CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anak_Nogori

[Tempatan] Waran tangkap terhadap Clare Brown Sarawak Report...PDRM.

[Copy link]
Post time 5-8-2015 03:53 PM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 5-8-2015 03:50 PM
Dah byk sgt dosa fitnah kat najib..tu lah jadinya..

lol kira DOSA orang .....?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-8-2015 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
abas8888 replied at 5-8-2015 02:57 PM
reference yg mengatakan tony puang bangkang perisytiharan dana politik..

http://www.thepsykick.co ...

Aikkk..org pertama mengelupor..dia bangkang istihar dana politik ke?..bukan ke dap ni nak telus mulus?.

Ke takut ada penyumbang spt yahudi, vinsent tan, pap, komunis tak nak sumbang dana lagi?.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 04:03 PM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 5-8-2015 03:54 PM
Aikkk..org pertama mengelupor..dia bangkang istihar dana politik ke?..bukan ke dap ni nak telus mu ...

Rasanyer takder yg mempetikaikan tentang DANA POLITIK asalnyer..heheh Hanya BN yg SPIN topik Derma ke PERSONAL AKAUn ke DANA POLITIK.hehhe tektik nak tukar main-issue lah tu



Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 05:38 PM | Show all posts
memang macam drama pilipina laaa.....bukti macam2 dah....duk kata pitenah....dakwaan pelesu....derma bagai...tapi citer tak abes2 lagi.

Panjat la pokok tinggi2....jatuh nanti kedebush lagi sakit.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 05:43 PM | Show all posts
Changa replied at 4-8-2015 08:50 PM
laporan pelsu?

habis tu menggelupor dok tangkap abg2 MACC dan DPP atas siasatan leak doku ...

dah tahu palsu takyah lah nak tangkap bagai.drama swasta lawak.

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 05:57 PM | Show all posts
Waran tangkap pengarang Sarawak Report sia-sia, kata peguam

OLEH V. ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA
Published: 5 August 2015 3:07 PM
http://www.themalaysianinsider.c ... sia-sia-kata-peguam

Waran tangkap terhadap Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown tidak boleh dikuatkuasakan di luar Malaysia, kata peguam sambil menambah warga British itu tidak mungkin akan menjejak kaki ke negara ini dalam masa terdekat bagi membolehkan polis menangkapnya.

Mereka berkata, pihak berkuasa Malaysia hanya "bermimpi" dan perbuatan mereka hanya menunjukkan memperbodohkan diri sendiri kerana kesalahan yang beliau didakwa lakukan dan sedang disiasat bukan merupakan satu jenayah di United Kingdom.

Mereka berkata, sebarang cubaan mengekstradisi Rewcastle-Brown dengan bantuan pendakwa raya jabatan peguam negara Britain akan gagal.

Peguam Joshua Teh berkata, waran itu hanya boleh dikuatkuasakan terhadap Rewcastle-Brown jika beliau datang ke Malaysia untuk menyerah diri kepada agensi penyiasat itu.

"Waran tangkap itu tiada nilai di luar Malaysia. Ia diperolehi hanya untuk satu usaha untuk mengaburi mata rakyat Malaysia yang mudah ditipu," katanya kepada The Malaysian Insider.

Teh berkata waran tangkap itu hanya menunjukkan Rewcastle-Brown dikehendaki pihak berkuasa Malaysia. "Polis hanya boleh menangkap dan menahannya jika dia di bumi Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan yang memetik ketua Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohmad Salleh mengatakan polis memperoleh waran tangkap terhadap Rewcastle-Brown dan akan memulakan proses mendapatkan bantuan daripada Interpol dan Aseanapol untuk memudahkan penahanannya.

Mohmad berkata, Rewcastle-Brown, yang berpangkalan di UK, akan disiasat mengikut Seksyen 124B dan 124I Kanun Keseksaan, yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Mohmad dalam satu kenyataan petang semalam berkata, waran tangkap itu diperolehi daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Rewcastle-Brown dituduh menggunakan maklumat yang didakwa palsu atau diubahsuai dalam pendedahan Sarawak Report mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB), yang diperolehi daripada bekas pengarah PetroSaudi International, Xavier Andre Justo.

Laman web Sarawak Report disekat oleh pengawal selia Internet Malaysia lebih dua minggu lalu kononnya kerana kandungannya mempunyai maklumat palsu yang boleh mengganggu "kestabilan negara".

Peguam Datuk N. Sivananthan berkata, pendakwa British tidak akan menghulurkan sebarang bantuan kepada rakan mereka dari Malaysia untuk mengekstradisi beliau kerana undang-undang United Kingdom tidak menganggap suatu kesalahan tindakan yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

"Ia pastinya bukan satu kesalahan di sana. Jadi, soal ekstradisi tidak berbangkit," kata Sivananthan, yang juga seorang peguam Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Peguam S.N. Nair menyifatkan tindakan polis satu usaha mengaburi mata masyarakat Malaysia yang mudah tertipu untuk menunjukkan mereka ada bertindak terhadap warga British itu.

Beliau berkata, Malaysia dan United Kingdom mungkin mempunyai persefahaman untuk mengekstradisi suspek, tetapi kerajaan British tidak mungkin memberi bantuan kerana kesalahan di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan itu sesuatu yang asing di sana.

"Pendakwa raya pejabat peguam negara mereka tidak akan melakukan sesuatu yang tidak sah dengan menghantar Rewcastle-Brown ke Malaysia kerana orang awam dan media di sana sedang memerhati," kata Nair, bekas pegawai polis yang pernah mengendalikan kes ekstradisi .

Nair berkata, waran tangkap terhadap Rewcastle-Brown hanya mekanisme permulaan dan Peguam Negara Malaysia perlu mendapatkan kerjasama rakannya di Britain untuk menangkap beliau.

Melihat bukti daripada laporan akhbar, Nair berkata, hampir mustahil permohonan bagi waran tangkap atau perintah ekstradisi itu akan berjaya.

"Tindakan pihak polis ini usaha yang sia-sia dan membazirkan dana awam," katanya.

– 5 Ogos, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.HD87GAFS.dpuf
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2015 06:02 PM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 5-8-2015 03:54 PM
Aikkk..org pertama mengelupor..dia bangkang istihar dana politik ke?..bukan ke dap ni nak telus mu ...

dana politik lah sangat..2.6 billion plak tu..dari middle east lak tu..kalau dari penyokong umno..boleh lah kata derma ikhlas..ni dari middle east..apa kejadahnya nak derma ikhlas pada pm..
aku rasa tun m n team pun dah sedar kesilapan dia orang..menghebah-hebahkan penemuan dia orang..untuk tarik crowd..bukanlah sesuatu yang bijak..sebabnya lebih mudah ds najib banteras..seeloknya semuanya dilakukan secara senyap dan terancang..sedar-sedar dah keluar waran tangkap sahaja untuk najib..barulah dia xleh halang..

so terpaksa start dari awal..yang lebih best..kali ni najib boleh lebih berhati-hati..barisan terkuat telah disediakan untuk perperangan v2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2015 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
ResellerMaxis replied at 5-8-2015 06:02 PM
dana politik lah sangat..2.6 billion plak tu..dari middle east lak tu..kalau dari penyokong umno.. ...

Itu bukan soalnya..soalnya artikal atau seksyen mana yg boleh didakwa sesaorang, parti boleh didakwa krn menerima derma atau dana politik ni..

Kalau boleh didakwa..tun org pertama didakwa krn beliau sendiri mengaku menyerahkan dana politik pada pak lah berjumlah 1.4 billion dlm bentuk cash dan aset serta saham..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2015 06:29 PM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 5-8-2015 06:13 PM
Itu bukan soalnya..soalnya artikal atau seksyen mana yg boleh didakwa sesaorang, parti boleh didak ...

Kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam bahawa sejumlah RM2.6 bilion wang yang dipindahkan ke akaun peribadi Dato’ Seri Najib Tun Razak adalah derma politik mengundang lebih banyak persoalan mengenai rasuah dan pecah amanah yang perlu disiasat.

Saya ingin mengingatkan Dato’ Seri Najib Tun Razak dan rakyat Malaysia bahawa skop siasatan Pasukan Petugas Khas (“Special Task Force”) yang dianggotai oleh SPRM, BNM, PDRM dan Peguam Negara adalah untuk menyiasat secara keseluruhan urusniaga 1MDB untuk memastikan tidak ada pecah amanah atau salah guna kuasa. Ini meliputi semua tuduhan yang dibawa sebelum ini termasuklah tuduhan wang 1MDB dipindahkan ke akaun milik individu yang rapat dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak seperti Jho Low; sehinggalah kegagalan 1MDB memenuhi komitmen kewangannya untuk membayar hutangnya yang telah mencecah RM42 bilion.

Urusniaga pemindahan wang sebanyak RM2.6 bilion ke akaun peribadi Dato’ Seri Najib Tun Razak hanyalah satu tugasan kecil yang kebetulan mendapat perhatian rakyat apabila Wall Street Journal mendedahkan adanya dana yang dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri. Oleh yang demikian, kenyataan SPRM semalam tidak sedikit pun menjawab soalan-soalan penting yang perlu disiasat oleh Pasukan Petugas Khas yang bertanggungjawab kepada rakyat untuk merungkai semua persoalan mengenai 1MDB.

Malah, kenyataan SPRM semalam mengundang lebih banyak persoalan mengenai sumbangan politik berjumlah RM2.6 bilion itu, terutamanya berhubung peruntukan-peruntukan khusus Akta SPRM 2009 seperti berikut:

§  Seksyen 3 Akta SPRM menetapkan bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak adalah penjawat awam yang tidak dibenarkan menerima “suapan” dalam apa jua bentuk sekali pun. Takrifan “suapan” di bawah akta ini termasuklah hadiah dan derma apabila hadiah dan derma itu diberikan untuk mendapat balasan.

§  Seksyen 50 Akta SPRM menetapkan bahawa sekiranya seorang penjawat awam memberi atau menerima suapan, penjawat awam itu telah melakukan satu rasuah.

§  Seksyen 16 Akta SPRM menetapkan bahawa seseorang yang didapati bersalah melakukan rasuah boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun.

Tidak ada rakyat Malaysia yang waras yang boleh menerima penjelasan bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak menerima derma sebanyak RM2.6 bilion dari seseorang untuk membiayai kempen PRU13 Barisan Nasional tanpa penderma itu mendapat sebarang balasan. Oleh itu, derma yang disebut-sebut oleh pimpinan Umno sekarang ini boleh digolongkan sebagai suapan mengikut Seksyen 3 Akta SPRM.

Oleh itu, pada hari ini telah mengarahkan pimpinan KEADILAN di seluruh negara di semua peringkat untuk membuat laporan kepada SPRM mendesak SPRM memulakan siasatan terhadap sumbangan politik itu mengikut peruntukan di bawah Akta SPRM 2009.  Satu pekeliling dengan laporan contoh telah dikeluarkan kepada pimpinan KEADILAN di seluruh negara bagi tujuan ini.

Saya menjemput seberapa ramai rakyat Malaysia untuk turut sama membuat laporan SPRM untuk menyiasat mengenai sumbangan politik kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak ini sebagai luahan rasa marah rakyat kepada perkembangan politik mutakhir.


RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 06:32 PM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 4-8-2015 08:17 PM
Beliau dikehendaki utk siasatan terhadap laporan palsu yg boleh mengancam keselamatan awam.

Siapa yang sahkan laporan tu palsu Ankle AN?

Pikir baik2 sebelum jawab... nanti tang pasal2 kena maki ... dah tua2 pun dungu ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2015 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI replied at 5-8-2015 05:57 PM
Waran tangkap pengarang Sarawak Report sia-sia, kata peguam

OLEH V. ANBALAGAN, PENOLONG PENGARAN ...

Sia sia atau tidak..bukan mana2 peguam yg tentukan...

Pdrm menjalankan tugas mereka mengeluarkan waran tangkap...soal clare berani masuk malaysia atau serah duri atau tidak..tu bukan soalnya..yg penting...pihak berwajib di malaysia telah memberitahu umum bahawa clare ni dah ada waran tangkap..dan interpol pun telah diberitahu utk mendapatkan kerjasama mereka..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 06:33 PM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 5-8-2015 06:13 PM
Itu bukan soalnya..soalnya artikal atau seksyen mana yg boleh didakwa sesaorang, parti boleh didak ...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2015 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
kudajantan77 replied at 5-8-2015 06:32 PM
Siapa yang sahkan laporan tu palsu Ankle AN?

Pikir baik2 sebelum jawab... nanti tang pasal2 ken ...

Takkan saya plak yg sahkan..tentulah pihak berwajib..

Ko plak boleh ke sahkan lapuran tu tidak palsu..ko pk baik2 sebelum menjawap...silap jawap ko boleh dilapurkan pada polis.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 06:44 PM | Show all posts
pdrm arrogant nak tunjuk kuasa walaupun dia tahu waran yg di keluarkan takkan di layan clare...rakyat amno boleh rasa kagum kut...rakyat lain nak muntah weh
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 06:46 PM | Show all posts
Kalau takde pihak sahkan laporan tu palsu cemana polis keluar waran atas alasan Claire menyebarkan laporan palsu?

Mmg boleh la Ankle lapur kat polis ... Malaysian Justice ... satu dunia dah tahu ... siapa lapor rasuah atau persoalkan benda2 bangang yg jadi kat Malaysia ni akan ditangkap ...

Malu sial jadi rakyat negara bangsat mcm ni ... kenapa tak pegi dok Aprika? ... bangsat tu sebab org macam Si Dogol tu la, apasal aku plak nak kena dok Aprika ... aku jawab siap2 ...   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2015 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
kudajantan77 replied at 5-8-2015 06:46 PM
Kalau takde pihak sahkan laporan tu palsu cemana polis keluar waran atas alasan Claire menyebarkan l ...

Memang ko tak boleh sahkan kan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2015 07:50 PM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 5-8-2015 07:37 PM
Memang ko tak boleh sahkan kan.

Mmg siapa pun tak boleh sahkan lagi laporan tu palsu sebab task force tak jalan, laporan audit tak keluar, PAC bubar ...
soalan aku ... APA ALASAN POLIS KELUARKAN WARAN?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2015 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
kudajantan77 replied at 5-8-2015 07:50 PM
Mmg siapa pun tak boleh sahkan lagi laporan tu palsu sebab task force tak jalan, laporan audit tak ...


So...tak payah kecohlah..waran tangkap pun bukan nak dakwa dia terus pun...baru nak siasat je.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak_Nogori replied at 5-8-2015 08:03 PM
So...tak payah kecohlah..waran tangkap pun bukan nak dakwa dia terus pun...baru nak siasat je.

Semoga najib,rosmah dan penyokong2 mereka dihukum dgan balasan setimpal dgan perbuatannya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 11:44 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 5-8-2015 11:12 PM
Semoga najib,rosmah dan penyokong2 mereka dihukum dgan balasan setimpal dgan perbuatannya.

Aminnnnnn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.068349 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list