CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there

[Copy link]
Post time 28-3-2015 01:27 PM | Show all posts
bro ni...pernah belajar obesi ya?

pernah bercinta kat sana ya?

gurau jek...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2015 01:54 PM | Show all posts
elia201 replied at 28-3-2015 11:01 AM
Berjalan seiringan sambil berbual mesra. Mata bertentangan mata. Mengimbau kembali kenangan sewaktu  ...

tq for update..tapi xmo lama2 tw.. nk tw sangat ending cerita ni...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2015 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 2-4-2015 07:57 PM

"I have no idea Zack.." Jie buntu. Keliru dan marah. Keliru dengan perasaan sendiri dan marah pula kepada Zulkarnain kerana sesuka hati memberitahu Zack cerita sebenar.

"Nevermind Bie.. Take your time ! I akan tunggu keputusan you... Buat masa ini, allow me to spend time with you.. I nak catch up balik masa yang terbazir selama kita terpisah.." Walau agak kecewa Zack tahu Jie perlukan masa untuk menerima semua. Mungkin tak menduga kemunculan dirinya disini.  

Masih lagi tiada reaksi dari Jie. Zack menarik Jie ke sisi. " Hi Pretty Girl... My name is Zafrey Daniel Hazriq.. You may call me Zack.. And you are?"  Dialog saat pertama kali bersua diungkap semula. Tangan dihulur tanda perkenalan.

Jie kaget. Pretty girl ! Gelaran yang diucap Zack sewaktu ingin berkenalan dulu. Hampir luput dari ingatan. Tak sangka Zack masih ingat !  Teragak agak namun huluran tangan Zack disambut. Bibir mengukir senyum. " Prove me that you deserve to know it !  Beat me ! Take my challenge Mr Charming !" Jie pantas berlari meninggalkan Zack. Itulah reaksi spontan dulu. Malu tapi mahu.

Zack gembira melihat reaksi yang serupa dari Jie. Ternyata Jie masih ingat ! Peluang untuk mendapatkan cinta Jie masih terbuka luas.

"Challenge accepted,  Pretty Girl !" Pantas berlari mengejar Jie yang mendahului dihadapan.

"We will see !" Jie mempercepatkan larian. Tak mahu kalah kepada Zack seperti dulu.

Ternyata Jie salah menduga. Zack makin menghampiri. Malah berjaya memintas. Larian Jie terhenti. Zack senyum sambil menghalang laluan Jie.

" I'm a winner here.." Mata merenung wajah cantik dihadapannya yang tampak tak puas hati. " I want to claim my prize.. But unlike those days. I knew your name already Bie.. I want something else from you.." Senyum meleret.

Zack tak mahu meneruskan sesi mengenang saat perkenalan dulu.  Back to reality ! Ada perkara penting yang ingin Zack lakukan. Nafas dihela panjang. Getaran terasa didada.

Jie pelik. "What do you want from me? Please make it faster cause I got date later on !" Sengaja berkata begitu. Teringat temu janji dengan Adam Matthew tapi itu malam nanti.  Sekadar alasan untuk berlalu meninggalkan Zack.

"Date? With whom?" Debaran terasa menanti jawapan Jie. Risau menguasai diri. Takut melepas lagi.

"Erm.."Jie melilau mencari bayangan Adam . Jumpa ! Pantas lelaki itu dilambai.

Adam terus saja mendapatkan Jie dan Zack.

"Hi Gorgeous ! Anything I can do for you?"  Memikirkan Jie yang bakal menjadi pasangannya di parti Lawrence malam ini, Adam rasa terpanggil untuk mengenali lelaki kacak disisi Jie.

"Nothing , Handsome  !" Jie geleng. "Just want to introduce my friend from Malaysia. His name is  Zack." Adam menghulur tangan untuk berjabat tangan. Zack menyambut dengan seribu satu pertanyaan dihati.


"Zack, I kenalkan Adam Matthew. Teman lelaki I..." Jie tahu Zack akan berhenti mengejar dirinya jika Jie sudah berpunya. Arif dengan prinsip Zack yang takkan merampas hak orang.

"Teman lelaki?" Entah kenapa Zack rasa Jie menipu. Mungkin kerana Jie bercakap bahasa Melayu. Ada kebarangkalian Jie tak mahu Adam faham segala yang diperkatakan.

"Is she your....." Zack ingin mendapatkan kepastian dari Adam namun Jie terus saja menyampuk.

"Yeah, we are an item." Jie mengisyaratkan Adam supaya menurut saja.

Adam kaget tetapi mengikut saja rentak Jie. " She's beautiful huh?" Adam yakin ada sesuatu antara Zack dan Jie. Masakan tidak renungan mata Zack tersirat semua isi hati meski ini kali pertama bersua muka.

"I feel lucky to have Lisa in my life.." Tubuh langsing wanita Asia itu dipeluk. Ingin melihat reaksi Zack. Yakin telahannya benar.

Kecewa bertandang dihati. Zack senyum pahit. "Yes she's beautiful and you are the most luckiest man in the world to have her !" Sukar percaya Jie sudah bertemu pengganti.

"Thanks buddy !" Adam menepuk bahu Zack yang tampak muram. Ramalan Adam benar belaka. Pasti lelaki dihadapannya menaruh hati pada Jie.

Namun, Adam tak kisah ! Niat mendekati Jie AKA Lisa hanya kerana ingin memenangi pertaruhan dengan Lawrence. Tidak lebih dari itu !



Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Konflik baru bakal bermula... Nampak gayanya lambat lagilah tamat kisah ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 08:08 AM | Show all posts
kenapa Jie mcm balik ke zaman jahiliah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2015 02:11 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 30-3-2015 07:40 PM

Ada satu tempat yang ingin Zack tuju. Walau mungkin kerja gila tetapi Zack tak peduli ! Jam menunjukkan tepat pukul 3 pagi waktu tempatan. Mungkin dalam 3 petang waktu di Malaysia. Mata sukar dilelapkan. Bayangan Jie mesra berdampingan dengan Adam Matthew siang tadi masih segar diingatan. Lantas tak mampu memendam rasa sendirian, Zack meluahkan isi hati kepada Zulkarnain usai panggilan telefon. Nasihat lelaki itu cuma mahu Zack menyelidik terlebih dahulu kesahihan hubungan Jie dan Adam.

Kalau diikutkan ego dalam diri , Zack mahu berputus asa dari mengejar kembali cinta Jie. Namun hati masih sanggup dan enggan melepaskan Jie pergi.

Bertahun lama Zack impikan untuk memiliki cinta pertamanya tak mungkin Zack akan mengalah kali ini. Cukuplah Zack tunduk sekali pada Ku Iz dan merelakan Jie menjadi kakak iparnya. Kali ini Zack tak akan berdiam diri.

Andai terpaksa melanggar prinsip yang kian lama dipegang, Zack tak kisah. Jie dan Adam hanya pasangan kekasih. Istilah merampas hak orang mungkin tidak sesuai. Ini kerana Zack bukan merampas disitu tetapi cuma mendapatkan kembali cintanya. Mungkin itu lebih relevan. Logik akal dan kata hati bertingkah.

Chevrolet Malibu yang dipandu membelok ke arah kiri East Town Street dan kemudiannya dalam jarak beberapa meter,  membelok ke kanan menghala ke South 5th Street. Bangunan kondo yang ingin dilawati terpampang depan mata.

Enjin dimatikan. Langkah diatur laju. Tak sabar menemui insan yang dihajati. Zack nekad meneruskan hasratnya.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2015 03:13 PM | Show all posts
Sikitnya n3...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2015 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 5-5-2015 09:34 PM

Jie terpaksa membiarkan Adam bermalam disini. Bimbang memikir diri yang tinggal bersendirian. Tak selesa kerana Adam ada bersama.Teman serumahnya lesap entah ke mana sebaik saja parti di kediaman Lawrence berakhir. Adam pula terlebih minum dan sedang tidak sedarkan diri sekarang.

Memang prinsip Jie takkan minum atau makan ketika berparti walaupun minuman ringan disediakan. Jie lebih suka melepak mendengar muzik beramai ramai dan menari santai.

Cukup sekali Jie terkena dengan Ku Iz apabila terminum coke yang dicampur ectasy.

Penyudahnya , Jie sedar keesokkan hari dirinya berada dalam pelukan lelaki itu di sebuah bilik hotel ! Tragedi yang membawa kepada pernikahan mereka.

Mujur juga Adam menghormati Jie. Malah, tidak membenarkan mana mana lelaki di parti untuk mendekati. Jie banyak menghabiskan masa sendirian atau menari disisi Adam.

Mengerti arak adalah haram bagi Muslim maka Adam juga 'minum' bagi pihak Jie. Jie terus saja mengajak lelaki itu berlalu sebelum Adam pengsan tidak sedarkan diri.

Malangnya, Adam mengadu kepala berpinar sewaktu menghantar Jie pulang. Memikirkan lelaki itu tidak sihat kerana alkohol yang diminum, Jie membiarkan Adam masuk untuk berehat seketika. Tak sangka lelaki itu tertidur lena diruang tamu. Puas sudah Jie mengejut dari tadi.

Bunyi loceng kedengaran. Mungkin teman serumahnya, Rebecca, terlupa membawa kunci bersama, Jie terus saja bangkit membuka. Lega ada orang ketiga menemani mereka.

Sebaik saja pintu terbuka , Jie tak menduga menerima kemunculan tetamu diawal pagi sebegini.

"Zack?!"Jie terkesima. "Macam mana you boleh ada dekat sini?" Pelik memikir bagaimana Zack tahu Jie tinggal disini.

" You daripada mana ini? Dengan pakaian yang macam ni.." Zack tidak mengendahkan pertanyaan Jie. Melihat cara pemakaian Jie, Zack yakin Jie baru saja pulang dari berpesta. Naluri ingin tahu terbit.

Teringat Jie ada 'date' dengan Adam. Prasangka timbul. Cuba mencari kelainan dalam diri Jie.  Takut Jie hanyut terbuai keseronokan hidup disini.

"I baru balik dari parti.." Jie lebih suka berterus terang. " Sekarang I mengantuk nak tidur. Good night Zack !" Pintu ingin ditutup semula. Jie mahu Zack segera berlalu.

Jie perasan Zack beranggapan buruk melihat gaya pakaiannya. Tak mahu menambah lagi 'kehodohan' dimata Zack jika ketahuan Adam ada bersamanya sekarang !

"Wait Najiha ! I nak cakap something dengan you.." Zack cuba menghalang. " Please baby !" Suara separuh merayu. Tangan menolak pintu yang cuba dikatup.

Jie tidak menghiraukan kata kata Zack. Tak pasti penerimaan Zack bila melihat Adam disini.

Zack tiada pilihan lain. Pantas pintu ditolak kuat. Jie tersentak dengan tindakan drastik Zack.

Belum sempat Jie bersuara menghalang, Zack sudah masuk ke dalam. Mata lelaki itu terpaku melihat Adam yang sedang terbaring disofa.

"Please Najiha..  Jangan kata you dengan dia..." Zack tak sanggup meneruskan bicara. Hampa ! Cemburu dan curiga ! Jauh sangat Jie tersasar kali ini.

"Adam mabuk Zack.. Takkan I nak biarkan dia drive balik.. Nothing happened between us .. Trust me !" Bukan niat untuk menegakkan benang yang basah. Jie cuma tak mahu Zack salah sangka.

Jie tahu tiada siapa akan percaya. Fitnah mungkin timbul bila lelaki dan wanita berduaan dalam satu bumbung.

Zack senyum sinis. "Nampaknya sia sia I tagih cinta you selama ini.. You memang nak I pergi dari hidup you untuk bersama lelaki ini, kan?" Api cemburu mula menyala. Sekotak cincin digenggaman diletak atas meja.

" I memang beli cincin ini khas untuk you ! I ingat you akan terima I dan kita akan bahagia macam dulu. Tapi sayang I cuma bertepuk sebelah tangan. " Nafas dihela berat.

" I tak tahu kenapa even after seeing this, I masih inginkan you dalam hidup I.."  Ada satu bisikan dalam hati menyuruh Zack supaya terus berjuang mendapatkan cinta sejatinya. Mata melirik ke arah Jie yang masih tenang.

Kewarasan kembali menguasai pemikiran yang dihantui kemarahan akibat cemburu melihat Adam berada disini. Zack yakin Jie tak 'semurah' itu.

"Najiha.." Bahu wanita itu disentuh. " Sebelum I pergi, I nak tanya you buat kali terakhir, takkan tak ada sikitpun cinta dalam hati you yang bersisa untuk I ?!" Zack mahu segalanya jelas. Tentang kehadiran Adam disini Zack percaya Jie ada penjelasan sendiri.

"I trust you Baby ! I tahu you takkan buat semua itu.. Maafkan I sebab tersilap judge you tadi !" Zack sedar dirinya emosi. Lantas menidakkan penjelasan Jie tentang kehadiran Adam.

"Thanks sebab percayakan I Zack !" Jie sebak. Terharu kerana Zack masih sudi mempercayai dirinya.

"Now answer me, Bie... Do you still love me? Just say yes or no?" Zack kembali ke persoalan yang ditanyakan tadi.

Jie hanya angguk. "May be yes , Zack." Jie cuma perlukan masa untuk mencintai Zack seperti dulu. Zack menarik nafas lega. Sekurang kurangnya masih ada peluang untuk kembali bersama.

Jari jemari Jie dicapai. " Marry me then Baby ! I tak nak bazir masa lagi. Please !" Pinta Zack berharap.

Jie teragak agak. Bayangan Tengku Safiah dan Rayyan menjelma difikiran. " I tak yakin I boleh berhadapan dengan Mama you dan Ray sebagai isteri you, Zack !  I minta maaf ." Jie mengambil jalan selamat.

"I tahu you susah terima I sebab family I. But please Najiha.. I janji akan lindungi you dari Mama. In fact I dah janji dengan Daddy you, Mama dan Papa takkan boleh ganggu perkahwinan kita. Tentang Ray, we can figure out later. I sanggup tinggalkan family I untuk you !" Zack sudah fikir semasaknya.Kalau itu yang harus dilakukan supaya Jie bersetuju, Zack akur.

Jie makin serba salah. " I tak nak you lepaskan semua untuk I, Zack. Apa kata you reconsider?" Membuat  Zack terpisah dari keluarga kandung adalah satu tindakan tidak wajar bagi Jie.

Zack hanya menggeleng. " I dah habis fikir Bie ! I tunggu jawapan you saja sekarang." Masih lagi sabar menanti. Susah betul mahu meyakinkan Jie. Penat memujuk dan merayu dari siang tadi.

"Then my answer will be yes !" Akhirnya Jie bersetuju. Tak sampai hati membiarkan Zack terusan menagih jawapan.

Debaran yang tadi kencang mula surut. Bunga api terbit dihati Zack. Akhirnya Jie sudi menerima lamarannya !

"I.. speechless !!" Kalau selama ini Zack hanya mampu bermimpi tetapi kali ini segala bakal menjadi realiti. " Thanks Najiha !" Tubuh Jie didakap erat.

"Baby.. " Zack bersuara kemudiannya. "Can I kiss you , Bie? I've been waiting so long.." Lebih kepada mengusik Jie. Mengubah suasana yang tadinya serius kepada lebih santai.

"What?!" Jie tak percaya permintaan 'bodoh' itu keluar dari mulut Zack. Segera perut lelaki itu disiku. Zack mengaduh kesakitan.

" Sure ! Why not?" Jie sengaja ingin mengenakan Zack. "But after you legally became my husband !" Tertawa kemudiannya.  Gatal ! Sempat mengutuk Zack dalam hati.

"Ok ! I got it !" Zack turut sama ketawa. " Better late than never right?" Pipi Jie diusap lembut. "Promise me you won't change your mind?" Satu lagi janji ditagih.

Selagi Jie belum bergelar miliknya yang sah Zack takut ada lelaki lain berjaya merebut hati Jie.

Jie hanya mengangguk, tanda mengiyakan. Spontan teringat perbualan dengan Zulkarnain lewat telefon tadi.

Kata kata Zulkarnain ada kebenarannya. Mungkin  Zack dan dirinya memang ditakdirkan bersama. Walau terpisah namun Zack masih setia mencintai Jie.

Tolak tepi perkahwinan Zack dan Zeeta. Jie tahu Zack mengahwini Zeeta lebih kerana simpati dan tanggungjawab.

Malah , Zack hilang hala tuju dengan 'kematian' Jie. Petanda bahawa lelaki itu sangat mencintai Jie.

Justeru, Jie membuat keputusan untuk memberi peluang kedua kepada Zack. Daddy juga tiada halangan selagi Zack mematuhi syarat yang diberikan. Jie tak mahu meletak sebarang harapan. Biar masa saja menentukan.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-3-2015 02:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 4-4-2015 02:22 PM

Masih lagi berada di tempat cinta berputik. Berat untuk meninggalkan Jie sendirian. Maka Zack rela menunda kepulangan ke tanah air.

Tambahan pula, universiti sedang bercuti semester sempena musim bunga. Tiada kuliah yang perlu Jie hadiri. Masa lapang dimanfaatkan oleh Zack untuk berdua dengan Jie disini. Columbus Park of Roses ! Tempat yang sesuai untuk menghabiskan masa bersama. Bunga bunga beraneka warna menambah seri.

Disamping menikmati keindahan taman , boleh juga Zack berbincang dengan lebih serius mengenai hala tuju hubungan mereka.

Kini, Zack sudah boleh menarik nafas lega setelah mengetahui tiada hubungan cinta terjalin di antara Jie dan Adam Mathew.


Mata mengalih pandang ke arah Jie yang sedang asyik memerhatikan bunga bunga yang berkembang mekar.

Bahagia melihat wanita yang dicintai ceria. Berharap kisah mereka kali ini berkesudahan indah. Menyunting Jie sebagai penyeri hidup adalah impian Zack sejak kali pertama bersua.

"Zack.. Cantik kan bunga tu.." Jari runcing itu menunjuk ke satu arah. Bunga yang cantik berwarna ungu menarik perhatian mata.

Pelbagai spesies bunga yang Jie sendiri tak pernah kenali ditanam disini. Kesukaan Jie semestinya ros merah.

Zack hanya senyum sambil memandang Jie." I tak tahulah Bie. I cuma nampak you saja yang cantik dekat sini.. Nothing else.." Sememangnya pada pandangan Zack tiada yang lebih indah bila Jie berada disisi. Mata lebih terpesona menatap wajah yang dipuja.

Jie tahu Zack akan berkata begitu. Masak sejak dulu. Perubahan masa tidak mengubah tabiat lelaki yang pernah bergelar adik iparnya itu. Gemar mengusik.

"Kita duduk kejaplah.." Jie terus saja mengambil tempat di bangku panjang yang terdapat disitu.

Zack hanya menurut. Senang untuk berbicara. Ada banyak persoalan bermain diminda memerlukan penjelasan dari Jie.

"Bie.. Kenapa you sanggup palsukan kematian you? I macam nak gila hidup tanpa you tau.." Zack teringat keadaan dirinya yang hampir hilang pedoman meratapi 'pemergian' Jie.

Jie hanya merenung jauh sebelum bersuara. "You ingat tak pen drive yang I pernah bagi dekat you?" Ada satu petunjuk yang Jie jumpa didalam. Membawa kepada kematian palsunya.

Zack hanya angguk. " I ingat lagi !" Mula berminat untuk tahu lebih lanjut.

"Ada satu lakaran bangunan dalam pen drive itu yang sama reka bentuk dengan banglo yang kita pergi untuk cari penghantar SMS palsu itu.. Kemudian, I nampak kereta Honda bernombor plat WSH 11.. I teringat kes gadis jururawat yang cuba ugut I dengan gunakan Ku Iz dulu.. Dia suruh I naik kereta yang sama." Jie yakin Zack masih ingat kes gadis menyamar  jururawat itu.

"So I buat kesimpulan pemilik pen drive,  penghantar SMS palsu dan dalang kes gadis jururawat tu adalah orang yang sama." Jie cuba membuat Zack mengerti kaitan semua ini walau Jie sendiri keliru untuk memahami.

"Azim ke?" Zack yakin tekaannya mengena. Jie angguk mengiyakan.

"Macam mana you tahu?" Zack pening. Sudah berbelit pula jadinya.

" I lawat Julia gadis yang menyamar jururawat itu dekat penjara. Dia yang bagitau I !  I suspect Azim masih hidup masa tu cuma I tak sure ! Then I tengok balik fail dalam pen drive tu I terbaca ayat 4 doors of mind. Dari situ I buat andaian sendiri..." Jie tak nafikan Azim memang bijak. Sukar untuk menduga rancangan sebenar.

" Four doors of mind adalah kata kunci. Pada Azim I adalah punca kesengsaraan dalam hidup dia ! Since Azim tak boleh lupakan sakit hati pada I, dia pilih untuk tunjukkan kemarahan dan bertindak gila demi kepuasan diri sendiri. Pada fikiran Azim kalau I mati semua penderitaannya akan berakhir. Malah nota yang I terima dekat hospital masa Zeeta lahirkan Danish, datang dari Azim. Itu 'hint' pertama sekali yang Azim bagi setelah sedar dari koma.." Nota itu muncul sebelum Azim menghantar SMS palsu kepada Zack diikuti dengan kemunculan Azim secara nyata.

"I berpura pura mati supaya Azim rasa kesengsaraannya sudah 'pergi'."  Jie meringkaskan semua mengikut teori sendiri.

Kadang Jie rasa bersalah kerana menolak cinta Azim. Jie adalah punca Azim hilang pertimbangan.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 11:33 AM | Show all posts
dh abes kew? ade smbungan lahi x tt??
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 01:26 PM | Show all posts
thanks for the n3...tt
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak habis lagi ni...  Betul tak TT?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2015 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 1-4-2015 01:26 PM

"Tapi apa motif Azim hantar SMS palsu tu dekat I?" Masih ada persoalan yang belum terurai.

"Mama you yang suruh Azim hantar.." Jie terpaksa berterus terang. "Mama you buat macam itu sebab nak timbulkan salah faham. Supaya you benci I dan Ray ceraikan I." Jie tak salahkan Tengku Safiah walau agak terkilan.

Sanggup ibu mertuanya bersekongkol dengan Azim hanya semata mata untuk menyingkirkan Jie dari hidup Rayyan dan Zack. Tengku Safiah beranggapan Jie punca pergolakan rumah tangga Zack dan Zeeta ketika itu.

Zack sukar untuk menerima hakikat. "Sorry Bie ! I bukan tak percaya you.. Macam mana Mama kenal Azim? Lagi satu, you menantu Mama, I tak rasa Mama sanggup fitnah you sampai macam tu.." Zack yakin Jie tersilap. Tengku Safiah takkan tega berbuat begitu.

"Azim anak kawan Papa you. For surelah Mama you kenal.." Jie menjawab sinis. Pandangan dialih dari menghadap wajah Zack.

Jauh hati bila lelaki itu meragui kata katanya. "I bukan nak burukkan Mama you, tapi itulah hakikatnya. Ada kemungkinan Mama you tak tahu Azim pernah cuba bunuh I..  Kalau you rasa I menipu , terpulanglah !" Jie malas mahu panjang cerita.

Setakat yang Jie tahu Azim juga banyak menyebar fitnah tentang Jie kepada Mama mertuanya. Jadi bukan salah Tengku Safiah. Anggap saja wanita anggun itu terpedaya dengan ulah Azim. Tambahan pula, Azim memang bijak memanfaat keadaan. Jie sangat faham permainan Azim.

-to be continued-
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2015 10:32 AM | Show all posts



sambung lagi ????


panjang tol cite nih....

tak sabar nak tau penghabisan...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2015 10:38 AM | Show all posts
kata nk abes dh..ni makin makin panjang plak..pelik2..huhu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2015 11:11 AM | Show all posts
mama_donut replied at 1-4-2015 10:38 AM
kata nk abes dh..ni makin makin panjang plak..pelik2..huhu..

I tak suke ada persoalan yang tertinggal atau tak terjwb dalam cerita
kalau panjang sangat ending ni maafkan lah I
haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2015 12:57 PM | Show all posts
menunggu lagi gamaknya
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2015 11:17 AM | Show all posts
elia201 replied at 1-4-2015 11:11 AM
I tak suke ada persoalan yang tertinggal atau tak terjwb dalam cerita
kalau panjang sangat endin ...

ok..mama xkesah..cuma ari tue tt ckap lagi 5 6 entri nk abes..huhu..cpat update ye??

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2015 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 4-4-2015 04:28 AM

"Excuse me..." Seorang gadis yang sedang berjalan ditaman berhenti lalu  mendekati Jie dan Zack. Mematikan perbualan antara mereka berdua.

"I think I know you !  Your husband is Rayyan Hardy isn't?" Wajah unik yang pernah menarik perhatian dulu direnung. Teruja. Tak menduga dapat bersua lagi.

Jie tersentak. Wajah dihadapannya agak asing di pandangan mata. "Erm.. Rayyan Hardy? It's a nice name ! Unfortunately I've never known anybody with that name.." Nampaknya Jie terpaksa menipu. Otak bekerja keras mengingati gerangan pemilik wajah dihadapan mata.

"Oppss sorry !" Gadis itu ralat tersalah orang. "But your face looks exactly like her ! " Tak mungkin pelanduk dua serupa ! Pasti sangat inilah wanita yang pernah ditemui dulu. Memandu laju sehingga hampir melanggar keretanya yang rosak.

Walau pertama kali berjumpa namun keunikan rupa paras Jie sukar dilupakan. Pernah cuba menghubungi Rayyan melalui nombor telefon yang terdapat dalam kad nama yang diberi untuk bertanyakan khabar Jie namun hasrat dibatalkan. Segan mahu merisik khabar isteri orang.

"Really?" Jie ketawa. "May be you got wrong person Miss ---"

"Rina. Panggil I Rina." Gadis itu menyampuk sambil menghulur tangan tanda perkenalan.  Jie hanya menyambut.

"I Lisa !" Jie memperkenalkan diri. "Nice to meet you Rina !" Baru teringat inilah gadis yang memarkir kereta dipinggir jalan sehingga membuatkan Jie nyaris terlanggar.

"Actually I ada jumpa seorang muka macam you... Dah kahwin and suami dia nama Rayyan Hardy... Masa itu keadaan kelam kabut sebab dia pengsan. So I sempat borak sekejap dengan husband dia." Rina bercerita tanpa dipinta.

Mata memandang ke arah Zack pula. Kacak ! Sempat memuji dalam hati."And you are ?" Rina memula bicara. Terpaku sejenak melihat Zack yang hanya membisu disamping Jie.

"Daniel.."Tak sedap hati dengan kehadiran Rina maka Zack menggunakan panggilan lain. Tambah pula apabila mendengar nama Rayyan jadi sebutan.

"Oh I see ! Muka you all nampak seiras ! Adik beradik ke?" Rina kepingin untuk mengenali 'Lisa' dengan lebih dekat. Sengaja berkata begitu untuk mengetahui hubungan lelaki dihadapannya dengan Lisa.

"No !" Zack segera menafikan. " I am her husband.." Entah kenapa Zack merasa Rina tampak 'berminat' dengan Jie. Lancar saja lidah menipu. Takut wujud Sheera yang pernah jatuh hati pada Jie meskipun sesama jantina !

Walau terkejut dengan pengakuan Zack, Jie hanya membiarkan.

Rina senyum manis. Faham wanita cantik memang selalu sudah dimiliki. "By the way, I tengah cari muka komersial macam you untuk jadi model .. I dari modelling agency.." Kad nama dihulurkan kepada Jie.

" You ada semua kriteria yang I nak ! Kalau you berminat you boleh call I !" Tak kisahlah salah orang atau tidak,   Rina memang terpikat dengan kecantikan serupa wanita dihadapannya sejak kali pertama bersua.

Jie hanya mengangguk. Kad nama bertukar tangan. Rina pamit meminta diri untuk berlalu.

"I rasa lain macamlah dengan dia, Bie..." Zack meluahkan gusar dihati.

Tiada respon dari Jie. Zack menduga Jie mungkin berkecil hati kerana hal tadi.

" Baby.. " Zack tak keruan." You marah I ke?" Risau Jie merajuk.

Namun, Jie hanya menggelengkan kepala. "I terfikir Rina pernah jumpa Ray. Manalah tahu mereka still keep in touch..."Sebenarnya Jie juga tak menduga mereka boleh terserempak disini.

Zack memikir kemungkinan yang sama sejak kemunculan Rina tadi. Bimbang Rayyan mengetahui Jie masih hidup sebelum Jie sah menjadi miliknya.

"Bie.. Bahu Jie disentuh lembut. " Ikut I balik Malaysia ! Kita jumpa Daddy you.. I nak minta restu Daddy you untuk jadikan you isteri I.. I promise I takkan benarkan Papa, Mama atau sesiapa saja dari kalangan keluarga I dekati you atau sakiti hati you.. I nak hidup berdua dengan you saja.."  Bagi Zack cukup saja andai Jie sentiasa disisi. Jie lebih dulu muncul dalam hidupnya  berbanding keluarga kandung sendiri.

"I kena habiskan pengajian I dekat sini.." Jie beralasan. Berat untuk pulang ke tanah air. "You balik dulu lah..."Lagi pun cutinya berbaki 5 hari saja lagi. Penat ! Takut jet lag pula.

"Bie.. Berapa tahun lagi you nak I tunggu?" Zack agak kecewa. Jie tampak tidak bersungguh bersetuju mengahwininya.

"You boleh extend study you dekat sini sementara I settle urusan kita dekat Malaysia.  Atau you boleh further study dekat mana mana universiti di Malaysia lepas kita kahwin.." Zack tak nampak sebarang masalah untuk Jie mengikut pulang. Tentang keluarganya, Zack pandailah menguruskan kemudian.

Jie hanya mengeluh. "Bagi I discuss dengan Daddy I dulu." Jawapan selamat diberi. Jie tak mahu terburu buru buat keputusan. Takut pisang berbuah dua kali. Buat masa ini biarlah dirinya dianggap sudah 'mati' oleh semua kenalan di Malaysia.

Sukar untuk Zack sembunyikan kekecewaan hati. " Nampaknya you pilih untuk teruskan 'lakonan' kematian you. Mungkin you dah 'terbiasa' jadi Lisa sebab tu you tak nak hidup sebagai Najiha.." Keluhan berat kedengaran.

"I takkan paksa you hidup dengan I kalau you tak nak... I akan tunggu sampai you betul betul bersedia untuk bersama I.." Zack terpaksa mengalah.

"You had my heart Baby... Till the end of my life.." Dari dulu hingga sekarang cinta dalam hati Zack hanya pada Najiha.

"Zack please... I cuma serik terluka lagi.." Jie sedar Zack kecewa dengan tingkahnya.

"I tahu Baby.." Zack senyum, hambar. Wajah cantik itu direnung.

"I takkan perbodohkan diri I kejar dan cintakan you selama bertahun tahun kalau I nak lukakan hati you ! Tak kira besar mana pun fitnah atau dugaan, I tetap akan percayakan you.. I takkan ulang kesilapan yang Ray buat. Trust me !" Walau lelah mengungkap ayat yang sama namun demi mendapatkan wanita yang dicintai, Zack sanggup.

Jie terpaku. Mencari kesungguhan disebalik kata kata Zack. Tak mahu sejarah lama berulang. Bayangan Tengku Safiah dan Rayyan muncul mengganggu sekaligus membuat lidah kelu berbicara.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2015 04:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 6-4-2015 07:54 PM

Lapangan terbang antarabangsa Port Columbus menjadi saksi perpisahan antara mereka. Lebih tiga minggu menghabiskan masa berdua, membuat Zack resah untuk meninggalkan Jie bersendirian di Ohio. Banyak urusan yang tergendala untuk diuruskan di Malaysia sebelum Zack boleh kembali bersama Jie semula.

Puas sudah Zack memujuk supaya Jie mengikut pulang sekali namun Jie berkeras. Sayang untuk meninggalkan pengajiannya separuh jalan. Walau Zack berjanji mereka tetap akan kembali untuk menetap disini selamanya, Jie masih saja menolak.

Kecewa namun Zack terpaksa akur. Langkah diatur lemah. Jie yang menemani disisi kelihatan tenang.

Entah kenapa Zack merasa seperti tidak akan bertemu Jie lagi sedangkan wanita itu sudah berjanji akan menunggu kepulangan Zack disini untuk hidup berdua. Takut Jie memungkiri janji lagi.

"Bie.." Zack meletakkan beg yang dipegang disisi. Jari jemari Jie dicapai. "Betul you tak nak ikut I balik ?" Masuk kali ini sudah lebih 10 kali Zack bertanyakan soalan yang sama. Berharap Jie berubah fikiran dan setuju pulang ke Malaysia untuk mengahwininya.

Masih saja Jie menggeleng , tanda tidak mahu mengikut pulang. " I ada kelas sampai summer.." Alasan yang sama diulang.

"Kita boleh balik sini lepas semua selesai.. You tetap akan teruskan pengajian you macam biasa, Bie.." Zack mencuba buat kali terakhir. Mata menjeling melihat waktu penerbangan ke Newark yang tertera diskrin. Sempat untuk Jie berubah fikiran.

Malangnya, Jie masih lagi berdegil. Enggan menurut. Zack pasrah. Seutas rantai dikalungkan ke leher Jie.

"Anggaplah ini pengganti diri I. I nak you pakai selalu.." Kalau ikutkan hati Zack tidak ingin berjauhan lagi. "  Promise me you akan jaga diri you untuk I, Baby ! I datang balik nanti untuk bersama you.." Tubuh Jie didakap erat. Sukar untuk dilepaskan.  

Jie hanya angguk. " I tunggu you Bie.." Sayu dirasakan untuk membiarkan Zack berlalu. "Pergilah... Nanti you miss flight pula.." Senyuman diukir untuk tidak membiarkan hati hanyut. Bimbang fikiran berubah nanti.

" Thanks baby ! I pergi dulu.. " Pegangan tangan mereka terlerai. Saat perpisahan memang memeritkan.

Zack melangkah terpaksa menuju ke kaunter pemeriksaan. Sesekali berpaling merenung Jie yang masih setia berdiri. Mengharap keajaiban berlaku.

Sayangnya, Jie hanya terpaku membisu malah berpaling untuk pergi. Zack hampa. Mungkin masa saja akan menentukan nasib perhubungan mereka. Langkah diatur longlai.

I love you Najiha ! Hati Zack berbisik sayu. Cintanya masih tertinggal di Ohio.

Kini, jarak dan masa pemisah mereka.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 03:22 AM GMT+8 , Processed in 0.068031 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list