|
Author |
Post time 17-6-2016 09:54 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
pot16 replied at 15-6-2016 02:48 PM
Tahniah TT. Seronok dengar cerita tt. Saya sempat kerja di sabah 3 tahun, tak berapa sempat nak stud ...
Sy pernah dengar psl tu, kalau tak silap lantai tu sengaja dibasahkan nak tengok tetamu jenis sombong atau tak. Sy tak pasti amalan kaum apa, yg pasti bukan kaum dusun. Tapi tu amalan orang lama, sekarang dah tak ada amalan mcm tu so jgn bimbang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Akhirnya tt @luvAnne kembali berkarya...
Cuma nak tanya ..kak has 2 memng sakit sbb buatan org la ye? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 21-6-2016 10:41 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
BONDAFAD replied at 20-6-2016 10:36 PM
Akhirnya tt @luvAnne kembali berkarya...
Cuma nak tanya ..kak has 2 memng sakit sbb buatan org la y ...
Hehe.. Mood menulis tengah ada.. Kalau diikutkn kata perawat2, begitu la ceritanya..terkena buatan orang yang dengki.. Tak tau la siapa yang dengki, cuma sorang ja perawat yang tuduh perempuan indonesia tu.. Tapi Kak Has masa dah sihat ada bercerita, yang semasa mula2 sakit dulu, perempuan tu hari2 bawa mulut memburuk2 suami Kak Has, kononnya asal Kak Has balik kg, ada perempuan lain yang suami Kak Has bawa balik. Suami Kak Has kononnya bagitau mereka yang Kak Has dah diceraikan.. Jadi ada kemungkinan juga Kak Has terkena tekanan jiwa masa tu, sebab Kak Has orangnya suka memendam.. |
|
|
|
|
|
|
|
Susah gak...macam kes arwah kakak sy...xtau sakit ape tibe dr chubby jd slim lm masa 6 bulan.... org kate kena santau..ade kate tempias kena ke arwah
Memang sedih la sbb x sangka jadi camtu..
Cepat masa berlalu. Dah 16 tahun berlalu.yg paling sedih kemuncak lagu siti khadijah tgh femes masa 2...
Time sy buat persembahan kat asrama nyanyi lagu 2 menangis
Abah sy asyik ulang lagu 2 ..dulu pakai kaset
..sgt sedih...26 jun ni genap 16 tahun pemergian arwah.satu2 kakak yg sy ade |
|
|
|
|
|
|
|
pernah juga terjadi orang taman...
cuma versi lain sedikit.. kaklong ni bertunang dgn farid(bkn nama sebenar)
farid merupakan cikgu dan ketika itu terpaksa bertugas di pendalaman borneo.
tinggal lah kaklong di semenanjung persiapkan majlis bahagia mereka yg tak berapa lama lagi tiba.
semakin dekat tarikh utk menikah..
farid cuba mengelak panggilan telefon dari kaklong.. bukan kaklong saja malah keluarga farid sendiri..
seolah2 farid enggan kembali ke semenanjung sampailah keluarga farid jumpa perawat tradisional dan terbongkarlah..
farid dikenakan ilmu oleh anak muridnya sndiri..
anak muridnya suka dan jtuh cinta dgn farid dan tidak mahu melepaskan bahkan telah berkahwin disana.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 23-6-2016 10:58 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
BONDAFAD replied at 21-6-2016 10:27 PM
Susah gak...macam kes arwah kakak sy...xtau sakit ape tibe dr chubby jd slim lm masa 6 bulan.... org ...
Kesiannya.. Alfatihah untuk kakak awak, semoga ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 23-6-2016 11:04 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Zaien replied at 22-6-2016 04:21 PM
pernah juga terjadi orang taman...
cuma versi lain sedikit.. kaklong ni bertunang dgn farid(bkn n ...
Kdg2 saya pun takut nak masuk kwsn pedalaman..sebab ayah selalu ckp kemungkinan masih ada yang mengamalkan ilmu2 mcm ni. Kalau dah terpaksa masuk kena la beringat dan jaga perangai.. Nak ramah sgt pun x boleh, sombong lagi la tak boleh..
Jadi mcm mna dengan farid, dh ok ke sekarang? |
|
|
|
|
|
|
|
Kali ni nak cerita pasal kenan (tak berapa nak mistik).
Saya ada cerita dalam post2 belakang tentang Kak J yang jual tenggiling dan hasil guna untuk beli barang keperluan rumah. Sejujurnya saya pun tak tahu hukum duit hasil jualan tenggiling tu halal ka x. Tenggiling ni orang islam tak boleh makan kan? Betulkan saya klu saya tersilap.
Cerita 1 mengenai tenggiling. Oleh kerana harga yang mahal, ramai lah yang memburu tenggiling. Salah seorang bersama M. Boleh dikatakan hampir setiap kali M masuk hutan, selalu balik dengan tangan kosong, tapi dalam sebulan mesti akan dapat hasil. Aktiviti M tidak berhenti walaupun isterinya mengandung ketika itu. Akhirnya setelah anak lahir, ditakdirkan anak M ada pattern sisik tenggiling pada kedua belah kaki. Pattern tu masih ada sehingga sekarang walaupun anak dah besar. Mujurlah pattern saja bukan sisik betul.
Cerita 2: Masa mengandung anak sulung Ros dan suaminya Ed sangat suka memancing. Dalam seminggu 3-4 hari memancing. Masa anak mereka lahir, pada kedua2 belah cuping telinga baby ada lubang, bahagian depan dan belakang cuping, lubang tu lebih kurang saiz mata kail, mujurlah lubang tu tak tembus, kalau tak sisa2 dah ada lubang untuk masukkan subang..dahlah anak lelaki. Mujur baby tak sumbing.
Cerita 3: Masa mengandung R teringin nak makan sup labi. Hari2 mendesak suaminya untuk pergi menangkap labi. Akhirnya dengan berat hati suaminya pergi mencari labi, kemudian buatkan sup labi untuk isterinya. Ketika sedang makan tiba2 ada ahli keluarga ternampak lalu menegur R. "Eh..orang islam mana boleh makan labi, tu binatang 2 alam..haram" R sangat terkejut dan terus berhenti makan. Hari2 teringat akan makanan haram yang dah masuk perutnya. Akhirnya setelah anaknya lahir, kaki dan tangannya pendek. Manakala badan bulat leher pendek, kalau kita tengok memang akan terus teringat kura2/labi. Kesian baby dan R. Tapi R redha. Asalkan anaknya sihat. Budak tu sekarang dah besar panjang.
Cerita 4: Cerita ni dari ayah. Kata Ayah pada zaman 80 an dulu ada perempuan mengandung di kampung yang terlangkah tali untuk menambat kerbau. Perempuan tu mengandung hampir 1 tahun. Kata ayah dah terikut tempoh bunting kerbau. Tapi sy lupa pula nak tanya, perempuan tu selamat melahirkan atau tak.
Sekian cerita kali ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bestnya @luvAnne !!! Teruskan menulis ye... |
|
|
|
|
|
|
|
best TT |
|
|
|
|
|
|
|
betul2.. tidak boleh ramah sangat dan tak boleh sombong.. huhu
farid telah menikah dengan anak murid tersebut.. dan kluarga kaklong anggap tiada jodoh antara kaklong dan farid.
cuma farid mmg menetap disana jarang balik semenanjung.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 14-6-2017 09:49 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by luvAnne at 14-6-2017 09:56 PM
Salam ramadhan. Lama tak share cerita, tiba2 teringat kejadian kira2 16 tahun lepas. Masa tu dah penghujung ramadan. Penduduk kampung (kg mak) sedang membersihkan kawasan perkuburan. Seorang penduduk kampung ternampak sekeping gambar dicucuk jarum dari dalam tanah sebuah kubur, gambar terkeluar ketika penduduk sedang mencabut rumput di atas tanah kubur. Penduduk itu cepat2 memanggil haji i, iaitu orang yang mengetuai mereka ketika itu. Gambar dikenalpasti sebagai gambar pakcik r. (Abg sulung mak)
Haji I tidak membuang masa, terus mengirim pesan agar pakcik r segera datang ke rumahnya. Sebaik pakcik r datang haji i segera merawat pakcik r. Haji I bukan perawat(tak pernah mengaku/merawat) orang namun hari tu beliau terpaksa merawat(rezeki pakcik r). Rupa2nya pak cik r dah teruk, pak cik r dikenakan sejenis sihir yang dikenali sebagai 'lubuk'.
Saya tak pasti bagaimana sihir tu bertindak, yang saya tahu sihir tu memuja roh mangsa dan dikurungkan di satu tempat yang mana mangsa akan mati perlahan2. Secara zahirnya pak cik r nampak sihat, namun seolah2 jiwanya tiada, tubuh makin kurus dan sense makin kurang. Ketika berjalan boleh terlanggar pintu kerana kurang daya tumpuan. Menurut pak cik r setiap malam pakcik bermimpi arwah ibunya(nenek) meratap dan memberitahu pakcik agar jangan mengikutnya. Kejamnya si penyihir, Rupa2nya barang sihir tu ditanam dalam kubur nenek.
Menurut Haji I, orang yang melakukan sihir itu akan dapat diketahui, Haji I terpaksa mengembalikan sihir tersebut. Namun orang yang mengupah agak kuat pendampingnya. Haji I suruh pakcik r berhati2 kerana orang yang berniat jahat tidak mustahil akan mencuba lagi pada masa akan datang.
Ketika takbir raya bergema, kami dikejutkan dengan kematian misteri seorang warga Indonesia yang menyewa di kampung mak, kira2 100 m dari rumah pakcik r. Dikhabarkan keadaan mayatnya agak teruk, muntah darah dan tubuh kehitaman seolah2 dipukul teruk. Diklasifikasikan sebagai mati mengejut oleh pihak polis, namun pakcik r seakan tahu itulah orang yang diupah. Namun hal ini hanya diketahui oleh keluarga kami dan haji i sahaja.
Sejak kejadian itu hubungan keluarga kami dengan haji i makin rapat. Namun ikatan tersebut tidak lama kerana haji I meninggal dunia pada tahun 2002. Al fatihah Haji I, semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. |
|
|
|
|
|
|
|
Al fatihah untuk Haji I
Anyway.. nape ada org nak kenakan Pakcik R?
|
|
|
|
|
|
|
|
salam tt... ceritakan lagi pasal Muhammad ali tu boleh? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 16-6-2017 09:21 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
hazelinsnow replied at 15-6-2017 04:31 PM
Al fatihah untuk Haji I
Anyway.. nape ada org nak kenakan Pakcik R?
Hal tanah.. yang mengupah bukan org lain..keluarga sendiri. Tp tak cukup bukti nak berdepan dengan orang tu. Pak cik r masih sakit sampai skg.. sakit on off. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 16-6-2017 09:25 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
s@s@ replied at 16-6-2017 03:15 PM
salam tt... ceritakan lagi pasal Muhammad ali tu boleh?
Insyaallah.. tp bkn skg. Terlalu sedikit yang sy tahu tentang muhammad ali.. sy tambah maklumat dulu k.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kes dengki rupanyaa..
Apapun semoga Pakcik R lekas sembuh..
|
|
|
|
|
|
|
|
best penceritaan tuan rumah! teratur tersusun.sesuai dgn jiwa saya nak baca. |
|
|
|
|
|
|
|
orait... tq
|
|
|
|
|
|
|
| |
|