|
Reply #1130 suebeddy's post
suebeddy,
function of the tongue tak memainkan peranan dalam pemerolehan dan perkembangan bahasa kanak-kanak (even among normal children) but agak penting dalam pemerolehan dan perkembangan bunyi pertuturan bahasa dan bunyi pertuturan adalah benda yang berkait rapat tetapi berbeza... nak terangkan kena dtg lecture la...
Pemerolehan and pemprosesan bahasa selalu berlaku di otak. Basically, kanak-kanak dari kecik dengar percakapan orang keliling dia, paham penggunaan perkataan2 tersebut and then boleh menggunakan perkataan tersebut. Dari kecik sampai la umur dalam 5-6 tahun dia belajar bahasa. Semua diproses dalam otak
Kegunaan lidah adalah bila untuk bercakap i.e. membentuk bunyi-bunyi pertuturan yang akan membentuk perkataan2 yang dibelajar dari kecik tu. secara ringkas, dia tau ape nak dia cakap --> brain akan proses --> lidah (dan articulators lain) akan berfungsi untuk membentuk perkataan tersebut. Kalau ade masalah dengan lidah sahaja, dia boleh bercakap, boleh buat ayat2 panjang dan paham ape yang orang cakap tetapi mungkin sebutan dia pelat
Kanak-kanak autisme tidak boleh berkomunikasi dengan baik selalunya disebab gangguan pada proses pemerolehan dan perkembangan bahasa (i.e. language areas di brain) not due to problem pada tongue. maksudnya dia tak tahu, tak paham and tatau nak menggunakan perkataan2 tersebut. So, bila dia tatau ape yang dia nak cakap tak de perkataan yang dihantar ke lidah (dan articulators yang lain) untuk dia ujarkan.
However, rawatan tradisional ini memang selalu soklan yang ditanya kepada profesional. Basically, we can explain about it secara scientifically, tapi it's up to the parents because dah menjadi naluri parents untuk mendapat terbaik untuk anak mereka. As long as ia tidak mendatangkan mudarat kepada anak sudah. Tetapi, kalau melibatkan tarik2 lidah dalam context ini... I rasa tak berapa setuju because it is agak invasive (but tatau la cane prosedur nyer....ade sape tau?)..kalau urut2 may be ok la.. tapi kalau tarik.. takut cedera jer..
Just my opinion..... hope this helps.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
suebeddy,
function of the tongue tak memainkan peranan dalam pemerolehan dan perkembangan bahasa kanak-kanak (even among normal children) but agak penting dalam pemerolehan dan perkembangan bunyi pertuturan bahasa dan bunyi pertuturan adalah benda yang berkait rapat tetapi berbeza... nak terangkan kena dtg lecture la... Pemerolehan and pemprosesan bahasa selalu berlaku di otak. Basically, kanak-kanak dari kecik dengar percakapan orang keliling dia, paham penggunaan perkataan2 tersebut and then boleh menggunakan perkataan tersebut. Dari kecik sampai la umur dalam 5-6 tahun dia belajar bahasa. Semua diproses dalam otak Kegunaan lidah adalah bila untuk bercakap i.e. membentuk bunyi-bunyi pertuturan yang akan membentuk perkataan2 yang dibelajar dari kecik tu. secara ringkas, dia tau ape nak dia cakap --> brain akan proses --> lidah (dan articulators lain) akan berfungsi untuk membentuk perkataan tersebut. Kalau ade masalah dengan lidah sahaja, dia boleh bercakap, boleh buat ayat2 panjang dan paham ape yang orang cakap tetapi mungkin sebutan dia pelat Kanak-kanak autisme tidak boleh berkomunikasi dengan baik selalunya disebab gangguan pada proses pemerolehan dan perkembangan bahasa (i.e. language areas di brain) not due to problem pada tongue. maksudnya dia tak tahu, tak paham and tatau nak menggunakan perkataan2 tersebut. So, bila dia tatau ape yang dia nak cakap tak de perkataan yang dihantar ke lidah (dan articulators yang lain) untuk dia ujarkan. However, rawatan tradisional ini memang selalu soklan yang ditanya kepada profesional. Basically, we can explain about it secara scientifically, tapi it's up to the parents because dah menjadi naluri parents untuk mendapat terbaik untuk anak mereka. As long as ia tidak mendatangkan mudarat kepada anak sudah. Tetapi, kalau melibatkan tarik2 lidah dalam context ini... I rasa tak berapa setuju because it is agak invasive (but tatau la cane prosedur nyer....ade sape tau?)..kalau urut2 may be ok la.. tapi kalau tarik.. takut cedera jer.. Just my opinion..... hope this helps.... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1197 losyen\ catat
nanti i belajar ngn maid i dulu ek..hahaha.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1200 mami06\ catat
i x tau la tadika terima ke tak dan pening i piki klu pegi tadikaboleh ke dia belajar, sedangkan dia lgsg x leh ckp..nanti tengok tahun depan klau ada improvemnt and ada tadika camtu boleh le msk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1201 suflin\ catat
lupa ntah web mana sbb yg jumpa..yg pasti makan tapi x de la plak dia ajar kaifiat cane..tapi beddy x buat lagi..tgu pokok tu membiak dulu..tapi klu ikut kebiasaan pokok dukung anak n temulawak ni orang rebus n minum air dia. pegaga tu boleh kasi mentah la (blend wat jus)..wallua'lam.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1208 suebeddy\ catat
erks.. jangan la cakap brain disorders...
nak improve communication kanak2 autism nie amik masa n tenaga yang banyak... even kiterang dalam bidang speech therapy pon tak ramai yang berani nak specialized dalam area communication utk autisme. (termasuk i) :victory: |
|
|
|
|
|
|
|
translation
Originally posted by suebeddy at 11-2-2009 05:28 PM
Setidaknya begitu yang ditegaskan oleh salah satu temanku..
Temanku itu bukan dokter, bukan psikiater, dia "hanya" seorang penderita autisme yang sudah "sembuh".
"Inget-inget, bilang sama ...
"Alya" (bukan nama sebenar) menceritakan kisah kawannya yang merangkap best friend suaminya iaitu "Bobby" (bukan nama sebenar) yang menghidap autisme semasa kecil.
Bobby adalah penderita autisme semasa kecil dan Bobby pernah menegaskan kepada Alya bahawa autisme adalah bukan satu penyakit.
menurut Alya, bobby ini bukan lah seorang doktor, bukan juga seorang psikiatrist, namun bobby hanyalah seorang yang pernah menderita autisme dan sudah sembuh.
bobby pernah memberitahu Alya :"ingat ya, bagitau satu dunia bahawa autisme ini bukan satu penyakit, cuma kami berfikir dengan cara yang berbeza sahaja", tegas bobby untuk kesekian kalinya.
namun Alya tidak memberi apa-apa komen terhadap kata2 bobby tersebut, Alya hanya diam sambil mendengar sahaja pendapat bobby berkenaan penyakit autisme.
bobby mengaku, semasa kecil dia menderita penyakit autisme, dia memberitahu Alya :" saya x tahu semasa saya kecil saya menderita autisme, tetapi yang pasti saya selalu merasa terasing dan juga diperkecil-kecilkan, namun ibu bapa saya amat hebat, saya akui. kerana sejak dari awal ibu bapa saya memasukkan saya ke sekolah biasa (bukan khas) supaya saya dapat bergaul, sekarang saya sudah boleh bergaulkan??"
Alya mengakui bahawa bobby ini seorang lelaki yang genius, dia seorang pemuzik, sound engineer dan seorang rocker yang berbakat. dia bukanlah Ahmad Dhani (penyanyi kumpulan Dewa), namun suatu hari nanti saya (Alya) yakin bobby boleh jadi lebih hebat dari Ahmad Dhani..
saya perkenalan saya dengan bobby, dia sememangnya seorang yang sangat keras kepala, tidak boleh di atur bahkan orang tuanya sendiri tidak boleh mengatur hidupnya, semuanya dia mahu buat sendiri, sangat moody, emosional, walau pun tidak melulu ego nya. tingkah lakunya membuatkan orang lain geleng kepala.
pernah suatu hari dia mengamuk (kerana satu sebab yang membuatkan dia marah), saya merasa cuak juga dengan tingkah lakunya, namun saya fikir"sudah puas mengamuk nanti, ok la dia tu" hehe..
tapi satu perkara yang saya suka dengan bobby ni, dia kenal diri dia siapa dan dia pandai menghargai orang lain dan saya merasakan bahawa ianya satu permulaan yang bagus bagi bobby untuk berkelakuan seperti orang dewasa.
dan syukur juga bobby ini mahu mendengar nasihat suamiku yang juga office mate sekaligus best friend dia.
berbalik kepada soal autisme, ada hal yang unik berkaitan dengan anak autis. salah seorang klien suamiku mempunyai seorang anak autis, anak tersebut tidak mahu rapat dengan sesiapa pun teramsuklah ibu bapanya.habis ke setiap pelosok indonesia ibu bapa budak ni cuba bawa berubat, tapi sampai sekarang masih tidak sembuh. suatu hari, klien tersebut datang ke studio dan bertemu dengan suami saya dan juga bobby. yang lucunya, anak autis tadi terus menghampiri bobby dan berpeluk-pelukan, bahkan mahu bergelak ketawa dan dia bersedia diambil gambarnya. sehinggakan ibu bapa anak tersebut menitiskan air mata kerana terharu melihat anaknya yang bersikap terbuka terhadap orang lain.
berkenaan kejadian tersebut, bobby memberitahuku "sewaktu pertama kali saya lihat budak tersebut, saya seolah-olah melihat diri saya sewaktu kecil.." secara kebetulan, wajah dan gaya budak itu seiras dengan bobby. suamiku sendiri mengakui bahawa wajah bobby dan budak tersebut seiras.
lebih mengejutkan lagi, sewaktu hendak pulang, anak autis tersebut melambai2 kepada bobby, suatu perkara yang luar biasa bagi ibu bapa anak tersebut melihat anaknya melambai2 kan tangan kepada orang lain.
bobby berkata kepada anak tersebut : " adik mesti sembuh ya..kalau mahu, cuba main band mcm macam abang" dan anak tersebut memgangguk-anggukan kepala tanda setuju.
entah apa kaitannya, tapi saya rasa mungkin keduanya mempunyai frekuensi yang sama, sama-sama pernah autis, maka saling memahami.
"jadi ingat-ingat ya, autisme itu bukan satu penyakit! x perlu di masukkan ke SLB (nama sekolah kot) dan x perlu juga dieksploitasi" tegas bobby lagi.
wallahua'lam..x tau la u olls paham ke tak..harap paham ya.. |
|
|
|
|
|
|
|
wah suebeddy,tenkiu3X sebab tolong alihbahasa
boleh la apply keje kat rtm (alihbahasa citer wulan) :-D |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by suebeddy at 18-2-2009 12:19 PM
"Alya" (bukan nama sebenar) menceritakan kisah kawannya yang merangkap best friend suaminya iaitu "Bobby" (bukan nama sebenar) yang menghidap autisme semasa kecil.
Bobby adalah penderita ...
harap begitulah bila nak kita besar.
My son dapapt best student for PPIK lagi tahun ni. alhamdulilah, tapi dia masih gagal dibawa ke sekolah arus perdana sebab tingkah laku dia diluar jangkaan, dikhuatiri boleh menganggu pelajar lain |
|
|
|
|
|
|
|
Article on NASOM's student.
Keramahan disalah anggap
TIADA siapa yang mampu menyelam duka di hati apabila anak dikasihi dianggap gila. Hati mana yang tidak pedih apabila jiran sendiri menganggap dia sekeluarga tidak layak mendiami kawasan kejiranan itu gara-gara ketidakupayaan anak yang sering disalah anggap sebagai tidak siuman.
Lantaran keadaan anak yang sangat aktif hingga ada kalanya tidak terkawal, suami isteri itu juga sering 'dipersalahkan' kerana dikatakan 'tidak pandai mengajar anak.'
Tidak kurang kata-kata sinis yang cukup menghiris hati mempersendakan usahanya untuk memperoleh pendidikan terbaik buat si anak namun hati luka itu sekadar mampu mengharapkan kekuatan dan ketabahan daripada-Nya.
Malah, bagi Zainudin Tahir, 45, dan isterinya, Hidayati Basri, 42, segala pandangan serong masyarakat yang tidak memahami keadaan sebenar dialami anak sulungnya itu tidak pernah merencatkan perancangan mereka untuk melihat masa depan anak yang lebih terjamin.
Lebih memberangsangkan, Khairul Hazim, 14, yang menghidap sindrom Asperger, nyata tidak menghampakan harapan kedua-dua ibu bapanya apabila berjaya memperoleh 4A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, tahun lalu.
"Tidak ramai yang memahami keadaan dirinya, apatah lagi penghidap autisme itu berbeza antara satu dengan lain. Malah bagi Khairul Hazim sendiri, asalnya dia dikenal pasti menghadapi masalah Gangguan Kecelaruan Tumpuan dan Kelasakan (ADHD) tetapi pada usia enam tahun, barulah dia dikenal pasti sebagai penghidap autisme," kata Hidayati ketika ditemui di kediamannya di Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.
Penghidap sindrom Asperger dikategorikan sebagai penghidap autisme sederhana di mana antara ciri ketara penghidap sindrom ini adalah kemahiran sosial yang sangat rendah.
"Anak saya memang lambat berjalan dan bercakap serta tidak berupaya bertembung mata apabila bercakap dengan orang lain. Malah, dia hanya mampu membuat ayat yang lengkap ketika berusia sembilan tahun," kata pegawai bank ini.
Apapun, Khairul Hazim boleh membaca dan menulis tanpa sesiapapun mengajarnya kemahiran itu ketika berusia tiga tahun. Bagaimanapun, peliknya, dia tidak dapat memahami bahan bacaannya sendiri.
"Dia juga sukakan peta dan akhbar serta gemar menonton rancangan kartun berbahasa Inggeris dan sangat menggemari apa saja yang berkaitan negara Jepun. Tetapi pada masa sama, dia memang tidak pandai bergaul meskipun rajin bertegur sapa. Keramahannya itu pula sering disalah anggap orang sekeliling yang tidak memahami keadaan dirinya," katanya.
Pasangan mempunyai empat cahaya mata ini melakukan pelbagai usaha termasuk bertemu sekumpulan pakar untuk mengenal pasti masalah Khairul Hazim, malah sanggup berpindah-randah semata-mata mengejar keperluan pendidikan untuk anak sulung mereka itu.
Kerjaya mereka yang bertugas di bidang perbankan menuntut waktu yang bukan sedikit sehingga timbul rasa bersalah di hati masing-masing kerana tidak mampu meluangkan waktu secukupnya untuk anak.
Tiga lagi anak pasangan ini adalah Haziq Izad, 12, Hariz 9 dan Zulfadli, 8.
"Tetapi akhirnya selepas berbincang panjang bersama suami terutama memikirkan masa depan anak, kami menjual rumah di Bukit Beruntung sebelum berpindah ke Putrajaya dan akhirnya kembali ke Kuala Lumpur dalam usaha menyediakan keperluan pembelajaran sebaiknya untuk anak," katanya.
Khairul Hazim asalnya ditempatkan di kelas Pendidikan Khas ketika berusia tujuh hingga lapan tahun waktu bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Serendah, Rawang sebelum berpindah ke SK Jalan Batu, Kuala Lumpur.
Dia turut bersekolah di SK Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung dan SK Putrajaya, namun akhirnya, dia kembali ke SK Jalan Batu dengan kehadiran guru pendamping.
Menurut Zainudin, khidmat guru pendamping berkenaan yang disediakan Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom) menerusi program penyertaan itu nyata membuka lembaran baru bagi anak ini sehingga dia berjaya mencipta kejayaan dalam peperiksaan terbabit.
"Disebabkan kurangnya kemahiran sosial, kanak-kanak seperti Khairul Hazim sering dibuli namun guru pendamping itu banyak membantu dalam pelbagai segi khususnya interaksi yang berkesan antara kanak-kanak autistik dengan masyarakat sekeliling," kata juruaudit dalaman yang berasal dari Tapah, Perak ini.
Menerusi program terbabit, guru pendamping turut menyediakan rekod pemerhatian seharian untuk setiap kanak-kanak autistik bagi membolehkan ibu bapa mengikuti perkembangan anak setiap hari. Terdapat juga buku komunikasi di mana guru menulis sebarang pesanan atau komen untuk ibu bapa kanak-kanak berkenaan.
Khairul Hazim yang rajin menulis sejak kecil ini dulu hanya berteman rapat dengan pen tetapi menerusi peningkatan hubungan sosialnya, dia juga sudah punya dua rakan baik.
Melayari Internet antara kegemaran pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sentul ini yang lazimnya dilakukan pada malam Jumaat serta cuti hujung minggu.
Melihat keadaan dirinya itu, sesiapa saja mungkin tidak pernah menyangka dia pernah melakukan tindakan yang agak ekstrim hingga membahayakan dirinya sendiri dulu.
"Dia pernah menjulurkan kakinya keluar dari kereta ketika kereta mula bergerak masa dia kecil. Malah, dia pernah berlari dari hujung rumah hingga ke pintu gelangsar dan merempuh cermin pintu. Nasib baik ada langsir di pintu itu yang menyelamatkannya daripada tercedera," katanya.
Zainudin akui, senario pembelajaran untuk penghidap autisme di negara ini jauh berbeza dengan keadaan di luar negara khususnya di negara maju.
"Hospital kerajaan di negara seperti Amerika Syarikat memiliki kelengkapan mencukupi termasuk sumber tenaga manusia untuk menangani masalah seperti autisme.
"Di negara ini, ibu bapa biasanya berusaha sendiri ke sana ke mari untuk mendapatkan bantuan, malah ada kalanya terpaksa mengupah pakar perunding hanya untuk mengenal pasti sesuatu masalah itu dengan cara sewajarnya," katanya mengakui, program pemulihan awal sangat membantu perkembangan kanak-kanak penghidap autisme.
Bagi pasangan ini, kejayaan anak memperoleh 4A itu memang menggembirakan namun lebih penting, mereka berharap anak remaja mereka itu terus menunjukkan kemajuan dari segi kemahiran sosial untuk lebih memudahkannya hidup bermasyarakat seperti individu normal yang lain.
- dipetik dr http://www.hmetro.com.my/Current ... /Article/index_html - |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by w4tever at 25-2-2009 10:19 PM
Keramahan disalah anggap
TIADA siapa yang mampu menyelam duka di hati apabila anak dikasihi dianggap gila. Hati mana yang tidak pedih apabila jiran sendiri menganggap dia sekeluarga tidak laya ...
saya setuju sangatlah dgn artikel ini.ibu bapa sendiri terpaksa berkejar mencari perubatan, pendidikan utk anak autisme.
doktor khasnya dihospital kerajaan tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan yg baik ttg autisme. bila bawak anak, rekod pun tidak dijumpai padahal sudah 2 tahun follow up di hospital kerajaan.
tiada pakar pertuturan
therapist asyik cuti, tukar orang lain. |
|
|
|
|
|
|
|
saya pun bersetuju dgn artikel tu, very good article.
saya rasa speech therapy pun memainkan peranan penting jugak dalam menggalakkan skill komunikasi kanak2 autisme ni..tapi apa yang saya dapati kebanyakan session mereka (ST) cuma sekali seminggu je..bagi saya seminggu sekali session tak dapat membantu menggalakkan skil komunikasi anak2 ini |
|
|
|
|
|
|
|
ye betul tu. setiap kali gi therapy, mereka akan ajar perkara yg sama. kadang2 anak saya pun nak cepat balik jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1210 suebeddy\ catat
Nak tanya lah.. mintak pendapatlah... with reference to the article ni.. I quote "namun ibu bapa saya amat hebat, saya akui. kerana sejak dari awal ibu bapa saya memasukkan saya ke sekolah biasa (bukan khas) supaya saya dapat bergaul, sekarang saya sudah boleh bergaulkan??"
Jadi sebenarnya, lebih baik kita hantar kat tadika biasa instead of tadika khas?!? Konpius saya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1218 ummiaqeel\ catat
depends on what you want to achieve... kalau u nak anak u dapat kenal huruf dan membaca seblm masuk std 1, then cari tuisyen one on one, thats the best, the teacher will sit with ur child and make sure dia paham dan pay attention. Tapi kena cari cikgu yg penyabar la. Kalau u nak shape up dia punya social skills, then pilih tadika biasa, tapi yg kelasnya kecik shj (less than 10 per class) so cikgu can supervise ur child. I x leh comment psl tadika khas sebab x pernah try. Cuba biar anak bergaul dgn budak normal dulu, kalau x bole gak, baru cari yg khas kot... |
|
|
|
|
|
|
|
Just nak share information tentang speech therapist (ST)
Sepatutnya Malaysia memerlukan bilangan seorang ST untuk 10 ribu orang penduduk i.e. 1: 10000 (Kementerian Kesihatan Malaysia: KKM, 2003). Berdasarkan ratio tersebut Malaysia sepatutnya mempunyai seramai 2,700 orang ST untuk 27 juta penduduk sekarang. Kiraan kasar jumlah ST di Msia sekarang ialah hanya seramai lebih kurang 200 orang sahaja (mungkin lebih, mungkin kurang sebab tak de database yang tepat). So, masih kekurangan seramai 2,500 orang ST. Dari 200 orang ST ni, ramai yang bekerja secara private sebab bayaran lebih baik daripada kerajaan. Khidmat ST hanya terdapat di hospital2 besar, hospital universiti dan sekolah khas. Itu pon masih masih sangat tidak mencukupi. Kalau tanya waiting list di hospital tersebut selalunya dalam lingkungan 3-6 bulan minima baru boleh jumpa untuk first appointment.
Berkenaan terapi yang sekali seminggu itu memang benar. Selalunya, slot sekali seminggu je yang mampu ST sediakan untuk setiap pesakit kerana perlu memberi peluang kepada pesakit2 lain jugak. Untuk makluman, bukan hanya kes autisma saja yang ST kendalikan. Kes2 lain contohnya: masalah gagap, masalah tak boleh bercakap lepas strok, masalah suara serak, masalah pendengaran, masalah sebutan pelat dan masalah tak boleh menelan.
Prinsip terapi dalam speech therapy ialah ST sebagai fasilitator yang ajar ibubapa teknik yang mesti ibubapa buat di rumah. Kalau difikirkan sebanyak mana kemajuan yang boleh didapati dengan hanya terapi oleh ST selama sejam seminggu jika dibandingkan masa yang selebihnya yang ibubapa ada di rumah. STs can offer their knowledge, expertise + skills but the parents will have to do the hard work. Yes, it is tedious + frustrating but it is the truth. Kalau difikirkan, even kanak-kanak normal pon memerlukan 9-12 bulan dari lahir untuk bercakap perkataan pertama. Inikan pula kanak-kanak istimewa yang mempunyai kekurangan. Sudah tentu mereka perlukan masa dan usaha yang berlipat kali ganda dari kanak2 normal.
Berkenaan perkara yang sama diajar oleh ST tu memang betul. Selepas setiap penilaian dibuat ST akan listkan therapy goal untuk setiap pesakit. Setiap goal nie ade criteria dia tersendiri dan selalunya dalam langkah2 yang teratur dan berhubungkait. So, kanak-kanak tersebut perlu berjaya lebih daripada 80% untuk goal sedia ada sebelum boleh bergerak ke goal yang seterusnya. Aktiviti yang dijalankan bergantung kepada ST. Ade yang kreatif untuk menarik perhatian kanak2 dan ade yang tidak. Selalunya, ibubapa perlu memahami prinsip setiap goal tersebut dan bila di rumah variasi kan approach cara nak achieve goal tersebut.
Ibubapa ade hak untuk dapat yang terbaik untuk anak2 mereka. Work with ST. Jangan pk ST tuh profesional parents tak boleh bagi pandangan n hanya ikut sahaja. Ask them! It is their job to provide service to you guys WITH your cooperation + hard work!
[ Last edited by tibiitamputeh at 27-2-2009 03:14 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|