|
Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there
[Copy link]
|
|
Bab 55
Tengku Safiah pelik melihat perubahan drastik anak bongsunya. Selalu bekerja keras sehingga tidak pulang ke rumah langsung. Kesibukannya mengalahkan Perdana Menteri !
Sejak bercerai dengan Zeeta, Tengku Safiah mahukan anak bongsunya duduk bersama di Villa Safiah. Mudah untuk Tengku Safiah memantau pergerakan Zack dan memujuk Zack supaya rujuk dengan Zeeta.
Namun, Zack muktamad dengan keputusan untuk berpisah malah membiarkan saja Zeeta dinikahi lelaki lain. Walau geram dengan perlakuan anaknya, Tengku Safiah tak mampu berbuat apa apa. Tak mahu memaksa. Sedar Zack masih cintakan Najiha yang sudah tiada. Pilu juga melihat Zack jadi hilang arah sejak 'kematian' Najiha. Justeru Tengku Safiah hanya membiarkan saja tindakan Zack.
Baru baru ini, Tengku Safiah perasan Zack makin ceria. Mungkin sudah dapat menerima hakikat 'pemergian' Najiha. Cuma yang merisaukan Tengku Safiah anaknya terlalu taksub dengan kerja sehingga mengabaikan segala. Bimbang kesihatan Zack terganggu.
Mujur, anak sulungnya kini berbahagia hidup dengan Safihah. Rayyan redha dengan pemergian Najiha dan tidak pernah lagi menyebut nama itu. Tengku Safiah yakin Rayyan sudah melupakan terus Najiha dari hidupnya.
"Mama tak sihat ke?" Safihah, menantunya menyoal prihatin. Tengku Safiah dilihat termenung jauh.
Pantas saja Tengku Safiah tersenyum mesra. "Tak ada apa apalah Fiha.. Ray tak teman Fiha datang sini ke?" Mata melilau mencari kelibat anak kesayangannya.
"Ray ada dekat luar tengah borak dengan Karl. Zafrey mana Mama?" Safihah sekadar berbasa basi.
Tengku Safiah hanya mengeluh. "Itulah masalahnya Fiha. Zafrey jarang betul lekat di rumah. Outstation katanya. Entahlah.." Kadang hati merasa anak bongsunya menyembunyi sesuatu. Tak pasti rahsia besar yang cuba disorokkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 4-4-2015 06:23 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 23-5-2015 05:43 AM
Khalid dan Rayyan sekadar berbual kosong. Viana tidak ikut sekali kerana masih tak mampu memaafkan Rayyan dan Mama yang menjadi punca penderitaan arwah adiknya. Khalid tak mahu memaksa.
Malah, hubungan antara dirinya dan keluarga mertua juga agak renggang. Nampaknya, kematian Jie mengubah segala. Sehingga kini Khalid sukar menerima hakikat Jie sudah tiada.
"You dengan Viana dah ok ke?" Rayyan tahu rumahtangga Khalid dan Viana berantakan gara gara dirinya.
"Macam tu jugalah Ray.. Daddy dengan Mommy dingin macam selalu.." Khalid cuba juga mengambil hati Dato' Hanafi dan Maznah namun hampa. Dirinya selalu disisihkan. Namun demi cinta pada Viana, Khalid hadapkan jua.
" I dapat call dari Rina semalam. Rina ini pernah tolong I masa Jie pengsan dulu. Dia tanya khabar Jie. Dia ingat Jie masih isteri I. Then, I cakaplah Jie dah meninggal. You tahu tak apa reaksi dia?" Rayyan tak sabar untuk berkongsi cerita dengan Khalid.
Khalid hanya menggeleng. Mula berminat untuk tahu.
"At first dia terkejut bila dapat tahu Jie dah meninggal. But then dia cakap dia ada jumpa seorang yang betul betul mirip Jie dekat Columbus. Dia tanya I kalau Jie ada kembar ke..." Entah kenapa Rayyan terfikir Jie masih hidup.
"You rasa ? Setahu I Jie tak ada kembar , mungkin pelanduk dua serupa kot.." Khalid yakin dengan andaiannya.
" Entahlah Karl.." Rayyan buntu. "I harap itu Jie .. I missed her !" Terluah jua segala yang terbuku. Rayyan masih mengingati bekas isterinya yang diceraikan tanpa sedar. Diri berada dibawah pengaruh sihir pada masa itu.
Khalid tersentak mendengar kata kata abangnya. Takut Safihah terdengar. "Please Ray ! Jie masa lalu you.. You dah pilih Safihah sebagai isteri.. I harap you tak buat mistake macam Zack lakukan pada Zeeta.." Risau pula Khalid memikirkan Rayyan.
Cukuplah dengan perangai adik bongsunya masih lagi mencintai Jie yang telah tiada sehingga sanggup menceraikan Zeeta. Tak mahu abangnya melakukan perkara serupa terhadap Safihah.
"I sayangkan Safihah.. You jangan risau lah.." Rayyan memang cintakan Safihah. Wanita itu banyak membantu Rayyan bangkit mencari kekuatan diri yang hilang gara gara sihir Juwita. Jasa dan pengorbanan Safihah takkan Rayyan lupakan selagi hayat dikandung badan.
|
|
|
|
|
|
|
|
nmpk nyer..panjang lg la citer ni yek... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 4-4-2015 09:37 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 8-4-2015 09:48 PM
Suasana tenang restoran tidak mampu meredakan kegelisahan yang dialami. Diri hanyut dibuai perasaan. Semakin dekat dengan hari pernikahan membuatkan hati Zulkarnain berdebar. Tahu Zeeta terpaksa menerima dirinya sedangkan wanita itu masih lagi teguh mencintai Zack. Hatinya pula keliru. Kadang masih mengingati Jie yang jauh dimata.
Antara cinta dan tanggungjawab, Zulkarnain sukar membuat pilihan. Walau bernasabkan Zack, Danish adalah darah dagingnya. Anggap saja ini pengorbanan yang terpaksa dilakukan untuk anak yang selama ini tidak pernah diketahui kewujudannya.
"Jauh kau berangan bro ! Fikir apa?" Ku Iz menyapa sahabatnya yang tampak serabut. Jauh disudut hati terbit simpati dengan Zulkarnain. Air minuman dibiarkan tidak berusik.
" Aku tengah fikir nasib rumahtangga aku dengan Zeeta nanti." Zulkarnain resah. " Dia tak cintakan aku, aku pun tak cintakan dia. Kau bayangkan dua orang asing duduk serumah.." Kadang penyesalan datang kerana bertindak terburu buru dulu.
Abi pernah menasihati Zulkarnain supaya memikir sedalamnya sebelum bertindak. Memang cinta boleh dipupuk akan tetapi perlukan satu pihak untuk menyemai kasih dan sayang dihati pasangannya.
Dalam kes Zulkarnain dan Zeeta, Abi tak nampak wujud perasaan sayang langsung melainkan 'terikat' dengan kesilapan lampau.
Ku Iz mengerti perasaan Zulkarnain. Bahu temannya ditepuk memberi perangsang. "Aku faham bro... Aku dulu pun kahwin dengan Sofea sebab tanggungjawab.. Kau bayangkan dengan cinta yang masih ada untuk Najiha... Aku struggle ! Alhamdulillah aku berjaya lupakan Najiha dan cintakan Sofea sebagai isteri aku.. Aku yakin kau akan cintakan Zeeta dan lupakan Najiha.. Lagipun Najiha dah tak ada.. Takkan kau nak sia siakan hidup kau cintakan orang dah mati?" Kadang Ku Iz tak faham dengan Zulkarnain. Sehingga kini mengharap pada yang tiada.
Zulkarnain malas mahu mengulas lanjut. Biarlah tiada siapa tahu hakikat Jie masih hidup dan hampir saja menjadi isterinya.
"Kes kau lain bro.. At least Sofea cintakan kau dan sabar layan kerenah kau ! Aku ini Zeeta pandang pun tak nak.." Zulkarnain sedar diri. Beza dirinya dan Zack umpama langit dan bumi.
Zack memang kacak dan berkarisma. Dari segi rupa paras, Zulkarnain memang akan kalah tanpa perlu bertanding. Zeeta pula cantik rupawan. Lebih sesuai bergandingan.
Ku Iz tergelak. Faham Zulkarnain merasa rendah diri dengan fizikalnya sejak zaman sekolah lagi.
"Bro.. Kulit kau mungkin tak putih macam Zack... Tapi kau ada daya penarik sendiri. Kalau kau nak tahu, masa sekolah dulu Najiha ada crush kat kau tau.. Bayangkan awek hot macam dia boleh cakap kau sweet looking.. Tapi sebab kau dok tergilakan kakak dia, terus dia tak berminat dengan kau.." Dulu pernah juga Ku Iz cemburukan Zulkarnain kerana selalu mendapat pujian Najiha. Maklumlah Zulkarnain antara pelajar terbaik disekolah.
Zulkarnain hanya senyum. Itu kisah zaman sekolah. Kenyataan kini sudah berubah. Cintanya pada Viana juga sudah lama berlalu. Najiha yang dulu pernah menjadi 'posmen karat'nya pula diinginkan.
"Kau masih ingatkan Najiha? Yelah kau kan kejar cinta dia dari tingkatan lima lagi.. " Zulkarnain sengaja ingin mengetahui isi hati Ku Iz.
Ku Iz terdiam sejenak. Mencari ayat yang sesuai. "Tipulah kalau aku cakap aku tak ingat dia. Tapi takdir dah tentukan Sofea jodoh aku.. Tukar topik lain bro..." Tak selesa berbicara soal Najiha lagi.
Memang sudah lama Ku Iz menerima hakikat Sofea adalah tulang rusuknya yang hilang. Bukan Najiha yang pernah dicintai separuh mati.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 4-4-2015 10:41 PM
Penat menaiki penerbangan selama lebih 24 jam membuatkan langkah Zack longlai keluar dari teksi. Zack mahu tidur sepuasnya. Niat hati untuk menghabiskan masa bersendirian dirumahnya sendiri. Malas mahu pulang ke Villa Safiah. Mungkin esok atau lusa saja Zack bertemu Mama dan Papa. Kunci rumahnya dikeluarkan dan pantas saja pintu dibuka. Kaki melangkah masuk ke dalam. Hati masih melayang jauh merindukan Jie. Indahnya andai masih berdua sekarang.
Suis lampu dipetik. Cahaya terang menerangi setiap sudut. Alangkah terperanjatnya Zack melihat susuk tubuh yang sedang duduk disofa...
" Zeeta?! You buat apa dekat sini?!" Terkejut dengan kehadiran bekas isterinya yang tak diduga. Mungkin Zeeta tahu Zack akan ke sini jika tidak pulang ke Villa Safiah. Barangkali saja Zeeta masih punya kunci pendua rumah ini. Wajah wanita itu tampak mendung.
"Puas I cari you Zafrey... You pergi mana?" Beberapa hari juga Zeeta sabar menanti kepulangan Zack. Puas ke Villa Safiah akhirnya Zeeta membuat keputusan untuk ke sini. Yakin Zack akan bermalam disini. Ternyata tekaan Zeeta tepat. Walau kepenatan menanti sehingga tertidur disofa , namun Zeeta tak kisah. Ada sesuatu yang ingin dibicarakan dengan Zack.
Zack terdiam. Tiada jawapan diatas 'kehilangannya'. Belum masanya untuk sesiapa tahu.
" I tak nak kahwin dengan Zul, Zafrey.. I cintakan you ! Danish memang anak you.." Zeeta sudah menyiasat dengan terperinci. Keputusan DNA ada ditangannya. Keputusan ujian darah juga. Kali ini Zeeta pasti tiada kekeliruan lagi.
"Please Zeeta.. I penat ! I tak ada masa nak layan semua ini.." Zack beranggapan ini hanya helah Zeeta. Jelas ujian DNA sebelum ini membuktikan Iskandar Zulkarnain adalah ayah sebenar Danish.
"I tahu I pernah perangkap you untuk kahwin dengan I dulu. Tapi percayalah I tak tipu you sekarang.." Zeeta sebak. "Ada berlaku kesilapan dalam ujian hari itu. Kalau you tak percaya you checklah sendiri." Beberapa helai kertas dicampak ke arah Zack.
Zack terkesima. Kertas itu dipungut lalu dibaca. Tidak sabar untuk tahu. Mata yang tadi hampir tertutup kini terbuka besar.
Zafrey Danish Haiqal's genetic matches with Zafrey Daniel Hazriq .. Yakin ini satu lagi sandiwara Zeeta untuk memujuknya kembali.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 5-4-2015 12:56 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 5-4-2015 08:10 AM
Bab 56
Cermin mata hitam yang dipakai sengaja tidak ditanggalkan. Tidak mahu diri dikenali. Matahari terik membuatkan kulit jejaka disebelahnya bertukar kemerahan. Bibir menguntum senyum ke arah temannya yang masih lagi merungut kepanasan walau kini mereka sudah memasuki kawasan shopping kompleks.
Putera lilin ! Itulah gelaran yang sesuai. Padan muka kepada Adam yang beriya mahu mengikut pulang ke Malaysia. Puas sudah Jie menolak namun lelaki itu tetap berdegil untuk menemani. Dalam masa yang sama Adam ingin melawat sepupunya yang kini menetap di Kuala Lumpur.
Sebelum ke sini , Adam sempat mengkaji beberapa tempat menarik dan belajar bertutur dalam bahasa Malaysia. Meski agak pelik sebutannya namun Jie bangga dengan kesungguhan yang ditunjuk oleh Adam.
Adam mengisyaratkan Jie untuk pergi mencuci muka terlebih dahulu. Jie hanya angguk. Langkah diatur menuju ke kedai menjual minyak wangi yang berdekatan. Sengaja 'window shopping' sementara menunggu Adam.
Sedang Jie leka membelek minyak wangi , satu suara menyapa..
"Sayang.."
Hati berdebar. Jie kaget. Tak pernah terfikir untuk berdepan dengan pemilik suara itu lagi. Otak memikir tindakan bijak. Melarikan diri memang bukan jalan terbaik. Itu hanya akan mendatangkan curiga. Jie berpura pura memekakkan telinga. Ralit meneliti botol minyak wangi.
Rayyan yakin matanya tidak tersalah pandang. Pernah hidup bersama membuatkan Rayyan yakin wanita berkaca mata hitam ini adalah Jie. Walau gaya rambut dan pakaian berbeza, Rayyan tahu tak mungkin tersilap. Spontan tubuh dihadapannya dirangkul erat.
"I missed you sayang !" Rayyan tidak peduli jika ada mata yang memandang. "I tahu you masih hidup !" Tangan menjangkau cermin mata hitam yang dipakai wanita dihadapannya. Berjaya ditanggalkan ! Kepingin menatap wajah yang selama ini dirindui.
Pantas saja dada Rayyan disiku keras. Pelukan terlerai. Rayyan masih lagi tidak putus asa. Cuba menghampiri Jie.
Jie nekad ! Satu tumbukan mengenai perut Rayyan. Bekas suaminya dilihat terduduk menahan kesakitan.
Khalid muncul mendapatkan abangnya. Terpaku sejenak melihat Jie yang sedang berdiri garang. Tak percaya !
" Jie?!" Khalid yakin mata tidak salah melihat.
"Please put some respect ! Who the hell are you, dare to touch me?! Moron !" Sesi lakonan bermula. Loghat suara berubah. Jie merenung marah Rayyan dan Khalid. Mengharap agar Adam cepat muncul.
Khalid cepat tersedar. Realiti tak memungkinkan Jie yang sudah mati hidup semula. " Sorry Miss ! Your face reminds my brother to his late ex wife.. He had mistakenly assumes you as his ex wife.. " Wanita dihadapannya agak kasar berbicara. Berbeza dengan Jie. Khalid mula ragu jika dihadapannya adalah Jie.
"Stop acting sayang.." Rayyan kenal Jie. Mereka pernah menjadi suami isteri. " I used to be your husband ! You can't lie to me !" Rayyan mahu tengok sampai bila Jie akan menafikan kebenaran.
Jie senyum sinis. "I have no idea what you are talking about , Mr Pervert !" Pandangan dihala ke arah Rayyan dan Khalid. "Such a nightmare meeting both of you today !" Mata Jie menangkap kelibat Adam. Lega.
"Lisa !" Adam terus saja mendapatkan Jie. Curiga melihat Khalid dan Rayyan yang berdiri berhadapan Jie.
"Are you okay, honey?" Bahu Jie disentuh lembut. Adam risau.
"I'm just fine !" Jie senyum meyakinkan Adam. "Let's move out from here." Bahu jejaka itu dipaut. Jie terus saja berlalu meninggalkan Rayyan dan Khalid.
Sempat terfikir Viana mengatakan Khalid dan Rayyan ada mesyuarat di Melaka. Tak sangka mereka boleh bertemu disini ! Jie tahu Rayyan masih beranggapan dirinya hidup.
Nampaknya Jie perlu lebih berhati hati selepas ini. Pasti Rayyan akan menggunakan segala medium untuk cari tahu tentang dirinya yang sebenar.
Mata Rayyan masih lagi tidak beralih melihat Jie disamping seorang lelaki asing.
" I yakin itu Jie, Karl ! Tak mungkin orang lain !" Perasaan yang sama dialami ketika bertemu Jie kali pertama. Jantung berdegup pantas.
Khalid buntu. "Tapi you dengar tak lelaki tadi panggil dia Lisa? Mungkin pelanduk dua serupa kot ! Please Ray.. Jie dah mati ! You pun dah ada Safihah... Just get over her !" Berbuih sudah mulut Khalid memberi nasihat kepada Rayyan.
"I cuma nak pastikan Jie memang masih hidup, Karl ! I yakin I tak salah !" Rayyan masih lagi menegakkan pendiriannya.
"Ok fine !" Khalid jelak melayan kerenah Rayyan. "Kalau betullah Jie masih hidup.. apa you harap ?! Pujuk dia kembali jadi isteri you ?!" Cukuplah selama ini Rayyan melukakan hati Jie. Kalaupun Jie masih hidup, Khalid lebih rela Jie memilih lelaki lain sebagai suami. Bukan Rayyan.
Rayyan kelu. Memikir sejenak. " I cuma teruskan hidup I bila I lamar Safihah.." Akhirnya terpacul jua pengakuan dari bibir abangnya.
"Maksud you?" Khalid tak sangka Rayyan sanggup memperjudikan masa depan Safihah. "You jangan kata you tak cintakan dia tapi you kahwini dia..." Berharap sangat tekaannya salah.
"I sayangkan Safihah. Walau apa pun terjadi dia tetap isteri I !" Rayyan takkan sesekali mengingkari lafaz ijab kabul yang terucap dulu.
Cuma kehadiran gadis seiras Jie tadi membuat Rayyan goyah seketika. Terlupa status diri yang sudah bergelar suami.
Serentak itu, rasa bersalah terhadap Safihah menjelma.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 5-4-2015 09:17 AM
"Hi Zack !" Ada kejutan yang ingin diberikan kepada lelaki itu.
Zack yang sedang berjalan menuju ke tempat letak kereta terpaku mendengar suara itu. Satu suara yang memang dikenali. Pantas saja menoleh dan mata menangkap kelibat wajah yang dirindui. Gembira bukan kepalang. Segala permasalahan hilang.
"Kenapa you tak bagitahu I, you dah balik sini Baby?" Sungguh Zack tak menyangka kedatangan Jie dipejabatnya.
"I nak 'surprise'kan you, Bie !" Jie melemparkan senyum manis. " By the way, tadi I terserempak Ray dengan Karl. Terpaksalah I menyamar. Tapi Ray macam tak percaya I saja.." Bimbang identiti terdedah. Jie belum bersedia untuk memberitahu semua orang tentang hakikat diri masih hidup.
Wajah Zack berubah. " Kalau macam itu , I tak nak bertangguh lagi. Kita jumpa Daddy you, Baby !" Kali ini Zack malas buang masa.
Sejak Zeeta merayu supaya Zack mengahwininya semula, hati jadi tidak senang. Justeru , Zack terus saja menyemak semula keputusan ujian DNA terdahulu dengan Zulkarnain.
Andai terpaksa, mungkin ujian kali ketiga terpaksa dijalankan. Kalau benar Danish adalah anaknya, Zack akan tetap menjalankan tanggungjawab sebagai ayah dengan sempurna.
Namun, itu tidak akan menghalang Zack dari meneruskan hasrat untuk hidup bersama Jie. Zack yakin Jie akan menerima Danish dengan tangan terbuka.
"Sekarang ?!" Jie teragak agak. Masih memikir kewajaran Zack dibawa bertemu Dato' Hanafi. Takut Daddy terkejut. Hanya Viana saja yang tahu Jie berada di Malaysia sekarang.
Zack dilihat angguk. Tak sabar menanti jawapan dari Jie.
Jie akur. Memang itu tujuannya pulang ke sini. Ingin menyatakan persetujuannya untuk hidup bersama Zack.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 5-4-2015 10:07 AM
Walau Zulkarnain menidakkan Zeeta yakin pandangan matanya tak silap. Wanita yang dilihat memandu Chevrolet Camaro tadi memang mirip Jie. Tak mungkin ada dua orang dalam dunia memiliki wajah yang betul betul serupa.
"I tahu itu memang Jie !" Zeeta pasti dengan gerak hatinya. Zulkarnain dijeling. Lelaki itu hanya diam membisu.
Sejak dari mencuba baju dibutik pengantin lagi Zulkarnain dilihat asyik berkhayal. Entah masalah negara apa yang difikir tak kuasa Zeeta ambil tahu. Hati memang tiada untuk meneruskan perkahwinan ini.
Kalau saja masa boleh diputar , Zeeta berharap supaya dapat menghindar dari terlajak melakukan kesilapan itu.
Zulkarnain tak pasti bila Jie pulang ke Malaysia. Tiada khabar yang diterima. Terdetik untuk bertemu. Memikir untuk singgah sebentar ke rumah Faridah sekejap nanti merisik khabar.
Zulkarnain baru teringat kunjungan Zack minggu lepas dihospital. "Kenapa you bagi keputusan DNA palsu dekat Zack, Zeeta ? Apa motif you buat Zack percaya Danish anak dia?" Terluah jua soalan yang terbuku dihati.
Walau Zack tidak bercerita lanjut, Zulkarnain tahu Zeeta menggunakan itu sebagai alasan untuk membatalkan rancangan perkahwinan mereka.
"Itu bukan palsu, Zul ! You kan doktor.. You boleh check sendiri kesahihannya. Jangan suka suka hati nak tuduh I !" Zeeta sebal.
Ternyata Zack dan Zulkarnain tidak mempercayai kebenaran yang cuba ditunjukkan. Zeeta tak bodoh untuk memalsukan status ayah kepada anak sendiri. Ini melibatkan hukum agama. Mungkin Zeeta pernah tersasar jauh akan tetapi itu tidak bermakna diri sewenangnya mempermainkan perkara sebesar ini.
"Never mind ! Zack dengan I akan buat ujian lagi sekali kalau itu akan memuaskan hati you.." Zulkarnain tidak mahu memanjangkan pertelingkahan antara mereka.
Zeeta adalah bakal isteri dan akan menjadi tanggungjawabnya. Menjaga hati Zeeta adalah satu kewajipan bagi Zulkarnain. |
|
|
|
|
|
|
|
Perbualan Mama dan Zeeta menarik perhatian Rayyan yang kebetulan singgah sekali. Zeeta mengatakan melihat seorang wanita mirip Jie memandu kereta Chevrolet Camaro berwarna kuning. Warna yang memang sinonim dengan kereta bumblebee itu.
Walau hati ingin untuk bertanya lanjut namun Rayyan tak mahu mendatangkan kecurigaan Mama. Sekurang kurangnya dengan mengetahui jenis kereta yang dipandu wanita tadi mudah untuk Rayyan mencari tahu dengan lebih lanjut.
Yakin tak ramai rakyat Malaysia memiliki kereta jenis itu agak menyenangkan Rayyan untuk mencari senarai nama pemilik walau tidak mengetahui nombor pendaftaran. Mana tahu akan terjumpa kaitan dengan Jie. Rayyan sangat yakin bekas isterinya masih hidup cuma berpura pura menggunakan identiti lain.
Jari jemari pantas mendail satu nombor. Rayyan perlukan bantuan penyiasat upahan untuk membongkar rahsia ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 5-4-2015 08:26 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 6-4-2015 09:48 AM
Zack senyum memandang wajah yang telah kian lama mekar dihatinya. Bersyukur dengan penerimaan Dato' Hanafi. Meski bersyarat Zack tak kisah. Yakin tiada yang mampu memisah mereka kali ini. Sempat berdoa semoga semua perancangan berjalan lancar.
"Bie.. I am happy today ! Thanks sebab sudi terima I.." Jari jemari Jie disentuh lembut. Kegembiraan jelas terpancar diwajah.
Jie membalas mesra. Walau mungkin bakal berhadapan dengan dugaan besar, namun Jie hanya berserah. Yakin Zack menunaikan janji yang dilafaz dihadapan Daddy. Tiada toleransi dari Daddy jika Zack melanggar perjanjian.
Suasana restoran yang agak santai dan pemandangan ibu kota Kuala Lumpur yang menarik menyemarakkan lagi cinta dalam hati Zack. Tak sangka Jie akhirnya mempertimbangkan permintaannya supaya pulang ke Malaysia buat sementara waktu ini.
Selesai semua urusan, Zack berjanji mereka akan kembali ke US. Jauh dari keluarga kandungnya yang mungkin akan menjadi pengganggu kebahagiaan hidup mereka berdua.
"Bie.." Ada sesuatu yang mengganggu fikiran Jie. "I rasa sooner or later Ray akan tahu I masih hidup. May be lepas ini I tak boleh expose diri dekat public lagi. So kita kena stop jumpa sekejap." Wajah Zack ditenung meminta pengertian.
Zack hanya senyum. Sudah bersedia menghadapi kemungkinan itu. "Jangan risau Baby ! Kalau Ray tau you hidup lagi pun dia tak boleh buat apa. You bukan wife dia lagi ! Stay calm Bie ! Serahkan pada I ! I takkan benarkan family I jeopardize our relationship.. I nak you stay with me forever.." Itulah juga janji yang diucap Zack kepada Dato' Hanafi dan Maznah. Zack takkan sia siakan kepercayaan yang diberi. Amanah Dato' Hanafi supaya menjaga Jie sebaiknya akan dilaksanakan tak kira walau apa pun terjadi.
"Tapi Bie..I tak sanggup tengok you bertelagah dengan family you sebab I!" Jie tak mahu Zack tersisih dari darah daging sendiri hanya kerana memilih dirinya sebagai isteri.
"Please Bie... I tak nak you fikir pasal family I lagi. Just think about us !" Zack tekad kali ini. Cinta pada Najiha melebihi segala.
" Dalam hidup kita kena korbankan sesuatu untuk dapatkan segala yang dihajati. Kalau untuk bersama dengan you, I terpaksa korbankan keluarga I , I tak kisah Bie ! I yakin lambat laun masa akan menentukan penyelesaian terbaik untuk kita berdua. I cintakan you dari kali pertama I jumpa you. I yakin you adalah kebahagiaan utama dalam hidup I." Panjang lebar Zack meluah segala yang terpendam. Zack tak pernah seyakin ini seumur hidupnya.
"You tak menyesal pilih I, Bie?" Jie masih lagi ingin menduga Zack.
Zack pantas menggeleng. "I akan menyesal seumur hidup kalau I terlepas lagi peluang untuk hidup dengan you Bie !" Bagi Zack dirinya amat bertuah.
Pernah melepaskan Jie berlalu begitu saja dari hidupnya atas desakan Ku Iz. Kemudian, membiarkan Jie menjadi milik Rayyan. Dan ini peluang ketiga atau mungkin yang terakhir buatnya. Zack takkan mensia siakan lagi kesempatan ini. Terima kasih jua kepada Zulkarnain yang banyak membantu Zack menjejaki Jie.
"Promise me one thing, Zack !" Kalau selama ini hanya lelaki itu yang banyak menagih janji darinya, Jie mahu Zack juga melakukan perkara yang sama.
"Apa dia Bie?" Zack berdebar menanti bicara dari Jie.
"Do not ever let me go !" Jie tak pernah lupa kesakitan yang dialami saat ditinggalkan Zack dulu. "No matter what happened , just don't do it again ! Will you?" Mata Zack ditentang mencari kepastian.
Zack angguk. Tubuh Jie dirangkul erat. Sedar kebodohan dulu tega melukakan Jie yang amat dicintainya. " You have my word Baby ! I won't let you go again ! We will spend our life together.. This time it's gonna be forever.. Only you and me !" Tiada siapa yang mampu menghalang kali ini.
Kepala disandar dibahu Zack. Jie senyum. "Thanks Zack !" Hanya itu yang mampu diucapkan.
Zack membelai mesra rambut Jie. Bibir mengorak senyum mesra. Bahagia memenuhi segenap ruang. Berharap masa terhenti supaya dapat menikmati waktu berdua lebih lama.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 5-4-2015 08:31 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Zamzam2013 replied at 5-4-2015 07:31 PM
Tak habis lagi ke TT? Nampak gayanya kisah ini tiada penghujungnya... Back to zero... :lol ...
Tak perasan comment.. xde notification.. haha..
May be sebab tajuk die kisah kau dan aku so forever lah die kisah kau dan aku without ending..
Ada satu ending dalam otak tapi macam berjela jer..
Takpela layan saja...
maafkanlah I kalau cerita ini sudah berbelit belit and lari schedule..
Btw thanks for the comment..
I really appreciate it..
Hv a great day ahead ! |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 5-4-2015 10:02 PM
Bab 57
Senarai nama pemilik kereta sudah berada ditangan. Hampir lebih sebulan Rayyan menunggu perkembangan terbaru dari penyiasat upahannya. Tak pasti mengapa lambat sekali lelaki itu membuat kerja. Jenuh Rayyan mendesak barulah berhasil. Lembab ! Desis hatinya.
Berdasarkan senarai yang diperoleh , terdapat sebuah kereta Chevrolet Camaro yang berdaftar dibawah nama Megah Holding. Syarikat yang dimiliki oleh Dato' Hanafi.
Ini menambahkan keyakinan bahawa wanita yang mirip Jie sebenarnya adalah Jie sendiri. Bekas isterinya masih hidup ! Motif Jie memalsukan kematiannya tidak Rayyan ketahui.
Melalui laporan lain, Rayyan juga berjaya menjejaki tempat tinggal Jie. Terletak tidak jauh dari kediaman isteri pertama Dato' Hanafi. Masih lagi berada dalam mukim Damansara. Mudah saja untuk Rayyan menemui Jie.
Walau pelik dengan diri yang beriya mengambil tahu urusan Jie yang sudah tiada pertalian lagi, Rayyan tidak dapat menyangkal hati lega mengetahui Jie masih bernafas dimuka bumi. Berpeluang untuk memohon maaf di atas kesilapan lalu.
Andai saja Jie sudah membina hidup baru , Rayyan doakan wanita itu berbahagia disamping insan tersayang. Dirinya tidak layak lagi untuk memiliki Jie. Walau masih ada sisa cinta, Rayyan takkan sesekali menduakan Safihah. Anggap saja Jie bukan jodoh yang diutus buatnya.
Benar kata kata Khalid. Jie adalah masa silamnya. Cuma buat masa ini Rayyan hanya mahu memastikan gerak hatinya benar. Jie akan dijejaki tidak kira diceruk mana Jie berada. Untuk tujuan yang Rayyan sendiri tak pasti.
Satu keluhan dilepaskan. Fikiran buntu. Akal dan minda keliru dengan kehendak hati.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 6-4-2015 12:09 PM
Agak gila rancangan yang direncana mereka bertiga. Safihah tak tahu kenapa pada mulanya diri bersetuju dengan idea tak masuk akal Mama dan Zeeta. Memang Safihah agak terkilan kerana Rayyan masih lagi mengenang bekas isterinya.
Entah kenapa hati dilanda walang melihat Rayyan menatap potret perkahwinan dengan Jie semalam. Malah, suaminya dilihat mengalirkan air mata sambil memeluk baju Jie yang masih disimpan rapi. Beranggapan Rayyan rindukan Jie yang sudah pulang ke rahmatullah, Safihah cuma membiarkan meski agak terluka.
Namun, apabila terdengar perbualan Rayyan lewat telefon menyebut ada kemungkinan bekas isterinya masih hidup, Safihah tidak dapat mengawal rasa cemburu dan terkilan. Lantas diluahkan segala kepada Zeeta dan Mama.
Zeeta pula mencadangkan mereka mengekori Rayyan kerana wanita itu juga pasti Jie sengaja memalsukan kematiannya. Hal ini kerana Zeeta sendiri pernah melihat gadis yang diperkatakan mirip Jie. Tiada perbezaan langsung ! Malah, Zeeta yakin itu sememangnya Jie ! Bukan kembar atau pelanduk dua serupa.
Dan disinilah mereka sekarang. Membodohkan diri memerhati pergerakan suaminya. Masa 3 jam terbazir sia sia. Tiada petanda Rayyan meninggalkan pejabat.
"Itu kereta Ray ! Cepat Zeeta follow dia !" Kedengaran suara Tengku Safiah mengarahkan Zeeta mengekori kereta yang dipandu Rayyan.
Safihah tersentak dari lamunan. Debaran mula terasa. Tertanya ke mana arah ingin Rayyan tuju. Bimbang tekaannya benar. Takut kehilangan Rayyan dari hidupnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak nya conflik..rasa mcm depress je cerita ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 6-4-2015 04:42 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 6-4-2015 08:26 PM
Jie senyum sendiri. Puas kerana berhasil menyediakan hidangan yang diidamkan. Tekak teringin untuk memakan kek keju. Berjaya mendapatkan resepi di internet tanpa bertangguh Jie terus mencuba memandangkan tiada kerja yang perlu dilakukan. Sengaja mahu mencabar diri sendiri. Sekurang kurangnya boleh memantapkan kemahiran memasaknya yang tak seberapa.
Sempat Jie mengajak Viana untuk bertandang merasa kek buatannya. Daddy dan Mummy juga diajak sekali. Jie ingin menghabiskan masa bersama keluarga sebelum bertolak pulang semula ke Columbus.
Adam pula sudah lama pulang ke Ohio. Tak tahan cuaca panas di Malaysia katanya. Jie hanya mampu gelakkan saja.
Namun, kawan karibnya itu berjanji akan mengirim nota penting kepada Jie untuk setiap subjek jika Jie tidak sempat mendaftar masuk semester baru nanti. Mengerti dengan keadaan Jie yang masih perlu berada di Malaysia.
Jie berbelah bahagi. Tak pasti sama ada mahu kembali ke sana atau meneruskan saja pengajian disini. Biar masa jadi penentu.
Kedengaran loceng pintu dibunyikan. Pasti Viana sudah sampai. Jie laju melangkah untuk menemui kakaknya. Tak sabar untuk bertemu. Rindu ! Mereka dua beradik terpaksa berjumpa secara rahsia untuk mengelak dari diketahui Khalid.
Lain yang dinanti lain pula yang muncul. Jie terpana. Terkejut melihat kehadiran lelaki itu.
"Lisa..." Senyuman sinis bermain dibibir. "Atau Nur Najiha? Siapa you sebenarnya?" Walau sudah pasti dengan kebenaran yang ditemuinya namun Rayyan tetap inginkan penjelasan lanjut.
Perlukah Jie menipu sejauh ini? Kenapa dan untuk apa? Tiada jawapan tercerna. Minda keliru dengan tindakan Jie.
"Please lah ! I tak tahu macam mana you boleh ada dekat sini ! By the way I am Lisa. And who are you? I tak rasa I kenal you.." Nampaknya Jie perlu meneruskan lakonannya.
Tak pasti sampai bila akan berakhir. Ternyata kepulangan ke tanah air bukan tindakan bijak. Identitinya bakal terbongkar bila bila masa saja dari sekarang
" Come on Jie ! I bukan kenal you sehari dua. Jangan nak berlakon depan I ! I think we need to talk !" Segera lengan wanita itu ditarik.
Jie terus saja menolak kasar Rayyan. " Behave please ! I tak kenal you dan I tak rasa you ada hak untuk sentuh I apa lagi nak arahkan I supaya ikut you ! Whoever you are , just stay away from me !" Amaran keras diberikan kepada Rayyan.
Rayyan tersentak. " Kalau you bukan Najiha, buktikan pada I ! I nak tengok IC you.. Driving license or whatever can prove your identity." Masih lagi berkeras untuk membuktikan dihadapannya adalah Jie.
"You yang datang rumah I.. Lepas itu you persoalkan siapa diri I. Then you minta I buktikan I bukan Najiha?" Jie bengang.
"Please Mr Pervert, I boleh report police dan charge you menceroboh kawasan rumah I! So my advise to you , get yourself out from my sight before I call police !" Jika Rayyan masih berdegil Jie tiada pilihan lain.
"I tak peduli ! Selagi you tak ...." Kata kata Rayyan terhenti apabila melihat kemunculan lelaki yang amat dikenalinya dibelakang Jie.
"Baby, kenapa ini?" Zack pelik melihat Jie agak lama pergi membuka pintu. Jie dihampiri.
Giliran Zack pula tersentak melihat kemunculan abangnya yang tak diduga. Hairan bagaimana Rayyan boleh berada disini.
"Can someone tell me what the hell is going on here?!" Rayyan berang. "Who is she, Zack?!" Wajah Zack ditenung. "You owe me an explanation.." Kalau benarlah wanita ini adalah Jie, Rayyan kesal kerana Zack tega mengkhianatinya.
"And you.. " Pandangan beralih ke arah Jie. Either you are Jie or 'so called' Lisa you better give me an answer now !" Rayyan ingin tahu kenyataan sebenar.
"Abang !" Kelihatan Safihah berlari menuju ke arah Rayyan. Zeeta dan Tengku Safiah mengekor jauh dari belakang.
Safihah tercengang melihat wajah mirip Jie yang berdiri dimuka pintu.
"Jangan sesekali dekati Ray ! Dia suami I sekarang !" Safihah memberi amaran keras. Tiba tiba.
"You rasa, I yang kacau suami you ke, suami you yang kacau I ?" Jie malas melayan. Boleh tahan garang juga Safihah walau tampak lembut.. Sempat menilai dalam hati perwatakan 'bakal madu tak jadi'nya itu.
"You memang kurang ajar !" Safihah mula mengangkat tangan untuk menampar Jie.
Pantas saja Zack menahan tangan Safihah dari mendarat dipipi Jie. "You tak ada hak nak sentuh dia !" Mungkin Safihah kakak iparnya tetapi itu bukan alasan wanita itu untuk menyakiti Jie.
Zack tak sedar kehadiran Tengku Safiah dan Zeeta.
"Apa semua ini, Zaf?" Tengku Safiah menyoal anak bongsunya. Wajah seiras Jie ditenung. "Siapa ini? Bukan Najiha dah mati ke? Macam mana Zaf boleh ada dengan perempuan ini?" Bertalu talu soalan ditanyakan.
Baik Zack dan Jie hanya mendiamkan diri. Itu lebih baik.
"Sekarang I faham Zafrey ! You beriya iya ceraikan I, sebab nak bersama perempuan ini, kan?" Zeeta pula bersuara. Sebak.
"You memang licik Jie ! I tahu dari you masih isteri Ray lagi, you ada hubungan sulit dengan Zafrey ! Pura pura mati konon ! You memang bitch ! Dulu masa Ray tunang I, you rampas dia dari I. Sekarang , Zafrey dah jadi suami I pun, you sanggup rampas ! Danish hilang Papa sebab you ! You memang selfish !" Puas sudah dapat meluahkan segala yang terbuku dihati. Memang dari dulu lagi Zeeta bencikan Jie. Perampas !
" Please Zeeta ! You sendiri tahu kenapa kita bercerai !" Zack takkan sesekali mengaibkan Zeeta. Cukuplah jadi rahsia mereka. Tiada siapa lagi patut tahu Danish bukan anaknya.
Zeeta dilihat terdiam sejenak. Barangkali takut kisah silam terbongkar. Ternyata usaha Zeeta menipu Zack tentang keputusan DNA tidak berhasil.
" Apa penjelasan you pula kali ini, Zack? Betul ke ini Jie? Apa hubungan you dengan dia?" Rayyan pula menyampuk, tidak puas hati. Ingin menagih kebenaran dari adik bongsunya.
Viana tidak menduga kekecohan yang berlaku dikediaman adiknya. Dari jauh kelihatan Tengku Safiah, Rayyan, Safihah dan Zeeta sedang bertegang urat dengan Zack. Pantas saja mendapatkan Jie. Sempat menghubungi Daddy untuk mengkhabarkan keributan yang melanda.
"Vee !" Jie segera memeluk kakaknya mencari kekuatan. Pelbagai kata nista dihamburkan terutamanya oleh Zeeta dan Tengku Safiah.
Kehadiran Viana menghentikan sebentar keriuhan. Perhatian tertumpu pada Viana.
"So adik you memang masih hidup lah, kan ?" Melihat kemunculan Viana, Rayyan pasti dihadapannya adalah Jie.
"I tak faham kenapa keluarga you tipu I hidup hidup ! I ingatkan you dah mati sayang..!" Rayyan cuba mendekati Jie. Viana sempat menghalang.
"Stop it Ray ! You dah tak ada hubungan apa apa dengan adik I ! I nak you bawa balik isteri you dengan Mama you ! And you Zeeta.. I rasa elok you balik sekali." Viana cuba berlembut.
Walau hati menyampah melihat Tengku Safiah dan Rayyan terutamanya namun Viana tidak akan sesekali bertindak biadap. Khalid masih suaminya. Tengku Safiah dan Rayyan tetap perlu dihormati.
"Mama cuma nak tahu hubungan Zaf dengan perempuan ini? Macam mana Zaf boleh berada satu rumah dengan dia? Jadi yang Zaf pergi out station selama ini habiskan masa dengan perempuan murah inilah?!" Kesal memikir perilaku anak bongsu yang seorang ini. Padanlah jarang lekat dirumah rupanya ada tempat lain yang dituju.
"Zaf rasa Vee betul ! Mama baliklah dulu. Zaf tak suka dengar Mama burukkan Najiha !" Zack cuba bersabar melayan kerenah Mama.
"Mama takkan balik selagi Zaf tak berterus terang." Tengku Safiah tak mahu mengalah.
"Kamu Najiha, kenapa tak mati saja terus? Perlu ke muncul dan ganggu Zaf lagi? Dasar perempuan tak guna !" Tak semena mena Jie menjadi mangsa seranah lagi. Untuk sekian kali.
"Mama dah keterlaluan ! Apa dosa Najiha pada Mama?! Zaf tak faham kenapa Mama selalu salahkan Najiha untuk semua benda ! Apa sebenarnya yang Mama benci sangat pada Najiha ?!" Nada suara Zack sudah tidak terkawal.
"Bie, calm down please .." Jie menyentuh bahu Zack cuba menyabarkan. Memang Tengku Safiah agak keterlaluan berkata kata akan tetapi Jie tak sanggup melihat dua beranak itu bertelagah kerananya.
"No Bie ! I tak nak Mama pandang serong you selamanya. It has to be stopped !" Zack tak nampak cara lain lagi.
"Please Mama , apa salah Najiha sampai Mama bencikan dia?" Soalan yang sama diulang. Biar semua jelas dan nyata hari ini juga. Zack tak mahu ada isu berbangkit lagi.
Tengku Safiah tidak menduga Zack tega mempersoalkan pelakuannya demi mempertahankan Najiha. Air mata bergenang. Senjata ampuh yang mungkin melembutkan hati sesiapa saja.
"Mama tak pernah terfikir anak Mama sendiri sanggup menentang Mama.." Rayyan segera memeluk tubuh Tengku Safiah. Safihah cuba memujuk.
"Zaf minta maaf ! Zaf tak ada niat nak lukakan hati Mama ! Zaf cuma nakkan jawapan tulus dari Mama. Sampai bila Mama nak bencikan Najiha?" Sehingga kini Zack tak mengerti kenapa Mama begitu memusuhi Jie.
"Mama benci tengok muka dia ! Mama benci !" Air mata Tengku Safiah mengalir deras. Tak mungkin berterus terang didepan anaknya bahawa muka Jie yang seiras Maznah membuat hati kuat membenci.
Sehingga kini, Tengku Safiah masih lagi tak dapat lupakan sejarah cinta antara Maznah dan suaminya.
"Kenapa dengan muka anak I, Saf?" Maznah muncul mengejut. " Sebab muka anak I seiras I masa muda dulu?" Bibir menyoal sinis. Sudah cukup lama menjadi pemerhati dan pendengar setia.
"You takut Isa akan teringatkan I, cinta pertama dia? Gitu?" Maznah senyum menyindir. " Ternyata you masih tak berubah ! Sama macam dulu ! Insecure tak habis habis ! Saf, Saf ! Tak cukup you prasangka buruk pada I sampai anak I pun jadi mangsa." Bukan Maznah tak tahu Tengku Safiah selalu menganggap dirinya dan Tan Sri Isa masih berhubungan dulu. Takut dengan bayang bayang sendiri.
Tengku Safiah terdiam. Tak mampu menangkis kebenaran kata kata Maznah.
"Jadi selama ini Mama benci kan Jie hanya disebabkan itu?" Rayyan sukar percaya. Bukan salah Jie jika kecantikan yang dimiliki seiras Mummynya.
"Tak kisahlah apa alasan sekalipun ! Mama tetap tak sukakan Najiha !" Tengku Safiah masih lagi berdegil.
"Mama suka atau pun tidak, terpulang.. Najiha tetap menantu Mama ! Najiha isteri Zaf sekarang ! Zaf minta maaf sebab tak bagitahu Papa dan Mama.." Zack berterus terang akhirnya. Itu lebih mudah.
"How could you, Zack !" Rayyan berusaha untuk menghadam kebenaran yang baru didengarinya.
"Jadi, selama ini you tahulah Jie masih hidup tapi you tak bagitahu I ! Kenapa?! Sebab you memang nak kahwini dia?! Tergamak you khianati I, abang you sendiri !" Kecewa dan hampa dengan sikap Zack.
"I minta maaf , Ray !" Hanya itu saja yang mampu Zack ucapkan.
Rayyan terus saja berjalan pantas menuju ke kereta. Kepala semak. Panggilan Safihah dibiar sepi. Tak sanggup menatap wajah Jie yang masih lagi dicintai dan menghadap pengkhianatan yang dilakukan adik kandungnya sendiri.
Rayyan sebak. Sekilas terbayang saat berdua dengan Jie. Kegembiraan yang dirasakan dalam hati usai lafaz ijab dan kabul terucap. Sewaktu bibir mengucup dahi Jie buat kali pertama setelah sah bergelar isterinya. Kenangan indah yang akan abadi buat selamanya.
Meski perit untuk ditelan, jauh disudut hati, Rayyan terpaksa akur ketentuan Ilahi , Jie bukan lagi miliknya. Zack lebih berhak.
I doakan you bahagia sayang ! Air mata Rayyan menitis jua menangisi kisah cinta mereka yang kini berkubur walaupun wanita yang dicintai itu masih bernyawa.
Nur Najiha... Rayyan Hardy.. Kisah kita berakhir disini. Pandangan Rayyan kabur. Sekabur masa depan yang belum pasti. Mungkin payah, Rayyan akan kuatkan semangat untuk teruskan hidup tanpa cinta.
Selamat tinggal sayang.. Hati berbisik sayu. |
|
|
|
|
|
|
|
elia201 replied at 5-4-2015 08:31 PM
Tak perasan comment.. xde notification.. haha..
May be sebab tajuk die kisah kau dan aku so for ...
No problemo TT... That's why I love it... Maknanya saya akan terus menanti dengan sabar apakah yg bakal terjadi selepas ini... That's life... Life is unpredictable... Karya TT menunjukkan realiti kehidupan which is true tp kita terlepas pandang... Great job TT... |
|
|
|
|
|
|
|
tt..dah 50 pej..ko tk jemu ke tulis novel pnjng.aku dah jmu tulis novel klo lma cmni.sebb tu ending aku tak logik.haha |
|
|
|
|
|
|
|
sebab first trial kot..
haha..
anyway cite ini pun da macam kelam kabut da cik es
|
|
|
|
|
|
|
|
semoga I dapat habiskan cite ASAP..
harap tak lama lagilah
Tak nak promise sebab takut drag lagi
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|