|
UMRAH & HAJI XIII, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)
[Copy link]
|
|
Saya baru pulang pada 23/2 aritu . Mmg stroller tak boleh masuk nampaknya sbb saya nampak diaorang tawaf dengan dukong aje baby tu. Kalau saie ,boleh gak naik mobile scooter yang ada kat tingkat satu tu. |
|
|
|
|
|
|
|
linamad8 posted on 25-2-2013 09:40 PM 
Saya baru pulang pada 23/2 aritu . Mmg stroller tak boleh masuk nampaknya sbb saya nampak diaorang t ...
boleh ker dukung anak masa tawaf..setahu saya tak boleh sebab ada tanya penceramah haritu..
|
|
|
|
|
|
|
|
rasengan posted on 26-2-2013 10:07 AM 
boleh ker dukung anak masa tawaf..setahu saya tak boleh sebab ada tanya penceramah haritu..
Sekiranya anak puan belum khatan eluk jangan di dukung kerana ia dikira sebagai menanggung najis.Salah satu syarat tawaf ialah bersih,berwuduk dan tidak menanggung najis.Implikasinya jika anda lakukan juga tawaf anda tidak sah.Seterusnya umrah anda juga tidak sah .
Justeru sebagai jalan terbaik panel cadangkan agar anda perlu mendapatkan kereta tolak (wheelchair)yang banyak terdapat di sekitar tempat saie.Gunakanlah dengan yakin sehingga anda habis tawaf dan saie seterusnya bertahallul .Dengan ertikata lain anda dapat menyempurnakan kesemua rukun umrah anda.Wallahu a'lam.
sumber :- http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/45328
Copy the Code |
|
|
|
|
|
|
|
ummi_ina posted on 26-2-2013 10:23 AM 
Sekiranya anak puan belum khatan eluk jangan di dukung kerana ia dikira sebagai menanggung najis. ...
owhh..terima kasih ummi_ina... |
|
|
|
|
|
|
|
msaadhamid posted on 25-2-2013 06:59 PM 
1. Selalu nampak banyak stroller diletakkan berhampiran pintu masjid.
dan ...
Haji, bukan stroller je hilang, personal wheelchair kalau tinggal kat luar walau berkunci pun hilang. Last year masa saya pergi Umrah, kami bawak wheelchair untuk ibu, masa menunggu waktu nak solat ada jemaah lelaki M'sia datang kat wheelchair ibu saya belek belek wheelchair ibu, saya tanya kenapa? dia tanya saya bawak sendiri dari M'sia ke nasib baik wheelchair tersebut siap bertanda nama ibu saya. Rupanya wheelchair isteri dia sebentuk cam ibu saya punya hilang masa letak di luar masjid. Saya tanya macam mana boleh letak luar masjid, katanya isteri nak cuba tawaf tanpa wheelchair. Mungkin bukan rezeki mereka wheelchair tersebut.
Last edited by aily on 26-2-2013 12:32 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum wbt,
Ehem telah selamat kembali dari menunaikan umrah pada 17/02 hari tu ...
baru boleh masuk chck-in ... hihihi
Alhamdulillah perjalanan kami dipermudahkan .. mudah-mudahan ibadat kami diterima. Inshaa Allah.
Kena start simpan duit untuk menunaikan haji. Doa yang tak pernah putus & lupa didepan kaabah agar ada jemputan haji untuk kami diwaktu terdekat ini. (kalau ekut giliran 30tahun lagik ..huhuhu) Tapi rezeki & jemputan ... mana kita tahu kan ..???
|
|
|
|
|
|
|
|
alisya05 posted on 25-2-2013 11:10 AM 
ni pengalaman saya masuk Makkah pada 8/2 haritu
bertolak dari KLIA jam 3.00 ptg...sampai epot J ...
alisya dapat hotel mana kat mekah???
|
|
|
|
|
|
|
|
Insya allah saya akan pegi umrah berdua dgn suami pd 21 April nanti melalui Andalusia.. so far baru pegi kursus umrah 23 Feb yg lepas dgn Ustaz Daud Che Ngah.. kelakar betul Ustaz tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum,
Saya ada satu pertanyaan dan mintak kpd sesiapa yg arif tolong jawab. Saya akan berangkat ke Jeddah pada 15/3 jam 0300, dan sampai airport jeddah 0720. So, waktu nak tunaikan solat subuh tu adakah base on waktu berlepas atau solat 2 jam sebelum mendarat?
atau ada cara lain nak tentukan waktu subuh? TQ. |
|
|
|
|
|
|
|
ehem_ehem79 posted on 26-2-2013 03:15 PM 
alisya dapat hotel mana kat mekah???
Hotel Elaf Al mutaqqa...tak jauh dlm 400m dari Masjidil Haram. pemandangan dari bilik betul2 mengadap bahagian belakang zam-zam tower
[img] [/img]
Last edited by alisya05 on 27-2-2013 10:06 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
ilacantik posted on 26-2-2013 09:54 PM 
Assalamualaikum,
Saya ada satu pertanyaan dan mintak kpd sesiapa yg arif tolong jawab. Saya akan ... Walaikumsalam..
Pergi naik penerbangan apa?
Pengalaman saya...kalau susah sangat tanya je pada pramugari atau pramugara.
Biasanya dia orang akan beritau .Kadang kadang dia org akan bertanya pada kepada Pilot.Inysalah..
Last edited by aziefa on 27-2-2013 02:27 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Just nak share nota Prof Muhd Kamil Ibrahim....
16 Rabiul Akhir 1434
Inilah Dunia Kita
Beberapa minggu yang lepas ada yang bertanya, "Prof saya tidak mempunyai mahram. Hati sangat berkeinginan untuk menunaikan umrah. Ustaz yang menguruskan pakej ini mencadangkan saya supaya membuat surat nikah palsu menggunakan nama jemaah lelaki lain yang tidak membawa isteri. Apa pendapat prof?"
"Saya tidak pandai tetapi jika saya di tempat puan, saya memilih untuk tidak melakukannya," jawapan ringkas berpandukan logik rasa dan akal. Ia berakhir di situ.
Malam tadi saya makan malam di restoran Pizza Arab bersama tiga jemaah umrah. Dua daripadanya pasangan ayah dan anak perempuan. Seorang lagi datang solo tanpa isteri. Kedua-duanya kenalan kami sekeluarga.
"Prof, ketika saya di airport, saya dimaklumkan yang saya mempunyai mahram. Wanita yang datang bersendirian. Mereka telah memalsukan surat nikah dengan saya dijadikan suami. Beliau isteri orang. Kami perlu bersama beliau ketika pemeriksaan imigresen. Rimas saya. Entah, saya tidak faham orang sanggup menipu untuk menunaikan umrah".
Rupanya ia benar-benar terjadi.
Saya bergurau, "Nana, bagaimana dengan ibu baru?". "Emak orang uncle. Kami tidak selesa tengok perangainya".
Umrah atau haji bukanlah ibadat main-main (nota: mana ada amal ibadat main-main?). Namun ia kini menjadi satu permainan yang sangat menakutkan. Saya fikir dunia tidak lagi menginsut ke arah penghujungnya. Ia semakin pantas berlari. Banyak kerja gila dilakukan orang. Lihatlah ayat 70, surah Al-Anaam yang bermaksud,
"Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab Neraka) dengan sebab apa yang dia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji).........."
Perniagaan umrah dan haji sangat lumayan. Ada di antara mereka yang mengendalikan perniagaan ini menjadi kapitalis bertopengkan Islam. Rohnya sudah tidak takut dan gentar kepada Allah SWT. Itulah yang disebut Allah bagaimana manusia menjual agamanya untuk mendapat keuntungan yang sedikit.
Agaknya...... inilah dunia kita. Kita penghuninya. Dan kita semakin tidak mengenali mana yang benar atau bayang-bayang.
Kami mohon keampunan Mu ya Allah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya ada pertanyaan tentang plug point di mekah & madinah. Kita kena guna adapter ke utk charge henfon dsb. Atau plug point dia sama mcm kita di malaysia? |
|
|
|
|
|
|
|
Sila like page ni jika anda rindukan Kaabah / Mekah ..
** sapa ada pengalaman buat tawaf masa hujan ? sesapa yg baru balik ni, skrg ada hujan tak kat sana ?

http://www.facebook.com/IslamDaily360?group_id=0 Last edited by im_comey on 28-2-2013 08:21 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
kuncisaya posted on 28-2-2013 07:28 AM 
Saya ada pertanyaan tentang plug point di mekah & madinah. Kita kena guna adapter ke utk charge henf ...
Sila rujuk post terdahulu saya di sini. Kekadang di Makkah/Madina, campuran socket 2pin & 3pin pun ada sekali dalam bilik hotel kita. Makna, bucu belah sana socket 2pin, bucu belah sini socket 3pin! 
|
|
|
|
|
|
|
|
Akur0ck posted on 27-2-2013 05:00 PM 
Just nak share nota Prof Muhd Kamil Ibrahim....
hadoii... ni kalu isteri kat rumah tau nih, mau balik umrah kena tido luar.... 
|
|
|
|
|
|
|
|
teringat masa gi haji tahun 2009... melalui muasasah... sarapan tak disediakan..
jadi setiap pagi selepas balik dari masjidil haram.. mesti pergi beli roti (taliban) cicah ngan kuah dal
kadang-kadang tu ditepi jalan ada aje.. yang memberi sedekah roti ..
kita orang apa lagi.. dapat aje roti terus beli ais krim. .. betapa nikmatnya makan air krim mekah..
dicadangkan sesiapa gi sana.. beli le ais krim.. sebab rasanya tak sama ngan ais krim disini.
yang kelakarnya..makcik/pakcik pun makan ais krim .. pagi2 hari pulak tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Airis posted on 26-2-2013 07:31 PM 
Insya allah saya akan pegi umrah berdua dgn suami pd 21 April nanti melalui Andalusia.. so far baru ...
insya Allah saya pun prgi tarikh yg sama dgn suami, anak lelaki dan 4 org saudara lain. Airis dah siap ke passport, visa, suntikan semua tu? kursus umrah anjuran TA saya dah prgi sekali, tp tiap2 hari jumaat saya join kursus haji kt masjid. |
|
|
|
|
|
|
| |
|