat bukan murid. Sahabat itu, akidah mereka, hati, perasaan, jiwa, cita-cita mereka sama dengan Rasulullah SAW. Sebab itu kita jangan panggil kawan kita sahabat, kita panggil kawan, sebab hati, jiwa, perasaan tidak sama.
Setelah Rasulullah SAW berjaya memberikan Tuhan pada orang Arab itu, maka hasilnya minda Rasulullah S AW tadi fikiran mereka sama, cita-cita mereka sama, ruhnya sama, jiwanya sama, perasaannya sama hidup matinya sama seperti Rasulullah SAW iaitu untuk Tuhan. Luar biasa. Tidak ada pemimpin yang berjaya macam Rasulullah SAW, tidak ada guru yang berjaya macam Rasulullah SAW. Orang lain berjaya bagi ilmu, tapi perasaan, cita-cita, fikiran tidak sama. Sebab itu RSAW pilih sebutan sahabat.
bersambung... |
|
|
|
|
|
|
|
MAHALNYA PUTRA BANI TAMIM
Rasulullah SAW banyak bersabda tentang sahabatnya, di antaranya, Sahabat-sahabatku itu laksana bintang di langit. mana satu dari mereka kamu ikut, kamu dapat petunjuk.
Sabda lain, Sahabat-sahabat aku itu diampunkan Tuhan semuanya kerana bersahabat dengan aku. Ertinya tidak ada seorang sahabat Rasulullah SAW masuk Neraka. Padahal ketika Rasulullah SAW wafat, sahabat Rasulullah SAW sudah ada 140 ribu orang. Semuanya masuk Syurga. Sekalipun mereka berdosa, dosa mereka diampunkan Tuhan kerana bersahabat dengan Rasulullah SAW. Seluruh kehidupan sahabat digunakan untuk Tuhan Perjuangan, keluarga, duit, kekayaan, tenaga para sahabat semua untuk Tuhan, bahkan turun naiknya nafas sahabat untuk Tuhan.
Sebab itu mendengar saja Rasulullah SAW bersabda, Hendaklah kamu menuntut ilmu walaupun sampai ke negeri Cina, sahabat faham itu memberi isyarat disuruh berdakwah ke negeri Cina. Bila pergi ke sana macam-macam ilmu di dapat, dapat belajar tabiat, watak, keadaan bangsa cina. Dapat tahu geografi orang Cina. Itulah yang difaham oleh sahabat. Bila berdakwah ke negeri Cina, ilmu itu dapat sendiri. Di antara sahabat yang pergi ke sana Abdullah Al Bahili, banyak yang mati di sana. Tapi kita faham lain, pergi mengaji ke Cina, kita kiaskan pergi mengaji dekat Amerika. Kita kejar ilmu, patutnya ke sana berdakwah, ilmu itu side effect.
Rasulullah SAW kata juga, Lidah orang Mesir akan jadi lidah Arab, maksudnya orang Mesir akan fasih bahasa Arab. Padahal Mesir itu Qibti. Sekarang orang Mesir fasih Arab sehingga tak mengaku Qibti lagi, sudah mengaku Arab kecuali yang Kristian masih mengaku Qibti. Bila sahabat dengar sabda Rasullah SAW, itu difaham sebagai isyarat dakwah supaya mengislamkan orang Mesir, bagi mereka Tuhan, Maka berbondong-bondonglah mereka pergi ke Mesir untuk membuktikan kata-kata Rasullah SAW.
Begitu juga bila sahabat mendengar dari Rasulullah SAW bahawa Rom dan Parsi akan jatuh ke tangan Islam. Selepas Rasulullah SAW wafat, mereka pergi berjuang meninggalkan anak isteri hendak membuktikan kata-kata Rasulullah SAW. Akhirnya Rom dan Parsi jatuh ke tangan Islam.
Rasulullah SAW juga bersabda, Islam akan menguasai 3/4 dunia, maka selepas wafat Rasulullah SAW berkejar-kejaranlah para sahabat berjuang untuk membuktikan kata-kata Rasulullah SAW. Bahkan Sayyidina Bilal tukang azan Rasulullah SAW, selepas Rasullllah SAW wafat, dia tidak mahu lagi menjadi tukang azan. Bila ditanya orang, dia kata kalau saya terus azan saya mengkhianati Rasiilullah SAW. Saya mesti berjuang membagi orang Tuhan. Sedangkan orang sekarang seronok duduk dekat masjid sebab dapat duit, dapat makan. Sayyinina Bilal tukang azan yang pertama meninggalkan masjid untuk mempromosikan Tuhan, kenalkan org pada Tuhan, akhirnya dia dapat negara.
Begitu juga bila sahabat mendengar dari Rasulullah SAW bahawa Kosntantinopel akan jatuh di tangan tentera, rakyat dan pemimpin yang baik. Sahabat terfikir jangan-jangan di zamannya, di antaranya Abu Ayub Al Anshori yang berumur 90 tahun. Maka selepas Rasulullah SAW wafat dia terus pergi ke Konstantinopel untuk membuktikan kata-kata Rasulullah SAW itu. Akbimya dia mati syabid di sana. Padabal jatuhnya Kontsantinopel 600 tahun selepas Rasulullah SAW. Tapi kerana Rasulullah. SAW tak sebut masanya pada sahabat sedangkan mereka mahu ianya berlaku di tangan mereka, maka mereka pergi ke sana.
bersambung..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 5-2-2006 11:17 AM
Pemimpin yg dilantik oleh Tuhan maksudnya bukan dilantik oleh manusia atau melalui sistem ciptaan akal manusia seperti pilihanraya dan sebgnya. Ia seperti kita menyelongkar kembali kisah-kisah para mujaddid yg belaku setiap awal kurun antaranya Umar Abd Aziz, Imam Ghazali, Imam Abu Hassan As Syaari, Imam Sayuti, Imam Fakhrurrazi, dsbnya. Sehingga kini sudah 15 kurun berlaku sejak kewafatan RSAW dan mereka inilah tokoh pejuang kebenaran di kurun mereka yg dijanjikan Tuhan melalui wahyunya itu. Mereka adalah mujaddid
Mungkin tatie keliru antara pemimpin yakni umara' dengan ulama. Tidak semua pemimpin yg tatie sebutkan itu adalah bertaraf umara yakni kepala pemerintah kpd umat Islam dizaman itu. Malah ramai yg bertaraf ulama tetapi mereka bukanlah pemimpin...ex hujjatul Islam imam al ghazali. Beliau lebih dikenali sebagai ulama aliran tasauf tetapi beliau bukanlah pemimpin umat Islam di zaman beliau.
Khalifah Umar abdul Aziz adalah dilantik oleh manusia.
Saya rasa takrifan yg tatie berikan adalah kabur....... sesiapa pun boleh mendakwa pemimpin itu dan pemimpin ini adalah lantikan tuhan. Tiada nas yg jelas utk menyokong kenyataan tatie ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 5-2-2006 11:17 AM
Selepas RSAW tidak ada lagi wahyu maka kepada para mujaddid ini diberi ILMU ILHAM. Bagaimana mereka memperolehnya?. Jika kita yg bertaraf org islam biasa ini cuba mengoreknya maka ia ibarat seperti budak tadika yg cuba memahami ilmu kajian bertaraf PhD. tentu sahaja budak itu akan berkata, gila apa dia ni...(bahasa layman ler..)
Apakah batas2 ilmu ilham? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by luluguagua at 6-2-2006 11:10 AM
Mungkin tatie keliru antara pemimpin yakni umara' dengan ulama. Tidak semua pemimpin yg tatie sebutkan itu adalah bertaraf umara yakni kepala pemerintah kpd umat Islam dizaman itu. Malah rama ...
dalam islam, sesiapa yg merupakan pemimpin kebenaran tidak kira mereka sebg pemimpin yg mempunyai negara atau tidak mempunyai kawasan pemerintahan tetapi mereka tetap di panggil sebagai PEMIMPIN KEBENARAN atau MUJADDID.
jangan sempitkan definisi PEMIMPIN kepada seseorg pemerintah yg ada kawasan atau negara utk ditadbirkan. ini skop yg sempit dan dangkal mengikut islam. Ia hanya definisi yg diciplak daripada barat sahaja. jangan sekularkan minda pak lulu...dan mengelirukan org lain pula..
kabur kerana pak lulu sendiri menghadapi masalah utk faham definisi asas PEMIMPIN KEBENARAN..itu sahaja....
Umar Abd Aziz kemunculannya sebagai mujaddid sudah diberi alamat oleh RSAW sendiri dengan mengkhabarkan berita tersebut kepada Umar al Khattab bahawa akan ada suatu masa nanti keturunan beliau yg akan menjadi PEMIMPIN KEBENARAN yg namanya seperti nama beliau juga. Inilah antara tanda bahawa seorg MUJADDID itu dilantik oleh Tuhan. Perlantikan dan pengiktirafan manusia hanyalah SUNNATULLAH Tuhan. Sebagai SEBAB MUSABAB ..jangan sampai kita menafikan KEKUASAAN TUHAN dan tersalah IKTIKAD...
Berdasarkan beberapa ciri-ciri yg tertentu IJMAK ULAMAK ASWJ mengenalpasti MUJADDID disetiap kurun berdasarkan ciri-ciri yg telah tatie sebut di dalam posting yg sebelum ini.Sekiranya pak lulu rajin mengkaji, dan faham tentu pak lulu tidak semborono menyatakan bahawa tidak ada nas utk menetapkan ciri-ciri utk mengenalpasti MUJADDID.
berkata-kata biarlah dengan ilmunya yg tepat...
[ Last edited by serihartatie at 6-2-2006 11:38 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 6-2-2006 08:37 AM
Rasulullah SAW banyak bersabda tentang sahabatnya, di antaranya, Sahabat-sahabatku itu laksana bintang di langit. mana satu dari mereka kamu ikut, kamu dapat petunjuk.
Sabda lain, Sahabat-sahaba ...
Seterusnya, Rasulullah SAW bersabda pada sahabat, Di akhir zaman nanti (sahabat tidak tahu bila akhir zaman) ada IKHWAN, aku tidak pernah jumpa mereka, mereka tidak pernah jumpa aku, tetapi aku sangat mencintai mereka dan mereka sangat mencinta aku. Ikhwan itu dididik oleh seorang bernama PUTERA BANI TAMIM.
Bila sahabat mendengar sabda Rasulullah SAW ini, ada yang berdoa minta panjang umur supaya bertemu dengan kelompok itu. Sebahagian sahabat hendak sangat membuktikan sabda Rasulullah SAW itu, maka di zaman Rasulullah SAW lagi ada sahabat yang sudah pergi ke Timur dengan tujuan untuk membuktikan ataupun berjumpa dengan PBT. Sebab diantara yang Rasulullah SAW cakap sahabat, Bila kau dengar adanya PBT, sekalipun merangkak di atas salji kau mesti menjumpainya.
Di zaman sahabat lagi sudah ada sahabat yang sampai ke Indonesia, Kemboja, Malaysia. Cuba bayangkan sahabat sudah datang ke sini. Masa itu belum ada kereta, kapal terbang, yang ada hutan saja. Kalau di negeri mereka padang pasir dan gunung. Tapi sahabat sudah sampai ke bumi Timur ini. Ertinya mereka buang hidupnya untuk Tuhan, kerana berjayanya Rasulullah SAW memberikan Tuhan, maka segala-galanya untuk Tuhan. Begitulah terjadinya pada murid Rasulullah SAW bila mereka dapat Tuhan.
Kita sekarang ini hendak menjadi sahabat sudah tak boleh. Sahabat hanya mesti murid Rasulullah SAW, tidak ada orang lain yang boleh melahirkan atau mendidik sahabat walaupun dia wali besar atau ulama besar.
Kemudian wafatlah Rasulullah SAW, maka sahabat-sahabat bertebaran ke luar Mekkah dan Medinah, 3/4 keluar. Bila mereka keluar dan mengajar-ajar orang, maka semua murid-murid sahabat ini dipanggil tabiin, tidak dipanggil murid. Tabiin itu ertinya pengikut, macam sahabat juga. Kalau para sahabat rapat betul jiwanya, perasaannya dengan Rasulullah SAW, maka tabiin itu pengikut, mereka masih dekat, tapi sudah jauh sedikit dibanding sahabat. Mereka ikut setiap tapak atau langkah sahabat Setiap tapak tok guru dia ikut, maka disebut tabiin.
Kemudian orang yang belajar dengan tabiin tidak dipanggil murid tabiin tapi dipanggil tabiut tabiin iaitu orang yang mengikut pengikut sahabat. Ertinya 2 langkah tabiin, baru dia melangkah. Masih dekat juga, sedang kita tidak. Sudah beratus batu Rasulullah SAW berjalan, kita baru mhau melangkah.
Jadi sahabat, tabiin, tabiut tabiin, 300 tahun, 3 kurun ini disebut salafus saleh. Majoriti umat Islam di zaman ini soleh-soleh, Selepas 300 tahun disebut khaliut toleh, ertinya orang-orang yang dibelakang, majoritinya jahat-jahat. Kalau 10 orang, 6-7 orang jahat. Sebab tu gelaran salafus soleh hanya diberi pada 3 generasi yang hidup selepas Rasulullah SAW. Oleh kerana majoriti mereka soleh-soleh belaka, maka Tuhan serahkan dunia kepada mereka. mereka menjadi empayar.
bersambung.. |
|
|
|
|
|
|
haleeza This user has been deleted
|
Reply #967 serihartatie's post
assalamualaikum warahmatullah
minta maaf..saya nak tahu alamat-alamat webste yg ada kuliah2 ustaz ashaari muhammad.
baru2 ini ada seseorang beri hadiah buku tebal tulisan beliau pada saya kerana saya keberatan nak beli.
terima kasih |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by haleeza at 7-2-2006 11:48 AM
assalamualaikum warahmatullah
minta maaf..saya nak tahu alamat-alamat webste yg ada kuliah2 ustaz ashaari muhammad.
baru2 ini ada seseorang beri hadiah buku tebal tulisan beliau pada saya kerana ...
minta permisi encik mod amorist yer...bukan ndak promosi website tapi sebb ada org bertanya....
sila cik haleeza ke www.rufaqadaily.com utk akses laman web rasmi minda ustaz ashaari muhammad. |
|
|
|
|
|
|
ZORRO_05 This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
ZORRO_05 This user has been deleted
|
Originally posted by serihartatie at 7-2-2006 12:13 PM
minta permisi encik mod amorist yer...bukan ndak promosi website tapi sebb ada org bertanya....
sila cik haleeza ke www.rufaqadaily.com utk akses laman web rasmi minda ustaz ashaari ...
Kalau promosi pun apa salah nya. Lagipun thread ini juga bertajuk 慔impunan Tarbiah Dari Ust. Ashaari |
|
|
|
|
|
|
ZORRO_05 This user has been deleted
|
www.rufaqadaily.com
Ia benar2 satu laman ilmu yg bertaraf 慴est of the decade 2000 |
|
|
|
|
|
|
adi_sg This user has been deleted
|
sahabat Rasulullah SAW sudah ada 140 ribu orang. Semuanya masuk Syurga.
hadis nabi?
Hendaklah kamu menuntut ilmu walaupun sampai ke negeri Cina
hadis nabi?
harap boleh kongsi sumbernya dan diiktiraf oleh ulama hadith yang mana. saya kurang bijak dalam ilmu hadis. takut para forumners juga akan sampaikan pada orang lain, lalu secara tak sengaja berbohong di atas nama Rasulullah.
wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by ZORRO_05 at 7-2-2006 04:19 PM
www.rufaqadaily.com
Ia benar2 satu laman ilmu yg bertaraf 慴est of the decade 2000 |
|
|
|
|
|
|
ZORRO_05 This user has been deleted
|
Asslkm
Nak jawab pertanyaan Pak Lulu, sbb byk kali sangat timbul krn tak org ada nak bagi solution |
|
|
|
|
|
|
|
"Engkau dicipta oleh Tuhan, engkau pun wujud di dunia ini Selepas engkau wujud, apakah Tuhan tidak ada lagi peranan ke atas engkau?Apakah setelah engkau hidup kuasa Tuhan terlepas daripada engkau?
Kita perlu kepada Tuhan sebenarnya, tapi Tuhan tidak perlu kepada kita
Carilah Tuhan berpautlah kepadanya di situlah keselamatan dan kebahagiaan kita "
KURSUS MOTIVASI :
Sembahyang membina peribadi agung
Tarikh : 11 Feb 2006 (Sabtu)
Masa : 8 pg |
|
|
|
|
|
|
gennosukesama This user has been deleted
|
Originally posted by syafiq96 at 8-1-2005 06:46 PM
saya rasa jawapannya adalah :
1. memang tak ade org Arqam/Rufaqa kat sini...yg baca semua org-org bukan Arqam..yg postpun kata dia hanya pensimpati Arqam/Rufaqa
2. yg masuk kat sini me ...
amboi..patutla kena tangkap |
|
|
|
|
|
|
gennosukesama This user has been deleted
|
Originally posted by Gravedigger at 2-10-2005 10:24 AM
Siapo pulak tuduh ekau ni sebagai antique? Bacolah dulu botul-botul kalau dah belajar tinggi-tinggi tu. Antique tu mentaliti nyo agak tinggi sikit dayo keintelektualannyo tak ma ...
.....lawak sungguh |
|
|
|
|
|
|
| |
|