CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: leon_mclaren78

**~~Markas Lepak BRONTosaurus {BRONT PALARAE's FC}~~**

[Copy link]
Post time 14-11-2008 03:56 PM | Show all posts
hi all......

wah..gambo bro kt italy..tp aku lebih suka bro berambut pendek lagi...hehehehee...nampak jahat.... gambo ni nampak jambu skit...jgn mara aaaaa

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2008 04:03 PM | Show all posts

Reply #1241 tosei's post

wahhh.....jambu tau....
somemore muka bro cam a bit chubby kan???ekekekek!
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 04:10 PM | Show all posts
Originally posted by tosei at 14-11-2008 03:56 PM
hi all......

wah..gambo bro kt italy..tp aku lebih suka bro berambut pendek lagi...hehehehee...nampak jahat.... gambo ni nampak jambu skit...jgn mara aaaaa

http://i381.photobucket.c ...



dulu2 bro feel jambu...rambut ala2 nick carter BSB dolu2
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 04:14 PM | Show all posts

Reply #1243 britney_sapiah's post

ada sket2 la...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 04:47 PM | Show all posts
Originally posted by tosei at 14-11-2008 03:56 PM
hi all......
wah..gambo bro kt italy..tp aku lebih suka bro berambut pendek lagi...hehehehee...nampak jahat.... gambo ni nampak jambu skit...jgn mara aaaaa
http://i381.photobucket.c ...

mcm  danny deVito pulak kawan bro tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 05:11 PM | Show all posts

Reply #1241 tosei's post

wah..gambo bro kt italy..tp aku lebih suka bro berambut pendeklagi...hehehehee...nampak jahat....   gambo ni nampak jambu skit...jgnmara aaaaa


kalo bro bront baca ni..
nangis wei dier....
punya la macho muke time nih, ko ckp dier jambu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2008 07:52 AM | Show all posts
mana design t-shirt?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2008 01:49 PM | Show all posts
Originally posted by urban_ann at 15-11-2008 07:52 AM
mana design t-shirt?



selak page belakang2 antr 44-46 tu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2008 01:50 PM | Show all posts
ESOK...16 NOVEMBER.....JANGAN LUPA NONTON RANCANGAN FILEM DI 9...

TV9 JAM 6.00 PETANG....ADA INTERVIEW BRO...TAJUK: PELAKON BARU...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2008 02:25 PM | Show all posts

tolong tepek dari metro hari ini.. kheeee hee

Nani, Bront Palarae serasi

Oleh Elrafaei Sapi
[email protected]



Rap


KALI pertama digandingkan sebagai pasangan bercinta mewujudkan keserasian di antara pelakon Sharifah Amani (Nani) dan Bront Palarae. Menerusi drama Sinderella yang menarik perhatian ramai penonton TV3, Bront melakonkan watak putera raja yang jatuh cinta dengan gadis tomboy lakonan Nani.
Di sebalik elemen humor dan serius dalam lakonan, mereka dikatakan berjaya membawakan watak masing-masing dengan berkesan hingga pengarah Shahrulezad Mohameddin (Ezad) percaya gandingan kedua mereka mampu mengulangi kejayaan. Atas kepercayaan itu, mereka bersetuju untuk berlakon sama menerusi drama terbaru untuk tayangan Astro Ria iaitu Rona Roni Makaroni.

Berbeza dengan lakonan sebelum ini, Nani membawa watak gadis kampung manakala Bront adalah tukang masak restoran makanan Perancis milik sendiri. Menyelami dua jiwa pelakon ini, mereka mengakui keserasian dalam lakonan terdahulu banyak membantu dalam menghayati watak pasangan kekasih dengan jayanya.

Kata Nani, ketika di lokasi penggambaran mereka tidak berhadapan banyak masalah untuk berlakon sama. Malah penghayatan cinta antara mereka mudah diluahkan secara spontan. Sungguhpun bercinta dalam lakonan, realitinya Nani menganggap Bront sebagai abang.

"Hubungan kami boleh dikategorikan ekstrem kerana dalam saya membencinya, saya juga sayang padanya. Kami mempunyai pendirian kuat yang menegakkan kebenaran sendiri dan sering kali kami bercakap macam mahu bergaduh.

"Saya suka dia menjadi hero kerana saya melihat dia mempunyai kekuatan dalam diri. Mungkin tidak banyak peluang diberikan padanya untuk membuktikan dia mampu menjadi hero.

"Antara kami mempunyai persamaan kerana sesetengah melihat kami tidak sempurna dari aspek fizikal. Sebelum ini, saya dikatakan pendek dan tidak cantik untuk layak membawa watak heroin.

"Begitu juga dengan Bront yang disifatkan tidak kacak dan berkulit putih. Namun itu bukan persoalan. Apabila diberi kepercayaan melakonkan watak utama, kami berusaha memberikan lakonan terbaik.

"Seharusnya bakat dalam lakonan dinilai berbanding paras rupa semata-mata. Sepanjang berlakon sama, ia adalah pengalaman yang menyeronokkan buat kami.

"Seperti drama ini, kami berbincang sebelum mula berlakon. Berbeza dengan Bront yang serius berlakon mengikut skrip, saya pula lebih senang meletakkan lakonan mengikut cara sendiri.


"Saya syukur kerana Ezad boleh terima cara lakonan saya dan hasilnya lakonan kami semua seronok ketika bekerja. Sebenarnya kami bermatlamat mahu menjadi hero dan heroin dalam filem pada masa akan datang jika ada tawaran diberikan pada kami.

"Bergandingan bersama hero yang kita faham membuatkan lakonan menjadi mudah dan tambah seronok. Bagaimanapun saya tidak terganggu dengan pandangan terhadap fizikal saya.

"Saya tidak kisah dengan pandangan itu kerana apa yang lebih penting, saya dapat memberikan lakonan terbaik. Sepanjang berlakon, saya rasa seronok dan bertuah apabila dibayar untuk melakonkan watak orang lain," katanya.

Selepas memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-19 dua tahun lalu menerusi filem Gubra dan Anugerah Pelakon Harapan Wanita pada majlis anugerah yang sama setahun sebelum itu, Nani menyatakan dia bukan pelakon yang bersifat demand terhadap lakonan mahupun bayaran.

Katanya, dia bersetuju untuk berlakon jika mempunyai skrip yang bagus, watak yang menarik dan pengarah yang ingin bekerjasama. Malah jika tiga permintaan itu dipenuhi, Nani juga sanggup berlakon secara percuma.

"Lakonan terbaik tidak ternilai harga dan bayarannya. Cukup pada saya penonton menghargai lakonan saya. Buat masa ini, saya bersyukur kerana mempunyai pendapatan dan keluarga yang stabil.

"Dalam lakonan, bayaran bukan segalanya tetapi pengalaman lakon lebih berharga untuk ditimba," katanya.

Bagi Bront atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin, 30, tidak menyangka lakonan bersama Nani mewujudkan keserasian hingga meninggalkan impak mendalam pada penonton. Katanya, keserasian hanya wujud ketika mula berlakon sama dan menganggap Nani adalah pasangan heroin terbaik.

"Berlakon bersama Nani umpama satu keseronokan dan penghormatan. Nani mempunyai kelebihan kerana dia banyak menang anugerah.

"Berbeza dalam Sinderella, kali ini kami berusaha tampilkan kelainan. Pada mulanya saya melihat emosi antara kami masih sama seperti drama lalu.

"Nasib baik Nani melakonkan watak gadis kampung dan saya pula melakonkan karakter yang suka marah. Selalunya setiap kali kami berjumpa, saya suka mengusiknya dan hubungan kami umpama adik-beradik.

"Dari aspek lakonan, selepas membintangi drama ini perasaan saya mempunyai kecenderungan untuk bersikap marah. Sebenarnya susah untuk melakonkan karakter yang nampak kelakar dan saya akui rakan pelakon lain banyak membantu saya.

"Beza hero dan heroin tempatan adalah pelakon itu tidak kelakar berbanding watak yang sama di peringkat antarabangsa berdiri atas karakter sendiri. Secara peribadi saya berpendapat kerjaya pelakon masih tidak dipandang masyarakat dan dianggap main-main.

"Saya melihat pelakon masih kurang dihormati. Pada saya, pelakon juga menjalankan tanggungjawab pada masyarakat dan negara," katanya.

Mula merasai impak populariti dan mempunyai peminat, Bront meluahkan dia susah hati memikirkan kehidupan artis tiada nilai peribadi. Katanya, dia bukan menyesal kerana memilih jalan hidup sebagai pelakon tetapi mengharapkan kehidupan artis perlu diberi masa untuk hidup seperti manusia normal lain.

Mengenai drama Rona Roni Makaroni, ia turut menampilkan pelakon yang pernah bekerjasama dalam Sinderella seperti Isma Yusoof dan Wan Sharmila. Lakonan mereka juga dibantu Dira Abu Zahar. Drama ini mengisahkan percintaan tiga segi antara Roni (Bront), Rona (Nani) dan Gia (Dira).

Rona yang berasal dari kampung berkenalan dengan Roni secara tidak sengaja dan diambil bekerja bersama Roni iaitu di restoran makanan Perancis. Namun dalam usaha Rona mencari ibu bapa kandung, dalam diam dia mula jatuh cinta pada Roni. Bagaimanapun, kemunculan semula Gia yang pernah menjadi kekasih Roni ketika sama belajar di Perancis mula mewujudkan situasi berbeza.

Nantikan tayangan drama bergenre komedi romantik ini yang akan mula ditayangkan pada 27 November ini, setiap Khamis jam 9 malam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2008 07:46 PM | Show all posts
bront mmg sesuai ada goatee..jgn shave yer? trim je..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2008 08:18 PM | Show all posts


comel la nani...bro menten macho
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 09:18 AM | Show all posts

Reply #1250 niy's post

aiks..??? bukan sharipah sopia ke yg sepatotnya jd gia???

alih2 masyitah kekasihku seru pulek yg jd gia

patotla muka dia ala2 kena delete drpd poster tuh
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 10:12 AM | Show all posts
baru nak scan gambar neh...bro kontrol macho wa cakap lu

[ Last edited by  mulutmasin at 16-11-2008 10:20 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 03:52 PM | Show all posts
tadi Mr Bront ada kat ntv7..pembikinan file Antoo Fighter
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 05:25 PM | Show all posts
Originally posted by narcolepsy at 16-11-2008 03:52 PM
tadi Mr Bront ada kat ntv7..pembikinan file Antoo Fighter




alaaaaaaaaa.....terlepas ...takde kt umah....

takpe....tunggu kul 6...film di 9
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2008 06:25 PM | Show all posts
soalan KUIZ FILEM DI 9

DIMANAKAH BRONT MENDAPAT INSPIRASI MENCEBURI INDUSTRI PERFILEMAN?

ingatkan soklan KUIZ suruh hanto...bergigih aku salin soklan....hampeh

[ Last edited by  britney_sapiah at 16-11-2008 06:27 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 08:27 AM | Show all posts

kosmo 17 nov 2008

tukang tepek
jgn marah peminat bront
pjg artikel... penat den baco

____________________________________________________

Bersatu tanpa masalah
Oleh FAIZAL SAHARUNI
[email protected]






MELANGKAUI kali ketiga bergandingan menerusi drama dan filem, dua bintang berbakat besar dunia seni tanah air, Bront Palare dan Sharifah Amani makin serasi bersama.
Bukan membibitkan soal hati dan perasaan yang membawa kepada pengertian cinta semata, sebaliknya dua pelakon ini mula berada dalam paras selesa.
Disifatkan punya keseragaman yang utuh antara satu dengan lain, itulah hakikat yang sukar disangkal lagi dalam dua figura ini apabila berada di bawah satu bumbung produksi sama.
Bront jujur mengakui, adakalanya dia dan Amani atau lebih mesra dikenali sebagai Nani berselisihan pendapat dan pandangan dalam satu-satu perkara.
"Ibarat yang berlaku dalam rumah tangga dan ada lidah yang tergigit, kami juga tidak terlepas menjalani perkara sama.
"Dalam bertegang-urat dan mahu menegakkan sesuatu perkara, kami tetap merasai kemanisan bersama," jelas Bront.
Meski hampir sembilan tahun saling mengenali, kali pertama mereka bersua muka adalah semasa melibatkan diri melalui filem 1957: Hati Malaya, lantas disambung dalam drama Sindarella.
Pantas membutir bicara agar luahannya tidak diinterpretasi di dalam nada negatif, Bront beranggapan hubungan dia bersama Nani tidak lebih sekadar si adik dan abang.

"Saya mula mengenali Nani sejak dia berusia 14 tahun lagi, malah saya juga mengenali rapat dengan keluarga dia.
"Justeru, tahap keselesaan kami memang sudah ada sekali gus keserasian untuk berlakon sama tidak sukar dicari.
"Bekerja dengan orang bagus seperti Nani memang memberi pengalaman berharga kepada saya. Dengan tidak langsung ia menjadikan saya lebih berusaha memperbaiki diri.
"Banyak perkara yang saya pelajari apabila duduk sekali dan berborak dengan dia," akui Bront yang tidak henti-henti melayangkan kata pujian buat Nani yang diumpama adik sendiri.
Dalam mencanangkan keserasian dia dan Nani, Bront tetap mengakui keserasian yang dimiliki itu membuatkan mereka berupaya 'bersatu' secara professional, tanpa ada masalah.
"Saya bagaimanapun sedar tahap keselesaan itu bukan diukur oleh kami sendiri, sebaliknya audiens yang menilai mutu serta persembahan pelakon itu di kaca TV ataupun layar perak.
"Daripada pemerhatian, bukan saja dengan saya, sebaliknya kalau Nani berlakon dengan mana-mana aktor lain pun, Nani tetap kelihatan baik.
"eluang berlakon bersama Nani memang sungguh seronok dan sukar dilupakan dalam ingatan. Kalau berlakon dengan orang lain, banyak hati dan perasaan yang ingin kena jaga.
"Nani ibarat satu kepala dengan saya. Kalau hendak berlawak atau bercanda, tiada istilah merajuk atau terasa hati sesama sendiri," jelas Bront tertawa kecil.
Bront serta Nani kini bergandingan sekali lagi, dalam siri komedi romantik, Rona Roni Makaroni yang bakal menemui ramai di saluran Astro Ria bermula 27 November, setiap Khamis pukul 9 malam.
Selain Bront dan Nani, antara pelakon lain turut membintangi drama arahan Shahrulezad Mohameddin itu adalah Wan Sharmila, Dira Abu Zahar dan Isma Yusoof.
Satu dengan fizikal tinggi lampai manakala seorang lagi agak sederhana. Lalu, ada ketika Bront dan Nani kelihatan kurang menarik apabila dipasang bersama.
"Saya sendiri rasa badan jadi bongkok sekarang sebab banyak berlakon dengan dia (Nani). Saya syukur sangat kerana pakar yang mengendalikan video kamera dan suntingan membuatkan keadaan itu tidak terlalu ketara.
"Bahkan, gandingan kami dengan seorang tinggi macam galah dengan Nani yang rendah jadikan drama yang kami hasilkan bersama jadi humor dan komedi," jelasnya tertawa lagi.




Bekerja di bawah 'majikan' ibarat Shahrulezad memperlihat pengalaman dan kenangan manis kepada anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini.
Dia sendiri mahukan kelainan agar tidak lagi dilabel sekali gus dibayangi karakter yang klise dalam Sindarella sebelum ini.
"Saya pernah menyuarakan keinginan kepada Shahrulezad untuk memegang watak berlainan dengan sebelumnya, lalu menonjolkan diri saya agar jadi lebih ekspresif.
"Dalam Rona Roni Makaroni, saya jadi seorang lelaki yang suka mengamuk tidak tentu pasal walau berdepan dengan perkara yang remeh-temeh dalam kehidupan.
"Memang saya rasa lain sangat dengan karakter ini. Barulah saya tahu perasaan sebenar marah. Seronoknya lain macam berbanding watak lain.
"Begitupun, karakter Roni ini akan berubah dari semasa ke semasa. Kiranya watak saya dalam Sindarella dimaksimum dalam Rona Roni Makaroni.
"Saya sekadar mahukan drama ini dapat memberi hiburan buat peminat. Drama ini memang lain dan kelakar," ungkap Bront atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin bersungguh.
Sebelum mengakhiri bicara lewat petang itu yang diadakan di Cathay Cineplexes di Cineleisure, Damanasara beberapa hari lepas, Bront sempat berkongsi perancangan selepas ini.
Setelah menyudahkan penggambaran Rona Roni Makaroni, pemuda berusia 30 tahun ini nekad mengambil keputusan berehat seketika daripada bidang lakonan drama.
"Harap ini drama menjadi terakhir kerana saya merindui dengan berlakon memegang watak pembantu dalam filem.
"Saya lihat pembabitan diri dalam drama lebih sukar dan mencabar daripada memberi komitmen dengan filem.
"Lebih baik terlibat dengan filem yang memakan masa singkat ditambah adegan yang tidak terlalu banyak.
"Saya berpendirian bahawa pelakon yang banyak berlakon drama memang hebat kerana dia mampu bahagikan waktu dengan baik dan menahan segala kesulitan yang dihadapi," akhiri Bront.
Mengukuhkan relevan kata-kata Bront itu, Nani atau nama lengkapnya Sharifah Amani Syed Zainal Rashid, kerjasama dengan Bront menjadi perkara menarik buat empunya diri.
"Saya suka kerja dengan dia (Bront). Dia ibarat abang kepada saya yang pernah ada selama ini.
"Dia adalah individu yang gemar berborak tentang industri filem dan buku-buku yang terdapat di pasaran.
"Biasanya kalau kami bertelagah sesuatu perkara, Bront tetap akan bersungguh-sungguh mempertahan pendirian sendiri.
"Ia tidaklah seteruk mana, sebaliknya kami akan okey semula selepas itu. Pada saya bidang hiburan memerlukan orang yang seperti Bront.
"Dia mempunyai pengetahuan yang baik tentang satu-satu topik. Pengalaman dan ilmu yang dia ada memang banyak.
"Maka saya akan 'curi' serba-sedikit setiap yang dikongsi oleh Bront dalam memberi kebaikan kepada diri saya," jelas Nani berterus-terang.
Bercerita dengan watak menerusi Rona Roni Makaroni, Nani membawakan karakter Rona yang merupakan seorang gadis desa yang datang ke Kuala Lumpur.
"Inilah kelainan yang paling saya suka dengan karakter ini. Berbeza sungguh daripada sisi sebenar saya.
"Sekurang-kurangnya saya dapat pelajari perkara baru. Bayangkanlah, saya mula tinggal di Bangsar dan hidup di dalam keluarga yang seperti anda lihat ini.
"Semua orang sama saja. Tidak kira orang kampung atau orang bandar, cuma pengalaman yang kita lalui ini di dalam kehidupan ini berbeza daripada orang lain.
"Saya cukup teruja dengan watak ini. Saya dapat lepaskan diri sendiri pada tahap tertentu disebabkan pengarah tidak mahu saya nampak berlebih-lebihan atau terkurang dalam membawa watak Rona.
"aling penting, saya lihat ibu, Fatimah Abu Bakar tersenyum melihat pratonton drama ini, jadi saya tahu saya dapat menjayakan watak ini dalam paras pertengahan.
Kalau Bront mahu berehat seketika, justeru apakah gadis manis berusia 22 tahun ini mahukan perkara sama setelah berhempas-pulas mengabdikan diri dalam industri seni?





Ringkas dan mudah sahaja jawapan yang terluncur daripada bibir Nani. Baginya, dia tidak pernah punya rehat secukupnya sejak melibatkan diri dalam Sepet beberapa tahun lalu.
"Sebelum ini saya memang perancangan untuk menyambung belajar kursus jangka pendek di Los Angeles dalam bidang perfileman, namun tetap tidak terlaksana lagi.
"Ada saja halangan tersedia di depan terutama waktu yang terhad untuk saya. Entahlah, saya belum lagi memikir untuk rehatkan diri sekejap dalam dunia lakonan buat masa ini.
"Lakonan menjadi minat paling utama dalam jiwa saya. Ia sudah cukup sebati, jadi mana mungkin untuk saya menghentikan seketika aktiviti lakonan ini," jawab Nani ringkas.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 08:30 AM | Show all posts
Originally posted by ctmufizano at 14-11-2008 05:11 PM


kalo bro bront baca ni..
nangis wei dier....
punya la macho muke time nih, ko ckp dier jambu...

morning sumaaaaa.....

hehehehehehe.....nk wat camna??
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 08:50 AM | Show all posts
ehem

xde ke sapa2 nak join klab fazura hotz

http://eforum2.cari.com.my/viewt ... page%3D1&page=1
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.209127 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list