Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) hari ini telah memuat naik ke dalam akaun Twitter mereka sekeping gambar yang memberikan informasi mengenai tatacara pakaian pelawat yang berurusan di jabatan berkenaan. Seperti mana yang kita semua sedia maklum, setiap jabatan kerajaan mempunyai kod etika berpakaian yang sopan dan bersesuaian untuk setiap pelawat yang datang berurusan, tanpa mengira kaum, agama dan jantina. Jika ada pelawat yang enggan mematuhi peraturan yang ditetapkan, pelawat tersebut tidak akan dibenarkan masuk. Peraturan tersebut adalah berdasarkan arahan rasmi yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara. Bagaimanapun, terdapat beberapa pihak dan individu yang tidak bersetuju dengan peraturan tersebut. Bagi mereka ianya adalah keterlaluan dan menghalang hak-hak berpakaian untuk setiap individu. Sebenarnya, arahan berpakaian sopan dan bersesuaian untuk setiap pelawat yang berurusan di jabatan-jabatan kerajaan adalah perkara yang mudah dan tidak membebankan sesiapa. Perlu difahami ianya adalah arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara yang mewakili kerajaan Malaysia, maka sebagai rakyat Malaysia yang taat dan setia, kita semua perlu akur akan arahan tersebut. ------------------------------------------------------------------------------ Nak masuk bangunan Parlimen atau Mahkamah pun kena ikut kod berpakaian yg telah ditetapkan... Bukan paksa pakai tudung pun...suruh pakai sopan je..
|