|
ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015
[Copy link]
|
|
Nicki_Meow posted on 13-9-2012 04:24 PM
okay.. habis....!
salam tuan rumah, semut tompang baca baru lepas rempit... plet J jugak nih...
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam semua dan selamat pagi....
|
|
|
|
|
|
|
|
alin80jb posted on 13-9-2012 01:50 PM
esok sambung lg ye Nicki...x puas sikt sgt
Itu je yg mampu.... |
|
|
|
|
|
|
|
yaya4075 posted on 13-9-2012 05:22 PM
alolo....sweetnya fandi
Oopppssss.... 'Yaya' ada kat sini rupanya
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 14-9-2012 09:32 AM
Gua pun cair beb....tapi laki gua pun tak macam ni....
Kes 'impian tak kesampaian' gitu lalu ...
nicki la ni.. kena duduk dalam freezer jap bagi keras balik
|
|
|
|
|
|
|
|
suria74 posted on 14-9-2012 08:46 AM
Salam semua dan selamat pagi....
Salam Sue...
Salam readers, salam semua....
Sambung lagi - satu episode je hari ni... itu je yg mampu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Episode 59
Akhirnya, setelah beberapa hari menghabiskan masa di kampung halaman, sudah tiba masa untuk Fandi pulang semula ke Kuala Lumpur. Terasa berat untuk meninggalkan kedua orang tuanya di kampung. Dan juga, setelah bercuti beberapa hari, memang terasa malas yang amat untunyak kembali bekerja.
“Kamu nak bertolak pukul berapa ni Fandi?” Puan Sairah bertanya. Fandi yang sedang membaca suratkhabar mengangkat muka.
“Dalam pukul tiga petang” Fandi menjawab.
“Mak, kenapa ni?” Fandi merasa risau pula melihat Puan Sairah yang mendung saja mukanya. Sejak di beritahu mengenai Nabilah semalam, Puan Sairah kelihatan runsing.
“Mak…”
“Mak teringatkan Ilah?” Puan Sairah mengangguk perlahan.
“Sabarlah mak. InsyaAllah, kita dapat jumpa balik dengan Ilah”
“Mak rindukan Ilah, Fandi” Puan Sairah berkata perlahan. Ada sendu di wajahnya. Ibu mana yang tak sayangkan anak?
“Mak…” Fandi bangun, memeluk ibunya, berharap galau di hati Puan Sairah berkurangan.
“Kita doakan yang baik-baik untuk Ilah, ya mak?” Puan Sairah mengangguk.
“Jomlah, kita makan tenghari dulu. Abah pun dah tunggu kat dapur. Pergi panggil Piah” Puan Sairah berkata. Nada suaranya lebih tenang kini.
“Mak..”
“Apa?”
“Janganlah nangis. Nanti cepat tua…”
“Isk, mak dah tua dah pun…” Fandi sengih. |
|
|
|
|
|
|
|
Beg kepunyaannya dan Sofea sudah di masukkan ke bahagian belakang kereta, Fandi menoleh ke arah emaknya dan Fifi yang masih berbual-bual. Manakala Encik Omar pula hanya duduk di pangkin tanpa riak perasaan. Memang abahnya selalu begitu. Jarang menunjukkan perasaan. Mungkin sifat itu turun separuh kepada Fandi.
“Abah” Fandi menghampiri Encik Omar. Tangannya di hulurkan lalu di salam dan di cium. Fandi juga mencium kedua belah pipi Encik Omar sebagai tanda kasih sayang kepada abahnya.
“Kamu jaga diri baik-baik, Fandi” Encik Omar berkata. Memang ayat standard Encik Omar kepada Fandi.
“Okay bah” Fandi menjawab. Kedua-dua mereka menghampiri pula Puan Sairah dan Fifi.
“Mak” Fandi memanggil. Pada Puan Sairah juga, tangannya di hulurkan untuk bersalam.
“Jalan elok-elok, Fandi. Dah sampai KL, jangan lupa beritahu” Puan Sairah berkata. Ada sebak pada suaranya. Fandi mengangguk. Tubuh ibunya di peluk dan kedua belah pipi Puan Sairah dicium.
“Mak” Fifi pula menghulurkan tangan. Seperti Fandi, dia juga mencium kedua belah pipi Puan Sairah.
“Piah, mak sayang Piah” Puan Sairah berkata perlahan di telinga Fifi apabila Fifi memeluknya. Fifi menelan air liur. Dia cuma mampu mengangguk kerana dadanya di serang sebak, menyukarkan dirinya untuk berkata-kata. Hanya pelukan dieratkan supaya Puan Sairah juga mengerti bahawa dia juga berperasaan sama seperti ibu mertuanya.
“Abah” Fifi bersalam pula dengan Encik Omar. Encik Omar tersenyum, menepuk bahu Fifi beberapa kali tanpa berkata apa-apa.
“Kami pergi dulu mak, abah” Fandi berkata dan kemudian bergerak masuk ke dalam kereta diikuti Fifi. Fifi melambai-lambai kepada mertunya sehingga hilang dari pandangan.
“Awak”
“Ya?”
“Kenapa mak macam sedih sangat?”
“Sedihlah, menantu kesayangan dia nak balik KL” Fandi menjawab sambil tersengih. Fifi mencebik.
***********************************************************
|
|
|
|
|
|
|
|
Perjalanan yang mengambil masa selama hampir empat jam itu sudah tiba di destinasi. Jam sudah menunjukan hampir tujuh malam. Fandi dah Fifi telah selamat sampai ke banglo mewah milik Datuk Yusuf.
“Assalamualaikum mama” Fifi berkata girang. Walaupun baru menghabiskan masa dengan keluarga mertua, wajah mamanya tetap di rindui.
“Waalaikummusalam” Datin Haryati menjawab sambil tersenyum. Tidak dinafikan, dia juga rindu pada anaknya yang seorang ini walaupun hanya beberapa hari di lepaskan pergi. Fifi menghulurkan tangan untuk bersalam lalu di sambut.
“Mama” Fandi pula menyapa, juga menghulurkan tangan.
“Mak dengan abah sihat Fandi?”
“Sihat mama. Dia orang kirim salam” Fandi menjawab.
“Waalaikummusalam” Datin Haryati menjawab sambil tersenyum.
“Papa mana ma?” Fifi bertanya.
“Ada dalam bilik”
“Saya naik dululah mama. Nak letak beg” Fandi berkata sambil matanya memandang Fifi. Fifi juga turut memandang Fandi tetapi tidak berkata apa-apa. Dia masih meleser di sebelah mamanya. Fandi senyum lalu berlalu naik ke atas sambil di perhatikan Fifi.
“Fifi”
“Ya ma” Pandangan di alihkan ke arah mamanya.
“Macam mana kat rumah Fandi?”
“Okay je…” Fifi menjawab, manja.
“Kalau mama dengar Fifi buat hal, siap Fifi”
“Ala, mana ada. Mama ni…” Mulut Fifi muncung. Datin Haryati tersenyum.
“Mama, Fifi naik atas dulu. Nak mandi” Fifi meminta diri.
“Nanti kita makan sama-sama…” Fifi senyum lalu menganggukan kepala.
************************************************************
|
|
|
|
|
|
|
|
auntieagony posted on 14-9-2012 10:11 AM
Mungkin suami2 kita ni adalah species yg sama. Mereka tak romantik dlm kata2 nya... No sweet coati ...
Wah... candle light dinner tu.... bestnya
|
|
|
|
|
|
|
|
Fifi berdiri di hadapan pintu. Di tengah-tengah antara pintu biliknya dan pintu bilik Fandi. Timbul satu rasa aneh dalam hati. Matanya di arahkan kepada pintu bilik Fandi yang tertutup, memandang lama. Seolah-olah mengharapkan pintu itu terbuka dengan sendiri hanya dengan renungan mata. Fifi juga berharap dia mempunyai kuasa mata lutsinar, supaya dia tahu apa yang Fandi buat di dalam bilik.
Fifi menarik nafas. Hajat hatinya ingin mengetuk pintu bilik Fandi di tahan.
Tak apalah. Mesti dia penat kot. Fifi memuncungkan bibir.
Kakinya melangkah ke arah pintu biliknya sendiri. Pintu di buka perlahan, memandang ke sekeliling seperti mencari seseorang. Atau berharap seseorang itu ada dalam biliknya? Tapi tak mungkin ada. Sudah pastinya seseorang itu berada di bilik sebelah. Fifi termangu-mangu di hadapan pintu biliknya.
“Sofea” Suara itu mengejutkan Fifi. Fifi segera berpaling. Fandi sudah berada di belakangnya sambil tersenyum.
“Beg awak” Fifi memandang beg di tangan Fandi lalu mengangguk.
“Boleh masuk?” Fifi angguk lagi, bergerak ke kanan memberi Fandi laluan.
“Letak kat mana?”
“Atas katil” Fifi berkata sambil mengigit bibir. Fandi menurut. Dia berjalan ke dalam lalu beg tersebut di letakkan di atas katil. Fandi berjalan kembali ke arah pintu. Tiba di hadapan Fifi, dia menghentikan langkah. Mereka berdiri saling berhadapan, memandang antara satu sama lain tanpa kata-kata. Tidak tahu apa yang terjadi kepada mereka, setelah menjejakan kaki kembali ke rumah ini, lidah kedua-duanya menjadi kelu.
“Mama ajak makan malam sekali nanti” Fifi berkata perlahan.
“Okay”
Kedua-duanya kembali terdiam.
“Saya…masuk bilik dululah” Fandi berkata, tersenyum sedikit.
“Saya pun nak mandi” Fifi berkata, setelah itu menggigit bibirnya. Senyap lagi.
“Okay” Fandi mula bergerak perlahan-lahan meninggalkan bilik Fifi. Perlahan, sangat perlahan langkahnya. Setelah Fandi benar-benar keluar dari bilik, Fifi menutup pintu. Dia bersandar di pintu bilik. Nafasnya di tarik dalam-dalam. Matanya di pejamkan.
Fandi memerhatikan pintu bilik Fifi yang sudah di tutup. Berharap dengan hanya renungan, pintu itu terbuka sendiri. Dan juga berharap yang pada saat ini, dia mempunyai mata berkuasa lutsinar supaya dia dapat lihat apa yang penghuni bilik itu sedang lakukan.
“Meow” Sesuatu yang berbulu bergesel di kakinya menyebabkan lamunan Fandi terhenti.
“Nicki” Nicki di angkat lalu kepala kucing itu di usap perlahan. Nicki semakin manja.
“Rindu eh?”
“Meow” Nicki menyahut seolah-olah mengiyakan kata-kata Fandi.
“Nanti kita main-main lagi. Nak mandi dulu” Nicki di letakkan ke bawah. Fandi menjeling sekilas pintu bilik Fifi dan kemudian melangkah ke biliknya.
**********************************************************
|
|
|
|
|
|
|
|
MOrningggggg semuaaa!
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|