|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: KEEP ACTIVE
[Copy link]
|
|
Page 67  |
|
|
|
|
|
|
|
ni rumah berapa dah |
|
|
|
|
|
|
|
Op Global: Kronologi kes GISBH setakat 21 September
KUALA LUMPUR: Pada 11 September lalu, polis mula mengadakan Op Global yang menyaksikan serbuan terhadap 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan dikaitkan dengan GlSB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang didakwa terbabit dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak dan dakwaan doktrin ketaasuban. Susulan serbuan pertama itu, seramai 402 penghuni rumah amal berkenaan diselamatkan dan 171 individu berusia antara 17 hingga 64 tahun ditahan.
Berikut kronologi kes itu setakat hari ini : • 16 Ogos Pusat Kajian Ajaran Sesat (PUKAS) Malaysia menerusi laman rasmi Facebooknya mendedahkan kegiatan ajaran sesat yang didakwa berlaku dalam GISBH. • 6 September Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam laman rasmi Facebooknya membangkitkan isu keganasan dan kekejaman yang dikaitkan dengan GISBH yang memerlukan siasatan dan campur tangan pihak berkuasa.
• 11 September Polis membuat serbuan terhadap 20 rumah amal dipercayai milik GISBH di Selangor dan Negeri Sembilan serta menahan 171 individu bagi membantu siasatan kes mengeksploitasi kanak-kanak dan agama. Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengadakan sidang media di Kuantan, berhubung operasi pada awal pagi itu. Beliau mendedahkan keseluruhan 402 individu, masing-masing 201 lelaki dan 201 perempuan berumur setahun hingga 17 tahun diselamatkan dalam operasi berkenaan. Daripada jumlah itu, seramai 10 kanak-kanak merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan penghidap autisme yang diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas saringan dibuat. Baki 392 menjalani ujian saringan kesihatan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur. GISBH mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan mereka mengeksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja dan menyatakan pihak mereka tidak akan berkompromi dengan aktiviti yang melanggar undang-undang, khususnya melibatkan kanak-kanak. • 12 September Proses dokumentasi kanak-kanak yang diselamatkan diteruskan di Pulapol Kuala Lumpur. Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban atas empat pertuduhan penderaan fizikal terhadap empat kanak-kanak perempuan berusia antara lima hingga enam tahun di sebuah pusat asuhan di Seremban yang dikaitkan dengan GISBH. Tertuduh mengaku tidak bersalah. • 13 September Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengadakan sidang media kedua berhubung kes itu dan mendedahkan sejumlah 41 laporan polis berkaitan GISBH diterima sejak 2011 hingga September tahun ini. Seramai 159 individu daripada 171 yang ditahan mendapat kebenaran reman, selebihnya di bawah umur tiada keperluan disiasat. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan soal akidah, salah guna kuasa dan agama serta penderaan kanak-kanak perkara serius yang perlu ditangani segera.
• 14 September Sidang media ketiga Ketua Polis Negara yang menyatakan serbuan terhadap 20 rumah amal melalui Op Global itu adalah hasil risikan dan siasatan polis selama enam bulan. Siasatan terhadap syarikat itu bagaimanapun telah dijalankan sejak 2011 dan polis telah bertemu dengan wakil PUKAS enam bulan lepas.
• 15 September Polis mengesahkan 483 individu telah dirakam percakapan terdiri daripada pengadu, saksi, mangsa dan suspek. Seramai 384 kanak-kanak dan remaja selesai menjalani saringan kesihatan dan hasil saringan itu mendapati terdapat ciri-ciri pengabaian dan penganiayaan. • 17 September Ketua Polis Negara mengesahkan sebanyak 96 akaun milik GISBH dibekukan manakala empat akaun ditutup melibatkan aset bernilai lebih RM581,000. Keseluruhan 392 mangsa yang diselamatkan menerusi Op Global selesai jalani saringan kesihatan, elemen jenayah fizikal dan emosi dikesan.Tiga kertas siasatan berhubung Op Global dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara.
• 18 September Seorang ahli perniagaan yang juga anggota GISBH, Mohamad Riza Makar, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Putrajaya dekat sini atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap seorang wanita pada 9 September lepas. • 19 September 19 individu termasuk pengurusan tertingggi, isteri serta beberapa pemimpin GISBH direman tujuh hari bagi membantu siasatan. Tiga pembantu pengajar sebuah madrasah di Kuala Pilah, yang disyaki mempunyai kaitan dengan GISBH, didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban atas 14 pertuduhan melakukan amang seksual terhadap lima kanak-kanak pada 2022 dan 2023. Mereka mengaku tidak bersalah. • 20 September Tujuh lagi individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan GISBH ditahan bagi membantu siasatan kes pemerdagangan orang. Mereka termasuk anak bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Mohammad yang merupakan kumpulan Remaja Pembela Ummah (RPU) GISBH. Seorang lagi pembantu pengajar di sebuah madrasah di Kuala Pilah didakwa di Mahkamah Sesyen di Seremban dan mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan melakukan amang seksual terhadap empat kanak-kanak lelaki, tahun lepas. Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa kepercayaan dan ajaran dalam GISBH mengandungi unsur ajaran sesat khususnya batiniah.
• 21 September Op Global memasuki fasa keempat di seluruh Semenanjung Malaysia dengan serbuan dilakukan di 82 premis, 186 mangsa terdiri daripada 102 lelaki dan 84 wanita berjaya diselamatkan, manakala 155 suspek terdiri daripada 78 lelaki dan 77 wanita ditahan. Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, dalam operasi yang disertai JAKIM itu, beberapa risalah mengandungi elemen dipercayai bercanggah dengan ajaran agama Islam serta barang khurafat turut dirampas.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1301336/op-global-kronologi-kes-gisbh-setakat-21-september
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
11 ditahan, 19 kanak-kanak diselamatkan dalam Op Global di Melaka
MELAKA: Seramai 11 individu ditahan di Melaka hari ini kerana disyaki mengamalkan ajaran sesat Al-Arqam dan memiliki pelbagai bahan penerbitan berkaitan yang difatwakan haram sebelum ini. Dalam operasi bersepadu`Op Global' di seluruh negeri yang berakhir jam 5 petang tadi, pihak berkuasa turut berjaya menyelamatkan 19 kanak-kanak. EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata penahanan itu hasil serbuan ke atas 19 premis disyaki mempunyai kaitan dengan Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd. Menurutnya, premis itu merangkumi tiga rumah persendirian, dua rumah kebajikan dan 14 premis perniagaan yang masing-masing 10 di daerah Melaka Tengah, Alor Gajah (lapan) dan sebuah di Jasin.
Katanya, operasi bermula seawal 5 pagi itu membabitkan 72 anggota 10 agensi merangkumi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Kementerian Dalam Negeri(KDN) Dan Kementerian Kesihatan(KKM). "11 individu dewasa ditahan membabitkan tiga lelaki dan lapan perempuan berusia 18 hingga 45 tahun yang disyaki masih mengamalkan ajaran Al-Arqam serta memiliki bahan penerbitan berkaitan ajaran Al-Arqam yang sudah diharamkan melalui fatwa yang diwartakan di Melaka pada 1994 dan 2006. "Kesalahan berkenaan diperuntukkan di bawah Seksyen 63 Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau dipenjara tidak melebihi 36 bulan atau kedua-duanya sekali. "Semua individu ditahan untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut manakala kanak-kanak di bawah 18 tahun dibawa ke Rumah Jagaan seliaan JKM," katanya dalam satu kenyataan petang tadi. Rahmad berkata, sebanyak 285 barang kes turut dirampas termasuk 12 keping gambar pengasas Al Arqam iaitu Ashaari Muhammad dan 138 buku berkaitan Al-Arqam yang diharamkan oleh Fatwa Negeri Melaka. "Buku yang disita termasuk Aurad Muhammadiyah selain sekeping jadual Zikir Aurad Muhammadiyah, diari catatan ajaran Al-Arqam, 33 unit cakera padat berkaitan ajaran Al-Arqam, tujuh telefon bimbit, komputer riba, dua set komputer, pemacu keras luaran, peralatan wifi dan 87 unit barang lain termasuk serban Al-Arqam. "JAIM bertindak mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan dalam Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002 dan Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam (Negeri Melaka) 2002," katanya. Rahmad menasihatkan masyarakat Islam khususnya di negeri ini supaya menjauhi ajaran sesat Al-Arqam atau ajaran seumpamanya yang diwartakan sesat di Melaka.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1301301/11-ditahan-19-kanak-kanak-diselamatkan-dalam-op-global-di-melaka
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nuki12 at 22-9-2024 07:31 AM
Melaka dalam proses warta ajaran GISBH sebagai sesat


MELAKA: Kerajaan negeri dalam proses untuk mewartakan ajaran dan amalan dalam GISB Holdings (GISBH) sebagai sesat. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman, berkata perkara terbabit masih di peringkat kajian dan penelitian oleh pihak berkuasa agama bersama polis sebelum dibentangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri yang dipengerusikan Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil. "Segala maklumat mengenai ajaran membabitkan GISBH sedang diteliti dan insya-Allah keputusan mengenainya akan dibuat dalam tempoh terdekat," katanya dihubungi, hari ini. Semalam, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan kepercayaan dan ajaran dalam GISBH mengandungi unsur ajaran sesat khususnya batiniah.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1301311/melaka-dalam-proses-warta-ajaran-gisbh-sebagai-sesat
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Swasta disaran anjur hari keluarga, manfaat pelepasan cukai

LAWAS: Majikan syarikat swasta disaran memanfaatkan pelepasan cukai dengan mengadakan hari keluarga serta aktiviti kekeluargaan sekali gus mengangkat konsep keseimbangaan keluarga dan kerja. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata penganjuran hari keluarga turut memberi impak positif terhadap kesihatan mental dalam kalangan pekerja serta majikan. "Saya berharap lebih banyak pihak swasta akan mengambil peluang ini untuk memperkukuh ikatan kekeluargaan dalam kalangan pekerja selain turut menyokong penganjuran program seperti ini sepanjang November nanti. "Kita sedia maklum kesihatan mental juga adalah elemen yang perlu dititikberatkan oleh majikan dan pekerja yang baik bermula di rumah melalui kehidupan keluarga yang sejahtera," katanya ketika berucap pada majlis Penutupan Kembara KASIH Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) 2024 dan Permulaan Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan di Arena Lawas malam ini.
Nancy berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka melancarkan Bulan Keluarga Kebangsaan di Kuala Lumpur pada 9 dan 10 November ini. "Sambutan ini akan menjadi platform untuk kita mempertingkat kesedaran tentang peranan penting setiap ahli keluarga serta menyediakan pelbagai program yang menyokong keluarga dari segi pendidikan, kesihatan, ekonomi dan sosial," katanya. Nancy juga berkata Kembara KASIH KPWKM yang berakhir di penghujung utara Sarawak iaitu di daerah ini telah memberi manfaat kepada 12,000 rakyat Bumi Kenyalang menerusi pelbagai inisiatif sepanjang kembara itu. Kembara itu, yang bermula pada 14 September lepas dan membabitkan perjalanan sejauh 1,456 kilometer, turut menelusuri tujuh lagi daerah di Sarawak iaitu Kuching, Sibu, Kapit, Bintulu, Sibuti, Miri dan Limbang. "Harapan kami, dengan adanya program khas kolaborasi antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri seperti Kembara KASIH KPWKM ini dapat membantu mempercepatkan hasil kepada usaha pembangunan sosial yang kami laksanakan," katanya. Pelbagai perkhidmatan percuma ditawarkan oleh agensi di bawah KPWKM sepanjang kembara itu seperti Program Komuniti Santuni MADANI, Program Advokasi Kanak-Kanak: KASIH Kanak-Kanak dan Program Outreach Advokasi Antigangguan Seksual. - BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1301334/swasta-disaran-anjur-hari-keluarga-manfaat-pelepasan-cukai
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dua Lipa suka rendang, kopi enak di Malaysia

KUALA LUMPUR: Masih segar dalam ingatan penyanyi Dua Lipa, 29, pelbagai kenangan manis ketika berkunjung ke Malaysia pada 2017 dan 2018. Lipa mengakui tidak sabar kembali lagi ke negara ini, November ini dan akan meneroka lebih banyak perkara menarik sebagai agenda wajib. "Rakyat dan tenaga di Malaysia sentiasa indah. Saya suka makanannya. Saya pernah cuba rendang yang sedap. Kopi pun sangat enak. Saya nikmati waktu pagi yang indah di sana. "Saya juga ada mencuba makanan roti kembang seperti bersusu. Kurang pasti kalau roti itu warisan tradisional di sana atau tidak.
Ke mana saja saya pergi, saya suka cipta rutin baharu sendiri, tak kisahlah hal kecil saja seperti cari kopi dan pastri. Itu antara kenangan manis saya ingat dan tidak sabar meneroka banyak lagi," katanya. Lipa menekankan betapa pentingnya untuk dia meluangkan masa belajar perkara baharu di mana-mana lokasi yang dikunjunginya. "Berjalan-jalan adalah perkara nombor satu yang harus saya buat! Saya mahu ke suatu tempat dan cari pengalaman. Saya tak mahu teroka dunia, tapi tak nampak apa-apa," katanya. Penyanyi Levitating itu bakal menjayakan konsert di Malaysia untuk kali kedua menerusi Dua Lipa Radical Optimism Asia Tour di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 23 November depan. Lipa sebelum ini pernah beraksi di Festival Good Vibes di Genting Highlands pada 2017. Kemudian tampil mengadakan konsert solonya di KL Live, Life Centre, pada tahun seterusnya. Lipa sempat berkunjung ke beberapa tempat menarik termasuk Kuil Hindu Batu Caves, Jalan Alor dan melawat lukisan mural wajahnya di Stesen LRT Datuk Keramat.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/09/1301116/dua-lipa-suka-rendang-kopi-enak-di-malaysia
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Warga asing ditahan disyaki larikan kanak-kanak, lakukan amang seksual
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga asing ditahan selepas disyaki melarikan seorang kanak-kanak perempuan dan melakukan amang seksual di Seri Kembangan, Serdang, dekat sini, semalam. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata mangsa berusia sembilan tahun itu, dilarikan kira-kira jam 11 malam. Katanya, ketika kejadian bapa kanak-kanak itu kebetulan berada berhampiran sedang bekerja manakala mangsa bermain bersama beberapa rakan tidak jauh dari situ. "Bapa mangsa menyedari mangsa dilarikan seorang lelaki dan terus membuat aduan kepada polis.
"Sejurus kejadian, polis berjaya membuat tangkapan ke atas seorang lelaki warga asing berumur 35 tahun bagi membantu siasatan. "Hasil pemeriksaan lanjut mendapati suspek memiliki bahan lucah dan tiada dokumen perjalanan yang sah," katanya dalam kenyataan, hari ini. Anbalagan berkata hasil ujian saringan air kencing suspek disahkan negatif. Katanya, suspek direman tujuh hari sehingga 29 September ini. "Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan. "Siasatan turut dijalankan mengikut Akta Imigresen 1959/63," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/09/1301323/warga-asing-ditahan-disyaki-larikan-kanak-kanak-lakukan-amang-seksual
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kementerian sokong tindakan PDRM tangani doktrin GISBH - Na'im
KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri menyokong penuh tindakan penguatkuasaan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menangani isu fahaman disyaki sesat yang cuba didoktrinkan oleh GISB Holdings (GISBH). Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, berkata tindakan diambil Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ke atas individu terbabit adalah berlandaskan undang-undang.
Menurutnya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sudah diarahkan untuk memberikan kerjasama penuh kepada PDRM bagi membantu proses siasatan"
JAKIM sudah mengadakan pertemuan bersama Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN) bagi menyelaras tindakan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa agama Islam negeri. "Isu berkaitan doktrin fahaman GISBH akan dibawa sebagai salah satu isu untuk dibincangkan oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI). "Jawatankuasa berkenaan yang dianggotai oleh Datuk Nooh Gadot dan Ashabus Samahah Mufti Negeri-Negeri dijangka bersidang pada 24 hingga 26 September," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pendedahan sejak 7 September Harian Metro dan Metro Ahad menerusi laporan eksklusif sejak 7 September lalu melaporkan, bakar tangan, cabut rumput sehingga penuh plastik hitam dan salah laku seksual antara bentuk penderaan yang dilakukan sebuah rumah kebajikan yang bernaung di bawah syarikat berkaitan produk Islam terkenal. Malah, ada dalam kalangan mereka menjadi mangsa liwat dan lebih malang selepas diliwat mereka pula akan dipaksa meliwat rakan lain oleh penjaga. Penderaan fizikal itu dikatakan berlaku sejak lebih 10 tahun lalu membabitkan penghuni di rumah berkenaan terbongkar selepas seorang penjaga berusia 19 tahun ditahan pihak berkuasa di Seremban, Negeri Sembilan. Susulan pendedahan akhbar ini, ia turut mendapat perhatian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri dilaporkan berkata, kementeriannya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menyelamatkan kanak-kanak terancam dan perlukan perlindungan. Susulan itu, polis berjaya menyelamatkan 402 kanak-kanak berusia antara satu hingga 17 tahun yang dipercayai dieksploitasi di 20 rumah kebajikan di Selangor dan Negeri Sembilan dalam Op Global pada 10 September lalu.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1301320/kementerian-sokong-tindakan-pdrm-tangani-doktrin-gisbh-naim
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
430,000 peminjam PTPTN tak pernah bayar hutang

LUMUT: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan mengambil tindakan terhadap 430,000 peminjam yang tidak pernah membayar hutang membabitkan sebanyak RM6 bilion. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata sikap tidak bertanggungjawab pihak terbabit mengakibatkan kedudukan kewangan PTPTN kini berada di tahap membimbangkan. Katanya, sebahagian daripada peminjam itu didapati sudah bergraduasi sejak berpuluh tahun lalu dengan ada diantaranya gagal membuat pembayaran walau satu sen pun. "Ini kategori yang tak peduli sejak hari pertama dia keluar (dari universiti), dia tak maklumkan keadaan dia, di mana dia bekerja, bagaimana dia nak (buat pembayaran semula), sepatutnya perlu bincang. Mereka tak peduli langsung untuk bayar.
"Kita sudah pun membuat perbincangan secara mendalam di peringkat kabinet untuk langkah seterusnya. "Saya tidak menafikan langkah susulan yang akan diambil terhadap mereka ini termasuk tindakan undang-undang," katanya selepas Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN kepada 215 mahasiswa parlimen Lumut dan Beruas di sebuah hotel di sini, hari ini. Turut hadir Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim. Zambry berkata perincian tentang tempoh kes dan bentuk tindakan yang akan diambil peminjam yang culas itu akan diumumkan oleh Norliza dalam masa terdekat. "Namun, saya ingin tegaskan sekali lagi kita tetap berhemah. Kita faham keadaan (ekonomi), tetapi saya nak supaya mereka ini datanglah (ke PTPTN) ceritakan keadaan mereka. "Mereka juga perlulah mempunyai tanggungjawab moral kerana wang itu apabila mereka bayar balik, kita akan gunakan untuk membantu generasi yang akan datang pula," katanya. Dalam pada itu, Zambry berkata seramai 26,534 pelajar ditawarkan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) berjumlah RM1,500 seorang bagi kemasukan peringkat ijazah sarjana muda ke institusi pendidikan tinggi Awam sesi Oktober tahun ini. Beliau turut memberi jaminan kementeriannya akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis bagi mengesan penyebaran ajaran berkaitan GISB Holdings (GISBH) dalam kalangan pelajar dan pensyarah di IPT.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1301262/430000-peminjam-ptptn-tak-pernah-bayar-hutang
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Agong lawat Pusat Penyelidikan Teknologi Pesawat Awam Beijing COMAC

BEIJING: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini berkenan berangkat ke Pusat Penyelidikan Teknologi Pesawat Awam Beijing COMAC bagi meninjau perkembangan teknologi penerbangan terkini China. Sejurus keberangkatan tiba baginda yang kini dalam rangka Lawatan Negara pertama ke China, Seri Paduka berkenan mendengar taklimat mengenai inovasi dalam teknologi penerbangan di republik ini. Sultan Ibrahim meluangkan masa lebih sejam di pusat itu dan turut berkesempatan mencuba simulator penerbangan yang disediakan. Yang di-Pertuan Agong kemudian berangkat ke Lapangan Terbang Beijing Capital bagi meninjau dua pesawat yang dibangunkan COMAC, dan meluangkan masa hampir 45 minit meninjau jentera itu.
Turut mengiringi baginda ialah Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim. Hadir sama ialah Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming; Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin; serta Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Norman Muhamad. Seri Paduka berada di China atas jemputan Presiden, Xi Jinping, untuk lawatan rasmi dari 19 hingga 22 September ini dan dijadualkan berangkat pulang ke tanah air, esok. Lawatan Negara itu mencerminkan keutuhan hubungan dua hala Malaysia-China yang semakin pesat berkembang sejak dinaik taraf kepada status Kerjasama Strategik Komprehensif pada 2013. Ia juga bertepatan dengan sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1301280/agong-lawat-pusat-penyelidikan-teknologi-pesawat-awam-beijing-comac
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat ke Pusat Penyelidikan Teknologi Pesawat Awam Beijing COMAC bagi meninjau perkembangan teknologi penerbangan China yang terkini. - Foto BERNAMA |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat ke Pusat Penyelidikan Teknologi Pesawat Awam Beijing COMAC bagi meninjau perkembangan teknologi penerbangan China yang terkini.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
@tari

dah baca ke article ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Taiwan dilanda gempa bumi 5.3 magnitude, tiada kerosakan dilaporkan
TAIPEI: Satu gempa bumi berukuran 5.3 magnitud melanda Taiwan di timur Hualien hari ini, bagaimanapun tiada kerosakan teruk dilaporkan. Menurut Pentadbiran Cuaca Taiwan, kejadian gempa berkenaan turut dirasai bangunan di Taipei dengan kedalaman sepanjang 17 kilometer (km). Taiwan sering mengalami gempa bumi kerana ia terletak di persimpangan dua plat tektonik. April lalu, Hualien dilanda gempa bumi terbesar menyebabkan sekurang-kurangnya dalam tempoh 25 tahun lalu.
Sejak itu, sembilan orang terbunuh, manakala lebih 900 lagi cedera, dan terdapat ribuan gempa susulan. Lebih daripada 100 orang terbunuh dalam gempa bumi di selatan Taiwan pada tahun 2016, manakala gempa bumi berukuran 7.3 magnitud membunuh lebih 2,000 orang pada tahun 1999. - REUTERS
https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2024/09/1301305/taiwan-dilanda-gempa-bumi-53-magnitude-tiada-kerosakan-dilaporkan
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
2 wilayah dilanda banjir, Itali isytihar darurat
ROM: Itali mengisytiharkan darurat ke atas dua wilayah di utara negara itu pada Sabtu selepas beberapa hari hujan lebat, lapor agensi berita Jerman (dpa). Kerajaan pimpinan sayap kanan Perdana Menteri Giorgia Meloni turut menyediakan bantuan kecemasan sebanyak €20 juta (RM92.5 juta) kepada wilayah-wilayah Emilia-Romagna dan Marche. Hujan lebat telah menyebabkan banyak jalan di kedua-dua wilayah itu ditenggelami air. Secara keseluruhan, lebih 2,500 orang terpaksa dipindahkan daripada kediaman mereka. Beberapa bandar, termasuk Bologna, Modena dan Ravenna turut terjejas, begitu juga pusat peranginan pantai Rimini di pantai Adriatik.
Sementara itu, terdapat pertikaman lidah antara Rome dan kerajaan wilayah yang terjejas banjir. Nello Musumeci, menteri sayap kanan bagi Perlindungan Awam mendakwa pentadbiran sosial demokrat Emilia-Romagna tidak menggunakan wang yang sudah disediakan dengan betul. "Sesuatu yang tidak betul. Banjir besar seperti ini tidak boleh terus berlaku di Emilia-Romagna," kata menteri itu. Cuaca buruk tahun lalu menyebabkan 17 orang maut dan kerosakan material yang bernilai berbilion euro. Sebaliknya, pihak Sosial Demokrat menolak tuduhan menteri itu sebagai muslihat politik menjelang pilihan raya yang dijadualkan pada November di Emilia-Romagna, satu daripada wilayah terkaya dan secara tradisionalnya paling condong ke kiri di Itali. - BERNAMA-dpa
https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2024/09/1301349/2-wilayah-dilanda-banjir-itali-isytihar-darurat
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|