|
Reply 1240# topek
jangan muntah kat sini.... |
|
|
|
|
|
|
|
Warkah yang dah berkarat....
|
|
|
|
|
|
|
|
Bekas ABIM lancarkan perang kepada Anwar Ibrahim ?
Menghadiri wacana intektual yang digerakkan oleh sebuah pertubuhan Islam bernama MUAFAKAT di Dewan Masjid Wilayah pada 14 Disember 2010 bersamaan 8 Muharam lalu benar-benar mengejutkan .
Walaupun program tersebut diadakan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Agama Islam Selangor, dan beberapa badan kumpulan Islam lain seperti Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN) dan Yayasan Islamiah Malaysia (YADIM), namun dari pemerhatian saya, tonggak terbesar penjanaan wacana tersebut adalah datangnya dari MUAFAKAT.
Timbul tanda tanya siapa sebenarnya di sebalik tabir MUAFAKAT yang sebelum ini begitu asing bunyinya pada gegendang telinga berbanding beberapa pertubuhan Islam lain.
Namun akhirnya apabila meneliti beberapa maklumat yang diperolehi, jawapan seakan-akan diperolehi dengan analisis penulis mengatakan pertubuhan MUAFAKAT merupakan sebuah pertubuhan yang dianggotai oleh bekas ahli dan pimpinan ABIM yang sebelumnya agak rapat dengan bekas Presiden ABIM ke-2 Datuk Seri Anwar Ibrahim. Klik sini.
Prof Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar. aktivis ABIM zaman Anwar sekarang Presiden MUAFAKAT
Antara yang menerajui MUAFAKAT ialah Prof Emeritus Dato’ Dr Osman Bakar, Dato’ Haji Ahmad Haji Ismail, Dr Mohd Nor Nawawi dan A Karim Omar
Program yang dihadiri seramai hampir 500 orang tersebut dimulai dengan bacaan ayat Al-Quran dan disusuli dengan ucapan awal dari Pengarah Program iaitu Tuan Haji Ustaz Ismail Mina juga merupakan Ahli Jawatan kuasa MUAFAKAT .
Dengan tegas Ustaz Ismail Mina berkata, program tersebut dilaksanakan sebagai jawapan kepada ucapan Anwar di London School of Ekonomic (LSE) pada 18 Mac 2010 bertajuk “Religion and Pluralism in a Divided World” yang jelas berbau dan mempromosi pluralisme agama. Dalam tuturannya Ustaz Ismail Mina secara agresif mengkritik dan menpersenda tindak tanduk retorik Pluralisme Agama Anwar di London itu .
Kehadiran Prof. Osman Bakar selaku Presiden MUAFAKAT yang menyampaikan ucaptama dalam wacana itu dinantikan oleh kebanyakan hadirin yang rata-rata terdiri daripada pelbagai NGO Islam, penuntut universiti, pengkaji Islam Liberal serta beberapa agensi kerajaan.
Prof. Dr. Osman dianggap sebagai teman akrab Anwar semenjak penubuhan awal ABIM lagi dengan tenang menceritakan serba sedikit mengenai asal ususl Pluralisme Agama dan tujuan wacana pluralism agama itu diadakan, beliau menyatakan wujudnya Pluralism Agama ini berkaitan dengan faktor globalisasi dunia pada hari ini.
Apabila Dr. Anis Malik Thoha mengambil alih sesi perbentangan dengan tajuk “Mencermati Doktrin dan ciri-ciri Fahaman Pluralisme Agama” , tokoh akademik yang berasal dari Indonesia itu meminta agar umat Islam di Malaysia konsisten mempertahankan ajaran Islam dan menolak Pluraliseme Agama yang dakwanya merupakan ‘agama baru’ untuk meruntuhkan akidah umat Islam. Beliau memberikan contoh bagaimana sebuah pusat ibadah di Surabaya yang boleh digunakan oleh kesemua agama termasuk Islam dan Kristian dalam satu tempat ibadat.
Tegasnya Pluralisme Agama sebenarnya bukanlah sama dengan toleransi beragama sebaliknya lebih kepada kesamaan antara agama yang seterusnya boleh meleburkan akidah penganut sesuatu agama.
Beliau juga menegaskan Pluralism Agama merupakan ajaran yang lahir dari rahim demokrasi kerana mewarisi ciri karekter demokrasi iaitu kesetaraan atau persamaan (equality) yang bermaksud ajaran pluralism mengajarkan semua agama sama dan setara, serta tidak ada yang paling baik atau paling benar mengatasi agama lain.
Selain itu, menurut beliau lagi konsep liberalism atau kebebasan ditekankan dalam fahaman ini dengan mengajar hak kebebasan beragama iaitu penganutnya boleh keluar masuk agama dari Muslim, kemudiannya Kristian dan seterusnya Hindu atau agama lain.
John Hick menurut Anis umpama seorang Nabi kepada umat penganut fahaman ini yang sebelum ini katanya pernah difatwakan haram oleh Majlis Ulama Indonesia dan Muzakarah ulama se-Malaysia pada tahun 2006 .
Anis juga menyatakan kebiasaannya golongan yang dianggap moderat, pluralis akan dipuji kerana keterbukaan berpikiran agama, manakala golongan fundamental dianggap ektremis oleh golongan ini.
Sewaktu sesi pembentangan ke II dan ke III oleh Dr Muhamad Uthman el Muhamady dan Dr. Syamsudin Arif, keadaan dewan menjadi gamat seketika apabila nama Anwar Ibrahim dikaitkan sebagai antara pelopor Pluralisme Agama di Malaysia.
Uthman Muhamadi membentangkan sesi bertajuk Beberapa isu dalam pluralism Agama; Satu pengamatan ringkas manakala Dr. Syamsudin membentangkan Tajuk Pluralisme di Indonesia : Faham dan Amalan.
Menurut Arif Syamsudin Pluralisme Agama di Malaysia mula berakar apabila dua orang tenaga pengajar UIA dijemput menghadiri program berkaitan di sebuah universiti di luar negara.
Arif Syamsudin juga membandingkan dengan Indonesia. Menurutnya, Nurcolish Madjid merupakan antara tokoh yang membawa idea fahaman ini dan pada hari ini kelompok Jaringan Islam Liberal berkembang dengan pesat dengan seminar di universiti, makalah, siaran radio dan membuat kerja-kerja publisiti atau komuniskasi untuk menyebarkan ideologi tersebut.
Pluralisme Agama dianggap bahaya menurutnya kerana membawa ideologi agamanya sendiri dan mampu meleburkan agama-agama asal yang menjadi saingannya. Sebab itu di Indonesia, menurut Arif , Islam Liberal hari ini dapat bertapak dengan kukuh di pusat pengajian Islam seluruh Indonesia.
Pada sebelah petangnya, sesi diteruskan dengan perbentangan oleh Nurfahana Abdul Rahman dan Dr. Yusri Muhamad.
Nurfahana yang merupakan pensyarah di Jabatan Usuludin dan Falsafah di Universiti Kebangsaan Malaysia membentangkan kertas kerjanya berkaitan topik “Faham Pluralisme Agama dan Percanggahannya dengan Akidah dan Syariah Islamiyah”.
Beberapa nama yang sebelum ini dikait dengan Anwar Ibrahim juga dinyatakan oleh Fahana semasa perbentangan tersebut antaranya Ismail Faruqi dan Syed Hossein Nasr .
Menurut Farhana, di Malaysia, sebenarnya menjadi kesukaran kepada mana-mana pihak untuk mengenal pasti siapa penggerak Islam Liberal yang membawa doktrinisasi Pluralism Agama kerana kelompok tersebut tidak menyatakan secara jelas ideologi mereka kepada umum dan ini berbeza dengan Indonesia kerana mereka mempunyai Jaringan Islam liberal yang berakar umbi di Utan Kayu (Komunitas Salihara) sebagai pusat gerakan.
Dr. Yusri Mohamed pula sewaktu membentangkan topik “Ancaman Pluralisme Agama di Malaysia : satu tinjauan Awal menyatakan di Malaysia ” berkata hampir semua pihak terdedah kepada unsur-unsur Pluralism Agama termasuk Menteri Besar Kelantan yang dikatakan menghadirkan diri ke majlis di Kuil Buddha di Kelantan.
Namun yang menariknya Dr. Yusri secara jelas menyebut nama Anwar Ibrahim sebagai antara pengerak fahaman tersebut di Malaysia. Ekoran kenyataannya itu, terdapat di kalangan peserta yang bertanyakan kembali kepadanya kerana peserta itu tidak bersetuju dengan dakwaan Dr Yusri bahawa Anwar adalah penggerak Pluralisme Agama di Malaysia.
Namun, dengan tenang bekas Presiden ABIM ke 4 itu menyatakan bahawa kalau berkali-kali Anwar melakukan tindakan yang hampir sama ( mempromosi Pluralisme Agama) sambil memberi contoh ucapan dan isu Kalimah Allah, bukti itu sudah cukup jelas kerana kelakuan Anwar itu bukan sekadar mahu berpolitik tetapi sudah termasuk dalam lingkaran fahaman tersebut.
Hampir semua pembentang mengakui bahawa Yayasan Kristian Jerman seperti Konrad Adenauer Foundation (KAF) dan The Friedrich Naumann Foundation (FNF) merupakan antara pengerak dana yang membantu menyuburkan fahaman ini di Malaysia. Malah ada pembentang dengan jelas menyebut Institut Kajian Dasar (IKD) pimpinan Khalid Jaafar merupakan antara penggerak fahaman tersebut di Malaysia selain dari Sister in Islam(SIS).
Nama Anwar juga disebut kerap kali oleh para pembentang sama ada dengan panggilan nama sebenar (Anwar) atau mengunakan bahasa kiasan “orang tertentu dan orang dari Pulau Pinang”. Boleh dikatakan sebahagian besar sewaktu wacana berlangsung nama Anwar menjadi topik utama sama ada oleh pembentang ataupun di kalangan peserta. |
|
|
|
|
|
|
|
Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, bekas Timbalan Presiden ABIM, sekarang Majlis Ulama PAS
Satu perkara yang mengejutkan adalah kehadiran Ustaz Abdul Ghani Shamdudin bekas Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan kini aktif di dalam Dewan Ulama PAS dalam wacana tersebut. Walaupun kehadirannya tidak lama, namun kehadirannya itu memberi isyarat jelas merestui wacana itu.
Ustaz Abdul Ghani pernah menubuhkan Majlis Himpunan Ulama atau ringkasnya SHURA yang perjuangannya menolak Islam Liberal dan Pluralism Agama.
Malah Abdul Ghani merupakan tokoh agama yang pertama curiga dengan aliran terbaru pemikiran Anwar, apabila banyak mendengar ‘berita-berita kegiatan belakang tabir Anwar di Amerika Syarikat.
Pada tahun 2006, Abdul Ghani mempelawa Anwar yang ketika itu balik bercuti dari Washington, untuk memberi ucap utama di “Persidangan Umat Islam dan Cabaran Semasa” anjuran SHURA di Hotel De Palma, Ampang pada 12 Ogos 2006.
Ustaz Ismail Mina, aktivis ABIM zaman Anwar, sekarang AJK MUAFAKAT
Kembali kepada Wacana MUAFAKAT. Ruang yang wujud di antara wacana tersebut telah memberikan peluang kepada penulis untuk berjumpa dengan ustaz Ismail Mina.Kata bekas teman baik Anwar sejak dari ABIM itu, beliau terpaksa menolak Anwar bukan kerana namanya Anwar, tetapi ideologi Pluralisme Agama bawaannya boleh merosakkan akidah umat Islam di negara ini.
Dari permerhatian keseluruhan, program wacana sehari tersebut telah menimbulkan satu kesedaran baru terhadap umat Islam di Malaysia berkenaan fahaman ideologi baru yang boleh meruntuhkan akidah umat Islam yang dikenali sebagai Pluralisme Agama.
Dan seperti yang dikata oleh hampir kesemua pembentang kertas kerja, Pluralisme Agama perlulah ditolak implementasinya di Malaysia kerana ia akan mengancam akidah umat Islam.
Bermakna, kesemua tokoh akademik Islam yang hadir di program itu mungkin juga bersetuju bahawa umat Islam di Malaysia harus menolak Anwar Ibrahim (yang disebut-sebut sebagai penggerak fahaman itu) demi menyelamatkan akidah umat Nabi Muhamad dari ancaman kaum kufar Yahudi dan Kristian.
sumber : http://www.anwaraidc.com/?p=3964
nota:untuk melihat rangkain anwar ibrahim dan Islam Liberal, sila lihat halaman dibelakang dalam thread yang sama. mereka juga meratib nama anwar.....anwart ....anwart...dan anwart juga.... |
|
|
|
|
|
|
|
Anwar Ibrahim Dalam Majalah Gay
The Advocate, 27 Oktober 1998, m/s 20 telah memuatkan berita tentang kes liwat Anwar Ibrahim dan menyatakan Tun Mahathir telah memecat dan menangkap Anwar Ibrahim atas tuduhan tersebut. Majalah yang sama pada keluaran 4 Disember 2001, m/s 18 (gambar bawah) dengan tajuk "Closing the door on gay officials", majalah tersebut telah memberi amaran kepada gay di seluruh dunia agar berhati-hati sebelum datang ke Malaysia. Semuanya ekoran satu kenyataan Tun Mahathir dalam satu temubual bersama BBC pada 1 November 2001 berkaitan dengan kehadiran pegawai gay ke Malaysia. "We will not accpet (them)" kata Tun Mahathir.
Advocate adalah majalah gay antarabangsa yang paling lama di Amerika Syarikat, sejak 1967 lagi. Advocate yang menceritakan hal ehwal gay dan lesbian. Mengapa majalah Advocate itu perlu menulis berita berkaitan Anwar Ibrahim dalam majalah gay? Apakah ini satu pengiktirafan kepada status Anwar? Anwar juga ramai rakan di luar negara yang diragui statusnya, termasuklah ahli parlimen gay daripada Ausralia yang membela kes liwatnya. Mereka intim membela antara satu sama lain. Bila Wolfowitz bermasalah, Anwar tulis surat bela Wolfowitz. Seolah ada satu chemistry antara Anwar, Al Gore dan Wolfowitz yang menjadikan mereka begitu intim sekali (baca sini). Anwar juga intim dengan golongan yang halalkan lesbian (baca sini).
Dalam buku Borneo, keluaran Bradt Travel Guides (2009), ms 57 telah memberikan nasihat perjalanan untuk gay dan lesbian yang hendak datang ke Malaysia. Dengan mengambil kes Anwar Ibrahim dihukum kerana kesalahan liwat, majalah tersebut menasihatkan pelancong agar berhati-hati dengan undang-undang Malaysia yang akan menahan mereka yang berkelakuan gay atau lesbian. Sudah beberapa kali kes liwat Anwar ditangguh dan ditangguh. Lebih lama ditangguh, ianya akan melambatkan keadilan untuk mangsa yang terlibat. Mereka tertuduh dilihat lebih cenderung untuk lewatkan kes liwatnya? Ada agenda lain? Mengapa tidak ada satu debat untuk berbincang kenapa kes ini ditangguh begitu kerapa sekali? Pada awal tahun ini, khabarnya ada kegiatan gay yang dilindungi VIP. Siapakah VIP terbabit, ianya perlu dihadapkan ke muka pengadilan.
sumber : http://anginperubahan.blogspot.com/ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply rashiman
Sebab boleh kawin campur tanpa convert agama kat Indonesia(Islam +Kristian + Hindu ...
hana82 Post at 15-9-2010 19:34
tau pon u 'hasil ketuhanan bangsa' selepas membelakangkan agama. kat indon, semua mesti cakap bahasa indon, nama indon tak kira cina atau india.
sbb tu PAS ajak PENTINGKAN islam, kemudian baru la bangsa. akhir2 nih bilangan melayu kristian semakin ramai dalam UMNO (sejak kempen menangi hati pengundi sabah-sarawak melalui perkataan "rumpun melayu"). |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1246# bangcak
yalah kat indon semua sama tuhan 'ALLAH'..cuma cara sembahnya yang berbeza..
itulah cara nasrani nak pesong akhidah umat islam...
bukankan ini cara halus kaum nasrani....malangnya puak-puak PAS pun sokong demi undi dalam pilihanraya...
indon cuma berbangga sebagai negara majoriti umat islam...tapi majoriti dah semakin mengurang.....peratusan umat nasrani di indon makin melonjak.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply bangcak
yalah kat indon semua sama tuhan 'ALLAH'..cuma cara sembahnya yang berbeza..
itulah cara nasrani nak pesong akhidah umat islam...
bukankan ini cara halus kaum nasrani....malangnya puak-puak PAS pun sokong demi undi dalam pilihanraya...
gede-bab Post at 14-1-2011 08:58
halus mulusnya cara nasrani nak pesongkan akidah umat islam. abistu kalo dok ngaku ALLAH HANYA UNTUK ORG MELAYU SAHAJA tu pesong akidah cara mana? halus jugak ka?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kamarazaman Yaacub mengaku didekati agen KGB, Anwar pula agen CIA ?
Anwar sudah didekati kedutaan Amerika Syarikat, sejak dari zaman aktivis pelajar lagi. Kanan, Haynes Mahoney, Pengarah Perkhidmatan Penerangan Amerika Syarikat di Kedutaan Amerika, Malaysia.
Dari egroup AIDC
Menurut Kamarazaman Yaacub, politik mahasiswa sekitar tahun 60-an dan 70-an amat terdedah dengan campur tangan agen-agen perisikan luar khususnya dari Amerika Syarikat (CIA) dan Rusia (KGB).
Ini kerana kegiatan pelajar ketika itu lebih menjurus kepada isu-isu luar negara yang menyentuh secara langsung peranan kedua-dua negara itu. CIA dan KGB saling berlumba-lumba untuk merebut dan merekrut pemimpin mahasiswa. Sekiranya KGB merekrut kumpulan A, CIA pula akan merekrut kumpulan pelajar B. Selalunya target KGB adalah kumpulan pelajar berhaluan leftist(kiri), manakala target CIA adalah kumpulan berhaluan rightist(kanan).
Kamarazaman Yaakub, selaku Presiden PMUM sendiri mengakui di dalam bukunya, ‘Bersama Anwar ke Penjara’, dalam bab ‘KGB susupi PMUM ?’ bahawa beliau turut dirisik oleh kumpulan KGB.
“Aku percaya, pihak polis bukanlah berminat sangat mencungkil hubungan PMUM dengan pihak al Fatah, Libya dan Iraq. Tetapi mereka mahu tahu hubungan PMUM dan aku dengan pihak Rusia”
“Sepanjang tiga tahun memimpin PMUM aku terdedah kepada agen kuasa asing. Banyak tawaran dari kedutaan asing sampai kepadaku sama ada dalam bentuk lawatan sambil belajar, mempelajari bahasa, kursus kepimpinan atau dalam bentuk yang lebih menarik. Semua tawaran itu aku tolak”.
“Pendekatan Rusia lebih halus dan teliti kalau dibandingkan dengan pihak Amerika. Apa yang pasti pihak kedutaan Russia dan wakilnya di kampus Universiti Malaya sering mendekati, juga cuba mempengaruhiku” membuat kursus Ijazah sarjana semasa aku memimpin PMUM. Lebih aneh kedua-dua gadis itu tinggal seasrama denganku iaitu di Kolej Kelima”
“Kedua-dua gadis itu terlalu fasih bertutur di dalam bahasa Indonesia. Kononnya mereka belajar bahasa Indonesia semasa menuntut di sebuah universiti di Indonesia”
“Pertama kali mereka mendekatiku ialah di dewan makan kolej kelima.
Mereka memperkenalkan diri sebagai Ivash dan Yeak…Aku juga tidak pasti sama ada nama itu benar-benar nama mereka atau sebaliknya. Bagaimanapun itulah panggilan mereka, setiap kali kami bersua”
” Ivash gadis Russia yang bersaiz kecil dan manis, agak berbeza dengan Yeak yang bersaiz besar. Senyuman Ivash, bersambut matanya yang galak dan gelaknya yang menampakkan kemesraan memang boleh menggoda”
“Kedua-dua gadis Russia itu sering menungguku di dewan rehat Kolej Kelima sebelum masuk ke dewan makan. Kadang-kadang mereka pura-pura membaca akhbar, sehingga aku sampai barulah mereka naik ke dewan makan”
“Semasa makan bersama Ivash, dia pernah mengajakku menonton filem di kedutaan Russia dan di panggung wayang”
“Selepas kedua-dua gadis Russia itu mendekatiku barulah wakil Russia di kedutaannya cuba menghubungiku. Seorang lelaki menamakan dirinya Alexander sering menghubungi PMUM. Mula-mula dia menghubungiku dengan mempelawa pihak PMUM bermain bola tampar dengan pihak kedutaan Russia… Lepas itu, dia mengajak kami bertukar fikiran dan cuba meminjamkan buku-buku dari kedutaannya. Pelawaan itu juga kutolak”
“Biasanya Ivash dan Yeak akan membuat susulan jemputan yang dibuat oleh Alexander. Barangkali kedua-dua gadis ini memainkan peranan terakhir bagi pihak Russia”
Setelah saya membaca catatan-catatan Kamarazaman tentang kaedah dan pujukan KGB yang berusaha memikatnya, saya mula terfikir tentang Anwar Ibrahim.
Siapa di belakang Anwar dalam mengetuai memorandum ke Kedutaan Rusia ?
Apakah Anwar yang dianggap ‘hero pelajar’ dan ‘hero belia Islam” ketika itu tidak didekati oleh seteru KGB iaitu CIA ?. Kamarazaman secara terperinci menceritakan kaedah agen KGB mendekatinya, bagaimana pula dengan Anwar ?
Apabila melihat gelagat Anwar hari ini yang sering tergoda dan terpedaya dengan kedutaan asing dan Amerika Syarikat, maka saya yakin, semasa zaman pelajar dan zaman belia, beliau juga telah didekati oleh agen CIA.
Cuma Anwar tidak akan ceritakan. Kalau dia ceritakan, habislah kariernya sebagai ahli politikus. Kamarzaman tidak apa, kerana dia tidak menyimpan cita-cita menjadi PM.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kamarazaman Yacob : Anwar Ibrahim pro-CIA sejak dari zaman pelajar
Buku karangan Kamarazaman Yacob, diterbitkan pada tahun 1994 oleh Transgrafik Sdn Bhd. Penulis adalah bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya pada era 70-an. Beliau merupakan pejuang leftist yang memperjuangkan keadilan sosial dan menentang politik imperealis Amerika Syarikat dan sekutunya. Buku ini ditulis ketika penulis berada di penjara Kamunting pada tahun 1974-1975, tetapi diterbitkan selepas Anwar baru menang jawatan Timbalan Presiden UMNO, ketika itu isu yang paling kuat dikatakan kepada Anwar adalah “Anwar pernah pijak bendera UMNO semasa zaman pelajar”
Dari egroup AIDC
Sekarang mari kita teliti tulisan Kamaruzaman dalam buku “Bersama Anwar ke Penjara”, buku yang diterbitkan dua tahun lebih awal daripada novel “Meranduk Arus” cerita sebenar gerakan pelajar pelengkap kepada buku “Bersama Anwar ke Penjara”.
Sebuah buku yang dikarang oleh aktivis pelajar yang hidup sezaman dengan Anwar dan menceritakan satu kisah yang menarik iaitu “demonstrasi pelajar di Bangunan ‘Lincoln Centre’ yang dikatakan sebagai pusat CIA’ Malaysia itu.
Lincoln Centre seperti dipagari oleh kumpulan polis dan FRU. Para pelajar cuba merempuh FRU dan polis. tapi tidak berhasil. Mereka menjerit dan menyeranah.
Anwar muncul di antara kumpulan pelajar. Dia diusung juga. Dia membelakangi Lincoln Centre. Dan dimulakan ucapan bagi meluapkan semangat pelajar. Pelajar-pelajar militan di barisan hadapan cuba merempuh.
Anwar terlalu lama berpidato. Dia sudah penat. Sebahagian besar pelajar mulai duduk di jalan raya. Luapan semangat pelajar mulai reda.
“Lincoln lingkup. Lincoln tutup. Lincoln lingkup. Lincoln tutup. Tutup Lincoln. Linkup Linconln. Tutup Lincoln” Anwar bersuara penuh jenaka. Dan sebahagian pelajar turut mengikutinya. Sesama mereka ketawa meninggi.
[Bersama Anwar ke Penjara, muka surat 98-99]
Sekarang baca pula tulisan Kamaruzaman dalam novel ‘Meranduk Arus’dan kita bandingkan dengan buku Bersama Anwar ke Penjara
Lincoln Centre seperti dipagari oleh kumpulan polis dan FRU. Para pelajar cuba merempuh FRU dan polis. tapi tidak berhasil. Mereka menjerit dan menyeranah.
Jalal (Hishamuddin Rais) cuba berpidato dan menjerit supaya bertindak. Dia dihalang. Beberapa pelajar dari pusat pengajian yang lain menghalangnya. Mereka mengelilingi Jalal dan menarik heila dari Jalal
Pemimpin belia (Anwar Ibrahim) muncul di antara kumpulan pemimpin pelajar. Dia diusung lagi. Samani juga yang menjadi tukang usung. Dia membelakangi Lincoln Centre.
Dan dimulakan ucapan agar pelajar bertenang. Dia meminta para pelajar duduk. Para pelajar militan di barisan hadapan cuba merempuh.
Pidato pemimpin belia itu menjadi semakin tawar. Pidatonya menjadi seperti lawak jenaka. Sebahagian besar pelajar mulai duduk di jalan raya. Luapan semangat pelajar mulai reda.
“Lincoln lingkup. Lincoln tutup. Lincoln lingkup. Lincoln tutup. Tutup Lincoln. Lingkup Linkoln. Lingkup Linkoln. Lingkup Linkoln.Tutup Lincoln”.
Pemimpin belia bersuara penuh jenaka. dan sebahagian pelajar turut mengikutinya. Sesama mereka ketawa besar.
Jalal meradang benar. Gelagat pemimpin belia itu tidak dapat dimaafkan.
Itu satu sabotaj. Satu penghalang. Siapa pemimpin belia ini ? Siapa ?
“Serbu! Serbu!” Jalal menjerit.
Para pelajar di barisan hadapan menyerbu. Mereka merempuh FRU. Mereka bertahan di dinding Lincoln Centre. Jeritan pelajar semakin lantang. Kekecohan terjadi.
Tiba-tiba satu kumpulan pelajar bergabung dengan FRU.
Mereka bertahan di dinding itu. Rempuhan pelajar tertampan oleh gabungan pelajar dengan FRU.
Jalal kian meradang. Samani yang mendukung pemimpin belia terhoyong hayang oleh rempuhan para pelajar yang menerpa ke pintu Lincoln Centre.
[Meranduk Arus, muka surat 121-124]
Kamaruzaman Yaakub mengatakan kisah di atas adalah kisah benar yang diolah dalam bentuk novel untuk menjaga hati individu tertentu.
Penulis menceritakan bagaimana Anwar Ibrahim yang ketika itu menjadi Presiden ABIM mensabotaj demonstrasi di Lincoln Centre (Pejabat Informasi Amerika Syarikat, di Jalan Pasar, Kuala Lumpur. Nama Lincoln Centre diambil dari nama Abraham Lincoln yang merupakan Presiden Amerika Syarikat yang pertama.
Demonstasi pelajar itu berlaku pada tahun 70-an dianjurkan oleh kumpulan leftist -kiri (Kamaruzzaman Yaakub dan Hishamuddin Rais) tetapi telah disabotaj oleh kumpulan rightist – kanan (Anwar Ibrahim).
Satu kumpulan diketuai oleh Hisyamuddin Rais bertindak emosi, mahu merobohkan bangunan Lincoln Centre, manakala satu kumpulan lagi diketuai oleh Anwar Ibrahim bertindak seolah-olah menyertai demonstrasi tetapi sebenarnya berusaha mensabotaj dengan berpidato secara lawak jenaka, supaya mood demonstrasi pelajar dapat dimatikan.
Apabila kumpulan leftist dapat mengesan taktik halus Anwar itu, lalu mereka menyeru anak buahnya menyerbu bangunan itu, menyebabkan Anwar yang didukung terhoyong hayang dirempuh para pelajar.
Manakala kumpulan pro Anwar pula telah segera menyelamatkan pemimpin mereka dengan bergabung tenaga dengan FRU untuk mempertahankan bangunan kepunyaan Amerika Syarikat itu.
Semua ini diceritakan secara jujur oleh Kamaruzzaman Yaakub dalam bukunya ‘Meranduk Arus’ dan ‘Bersama Anwar ke penjara’.
Anwar sedang berucap di demonstrasi Lincoln Center, Kuala Lumpur. Anwar sedang membelakangi Lincoln Centre (tidak kelihatan di gambar). Bersebelahan Lincoln Centre adalah bangunan First National City Bank, New York. Menurut Kamaruzaman Yaacub dalam demonstrasi di atas terjadi konflik dua kumpulan pelajar. Satu kumpulan diketuai oleh Hishamuddin Rais mahu merobohkan bangunan Lincoln Centre, yang dianggap sebagai pusat CIA Malaysia. Manakala satu kumpulan lagi diketuai oleh Anwar Ibrahim bertindak seolah-olah menyertai demonstrasi tetapi sebenarnya berusaha mensabotaj dengan berpidato secara lawak jenaka, supaya mood demonstrasi pelajar dapat dimatikan. [muka surat 98-99]
Anwar sudah didekati kedutaan Amerika Syarikat, sejak dari zaman aktivis pelajar lagi. Kanan, Haynes Mahoney, Pengarah Perkhidmatan Penerangan Amerika Syarikat di Kedutaan Amerika, Malaysia.
Kamarazaman Yaacub (bertanda bulat) di penjara Kamunting, Taiping Perak dilawati oleh ahli keluarganya. Dari kiri Kamarazaman Yaacub, ibunya (Wan Jah), Norizan (anak saudara), Ismail Sabri (adik) [Ismail Sabri sekarang adalah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna] dan Abd. Halim (abang)
Selain Kamarazaman Yaacub, Ibrahim Ali (kiri) dan Anwar Ibrahim (kanan) juga dipenjarakan di kem tahanan Kamunting yang sama. Hari ini Ibrahim Ali antara tokoh yang paling lantang tidak mempercayai Anwar.
|
|
|
|
|
|
|
|
shamsadis Post at 8-2-2011 10:54
Saya masih ingat ketika kali pertama saya berjumpa dengan Kamaruzaman Yaakub. Saya teringin berjumpanya kerana didorong oleh buku tulisannya, ‘Bersama Anwar ke Penjara’.
“Saya telah membaca buku ‘Bersama Anwar ke Penjara’, adakah tulisan itu benar ?”, soal saya memulakan bicara.
“Tulisan benar, tetapi telah disunting untuk menjaga hati individu tertentu. Kalau mahu cerita sebenar bacalah buku ‘Meranduk Arus’, katanya yang masih tergiang-giang di telinga saya.
“Sunting ? Menjaga hati individu tertentu ? Kenapa ?” Soal saya penuh kehairanan.
“Saya di’minta’ oleh individu itu untuk menulis buku ‘Bersama Anwar ke Penjara. Saya rasa bersalah, kerana tidak dapat meluahkan perkara sebenar. Sebab itu dua tahun kemudian, saya tulis dalam bentuk novel (Meranduk Arus) untuk luahkan perkara sebenar”, katanya dalam nada yang kesal.
” Saudara di’minta’ ? Maknanya diupah ? Siapa upah ?”, saya bertanya lanjut inginkan kepastian… “Tetapi dalam buku ‘Bersama Anwar ke Penjara’, saudara gambarkan Anwar hero demonstrasi?”, saya bertanya.
“Benar. Sebab Anwar minta disunting supaya nampak dirinya hero“, jelas Kamaruzaman secara jujur.
“Saya mula menulis ketika berada di Kamunting pada tahun 1975. Saya tunjukkan hasil tulisan saya kepada Anwar dan Ibrahim Ali yang sama-sama berada di sana”, jelasnya lagi.
” Apa komen mereka ?”, soal saya.
“Mereka diam sahaja. Tiada ada apa-apa komen”, jawabnya.
“Saya tidak pernah menerbitkan tulisan itu kerana tiada duit untuk menampung kos operasi. 19 tahun disimpan saja”, jawabnya lagi.
“Kemudian ?” soal saya
“Pada tahun 1994, Anwar datang berjumpa saya. Ketika itu Dia adalah Menteri Kewangan dan baru saja memenangi Timbalan Presiden UMNO” Katanya.
” Ketika Anwar mahu lawan Ghafar Baba (1993), ketika itu Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia banyak isu yang telah dimainkan oleh penyokong Ghafar ke atas Anwar khususnya berkaitan dengan latar belakang Anwar pada tahun 70-an”, katanya lagi.
” Apa isu yang dimainkan ?” soal saya.
“Anwar pernah pijak bendera UMNO dalam demontrasi tahun 70-an”, katanya.
“Jadi kenapa Anwar datang jumpa saudara”, soal saya.
“Anwar mahu saya terbitkan buku yang pernah saya tulis semasa di Kamunting dulu. Anwar sanggup beri kewangan tetapi mesti tulis di bahagian prakata bahawa “ANWAR TIDAK PERNAH PIJAK BENDERA UMNO” dan beberapa suntingan yang menunjukkan dia hero pelajar”, katanya lagi.
“Kenapa Anwar minta saudara ‘bersihkan namanya’ sedangkan dia sudah menang jawatan Timbalan Presiden UMNO” ?, saya bertanya lagi.
“Anwar mahu isu itu dihentikan. Namanya dibersihkan sepenuhnya. Jika dia mahu bertanding jawatan Presiden UMNO, pasti isu pijak bendera UMNO akan dimainkan sekali lagi. Jadi Anwar mahu tutup kes”, katanya secara jujur.
“Sebab itu saya rasa bersalah kerana menulis dengan berbohong fakta sejarah gerakan pelajar. Sebab itu saya terbitkan novel satira ‘Meranduk Arus’ menceritakan hal sebenar”, katanya sambil merenung jauh.
Saya terdiam buat seketika. Saya sendiri tertipu dengan ‘fakta sejarah gerakan pelajar’ , ‘bersama Anwar ke penjara’, yang saya tidak hidup semasa zaman itu. Rupa-rupanya ada cerita lain yang tersembunyi di sebaliknya.
Kata Pengantar tulisan tangan daripada penulis, Kamarazaman Yaacob ditulis pada 10.10.93. Dalam tulisan itu, penulis merakamkan ucapan terima kasih kepada dua individu yang rapat dengan Anwar Ibrahim, iaitu Salahuddin Hashim (bekas Setiausaha Agung PKR) dan Ahmad Azam (ketika itu Setiausaha Agung ABIM). Penglibatan Ahmad Azam, yang ketika itu menjawat jawatan Setiausaha Agung ABIM, menimbulkan tanda tanya, kerana beliau tidak terlibat dalam demontasi pelajar tahun 70-an. Malahan ketika penerbitan buku itu (1993/1994), Ahmad Azam dan ABIM sudah dikenali sebagai instrumen penting Anwar yang menjawab jawatan TPM dan Menteri Kewangan. Ahmad Azam juga ketika itu terlibat dalam IKD(Institut Kajian Dasar), yang merupakan badan pemikir Anwar. Sepatutnya tempat Ahmad Azam diganti dengan Hishamuddin Rais atau Ibrahim Ali yang banyak diperkatakan dalam buku ini. Namun kedua-dua tokoh itu tidak terlibat dalam proses semakan penerbitan buku tersebut.
Menurut pengakuan lisan penulis ini, matlamat utama penerbitan buku “Bersama Anwar ke Penjara” adalah untuk membersihkan imej Anwar. Matlamat itu diletakkan di bahagian hadapan, muka kedua (kanan) dengan tulisan; “Kenakalan itu tidak sampai kami memijak bendera UMNO. Apatah lagi Anwar. Bagaimanapun musuh-musuh politiknya sering menimbulkan fitnah berhubung dengan soal ini
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hudud....pendirian Pakatan Rakyat bagaimana....
lagi satu...
Husam confirms – hukum ...
shamsadis Post at 8-2-2011 11:08
selagi tak 'terhantuk' sampai bila2 pon tak sedar. elok jugak u tunjuk kesilapa lampau anwar... mmg tak di nafikan UMNO-baru adalah parti rekaan barat. biasanya bila pemimpin2 lantikan mereka sedar kesilapan atau 'ditikam belakang' oleh rakan2 se'perlantikan' baru la terhegeh2 meninggalkan parti.
i tak salahkan junjungan mulia UMNO-baru atas tindakan dia menendang anwar keluar parti sbb dia sekadar menurut perintah (arahan dari ketua agen barat). mmg normal bg mana2 agensi risikan menendang mana2 ahli yg cuba berpaling tadah.
sbb tu kena pilih PAS sbb UMNO-baru tu mmg ciptaan barat, manakala ex-UMNO-baru adalah mereka2 yg 'baru sedar'. |
|
|
|
|
|
|
|
selagi tak 'terhantuk' sampai bila2 pon tak sedar. elok jugak u tunjuk kesilapa lampau anwar... mm ...
sbb tu kena pilih PAS sbb UMNO-baru tu mmg ciptaan barat, manakala ex-UMNO-baru adalah mereka2 yg 'baru sedar'.
bangcak Post at 8-2-2011 11:50
kenaper PAS...PAS kan dah menyeleweng....haram hukumnya menyokong parti menyeleweng... |
|
|
|
|
|
|
|
selagi tak 'terhantuk' sampai bila2 pon tak sedar. elok jugak u tunjuk kesilapa lampau anwar... mm ...
bangcak Post at 8-2-2011 11:50
tapi ko sedar tak.....PAS diperkudakan oleh PKR dan DAP sekarang ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by bangcak at 9-2-2011 11:33
tapi ko sedar tak.....PAS diperkudakan oleh PKR dan DAP sekarang ini.
Anak_Nogori Post at 8-2-2011 12:36
pas tak diperkudakan PKR dan DAP. pemimpin tertinggi BN sendiri sah kan
yg i sedar penyokong UMNO-baru "TAK PERNAH SEDAR" tanahair kita digadai (singapore, batu putih, tanah ktmb, telaga minyak dan lain2). kene umpan perkataan "ketuatnan melayu" je... teros merelakan diri dilacur. |
|
|
|
|
|
|
|
pas tak diperkudakan PKR dan DAP. pemimpin tertinggi BN sendiri sah kan
yg i sedar penyokon ...
bangcak Post at 8-2-2011 12:58
sebab ko tak tau jarum halusss DAP.....ko hanya baca melayu....tak baca bahasa cina nya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Please stick to the topic - ANUAR DAN SAHABATNYA... |
|
|
|
|
|
|
|
pas tak diperkudakan PKR dan DAP. pemimpin tertinggi BN sendiri sah kan
yg i sedar penyokon ...
bangcak Post at 8-2-2011 12:58
Ko sebenarnya tak tahu seni orang berpolitik...ko pk kenyataan CLS itu betul ke?..ko tak terpk ka yg dia sengaja mengatakan gitu supaya kaum Cina tidak mengundi PR...nampak sangat ko ni cetek ilmu politik.
Yg jelasnya PAS memang diperkudakan oleh DAP dan PKR...satu contoh nyata yg i kasi tu...PAS dikatakan didalam Pakatan Rakyat..kenapa PAS tidak ada jawatan exco diPenang?..dan kenapa PAS tidak bising?.
Keduanya..kes PAS rampas arak diSelangor..tapi bila diherdik oleh DAP..kenapa PAS pulangkan semula?..mana prinsip PAS, mana maruah PAS?. |
|
|
|
|
|
|
|
Ko sebenarnya tak tahu seni orang berpolitik...ko pk kenyataan CLS itu betul ke?..ko tak terpk k ...
Anak_Nogori Post at 9-2-2011 13:27
diharap forumer terutama yg bergelar 'moderator' boleh kembali kpd tajuk asal "ANWAR DAN SAHABATNYA" dan jgn spin berputar2 jauh sangat. (CSL, soilek, PAS la bagai...) |
|
|
|
|
|
|
| |
|