|
ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015
[Copy link]
|
|
Fandi berkerut memerhatikan keadaan biliknya yang bertukar rupa. Sebenarnya, tiada apa sangat pun yang berubah. Semua masih sama. Meja belajar dan almari masih di posisi yang sama. Gitarnya masih tersadai di tepi meja. Dua buah kotak berisi komik masih ada di satu sudut hujung walaupun Puan Sairah berkali-kali bising mahukan ianya di buang. Yang berbeza cuma saiz katilnya. Dari saiz katil bujang sudah bertukar menjadi saiz katil permaisuri.
Alamak! Macam mana boleh lupa pasal ni?
Kening Fandi berkerut lagi. Dia menoleh ke arah Fifi yang masih terkebil-kebil. Kemudian, tanpa berkata apa-apa lagi, Fandi membawa masuk beg-beg mereka yang berisi baju dan lain-lain barang keperluan.
“Sofea” Fandi memanggil Fifi yang berdiri di depan pintu bilik tidur.
“Masuklah” Dalam teragak-agak, Fifi menurut. Matanya memerhatikan saja bilik Fandi.
“Bilik air dalam rumah ni ada satu je. Dekat dengan dapur. Awak kena exercise lebihlah ya kalau nak pergi bilik air” Fandi menerangkan. Mana mungkin dapat di samakan dengan banglo mewah milik bapa mertuanya. Setiap bilik tidurnya mempunyai bilik air sendiri. Fifi mengangguk sahaja.
“Awak” Fandi teragak-agak untuk berkata. Jenuh otaknya menyusun ayat.
“Mak dengan abah…errr… tak tahu yang kita…errr… tak….sebilik” Fandi menghentikan ayatnya di situ, memerhatikan reaksi Fifi. Fifi masih diam.
“Kalau dia orang tahu, mesti banyak soal jawab” Fandi berkata lagi.
“Minta maaflah kalau awak tak selesa, tapi…”
“Saya faham” Fifi menjawab pantas. Fandi pula yang terdiam.
“Saya nak mandi dulu” Fifi berkata. Dia berlalu perlahan di hadapan Fandi, mengambil barang-barang keperluan di dalam beg, tuala dan bajunya dan berlalu keluar menuju ke bilik air. Fandi hanya memerhatikan saja.
Usai mandi, Fifi terdengar suara berbual-bual di dapur. Suara Fandi dan Puan Sairah sedang rancak berbual. Fandi sedang duduk di meja makan, menunggu giliran hendak menggunakan bilik air. Mata mereka bertembung lagi.
“Piah, lepas ni kita makan sama-sama ek?” Lembut suara Puan Sairah mengajak. Fifi tersenyum mengangguk. Sedang eloklah pun. Perutnya memang sudah berkeroncong minta di isi. Sempat menjeling lauk yang sudah terhidang di atas meja. Ketam masak lemak dan sayur kangkung goreng. Tidaklah mewah tapi cukup membangkitkan seleranya. Terasa bayi di dalam perutnya turut bergerak.
Sabar baby, sabar. Mama pun lapar ni. Fifi melihat Fandi sudah bangun untuk menuju ke bilik air.
“Tunggu saya dalam bilik, kita solat Isya’ sama-sama” Fandi berkata perlahan apabila lalu di sebelah Fifi dan kemudian terus menuju ke bilik air. Fifi terkebil-kebil untuk kesekian kalinya sebelum berlalu menuju ke bilik tidur Fandi.
****************************************************************
Last edited by Nicki_Meow on 10-9-2012 10:29 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Untuk pertama kali sejak berkahwin, Fandi menjadi imam kepada Fifi. Agak malu juga Fifi pada mulanya kerana dia sudah lupa niat dan cara solat berjemaah. Hendak tak hendak, terpaksalah dia mengaku dan bertanya meminta tunjuk ajar. Yalah, takkan mahu berniat solat seperti biasa. Tetapi, Fandi tenang-tenang saja mengajarnya secara ringkas. Langsung tidak memandang rendah padanya. Tersentuh juga hati Fifi dengan kesabaran Fandi melayan kerenahnya sejak dari berkahwin hinggalah sekarang.
“Amin” Fandi selesai membaca doa ringkas selepas solat dan di aminkan oleh Fifi.
“Awak” Fifi memanggil perlahan. Fandi berpaling. Fifi menghulurkan tangan untuk bersalam lalu di sambut. Tangan suaminya di cium. Entah angin apa yang melanda jiwa, Fifi terasa sebak secara tiba-tiba. Air matanya turun tanpa dapat di tahan.
“Eh…Sofea. Kenapa ni?” Fandi panik. Tiba-tiba menangis, haruslah dia panik. Fifi hanya menggelengkan kepala. Hanya air matanya turun menitis.
“Sofea” Wajah isterinya yang basah dengan air mata di tatap lama. Fandi menarik nafas. Perlahan-lahan, Fandi menyapu air mata Fifi dengan tangannya. Dia menghampiri Fifi. Dahi Fifi di kucup lembut.
“Awak okay?” Fandi bertanya lagi. Kali ini Fifi mengangguk.
“Kenapa menangis lagi ni?” Fifi menggelengkan kepala. Fandi turut menggelengkan kepala.
“Sudahlah, jom kita makan. Baby pun mesti dah lapar” Fandi mengajak dan mengukir senyuman. Fifi yang sudah reda tangisnya mengangguk.
*******************************************************
Last edited by Nicki_Meow on 10-9-2012 12:43 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
sarizu posted on 10-9-2012 09:52 AM
jgn x tau cek nicki
i brgn nk pkai gown pgntin yg abe Bernard buat tau!
Ewah...ewahhh... ewahhhh.. Banyaknya demand!
Sila kejutkan Liana bangun dari tidur dulu ye....
|
|
|
|
|
|
|
|
Situasi di ruang dapur bertukar meriah. Fifi memerhatikan saja Fandi, Puan Sairah dan Encik Omar, bapa mertuanya berborak. Rancak sungguh. Encik Omar, walaupun air mukanya serius, tetapi bila membuat lawak, boleh ketawa besar di buatnya. Mengumpatkan Pak Samad, yang kononnya ada hati nak berbini dua.
Adakalanya Fifi menurut serta dalam perbualan. Segala pertanyaan di jawab dengan elok. Segan dan malunya berkurangan. Dia mula berasa selesa. Pada awalnya, dia takut-takut juga sekiranya ibu dan bapa mertuanya meminggirkan dirinya. Tetapi tidak. Malah, di layan dengan baik pula. Sebaknya datang lagi tetapi di tahan saja.
“Tambah lagi Piah?” Puan Sairah mempelawa untuk kali ketiga. Fifi mengangkat muka dan tersenyum.
“Cukuplah mak. Dah kenyang” Fifi menjawab, menolak dengan baik. Sudah bertambah dua kali, memang terasa penuh perutnya.
“Makan untuk dua orang, apa salahnya. Tambah lagi Piah, jangan malu” Encik Omar pula mempelawa.
Aduh, dah lekat nama Piah. Sabar Fifi sabar. Jangan buat keras kepala kat sini. Piah pun Piahlah…
“Betul abah, dah kenyang” Fifi menjawab lagi. Sesekali menjeling ke arah Fandi yang tersengih memandangnya.
Dengan kopi panasnya, dengan keropok goreng, perbualan berlangsung hingga hampir pukul dua belas malam. Fifi sudah tersengguk-sengguk di meja makan.
“Piah, pergilah tidur. Kalau kamu layan abah dengan Abang Fandi kamu ni, sampai esok pagi tak habis” Puan Sairah berkata. Fifi mengangguk. Memang itu yang di tunggu, tidur. Hendak meminta diri awal-awal tadi seperti segan pula.
“Sudahlah Fandi, esok aje berbual. Ajak Piah masuk tidur” Puan Sairah menegur Fandi pula. Fandi menarik nafas. Memandang Fifi. Sekali lagi mata mereka bertaut lama.
“Saya masuk tidur dululah mak” Fifi meminta diri, melarikan pandangan dari mata Fandi.
“Tak apa..tak apa. Cawan tu biar mak basuh. Kamu pergi tidur” Puan Sairah menahan apabila Fifi hendak mengangkat cawan susunya ke sinki. Fifi mengangguk pantas. Dia bangun lalu melangkah menuju ke bilik tidur. Last edited by Nicki_Meow on 10-9-2012 01:38 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
lenkali jama' taqdim terus la nicki...sian baby lapar dah tu
fandi siap2 kasi tnjuk ajar...“Tunggu saya dalam bilik, kita solat Isya’ sama-sama” Fandi berkata perlahan
Last edited by sarizu on 10-9-2012 10:09 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 10-9-2012 09:56 AM
Ewah...ewahhh... ewahhhh.. Banyaknya demand!
Sila kejutkan Liana bangun dari tidur dulu ye.... ...
errkkk
|
|
|
|
|
|
|
|
sarizu posted on 10-9-2012 10:03 AM
lenkali jama' taqdim terus la nicki...sian baby lapar dah tu
fandi siap2 kasi tnjuk ajar.. ...
Fandi lupa nak buat jama' masa kat highway....
|
|
|
|
|
|
|
|
Perlahan-lahan Fifi menolak pintu bilik tidur Fandi. Dia melangkah dua tapak ke dalam lalu langkahnya terhenti.
Fandi nak tidur sini juga ke?
“ 'Gebo dalam gobok' ” Terdengar suara di belakangnya. Tersentak sedikit Fifi. Dia berpaling perlahan. Fandi sudah berada di belakang.
“Gebo tu apa? Gobok?” Kening Fifi berkerut.
“Selimut dalam almari” Fandi berkata lagi. Tersengih sedikit lalu berjalan ke arah almarinya. Sehelai selimut di keluarkan lalu di letakkan di atas katil. Kemudian, Fandi mengangkat muka. Mereka bertentangan mata. Lama.
“Awak…tidurlah kat sini. Saya tidur kat luar. Saya tahu awak tak selesa” Fandi bersuara setelah lama terdiam. Dia berjalan menuju ke arah pintu. Fifi teragak-agak.
“Kalau mak dengan abah tanya…” Fifi bersuara perlahan.
“Tak apalah. Nanti saya pandai-pandai kasi alasan” Fandi menghadiahkan senyum lalu berjalan keluar. Suis lampu biliknya di tutup serta pintu bilik.
TAP.
Setelah pintu di tutup, Fifi segera menekan semula suis lampu di sebelah pintu. Baru lega sedikit hatinya. Rahsia yang ini juga tidak pernah di beritahu Fandi. Rahsia yang dia takut gelap. Tapi, Fifi juga tidak boleh tidur jika lampu terlalu terang. Bilik tidurnya di rumah papa ada lampu tidur sebagai peneman.
Takkan nak demand lampu tidur pulak? Hhhmmm....Macam mana nak tidur ni?
Fifi tersandar di pintu bilik.
Fandi bersandar di pintu bilik. Rambutnya di gosok-gosok beberapa kali. Nafasnya di tarik dalam-dalam. Bagai terasa adrenalin yang mengalir deras melalui setiap urat sarafnya dari kaki hingga ke kepala.
Fandi melihat jam di dinding. Menarik nafas sekali lagi. Mungkin adrenalinnya yang mengalir laju boleh di lepaskan di tempat lain.
Game Man U dah nak start ni…
Segera dia berjalan menuju ke ruang tamu. Tidak mahu memperdulikan bisikan hati yang menyuruh dia kembali masuk ke dalam bilik. Last edited by Nicki_Meow on 10-9-2012 01:18 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah.. habis! Nak bertenggek kat rumah lain pulak.... |
|
|
|
|
|
|
|
Man U vs sapa nicki?
|
|
|
|
|
|
|
|
sarizu posted on 10-9-2012 10:20 AM
Man U vs sapa nicki?
Man City ka... Liverpool ka....
Mana-mana game yang Man U menang... game itulah yang Fandi tengok....
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 10-9-2012 10:22 AM
Man City ka... Liverpool ka....
Mana-mana game yang Man U menang... game itulah yang Fandi ten ...
errr...kalau Man U kalah agak2 Fandi msuk bilik tak?
dia buat game sdri smpai menang
|
|
|
|
|
|
|
|
Plot seterusnya...
Bunyi mergastua menakutkan fifi. Bulu roma meremang, tegak berdiri. Fandi.. di mana Fandi?
Sementara itu, Fandi yang berada di ruang tamu tidak dapat memberikan sepenuh tumpuan pada game yang sedang berlangsung. Hmm.. selesakah fifi? Sudah lena kah dia? Lolongan anjing tiba-tiba kuat pula malam ni. Anjing liar memang sering berkelaiaran waktu malam. Orang-orang PERHILITAN ni pun satu... selagi tak ada mangsa, selagi itu tidak diambil sebarang tindakan.
Lantas butang merah pada remote control pun ditekan. Fandi bangun. Niatnya hendak menjengah Fifi. KREKKKK!!! Bunyi daun pintu ditolak memeranjatkan Fifi dalam cahaya suram bilik. Sudahlah tadi bunyi lolongan anjing yang memekik. Seram sejuk dirinya dari tadi . dia memerlukan Fandi saat ini.
"Awww!!! " Fifi menjerit sebaik sahaja ternampak kelibat hitam menjengah ke bilik. Maklumlah dengan hanya bertemankan cahaya bulan yang pudar di luar .
Fandi panik. Dia meluru ke arah Fifi yang sduah menggigil di katil. Tubuh Fifi dipeluk. Cuba menenagkan hati isterinya itu. "kenapa ni sayang?" Fandi bertanya lembut.
Fifi memaut erat tangan yang memeluknya. Semakin kuat lengan Fandi digenggam. Dan sekali lagi suara lolongan anjing kedengaran membuatkan Fifi merangkul pula leher suaminya. Mukanya ditekup ke dada yang bidang. Fandi tergamam seketika. Sesaat kemuidan tangannya mula menjalar. Belakang isterinya dibelai dengan penuh kasih sayang...
Ok next! Sebelum lady caras cerita nicki...
Ya Ampun! |
|
|
|
|
|
|
|
sarizu posted on 10-9-2012 10:45 AM
i dh pndai lama dah...x mau tnjuk bakat je...
lama2 terserlah juga kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 10-9-2012 10:38 AM
Plot seterusnya...
Bunyi mergastua menakutkan fifi. Bulu roma meremang, tegak berdiri. Fandi.. di ...
ahhahaha..kan lady dah startkan game...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|