|
Hael X Dayang : Cahaya Mata Mu Berakhirkan Namaku , Cahaya Mata Ku Persis Raut
[Copy link]
|
|
Author |
Post time 6-1-2020 10:47 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
mamapip replied at 6-1-2020 10:36 AM
Sapa kita nak paksa2 depa
Ramai je artis2 lain bercinta bertahun tak kawen2....biar la depa ur ...
sokong tu , walau pun kita ni gen mak2 risau faktor umur Dyg sbb kita harap dia boleh dpt baby sendiri; siapalah kita nak push. Cuma lega sikit demer ni bukan jenis menggelitis berdua sahaja , kemana pergi berescort ( yg kita nampaklah). So dah selamat satu pasal. Ye lah setakat mana sangat boleh ber PDA. ada limit kannn. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 6-1-2020 10:52 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
blythes replied at 6-1-2020 09:16 AM
Berat hael 53kg. Nanges iols
hael ni kecik tapi muscle ketat, tengok pic masa bervc kat badminton court pun tahu , plus sejenis hyper jugak.
If dapat anak lelaki nangislah queen kejar anak |
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu tt, ingat time ella kawin.. Pun kecoh org tnya bila, walhal msg2 dh mklum, reputz pun bodo piang jugak.. Jojie tu lg sedih, pregnant at 50 tp tk lama.. Dua2 pun ambik ank angkt senyap2 esp ella.. Somehow bila dh kawin you need to tie n ground your hub apatah lg yg tgh hot n ganteng.. |
|
|
|
|
|
|
|
Anyways both pun ambik masa lama nak sampai level skrg. Hael 14 yrs, Dayang 20 yrs. So mesti dorg taknak career dorg di overshadow by love life. So takpe kita pon paham. Haeyangers kan fanclub paling sophisticated (walau kdg2 kenot control ) ever existed in the history of local industry gittewwwww |
|
|
|
|
|
|
|
Gigihnya Kween, masa show bukak rantai, pastu pakai balik. Takut baby merajuk kerr.
Baby rantai tak bukak2 24/7. Tapi dah pakai cincin gedabak tu pulakkk |
|
|
|
|
|
|
|
jambang dah return. jangan shave2 lagi tau .. nampak mcm calon PT3 sangat bila tebas bersih tu
|
|
|
|
|
|
|
|
iols sebenarnya nak dengar hael citer lebih detail pasal lagu hati ni.. tapi rasanya interview dgn hot fm tu je la satu-satunya yg ada sentuh sket.. yg lain byk citer pasal lain kan..
tunggu sesi di muzik-muzik & meletop pulak..
|
|
|
|
|
|
|
|
mdmy replied at 6-1-2020 09:04 AM
wahh , takde maknanya nak cover, smlm tangan kat bahu shayang yekk:-):-):-):-)
sebbaek fans yg j ...
Alaaaa ni tgk kat mana??? |
|
|
|
|
|
|
|
Semlm bkn tema black n white pun, tp ngapa qd pilih white.. Kan mengundang gn oppa n tux.. Elok lg in tie.. Mcm qd sorang je retis in white semlm.. Miwapijah bwa plus one dia uolls.. Segak n nmpklh org bijak2 n have have.. Cian pulak gn shipper remyra.. Uhuu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tpahtertipu replied at 6-1-2020 03:29 PM
Semlm bkn tema black n white pun, tp ngapa qd pilih white.. Kan mengundang gn oppa n tux.. Elok lg i ...
Plus one dia tu anak yb perak tu kan... Wan emir |
|
|
|
|
|
|
|
nanti bye-bye laa Mira from tv screen , bila dah dgn anak vip ni tau2 sajalah
sebab tu kita kena doakan Haeyang ni berjodoh , win-win situation gittew. Takkan Hael nak Dayang stop performing
|
|
|
|
|
|
|
|
alaa you ni, biarlah dia nak pakai baju apa pun. Sebelum and semasa show ok jer. lepas tu lantaklah
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 6-1-2020 04:14 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Acikayumii replied at 6-1-2020 03:20 PM
Alaaaa ni tgk kat mana???
ada sorang fan ni komen kat ig hael , dia yg tulis citer ni |
|
|
|
|
|
|
|
Aduhaiiiiii ciknab tingin nak duet ngan Hael
SETIAP tahun, kita mengharapkan akan ada permulaan baharu dalam mengejar impian dan cita-cita.
Bagi penyanyi dan pelakon, Nabila Razali, sempena tahun baharu 2020 ini, dia mempunyai impian dalam memastikan kelangsungan kariernya sebagai anak seni terus bergerak dengan cemerlang.
Seperti penyanyi lain, Nabila juga bercita-cita mengeluarkan albumnya sendiri walaupun tidak tahu sama ada boleh melakukannya pada tahun ini atau tidak.
“Saya sendiri tak berani nak janji sekiranya akan menerbitkan album dalam tahun ini. Namun, tentunya saya ada matlamat tersendiri untuk melengkapkan impian tahun ini,” katanya.
Berbicara mengenai karier nyanyiannya, Nabila berkata, dia kini sedang mencari material yang sesuai untuk lagu sebagai single terbaharunya.
“Nama saya sudah cukup sinonim dengan lagu pop yang rancak. Jadi, sudah tiba masanya untuk saya keluarkan satu lagu berentak balada untuk menampilkan kelainan,” katanya.
Namun, Nabila sedar kemampuan vokalnya yang masih lagi kurang jika dibandingkan dengan penyanyi balada sedia ada.
“Kalau saya keluarkan lagu dengan konsep yang sama, orang sudah boleh agak bagaimana hasilnya. Jadi, saya nak cari lagu balada, namun itu pun satu cabaran buat saya.
“Ada beberapa demo yang saya terima, namun perlu pilih dengan teliti kerana sedar akan kemampuan vokal saya. Jadi, kalau boleh biarlah lagu yang akan saya nyanyi dan keluarkan itu sesuai dengan vokal dan jiwa saya,” katanya.
Walaupun sedang mencari lagu berentak balada, Nabila masih lagi menerima beberapa lagu pop.
“Semua lagu yang dihantar kepada pihak pengurusan saya enak-enak belaka. Namun, buat masa sekarang, saya perlu berhenti seketika daripada memilih lagu rancak.
“Saya nak keluar dari kepompong muzik ‘Nabila Razali’ yang sudah dilabel sebagai penyanyi lagu rancak. Kalau boleh, saya tak mahu ada peminat yang mula bosan dan menganggap saya mampu menyanyi satu genre lagu sahaja.
“Secara tak langsung, akan ada beberapa genre dalam album yang akan saya keluarkan kelak,” katanya.
Ditanya sama ada dia pernah merancang mengeluarkan satu lagu duet bersama artis tempatan, Nabila mengakui pernah merancang ke arah itu.
“Saya belum pernah menyanyikan lagu duet. Dulu pernah ada rancangan ke arah itu dan salah satu impian saya adalah untuk berduet dengan Hael Husaini.
“Namun, timbul kerisauan sekiranya saya akan dibandingkan dengan rakan duetnya, Dayang Nurfaizah. Saya tak mahu timbul isu sebegitu,” katanya.
Menyenaraikan beberapa nama rakan artis yang dia ingin berduet bersama, Nabila juga tidak menolak sekiranya ada bakat baharu yang sesuai untuk dijadikan rakan duet.
“Kalau untuk lagu pop, saya rasa teringin berduet bersama Ismail Izzani, manakala kalau untuk lagu balada, nama Sufian Suhaimi ada dalam senarai saya.
“Namun, saya tak tolak sekiranya ada bakat baha ru yang sesuai dijadikan rakan duet. Yang paling penting adalah keserasian antara saya dengan penyanyi itu,” katanya.
Bercerita mengenai lakonan, Nabila kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri Seindah Tujuh Warna Pelangi yang dijangka ditayangkan di TV3 Februari nanti.
“Ia adalah gandingan pertama saya bersama Aeril Zafrel dan akan menjadi drama pertama lakonan saya yang ditayangkan dalam tahun ini.
“Berlakon dengan Aeril adalah satu pengalaman yang bagi saya, menyeronokkan kerana dia adalah pelakon berpengalaman. Bakatnya juga tak perlu dipertikaikan lagi.
“Saya sebagai pendatang baharu dalam dunia lakonan masih lagi belajar banyak benda dan gunakan pengalaman lakonan sebelum ini, untuk diaplikasikan dalam drama ini,” katanya.
Ditanya mengenai minatnya dalam bidang lakonan, Nabila berkata, dia benar-benar ingin mendalami dunia lakonan.
“Saya beberapa kali digandingkan dengan pelakon lelaki yang berpengalaman. Jadi, untuk memastikan turut mampu memberikan lakonan memberangsangkan, saya ada mengikuti kelas lakonan.
“Namun, saya tak terlalu menghebahkannya mengenainya kerana takut penonton meletakkan harapan terlalu tinggi dan tak mampu untuk memberikan hasil seperti yang mereka harapkan,” katanya.
Yang pasti, Nabila mengharapkan 2020 menjadi tahun terbaik dalam hidupnya terutama membabitkan kerjaya
sebaik dia sedar tak dapek nak lawan 'rakan duet' Hael
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... nggan-peminat-bosan |
|
|
|
|
|
|
|
Wow nyanyian HHDN hariini kat resepsi fawaa dapat pujian lah from wedlocx.co |
|
|
|
|
|
|
| |
|