CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dani-rox

[UNSOLVED MYSTERIES] Empat Kes Misteri Oleh KILL_NANCY #1611-#1614 (21 Januari

  [Copy link]
Post time 16-1-2018 03:43 PM | Show all posts
dani-rox replied at 4-1-2018 11:00 PM
identiti dia org masih dilindungi wpun masing2 dah umur 30an. yg paling lahanat, jon venables  ...

x dapat tgok gmbarnya tt @dani-rox
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-1-2018 01:08 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 12:49 PM | Show all posts
dani-rox replied at 17-1-2018 01:08 AM
Gambar Thompson: https://pbs.twimg.com/media/BaaouQ7CAAAKEyJ.jpg
Gambar Venables: https://pbs.twi ...

Opis kite blockla plak.. tq tt sayam.. bukak kt enfon jela jwbnya..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 02:03 PM | Show all posts
aryyan replied at 6-1-2018 01:09 PM
aku rs mmg makpak dia yg bunuh kot.
sbb dh kata smua bkunci. yg ada kat rumah mmg parents saja.
...

Aku agree. Takde orang lain dah

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Best thread ni.. thanks tt
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 8-11-2016 11:41 PM
PEMBUNUHAN BERSIRI HWASEONG



Drama korea the signal best..  byk unsolved mystery
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2018 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 14-7-2017 01:43 AM
Bukan kes misteri tp ada unsur2 scary bg ai... bayangkan terkandas di sebuah pulau terpencil bersama ...

Ramond ni x pertahankan wanita lain ke.. tinggal brp org lelaki kat pulau tu sebelum raja gila bermaharajalela..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Pening pale den baca kisah2 ni semua..paling terkesan is the japanese lady tu and the 2-year old boy thanks TT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2018 11:39 AM | Show all posts
terbaek thread tt, boleh tak nk request citer pembunuhan oleh OJ simpson, unsolve jugak rasanya coz dia terlepas dr kesalahan membunuh bekas isteri dia (model). pernah tengok kat CI lama dulu x ingat sangat citer dia, tapi ingat charecter OJ ni sgt arrogant..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 02:41 PM | Show all posts
humaira_maira replied at 19-1-2018 11:39 AM
terbaek thread tt, boleh tak nk request citer pembunuhan oleh OJ simpson, unsolve jugak rasanya coz  ...

i tgh tgk the people vs oj simpsn kt channel fx hd. best2. lakonan john travolta, david schwimmerhabis ep tu, psl versace pulak, rsenye dh start 15 jan aritu.



Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2018 09:06 PM | Show all posts
humaira_maira replied at 19-1-2018 03:39 AM
terbaek thread tt, boleh tak nk request citer pembunuhan oleh OJ simpson, unsolve jugak rasanya coz  ...

kalau tngok fakta kes.. mmg sah sah OJ pembunuh nye... but the lawyers were really good at that time and OJ dpt benefit dari stigma 'anti-black' masa tu.. and juri-juri pun semua nampak berat sebelah sapa...


Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2018 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Khatam dah thread ni..  Fuhhhh... Suke bc cite2 mcmni tp xtau nk cari..  Tq dani sbb translate kn n memudahkan penceritaan..  
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2018 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Xboleh hadam kisah bdk 2 thn tu..  Walaupun i lum ade ank tp i terasa ngeri sedih.. Pilu.  Murung bc cite tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 12:30 PM | Show all posts
I baru terjebak dengan thread ni dan baru habis merempit. Lepas baca 1 kes, kemurungan. Sambung baca kes lain, bertambah murung. Tetiap malam asyik terfikir betapa manusia boleh jadi sekejam itu

Dah la i tidur sensorang, lepas tutup lampu jer fikiran mula berimaginasi bukan-bukan. Takut
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2018 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
sayang_mulut replied at 23-1-2018 09:06 PM
kalau tngok fakta kes.. mmg sah sah OJ pembunuh nye... but the lawyers were really good at that ti ...

Lawyer dia bapak kim kardashian kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2018 01:39 AM | Show all posts
Edited by dani-rox at 29-1-2018 01:51 AM

KES GADIS-GADIS ALCASSER YANG BELUM TERUNGKAI SEHINGGA KINI




Maria Deseada Hernandez Folch - aka "Desiree", Miriam Garcia Iborra dan Antonia Gomez Rodriguez - aka "Toni"



Peta Alcasser




Pada petang Jumaat 13 November 1992, tiga gadis remaja - Miriam García Iborra, 15thn, Antonia “Toñi” Gómez Rodríguez, 16thn dan Desirée Hernández Folch, 15thn – bercadang utk menghadiri satu parti sekolah tinggi mereka yg diadakan di pinggir Valencia, Sepanyol. Majlis itu dikatakan adalah utk mengumpul dana lawatan sekolah sempena cuti hujung tahun.  Pada mulanya Miriam meminta ayahnya utk menghantar mereka bertiga ke Kelab “Coolor”, tetapi Fernando Garcia terpaksa menolak kerana demam selesema.


Kelab Coolor

Menurut bbrp laporan, ketiga2nya singgah dahulu di rumah salah seorg rakan mereka yg juga tinggal berhampiran, Esther Diaz Martinez. Namun gadis itu juga berasa kurang sihat, lantas terpaksa membatalkan rancangannya utk mengikuti Miriam, Toni dan Desiree ke parti sekolah mereka.


Esther Diaz Martinez

Lebih kurang dlm pkl 8mlm, tiga sekawan itu pun ‘hitchhike’ atau menumpang kereta, satu perkara normal di bandar kecil itu pd waktu tersebut. Kelab “Coolor” terletak di Picasent, iaitu bandar yg hanya berada di seberang lebuh raya dari Alcasser, jarak dlm 4 kilometer saja.



Miriam, Toni dan Desiree akhirnya menumpang kereta satu pasangan muda yg merupakan kenalan mereka - Francisco Jose Hervas, dan Maria Luz Lopez Garcia, yg membawa mereka ke sebuah stesen minyak merangkap kedai memperbaiki kereta di Picasent. Menurut Hervas, mereka pergi ke situ kerana tangki minyak keretanya bocor. Ketika di stesen minyak tersebut, pasangan itu melihat ketiga2 gadis menaiki sebuah lg kereta. Walau bagaimanapun, oleh kerana keadaan yg gelap, Hervas dan teman wanitanya Maria Garcia gagal memastikan jenis kereta itu.

Beberapa hari kemudian seorg saksi tampil memberikan keterangan -- Maria Dolores Badal Soria, 63thn, memberitahu, pd mlm itu dia ternampak Miriam, Toni dan Desiree menaiki kereta kecil jenis sedan 4 pintu, berkemungkinan jenis Opel Corsa. Menurutnya lg, di dlm kereta itu ada beberapa org lelaki, barangkali dlm 3-4 org. Berdasarkan kenyataan ini, persoalan mula timbul; berapa ramai yg muat di dlm kereta sekecil itu? Kenapa gadis2 itu sanggup duduk bersesak2 dgn sekumpulan lelaki yg tidak dikenali?


Saksi; Maria Dolores Badal Soria

Apapun, itulah kali terakhir Miriam Iborra, Toni Rodriguez dan Desiree Folch dilihat dlm keadaan masih hidup.

Ibu bapa gadis2 itu mula bimbang apabila anak mereka tidak pulang2. Keesokan harinya 14 November, mereka berjumpa dan mula mencari Miriam, Toni dan Desiree di sekitar Alcasser. Pd petangnya mereka menuju ke balai Civil Guard, iaitu agensi polis nasional dari badan ketenteraan Sepanyol, di Picasent, utk melaporkan kehilangan anak2 mereka. Namun gerakan pencarian hanya dilakukan bbrp hari kemudian.

Pada pagi Isnin 16 Nov, ketiga2nya masih tidak pulang2. Ibu bapa mereka sedar sesuatu yg buruk telah berlaku ke atas tiga sekawan itu. Satu perkara yg mustahil seandainya gadis2 tersebut melarikan diri, memandangkan mereka tidak membawa wang yg banyak ketika keluar menuju ke Picasent.

Dari mula lg kes itu disiasat sbg penculikan. Sepanjang bulan Nov, Civil Guard/Pihak Polis menyoal siasat keluarga, rakan2 dan saksi yg melihat Miriam, Toni dan Desiree – Termasuklah Maria Delores Badal Soria.

Hasil siasatan mereka, Civil Guard mendapati tiga gadis itu tidak pernah sampai ke destinasi mereka, Kelab “Coolor”. Di sepanjang jalan2 gelap Picasent pd mlm 13 Nov itu, gadis2 tersebut ‘ghaib’ dgn tiba2.

Ayah Miriam, Fernando Garcia, akan menjadi suara paling lantang dan dikenali dlm siasatan itu. Seorg bapa yg sedang bersedih tetapi bekerja keras, dia muncul dlm banyak rancangan tv dan radio demi mendapatkan publisiti bg kes itu, dan dia juga merayu bantuan org ramai. Tidak lama selepas kehilangan tiga gadis tersebut, Antonio dan rakan anaknya Esther Diaz Martinez dijemput ke rancangan TV “Who Knows Where?” yg dihoskan oleh Paco Lobaton.


Fernando Garcia

Civil Guard mula mempergunakan cara lama mereka iaitu memeriksa bekas2 banduan yg baru saja dibebaskan dari penjara Picasent. Apabila tidak mendpt sebarang petunjuk, mereka memperbesarkan lg carian termasuk penduduk2 di sekitarnya yg mempunyai rekod jenayah. Sekali lg, keputusan yg menghampakan.

Dua minggu selepas kejadian, simpati dgn nasib gadis2 itu dan keluarga mereka, penduduk setempat pun sama2 mencari Miriam, Toni dan Desiree. Majlis Perbandaran Alcasser mencetak dan mengedarkan beribu2 risalah dan poster yg memaparkan gambar2 gadis2 yg hilang tersebut.

Walaupun menerima banyak tips dan petunjuk dari seluruh negara, dan meluaskan pencarian termasuk Granada dan Pamplona, Civil Guard tetap gagal menjumpai ketiga2 gadis.

Pd bulan Disember, kes ini mendapat perhatian Presiden Sepanyol pd waktu itu, Felipe Gonzalez – Pada malam sebelum Krismas 1992, beliau bertemu dgn ahli keluarga gadis2 itu dan mendengar luahan hati mereka. Gonzalez memberikan jaminan bahawa kerajaannya akan mengerahkan lebih banyak tenaga utk mencari dan menyelamatkan Miriam, Toni dan Desiree dlm kadar segera.

Usaha pencarian juga dilakukan hingga ke negara2 jiran malahan benua bersebelahan. Kes tersebut juga diserahkan kpd Interpol, yg meletakkan bbrp negara Eropah dan Afrika yg berdekatan sbg tempat gadis2 itu berkemungkinan dilarikan/melarikan diri.



Dalam waktu yg sama, ayah Miriam, Fernando Garcia berhenti kerja dan mengabadikan seluruh masa dan tenaganya utk mencari anak dan rakan2nya.

Pada bulan berikutnya, dia merancang utk mengunjungi bbrp agensi berita Eropah termasuk BBC dan Sky News. Malah Garcia cuba mengatur satu perjumpaan dgn Pope John Paul II, dgn harapan utk menyebarkan kisah tiga gadis Alcasser ke gereja2 di seluruh dunia.

Kes Miriam, Toni dan Desiree terus menghiasi muka depan media Sepanyol utk bbrp minggu. Dan ketika Fernando Garcia berada di luar negara mewar2kan kisah mereka bertiga, mayat2 mereka akhirnya berjaya djumpai.



Kawasan La Romana


Mayat2 ditemui berhampiran rumah2 lama ini



Tiga mayat gadis malang itu ditemui pd 27 Januari 1993, oleh dua org penjaga lebah di satu kawasan terbiar dan kontang bernama La Romana. Pada mulanya salah seorg drpd mereka tertarik dgn kilauan pd permukaan tanah. Bila diamati benda itu adalah seutas jam tangan besar dan apa yg mengejutkan mereka jam itu masih dipakai pada tangan pemiliknya, yg ditimbus di dlm tanah.



Pada mata kasar polis, tubuh ketiga2 mayat jelas kelihatan tanda2 dipukul, didera dan dirogol sebelum dibuang di tempat yg tersorok. Bagi Sepanyol, kes ini bakal menjadi kes pembunuhan paling kejam di dlm sejarah jenayah negara itu.


Lakaran kedudukan mayat








Menurut pihak berkuasa yg menyiasat dan memeriksa tempat kejadian:


  • Kepala dua drpd tiga gadis itu telah dipenggal, dan mayat mereka mereput dlm peringkat2 yg berbeza
  • Kesemuanya dlm keadaan diikat dan bbrp objek dijumpai di lubang tempat mayat disembunyikan – bbrp helai pakaian, cebisan kertas dan tali serta sampah sarap.
  • Setelah mengeluarkan mayat, polis menyedari gadis2 itu ditutup dgn karpet berwarna hijau tetapi bercampur perang setelah lama berada di dlm tanah. Rekod menunjukkan sesetengah penyiasat unit khas (UCO) berpendapat karpet itu berwarna biru, tp di dlm gambar ia kelihatan hijau atau perang, bergantung pd pencahayaan.
  • Di sekitar tempat kejadian; mereka turut menjumpai sehelai t-shirt besar yg pihak berkuasa percaya mungkin kepunyaan salah seorg mangsa. Di dlm t shirt itu terdapat dua biji batu, yg kemudiannya ditinggalkan di tempat kejadian.
  • Di dalam dan sekeliling lubang mayat; jaket corduroy yg koyak, dua fiber sintetik berwarna hitam, secebis kertas dgn tulisan cakar ayam, dua batang kayu, selembar tali utk pelayaran – ini semua berada dalam lingkungan kira2 10 kaki dari mayat ketiga2 gadis itu.
  • Selain itu, bbrp helai rambut dan tulang2 termasuk tulang jari jemari dan tulang belakang. Polis juga menemui satu katrij permainan video.
  • Di dasar lubang: sebiji kelongsong peluru 9mm jenama GECO yg telah digunapakai. Ia dikatakan berada di bawah mayat.
  • Satu bahan bukti yg menjadi titik tolak kpd siasatan dan penghakiman yg kontroversi: cebisan kertas yg telah dikoyak2 ditemui berhampiran mayat gadis Alcasser. Apabila disambung dan dipadankan semula, ia adalah borang dari Hospital Universiti La Fe, terletak dua jam perjalanan timur laut dari bandar utama Valencia.




Karpet yg digunkan utk membalut mangsa


T-shirt salah seorg mangsa



Borang itu adalah utk kegunaan pesakit luar, dan diisi pd thn sebelumnya. Berdasarkan maklumat yg tertera pd borang tersebut, ia adalah kepunyaan seorg individu bernama Enrique Angles yg tinggal di Valencia dan dia menerima rawatan utk penyakit kelamin pd 1992.


Enrique Angles

Apapun, Enrique Angles didapati mempunyai seorg adik lelaki bernama Antonio Angles, yg merupakan seorg pengedar dadah. Antonio berkawan dgn penjenayah kecil2an, Miguel Ricart, yg kadang2 menumpang di rumahnya. Siasatan turut mendedahkan Antonio melarikan diri dari penjara pd Mac 1992, tetapi mula diburu pd bulan September. Dan dua bulan kemudian, gadis2 Alcasser hilang.

Pada dasarnya Enrique Angles dianggap sbg suspek, tetapi polis lebih berminat dan menumpukan siasatan mereka pula ke atas Antonio dan Miguel.


Suspek utama; Antonio Angles


Miguel Ricart

Namun, satu perkara yg dipandang remeh adalah pengendalian tempat jenayah telah tercemar dgn ketidakcekapan dan kegagalan komunikasi di kalangan pihak berkuasa yg terlibat:


  • Hanya satu saja gambar tempat kejadian diambil sebelum mayat dikeluarkan dari lubang
  • Semua item dan objek yg ditemui ditabur begitu saja dan digambar sekali.
  • Tempat kejadian tidak ditutup drpd org awam berjam2 lamanya sehinggalah ketibaan UCO.
  • Kebanyakan bahan bukti hanya dimasukkan di dlm beg plastik, dan dibiar begitu saja utk jangka masa yg panjang – ada yg berjam2, malah ada yg tidak dihiraukan utk bbrp hari. Bagi menjelaskan betapa teruknya cara siasatan forensik sebegini, George Schiro seorg Saintis Forensik di Makmal Jenayah Polis Negeri Lousiana, Amerika Sykt memberitahu bahawa bahan bukti yg basah dan lembap tidak sepatutnya disimpan di dlm beg kertas ataupun beg plastik lebih drpd 2 jam. Ini kerana di dlm bekas yg tertutup, pertumbuhan bakteria akan berlaku dan mencemarkan bahan bukti. Kulat dan fungus juga merosakkan bahan bukti tanpa sebarang cara utk memuliharakannya kembali.


Bahan bukti yg digambar bersama



Pihak penyiasat berjaya mengenalpasti identiti mangsa dan pakaian mereka. Namun, ketika proses mengeluarkan mayat, pasukan forensik telah mengambil jln singkat: sekeping gambar tempat kejadian sebelum menggali lubang dan polis tidak mencatat mengenai kedudukan bahan bukti ketika ditemui.

Pada saat ini, kerosakan dan kesilapan oleh pihak polis ke atas kes ini sudah terlambat utk diperbetulkan. Walau bagaimanapun, ini tidak menghalang mereka drpd menahan suspek dlm tempoh 24 jam, dan mempergunakan media yg kelaparan kisah2 sensasi bg mengaburi mata org awam.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-1-2018 01:58 AM | Show all posts
SAMBUNGAN




Ketiga2 mayat dibawa ke Valencia dan dibedah siasat mengikut giliran siapa yg mula2 ditemui

Toni Gomez Rodriguez
  • Salah seorg yg dijumpai tanpa kepala, yg pd awal siasatan dikhuatiri telah dipenggal. Namun teori itu tidak pernah disahkan.
  • Spt mangsa2 lain, kedua2 tangan Toni diikat dari belakang, dialah pemilik jam tangan yg dijumpai oleh penjaga lebah di la Romana
  • Dia dipercayai telah diperkosa. Oleh kerana selaput daranya berada di dlm keadaan normal, Toni mungkin diliwat. Para doktor yg membedah siasat mayatnya terus membuat kesimpulan bahawa kematiannya berpunca drpd tembakan di kepala.


Desiree Hernandez Folch
  • Kedua2 tangan diikat dari belakang dgn tali berwarna hitam, salah satu lengannya terlipat dlm keadaan yg sgt tidak selesa
  • Sebahagian besar mayat telah dimakan oleh haiwan, tp anehnya pakaiannya kelihatan spt biasa saja.
  • Seperti mayat pertama, dia juga dijumpai tanpa kepala. Dan perkara yg membingungkan keluarganya, Desiree tidak memakai stokin.
  • Salah satu penemuan yg amat menghancurkan perasaan dan mengganggu fikiran semua org yg mengikuti kes ini adalah putingnya yg seolah2 ditarik dgn sesuatu spt playar, hingga putus. Ini menunjukkan pembunuh bukan saja mendapat kepuasan dgn merogol tetapi juga perlakuan sadisme yg terlampau.
  • Desiree juga dirogol dan diliwat. Berkemungkinan besar ditembak di kepala, tetapi bbrp kecederaan pd bahagian pinggang spt luka tikaman dgn senjata tajam.



Miriam Garcia Iborra
  • Spt Desiree, Miriam juga ditemui tanpa stoking. Pemerhatian ini sama ada terlampau teliti ataupun mengesahkan syak wasangka polis yg ia dicuri.
  • Tangan kanan dipotong, dan penyiasat di tempat kejadian gagal menjumpainya.
  • Tidak spt mangsa2 lain, Miriam patah dan hilang bbrp batang gigi akibat dipukul
  • Doktor turut menemui tanda rogol dan liwat, dan alat sulit gadis itu menunjukkan bbrp koyakan yg dilakukan selepas kematiannya. Kesimpulannya, ketiga2 gadis itu menemui ajal mereka di tangan seorg/beberapa individu sadis dan ganas.



Ketika autopsi pertama mayat2 itu, pasukan doktor yg bertanggungjawab telah melakukan kesilapan paling dahsyat: mereka telah membersihkan mayat dgn air. Maka kebanyakan bahan bukti forensik yg mungkin berada pd tubuh ketiga2 gadis itu kini sudah tiada, dibawa aliran air.

Doktor yg melakukan autopsi kali kedua, Dr Luis Frontela Carreras seorg profesor University of Seville menulis laporan yg penuh kritikan berkenaan autopsi awal itu. Dia menyatakan bahawa para doktor yg terlibat telah merosakkan dan mencemarkan bahan bukti – Antaranya adalah mengumpul helaian2 rambut pd mayat dan menyimpan kesemuanya dlm satu bekas yg sama, memotong anggota badan tanpa keperluan, dan membuang bahan bukti yg mungkin berguna utk kajian forensik di masa hadapan, spt larva ulat yg dijumpai pd mayat.

Dalam bbrp bulan kemudiannya, pihak media akan menyingkap dan menayangkan setiap maklumat yg ada – tidak kira sama ada ia menggerunkan atau menjelikkan. Mereka juga tanpa rasa segan bertanyakan perasaan keluarga Miriam, Desiree dan Toni mengenai pembunuhan anak mereka. Pihak media juga ingin tahu apa pandangan ibu bapa dan rakan2 mangsa setelah mengetahui betapa seksanya ketiga2 gadis itu dibunuh, bahawa dua di antara mereka dipenggal dan seorg lg putingnya dicacatkan dgn playar. Wartawan dgn selamba turut mendedahkan bagaimana dua ditemui mati dgn tangan masih terikat dan seorg lg hilang tangan kanan.




Rumah keluarga Angles di Catarroja

Kedatangan polis ke rumah keluarga Enrique dan Antonio Angles utk menyoal siasat menimbulkan kontroversi. Di dlm laporan rasmi: Sebaik saja mereka tiba di kediaman Angles, Antonio dikatakan sempat melompat keluar dari tingkap biliknya yg berada di tingkat 4 ke bangunan bersebelahan dan seterusnya melarikan diri drpd pihak polis. Keluarga Angles pula menafikan lelaki itu berada di rumah, malah Antonio sudah hampir setahun tidak pernah dilihat lg sejak lari dari penjara.



Tidak cukup dgn kisah melompat keluar dari ketinggian 20 kaki, yg pastinya boleh menyebabkan kecederaan serius, banyak khabar angin mengenai Antonio Angles bertebaran sehinggalah sekarang. Seolah2 lelaki itu handal menyembunyikan dirinya spt watak seorg perisik yg selalu digambarkan di dlm tv ataupun wayang, tidak selari dgn latar belakangnya yg sekadar pengedar dadah kecil2an. Setiap kali polis hampir berjaya menangkapnya, lelaki itu akan bolos dgn mudah.



  • Antonio pernah dilihat bbrp org awam di kwsn Catarroja – seorg pemandu teksi yg menumpangkannya dan seorg pendandan rambut yg mewarnakan rambut Antonio drpd warna perang kpd warna lebih gelap. Ketika dia cuba mendaftar masuk Hotel Boluda, kononnya penyambut tetamu enggan menerimanya kerana dia (penyambut tetamu) mengenali Antonio sbg org paling dikehendaki oleh polis.
  • Kemudian Antonio memilih utk berlindung di sebuah bangsal kepunyaan kenalan yg sama2 berkecimpung dlm jenayah spt dirinya dan Miguel. Kenalan mereka hanya dikenali sbg ‘the Gypsy’. Bangsal ini juga disyaki oleh polis sbg tempat penyeksaan gadis2 Alcasser, wpun tiada bukti fizikal menunjukkan Miriam, Toni dan Desiree pernah berada di situ. Menurut laporan media yg berbeza2; Antonio pernah dilihat dlm keadaan marah2 dan hilang akal sambil mengacu2 pistol. ‘The Gypsy’ mungkin bosan dgn perlakuan itu lantas menghubungi polis. Namun Antonio sekali lg terlepas dari tangkapan.
  • Pada awal Februari 1993, polis mendapat maklumat kononnya Antonio sedang menginap di sebuah bilik motel. Maka mereka pun bergegas ke motel itu tetapi lelaki itu tetap berjaya melarikan diri. Pihak polis pun mengambil gambar keadaan katilnya dgn majalah2 lucah berselerakan – Apapun bagi sesetengah org mereka percaya gambar ini spt dibuat2.





Kemudian khabar angin mula tersebar bahawa Antonio Angles bersembunyi di sekitar kota Valencia, sehingga polis berjaya menjejakinya di daerah Villamarchante. Walau bagaimanapun, mereka gagal lagi menangkapnya dan lelaki tersebut muncul pula di Minglanilla, Cuenca. Gambar terbaru Antonio yg dikeluarkan oleh polis juga agak pelik kerana lelaki yg di dalamnya mirip seorg model Sepanyol.




Antonio dilihat kali terakhir berada di Lisbon, Portugal pada Mac 1993. Ada dua teori yg timbul tentang apa yg mungkin berlaku pd Antonio Angles Martin.

Teori pertama: Dia curi2 masuk dan menumpang sebuah kapal, ttpi perbuatannya disedari oleh anak kapal ketika mereka menghampiri persisiran Ireland. Antonio pun melompat ke dlm air – Tidak diketahui sama ada dia berjaya berenang ke daratan atau (kemungkinan besar) mati kesejukan di dlm air laut yg suhunya waktu itu spt ais.

Teori kedua: Antonio membeli tiket dan menaiki sebuah kapal ke negara kelahirannya Brazil dgn menggunakan passport, dan tidak kembali lg ke Sepanyol. Dia masih berada di dlm senarai pelarian jenayah paling dikehendaki oleh Interpol sehingga ke hari ini.





Rakan subahat Angles, Miguel Ricart, pula tidak sukar utk ditangkap. Dia tidak lari, malah dia ditemui berada di rumah keluarga Angles bersama adik beradik Antonio – Mereka semua ditahan dan dibawa ke pejabat Civil Guard dahulu utk siasatan lebih lanjut.

Lebih kurang tengah mlm barulah pihak polis mengalih tumpuan mereka utk menyoal Miguel, selepas giliran ahli keluarga Angles.

Miguel Ricart berada di dlm bilik khas bersama bbrp org pegawai berpakaian awam. Dia memberitahu latar belakangnya, termasuk nama dan dia pernah masuk penjara pada Disember sebelumnya kerana mencuri kereta.

Lelaki itu juga menyatakan bahawa dia memandu kereta Opel Corsa berwarna putih, kereta yg lebih kurang menyerupai kenderaan terakhir dinaiki Miriam, Desiree dan Toni. Dengan ini, polis mula meletakkannya sbg suspek utama, dan tidak mempedulikan sudut dan suspek lain.


Kereta Opel Corsa milik Ricart

Para penyiasat memaksa Miguel utk mendedahkan lebih lanjut berkenaan kenderaannya, mereka ingin tahu sama ada dia pernah meminjamkannya kpd sesiapa. Pada mulanya Miguel keberatan utk menjawab, namun kemudian dia mengaku pernah meminjamkan keretanya itu kpd Antonio Angles. Walau bagaimanapun, pernyataan ini bertentangan dgn hakikat bahawa Antonio tidak mempunyai lesen dan tidak tahu memandu.

Apapun, ini cukup menarik minat penyiasat dan membawa Miguel ke balai polis utk memperolehi maklumat dan pengakuan. Dalam masa bbrp minggu dlm tahanan, Miguel memberikan pelbagai versi pengakuan dan kenyataan yg saling bercanggah.






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2018 02:14 AM | Show all posts
Edited by dani-rox at 30-1-2018 07:53 PM

SAMBUNGAN

Pengakuan Pertama:
Miguel dan Antonio menumpangkan ketiga2 gadis itu, dan Miriam, Desiree dan Toni dikatakan menerima pelawaan mereka. Kereta yg digunakan adalah SEAT Ronda (kereta buatan Sepanyol yg rupanya sama dgn Honda Civic lama) berwarna biru – Ini sgt berbeza dgn kereta yg dipandu oleh penculik iaitu sedan putih.

Namun menurut Miguel, dia dan Antonio membawa gadis2 itu keluar hingga ke La Romana. Apa yg aneh, perjalanan selama dua jam ini tidak menimbulkan rasa bimbang pd tiga sekawan tersebut – tidak membantah atau melawan balik. Pengakuan ini sesungguhnya tidak masuk akal.

Setibanya di satu kawasan yg sunyi di La Romana, Miguel menyatakan dia ‘melakukan hubungan seks’ dgn Desiree, sementara itu Antonio pula mengajak Miriam dan Toni ke tempat lain utk ‘berasmara’.

Pengakuan ini secara asasnya menceritakan mereka semua melakukan hubungan intim dgn rela, wpun agak janggal kerana Miriam, Desiree dan Toni adalah perawan bawah umur – sudah pasti ketiga2nya akan melawan, bukannya mengikut saja kehendak dua org lelaki tidak dikenali.

Kemudian, lebih kurang dlm 20 minit dia terdengar bunyi tembakan dari jauh.

Pada waktu itu, keadaan mereka semua jd kabur. Miguel tidak menceritakan apa yg terjadi dgn Desiree, sama ada dia atau Antonio yg membunuhnya.

Setelah ketiga2 gadis itu mati dibunuh, lelaki2 tersebut pergi ke sebuah rumah berdekatan utk mengambil karpet, yg digunakan utk membalut mayat. Tanpa penjelasan munasabah, Miguel dan Antonio mampu menggali lubang pd musim sejuk, tanpa cangkul atau penyodok – di tengah malam buta. Kemudian mereka masukkan mayat2 itu yg sudah berbalut dgn karpet ke dlm lubang.

Pengakuan awal ini saja agak sukar utk pihak polis dan pendakwaraya buktikan, dan pengakuan2 seterusnya menambahkan lg kebingungan mereka. Miguel akan menokok tambah dan mengubah pengakuannya mengikut bahan bukti yg diperolehi.

Beberapa bulan kemudian, dia memberitahu bahawa pengakuan pertama ini dibuat dlm tempoh 24jam dlm tahanan – Lelaki itu telah dipaksa melalui penyeksaan dan penderaan oleh Civil Guard Sepanyol.

Pengakuan Kedua:

Miguel Ricart, Antonio Angles dan seorg lg suspek yg tidak dikenali menumpangkan Desiree, Toni dan Miriam pd mlm 13hb November. Apabila kereta mereka hanya melalui kelab yg dituju, gadis2 tersebut marah dan mula menjerit2. Antonio menoleh ke belakang dan menghentak tiga sekawan itu dgn hulu senapang, sehingga ada yg terpatah gigi.

Mereka tiba di sebuah rumah lama dan buruk di sebuah kawasan yg terpencil di La Romana, ia juga dikatakan pernah digunakan sbg tempat persembunyian Antonio. Setelah mengikat ketiga2 gadis itu, Miguel, Antonio dan rakan terus merogol serta meliwat mangsa, dgn menggunakan pelbagai objek. Kemudian, lelaki2 tersebut pergi ke bandar utk membeli makanan. Mereka kembali dlm 2 jam kemudian dan menyambung semula perbuatan keji ke atas Toni, Miriam dan Desiree.

Ketiga2 lelaki itu mencabul dan menyeksa gadis2 tersebut sehingga mereka sendiri letih dan mengantuk. Apabila Miguel, Antonio dan rakan terbangun dari tidur kerana terdengar jeritan dan tangisan mangsa, mereka memutuskan utk membunuh ketiga2nya. Toni, Miriam dan Desiree diarahkan berjalan ke sebuah lubang yg baru saja digali, dipukul dan didera sekali lg sebelum ditembak dan dihumbankan ke dalamnya. Angles dan Ricart menghabiskan sepanjang hari dgn membersihkan kereta dan mengutip kelongsong peluru.

Pengakuan Ketiga (utk dipadankan dgn maklumat baru yg diperolehi polis iaitu orientasi seks Antonio adalah homoseksual):

Kali ini menurut Miguel, Antonio menculik dan memperkosa gadis2 remaja itu bukan utk melampiaskan nafsunya tetapi atas alasan dia amat membenci kaum wanita – Dia juga pernah menyuarakan keinginannya utk membunuh anak2 gadis. Polis juga setuju kerana berdasarkan rekod, Antonio adalah seorg yg kasar dan ganas, pernah memukul ibunya, dan mengikat serta mendera salah seorg kenalan wanitanya. Kata Miguel lg, dia mengikut saja arahan rakannya itu kerana dia sendiri takutkan Antonio dan tidak mahu berkonfrontasi dgn nya.

Senjata yg digunapakai oleh kedua2 lelaki ketika penculikan adalah pistol 9mm, yg Antonio perolehi secara haram dan diguna dlm bbrp siri rompakan. Kini pistol yg belum disahkan kewujudannya bukan saja diguna utk membunuh gadis2 Alcasser tetapi juga bbrp jenayah ganas yg lain.

Dalam pengakuan yg terbaru ini, Miguel memberikan maklumat yg lebih lengkap berkenaan dgn cara ketiga2 gadis itu diseksa dan rumah tinggalan yg hampir roboh; tempat mereka ditahan dan disembunyikan.Apabila gambar2 rumah itu disebarkan, ramai org awam tidak mempercayainya – Keadaan rumah itu agak normal dan tiada langsung kesan darah ataupun penyeksaan pernah berlaku di situ.



(Walau bagaimanapun, kegoyahan pengakuan Miguel yg ketiga ini memang ketara. Ini kerana sebaik saja polis menemui alibi bahawa Miguel sedang makan malam bersama seorg kawan di sebuah bar pd mlm kejadian, maka lelaki itu terpaksa mengubah jalan ceritanya)

Setelah menculik Toni, Desiree dan Miriam dan membawa mereka ke La Romana, Miguel dipaksa oleh Antonio dgn pistol utk sama2 merogol ketiga2 gadis itu.

Apabila dia tidak mampu melakukannya secara fizikal, Antonio menggunakan sebatang kayu terhadap mangsa.

Kemudian Miguel menceritakan dia dan Antonio pergi ke bandar Catadau dan mengisi perut di El Parador, sebuah restoren dan bar. Mereka juga membelikan makanan utk mangsa2 mereka.

Dia menyatakan hanya seorg saja drpd mereka yg enggan minum dan makan, sebelum Antonio menyambung semula penyeksaan mereka. Pada petang keesokkan harinya, Miguel dan Antonio menggunakan cangkul menggali lubang utk ketiga2 mayat gadis Alcasser.


Pada 5 September 1997, Majistret Mariano Tomas Benitez menjatuhkan hukuman penjara 170 thn kpd Miguel Ricart. Antara jenayah disabitkan adalah penculikan, pembunuhan, pemerkosaan, serangan seksual, pemilikan senjata api secara haram dan bersubahat menyembunyikan pembunuhan.

Dua autopsi telah dilakukan dan kedua2nya tidak konsisten dgn maklumat yg diberikan oleh Miguel. Laporan2 rasmi juga bercanggah dgn pernyataan saksi2 pd mlm kehilangan Miriam, Toni dan Desiree. Berdasarkan laporan DNA, helaian bulu ari2 (pubic hairs) drpd 7 individu berbeza telah dikumpul, dan tiada satu pun yg datang drpd gadis itu ataupun suspek; Miguel dan Antonio. Ia mendapat perhatian seluruh negara sekali lg apabila bapa salah seorg mangsa, Fernando Garcia mendedahkan fakta kes yg tidak konsisten dan berpendapat kemungkinan besar pegawai2 tertinggi dlm kerajaan Sepanyol dan pihak berkuasa tempatan mempunyai kaitan dan kepentingan dlm pembunuhan anak dan kawan2nya.

Sejak dari itu, Fernando mula menjadi pengkritik penyiasatan itu secara terbuka. Selepas mendapat kebenaran utk membuka fail polis pd thn 1996, dia menyedari betapa sedikitnya bukti polis dlm mendakwa Miguel Ricart.



‘The Parot Doctrine.’

Sepanyol adalah salah satu anggota Kesatuan Eropah, yg mempunyai beberapa undang2 dan peraturan mengenai pemenjaraan.


Oleh itu, untuk bbrp dekad hukuman penjara paling panjang yg dijatuhkan bg penjenayah Sepanyol adalah 30thn. Dan hukuman itu akan dikurangkan sekiranya banduan menunjukkan sikap yg baik dan mengambil bahagian dlm program rehabilitasi. Namun pd 1990an, selepas seorg pengganas bernama Henri Parot didapati bersalah, Sepanyol memutuskan berhak utk menghukum penjenayah ganas dipenjara mengikut jangka masa yg diberikan.

Bagi Miguel Ricart,ini bermaksud dia akan menghabiskan seluruh hidupnya di dlm penjara.

Walau bagaimanapun, seorg banduan Sepanyol telah membawa kes ini ke mahkamah Eropah, yg akhirnya menentang keputusan negara itu. Menurut penghakiman mereka, memenjara banduan lebih drpd 30thn adalah kejam dan luar biasa. Memandangkan tiada pengakhiran pd hukuman mereka, para banduan akan memberontak, bertambah ganas dan mengasari sesama mereka, termasuk kakitangan penjara itu sendiri.

Maka dgn itu, Sepanyol berhadapan dgn masalah yg sgt besar. Bukan saja beratus2 banduan menunggu masa utk dibebaskan, kerajaan negara itu juga harus bekerja keras utk memastikan rancangan pembebasan itu berjalan dgn lancer dan selamat.

Miguel Ricart dibebaskan pd 29 November 2013. Dia memakai jaket putih dan balaklava iaitu sehelai kain menutup kepala dan mulutnya, dan disambut dgn meriah di luar penjara – tp bukan oleh rakan2 dan ahli keluarga, tetapi berpuluh2 wartawan yg ingin mendapatkan komen pertamanya selaku bekas banduan. Lelaki itu enggan berkata apa2, dan dgn segera menuju ke arah stesen keretapi berdekatan.

Ada ura2 mengatakan Miguel telah menjadi warak ketika di dlm penjara. Kini dia dikatakan sedang mengabadikan dirinya di sebuah biara di Perancis.

Bapa Miriam, Fernando Garcia menjadi jurucakap keluarga2 mangsa tidak rasmi dan menentang pendakwaan ke atas Miguel Ricart, kehilangan isterinya Matilde Iborra setahun selepas perbicaraan kes pembunuhan anak mereka. Matilde meninggal dunia pd 1998 akibat kanser hati. Fernando meneruskan kerjaya professionalnya, mendirikan perniagaan tilam di Alcasser dan membesarkan dua anak lelakinya. Tidak lama kemudian dia berkahwin lg dan menimang seorg anak perempuan yg dinamakan Lucia. Apapun, dia berdepan dgn pelbagai masalah dgn kontroversi kerana kelantangannya mengkritik cara polis dan Civil Guard Sepanyol menangani kes anaknya. Selain bekerjasama dgn penulis jenayah terkenal Juan Ignacio Blanco berkempen besar2an mengkritik pihak berkuasa, mereka juga menerbitkan buku yg menuduh bbrp individu berpengaruh. Ini diikuti dgn kes saman menyaman di antara Fernando dan Blanco dgn individu2 tersebut, di mana mereka berdua akhirnya gagal dan terpaksa membayar saman. Blanco juga pernah menerima hukuman penjara.

Rosa Folch, ibu kpd Desiree, juga menjadi balu. Pd Jun 1994, setahun selepas mayat2 gadis itu ditemui, ayah Desiree, Vicente Hernandez meninggal dunia. Wanita tabah itu meneruskan hidupnya bersendirian dan setiap hari berdoa dan menghidupkan sebatang lilin di gereja utk anak gadisnya. Dia dikatakan telah bbrp thn mengkritik tindakan Fernando Garcia – Rosa menentang hebat apabila imej anaknya dipergunakan utk mengutip derma dan dana, dan dia juga memfailkan saman ke atas buku Juan Ignacio Blanco.

Fernando Gomez dan Luisa Rodriguez, ibu bapa Toni, sentiasa mengelakkan diri drpd perhatian media. Pada mulanya mereka menyokong usaha Fernando Garcia utk menangguhkan perbicaraan dan menguji bahan bukti dgn lebih teliti lg, tp akhirnya mengubah fikiran mereka. Gomez dan Luisa menggantung portrait besar Toni di ruang tamu supaya seluruh dunia dpt melihat dan mengingatinya, dan dlm masa yg sama tidak mahu mengheret keluarga mereka ke dlm kancah media yg kotor dan sensasi.

Bapa Toni, Fernando Gomez memberitahu “Wang tidak dapat memperbaiki apa2” ketika Rosa Folch memfailkan saman pd 2005 mempertanggungjawabkan kerajaan Sepanyol kerana membiarkan Antonio Angles terlepas dari penjara. Jika tidak kerana kelemahan pihak kerajaan dan penjara, dia tidak akan dpt menculik, merogol dan membunuh ketiga2 mangsa. Sudah semestinya kerajaan Sepanyol cuba melepaskan diri drpd kes saman itu, tetapi oleh kerana mereka telah menggunakan Antonio Angles sbg kambing hitam dlm perbicaraan Miguel Ricart, maka mereka pun diperintahkan utk membayarnya.

Setiap keluarga menerima 300 ribu Euro drpd kerajaan. Namun tiada nilai di dlm dunia ini dpt dibandingkan dgn apa yg terjadi pd anak2 gadis mereka.


Kiri ke kanan; Vicente Hernandez dan Rosa Folch (ibu bapa Desiree), Fernando Garcia dan Matilde Iborra (ibu bapa Miriam), Fernando Gomez dan Luisa Rodriguez (ibu bapa Toni)



Seperti kes Mark Dutroux di Belgium, banyak teori telah muncul – Termasuklah kumpulan pemujaan syaitan, dan kemungkinan pembunuhan gadis2 itu dirakam utk dijadikan filem ‘snuff’ (genre filem di mana pembunuhan atau bunuh diri benar2 berlaku) yg dilakukan oleh rangkaian pelabur2 kaya antarabangsa. Apa yg pasti dan terbukti adalah ketidakcekapan pihak polis yg menangani dan menyiasat kes gadis2 Alcasser, yg seolah2 tergesa2 utk menutup pembunuhan kejam ini drpd terus bermain2 di fikiran rakyat Sepanyol.

Akhir sekali, sehari sebelum kejadian iaitu 12 November 1992, salah sebuah stesen radio tempatan menerima panggilan dari Toni Rodriguez yg ingin mendedikasikan sebuah lagu dan menyampaikan ucapan khas buat kawan2nya. DJ radio yg dikenali sbg Monti bertanyakan apa rancangannya pd hujung minggu itu, Toni menyatakan yg dia tidak tahu tp dia takkan duduk di rumah saja. Keluarganya sgt menghargai penemuan rakaman audio ini, dan menganggapnya sbg kenangan terakhir. Dan komen Toni mengenai rancangan hujung minggunya akan menghantui seluruh negara itu utk berdekad2 lamanya.




https://www.youtube.com/watch?v=6A62lSi52_U


Wikipedia

Sumber 1/2

Gambar2 crime scene dan autopsi mayat (18SG)
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 02:45 AM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 29-1-2018 02:14 AM
SAMBUNGAN

Pengakuan Pertama:

Gigih iols bace memalam ni! Thank you dani sbb updateeee! Suke!

Hmm dahlh dibunuh kejam, boleh pulak suspek dituduh camtu je.. cam si miguel tu bkn pembunuh je.. cam kambing hitam semata...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2018 04:14 AM | Show all posts
sheqim replied at 29-1-2018 02:45 AM
Gigih iols bace memalam ni! Thank you dani sbb updateeee! Suke!

Hmm dahlh dibunuh kejam, boleh  ...

sama2 sheqim. glad you enjoyed it.
btw sori lambat update... kisah ni ambik masa sebulan lebih nak di translate dan ringkaskan, dahlah busy dgn kerja summore hahaha

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.190792 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list