|
Misi tentera serba moden diteruskan
KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera yang baru, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin, akan memastikan sistem pertahanan negara sentiasa berada pada tahap terbaik dan mampu menghadapi sebarang bentuk ancaman musuh.
Justeru, beliau berkata, usaha memajukan ketumbukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa walaupun menghadapi pelbagai kekangan, terutama dari segi peruntukan.
“ATM akan meneruskan pelan pembangunannya ke arah menjadi sebuah institusi ketenteraan serba moden, sekali gus menjadikannya kuasa pertahanan terulung dan disegani di rantau ini.
“Ini penting bagi memelihara kedaulatan negara kita, selain memastikan rakyat sentiasa rasa selamat sebab ada pasukan keselamatan yang kuat membabitkan ketumbukan udara, laut dan darat,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.
Terdahulu, Azizan menghadiri majlis serah tugas antara beliau dengan bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral (B) Tan Sri Abdul Aziz Zainal yang turut disaksikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau turut menggariskan misi baru - Agenda Utama Adalah Untuk Merealisasikan Transformasi ATM (4D - MAF) - sebagai panduan bagi pelaksanaan pelan pembangunan itu.
“Saya belum tahu lagi bagaimana hala tuju ATM selepas ini. Perbincangan masih berlangsung dengan pegawai kanan dari ketiga-tiga ketumbukan. Namun, saya menyeru setiap anggota berusaha mencapai segala matlamat 4D-MAF.
“Kita mahu kemajuan dicapai dari semua sudut. Itu sebabnya ia dinamakan sebagai kemajuan ‘empat dimensi’,” katanya yang mencipta sejarah sebagai pegawai TUDM pertama dilantik ke jawatan tinggi itu.
Ditanya mengenai pelantikannya itu, Azizan menyifatkannya sesuatu yang di luar jangkaan, lebih-lebih lagi tempoh perkhidmatannya bersama TUDM dijadualkan berakhir pertengahan tahun depan.
“Ini amanah cukup berat, namun saya akan berusaha menjalankannya dengan penuh dedikasi. Malah, saya amat menghargai kepercayaan dan peluang diberikan kerajaan ini,” katanya.
Sementara itu, Abdul Aziz mengakui sukar baginya meninggalkan pakaian seragamnya untuk meneruskan kehidupan sebagai orang awam kerana sudah sebati dengan cara hidup seorang tentera.
-berita harian- |
|
|
|
|
|
|
|
Panglima Tentera Udara cipta sejarah
Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
[email protected]
Ahmad Zahid Hamidi (tiga dari kiri) membantu Rosmah Mansor dan Noorainee Abdul Rahman membuka bungkusan sebagai gimik Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada Angkatan Tentera Malaysia di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Wahidah Zainal
KUALA LUMPUR 28 Ogos - Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin akan mengambil alih tugas Panglima Angkatan Tentera daripada Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal berkuat kuasa 1 September ini.
Pelantikan itu mencatat sejarah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) apabila Azizan merupakan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pertama dilantik ke jawatan tersebut.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Azizan juga merupakan individu kedua yang bukan daripada kalangan Panglima Tentera Darat dilantik ke jawatan itu selepas Laksamana (B) Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
''Tertakluk kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong, Majlis Angkatan Tentera yang bersidang petang semalam mengumumkan keputusan pelantikan itu," katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis penyampaian sumbangan Hari Raya Aidilfitri oleh penderma kepada ATM di sini hari ini.
Ahmad Zahid memberitahu, Abdul Aziz akan bersara pada November ini dan mula bercuti pada 1 September.
Menurutnya, pelantikan Azizan itu juga menyaksikan perubahan pada kepimpinan tertinggi TUDM apabila Panglima Operasi Udara, Leftenan Jeneral Datuk Rodzali Daud dilantik menggantikan Azizan sementara Ketua Staf Markas ATM, Leftenan Jeneral Datuk Shahron Ibrahim dilantik ke jawatan Timbalan Panglima Tentera Udara.
Jelasnya, Timbalan Panglima Tentera Udara sekarang, Leftenan Jeneral Datuk Seri Bashir Abu Bakar dilantik mengisi jawatan yang kini disandang Rodzali.
Menjawab satu soalan, Ahmad Zahid memberitahu, walaupun perkhidmatan Azizan dijadual berakhir tahun hadapan, pelantikan beliau tetap dibuat kerana sebarang keputusan bergantung kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Sementara itu, Abdul Aziz yang turut hadir pada sidang akhbar berkenaan memberitahu, perkhidmatan beliau lebih 40 tahun bersama ATM memberi satu kepuasan yang tidak ternilai.
''Syukur ke hadrat Allah, saya sampai ke jawatan tertinggi dalam ATM dan akan mendoakan agar ketumbukan ini terus disegani dan digeruni di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," ujarnya.
Sewaktu perkhidmatannya, beliau pernah menjadi Ketua Kontinjen Malaysia dalam misi pengaman di Bosnia Herzegovina dari 1996 sehingga 1997.
Kecemerlangan Abdul Aziz ketika memimpin dan mengurus ATM pula menyaksikan beliau diiktiraf pelbagai institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara seperti penganugerahan 'Triple A Award' daripada Institut Pengurusan Asia di Manila pada 2007.
Selain itu, beliau juga telah dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat (Kepimpinan dan Pengurusan) daripada Universiti Tun Abdul Razak di sini, juga pada tahun 2007 dan Ijazah Doktor Kehormat (Pengurusan) dari Universiti Malaysia Sabah tahun lalu.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid memberitahu, kapal selam pertama negara, Kapal Diraja (KD) Tunku Abdul Rahman akan tiba ke Pelabuhan Klang pada 3 September ini.
Sementara itu di LUMUT, Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar memberitahu Yang diPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin; Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka hadir menyambut ketibaan aset terbaru TLDM itu.
''Kapal selam jenis Scorpene akan melengkapi sistem pertahanan laut negara yang sebelum ini diperkukuhkan melalui operasi pelbagai jenis kapal perang dan helikopter.
KD Tunku Abdul Rahman yang dilancarkan di Limbungan DCNS di Cherbourg, Perancis pada Oktober 2007 ditauliahkan pada 25 Januari lalu. |
|
|
|
|
|
|
|
Perompak diburu tinggal di belakang rumah
Oleh MOHD. HAFIZ ABDUL MUTALIB
Wong siw choon bersama keluarga tercinta.
MENCEBURI bidang kepolisan sememangnya diidamkan oleh anak muda ini di sekitar tahun 1970-an. Ini kerana gaji yang ditawarkan untuk anggota polis pada ketika itu dikatakan antara yang lumayan.
Dengan permulaan gaji sebanyak RM420 sebulan, ia nilai yang agak besar bagi seseorang kakitangan kerajaan. Secara tidak langsung, ia juga mendorong Deputi Supritendan Wong Siw Choon untuk menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Namun, baginya, bukan mengejar wang, tetapi permohonannya itu turut disulam minat terhadap kerjaya dalam pasukan tersebut.
Anak kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini tidak menoleh ke belakang lagi selepas tamat tingkatan enam. Beliau terus memohon jawatan polis dan mungkin kerana rezekinya sudah ditetapkan dalam pasukan itu, permohonan Siw Choon diterima lalu beliau menjalani latihan sebagai Inspektor pada tanggal 11 Januari 1976.
Anak kesembilan daripada 13 adik- beradik ini sebenarnya juga merupakan satu-satu dalam ahli keluarganya yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan khususnya polis manakala yang lain bekerja sendiri.
Bermula dengan profesion inilah, Siw Choon menempuhi pelbagai pengalaman dan cabaran sepanjang 33 tahun dalam pasukan ini.
Salah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan beliau ialah ketika bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang pada tahun 1977.
Siw Choon memberitahu, ketika itu berlaku satu rompakan di bandar Klang, apabila empat penjenayah telah merompak premis barangan kemas di kawasan tersebut.
Perompak menggunakan senjata tajam seperti kapak dan parang telah melarikan barangan kemas yang dianggarkan bernilai hampir RM500,000.
Semasa berjaya menangkap seorang daripada suspek, Siw Choon yang ketika itu bertugas sebagai pegawai penyiasat jenayah dimaklumkan bahawa kelibatnya sering mendapat perhatian penjenayah tersebut. Bahkan suspek mengetahui Siw Choon sedang memburunya ketika itu.
"Rupa-rupanya perompak itu sebenarnya tinggal di belakang rumah saya iaitu di Teluk Pantai, Klang. Malah, dia juga sempat membahagikan hasil rompakan mereka di tempat yang sama," katanya.
Menurut Siw Choon, bayangkan perompak yang telah melarikan barang kemas hampir setengah juta dan menjadi buruan polis rupanya tinggal di belakang rumahnya sahaja.
Kata beliau, perompak tersebut ada juga berkata kepadanya bahawa tempat yang paling bahaya sebenarnya merupakan tempat paling selamat untuk dia sebagai penjenayah untuk bersembunyi.
"Kata-kata itu masih terngiang-ngiang di telinga saya sehingga sekarang, tempat yang kita tidak sangka sebenarnya itu adalah tempat persembunyian penjahat untuk berlindung.
"Walaupun perompak itu tahu rumah saya di depan rumah mereka, namun mereka masih tinggal di situ dan yakin pihak polis tidak akan mengesyaki tempat tinggal mereka dan bersembunyi di situ," katanya.
Tambah Siw Choon, semasa di IPD Klang itu juga dia berdepan dengan satu cabaran yang agak besar iaitu kegiatan kongsi gelap.
Geng kongsi gelap
Ujarnya, aktiviti kongsi gelap pada masa itu sangat kejam, mereka ini membuat kacau bilau dan sanggup membunuh dengan cara yang sangat kejam.
Katanya, terdapat satu kes yang beliau tidak akan lupa sampai bila-bila iaitu seorang remaja berusia 16 tahun telah diragut dan dibogelkan di sebuah panggung wayang di Taman Pekeliling Kelam, Klang.
"Remaja perempuan terbabit kemudian disuruh oleh kumpulan kongsi gelap itu berjalan dalam keadaan berbogel pulang ke rumahnya.
"Bayangkan sepanjang perjalanan pulang ke rumah dalam keadaan berbogel," ujarnya.
Katanya, bapa remaja terbabit kemudian membuat laporan polis memaklumkan mengenai peristiwa tersebut.
"Semasa bapa remaja terbabit membuat laporan polis, pada masa yang sama juga remaja itu cuba membunuh diri di rumahnya kerana malu dengan peristiwa yang menimpa dirinya itu," jelasnya.
Kata Siw Choon, berikutan peristiwa itu, polis telah mengadakan operasi besar-besaran untuk menjejaki geng kongsi gelap terbabit.
"Mereka akhirnya tertangkap dan saya berasa puas kerana penahanan kumpulan ini dianggap berjaya membalas kekejaman yang dilakukan terhadap remaja tadi," katanya.
Melatih 13,300 pegawai polis
Itulah liku-liku cabaran sepanjang bertugas di IPD Klang mulai tahun 1977 sehingga 1979. Siw Choon kemudian ditukarkan ke IPD Kuala Kubu Bharu dari tahun 1979 sehingga 1988 dan memegang pelbagai jawatan.
Selepas bertugas selama 10 tahun di IPD Kuala Kubu Bharu, Siw Choon kembali bertugas di IPD Klang selama dua tahun sehingga 1990 sebelum bertukar lagi ke Pasukan Polis Hutan (PPH) di Cheras dari tahun 1990 sehingga 1994.
Bapa kepada tiga orang cahayamata ini kemudian bertukar ke Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak.
Di Pulapol, beliau bertugas sebagai Pensyarah Undang-undang, Pegawai Penyelaras Kadet Asisten Supritendan (ASP) dan Inspektor serta Pegawai Penjaga Penyelidik dan Perancangan selama 12 tahun mulai tahun 1994 sehingga 2006.
Apa yang membanggakan, semasa bertugas di sana, Siw Choon berjaya melatih lebih 3,000 pegawai polis berpangkat Inspektor, 300 orang kadet Asisten Supritendan (ASP) dan hampir 10,000 konstabel.
Kini beliau bertugas sebagai Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Petaling Jaya mengakui kerja sebagai polis ini sememangnya pengalaman yang sangat menakjubkan dan tidak akan dapat diperoleh di mana-mana alam pekerjaan lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Sukar lupakan tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa
Oleh FAIRUZ SHEIZA ROSLAN
BERSAMA rakan sepasukan sewaktu latihan hutan ketika bertugas dalam Pasukan Polis Hutan (PPH).
RAMAI yang tidak menyedari tragedi tanah runtuh yang berlaku di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur pada 6 Disember tahun lalu hampir meragut nyawa enam orang anggota dan pegawai polis.
Secara kebetulan, ketika kejadian itu berlaku sekitar pukul 3.15 pagi, semua anggota polis terbabit sedang menjalankan satu operasi iaitu 'Ops Samun' di sekitar kawasan perumahan elit berkenaan.
Satu-satunya pegawai polis yang terlibat dalam kejadian itu, Asisten Supritendan Mohd. Yatim Osman adalah antara insan yang tidak akan melupakan kejadian itu sepanjang hayatnya.
Apa tidaknya, sedang beliau dan lima anggotanya meronda di kawasan perumahan itu, bekalan elektrik tiba-tiba terputus tanpa diketahui puncanya.
Seketika kemudian, Mohd. Yatim menerima panggilan dari bilik gerakan bahawa berlaku runtuhan tanah di kawasan itu. Tanpa berlengah, dia terus menghubungi pasukan penyelamat untuk mendapatkan bantuan.
"Suasana ketika itu senyap sunyi. Dalam fikiran saya hanya terbayang perkara yang bukan-bukan. Maklumlah, ini kali pertama saya berdepan dengan bencana alam seperti ini.
"Saya turut diberitahu bahawa sebuah rumah telah tertimbus dan dikhuatiri ada mangsa yang terperangkap dalam runtuhan itu," katanya ketika ditemui Gaya Polis di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu, baru-baru ini.
Tambahnya, jalan keluar yang ada ketika itu sudah tertutup akibat tanah runtuh dan kira-kira 20 meter dari tempat kejadian, terdapat sebuah kondominium yang masih berpenghuni.
Membayangkan terlalu banyak nyawa yang mungkin terkorban, Mohd. Yatim bertindak pantas dengan membunyikan siren kereta peronda yang dinaiki beliau serta anggotanya untuk menyedarkan penduduk supaya keluar menyelamatkan diri.
Menurut Mohd. Yatim, ketika usaha menyelamat itu, beliau dan anggotanya mencari jalan alternatif pejalan kaki dengan memecahkan pagar di tepi kolam renang kondominium terbabit serta mengumpulkan sekurang-kurangnya 450 penduduk termasuk kanak-kanak di luar pagar kolam itu.
Beliau akhirnya dapat menghubungi pasukan penyelamat supaya menghantar helikopter ke tempat mereka berikutan jalan keluar yang sudah tertutup berikutan bencana alam itu.
"Kira-kira pukul 4.05 pagi itu, kami berjalan keluar setelah pintu pagar di tepi kolam tersebut dapat dipecahkan dan jalan alternatif itu membawa kami hingga ke jalan yang lebih selamat.
"Namun, disebabkan keadaan tanah yang lembut dan berair, membuatkan kami terperangkap di situ. Malahan, penduduk sudah mula gusar dengan keselamatan mereka yang masih belum tentu itu.
"Salah seorang pegawai penyelamat ketika itu, Deputi Supritendan Kumar telah membuat satu panggilan kecemasan ke Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk meminta bantuan helikopter bagi menyelamatkan mangsa-mangsa yang terperangkap," cerita Mohd. Yatim yang dilahirkan pada 28 April 1967 di Lumut, Perak.
Mohd. Yatim Osman bersama isteri dan anak-anak ketika majlis konvokesyen beliau di Universiti Malaya pada tahun 2006.
Beliau memberitahu, saat menunggu bantuan helikopter tiba ke tempat kejadian adalah saat yang paling lama dalam hidupnya kerana helikopter penyelamat itu tiba kira-kira pukul 5.30 pagi.
Selain itu, beliau yang sudah berkahwin serta mempunyai enam cahayamata itu turut menceritakan, dua anggota unit peronda yang menyertai beliau waktu itu hampir maut apabila kereta peronda tersebut berada di kawasan berlakunya tanah runtuh.
"Namun, berpantang maut sebelum ajal, kesemua anggotanya termasuk saya terselamat dalam bencana alam itu.
"Bagaimanapun, saya tetap berasa sedih kerana empat nyawa terkorban. Malah, operasi 'Ops Samun' kami juga bertukar kepada operasi menyelamat," katanya yang kini bertugas sebagai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Hulu Selangor.
Atas usaha berani itu juga, Mohd. Yatim dianugerahkan sijil kepujian oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Ketua Polis Daerah IPD Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan, baru-baru ini.
Selain itu, beliau turut berkongsi pengalaman menarik ketika berpeluang melanjutkan pelajaran Diploma Undang-Undang Awam di Universiti Malaya pada tahun 2006.
"Saya ambil sembilan mata pelajaran waktu itu dengan 46 jam kredit dan alhamdulillah, akhirnya saya lulus cemerlang kesemua kertas yang diambil walaupun usia saya sudah dikira lewat untuk menyambung pengajian.
"Ini menunjukkan apa sahaja yang kita usahakan dengan penuh kesabaran dan kesungguhan, akan membuahkan kejayaan yang manis buat kita," pesan beliau kepada penulis. |
|
|
|
|
|
|
|
PAR '09 gegar ladang tebu Chuping
Oleh ANDIKA WAHAB
LENGGANG. Keadaan di kawasan berkenaan sunyi sepi dan seperti biasa penduduk di situ menjalankan aktiviti harian mereka seperti biasa.
Tiada apa yang istimewa di kawasan berkenaan yang dianggap sebagai jauh dari kesibukan bandar.
Ia bukanlah kawasan strategik. Jauh sekali sebagai lokasi pelancongan.
Dengan kata lain, tiada apa yang istimewa untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai daya tarikan pengunjung.
Namun, suasana yang tenteram itu tiba-tiba dikejutkan dengan kehadiran pasukan tentera hingga bertukar menjadi 'kelam-kabut.'
Keadaan seolah-olah berlaku peperangan hebat hingga menyebabkan suasana tidak tenteram.
Bagaimanapun semua ini adalah demonstrasi latihan ketenteraan.
Ia gara-gara kehadiran sekumpulan pasukan tentera udara terdiri daripada 21 negara peserta dalam Pasific Airlift Rally 2009 (PAR '09) yang melaksanakan sesi latihan pengguguran bantuan udara di kawasan ladang tebu terbesar di Chuping, Perlis.
Sebanyak tujuh pesawat pengangkut jenis C130H dan satu pesawat tentera buatan Rusia jenis AN-32 melakukan latihan pengguguran melibatkan 30 pek bantuan udara tepat ke arah lokasi pengguguran.
Kesemua pesawat milik Amerika Syarikat, Australia, Malaysia, Rusia, Singapura dan New Zealand tersebut adalah antara 21 negara peserta yang menyertai siri latihan pengguguran bantuan udara pada hari keempat penganjuran PAR bermula 17 hingga 21 Ogos lalu.
Antara negara lain menyertai PAR tahun ini ialah Kemboja, Kanada, India, Indonesia, Laos, Nepal, Papua New Guinea, Korea Selatan, Sri Lanka, Thailand, Tongo dan Brunei.
Suasana yang jarang sekali berlaku itu turut menarik perhatian penduduk sekitar kawasan berkenaan yang memberhentikan kenderaan masing-masing sepanjang jalan raya berhampiran untuk menyaksikan eksesais dianjurkan bersama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Udara Amerika Syarikat.
Ia sememangnya menjadi daya tarikan memandangkan latihan itu merupakan yang pertama dianjurkan menerusi PAR di Perlis walaupun latihan tersebut merupakan kali kedua di negara ini.
Sebelum ini, Malaysia menjadi lokasi penganjuran pertama PAR bertempat di Langkawi, Kedah pada 2003.
Penganjuran eksesais secara dwi tahunan yang dianjurkan buat kali keempat di peringkat rantau Pasifik ini memilih lokasi ladang tebu tersebut memandangkan ia antara kawasan lapang paling sesuai setelah mendapat persetujuan daripada pemilik ladang itu.
Eksesais pengguguran bantuan udara pada hari keempat penganjuran PAR itu bermula tepat pukul 2 petang dengan kemunculan pesawat pengangkut C130H di ruang udara sekitar ladang tebu tersebut bagi melakukan pemantauan awal.
Ia bertujuan memastikan semua persediaan awal termasuk zon pengguguran tepat bersiap sedia sebelum operasi pengguguran dilakukan.
Sepuluh minit kemudian, muncul sebuah pesawat kedua untuk menyempurnakan pengguguran bantuan udara kali pertama.
pengguguran
Kira-kira 20 pek bantuan udara telah dilepaskan tepat pada zon pengguguran seperti yang telah dirancang selari dengan dua konsep utama ditekankan dalam eksesais tersebut menerusi Command Post Exercise (CPX) dan Field Training Exercise (FTX).
Selang 10 minit seterusnya, muncul pula pesawat ketiga sehinggalah kepada pesawat pengangkut terakhir dalam latihan pengguguran bantuan udara tersebut pada kira-kira pukul 3 petang.
Mengikut operasi pengguguran sebenar, antara barang yang terkandung dalam pek bantuan udara tersebut ialah makanan, bahan perubatan, pakaian dan beberapa keperluan lain mengikut had berat dan kapasiti pesawat pengangkut.
Bagaimanapun, kesemua barang yang dimuatkan dalam pek bantuan udara sepanjang latihan pengguguran tersebut adalah bahan 'tiruan' atau 'dummy' semata-mata.
Ia bertujuan mengelakkan sebarang elemen ketidakcekapan pengurusan termasuk pembaziran dalam setiap eksesais yang dilaksanakan menerusi PAR.
Apa yang penting, had berat bahan dalam pek bantuan tersebut sama dengan had berat keperluan bantuan udara dalam operasi sebenar.
Menurut Panglima 1 Divisyen Udara, Mejar Jeneral Datuk Roslan Saad, eksesais itu tidak tertumpu kepada kaedah pengguguran bantuan udara semata-mata malah lebih kepada kerjasama dalam membentuk satu pasukan udara yang mempunyai tahap kesiapsiagaan tinggi.
Selain itu, katanya, ia bertujuan meningkatkan keserasian dan persefahaman di kalangan anggota tentera pelbagai negara di rantau Pasifik seterusnya membentuk satu pasukan keselamatan yang mampu melaksanakan operasi bantuan udara dengan cekap dan terancang.
"Selain meningkatkan kecekapan atur gerak dan koordinasi dalam misi bantuan udara, PAR '09 juga menjadi platform terbaik kepada semua negara peserta bertukar-tukar maklumat, teknik dan pengalaman dalam operasi tersebut.
"Setiap negara terbabit mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Dengan adanya eksesais ini, kita dapat melakukan penambahbaikan dan melakukan transformasi dalam mengatur gerak operasi dalam satu pasukan.
"Ini telah meningkatkan keyakinan kita (negara peserta) untuk bergerak secara berpasukan dalam menyempurnakan mana-mana misi bantuan kepada negara dilanda bencana alam yang kritikal khususnya di rantau Pasifik," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menutup Eksesais PAR '09 yang berlangsung di Pangkalan Tentera Udara Subang, Selangor, baru-baru ini.
Seramai 365 pegawai dan anggota dari 21 buah negara peserta PAR terlibat dalam eksesais itu.
Sementara itu, Pengarah Eksesais PAR '09, Kolonel Mustak Ahmad berkata, eksesais tersebut berjaya menjadi landasan terbaik bagi meningkatkan jalinan kerjasama pelbagai hala di kalangan negara peserta.
BEBERAPA pek bantuan udara digugurkan tepat di zon pengguguran semasa eksesais pengguguran bantuan udara di ladang tebu, Chuping, Perlis.
Katanya, ia juga dapat meningkatkan strategi perancangan dan pelaksanaan semua negara peserta dalam misi bantuan kemanusiaan.
Beliau menambah, ini dapat dilihat melalui kerjasama berpasukan dan komitmen tinggi dipamerkan oleh semua negara sepanjang lima hari latihan tersebut berlangsung.
"Eksesais ini juga berjaya memberi pendedahan dan kesedaran meluas tentang kepentingan kemahiran, teknologi dan daya kerja berpasukan dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa bencana alam.
"Selain itu, ia juga berjaya meningkatkan nilai kerja berpasukan dengan perancangan strategik dalam usaha mewujudkan kecekapan bantuan udara bagi memacu operasi bantuan kemanusiaan serantau," katanya.
Menurutnya, kesemua nilai-nilai tersebut dapat dilihat menerusi pelaksanaan sesi latihan pengguguran bantuan udara pada hari keempat penganjuran PAR '09 itu.
Katanya, nilai-nilai seperti kerjasama berpasukan, komitmen dan persefahaman dalam membentuk koordinasi operasi secara strategik dapat dilihat menerusi sesi latihan tersebut.
"Itu adalah hasil awal yang diperolehi setelah menjalankan eksesais ini.
"Kita (TUDM) berbangga kerana berjaya terpilih menjadi hos atau penganjur utama buat kali kedua dalam PAR ini," katanya.
Dalam pada itu, seorang anggota tentera dari pasukan Tentera Udara Nepal, Mejar Tara Bhushan Sujakhu berkata, dia berterima kasih kepada pihak atasannya kerana memberi peluang menyertai eksesais yang sangat berprestij ini.
Katanya, ucapan terima kasih juga disampaikan kepada TUDM dan Malaysia sendiri sebagai penganjur rasmi kerana memberikan kemudahan dan kelengkapan cukup sempurna sepanjang penganjuran PAR '09.
perancangan
"Walaupun anggota tentera dari Nepal tidak berfungsi sebagai salah satu negara pelaksana dalam eksesais pengguguran bantuan udara di Chuping, Perlis, tetapi kita di beri peluang bersama-sama merangka pelan perancangan latihan dalam seminar antarabangsa FTX.
"Justeru, kita juga masih ada sumbangan dan menerima manfaat terbaik di samping dapat bertukar-tukar maklumat dan kemahiran khususnya dalam usaha meningkatkan strategi dan pelaksanaan operasi bantuan udara sama ada secara unilateral atau multilateral," katanya.
Menurutnya, dia telah menimba banyak pengalaman dan pelbagai kemahiran sepanjang mengikuti PAR '09 di negara ini.
Antaranya ialah penekanan supaya dapat bekerjasama dalam satu pasukan, membentuk koordinasi dan perancangan operasi secara strategik.
"Selain itu, latihan ini juga sebagai persiapan awal ke arah pembentukan satu pasukan udara di rantau Pasifik yang sentiasa bersiap sedia menghulur bantuan khususnya kepada mana-mana negara dilanda bencana alam kritikal," katanya.
Pada masa sama, tambahnya, beliau juga teruja dan kagum melihat keindahan dan alam semula jadi di beberapa kawasan di negara ini.
Katanya, walaupun Malaysia sudah jauh lebih maju berbanding Nepal, masih ada lagi tempat-tempat yang masih dipelihara dari aspek kehijauan dan kesuburannya seperti di Chuping, Perlis.
Sementara itu, Pegawai Waran TUDM, Hardy Mohamad Haron, 27, berkata, latihan pengguguran bantuan udara di Chuping, Perlis pada hari keempat eksesais PAR adalah platform terbaik kepada TUDM untuk bertukar-tukar pengalaman dengan negara-negara di rantau Pasifik.
Katanya, peluang tersebut dimanfaatkan sebaiknya untuk meningkatkan kemahiran dan skil dalam melakukan operasi tersebut secara pakatan dengan rakan dari negara-negara lain.
"Sebelum ini, semua negara di rantau Pasifik tidak melakukan sebarang operasi bantuan udara secara pakatan atau dalam bentuk pasukan. Kita melakukannya secara bersendirian dan tidak tertumpu kepada koordinasi secara kumpulan.
"Sebagai contoh semasa bencana tsunami di Aceh, semua negara termasuk Malaysia, Singapura, Australia dan Amerika Syarikat melakukan pengguguran bantuan udara secara unilateral.
"Akibatnya, menghadapi sedikit masalah dalam operasi pengguguran tersebut kerana berhadapan dengan pelbagai masalah seperti ketiadaan koordinasi, kawasan lapang untuk pengguguran, pengurusan dan rangkaian untuk mendarat dan sebagainya," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
KD Tunku Abdul Rahman tiba esok
Oleh Hardi Effendi Yaacob
[email protected]
KUALA LUMPUR: Kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman dijadualkan tiba dari Coachin, India di Pulau Indah, Pelabuhan Klang kira-kira jam 8 pagi esok.
Ketibaan kapal selam jenis Scorpene yang dibina menggunakan teknologi Perancis dan Sepanyol itu akan disambut Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Sultan Selangor, Sultan Sharuddin Idris Shah.
Ia akan turut disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Aziz Jaafar.
Majlis pentauliahan kapal selam itu berlangsung pada 24 Januari lalu di Pangkalan Tentera Laut Perancis di Toulon dan dinamakan sempena Bapa Kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Pembinaan KD Tunku Abdul Rahman dilancarkan di Cherbourg, Perancis pada Oktober 2007 melalui pelbagai siri ujian, termasuk kemampuannya melaksanakan pelbagai misi sukar seperti serangan atau pengumpulan maklumat sebelum ditauliahkan.
Dilengkapi pelbagai teknologi persenjataan dan komunikasi terkini, KD Tunku Abdul Rahman bakal ditempatkan di Pangkalan TLDM Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu yang dibangunkan sejak Februari 2007 membabitkan kos RM420 juta.
Kapal selam kedua negara, KD Tun Abdul Razak, sempena nama Perdana Menteri kedua dijadualkan tiba Oktober ini dan akan ditempatkan di pangkalan sama.
Malaysia adalah negara ketiga di Asia Tenggara memiliki kapal selam selepas Indonesia dan Singapura, sekali gus menjadikan TLDM antara ketumbukan tentera laut disegani di rantau ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Operasi penuh pesawat Sukhoi Julai tahun depan
KUALA LUMPUR: “Malaysia dijangka menggunakan sepenuhnya perkhidmatan pesawat pejuang pelbagai fungsi SU 30 MKM (Sukhoi) awal Julai tahun depan apabila semua 18 pesawat yang ditempah dari Russia diterima selewat-lewatnya Oktober ini,” kata Panglima Angkatan Tentera Malaysia (PATM), Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin.
“Buat masa ini, semua 12 Sukhoi yang ada dalam perkhidmatan sedang menjalani integrasi penyepaduan sistem dari blok timur dan barat di samping ujian penerbangan dari semasa ke semasa.
“Kumpulan enam pesawat terakhir dijangka tiba Oktober ini dan selepas melalui pelbagai ujian, Sukhoi boleh beroperasi penuh pada Julai tahun depan atau lebih awal,” katanya selepas upacara penyerahan tugas antara beliau dan bekas PATM, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal di Kementerian Pertahanan di sini, semalam.
Antara lain pesawat Sukhoi TUDM dilengkapi pelbagai peluru berpandu dari udara ke udara, udara ke darat, antiradiasi untuk misi memusnahkan peralatan elektronik seperti radar dan bom panduan laser.
Mengenai perlantikannya, Azizan berkata beliau berazam meneruskan kesinambungan rancangan yang diasaskan pemimpin Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terdahulu dalam meningkatkan tahap keselamatan negara.
“Perkara yang penting adalah berkenaan pembangunan meningkatkan kredibiliti ATM selain memperbaiki tahap keselamatan negara ke tahap yang terbaik sehingga rakyat berasa dilindungi dengan baik dan dapat hidup aman,” katanya.
Azizan, 56, yang dilahirkan di Yan, Kedah pada 25 Oktober 1952 menyertai perkhidmatan ATM pada 16 April 1971 dan memegang jawatan Panglima Angkatan Udara sejak 30 Oktober 2006.
Azizan berkata, penerusan usaha ke arah peningkatan keupayaan ATM dalam segenap aspek memerlukan komitmen yang konsisten serta bergerak dalam perkhidmatan sedia ada yang diterima pakai ketiga-tiga cabang perkhidmatan darat, laut dan udara.
“Saya akan cuba sedaya upaya memegang amanah ini sebaik mungkin untuk mengendalikan ATM sepertimana menjadi aspirasi pucuk pimpinan negara. Saya akan mengendalikan tugas baru ini dengan profesional untuk menentukan keselamatan negara dan kehormatan terus dipelihara,” katanya.
Menurutnya, beliau akan menyampaikan amanat sulung kepada anggota ATM dalam upacara khas tidak lama lagi. — Bernama
Mengenai lantikan beliau yang turut mencatat sejarah apabila buat pertama kali Panglima Tentera Udara dilantik menjadi PATM, Azizan menyifatkan perkara itu sebagai penghormatan kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
“Lantikan ini tidak disangka dan tidak dirancang, ia jadi sejarah baru kepada ATM dan TUDM. Ini suatu kebanggaan kepada TUDM yang diberi peluang dan penghormatan,” katanya.
Terdahulu, Azizan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama oleh seramai 108 anggota termasuk tiga pegawai yang diketuai Mejar Ahmad Muzaimi Mohd Ali.
Majlis perpisahan kepada Abdul Aziz yang memegang jawatan PATM sejak 17 Januari 2007 turut diadakan.
Abdul Aziz yang telah berkhidmat 40 tahun dalam perkhidmatan ATM berkata beliau akan menghabiskan baki cutinya selama 61 hari dan akan mengikuti kursus peralihan wajib sebelum bersara sepenuhnya pada 31 Jan 2010. — Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
semua PAT macam tu...berazam meningkatkan lagi pertahanan negara..tapi nak buat camno, fulus takde.. |
|
|
|
|
|
|
|
1208# guyfawke
fulus ada, tapi bukan utk pertahanan... fulus hanya utk pembangunan n ekonomi.... huk3 |
|
|
|
|
|
|
|
1209# venez
itupun tak semestinya ada...kebanyakan projek ekonomi sekarang ni pun tarik dari rancangan akan datang...yg mana tak ada hasil macam defense tu...memang jadik mangsa le selamanya...kekadang (walaupun tak baik) aku hope jugak jadik la something kat m'sia bagi mata dorang tu terbukak sikit bahawa perlunya ada tentera yg kuat.... yelah ekonomi tu memang la bagus tapi kalau kena jajah tak guna jugak... |
|
|
|
|
|
|
|
Task Force 2010 ditamat awal
Oleh ARSHAD KHAN
[email protected]
KUALA LUMPUR 2 Sept. - Task Force 2010 yang ditubuhkan pada 1997 dan sepatutnya berakhir tahun hadapan akan ditamatkan fungsinya penghujung tahun ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, melalui pembubaran itu, segala peranan yang dimainkan oleh Task Force 2010 akan diambil alih oleh agensi-agensi kerajaan yang sedia ada.
Katanya, penamatan itu bukan disebabkan sebarang bantahan oleh Thailand, tetapi dibuat atas persefahaman bersama kedua-dua negara.
"Tidak ada bantahan, tetapi kedua-dua pihak merasakan elok kita mengunakan agensi-agensi rasmi sedia ada dan bukannya agensi tambahan yang diwujudkan bagi menangani permasalahan itu," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Malaysia-Thailand Kali ke-49 (GBC) di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Pertahanan Thailand, Jeneral Prawit Wongsuwon.
Task Force 2010 di pihak Malaysia yang ditubuhkan bersama Thailand untuk mempromosikan keamanan tiga wilayah yang sedang bergolak di negara jiran iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat.
Zahid berkata, penamatan Task Force 2010 dibuat dengan persetujuan Kabinet.
Kata beliau, walaupun tanpa Task Force 2010, pihaknya yakin agensi-agensi sedia ada dapat mewujudkan keberkesanan yang sama dalam membantu masyarakat Islam di selatan Thailand.
"Apa yang telah kita setuju bersama ialah kita bantu masyarakat Islam di Thailand untuk meneruskan kehidupan mereka cara aman, dapat pendidikan mengikut kurikulum seperti ditetapkan pihak Bangkok, menjalankan ibadah sebagai orang Islam tanpa gangguan.
"Selain melatih ahli-ahli separa profesional untuk mendapat latihan tambahan di Malaysia untuk mewujudkan peluang pekerjaan di selatan Thailand," katanya.
Selain itu, kata beliau, satu resolusi bersama turut dicapai GEB iaitu untuk mewujudkan kerjasama yang lebih erat antara kedua negara untuk membanteras aktiviti penyeludupan manusia.
"Kita telah melakukan satu resolusi bersama yang mana langkah-langkah dibuat berikutan tuduhan bahawa Thailand dan Malaysia jadi pangkalan penyeludupan orang-orang Myanmar yang masuk atau keluar dari negara ini.
''Selain ada juga tuduhan kita dijadikan pangkalan oleh beberapa negara di Indo-China untuk masuk ke kawasan kita,'' katanya.
Justeru, katanya lagi, langkah-langkah yang dipersetujui ialah memperketatkan kawalan sempadan dan menentukan bahawa pengawasan dilakukan terhadap kalangan masyarakat tempatan agar tidak ada kerjasama antara penduduk tempatan Malaysia atau Thailand yang membantu penyeludupan manusia," katanya.
Selain itu, kata beliau, mesyuarat itu juga bersetuju dengan penubuhan Kompleks Kastam dan Imigresen (CIQ) yang baru di sempadan kedua negara, tetapi ia akan dibincangkan lebih lanjut. |
|
|
|
|
|
|
|
Kapal selam tiba hari ini
KUALA LUMPUR 2 Sept. - Malaysia mencipta sejarah tersendiri dalam sistem pertahanannya apabila kapal selam pertama dari kelas Scorpene, KD Tunku Abdul Rahman dijangka tiba di Pelabuhan Klang esok.
Kapal selam yang dibina di Perancis itu dijangka tiba pada pukul 8 pagi esok selepas menempuh pelayaran mencabar sejauh 8,537 batu nautika dari Toulon.
Ketika ini, kapal selam kebanggaan negara yang berkebolehan menyelam sedalam 300 meter berserta 35 anak kapal itu berada di perairan Selat Melaka dengan diiringi oleh kapal kelas korvet, KD Laksamana Tun Pusmah.
Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar ketika dihubungi berkata, KD Tunku Abdul Rahman telah menghabiskan masa selama 44 hari di laut dan 10 hari di beberapa pelabuhan sejak meninggalkan pangkalan tentera laut, Toulon pada 9 Julai lalu.
"Alhamdulillah, semuanya selamat. Pengawai serta anak kapal berjaya melaksanakan tugas mereka dengan penuh dedikasi kerana menyedari tanggungjawab yang dipikul,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Abdul Aziz, KD Tunku Abdul Rahman telah belayar melalui Terusan Suez, perairan Teluk Aden serta Lautan Hindi, malah sempat singgah di beberapa buah negara antaranya, Jeddah, Arab Saudi, Djibouti dan Cochin, India. |
|
|
|
|
|
|
|
69 Komando tetap berbisa
SENYAP dan tangkas. Memang sukar untuk digambarkan hanya dengan kata-kata kecuali melihat sendiri bagaimana mereka ini bertindak. Jika dalam sesuatu operasi sebenar, sudah banyak jasa dan kejayaan dicapai, namun perkara ini tidak dihebahkan.
Banyak kebolehan atau kehebatan yang boleh diperkatakan mengenai pasukan ini. Yang pasti, setiap anggota harus mahir dalam gerakan tempur.
Mereka juga harus menguasai ilmu peperangan di darat, laut dan juga udara. Kebolehan-kebolehan ini meliputi penggunaan senjata api serta peralatan canggih lain.
Dengan menguasai kawasan darat, laut dan udara, barulah mereka mendapat gelaran 'komando'.
Inilah antara kebolehan yang sentiasa disimpan dan ia menjadi rahsia 'peribadi' sejak penubuhan pasukan ini.
Pasukan elit ini juga diakui menyimpan seribu satu rahsia peperangan dan taktikal gempur. Ia hanya digunakan dalam operasi sebenar.
Pada masa sama, agak sukar juga untuk mengenali kebolehan serta kemahiran secara mendalam yang dimiliki oleh setiap anggota pasukan ini. Ini kerana, segala kebolehan dan kemahiran itu hanya diguna untuk menjaga keamanan dan ketenteraman awam.
Di samping itu, selama ini mungkin ramai dari kalangan kita (orang awam) beranggapan apabila bergelar anggota pasukan elit atau komando, pasti orangnya sering mendabik dada, sukar senyum dan sebagainya.
Pendek kata, ada-ada saja tuduhan negatif dilemparkan termasuk anggota pasukan ini tidak mesra orang awam.
Namun, semua tanggapan sedemikian meleset sama sekali apabila kita dapat bertemu atau bersua dengan anggota-anggota ini.
Sebaliknya anggota pasukan ini yang berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) amat mesra dan sebab itu kehadiran mereka di mana-mana sering disenangi oleh penduduk.
Setelah kita mengenali mereka ini, jangan terkejut apabila mendapati anggota komando ini sering mengamalkan sikap rendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk.
Itulah hakikat sebenar yang diamalkan dan dapat dilihat pada anggota-anggota 69 Komando Pasukan Gerakan Khas (PGK) atau VAT 69.
Setiap anggota dan pegawai 69 Komando sejak mula menjejakkan kaki dalam pasukan ini, mereka sentiasa diingatkan supaya jangan sekali-kali meninggi diri atau menunjuk-nunjuk. Sebaliknya, mereka diminta sentiasa bekerjasama secara berpasukan dan menjaga kepentingan awam.
Hanya melalui kerjasama berpasukan sahaja dijamin dapat memastikan kejayaan dan kecemerlangan 69 Komando.
Mereka juga diingatkan sentiasa mengikut resam padi, makin tunduk makin berisi. Ilmu dan kemahiran yang ada bukan hak peribadi sebaliknya sebagai memikul tanggungjawab menjaga keamanan.
Inilah pegangan kuat yang sentiasa berada dalam setiap sanubari anggota dan pegawai 69 Komando.
Malah, mana-mana anggota yang didapati meninggi diri atau sombong ekoran kemahiran yang dimiliki, tidak keterlaluan jika dikatakan mereka ini bukanlah ahli keluarga 69 Komando.
Jangan terkejut, ketika latihan asas lagi untuk kelayakan pemilihan sebagai anggota 69 Komando, setiap dari mereka akan dinilai dari segi sikap kerjasama, rendah diri, kesabaran, keberanian, ketekunan dan sebagainya.
Sebenarnya nilai-nilai inilah yang telah diamalkan sejak mula penubuhan pasukan tersebut hingga meletakkan pasukan ini sentiasa disenangi oleh masyarakat serta digeruni musuh.
Disebabkan keadaan ini juga, 69 Komando tidak pernah 'memukul canang' semata-mata hendak 'menghebohkan' setiap kejayaan yang dicapai mereka.
Bagi mereka, apa jua kejayaan, adalah milik bersama dan atas usaha serta kerjasama berpasukan.
Itulah prinsip dan amalan yang diterapkan pada jiwa dan sanubari setiap anggota 69 Komando yang secara langsung pasukan ini masih dapat bertahan hingga kini walaupun menghadapi pelbagai cabaran baru.
Ekoran itu, kehadiran anggota, pegawai serta jurulatih 69 Komando menjalani pelbagai bentuk latihan di banyak lokasi sekitar negara ini amat disenangi oleh penduduk setempat.
Latihan-latihan tempur, skuba, payung terjun, forensik, renang tempur, asas hutan dan sebagainya sebenarnya memberi banyak faedah kepada penduduk dan masyarakat tempatan.
Apa tidaknya, kehadiran 69 Komando itu secara langsung dapat memastikan kawasan-kawasan terbabit terhindar dari sebarang ancaman jenayah.
Memberi rahmat
Malah, penduduk tempatan secara tidak langsung akan merasai ketenteraman awam ekoran keadaan itu.
Dengan kata lain, kehadiran 69 Komando menjalani latihan menjadikan orang awam dapat lena tidur kerana yakin keselamatan mereka terjamin.
Begitu juga dengan latihan yang diadakan di Pulau Perhentian, Terengganu baru-baru ini apabila para jurulatih 69 Komando mengadakan latihan selam.
Kehadiran mereka ini secara tidak langsung memastikan perairan sekitar Pulau Perhentian dijamin selamat.
Pada latihan di Pulau Perhentian itu, para jurulatih terbabit menggunakan peralatan canggih selam, Full Range Oxygen Gas System (FROGS) dan Optima Closed Circuit Rebreather (OPTIMA-M) yang kini mula diperkenal dan digunakan oleh pasukan-pasukan komando dari negara-negara maju.
Apa yang menarik perhatian, kehadiran anggota-anggota 69 Komando di Pulau Perhentian itu sebenarnya sentiasa dinanti-nantikan oleh penduduk setempat.
Apa tidaknya, sebaik sahaja mereka hadir, penduduk tempatan di pulau itu termasuk para nelayan yang singgah sebentar di situ serta pelancong sentiasa mendapatkan rawatan perubatan dari anggota-anggota 69 Komando.
Kewujudan klinik sementara yang didirikan oleh pasukan 69 Komando secara tidak langsung memberi rahmat kepada penduduk dan pelancong.
Selain itu, anggota-anggota 69 Komando itu turut mengadakan aktiviti riadah bersama penduduk kampung ketika berada di Pulau Perhentian seperti sukan bola sepak dan sebagainya.
Aktiviti-aktiviti yang dilakukan bersama penduduk itu sering mendapat sambutan ramai.
Malah kalangan anggota dan jurulatih 69 Komando itu turut 'ringan tulang' membantu penduduk setempat dalam penganjuran sesuatu majlis.
Keadaan ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan 69 Komando dengan penduduk, malah mengisi masa lapan kedua-dua belah pihak.
Itulah keistimewaan ekoran sikap mesra 69 Komando hingga membolehkan penduduk dan pelancong begitu menyenangi mereka.
Berbalik kepada latihan yang dijalani, seperti biasa, latihan melibatkan para jurulatih itu diketuai oleh Asisten Supritendan (ASP) Cawangan Para, ASP Andrew Gani anak Jimmy dan diselia oleh Sarjan Mejar Terry Raphael.
Sejak hari pertama lagi, memperlihatkan setiap jurulatih terbabit begitu tekun menjalani latihan tanpa mengenal erti penat.
Ini kerana banyak teknologi melibatkan kedua-dua alat itu perlu dipelajari dan dikuasai oleh mereka.
Selagi belum mahir atau masih belum dapat menguasai penggunaan peralatan FROGS dan OPTIMA-M itu, selagi itulah mereka akan terus berlatih menggunakannya.
Apa yang menarik, alat-alat itu turut diuji dalam pelbagai keadaan dan situasi termasuk dari segi kedalaman, arus kuat, malam dan siang hari dan sebagainya.
Inilah keistimewaan latihan 69 Komando yang bukan sahaja menguji setiap peralatan baru yang diperolehi, sebaliknya sasaran dan fokus utama pasukan itu ialah menguji kemahiran serta kemampuan setiap anggota dan jurulatih mereka sendiri.
Sepanjang latihan itu, para jurulatih sentiasa memperlihatkan 'kemesraan' terhadap anggota-anggotanya namun pada masa sama sentiasa memberikan 'kata-kata tajam' sebagai mengingati atau menegur setiap kesilapan yang dilakukan.
Teguran sedemikian amat penting kerana ia berkaitan dengan sesuatu kejayaan operasi.
Latihan di Pulau Perhentian itu juga memperlihatkan kemampuan 69 Komando dalam menjalankan gerakan secara senyap tetapi tangkas.
Tangkas dan senyap merupakan antara elemen penting yang bakal menentukan sesuatu kejayaan operasi itu.
Seringkali kehadiran anggota-anggota 69 Komando di dasar laut tidak disedari oleh mana-mana pihak termasuklah para penyelam awam yang melakukan aktiviti selam di Pulau Perhentian.
Tidak hairanlah kalau mereka ini dianggap tetap 'berbisa' apabila melakukan operasi dan sesuatu gerakan bagi menjaga ketenteraman awam.
Menurut Andrew, latihan menggunakan peralatan FROGS dan OPTIMA-M itu berjalan lancar berkat disiplin tinggi yang dipamerkan oleh setiap jurulatih.
Malah, katanya, setiap jurulatih sejak awal lagi sudah mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal.
Hanya dengan menguasai teknologi kedua-dua peralatan tersebut, ia dapat menjamin keberkesanan latihan yang dilalui.
Sementara itu, Terry berkata, latihan itu dijalankan berterusan bagi membolehkan setiap jurulatih menguasai kemahiran dan penggunaannya.
Beliau menyatakan rasa puas hati dengan penguasaan setiap jurulatih tersebut yang tidak pernah mengenal erti penat.
Menurutnya, para jurulatih itu akan meneruskan latihan dan penguasaan teknologi peralatan berkenaan secara berterusan.
Untuk membolehkan setiap jurulatih 69 Komando menguasai teknologi FROGS dan OPTIMA-M, taklimat diadakan setiap kali sebelum latihan menyelam bermula.
Malah, taklimat yang diadakan itu juga membolehkan setiap jurulatih bertanyakan sebarang kemusykilan yang timbul selain berbincang dan berkongsi pandangan.
Malah, setiap kali selesai latihan menyelam, Andrew dan Terry akan menyatakan apa jua bentuk kelemahan atau kesilapan yang dilakukan oleh para jurulatih.
Keadaan ini membolehkan setiap jurulatih membetulkan kesilapan dan secara langsung meningkatkan lagi kemahiran setiap anggota.
Ilmu yang diperolehi oleh para jurulatih selam itu dalam penggunaan FROGS dan OPTIMA-M akan diserapkan pula kepada anggota-anggota lain dalam 69 Komando.
Dengan penggunaan dan latihan peralatan FROGS dan OPTIMA-M ini, diyakini pasukan 69 Komando bukan sahaja dapat bersaing dengan pasukan keselamatan negara-negara maju, malah meningkatkan lagi kemahiran mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Kapal selam pertama negara tiba
Oleh HAIRULAZIM MAHMUD
dan NORLIDA AKMAR IDROS
[email protected]
TUANKU Mizan meninjau kapal selam KD TAR di Jeti KD Sultan Abdul Aziz Shah, Pelabuhan Klang semalam.
PELABUHAN KLANG - Setelah belayar merentasi lautan sejauh 6,000 batu nautika dari Toulon, Perancis pada 11 Julai lalu, kapal selam pertama negara, Kapal Diraja (KD) Tunku Abdul Rahman (TAR) melakar detik bersejarah apabila selamat tiba di jeti KD Sultan Abdul Aziz Shah di Pusat Hidrografi Nasional Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pulau Indah di sini pagi semalam.
KD TAR, salah satu kapal selam jenis Scorpene itu yang diketuai oleh Pegawai Memerintah, Komander Zulhelmey Ithnain bersama 32 krew kapal berjaya mengemudi kapal selam itu dengan merentasi lautan melalui pelabuhan Jeddah, Arab Saudi; Djibouti, Somalia dan Cochin, India dalam tempoh 54 hari sebelum tiba di pangkalan negara kira-kira pukul 9.20 pagi semalam.
Scorpene, kapal selam jenis tempur konvensional yang mampu mengawasi perairan negara pada kedalaman antara 100 dan 200 meter itu dijadualkan beroperasi sepenuhnya di kawasan-kawasan strategik pada 17 September ini.
Jurumudi kapal, Bintara Kanan Mohd. Jefri Zainor, 40, berkata, beliau berasa amat bangga kerana menjadi salah seorang anak kapal pertama negara yang mengendalikan kapal selam Scorpene tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
Proud day for father-in-law of two submariners
PORT KLANG: Abdul Raof Mohd Zin from Sungai Petani brimmed with pride as he watched Malaysia’s first submarine KD Tunku Abdul Rahman arriving here. His two sons-in-law were among its officers and crew members.
For Abdul Raof, 58, the coming Hari Raya celebrations will be more meaningful for him and his family.
His sons-in-law Lt Commander Mohd Rasul Sharif, 31, and Lt Commander Yulis Hayat, 29, will be with them after being away for four years in France training to operate the Scorpene submarine.
“Today, I am proud to see my two sons-in-law create history by returning home in the nation’s first submarine,” he said when met at the port to welcome home the submarine and its crew members.
Lt Com Mohd Rasul’s wife, army Mejar Dr Aida Zuriati, 30, said although her husband had returned home every four months, they had not celebrated Hari Raya together for four years.
“While worrying about his safety, I also felt pressure in raising our two children without my husband’s presence, especially when our first child, Khadijah Umairah, four, always asked for her father,” said Mej Dr Aida Zuriati.
Lt Com Yulis is married to Mej Dr Aida Zuriati’s sister Siti Nurhanim, 27.
Housewife Belqes Mohd Jamil, 28, said she was proud that her husband Chief Petty Officer Mohd Nazri Kasni, 36, was the helmsman in the submarine. — Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia’s first sub arrives after 54-day journey from France
By EDWARD RAJENDRA
PORT KLANG: Malaysia’s first submarine, the KD Tunku Abdul Rahman (TAR), sailed into our shores after a 54-day journey from Toulon, France.
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin witnessed the arrival of the 67.5m-long submarine, the pride of the Royal Malaysian Navy, at Pulau Indah here at 9.18am yesterday. It can dive to 350m.
Close to 300 people watched in awe as KD TAR was brought to the dock by two tugboats Splendor and Scorpio at the KD Sultan Abdul Aziz Shah naval base in Pulau Indah.
Crew members outside the submarine hatch waved to the eager crowd who were captivated by the shiny black vessel as it docked alongside the jetty at 9.18am.
“Our nation’s move to acquire the submarine will give the navy greater and more effective control over our waters.
“Our Government is taking action to protect our shoreline from threats, and this submarine being our first gives a credible boost to our naval forces within the region,” said Tuanku Mizan.
Also present was Sultan of Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and Raja Muda of Selangor Tengku Amir Shah.
All 32 crew members have been trained on a four-year course in maintenance, operations, submersion techniques and overcoming challenging situations.
Over the 54 days, the KD TAR has been taken to depths of 350m to test the submarine and at the same time acclimatise the crew to such depths.
KD TAR will be at Port Klang overnight before leaving for the Lumut naval base and to its final duty station in Sepanggar naval base in Sabah.
The submarine is equipped with six torpedo tubes which can fire simultaneously; anti-ship surface missiles and anti-submarine torpedoes.
Tuanku Mizan said operating a submarine in the navy was a welcome force-multiplier, as the craft would help secure the movement of ships and affirm Malaysian sovereignty in its waters.
“A submarine is a sophisticated asset and it must be used to advance the nation’s naval force to ensure a sustainable and comprehensive approach to protect our seas,” said Tuanku Mizan.
All 32 members of the KD TAR crew were congratulated by Tuanku Mizan.
Defence Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi said the new initiative to strengthen the navy was chiefly to protect Malaysian waters, build a naval network with neighbouring countries, and better anticipate the impacts of changing maritime traffic requiring safe routes.
The submarine project began when Malaysia signed a deal to purchase two submarines in 2002. |
|
|
|
|
|
|
|
Scorpene mantapkan pertahanan
Oleh NOR SEDEK ISMAIL
dan ABDUL YAZID ALIAS
[email protected]
kapal selam kebanggaan negara, KD Tunku Abdul Rahman yang membawa 32 anak kapal selamat tiba di Pangkalan Pusat Hidrografi Nasional, TLDM di Pulau Indah, Klang, Selangor, semalam selepas melalui pelayaran selama 54 hari sejauh 6,000 batu nautika dari Toulon, Perancis. Kapal selam kedua KD Tun Razak dijangka tiba Mac tahun depan. – Utusan/ Mohd. Shaharani Saibi
PELABUHAN KLANG 3 Sept. – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menegaskan aset terbaru pertahanan negara iaitu kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak adalah bukti kesungguhan kerajaan memastikan kedaulatan negara terus selamat dan terjamin.
Titah baginda, perolehan dua kapal selam Scorpene dari Perancis itu turut memberikan manfaat dalam mewujudkan satu angkatan tentera negara yang lebih berwibawa dan disegani terutamanya Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
‘‘Projek perolehan kapal selam TLDM ini adalah satu pelaburan dan komitmen terbesar yang dibuat oleh kerajaan untuk meningkatkan keupayaan tentera Malaysia dalam menentukan kedaulatan negara terjamin dan selamat daripada sebarang ancaman.
‘‘Selain itu, perolehan aset ketenteraan ini juga membolehkan TLDM khususnya dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjadi satu angkatan yang lebih berwibawa di rantau ini,” titah baginda.
Tuanku Mizan bertitah demikian ketika menyambut ketibaan kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman termasuk 32 anak kapalnya kira-kira pukul 8 pagi ini di Pusat Hidrografi Nasional TLDM, Pulau Indah di sini hari ini.
Turut hadir Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Hadir sama ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
KD Tunku Abdul Rahman diserahkan secara rasmi kepada kerajaan oleh syarikat kontraktornya, Armaris pada 25 Januari lalu dan pentauliahan kapal berkuasa diesel-elektrik itu ke dalam perkhidmatan TLDM disempurnakan pada 27 Januari oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.
Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama Sultan Sharafuddin Idris Shah, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (depan kiri), Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin, Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Mohd. Sidek Hassan, Azizan Ariffin, Musa Hassan dan Abdul Aziz Jaafar (kanan) bergambar di atas kapal selam KD Tunku Abdul Rahman yang selamat tiba di Pangkalan Pusat Hidrografi Nasional TLDM di Pulau Indah, Klang, semalam. – Utusan/Saharuddin Abdullah
KD Tunku Abdul Rahman memulakan pelayaran pulang ke negara ini dari Toulon, Perancis pada 11 Julai lalu selepas selesai pembinaannya serta menjalani latihan selama empat bulan meliputi kemahiran serta penyenggaraan.
Dalam tempoh pelayaran yang meliputi jarak sejauh 6,000 batu nautika, KD Tunku Abdul Rahman telah singgah di beberapa pelabuhan utama dunia meliputi Jeddah, Djibouti dan Cochin di India.
Tuanku Mizan turut melahirkan rasa kagum terhadap anak kapal KD Tunku Abdul Rahman yang berjaya mengharungi latihan selama empat tahun bagi memahirkan diri dalam pengendalian serta taktik peperangan kapal selam.
‘‘Beta sedar kapal selam memerlukan warga kerja yang memiliki kecenderungan dan kemahiran yang tinggi bagi mengoperasi dan mengendalikannya.
‘‘Maka kejayaan ini juga hasil dedikasi, kerjasama dan komitmen yang cemerlang semua warga KD Tunku Abdul Rahman selaras dengan cogan kata TLDM iaitu Sedia Berkorban,” jelas baginda.
Tuanku Mizan turut mengingatkan TLDM supaya menjaga dan menggunakan sepenuhnya aset penting dan berteknologi tinggi seperti KD Tunku Abdul Rahman bagi memastikan kredibiliti angkatan laut itu sebagai pasukan yang menjaga perairan negara terus terpelihara. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak kapal gembira jadi perintis
Sebahagian anak kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman yang selamat berlabuh di Pulau Indah, Klang, semalam.
PELABUHAN KLANG 3 Sept. - Setelah berlayar 54 hari melibatkan perjalanan sejauh 6,000 batu nautika, 32 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tersenyum puas selain berasa bangga kerana menjadi anak kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman.
Mereka yang tiba di Pusat Hidrografi Nasional TLDM, Pulau Indah di sini pada pukul 8 pagi tadi menyifatkan perkhidmatan di atas KD Tunku Abdul Rahman merupakan pengalaman baru yang sukar dilupakan.
Bagi Leftenan Komander Chan Ling Ket, 31, beliau dapat merasakan kelainan ketika berkhidmat di atas kapal selam berbanding kapal biasa.
Ketua Pegawai Mekanikal di KD Tunku Abdul Rahman itu menambah, aktiviti di dalam kapal selam dirasakan agak 'lambat' kerana tidak boleh menjangka keadaan di luar kapal selam.
''Kapal selam berbeza kerana kita sepenuh masa berada di dalam air. Ketika berlayar, kita naik ke permukaan hanya dalam keadaan tertentu.
''Kita tidak tahu sama ada malam atau siang jika berada dalam kapal selam, yang menjadi petunjuk kita ialah waktu sahaja," katanya.
Beliau ditemui selepas majlis menyambut ketibaan KD Tunku Abdul Rahman termasuk 32 anak kapal kira-kira pukul 8 pagi ini di Pusat Hidrografi Nasional TLDM, Pulau Indah di sini hari ini.
Seorang lagi anak kapal, Pegawai Waran II Fazuri Ishak, 37, yang bertugas sebagai Penyelia Torpedo memberitahu, sepanjang pelayaran pulang, dia dan anak kapal lain tidak mempunyai sebarang masalah daripada segi teknikal mahu pun fizikal.
Katanya, beliau telah didedahkan dengan pelbagai situasi ketika menjalani latihan bagi membolehkannya sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku.
Menurutnya, kapal selam tersebut mempunyai enam tiub torpedo yang boleh dilancarkan sekiranya diancam musuh.
''Bagaimanapun sepanjang pelayaran balik ke Malaysia, tiada keadaan yang tidak diingini berlaku,'' ujarnya.
Dalam pada itu salah seorang anak kapal selam berkenaan, Mohd. Nazri Kasmi, 36, memberitahu, situasi dalam kapal selam tersebut amat berbeza kerana mereka berada dalam ruang sempit bukan seperti kapal biasa.
''Jadi kita terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan dan ruang kerja di dalam kapal selam ini.
''Namun saya tetap bangga menjadi anak kapal pertama kapal selam negara. Saya percaya kemampuan saya ini adalah hasil doa serta sokongan daripada keluarga," katanya yang bertugas sebagai jurumudi.
Pegawai Keselamatan Dalam Kapal Selam, Leftenan Komander Mohd. Rasul Md. Sharif, 31, turut melahirkan rasa syukur kerana sepanjang pelayaran pulang ke Malaysia, tiada kejadian tidak diingini berlaku.
''Keadaan di dalam laut dan ketika kapal timbul juga baik, laut yang tidak bergelora turut menyumbang kepada pelayaran yang baik mengikut jadual," ujarnya.
Mohd. Rasul yang berasal dari Petaling Jaya dekat sini turut bersyukur dengan kepulangan tersebut kerana dapat bersama isterinya, Mejar Dr. Aida Zuriati dan anak mereka, Khatijah Umairah, 4, dan Umar Harith berusia satu tengah tahun. |
|
|
|
|
|
|
|
Perlu ramai modal insan terlatih - Rosland
Laluan perjalanan kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dari Toulun, Perancis sebelum tiba ke tanah air, semalam.
KUALA LUMPUR 3 Sept. - Laksamana Pertama Mohamad Rosland Omar dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) merupakan antara individu yang paling lega apabila melihat kapal selam pertama negara, Kapal Diraja (KD) Tunku Abdul Rahman merapat ke Pelabuhan Klang pagi ini.
Manakan tidak, selepas beberapa tahun beliau memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pasukan Projek Kapal Selam TLDM, perolehan dan kehadiran aset strategik negara itu akhirnya menjadi kenyataan.
''Sudah tentu saya merupakan antara individu yang paling gembira kini. Saya juga ingin berkongsi kegembiraan ini bersama seluruh warga TLDM dan rakyat Malaysia.
''Namun, tanggungjawab saya masih banyak. Di sebalik kegembiraan ini, tugas lebih berat menanti saya serta semua warga TLDM secara amnya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mohamad Rosland mengulas ketibaan KD Tunku Abdul Rahman di Pusat Hidrografi Nasional TLDM, Pulau Indah, Klang pada pukul 8 pagi ini.
Di sebalik kegembiraan menyaksikan negara menerima kapal selam pertama kata beliau, TLDM kini memerlukan lebih ramai modal insan yang terlatih dan berdisiplin.
Menurutnya, ini kerana perkembangan serta pembangunan projek kapal selam negara perlu didokong oleh keupayaan anak-anak kapal yang mantap dan berilmu secara berterusan.
Selain itu tegasnya, beliau serta para pegawai dan anggota projek berkenaan perlu memastikan ketumbukan TLDM berupaya menyenggara aset itu dengan baik.
''Dari sudut pertahanan strategik pula, kehadiran KD Tunku Abdul Rahman di Laut China Selatan berupaya menguatkan tuntutan kita ke atas beberapa kawasan," tegasnya.
Menurut beliau, perairan itu juga merupakan 'kawasan panas' yang turut menjadi kawasan operasi kapal-kapal selam milik beberapa negara di rantau Asia Pasifik. |
|
|
|
|
|
|
|
Abdul Raof bangga 2 menantu cipta sejarah
PELABUHAN KLANG 3 Sept. - Abdul Raof Mohd Zin dari Sungai Petani, Kedah, mempunyai sebab tersendiri untuk berasa megah menyaksikan ketibaan KD Tunku Abdul Rahman di pangkalan Sultan Abdul Aziz di sini pagi ini kerana ia membawa dua menantunya yang merupakan pegawai kapal selam pertama negara itu.
Bagi Abdul Raof, 58, sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang juga pasti bermakna bagi keluarganya apabila Lt. Kdr. Mohd Rasul Sharif, 31, dan Lt. Kdr. Yulis Hayat, 29, dapat bersama setelah empat tahun di Perancis mengikuti latihan mengendali kapal selam.
"Kami sekeluarga bimbang juga dengan keselamatan mereka kerana bertugas di tengah lautan. Namun saya amat berbangga kerana akhirnya dua menantu saya mencipta sejarah menjadi anak kapal selam pertama negara ini dan saya amat bersyukur mereka selamat pulang ke tanah air," katanya ketika ditemui di pangkalan itu untuk menyambut kepulangan kedua-dua menantunya.
Isteri kepada Mohd Rasul, Mejar Dr. Aida Zuriati, 30, berkata, meskipun suaminya pulang setiap empat bulan sekali, namun mereka tidak dapat merasai nikmat berhari raya bersama.
"Selain bimbang keselamatannya, saya juga berasa tertekan membesarkan dua anak tanpanya di sisi, lagi-lagi apabila anak pertama Khadijah Umairah, 4, sering menyebut-nyebut nama ayahnya.
"Tetapi lama-kelamaan saya dapat menyesuaikan diri dan kami amat gembira akhirnya suami dapat beraya bersama keluarga di Sungai Petani tahun ini," kata Dr. Aida Zuriati yang berkhidmat dengan Tentera Darat.
Bagi Yulis, yang berkahwin dengan adik Aida Zuriati, Siti Nurhanim, 27, beliau dan abang iparnya, Rasul saling membantu satu sama lain semasa latihan dan juga ketika perjalanan pulang selama 54 hari di dalam KD TAR.
Beliau berkata selama empat tahun, beliau dan Rasul menyambut hari raya bersama anak-anak kapal yang lain dan hanya dapat menyampaikan ucapan hari raya kepada keluarga melalui telefon.
Bagi suri rumah Belqes Mohd Jamil, 28, beliau amat bangga kerana suaminya Bintara Kanan Mohd Nazri Kasni, 36, dipilih sebagai "helmsman" atau jurumudi dalam misi membawa pulang kapal selam itu.
"Meskipun kami berjauhan dan tidak dapat beraya bersama selama empat tahun namun saya rela kerana suami pergi demi berkhidmat untuk negara.
"Pada mulanya ketiadaan suami amat dirasai tetapi lama-kelamaan saya semakin positif kerana kami kerap berhubung dan beliau pulang setiap empat bulan selama tiga minggu," kata ibu kepada tiga orang anak berusia tiga, enam dan tujuh tahun ini.
Ketibaan kapal selam jenis Scorpene itu yang dianggap sebagai peristiwa bersejarah negara disambut Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Kapten Yang Dipertua TLDM dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Kapal selam "KD TAR" itu dikendalikan oleh 32 anak kapal diketuai Pegawai Memerintah Komander Zulhelmey Ithnain. - BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
| |
|