CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Akasyah

Himpunan Tarbiah dari Abuya (merged shah05)

 Close [Copy link]
Post time 26-1-2006 12:31 PM | Show all posts
Ramainya 'Ulamak' Instant Hasil Didikan Abuya

Suatu perkara yang tidak ramai insan sedar ialah lahirnya ramai 'Ulamak' Instant hasil dari didikan Abuya .

Jika suatu ketika dahulu, rumitnya untuk mendapatkan ilmuan dari kalangan umat Islam kerana terpaksa mempelajari 'alat-alat' untuk mendapatkan ilmu-ilmu didalam Islam seperti ilmu Asbabun Nuzul. Ilmu Balaghah. Ilmu Mantiq dan lain-lain lagi seperti mana setengah dar pelajar yang terpaksa pergi ke Al-Azhar untuk menimba ilmu. Tetapi sejak kedatangan Abuya telah mempermudahkan ramai umat Islam untuk mempelajari dan memperdalami ilmu dalam Islam.

Banyak idea2 dan pemikiran dari Abuya kini menjadi rujukan dikalagan umat Islam terutama di malaysia.

Hatta pada mereka yang tidak mengenal agama Islam pada suatu ketika dahulu malah tidak tahu bersembahyang tiba-tiba bila dapat hidayah dari ilmu Abuya terus jadi kasih pada Abuya.

Malah bagi wanita yang suka berhias diri, pisau cukur, suka berhubungan dengan lelaki yang bukan muhrim juga boleh berubah dalam sekelip mata hasil didikan Abuya. Malah boleh memberi tazkirah hasil dari ilmu Abuya!!!

Itulah kelebihan Abuya dalam melahirkan ramainya Ulamak-ulamak dan Ustazah-Ustazah instant akhir zaman.

syukran pada sesiapa yang terima hidayah. Teruskan memberi tazkirah. Heheheheheheehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2006 12:59 PM | Show all posts
Rebutlah Gelaran Ikhwan   

Rebutlah gelaran ikhwan di akhir zaman
Yang disabdakan dari lidah Rasul junjungan
Agar kita menjadi orang yang membuktikan
Golongan yang baginda rindukan

Tika para sahabat itu bertanya
Siapakah yang diberi gelaran itu padanya
Membara cemburu di hati mereka
Hingga menitiskan airmata

Lantas baginda menyambung lagi
Ikhwan itu mengamalkan sunnahku
Bagai menggenggam bara api
Dan mereka amat menyintaiku
Sekalipun tidak pernah bertemu

Ukhuwwah mereka bagaikan susunan batu bata
Saling menguatkan di antara mereka
Umpama satu ibu dan satu ayah
Fikiran, keyakinan dan keselarasan

Perjuangannya ibarat singa di siangnya
Bagai abid pula di malam harinya
Ruhbanu fillail wa fursan finnahar
Gelaran yang baginda berikan

Namun Ikhwan bukan sebarang pilihan
Mereka pilihan di atas pilihan
Bilangannya sedikit tetapi besar di sisi Tuhan
Kerana dosa amat dihindarkan

Luar biasanya taqwa Ikhwan
Kerana taqwanya diberi pertolongan
Kerana taqwanya diberi rezeki
Dan dunia diselamatkan Tuhan

Wahai pencinta-pencinta kebenaran
Yang menagih janji Tuhan
Rebutlah gelaran Ikhwan di akhir zaman
Ia tawaran yang tiada tandingan

(Us. Hj. Ashaari Muhammad)


Dipetik dari
http://mindaglobal.forumsplace.com/message35.html
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2006 01:09 PM | Show all posts
Originally posted by luluguagua at 25-1-2006 06:29 PM



Inikah hujah yg sdr nak pakai utk membuktikan ajaran asaari tak meyeleweng?

Kahkahkah........ statement diatas tak lengkap. Ia hanya membincangkan soal yakazah, tawasul, shahadah arqam sec ...


ha ah betui sungguh2 tu....elok sgtlah hang sendiri volunteer habaq kat nahdatul tu...TAPIIII jangan sekali2 lupa nooo...bawak sekali BUKTI  terutama pasai yaqazah ashaari wali dan perantaraan azura tuhh...baru betui real....jangan jadikk ting kosong depan ulama2 tu udah...wat malu rakyat mesia jerk nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2006 02:32 PM | Show all posts
Originally posted by snipersnake at 26-1-2006 01:43 PM


fakta? kau bercakap pasal fakta? apa fakta yg kau ada dlm post kau..asyik2 post bermula DENGAR CERITA..itu fakta ker? kuat tipu. berdosa guys. kau kata ketua pekida masuk arqam. kau tau sapa ke ...


Berdosa? Yang tuduh aku menipu tanpa bukti menda2 ni semua tak benar belaka....tu tak berdosa ka? Hang ni kena blaja balik BM, antara pertanyaan dgn kenyataan. Apakah pertanyaan itu suatu kenyataan? Tau pun menda ni dengar cite...dah tu puak2 hang yg lebih sudu dari kuah ni (kata mawar) patutnya terlbh tau perkembangan terkini rufaqa. Lagi pun bukankah org rumah hang pun ex-arqam...tentu dia ada kontek dgn member2 lama dia dan dpt hidu cite ni...Lebih2 lagi org mcm lulu dan abuaya sbb mendakwa hal2 dlm kelambu abuya pun dia eksyen tau...

Ha sapa tu ketua pekida? Dan sapa org kuat belakang dia? Buktikan yg dia tak ikut rufaqa sebab ini antara perkembangan terkini rufaqa yg singgah kat telinga aku....iaitu di mana ketua pekida sampai gi Kedah mengadap abuya dan terang2 declare depan abuya nak jadi pengikut...so apa lagi buktikan ini semua tak benar supaya aku tarik balik soseh2 dari rufaqa nih....
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2006 04:52 PM | Show all posts
Originally posted by Guys at 26-1-2006 02:32 PM

Ha sapa tu ketua pekida? Dan sapa org kuat belakang dia? Buktikan yg dia tak ikut rufaqa sebab ini antara perkembangan terkini rufaqa yg singgah kat telinga aku....iaitu di mana ketua pekida sampai gi Kedah mengadap abuya dan terang2 declare depan abuya nak jadi pengikut...so apa lagi buktikan ini semua tak benar supaya aku tarik balik soseh2 dari .


Awat tak sebut saja siapa ketua PERKIDA yang masuk Rufakak tu. Ini kan baguih untuk publisiti Rufakak.  Dia masuk kedai Rufakak aja kot?? Biasalah seperti Arqam dulu....sesiapa saja yang bergambar dengan Asaari semuanya dah masuk Arqam sampaikan PM pun pernah didakwa masuk.

[ Last edited by Gravedigger at 26-1-2006 04:55 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2006 04:58 PM | Show all posts
loorrr ini jer bukti yg hang buleh bagi, ciannya.....kalo tahap pembuktian hang gunapakai ayahanda hang...aku pun buleh call bapak aku ke, member ke, kakak aku, adik aku ..etc..etc...maka terbuktilah yg menda ni tak betul...

dari post kau nih nampak sgt kau menipu. ebab org pekida tau sapa 'ayahanda' yg aku cakap tuh.lg satu, kalo betul 'ketua' pekida dah masuk arqam, aku pon dah kene masuk arqam.

Aku ingatkan hang buleh bagi proof dr ketua pekida tu sendiri...

kalo pemimpin dia kat KL pon tak tau apa cerita, sekali lagik aku tanya kau tau ke sapa KETUA PEKIDA nih.? tau dak? aku bg hint la, ketua pekida nih tak jumpa org, org yg jumpa dia.aku pon ingat kau boleh bagik proof ketua pekida join arqam. tapi apa yg ada, KELENTONG sahaja.

ha ha ha..kalo STANDARD  pembuktian hang lagu ni....aku pun bulih kata yg segala sok sek sok sek gang hang kat forum ni semua auta krn tarak bukti...kecuali bukti DENGAQ CITE.....

pandai kau guys, dah gelabah tak boleh bg bukti pasal ketua pekida tuh cuba elak2 plak. sorii ha. aku bukan budak tak habis belajar cam budak2 arqam lain. kalo berani kau klik la link aku bg tuh.explain kat aku sajak yg dah kene delete tuh. part hari raya haji lebih besar dari hari raya puasa. tatie tak leh jawab,sheikhbelalang??prptprptprptpr!! cuba kau plak jawab. kan sajak asaari pujaan hati kau tuh? mustahil tak tau. sebab org aswj leih suka hadis.sajak2 tak suka. mintak mod jgn edit atau delete apa2. aku nak tunjuk kat koang wajah sebenar macai2 asaari  ni. betapa songsang dan penuh tipu daya mereka nih. come on guys, the ball is in your court.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2006 05:57 PM | Show all posts
Originally posted by syeikhbelalang at 25-1-2006 10:27 PM



Tak mengapalah kalau nak mengatakan saya bukan anak didik Abuya!!


Memang saya insan yang jahat dan banyak dosa!

Cuma hasil dari didikan Abuya saya dapat memperbaiki akhlak saya yang b ...


MAsalah juga dia ni... hasil didikan minda sahaja bukan hasil didikan Abuya terus ....

[ Last edited by Abuyazid at 26-1-2006 05:59 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2006 06:03 PM | Show all posts
Originally posted by snipersnake at 26-1-2006 01:43 PM


fakta? kau bercakap pasal fakta? apa fakta yg kau ada dlm post kau..asyik2 post bermula DENGAR CERITA..itu fakta ker? kuat tipu. berdosa guys. kau kata ketua pekida masuk arqam. kau tau sapa ke ...


Awak kena paham disini, sbelalang tu bukan orang rufaqa... jadi kadang2 pendapat dia pun yang menyakit hati awak harap maaf la kerana dia bukan orang rufaqa ... saya paham cara orang rufaqa macamamana. awak sendiri paham kan? harap maklum
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2006 10:38 PM | Show all posts
hehehe....sniper bila belalang masuk pheww...inilah masa ndak hentam rufaqa..sebb dia tahu belalang/hambasufi dan etc multinick  punya post memang sesuai sekali utk digunakan  kutuk rufaqa....hehehe....

tapi sudah ler sniper...minta bukti pada kami, tetapi DAKWAAN DAN FITNAH AWAK PADA RUFAQA dan USTAZ ASHAARI pun tak der bukti..cam tin kosong ajer awak ni dan yg sewaktu dengannya...

ishkk..terasa buang masa layan tin kosong ni...baik tatie terus beri info seterusnya....
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2006 10:39 PM | Show all posts
pandai kau guys, dah gelabah tak boleh bg bukti pasal ketua pekida tuh cuba elak2 plak. sorii ha. aku bukan budak tak habis belajar cam budak2 arqam lain. kalo berani kau klik la link aku bg tuh.explain kat aku sajak yg dah kene delete tuh. part hari raya haji lebih besar dari hari raya puasa. tatie tak leh jawab,sheikhbelalang??prptprptprptpr!! cuba kau plak jawab. kan sajak asaari pujaan hati kau tuh? mustahil tak tau. sebab org aswj leih suka hadis.sajak2 tak suka. mintak mod jgn edit atau delete apa2. aku nak tunjuk kat koang wajah sebenar macai2 asaari  ni. betapa songsang dan penuh tipu daya mereka nih. come on guys, the ball is in your court.


buat masa ni saya tak akan delete apa-apa, samada belah rufaqaq  dan pak malay atau belah sniper, grave, lulu dll. kalau dah nak bertekak sangat saya nak tgk korang bertekak ni sampai ke mana.

mod lain saya tak tahu lah. kalau mereka delete saya tak boleh buat apa2.

hah bercakaplah korang aku nak tengok!
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2006 10:42 PM | Show all posts
Berbalik kepada soal asal. Dari mana Ustaz Haji Ashaari Muhammad mendapat maklumat mengenai syeikh tarekatnya itu bakal muncul sebagai Imam Mahdi?


Salah satu sumber zahirnya adalah bersandarkan kepada kenyataan yang dibuat oleh Al-Fadhil Usuz Muhammad Taha Suhaimi, cucu kepada Sayidi Syeikh Muhammad bin Abdullah as-Suhaimi, seperti yang tersiar dalam akhbar Sunday Times, Singapura, pada 13 Julai 1986.

Ketika itu, tidak timbul langsung apa-apa dakwaan daripada Pusat Islam bahawa Ustaz Muhammad Taha Suhaimis telah sesat dan bidaah kerana mengaku datuknya bakal Imam Mahdi. Tetapi apabila perkara yang sama disebut oleh Ustaz Haji Ashaari bin Muhammad, iaitu mengulang sahaja pendapat Ustaz Muhammad Taha Suhaimi, Pusat Islam mengambil tindakan yang sangat agresif, seolah-olah singa kelaparan yang baru dikejutkan dari tidurnya oleh seekor mangsa.

Menurut Mustaffa Suhaimi, terdapat enam alasan utama mengapa cucu pengasas Aurad Muhammadiah itu iaitu Ustaz Taha Suhaimi membuat dakwaan demikian terhadap datuknya itu yang antaranya adalah;

1.

Pengakuan itu adalah lanjutan daripada pendedahan-pendedahan lain yang telah dibuat di dalam buku Manaqib Syeikh Muhammad as-Suhaimi. Buku manaqib ini, yang ditulis dalam bahasa Jawa, seperti juga buku-buku manaqib syeikh tarekat yang lain, tidak dimaksudkan untuk sebaran umum. Sebarannya memang dihadkan kepada para 'pengikut dan pengamal Aurad Muhammadiah sahaja. Orang luar memang tidak perlu tahu dan tidak perlu ambil tahu akan isi kandungannya, apa lagi mempertikaikannya. Maknanya pendedahan ini adalah sambungan daripada pendedahan yang pernah dibuat oleh bapanya sendiri.

Pendedahan di dalam manaqib itu dibuat oleh anak pengasas Aurad, Ustaz Muhammad Fadhlullah Suhaimi dengan tujuan khusus untuk memperkuatkan bukti bahawa Aurad Muhammadiah itu adalah tarekat yang sah dan berasal daripada Rasulullah SAW sendiri. Tujuannya yang lain adalah untuk memberitahu para pengikut bahawa syeikh tarekat mereka telah diberi nikmat karamah yang besar oleh Allah. Dengan ini, mereka akan bertambah giat lagi beramal dengan wirid-wirid tarekat mereka itu. Hal seperti ini sudah biasa dilakukan oleh mana-mana tarekat pun, sejak dulu-dulu lagi.

Pendedahan itu asalnya bertujuan khusus untuk para pengikut dan pengamal Aurad sahaja, dengan tujuan meyakinkan lagi mereka bahawa Aurad yang mereka amalkan itu adalah Aurad tarekat yang benar. Tidak timbul soal orang luar ambil peduli atau tidak, percaya atau tidak, tahu atau tidak.

Memang setiap pendedahan mengenai syeikh tarekat adalah khusus untuk kegunaan dalaman sahaja, tidak untuk tatapan umum, apatah lagi untuk tujuan disensasikan dalam mana-mana penerbitan, Lagi pun, pengikut dan pengamal Aurad itu semakin bertambah dan meliputi kawasan yang jauh-jauh. Pengamal Aurad ini semakin banyak terdapat di Singapura, Johor, Tanah Jawa dan Sumatera. Pendedahan terhadap datuknya ini dirasakan perlu dan dibolehkan dalam keadaan yang kukuh seperti ini.

bersambung...

[ Last edited by serihartatie at 26-1-2006 10:45 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2006 10:48 PM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 26-1-2006 10:39 PM


buat masa ni saya tak akan delete apa-apa, samada belah rufaqaq  dan pak malay atau belah sniper, grave, lulu dll. kalau dah nak bertekak sangat saya nak tgk korang bertekak ni sampai ke mana.  ...


hehehe...sabar ustaz...bykkan zikir malam jumaat ni........

tatie memang maleh ndak layan sgt si sniper, lulu dan grave ni, nampak sgt bodoh kalau dok layan cerita dan dakwaan mengarut dier tu....
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2006 11:00 PM | Show all posts
kalu maleh duk syp udah ler.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2006 11:16 PM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 26-1-2006 11:00 PM
kalu maleh duk syp udah ler.


duk senyap cam ner ustaz...hehehe....kdg-kdg bila depa mengarut sgt dan timbulkan fitnah kena gak jawab..nanti org yg tak tau menahu, terseret dalam mempercayai fitnah tu..sian depa...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2006 11:25 PM | Show all posts
mmm ikut pandai lah
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2006 11:46 PM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 26-1-2006 10:39 PM


buat masa ni saya tak akan delete apa-apa, samada belah rufaqaq  dan pak malay atau belah sniper, grave, lulu dll. kalau dah nak bertekak sangat saya nak tgk korang bertekak ni sampai ke mana.  ...


syukran jazilan ya uztaz.

saya takkan personal attack apa2, walaupon budak2 nih selalu membabitkan org rumah saya...sian dia tgh jahit seluar saya tuh   tak pasal2 jer dia terbabit. saya cuma akan mendedahkan akhlak konco2 asaari nih. itu sahaja. bak kata org, bagaimana acuan, begitulah kuihnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2006 08:29 AM | Show all posts

sambungan

Originally posted by serihartatie at 26-1-2006 10:42 PM
Berbalik kepada soal asal. Dari mana Ustaz Haji Ashaari Muhammad mendapat maklumat mengenai syeikh tarekatnya itu bakal muncul sebagai Imam Mahdi?


Salah satu sumber zahirnya adalah  ...



Menentukan siapa dia Imam Mahdi itu secara khusus sebelum munculnya, hukumnya adalah harus dan tidak merosakkan akidah.

Ini memandangkan bahawa soal ini adalah soal yang khilafiah sahaja. Atas dasar itu, beliau mengumumkan kepada para/pengamal khususnya dan orang ramai amnya bahawa datuknya itu adalah bakal Imam Mahdi yang akan muncul tidak lama lagi. Ini berdasarkan beberapa isyarat dalaman yang beliau terima dan hanya beliau yang lebih memahaminya, berkat daripada Aurad yang beliau amalkan sejak dahulu lagi. Beliau yakin bahawa ijtihadnya itu adalah benar, dan mendapat pahala kerana beliau yakin beliau sudah mendapat ilmu yang mencukupi dan mencapai tahap mampu mengeluarkan ijtihadnya sendiri, khusus dalam soal Imam Mahdi ini sahaja.

Pengakuan itu tidak dibuat oleh pengasas Aurad Muhammadiah itu sendiri, juga tidak timbul dari pengaruh nafsu, tidak juga timbul dari khayalan cucu pengasas Aurad itu, tidak juga dengan tujuan duniawi.

Pengakuan itu dibuat berdasarkan fakta dan sumber-sumber yang meyakinkan akan kebenaran pengakuannya itu. Tidak berlaku sebarang kesilapan fahaman antara ucapan beliau dengan apa yang dicatat oleh wartawan yang melaporkan berita itu. Beliau sendiri pun bertanggungjawab penuh terhadap pengakuannya mengenai diri datuknya itu. Sebelum pengakuan ini dibuat, beliau sudah mengkajinya sungguh-sungguh dan mendapatkan segala maklumat yang diperlukan dari orang-orang salih yang masih hidup lagi, kini sudah berumur lanjut yang pernah berjumpa sendiri dengan datuknya itu.

bersambung...

(info ini bermanafaat bagi yg benar-benar jujur utk tahu, bukan yg hanya suka tabur fitnah....)

[ Last edited by serihartatie at 27-1-2006 08:30 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2006 09:18 AM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 26-1-2006 10:42 PM
Ketika itu, tidak timbul langsung apa-apa dakwaan daripada Pusat Islam bahawa Ustaz Muhammad Taha Suhaimi telah sesat dan bidaah kerana mengaku datuknya bakal Imam Mahdi. Tetapi apabila perkara yang sama disebut oleh Ustaz Haji Ashaari bin Muhammad, iaitu mengulang sahaja pendapat Ustaz Muhammad Taha Suhaimi, Pusat Islam mengambil tindakan yang sangat agresif, ...


Nak tahu kenapa? Yakni kenapa Pusat Islam bertindak?

Kerana Asaari menambah asam garam lagi pada dakwaan Ustaz Taha Suhaimi itu iaitu dia adalah Pemuda Bani Tamim yg akan menyerah panji2 kpd Imam Mahdi.. dan dia bakal jadik PM Malaysia sebelum kedatanagan Imam Mahdi...

Inilah satu antara ribuan"'angan2" Asaari yg didakwanya dia dpt secara yakazah dpd Rasulullah dan dpd Sheikh Suhaimi, secara jaga (bukan mimpi)...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2006 09:23 AM | Show all posts
Originally posted by Kopi-Topi at 27-1-2006 09:18 AM


Nak tahu kenapa? Yakni kenapa Pusat Islam bertindak?

Kerana Asaari menambah asam garam lagi pada dakwaan Ustaz Taha Suhaimi itu iaitu dia adalah Pemuda Bani Tamim yg akan menye ...



kalau menentukan Imam mahdipun bukan berkait dengan AKIDAH mengapa Pusat Islam ketar lutut bila timbul isu PEMUDA BANI TAMIM?...

anda ni tak faham ker, selagi ia perkara khilafiah ia bukan SESAT....sabarlah wahai kopitopi, tatie tk habis paparkan hujah lagik...nanti akan tiba juga isu PBT ini..sekrg kita bicara dulu pasal isu Imam mahdi tu...ramai yg ndak tahu...

anda yg dah takut dgn bayang sendiri..hermm....
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2006 09:27 AM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 26-1-2006 10:42 PM
...buku Manaqib Syeikh Muhammad as-Suhaimi ini, yang ditulis dalam bahasa Jawa, seperti juga buku-buku manaqib syeikh tarekat yang lain, tidak dimaksudkan untuk sebaran umum. Sebarannya memang dihadkan kepada para 'pengikut dan pengamal Aurad Muhammadiah sahaja. Orang luar memang tidak perlu tahu dan tidak perlu ambil tahu akan isi kandungannya, apa lagi mempertikaikannya...

Pendedahan di dalam manaqib itu dibuat oleh anak pengasas Aurad, Ustaz Muhammad Fadhlullah Suhaimi dengan tujuan khusus untuk memperkuatkan bukti bahawa Aurad Muhammadiah itu adalah tarekat yang sah dan berasal daripada Rasulullah SAW sendiri...

Memang setiap pendedahan mengenai syeikh tarekat adalah khusus untuk kegunaan dalaman sahaja, tidak untuk tatapan umum, apatah lagi untuk tujuan disensasikan...


Hakikatnya, Asaari telah mensensasikan isi manakib ini, pd permulaannya kpd ahli2 Arqam sahaja, lama kelamaan kepada umum , atas sebab beliau nak menguatkan /mengukuhkan hujjah bhw dakwaan beliau adalah Pemuda Bani Tamim... yg kononya berperanan besar kepada kemunculan Syeikh Suhaimi sebagai Imam Mahdi...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.087582 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list