Selepas kejayaan Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang telah menjadi fenomena, sekali lagi Nelydia Senrose akan digandingkan dengan Sharnaaz Ahmad utk sebuah lagi adaptasi novel. Kali ini ceritanya berbeza dan berunsur Islamik, bertajuk Perempuan Lindungan Kaabah, karya penulis, Hana Ilhami. Selain Sharnaaz dan Nelydia yang ternyata sangat hebat keserasiannya, drama ini nanti akan turut menampilkan Keith Foo, Azlee Khairi dan Diana Danielle. Drama ini akan ditayangkan melalui slot Astro First Exclusive.
Akmal menjeling Zareen disebelah. Zareen lebih banyak membuang pandang keluar tingkap. Berdiam diri sepanjang perjalanan pulang. Ketika makan malam tadi pun, Zareen banyak bermenung. Wajahnya muram. Kalau bercakap, hanya sekadar melayan keletah Irfan.
Zareen berubah pendiam semenjak terserempak dengan Zack tadi.
Akmal jeling Irfan melalui cermin pandang belakang. Irfan telah tertidur culas di tempat duduk belakang.Tangan kiri mengulit plastik berisi buku mewarna manakala sebelah lagi memeluk erat patung mainan Spiderman.
Banyak sudah dia berhabis untuk anak arwah Asyraf itu. Banyak kali juga Zareen menegur yang dia terlalu memanjakan Irfan. Tapi, Akmal tak kisah.Dia ikhlas. Dia sayangkan Irfan seperti anak sendiri.
Entah bila Irfan boleh benar-benar dijadikan anaknya sendiri…
Akmal tarik nafas perlahan. Zareen dijeling lagi. Masih muram seperti tadi. Akmal memperlahankan volume radio.
“Reen…”
Zareen menoleh ke arah Akmal. “Ya?”
“Boleh abang tanya?”
"Hmmm. Tanyalah.”
“Siapa Zack tu?”
“Kawan satu office…”
Akmal tarik nafas lagi. Ya, dia tahu yang Zack itu rakan sekerja Zareen. Jawapan itu tak perlu diulang.
Reaksi Zareen tadi memberi gambaran, Zack bukan sekadar kawan, mungkin lebih dari itu. Ada sesuatu yang disembunyikan, Akmal tahu. Riak terkejut Zack dan wajah bersalah Zareen seolah-olah memberitahu, mereka berdua punya rahsia.
Rahsia apa? Akmal perlukan jawapan.
“Kenapa Zack macam terkejut bila nampak kita?”
“Terkejut? Tak adalah.” Sekali lagi, Zareen memberi jawapan kurang meyakinkan. Acuh tak acuh.
Akmal tetap bersabar dengan jawapan itu. Dengan Zareen, dia perlu banyak berlembut dan berdiplomasi. Tak boleh berkasar. Bimbang kelak perasaan Zareen terganggu. Zareen pernah mengalami kemurungan dahulu dan Akmal tak mahu perkara itu berulang.
“Betul ke ni?”
“Iya...”
“Atau Reen sebenarnya, sembunyikan sesuatu dari abang?”
“Tak adalah. Mana ada…” Suara Zareen meninggi sedikit, merasa terganggu dengan soalan Akmal.
“Kalau tak ada, kenapa Reen muram je lepas kita terjumpa Zack tadi?”
Zareen merengus. Soalan Akmal tak dijawab. Last edited by Nicki_Meow on 29-4-2014 08:42 AM
“Kalau Reen ada masalah, Reen boleh cakap dengan abang. Reen tahukan?”
“Abang. Reen tak ada masalah pun. Reen cuma…” Zareen melepas nafas kasar. Ayat termati. Dia tak ada masalah, cuma rasa bersalah… dengan Zack. Namun, untuk meluahkan perasaannya pada Akmal, tak mungkin.
“Abang tengok, Reen macam rapat aje dengan Zack…”
“Tak rapat. Biasa je…”
“Betul?”
“Abang. Berapa kali Reen nak cakap, Zack tu cuma kawan satu ofis.” Suara Zareen kembali meninggi.
“Abang tanya je…”
“Cara abang tanya, macamlah Reen ni ada affair dengan Zack.”
“Tak. Abang tak tuduh Reen macam tu. Abang kenal Reen. Abang tahu Reen baik. Dengan siapa Reen nak berkawan, itu hak Reen. Abang tak ada hak nak masuk campur…” Akmal cuba menenangkan Zareen.
“Reen tak perlu nak marah-marah, okay?”
Zareen tarik nafas dalam-dalam. Mula tersedar, dia telah berkasar dengan Akmal. “Sorry.” Ucapan maaf diluahkan.
Akmal diam. Mata kembali fokus kepada pemanduan. Hari ini, sepatutnya dia gembira kerana dapat meluangkan masa dengan Irfan dan…Zareen pastinya. Namun, harinya jadi kurang gembira gara-gara lelaki bernama Zack.
Rupa Zack dapat diingat dengan jelas. Agak tinggi orangnya. Kurus namun tidaklah terlalu melidi. Berambut lurus, dipotong kemas gaya terkini. Ada style. Muka bersih tanpa sebarang janggut dan kumis. Akmal mengagak, umur Zack lebih kurang pertengahan dua puluhan. Kelihatan agak cocok juga dengan Zareen.
Hatinya kuat mengatakan, Zack dan Zareen punya hubungan lebih dari sekadar kawan pejabat. Rasa cemburu menggamit hati. Zack jumpa Zareen setiap hari sedangkan dia, hanya apabila ada masa terluang. Tak mustahil seandainya Zack dan Zareen boleh berpacaran.
Zareen dijeling lagi. Akmal menghembus nafas resah. Last edited by Nicki_Meow on 28-5-2014 01:01 PM
Sepuluh minit kemudian, mereka sampai di hadapan rumah Zareen. Jam menunjukkan hampir pukul sepuluh malam. Akmal berpaling ke belakang, memandang Irfan yang masih lena. Pandangan beralih pula pada Zareen.
“Reen…”
“Iya?”
“Reen tahukan…abang sayangkan Reen?”
Zareen diam.
“Abang cintakan Reen, abang sayangkan Irfan. Apa selama ni, Reen tak nampak?” Akmal bersungguh-sungguh kali ini.
“Atau Reen sengaja buat-buat tak faham?”
“Reen tak nak cakap pasal ni.” Zareen menjawab.
“Abang dah lama tunggu jawapan Reen.”
“Jangan paksa Reen, boleh tak?” Zareen meninggikan suara lagi.
“Abang tak paksa Reen. Abang cuma mahukan jawapan. Ya atau tidak, tu saja.”
Zareen tetap diam. Soalan itu bergema dalam benak. Sayangkah dia pada Akmal?
Setelah arwah Asyraf pergi, keluarga Akmal yang menjaga dia dan Irfan. Akmal yang banyak memujuk dan memberi nasihat. Di saat asanya semakin pupus, Akmal yang banyak memberi semangat untuk dia terus hidup. Akmal ada disisi saat dia memerlukan seseorang. Akmal jaga Irfan sepenuh hati. Malah Akmal yang mengazankan Irfan setelah Irfan lahir. Budi dan jasa Akmal sekeluarga tak mungkin dapat dia balas walau dengan segunung emas.
Jadi, jawapan kepada soalan itu adalah Ya. Dia sayangkan Akmal.
Bagaimana dengan Zack?
Dengan Zack, hati wanitanya sering terusik. Ada debar setiap kali berdekatan. Sering teringat bila berjauhan. Dia sudah lama tidak berperasaan begini, semenjak Asyraf pergi. Rasa itu cukup istimewa sehingga dia tak mampu untuk menolak walau dicuba berkali-kali.
Suara di kepala bertingkah. Suara dalam hati menyanggah. Satu lagi suara menuduh dia sengaja menduakan Asyraf membuatkan dia rasa bersalah.
“Reen tak tahu.” Air matanya turun perlahan-lahan tanpa dapat ditahan. Fikiran bercelaru.
“Reen…” Melihat air mata yang turun, Akmal rasa bersalah. Tak sepatutnya dia mengasak Zareen dengan pelbagai soalan. Dia hanya terikut-ikut dengan perasaan. Akmal lepas nafas kasar.
Zareen sapu air mata dengan tapak tangan. Sangkanya, hati sudah tabah. Sangkanya, dia sudah kuat tapi nyata, dia salah.
Akmal menoleh ke arah Zareen lagi yang kini duduk menyandarkan kepala dengan mata terpejam. Akmal mengeluh perlahan.
“Apa yang Reen fikirkan?”
Zareen buka mata, lalu dia menoleh ke arah Akmal. Wajah Akmal yang seiras Aysraf itu membuatkan dia rindukan arwah secara tiba-tiba.
“Reen teringatkan Asyraf.” Zareen jawab perlahan. Air mata jatuh lagi.
Akmal menoleh ke depan.
“Reen...” Nafas ditarik perlahan. “Abang bukan Asyraf. Sampai bila-bila pun, abang tak mungkin boleh jadi Asyraf. Abang tak mampu jadi Asyraf...”
Zareen menahan esak.
“Tapi, abang nak Reen tahu yang abang betul-betul sayangkan Reen. Abang cintakan Reen. Selagi ada hayat abang...abang akan berusaha untuk membahagiakan Reen dengan Irfan.”
Air mata Zareen turun semakin laju.
“Kalau Reen dah ada orang lain...Reen cintakan orang lain, abang redha.” Akmal menyambung kata, sayu.
“Dan kalau betul Reen dah ada orang yang Reen sayang, mengakulah dengan abang. Abang boleh terima. Reen diam diri macam ni, abang takkan tahu.”
“Abang...Reen...” Ayat Zareen termati lagi.
"Reen..."
“Abang tak akan paksa Reen untuk terima abang. Yang abang mintak dengan Reen…cuma...” Akmal tarik nafas. “Tolong jangan seksa abang, Reen. Jangan dera perasaan abang.”
“Reen mintak maaf. Reen tak ada niat pun nak sakitkan hati abang...” Balas Zareen dalam tangisan.
aiols lagi la tak dak astro... aiols cuma ada hyppTV sajorkk....
Okeh, jujurnya aiols tak tahu menahu. Terkejut aiols tengok tred dah ada... Mcm mana depa2 tu bleh confirm?
Bleh tak sesiapa habaq kat depa sinun, jgnlah berangan2 melampaui batasan kerana cheq pun turut diheret sama...
Sesungguhnya syurgaku sudah mula terbakar....
Nampaknya aiols kena buat solat taubat siang malam untuk mengguyur neraka aiols kerana aku tidak sekuat erma utk ke sana....