|
Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there
[Copy link]
|
|
elia201 replied at 6-4-2015 11:00 AM
semoga I dapat habiskan cite ASAP..
harap tak lama lagilah
InshaaAllah... Semoga dipermudahkan segala urusan... |
|
|
|
|
|
|
|
Panjang lg pn x per..kmi setia membacanya... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 6-4-2015 11:06 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 7-4-2015 03:11 AM
Hidangan makan malam tidak bersentuh. Rayyan hilang selera. Sejak siang tadi asyik mengelamun. Safihah buntu untuk memujuk suaminya. Sepatah ditanya sepatah jualah yang keluar dari mulut Rayyan. Hanya jasad Rayyan saja yang berada didepan mata. Hati dan fikiran suaminya melayang entah ke mana.
Barangkali mengingati mantan isterinya. Terdetik prasangka. Safihah tak mahu tuduh melulu. Walau, jauh disudut hati gusar dengan kemunculan semula Jie. Bimbang cinta Rayyan beralih arah.
Safihah tak dapat nafikan Jie beruntung dicintai ramai lelaki. Kecantikan yang dianugerahkan cukup membuat kaum adam gila bayang.
Sebagai wanita, Safihah sendiri kagum melihat kejelitaan semulajadi yang dimiliki. Malah, Jie tampak bertambah cantik sejak kali terakhir bersua dulu. Padanlah adik iparnya sukar melupakan Jie.
Viana juga tidak kurang cantik rupa parasnya. Kadang Safihah cemburu melihat dua beradik itu.
"I minta maaf, Fiha !" Rayyan sedar tidak adil untuk membiarkan diri hanyut dalam kenangan silam dan mengabaikan Safihah.
Bahu Safihah disentuh membuatkan bayangan Jie dan Viana hilang dari fikiran. Safihah berpaling menghadap suaminya.
"Abang tak buat salah pun pada Fiha.. Kenapa tiba tiba abang minta maaf?" Safihah bingung dengan tingkah Rayyan.
" I..." Rayyan keberatan untuk meluahkan segala yang terbuku. " I sayangkan you.. Sepenuh hati I ! Tapi I masih cintakan Jie. I minta maaf... I harap you sudi bagi I masa untuk lupakan dia.." Tubuh isterinya dipeluk erat. Persis anak kecil inginkan pujukan.
"Tak apa Abang ! Fiha redha.. Abang kena kuatkan semangat ! Fiha yakin abang mampu lupakan Jie !" Kata kata semangat ditiup. Safihah tahu hanya masa dapat mengubati kelukaan Rayyan.
"Thanks Fiha !" Rayyan bersyukur dikurniakan isteri sebaik Safihah. Berazam untuk menghapuskan bayang Jie dan mencintai Safihah setulus hati.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 7-4-2015 03:06 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 7-4-2015 11:43 AM
Bab 58
Zack memeluk mesra tubuh Jie sambil jalan beriringan menyusuri pantai. Senyuman mekar dibibir kedua mereka. Jelas terpancar kebahagiaan diwajah. Hajat untuk hidup bersama tercapai jua.
Walau perkahwinan mereka tidak direstui Tengku Safiah hingga kini namun Zack malas ambil kisah. Biarkan saja masa menentukan segala.
Penantian selama beberapa tahun berbaloi apabila berjaya memiliki cinta sejatinya. Zack bersyukur dengan kurniaan dari Ilahi. Berdoa agar Jie kekal isteri selagi bernyawa. Insya Allah.
Walaupun sewaktu mula bergelar suami isteri, Zack terpaksa bertemu Jie secara rahsia kerana bimbang diketahui keluarga kandungnya.
Tambahan pula, itu sememangnya permintaan Jie sendiri yang masih tidak bersedia untuk mendedahkan identiti sebenar. Zack akur demi memenuhi kehendak Jie walau hati kepingin untuk hidup bersama seperti pasangan suami isteri lain.
Ada hikmah juga Rayyan berjaya menjejaki Jie. Identiti Jie terbongkar dan Zack punya sebab untuk berterus terang mengenai perkahwinan mereka. Tak perlu menyembunyi hakikat sebenar lagi. Senang !
Kini, Zack dan Jie bebas hidup berdua tanpa sekatan. Meski dicemuh kerana rela memperisterikan Jie yang pernah bergelar kakak iparnya, Zack terima dengan hati terbuka. Setiap insan punya masa silam.
Malah, Khalid juga memandang serong Jie dan Zack. Menuduh mereka mempunyai hubungan sulit sejak dulu dan beranggapan Zack tega mengkhianati Rayyan.
Mujur, Tan Sri Isa menerima baik perkahwinan mereka. Cuma syarat Dato' Hanafi yang tidak membenarkan Tan Sri Isa mendekati anak bongsunya membuatkan hubungan mereka agak terbatas. Zack tahu Papa sudah menyesali kesilapan dulu.
Zeeta kini hanyut dalam dunia glamour sejak kembali giat dalam dunia peragaan. Protes kerana gagal menundukkan Zack supaya kembali. Simpati melihat Zulkarnain yang terpaksa makan hati dengan tingkah Zeeta.
Syukur Danish tidak terabai. Zulkarnain menjaga baik Danish seperti menatang minyak yang penuh. Ternyata lelaki itu memang berhati mulia dan bertanggungjawab. Sayang Zeeta mensia siakan ketulusan hati Zulkarnain yang ikhlas memperisterikannya.
Rayyan pula banyak menyepikan diri. Zack sedar abangnya kecewa apabila mengetahui hakikat Jie sudah bergelar isterinya.
Zack cuma mampu berdoa Rayyan pulih dari kekecewaan lampau dan hidup bahagia disamping Safihah.
"Baby..." Tubuh isterinya dirangkul dalam pelukan. "I minta maaf kalau I tak mampu membahagiakan you. I janji akan berusaha buat yang terbaik untuk you.." Zack mengusap lembut rambut ikal Jie yang terbuai mengikut rentak angin laut.
Jie hanya senyum. " You are the best thing in my life Bie ! I happy hidup dengan you !" Usia perkahwinan mereka memang masih mentah. Baru saja mencecah dua bulan.
Namun, Jie nampak kesungguhan Zack melindunginya terutama dari serangan kata nista Tengku Safiah yang hingga kini tidak jemu memusuhinya. Zack juga bermatian mempertahankan cinta mereka dari cuba dimusnahkan oleh fitnah Zeeta yang masih tidak dapat menerima hakikat Zack kini bukan lagi miliknya.
Setiap saat bergelar isteri Zack penuh dengan kejutan. Zack memang bijak mengambil hati Jie. Cinta yang dulu samar buat lelaki itu semakin subur bercambah hari demi hari.
Jie yakin cinta dalam hati masih utuh buat Zack. Lelaki pertama yang dicintai dan berharap biarlah Zack menjadi yang terakhir kali ini.
Segala kenangan bersama Rayyan sudah dilempar jauh. Jie ingin memulakan lembaran baru dalam hidupnya. Disamping Zack.
"I pun sama Baby ! I cintakan you dan bahagia sangat dapat bersama dengan you ! I janji I akan sentiasa ada untuk you.. Thanks sebab you sudi terima I. " Zack tidak jemu mengungkap kata azimat itu.
" I akan jadi pelindung you selamanya.. You cinta pertama dan terakhir I !" Dahi isterinya dikucup. Tanda kasih yang tak berbelah bahagi buat selamanya. Jie adalah anugerah terindah dalam hidup Zack.
Justeru, Zack bersumpah pada diri sendiri akan mempertahankan ikatan suci ini selagi hayat dikandung badan.
Hanya Najiha yang didambakan dari dulu hingga kini. |
|
|
|
|
|
|
|
Dh nampak tanda2 pengakhiran kisah jie ni TT... Good job TT... Can't wait to know the ending... |
|
|
|
|
|
|
|
macam dah habis, melainkan TT nk buat ending Jie ngan Zack bahagia ngan anak2 |
|
|
|
|
|
|
|
TT... ada plot twist lagi ke? Mana laa tau kot2 zack sebenarnya mastermind |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 7-4-2015 03:05 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 7-4-2015 03:10 PM
Rasa tertipu dan dipermainkan ! Ku Iz tak sangka kematian Najiha hanya satu helah untuk mengaburi mata Azim supaya tidak lagi memburu cinta Najiha. Semua ini cuma rancangan Zulkarnain dan Dato' Hanafi. Tergamak kawan baiknya sendiri menyembunyikan kebenaran.
Baru Ku Iz tahu kenapa pada mulanya Zulkarnain teragak agak untuk mengahwini Zeeta rupa rupanya Jie masih hidup. Bahkan hampir saja menjadi isteri Zulkarnain.
Namun, kebaikan hati atau mungkin kebodohan Zulkarnain sendiri mendedahkan kebenaran tentang Jie kepada Zack membuatkan Ku Iz marah ! Kesal kerana Zulkarnain patut berterus terang kepadanya. Tak tahu kenapa teman baiknya itu lebih berpihak kepada Zack.
Marah mungkin tak berguna lagi. Semua sudah terjadi. Jie dan Zack kini telah pun selamat bergelar suami isteri meski ditentang hebat oleh Mama Long dan Zeeta.
Cuma Ku Iz bersimpati dengan Mama Long. Keluarga Mama Long berantakan jadinya.
Zack sanggup menyingkirkan keluarga kandung sendiri semata mata untuk mendapatkan Najiha. Dalam masa yang sama turut mengkhianati Rayyan untuk kepentingan diri. Khalid semestinya mempertahankan Rayyan kerana tak sanggup melihat abangnya menderita.
Sememangnya bagi Ku Iz tindakan Zack agak melampau ! Jie juga bersalah kerana menjadi punca perbalahan dalam keluarga Mama Long.
Jie boleh saja memilih untuk meneruskan hidup dengan lelaki lain. Wanita secantik Jie mudah beroleh pengganti. Tak perlu bersetuju mengahwini Zack.
Entah kenapa Ku Iz rasa Jie sengaja berbuat begitu untuk memecahbelahkan keluarga Mama Long.
Hati Ku Iz bagai dihiris sembilu. Pedih melihat Tengku Safiah yang sudah dianggap seperti ibu kandung sendiri mengalirkan air mata menangisi pelakuan anak bongsunya.
Kali ini, Ku Iz tak teragak agak untuk memberi pengajaran kepada Zack. Biar sepupunya tahu langit itu tinggi atau rendah. Jie juga perlu diberi kesedaran.
Sesiapa saja yang melukakan hati Mama Long akan menerima pembalasannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 7-4-2015 04:14 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 7-4-2015 09:08 PM
Hari Sabtu. Waktu yang sesuai untuk berlibur atau bermalasan merehatkan badan dirumah setelah lima hari berturut turut bekerja membanting tulang dipejabat.
Namun, Jie sengaja bangun awal. Ingin membuat sarapan untuk suami tercinta. Risau melihat Zack yang kerap dilanda demam selsema baru baru ini. Mudah pening kepala dan lemah badan.
Mungkin kerana keadaan cuaca yang tidak menentu dan tekanan kerja membuatkan ketahanan badan Zack merundum.
Manakan tidak, saban malam Zack menghadap komputer riba untuk menyiapkan program projek sistem pengkomputeran bagi mengawal limpahan air di empangan besar serata Malaysia.
Mengendalikan projek mega syarikat satu cabaran untuk Zack buktikan kemampuannya sekaligus meraih peluang kenaikan pangkat. Jie tahu Zack memang bercita cita tinggi. Berdikari walau mereka mampu hidup mewah tanpa perlu bersusah payah.
Sudah terbiasa bertapak dari bawah, membuatkan Zack tidak kelabu mata dengan kekayaan yang diwariskan kepadanya oleh Tan Sri Isa.
Papa mertuanya sudah membahagikan aset yang dimiliki kepada kesemua anak lelakinya untuk mengelakkan perebutan harta seandainya diri ditakdirkan sudah tiada nanti.
Ternyata suaminya tak mudah lupa diri. Tetap mengingati kepayahan hidup menjadi anak yatim piatu dulu. Jie tahu dirinya tidak salah memilih. Zack memang memiliki kriteria lelaki idamannya sejak dulu. Bijak dan berkarisma.
Persis Iskandar Zulkarnain , abang senior zaman sekolah yang pernah Jie minati. Walau tak kacak seperti Ku Iz, anak orang kaya 'spoil' yang sentiasa menagih cintanya namun Jie gemarkan sifat 'gentleman' dan kebijaksanaan Zulkarnain.
Terfikirkan Zulkarnain, Jie baru teringat sesuatu. Lelaki itu meminta tolong Jie menjaga Danish kerana Zeeta kini berada di Hong Kong menyertai pertunjukan fesyen. Pembantu rumah mereka ada hal kecemasan. Zulkarnain sendiri ada tugasan di hospital. Jie tak keberatan membantu.
Pantas Jie bangkit menuju ke halaman luar. Bersedia menunggu kedatangan Zulkarnain. Pasti Zack seronok melihat kehadiran Danish bila bangun nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
Konflik lg nampaknya TT... Apakah rahsia terbesar yg bakal dibongkar oleh TT?... Sama2 lah kita nantikan jawapannya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 7-4-2015 07:51 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 8-4-2015 12:37 PM
Zack melingkarkan tangan diserata katil sambil mata masih lagi separuh terpejam. Mamai. Memikirkan Jie masih menemani tidur disebelah. Namun, tangan gagal menyentuh tubuh isterinya.
Mata dibuka lebar. Jie tiada disisi. Pasti isterinya sedang berada dibawah. Pantas bangun menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Nampaknya Zack terlajak tidur lagi. Penat berjaga semalaman.
Dihalaman luar pula, Jie duduk dikerusi sambil menanti kedatangan Zulkarnain. Ipad disisi dibelek sekadar menghabiskan masa terluang. Kedengaran satu suara memanggil namanya. Jie tersentak dengan kedatangan tetamu yang tak diduga.
"Ku Iz? Kenapa you datang sini pagi pagi ini?" Jie menyoal hairan. Sepupu kepada suaminya didekati. " You nak jumpa Zack ke? Nanti I panggil dia.." Jie berura ura berjalan masuk ke dalam untuk mengejutkan Zack.
"Tak payah ! I nak cakap dengan you sekejap." Ku Iz pantas menghalang.
"Ok.. Apa dia?" Jie tak senang dengan kedatangan lelaki ini. Memastikan jarak antara mereka agak jauh.
"You tahu tak you dah pecah belahkan keluarga Mama Long I? I tak sangka you kejam sampai sanggup pisahkan anak dan Mama. Buat adik dan abang bersengketa. Apa yang you dapat buat semua ini?!" Nada suara agak kasar. Ikutkan hati yang baran ringan saja tangan naik ke muka Jie. Wanita dihadapannya memang melampau ! Kesal kerana pernah jatuh cinta pada Jie dulu.
"I tak faham apa you cuba sampaikan ! I rasa better you balik. I tak ada masa nak layan you !" Berpaling untuk masuk ke dalam. Jie sedar pertelingkahan antara mereka takkan membawa ke mana. Pada pandangan mata umum dirinya tetap saja dianggap bersalah. Sudah lali.
Ku Iz yang memang mudah 'panas' mula naik darah dengan respon yang ditunjukkan Jie. Pantang bagi Ku Iz jika ada orang tidak mengendahkan kata katanya. Ego tercalar.
"Listen here Najiha !" Lengan Jie ditarik kasar. "Mana you nak pergi?! I tak habis cakap lagi !" Ku Iz berang.
"Fine !" Jie merenung tepat Ku Iz. "What you expect me to do then? You can just put the blame on me ! I don't care !" Bagi Jie, Ku Iz tak layak masuk campur urusan dirinya.
Api bertemu api. Ternyata Najiha memang keras hati ! Ku Iz cuba untuk mengawal amarah.
"I nak you minta maaf dekat Mama Long I ! Tinggalkan Zack dan cari lelaki lain untuk jadi suami you ! Ingat Najiha ! I tak kisah lakukan apa saja untuk kenakan you kalau you berdegil ! You tak kenal lagi siapa I !" Pangkat dan kekayaan membuatkan Ku Iz yakin dirinya berkuasa. Segala mampu dibeli dengan wang !
Jie kaget mendengar ucapan takbur Ku Iz. Lelaki itu memang tak pernah berubah ! Bersyukur jodoh mereka tiada.
" You cuba ugut I?! Mungkin you yang tak kenal siapa I !" Nampaknya Jie terpaksa menggunakan pendekatan yang sama. Reverse psychology !
" Allow me to remind you something , Ku Iz .." Jie sekadar ingin menyedarkan lelaki dihadapannya. Tak selamanya Jie akan tunduk pada Ku Iz. Cukuplah lelaki itu pernah memerangkapnya dulu.
"Your beloved wife, Zarith Sofea.. Siapa yang gugurkan tuduhan ke atas isteri you ? Look here ! I boleh buka balik kes dan heret isteri you ke muka pengadilan. Anak anak you akan kehilangan Mama ! I nak tengok sejauh mana pengaruh keluarga you boleh bebaskan isteri you ! I tak main main ! So, think twice before you dare to mess with me !" Jie jelak dengan perangai Ku Iz yang sejak dulu sentiasa mengugut supaya kehendaknya dituruti.
Ku Iz kehilangan kata kata. Tercabar kerana Jie berani mengancamnya semula. Jie nampak kecil pada pandangan mata. Lantas leher jinjang itu dicekak sebelum tubuh itu dihentak kuat ke kereta. Nafsu amarah menguasai diri.
Zack terus saja berlari keluar melihat Ku Iz sedang mengasari isterinya.
Pantas sepupunya ditarik untuk menjauhi Jie. Ku Iz menolak kuat tubuh Zack menyebabkan Zack hilang kawalan lalu jatuh ke jalan tar. Kepala terhantuk kuat. Pening teramat dirasakan. Pandangan mata kelam.
Audi R8 yang dipandu Zulkarnain tak sempat mengelak lalu melanggar tubuh Zack. Terpaksa membiarkan saja Danish di tempat duduk sebelah, Zulkarnain segera keluar mendapatkan Zack.
Jie berjaya melepaskan diri dari cengkaman Ku Iz. Penafasan tidak stabil kerana aliran udara terhalang akibat dicekik Ku Iz.
Namun, Jie bangkit memberi sepakan padu kepada Ku Iz. Tumbukan kuat dikenakan ke dagu. Darah menyembur keluar dari mulut Ku Iz. Sempat Jie menghentak kepala lelaki itu. Ku Iz dibiarkan terbaring menahan kesakitan.
Dalam keadaan longlai, Jie segera mendapatkan Zack. Zulkarnain dilihat sedang berusaha memberikan pertolongan cemas kepada suaminya yang kini tidak sedarkan diri. Darah pekat mengalir.
"Bie, I tahu you kuat !" Rambut Zack diusap lembut. " You must stay with me ! You dah janji takkan tinggalkan I !" Airmata berjuraian jatuh dipipi Jie. Tiada reaksi dari Zack.
Zulkarnain cuba menenangkan Jie namun usahanya gagal. Hati terusik melihat keadaan Jie.
Jie masih lagi tak putus asa. Kepala suaminya dipangku lalu dipeluk erat ke dada. " Bie bangunlah !!" Esak tangis bercampur.
Jie menguatkan pelukannya. " You tau tak Bie bila saat paling bahagia dalam hidup I? Kali pertama kita berjumpa itulah detik sangat bermakna dalam hidup I ! Renungan mata you.. Gaya santai you...Jenaka you.. I tak lupa Bie ! You lelaki pertama buat I jatuh cinta.. Takkan ada lelaki lain boleh ganti tempat you dalam hati I.." Kali ini senyuman mekar dibibir. Mengenang saat awal perkenalan dulu.
"Bie.." Jie menggoncangkan tubuh suaminya. Masih tidak bertindak balas. Hati resah. "Masa hari pernikahan kita I pernah janji pada you.. I akan cintakan you seumur hidup I.. Setia bersama susah atau senang.. Kalau you mati, I akan mati, Bie.." Jie pasrah.
Airmata mengalir laju. Tak dapat ditahan lagi. Sedih dan pilu bergabung menjadi satu. Takut kehilangan Zack buat selamanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-4-2015 01:32 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 23-5-2015 05:58 AM
Tiada simpati dalam diri Zulkarnain. Puas hati dapat 'membalun' tubuh Ku Iz. Memang itu kawan baiknya tetapi tindakan Ku Iz menyerang Jie dan membuatkan Zack terlantar koma tidak boleh diterima akal.
Biarlah reputasi dirinya sebagai doktor pakar dipertikaikan. Mereka sedang berada di perkarangan hospital sekarang. Mata mata rakan sejawat yang merenung tidak diendahkan.
Rayyan dan Khalid cuba meleraikan namun Zulkarnain terlalu gagah untuk ditewaskan. Teruk kecederaan yang dialami sepupu mereka.
Tengku Safiah dan Safihah hanya mampu memerhati. Tak berani bersuara.
"Please Zul ! Jangan 'kotorkan' tangan you untuk lelaki tak guna macam ini.." Jie menarik lengan Zulkarnain supaya berhenti mengasari Ku Iz.
Mujur, Danish yang berada didukungan Jie masih lena. Tak terganggu dengan hiruk pikuk yang melanda.
" Sorry Jiha, tapi kali ini I tak boleh sabar lagi !" Zulkarnain berpaling ke arah Ku Iz.
"Kau kawan aku Hafiz ! Aku tak sangka kau tergamak sakiti Jiha ! Bukan salah dia kalau Zack sendiri yang pilih untuk tinggalkan keluarga." Zulkarnain kesal.
"Kau pernah ambil tahu tak apa yang Mama Long kau pernah buat pada Jiha? Kau tak pernah tahu ! Depan mata aku, aku nampak Jiha dimalukan, dikasari sesuka hati macam tak ada harga diri ! Segala jenis tuduhan mengarut dilempar terhadap dia !" Walau apa pun kesalahan yang Jie lakukan tak bermakna Tengku Safiah berhak bertindak begitu.
" Paling tak berperikemanusiaan, Mama Long kau juga sanggup berpakat dengan Azim untuk kenakan Jiha ! Mak mertua jenis apa yang bencikan menantu sampai macam tu sekali?" Biarlah kebenaran tentang Tengku Safiah terbongkar. Wanita itu memang bijak bersandiwara.
"Aku tak faham... " Sungguh Ku Iz tidak mengerti. Keliru.
" Mama Long kesayangan kau inilah yang bagitahu lokasi rumah Rayyan dan tahap keselamatan dirumah Rayyan pada Azim malam Jiha diculik. Dia tak fikir pasal Jiha langsung ! Dan malam itu jugalah Jiha keguguran anak. Jiha mengandung lagi masa itu ! Kembar ! Satu gugur sebab Rayyan ayah yang tak guna dan satu lagi gugur sebab nenek yang tak berhati perut !" Puas sudah hati Zulkarnain.
Rayyan tersentak. "Betul ke Mama?" Wajah Tengku Safiah ditenung meminta jawapan.
Tengku Safiah hanya terdiam.
"Mama Long kau bukan saja bunuh cucu dia tapi hampir hampir buat Jiha mati ! Dan, aku rasa Mama Long kau juga patut duduk dipenjara sebagaimana Azim dan Juwita. Kau patut berterima kasih sebab Jiha yang yakinkan Daddy dia supaya lupakan semua ini. Tak sanggup tengok nenek Khalisha bergelar banduan !" Puas hati dapat meluahkan segala yang terbuku.
"Kalau akulah ditempat Jiha, aku akan pastikan Mama Long kau dapat balasan setimpal ! Untuk semua yang kau dah buat pada Jiha hari ini, aku akan pastikan kau terima hukuman ! Kita jumpa di mahkamah Hafiz ! Mulai hari ini kau bukan lagi kawan aku !" Sukar menemukan jalan untuk berdamai. Zulkarnain lebih rela meleraikan persahabatan mereka.
|
|
|
|
|
|
|
|
tt.dah bulan 4 dah tt..huhu. hantar cter ni kat alaf 21.ngeeeee |
|
|
|
|
|
|
|
mampukah zack selamat??? |
|
|
|
|
|
|
|
nk smbgn lg ye??
mkin interesting plk cite nie..
wuhuuu.... |
|
|
|
|
|
|
|
sian Zack... baru je nak hidup bahagia ngan Jie ...semoga Jie tabah |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 9-4-2015 10:40 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 10-4-2015 09:53 PM
Sudah lebih sebulan Zack masih lagi terbaring kaku. Jie setia menemani tanpa jemu. Yakin suaminya akan bangun dan pulih seperti sediakala. Meski sering dimaki oleh Khalid yang tetap saja menganggap Jie adalah punca segala keributan yang berlaku sejak kebelakangan ini namun Jie hanya pekakkan telinga. Sudah terbiasa sejak azali hanya dirinya saja yang dipersalahkan. Semua kerana Jie memilih untuk bersama Zack.
Bagi Khalid, Ku Iz cuma mempertahankan keluarga mereka dari berpecah belah. Inginkan Zack kembali ke pangkuan keluarga. Sepupunya tidak bersalah ! Kehadiran Jie yang membuat keadaan huru hara.
Kalau saja Jie kekal 'mati', Zack takkan berpeluang memperisterikan Jie dan Rayyan takkan mengetahui Jie masih hidup. Adik dan abangnya pasti masih hidup harmoni. Tidak seperti sekarang.
Rayyan sukar menerima hakikat bekas isterinya kini bergelar adik ipar dan memutuskan pertalian dengan Zack. Tengku Safiah juga takkan sentiasa bersedih mengenang pertelingkahan antara anak sulung dan anak bongsunya.
Walaupun terluka, Jie biarkan saja Khalid beranggapan begitu. Malas beratkan kepala. Keutamaan Jie adalah untuk melihat Zack bangkit semula.
" Jiha.." Bahu terasa disentuh. Jie menoleh sekilas. Cuba senyum ke arah Zulkarnain.
" I baru lepas cakap dengan doktor Zack..." Walau pahit Zulkarnain mahu Jie mendengar kenyataan itu dari mulutnya sendiri. Doktor Ashraff yang merawat Zack adalah kawannya.
"Apa dia?" Dada bergetar kencang. Tak semena. Jie sabar menanti bicara Zulkarnain.
" I sempat review dengan Ashraff hasil ujian MRI tadi. Hentakan kuat yang Zack alami bukan setakat rosakkan fungsi reticular activation system otak dia tapi----"
"Speak using normal language.. I tak faham medical jargon.." Jie tak berminat dengan fakta perubatan buat masa ini. Lebih ingin tahu tentang keadaan Zack.
Zulkarnain merenung wajah dihadapannya dengan mata berkaca. Tak sanggup melihat Jie merana. Profesionalisme hilang apabila berdepan dengan insan yang disayangi.
"Otak Zack cedera teruk !" Zulkarnain menggunakan bahasa mudah. "Hidup dia mungkin bergantung pada ventilator sahaja..." Pandangan beralih ke arah Zack yang sedang terbaring dengan tiub berselirat ditubuh. Hanya mesin bantuan penafasan yang berbunyi menandakan Zack masih bernyawa.
"Apa maksud you Zul?" Jie makin bingung. Tekanan yang melanda menyebabkan diri mudah keliru.
"Jiha..Ashraff akan buat ujian khas. Mungkin mesin bantuan penafasan akan dicabut sekejap. In case Zack tak mampu bernafas sendiri dan jantung Zack terhenti, I nak you bersedia hadapi kemungkinan....." Bicara Zulkarnain terhenti.
"Jiha !!!" Terjerit cemas melihat Jie terjelepuk longlai lalu rebah. Pantas tubuh Jie disambut.
"Kenapa dengan dia?" Rayyan yang baru muncul bersama Safihah tersentak melihat Zulkarnain sedang memangku Jie yang tidak sedarkan diri.
"I tak tahu !" Zulkarnain panik.
Segera mendukung Jie keluar untuk mendapatkan rawatan lanjut. Kehadiran Rayyan dan Safihah tidak diendahkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 10-4-2015 12:27 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 10-4-2015 09:56 PM
Rayyan merenung Zack yang masih tidak sedarkan diri. Walau terkilan dengan tindakan adik bongsunya namun tak dapat dinafikan hati Rayyan terusik melihat keadaan Zack. Rindu untuk berbual seperti dulu. Menghabiskan masa bersama.
Terlanjur mengikut perasaan yang hampa apabila mengetahui Zack mengahwini Jie , Rayyan nekad memutuskan pertalian mereka. Kini penyesalan bertubi tubi datang. Serasa bodoh tega menyingkirkan darah daging sendiri hanya semata mata kerana masih cintakan Jie walhal Rayyan sendiri sudah beristeri.
"Zack.. I minta maaf ! I tak berniat nak sisihkan you.. I cuma tak dapat terima hakikat Jie bukan lagi milik I... I masih cintakan dia ! I tak sanggup tengok dia disamping lelaki lain.." Rayyan bersuara pelahan. Sebak. " Tapi sekarang I sedar Jie dah tak cintakan I ! Dia cuma cintakan you, Zack !" Walau pedih namun Rayyan terpaksa menelan kebenaran ini.
Mujur, Safihah kini diluar sedang menenangkan Mama yang kesedihan setelah mendengar kata kata dari bibir Doktor Ashraff.
Harapan untuk Zack sembuh agak tipis. Kecederaan otak yang kritikal. Beberapa ujian lain akan dibuat untuk menentukan sejauh mana tahap kerosakan yang dialami.
Hanya mampu berusaha disamping bertawakal semoga Zack 'bangkit' dari koma. Doa senjata mustajab bagi umat Islam. Rayyan memohon supaya Zack pulih seperti biasa.
"Zack... I nak you kuat ! You cintakan Jie sejak dulu, kan? Sekarang dia milik you.. Takkan you nak lepaskan peluang untuk hidup berdua dengan dia? Come on Zack ! Buktikan pada I yang you memang layak miliki Jie ! I nak you bangun dan dapatkan cinta sejati you !" Rayyan sedar Jie adalah segalanya bagi diri Zack.
Mengharap adiknya berjuang untuk bangun dari lena yang panjang dan terus hidup berbahagia disamping Jie.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|