|
ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015
[Copy link]
|
|
shimah81 posted on 12-9-2012 10:44 AM
makasih.. tunggu novel nikki plak...
ke dah ada di pasaran.. ai ni byk dah ketinggal ...
Saya baru bertatihlah Shima. Tapi, kalau ada rezeki, nak juga tengok SAK ni dalam bentuk buku...
|
|
|
|
|
|
|
|
Fifi memandang ke sekeliling. Setelah meronda satu Bandar Kluang yang cuma mengambil masa 15 minit, Fandi membawanya singgah di sebuah gerai makan.
Stesen keretapi? Apa yang best? Sampai beriya-iya Fandi mengajak datang ke sini semata-mata hendak minum kopi. Mata Fifi meliar memandang orang ramai yang sedang menunggu keretapi. Gerai yang menjadi tempat persinggahan juga penuh.
“Apa yang best tempat ni?” Fifi bertanya
“Kopi dia begini” Fandi menjawab sambil mengangkat kedua belah ibu jarinya lalu tersengih. Fifi mencebik.
Segelas kopis ais sudah pun di pesan bersama sepiring roti bakar. Fifi cuma memesan segelas milo ais.
“Tempat ni dah lama. Rasanya mula tahun 40-an. Masa kecik-kecik dulu, abah selalu bawak saya, Kak Nazi dengan Ilah breakfast kat sini. Sambil-sambil tengok keretapi lalu” Tutur Fandi. Seperti biasa, Fifi terangguk-angguk.
“Ilah tu, Nabilah ke? Adik awak yang hilang tu?” Fandi angguk.
“Sampai sekarang awak tak tahu dia kat mana?” Fandi diam. Soalan itu memerlukan kepastian sebelum di jawab.
“Dia hilang macam tu je. Tiba-tiba tak balik rumah. Tak ada pesan, tak ada tanda” Fandi berkata lagi.
“Mak macam orang gila masa tu. Menangis tak berhenti. Puas juga kita orang cari, sampai sudah tak jumpa.”
“Tak buat report polis?”
“Dah. Tapi sampai sekarang belum ada apa-apa lagi” Fifi angguk lagi.
“Setahun juga mak sedih. Tahun tu, raya pun macam tak ada sambutan. Mak langsung tak nak buat apa-apa” Fifi tekun mendengar kata-kata Fandi.
“Awak tak cuba cari lagi?”
“Trying hard” Fandi berkata sambil tersenyum. Fifi mengangkat kening.
“Takkan awak tak sedih bila Ilah hilang?”
“Mestilah sedih. Adik saya. Saya memang rapat dengan Ilah. Dengan Kak Nazi tak berapa rapat sebab dia kuat membebel” Fandi berkata sambil tersengih. Fifi memandang Fandi lama.
“Kenapa?” Fandi bertanya apabila Fifi merenungnya.
“You like to hide your feeling, don’t you?”
“Saya?” Fifi angguk.
“Kalau awak sedih ke, marah ke, awak jarang nak tunjuk. Diam je” Fifi berkata lagi.
“Kalau saya tunjuk, nanti ada masalah lagi besar”
“Masalah apa?”
“Saya boleh bertukar jadi hijau” Fifi mencebik tapi kemudian tertawa sama apabila Fandi sudah tergelak-gelak. Tapi Fifi akui itu. Adakalanya, dia sendiri seriau bila melihat Fandi bermuka serius.
“Tak ada manusia yang sempurna Sofea. Saya pun macam awak juga. Ada kekurangan, ada kelemahan. Sama ada saya sedar atau tidak, saya juga buat dosa. Ada masanya saya pun lalai. Tapi kita kenalah berdoa selalu, supaya Allah terus tetapkan iman kita pada jalan yang benar” Fifi diam.
“Awak ni penyabarkan?”
“Iya ke?” Fifi angguk.
“Sabarkan separuh dari iman” Fifi diam.
“Kadang-kadang, Allah turunkan bala sebagai kifarah dosa kita. Kadang-kadang, Allah turunkan dugaan sebagai peringatan . Kadang-kadang, Allah berikan kita ujian supaya kita tahu, setinggi mana iman kita. Ujian dan dugaan itu tanda Allah sayang. Nabi yang bersifat maksum pun di uji, apatah lagi manusia biasa macam kita ni” Fifi tunduk.
“Kadang-kadang, Allah berikan kita seseorang, sebagai peneman untuk mencari keredhaan” Fifi mengangkat muka, memandang Fandi. Fandi cuma tersenyum.
“Minumlah” Fandi berkata apabila makanan dan minuman sampai. Fifi angguk lagi sambil tersenyum. Last edited by Nicki_Meow on 12-9-2012 11:38 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
pandai abang Fandi ambik kesempatan
next! |
|
|
|
|
|
|
|
yummmm.. kopi stesen ketapi Kluang...... pastu g gunung berlumut ke, gunung Lambak lak ye Fandi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kamal dengan Akram, sapa lagi hot?
Kamal = abe bernard
Akram = abe fandi
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 12-9-2012 10:47 AM
Saya baru bertatihlah Shima. Tapi, kalau ada rezeki, nak juga tengok SAK ni dalam bentuk buku... : ...
InsyaAllah pasti akan diterbitkan juga suatu hari nnti...
Sy doakan ...
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 12-9-2012 10:51 AM
InsyaAllah! Kena bagi 100 episod. Baru worth buying katanya!
amboihh lady demanding nampak
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 12-9-2012 11:09 AM
Demand part game + score goal tu yg tak tahan....
biasalahhh hak-hak pembaca.Hehehheheee
menjana ideaa netul korang ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
next nicki.. |
|
|
|
|
|
|
|
nicki... chek nak tanya sat...
utk 1 episod hang ada berapa muka surat sebenaqnya kat word? Awat lady rasa macam pendek-pendek jahhh?
maksud tersirat: tak puas hati 1 episod jah... tak aci!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 12-9-2012 11:56 AM
Pendek-pendek hang cakap?
Untuk satu episode, paling panjang 8 pages. Paling sikit 5 pa ...
baaaiiikkkk!! ....
waiting for the next episode ...
|
|
|
|
|
|
|
|
bila ALYA nak ternampak kebahagiaan FENDI ngan FIFI... |
|
|
|
|
|
|
|
shimah81 posted on 12-9-2012 11:02 AM
InsyaAllah pasti akan diterbitkan juga suatu hari nnti...
Sy doakan ...
Thanks Shima....
|
|
|
|
|
|
|
|
Episode 57
Fandi duduk bersendirian di luar rumah dengan gitarnya. Memang begitu tabiatnya apabila pulang ke Kluang. Di pangkin inilah tempat dia sering melepak bersama rakan-rakan, terutama dengan geng enam jahanamnya. Sama ada di sini, ataupun di rumah seorang lagi rakannya, Pojie. Tapi kali ini, oleh kerana dia balik tanpa mewar-warkan kepada sesiapa, maka tiada sesiapa jugalah yang datang menjengah. Bukan tidak mahu, memang sengaja dia berbuat begitu. Ini kerana Fandi malas untuk menjawab soalan yang satu itu. Soalan yang berbunyi - Betul ke kau dah kahwin?. Lagipun, ramai di antara mereka yang merantau. Entah ada di Kluang pada masa ini atau tidak, Fandi tidak ada khabarnya.
Alya juga sering menemaninya di sini….satu waktu dahulu….
Alya? Hhmmm… Fandi menarik nafas.
Seminggu dua ini semakin kerap pula Alya menghubunginya hingga menimbulkan serba salah pada Fandi. Alya memerlukan sokongan sekarang dan Fandi juga tidak sampai hati untuk berkata jangan. Cuma yang menjadi keresahan padanya, Alya mahukan mereka berbaik seperti dulu. Bukan sebagai kawan, malah lebih dari itu.
Yaya nak putuskan tunang dengan Radzi
An, Yaya masih sayangkan An. Yaya harap, masih ada ruang untuk Yaya dalam hati An
Beberapa sms yang di terima dari Alya bermain di fikiran. Fandi mengeluh. Bohong kalau dia mengatakan, hatinya tidak terusik apabila Alya menghubunginya lagi. Lapan tahun bukan masa yang singkat. Pelbagai kenangan manis kelat yang sudah di lalui. Tapi… ah! Mana mungkin? Wajah Sofea berganti di fikiran. Fandi tersenyum.
“Awak” Fandi menoleh.
“Saya buatkan awak air” Fifi berkata lalu menghulurkan segelas kopi ais. Senyuman Fandi makin lebar. Gelas di tangan Fifi di sambut.
“Sedap. Ini yang sayang ni…” Fandi berkata menyebabkan Fifi tunduk malu-malu. Gelas di letakkan di tepi.
“Duduklah” Fandi mengajak. Tempat kosong di sebelahnya di tepuk menyuruh Fifi duduk.
“Tak roboh ke awak? Saya dah gemuk” Fifi berkata, separuh muncung.
“Isk, tak adalah. Awak ni…” Fifi tersengih, lalu duduk di sebelah Fandi.
“Gemuk pun abang sayang” Fandi berkata perlahan, tetapi langsung tidak memandang Fifi. Fifi buat tak dengar.
“Abah buat apa kat dalam?”
“Tengok tv”
“Mak?”
“Basuh pinggan. Nak tolong, mak cakap tak payah” Fifi menjawab. Memang niatnya mahu membantu Puan Sairah di dapur selepas makan malam tetapi Puan Sairah melarang. Fifi di suruh berehat saja.
Tangannya membelek-belek sebuah album gambar yang turut di bawa bersama. |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 12-9-2012 01:58 PM
Mana tau ni? Orang Kluang gak ke? Do we know each other?
Selalu merayap sampai ke Kluang.. my hubby rajin jalan2 cari makan.. ke simpang renggam, pontian...
pernah la jugak ke gunung lambak.. gunung berlumut.. walaupun di ujung tanjung..
|
|
|
|
|
|
|
|
wasap posted on 12-9-2012 02:09 PM
Selalu merayap sampai ke Kluang.. my hubby rajin jalan2 cari makan.. ke simpang renggam, pontian.. ...
Ah.... okay...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|