CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yipun78

BERITA AKHBAR MENGENAI ATM & PDRM

[Copy link]
Post time 8-9-2009 10:25 AM | Show all posts
ado lagi tersadai kek Port Klang tuu haa ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2009 10:35 AM | Show all posts
hmmm tak tau lak ada lagi...........
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2009 08:54 AM | Show all posts
Tapak kem ATM di bandar kekal


KUCHING: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak akan menjual tapak tanah kem lama miliknya terutama di lokasi di bandar utama berikutan ia akan menjadi aset strategik mengukuhkan pertahanan negara pada masa depan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata ketika ini ada beberapa kem lama yang berada di dalam atau berhampiran bandar utama dalam proses perpindahan ke lokasi baru yang lebih luas dan selesa.

Katanya, kem lama berkenaan tidak akan dijual semata-mata atas nilai komersial tinggi, sebaliknya dikekalkan sebagai aset ATM yang boleh digunakan sekiranya menerima arahan tertentu dari kerajaan.

"Aset ini tidak akan dijual walapun diketahui nilainya di pasaran komersial adalah tinggi, sebaliknya ia akan disimpan bagi tujuan strategi pertahanan di masa depan.

"Dengan langkah Kerajaan memperkenalkan program Private Public Partnership (PPP), saya yakin ATM pada masa depan tidak perlu lagi terlalu bergantung kepada kerajaan bagi mendapatkan pembiayaan membina infrastruktur dan kemudahan anggotanya," katanya ketika sidang media selepas melawat Kompleks Markas 1 Divisyen yang baru di Muara Tuang, di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat, Left Jen Zulkifeli Mohd Zin; Panglima 1 Divisyen, Mej Jen Datuk Awie Suboh dan Ketua Staf Am Markas Medan Tentera Darat, Brig Jen Datuk Shaharudin Abu Bakar.

Mengulas mengenai kelewatan pembinaan Kompleks Markas 1 Divisyen berkenaan, Zahid berkata, ia adalah sesuatu yang tidak dapat dielakan berikutan masalah kewangan yang dihadapi kontraktor namun secara keseluruhan beliau berpuas hati dengan kerja pembinaan.

"Pembinaan kem ini adalah antara projek yang dilaksanakan mengikut PPP dengan kelewatannya tidak membabitkan sebarang kos tambahan yang perlu ditanggung Kerajaan sebaliknya pemaju yang menanggung semuanya.

"Ia cuma terlewat empat bulan dengan pemaju telah memberi beberapa alasan yang diterima Kementerian Pertahanan selain mereka berjanji akan menyiapkannya sebelum pertengahan tahun hadapan," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2009 10:39 AM | Show all posts
Bajet: Operasi pertahanan tidak terjejas

AHMAD Zahid Hamidi (tengah) bersama Leftenan Jeneral Zulkifeli Mohd. Zin (kiri) semasa meninjau tapak projek pembinaan Kompleks Markas 1 Divisyen di Kota Samarahan, semalam.

KOTA SAMARAHAN 8 Sept. -- Kementerian Pertahanan menjangkakan pengurangan bajet sebanyak 20 peratus untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada belanjawan 2010 yang akan dibentangkan bulan depan tidak menjejaskan operasi pasukan pertahanan negara.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebelum ini kementerian itu merupakan kementerian keempat yang menerima peruntukan tahunan terbesar daripada kerajaan.

Menurut beliau, kementerian tidak mahu membebankan kerajaan dan pemilikan aset sedia ada mampu untuk memantapkan operasi dalam memastikan keselamatan negara terjamin.

"Saya juga memberi jaminan kementerian tidak akan membebankan kerajaan dalam memperoleh aset-aset baru akan datang," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke tapak projek pembinaan Kompleks Markas 1 Divisyen di Muara Tuang di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Zulkifeli Mohd. Zin dan Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Awie Suboh.

Kompleks Markas 1 Divisyen di Muara Tuang yang sedang dalam pembinaan didirikan di tanah seluas 351.8 hektar dan menelan kos sebanyak RM214 juta.

Projek tersebut bermula pada 27 Julai 2006 dan dijangka siap pada 6 Februari 2010.

Menurut Zahid, Kompleks Muara Tuang mengalami kelewatan melebihi 20 peratus pada masa kini dan berharap ia dapat diatasi segera.

Tambahnya, peruntukan asal untuk Kompleks Muara Tuang adalah sebanyak RM312 juta tetapi ia dikurangkan kepada RM230 juta yang menjadi salah satu punca kepada kelewatan projek tersebut.

Beliau berkata, terdapat beberapa kem dan kuarters baru untuk ATM lambat disiapkan tetapi tidak akan mengambil keputusan untuk menyenaraihitamkan kontraktor yang terlibat.

Kementerian dalam hal itu, katanya, akan mengambil pendekatan membantu kontraktor terbabit supaya projek yang dianugerahkan dapat disiapkan walaupun terlewat daripada jadual.

"Pendekatan kerajaan adalah untuk membantu kontraktor. Kita perlu bekerjasama dengan kontraktor.

"Kalau dulu syarikat yang lewat menyiapkan kerja boleh disenarai hitam. Tapi pendekatan saya kali ini berbeza... pendekatan menghukum telah berlalu," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2009 10:39 AM | Show all posts
ATM tawar kemudahan perubatan hiperbarik

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
[email protected]


ANDREW Ng Wei Aun menunjukkan bagaimana kebuk mampatan atau hyperbaric chamber berfungsi

PERUBATAN hiperbarik mungkin sesuatu yang asing kepada kebanyakan orang ramai.

Namun bagi mereka yang terlibat dengan aktiviti selaman atau skuba, hiperbarik merupakan satu kemestian jika menghadapi kecemasan.

Di Hospitan Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan, perubatan hiperbarik merupakan salah satu perbezaan yang ditawarkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berbanding hospital-hospital awam biasa.

Menurut Ketua Jabatan Perubatan Hiperbarik, Mejar (Dr.) Andrew Ng Wei Aun, 34, perubatan hiperbarik yang menggunakan kebuk mampatan atau hyperbaric chamber mampu merawat 13 jenis indikasi kecederaan dengan menggunakan oksigen hiperbarik.

“Kebuk mampatan itu mampu merawat masalah gangren gas, embolisme udara, keracunan karbon monoksida, kecederaan traumatic iskemia, luka yang sukar sembuh, penyakit anemia, penanahan dalam otak dan jangkitan di tisu nekrotik.

“Penyakit penyahmampatan, jangkitan dalam tulang, osteomyelitis, graft kulit akibat pembedahan kulit baru dan kebakaran terma juga mampu dirawat dengan cara ini,’’ katanya semasa menerangkan kecanggihan sistem perubatan itu kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini..

Beliau berkata, teknologi itu bukanlah sesuatu yang baru kerana HAT Lumut sudah mempunyai teknologi berkenaan.

“Namun ia turut ditempatkan di sini selain Lumut kerana lokasinya yang strategik di Kuala Lumpur dan memudahkan penghantaran mangsa jika berlaku sebarang kecemasan,’’ jelasnya. Mengulas lanjut kebuk mampatan itu beroperasi, Andrew menerangkan semua pesakit akan ditempatkan dalam kebuk mampatan sementara doktor dan staf sokongan akan memerhatikan dari luar melalui skrin.

“Kami akan berinteraksi dengan pesakit melalui audio dan tempoh rawatan bergantung kepada kecederaan atau penyakit yang dialami oleh pesakit.

“Biasanya jika penyakit penyamampatan berlaku selepas melakukan selaman, tempoh rawatan yang akan diberikan ialah selama 90 minit,’’ jelasnya.

Ciri keselamatan seperti pemadam kebakaran automatik diletakkan sebagai langkah penjagaan.

Menurut Andrew, tekanan udara di dalam kebuk mampatan itu bersamaan seperti berada di bawah permukaan air.

“Keadaan di dalam kebuk mampatan itu boleh diibaratkan seperti ketika melakukan penyelaman tetapi bezanya ia kering.

“Tekanan udara yang tinggi ini memberi bekalan oksigen tambahan dan menghasilkan sel darah merah.

“Ia cukup baik kepada mereka yang menghadapi masalah anemia dan luka yang sukar sembuh,’’ katanya.

Tambahnya, teknologi berkenaan begitu ekonomi kerana mampu merawat ramai pesakit dalam satu-satu masa.

“Semasa dalam rawatan juga, doktor pakar daripada bahagian berkaitan dengan pesakit akan berada di sini,’’ ujarnya.

Selain teknologi kebuk mampatan, satu lagi kemajuan perubatan ketenteraan yang terdapat di HAT Tuanku Mizan ialah `Life Support for Trauma and Transportation’ atau nama ringkasnya `Mobile ICU’.

Ujar Andrew, `Mobile ICU’ itu bersamaan dengan sebuah kelengkapan perubatan Unit Rawatan Rapi yang lengkap namun ia boleh dibawa dengan mudah kerana kelengkapan perubatannya ringkas.

Lebih membanggakan, beliau memberitahu, negara ini merupakan negara Asia pertama mempunyai kelengkapan tersebut yang berasal dari Amerika Syarikat.

“Teknologi perubatan ketenteraan ini digunakan sepenuhnya oleh tentera Amerika Syarikat dan cukup berguna semasa menghadapai peperangan.

“Sebagai contoh seperti tekanan darah, kandungan asid di dalam badan, bekalan oksigen dan segala sistem terdapat di dalam `Mobile ICU’ ini,’’ ujarnya.

Satu lagi kecanggihan disediakan oleh perubatan ATM ialah sistem khemah de****minasi yang berperanan semasa menghadapi bencana akibat serangan agen-agen CBRNE (kimia, biologikal, radioaktif, nuklear dan bahan letupan).

“Khemah ini boleh dipasang dalam masa 15 minit sahaja oleh empat orang manakala beratnya hanya sekitar 90 kilogram dan mudah untuk dibawa serta tahan lasak.

“Terdapat tiga ruang di dalam khemah ini yang mana laluan tengah berfungsi menerima pesakit kritikal yang sudah tidak sedarkan diri manakala dua laluan tepinya merawat pesakit yang masih mampu berjalan,’’ katanya.

Fungsi khemah itu adalah sebagai pembersih agen CBRNE kepada mangsa yang terdedah sebelum diberi rawatan selanjutnya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2009 10:39 AM | Show all posts
HAT Tuanku Mizan mercu perubatan ketenteraan

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
[email protected]


Tuanku Mizan Zainal Abidin (tiga dari kiri) bertitah sesuatu kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada perasmian Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

PERUBATAN ketenteraan adalah satu elemen penting dalam menjaga kebajikan warganya di samping berperanan penting semasa menghadapi peperangan yang boleh mengakibatkan kecederaan kepada anggota tentera.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilihat tidak pernah mengetepikan kepentingan perubatan ketenteraan yang lengkap.

Ia terbukti sejak tahun 1962 lagi apabila ATM mula mengorak langkah dalam aspek penjagaan perkhidmatan kesihatan yang sebelum itu disediakan oleh pihak tentera Komanwel.

Mengikut catatan sejarah, Hospital Angkatan Tentera (HAT) Kuala Lumpur yang pertama terletak di Kem Kinrara, Puchong pada akhir tahun 1940-an dan dibina serta ditadbir oleh tentera British.

Dikenali sebagai British Military Hospital (BMH), ia berfungsi memberikan perkhidmatan kesihatan kepada tentera British sahaja di Tanah Melayu pada masa itu.

Ia kemudian diambilalih sepenuhnya oleh ATM pada tahun 1966 dan dinamakan sebagai 95 Hospital Angkatan Tentera (95 HAT).

Namun, 95 HAT ini hanya dapat memulakan operasinya pada 24 Julai 1967 dengan kemudahan tiga buah wad berkapasiti 60 katil.

Antara wad yang terdapat pada masa itu ialah perubatan, pembedahan dan keluarga di samping enam kepakaran perubatan serta dua kepakaran pergigian.

Kemudian hospital ini berpindah ke Klinik Pakar Kementerian Pertahanan (Kementah), Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur.

Perpindahan itu adalah kerana kebanyakan kem-kem tentera berada di Kuala Lumpur pada masa tersebut.

Di situ, beberapa bidang kepakaran baru diwujudkan iaitu ortopedik, telinga, hidung dan tekak serta unit hemodialisis.

Bagi mewujudkan satu pusat HAT yang mantap, ATM akhirnya membuat perancangan pembinaan HAT dan ia telah dimulakan pada 1 November 2004 dan siap pada Julai 2009

Kini, seluruh warga ATM sudah pastinya berbangga dengan pembukaan HAT Tuanku Mizan yang dijangka memulakan operasinya pada bulan Oktober ini.

Berkeluasan 16 hektar, hospital ini juga menggunakan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta menjadi peneraju Pusat Penyelidikan dan Pembangunan bagi perubatan ketenteraan.

Dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 20 Ogos lalu, HAT ini bernilai RM270 juta dan merupakan HAT yang paling canggih dan termoden antara semua hospital tentera di negara ini.

Terletak di Seksyen 2, Wangsa Maju, HAT Tuanku Mizan bakal menjadi pangkalan utama kepada HAT lain yang terdapat di Terendak, Lumut dan kem Syed Sirajuddin, Gemas dengan memainkan peranan dalam penyediaan perkhidmatan perubatan tentera, penyelidikan dan pembangunan perubatan.

Malah lebih membanggakan, HAT ini turut mempunyai kepakaran bagi menghadapi situasi bencana akibat bahan kimia, biologikal, radiologikal, nuklear dan bahan letupan atau nama singkatannya (CBRNE).

Perubatan selam atau hyperbaric yang terdapat di HAT Lumut juga terdapat di sini.

Menggunakan Kebuk Mampatan atau hyperbaric chamber sebagai alat rawatan yang dibina daripada Australia, ia mampu merawat 10 pesakit pada satu-satu masa.

Bukan itu sahaja, HAT Tuanku Mizan bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan sub kepakaran seperti pembedahan vaskular, pembedahan plastik, urologi, kardiologi dan nephrologi.

Kemudahan penjagaan sekunder termasuk perubatan penerbangan dan penyediaan berek bujang serta asrama jururawat turut terdapat di sini.

HAT Tuanku Mizan juga berfungsi menerima kes-kes kecemasan daripada institusi uniform yang lain, pasukan sahabat Komanwel dan terup Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Apa yang pasti, pembinaan hospital ini merupakan satu lambang pengiktirafan pihak kerajaan Malaysia kepada jasa dan pengorbanan warga veteran ATM dalam memberikan perkhidmatan komprehensif.

Mereka boleh mendapatkan rawatan di situ secara percuma pada bila-bila masa. Selain itu, hospital ini berkemampuan memberikan rawatan kepada pemimpin negara berdasarkan kepada keupayaan kepakaran dan keselamatan.

Bagi kemudahan lain, HAT Tuanku Mizan turut mempunyai 17 jabatan perubatan selain Jabatan Perubatan Hiperbarik untuk menyediakan kemudahan terbaik kepada warga tentera dan pesara tentera.

Jabatan-jabatan tersebut ialah Rawatan Primer, Otorinolaringologi, Perubatan, Psikiatri, Obstetrik dan Ginekologi, Oftalmologi, Pergigian, Pediatrik, Ortopedik, Pembedahan dan Rehabilitasi.

Selain itu, jabatan lain ialah anastesia dan rawatan rapi, kecemasan, pengimejan diagnostik, patologi, farmasi dan dietetik. HAT Tuanku Mizan dilengkapi 282 katil pesakit dan boleh ditambah sehingga 374 katil untuk menangani situasi bencana.

Seramai 585 perjawatan yang bertugas di situ terdiri daripada 87 pegawai tentera (72 pakar dan pegawai perubatan, 15 pegawai sokongan tadbir), 244 anggota lain-lain pangkat dan 254 staf awam.

Dalam perancangan jangka panjang, HAT Tuanku Mizan berperanan sebagai hospital pengajian kepada Fakulti Perubatan Universiti Pertahanan Nasional Malaysian (UPNM).

Difahamkan, sejumlah peruntukan kewangan telah disalurkan oleh Kementerian Pertahanan bagi tujuan tersebut yang mana dijangka bakal dilaksanakan mulai tahun hadapan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-9-2009 11:39 AM | Show all posts
1244# guyfawke

tentang cerita ni, aku tertarik dengan kenyataan misteri ini..

"Saya juga memberi jaminan kementerian tidak akan membebankan kerajaan dalam memperoleh aset-aset baru akan datang," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke tapak projek pembinaan Kompleks Markas 1 Divisyen di Muara Tuang di sini hari ini.


Nampak gaya ATM tetap membuat perolehan aset2 baru tapi tanpa membebankan gomen. Adakan ini bermakna pembiayaan inovatif seperti leasing, PFI semuanya tanpa sumber kewangan bajet nasional gomen akan digunakan, ataupun ATM memang ada revolving fund yang akan digunakan sebaliknya..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2009 12:31 PM | Show all posts
1247# mmc

Sewa beli Gripen, maybe? Budget tak guna habis in lump sum and at the end of period, option to buy? Mana tau....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2009 08:08 PM | Show all posts
Rabu, 2009 September 09
BANTUAN KHAS RM500 UNTUK PENJAWAT AWAM KUMPULAN SOKONGAN
Bernama
9/9/2009



KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Rabu mengumumkan berita gembira untuk 860,000 penjawat awam kumpulan sokongan iaitu pemberian bantuan khas kewangan RM500 bagi kumpulan itu.Bayaran khas kewangan itu akan dibuat dua kali iaitu RM250 dibayar sebelum Aidilfitri manakala bakinya pada bulan Disember."Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dalam kumpulan ini terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan juga persediaan persekolahan pada hujung tahun ini," katanya dalam satu kenyataan Rabu.Najib berkata implikasi kewangan kepada kerajaan bagi bayaran itu adalah sebanyak RM430 juta.-- BERNAMA

p/s : alhamdulillah, walaupun jumlahnya sedikit namun adaler jugak dari xder... nih bukan bonus tau, nih bantuan... bonus xtauler ada ke x... huk3
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2009 08:25 PM | Show all posts
1249# venez
yeaaayyyyy :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2009 09:10 PM | Show all posts
1250# cmf_tin

kakitangan sokongan jerk, wa x dapat, wa kakitangan profesional... huk3
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2009 08:24 AM | Show all posts
1251# venez

actually , dorang ni lagi loaded dari pegawai...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2009 08:42 AM | Show all posts
1252# guyfawke

mmg pun ......... tu sebabnya ramai NCO kanan bila nama naik nak dipromote ke Pegawai Tugas Khas menolaknya .....
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2009 08:51 AM | Show all posts
1249# venez
kalu 2 kali bayar..salah satu bulan 12..maksudnya no more ler..slalunya bg bulan 12 atas justifikasi anak2 nak masuk sekolah..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2009 08:58 AM | Show all posts
MRSM anak tentera diwujudkan

Oleh Matzidi Dris
[email protected]

KUCHING: Sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) khas untuk anak-anak angkatan tentera dan pesara tentera di negara ini akan diwujudkan tidak lama lagi.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata langkah itu bertujuan menjamin mutu pendidikan dan daya saing tinggi di kalangan anak-anak angkatan tentera, selari dengan perkembangan semasa.

Beliau berkata, apabila MRSM khas itu direalisasikan nanti, semua anak angkatan tentera berkelayakan akan diberi keutamaan memasuki maktab itu.

"Mereka yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan umum akan diberi keutamaan melanjutkan pelajaran ke Universiti Pertahanan Nasional (UPN) dan

mana-mana univesiti lain sesuai dengan kelulusan yang diperolehi.

"Mereka yang terpilih memasuki UPN secara automatik akan menjadi kadet tentera berbanding sekarang mempunyai dua pilihan iaitu kadet tentera atau awam," katanya

berucap di Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Tentera 1 Divisyen di Masjid Solahuddin Al-Ayubbi, Kem Penrissen, di sini, petang kelmarin.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat, Left-Jen Datuk Zulkiefli Mohd Zin; Panglima 1 Divisyen Mej-Jen, Datuk Awie Suboh dan Panglima 3 Briged, Brig-Jen Datuk Jeayabalan S.

Zahid berkata, ekoran perubahan itu, semua pelajar UPN akan diberi elaun pendidikan dan jumlah kemasukan ke Maktab Tentera Diraya Malaysia (MTDM) juga akan ditingkatkan apabila kampus barunya siap dalam masa terdekat.

Katanya, pada masa ini hanya 500 pelajar membabitkan semua peringkat masyarakat diambil untuk setiap pengambilan.

"Selepas ini, saya akan pastikan semua anak-anak anggota tentera serta pesara tentera yang berkelayakan akan diberi keutamaan untuk masuk MTDM, bukan lagi orang

luar.

"Saya mahu darah perwira yang mereka miliki terus diisikan dengan jiwa dan semangat tentera selari dengan slogan 1Malaysia," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2009 08:59 AM | Show all posts
akhirnya ada gak MRSM ATM......... MRSM PDRM dah ada 2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2009 09:11 AM | Show all posts
1250# cmf_tin

Lu tuan besar..mana boley dapat....gaji dah banyak
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2009 09:16 AM | Show all posts
1257# alphawolf

wa tuan kecik yooo... itu pon dlm porem jer.
kat luar, wa org kecik jer...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2009 11:35 AM | Show all posts
apsal dia org x convert je mrsm terendak jadi mrsm atm? sedangkan sekarang mrsm terendakkan anak angkat atm..kenderaan pun pakai plet Z
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2009 12:20 PM | Show all posts
1259# tenteng

betul tu ....... upgrade sikit lagik kemudahan.....apa salahnya......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.064453 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list