CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015

 Close [Copy link]
Post time 13-9-2012 02:06 PM | Show all posts
Yaya..oh yaya.. dah membuat onar nampaknyeeee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2012 02:24 PM | Show all posts
allaahhhhh .... saje je tauu ... nak wat2 ala2 sinetron ... sambung je la aaaaaaaa ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2012 02:27 PM | Show all posts
hotmum posted on 13-9-2012 02:24 PM
allaahhhhh .... saje je tauu ... nak wat2 ala2 sinetron ... sambung je la aaaaaaaa ...

Janganlah marah... .. nak sambung le ni...

Kalau slow tu maknanya ada urusan dengan boss.... ampun bebanyak....



Sesekali iklan, apa salahnya.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2012 02:30 PM | Show all posts
alya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2012 02:50 PM | Show all posts
Secara tiba-tiba, telefon bimbit di tangannya di rampas.

“Hello” Fandi menjawab. Matanya memandang tajam pada Fifi yang terdiam kaku.

“Yaya” Fifi memandang Fandi yang sudah berubah wajahnya lalu menelan air liur. Hanya memasang telinga mendengar perbualan sebelah pihak di antara Fandi dan Alya.

“Apa yang Yaya cakap pada Sofea?”  

“Apa masalah kau ni Yaya?” Nada suara Fandi bertukar garang.

“Benda dah lepas, sudahlah”

“Kau tak faham bahasa ke? Aku dah kata, kita cuma boleh berkawan je. Tak lebih dari tu. Atau pun kau nak suruh aku cakap bahasa tamil?”

“Kau nak putus ke, nak sambung ke, kau punya pasallah. Apa kena mengena dengan Sofea pulak?”

“So what? Dia isteri aku”

“Habis, kau nak suruh aku buat apa? Pinang kau pulak?”

“Aku tak fahamlah  dengan kau Yaya! Sejak bila kau berubah sampai macam ni sekali?”

Fandi senyap seketika. Matanya tak lepas-lepas memandang Fifi yang duduk menikus di atas katil.

“Listen here Alya Syuhada, and you must listen carefully. Things between us are over. Either you accept the fact, or get lost!”

Telefon di matikan. Fandi menarik nafas, menggosok rambutnya. Dia memandang Fifi yang senyap tak berkutik. Last edited by Nicki_Meow on 13-9-2012 09:19 PM

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2012 03:01 PM | Show all posts
wah... fifi terharu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-9-2012 03:12 PM | Show all posts
“Sofea” Tiada sahutan.

“Apa yang Alya cakap pada awak?” Fifi hanya mendiamkan diri.

“Sofea” Fandi cuba merangkul bahu Fif tetapi Fifi pantas menolak, menyapu air matanya dengan tapak tangan.

“Janganlah nangis. Saya.. saya minta maaf pasal Alya” Fandi serba salah.

“Sofea…” Fifi diam. Fandi menarik Fifi supaya berhadapan dengannya.

“Sofea…jangalah macam ni”  

“Saya…saya memang tak layak jadi isteri awakkan?” Dalam sendu, Fifi berkata. Tajam kata-kata Alya masih terngiang-ngiang di telinganya. Fandi menarik nafas.

“Jangan layan Alya tu. Dia gila” Tak tahu sama ada Fandi bergurau atau tidak, tapi itu belum cukup membuatkan Fifi kembali tenang.

“Sofea…dengar sini” Fandi memegang kedua tangan isterinya.

“Allah dah tentukan jodoh saya dengan awak. Dan sebagai suami….” Fandi menelan air liur.

“Saya tak akan sia-siakan hidup awak” Ayat yang tersusun di minda tidak selari dengan ayat yang keluar dari mulutnya. Bukan itu sebenarnya yang hendak di katakan.

“Tapi.. saya..” Fifi menarik nafas.

“Saya bukan perempuan baik” Serentak itu, Fifi mula teresak-esak. Sedih. Mungkin dia memang tak layak di untuk menjadi isteri kepada lelaki sebaik Fandi. Siapalah dia untuk di banding dengan Alya, wanita pertama di hati Fandi selama lapan tahun?

“Sofea…” Fandi memeluk Fifi rapat ke dadanya. Membiarkan saja Fifi meluahkan tangisan.

“Awak mungkin tak sempurna pada orang lain. Tapi itu bukan alasan kenapa awak tak boleh jadi isteri saya. Pedulikanlah semua cakap orang. Dia orang tak layak untuk nilai siapa awak sebenarnya” Fandi memujuk, lembut. Fifi mendiamkan diri. Membiarkan saja Fandi membelai rambutnya.

"Saya..." Fandi mematikan kata-kata, menggigit bibir.

"Saya tak bolehlah tengok awak macam ni" Sekali lagi ayat yang keluar dari mulut bukan apa yang terfikir di fikiran. Fandi menarik nafas. Dia menunggu hingga tangisan Fifi berkurangan.



“Dah, pergilah mandi. Bau asyam” Fandi berkata apabila tangisan Fifi sudah berhenti.

“Adooiiiiiiii!” Fandi menggosok perutnya setelah dicubit sekuat hati oleh Fifi. Fifi muncung.  

“Pergilah mandi. Lepas tu kita makan. Kesian baby, mesti baby lapar…” Fandi berkata lagi. Fifi angguk, tersenyum sedikit.

“Awak…”

“Ya?”

“Thanks…”

“No problem sweetheart” Fifi tersenyum dan kemudian berlalu untuk mandi.

***************************************************************
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2012 03:34 PM | Show all posts
abis dah tuk ari ni ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-9-2012 03:59 PM | Show all posts
Gunung Lambak, antara salah satu tempat tarikan yang berada di Kluang. Tempat rekreasi untuk kebanyakan para penduduk sama ada untuk ‘jungle tracking’ ataupun sekadar berjogging. Tidaklah terlalu tinggi, hanya berketinggian 510 meter. Laluan ke puncak tidaklah terlalu susah tetapi mencabar bagi sesiapa yang jarang mendaki. Ianya mengambil masa lebih kurang dua setengah jam untuk sampai ke puncak.

Fandi dan Fifi hanya duduk-duduk saja di bangku yang di sediakan. Memerhatikan beberapa keluarga membawa anak-anak mereka bermain di taman permainan yang ada di situ.

“Sofea..air” sekotak teh bunga di hulurkan kepada Fifi.

“Thanks” Fifi menjawab setelah air kotak di sambut.

“Tempat ni dah banyak berubah” Fandi memulakan bicara, sambil matanya memandang ke sekeliling kawasan.

“Dulu, masa saya kecik, ada kolam air kat bawah tu. Boleh mandi. Sekarang tak boleh sebab air dah cetek. Taman mainan tu pun baru lagi rasanya” Fifi mengangguk, tidak menjawab.

“Saya selalu camping kat sini”

“Dengan geng enam jahanam awak tu?” Fandi angguk lalu tertawa. Fifi turut tersenyum.

“Saya ingat nak bawa awak naik sampai atas, tapi mesti awak tak larat”

“Kalau saya tak mengandung, mungkin larat kot…” Fifi berkata perlahan lalu menarik nafas.

“Awak menyesal?” Fifi diam.

“Awak menyesal macam mana sekalipun, benda dah jadi. Awak tak boleh ubah hakikat yang awak bakal jadi mama tak lama lagi”

“Awak kena maafkan diri awak mulai sekarang. Selagi awak terus-menerus hukum diri awak, selagi tu awak takkan boleh nak maju ke depan. Awak dah buat silap, belajarlah dari kesilapan awak. It’s not right but it’s okay to move on”

“Awak pun kena ingat. Dalam diri awak, ada satu lagi jiwa yang perlukan awak. Anak awak. Tak kiralah macam mana dia datang sekalipun. Yang penting, anak tu tak berdosa. Anak tu perlukan kasih sayang awak, perhatian awak” Fifi masih mendiamkan diri.

“Dan kalau awak sudi…” Fandi menarik nafas.

“Saya nak kongsi kasih sayang tu….” Fifi mengangkat muka, memandang Fandi yang sedang merenungnya. Setelah lama bertentang mata Fifi segera melarikan pandangan. Dia memang kalah dengan renungan mata Fandi.

“Sofea…” Tangannya di raih. Fifi tunduk.

“Awak masih cintakan Shah?” Fandi bertanya. Dia perlu mendapat kepastian sebelum meneruskan kata-katanya. Fifi mengangkat muka.

“Saya sedang cuba lupakan Shah” Fandi menarik nafas. Sedikit perasaan kecewa menyelinap dalam hati.


Suasana senyap seketika.


“Awak cintakan saya?” Sekali lagi Fandi menembak soalan. Fifi terkebil-kebil.

“Awak cintakan suami awak?”

“Saya…” Fifi diam.

“Sofea Raihana…” Fifi tersentak sedikit.

“Jawab soalan saya. Awak cintakan saya?” Last edited by Nicki_Meow on 13-9-2012 11:55 PM

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2012 04:02 PM | Show all posts
cair aku kalu dapat laki cam ni..


alya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2012 04:21 PM | Show all posts
“Saya..saya takut…”

“Apa yang awak takut…”

“Saya takut di tinggalkan sekali lagi…” Fifi tunduk apabila berkata begitu. Matanya berkaca. Fandi menarik nafas.

“Saya pun takut Sofea”

“Takut?” Fandi angguk.

“Saya takut untuk beritahu awak yang saya sayangkan awak. Saya takut untuk ucap pada awak yang saya cintakan awak. Saya takut untuk terangkan isi hati saya pada awak sebab saya…” Bicara Fandi terhenti.

“Saya takut kalau masih ada orang lain dalam hati awak…” Fifi mengangkat muka, kali ini wajah Fandi di renung lama.

“Tapi sekarang ni, saya tak peduli. Saya nak beritahu awak yang saya sayangkan awak sepenuh hati saya”

“Sofea Raihana…”

“Sudi tak awak terima saya jadi suami awak?” Fifi terpana, tiada kata-kata yang keluar dari mulutnya. Hatinya bergetar laju mendengar soalan dari mulut Fandi.

“Saya cintakan awak Sofea” Kali ini, ayat keramat itu di ucapkan sejelas-jelasnya. Biarlah Gunung Lambak menjadi saksi, yang kata-kata itu terlafaz untuk Sofea Raihana hari ini.

“Sofea…”

“Saya…saya pun sayangkan awak…” Fifi berkata tersekat-sekat, kemudian dia tertunduk malu.

“Itu je?” Fandi mengangkat kening, menyembunyikan senyum.

“Nak suruh saya cakap apa?”

“Ulang ayat saya”

“Ayat apa?”

“Sofea cintakan abang” Kening Fifi berkerut.

“Taknaklah…”

“Please…”

“Malu…” Fandi ketawa.

“Sofea cintakan abang…” Fifi melafazkan juga kata-kata itu, tapi tidak memandang Fandi. Hanya tunduk sambil mengemam bibir.

“Thanks sayang….” Tangan Fifi yang berada di dalam genggamannya di kucup lembut.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Soundtrack untul lebih feel



http://www.youtube.com/watch?v=f_E0FCbRDeM

Kredit: Ajek Hassan

Aku mau mendampingi dirimu
Aku mau cintai kekuranganmu
Selalu bersedia bahagiakanmu
Apapun terjadi
Kujanjikan aku ada

Kau boleh jauhi diriku
Namun kupercaya
Kau kan mencintaiku
Dan tak akan pernah melepasku


Aku mau mendampingi dirimu
Aku mau cintai kekuranganmu
Aku yang rela terluka
Untuk masa lalu
Last edited by Nicki_Meow on 13-9-2012 09:29 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2012 04:24 PM | Show all posts
okay.. habis....!

















Untuk episode hari ini..... Last edited by Nicki_Meow on 13-9-2012 04:31 PM

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2012 04:28 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 13-9-2012 04:24 PM
okay.. habis....!

adeehhhh!!! .....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2012 04:30 PM | Show all posts
hotmum posted on 13-9-2012 04:28 PM
adeehhhh!!! .....

awat?


Jom lepak kat Gunung Lambak....
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2012 04:33 PM | Show all posts
..touching...esok sambung tau awakkkk..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2012 04:33 PM | Show all posts
tak cukup
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2012 04:39 PM | Show all posts
ok , puas hati tuk hari ni.tq dear !
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2012 04:42 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 13-9-2012 04:30 PM
awat?

takat ngan kuchen kuraps ni wa tak mau la ...


dgn jedi nak jugak .... ...

peace yooo!!! ...

.. esok sambung lagi naa ....

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2012 05:06 PM | Show all posts
so sweetttt...

cinta lepas kahwin mmg sweet. Tak ragu2 nak bluetooth
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2012 05:22 PM | Show all posts

alolo....sweetnya fandi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 07:08 AM GMT+8 , Processed in 0.358277 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list