|
Pelakon Iklan Petronas, Ummi Khazriena Sekarang!
[Copy link]
|
|
Dah keluar kat fb..gambar derang..so cute |
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 posted on 16-8-2014 12:25 AM
Seriously, saya tak pernah menonton iklan tu walaupun kononnya dibuat 7 tahun lepas. Baru je perasan ...
Interview spontan..meaning ikhlas dari hati boboy dan gegirl tu |
|
|
|
|
|
|
|
mrsLucky posted on 16-8-2014 01:55 AM
Interview spontan..meaning ikhlas dari hati boboy dan gegirl tu
Ok,thank you. Kalau dibuat secara spontan, maka reaksi boy tu memang ikhlas cintanya kepada girl tu. Nampak sweet depa. |
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 posted on 15-8-2014 04:25 PM
Seriously, saya tak pernah menonton iklan tu walaupun kononnya dibuat 7 tahun lepas. Baru je perasan ...
Skrip spontan la sayang ... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah cantik, jd artis la lpsni |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi posted on 11-8-2014 11:27 PM
lawoooooooonya
patut tan ho ming tu minat
tp lain nya muka dia masa kecik ngn besor
hahahaa Suchi,,,statement yg terbaek dari Mu |
|
|
|
|
|
|
|
budak ni sangat sangat sangat sangat sangat. sangatsangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat
HOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOT!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Erti merdeka Hong Ming dan Ummi Khazriena
Oleh AHMAD ISYAFIQ MAD. DESA
SEDUTAN iklan Tan Hong Ming in Love yang popular ketika ulang tahun ke-50 kemerdekaan Malaysia.
--------------------------------------------------------------------------------
TUJUH tahun lalu ketika menjalani penggambaran sebuah iklan Petronas Merdeka, mereka tidak mengerti mesej yang cuba disampaikan. Pengolahan yang ringkas tanpa sebarang skrip, karya Allahyarham Yasmin Ahmad bertajuk Tan Hong Ming In Love berjaya membuka minda rakyat Malaysia memahami erti hidup berlainan bangsa dengan harmoni dari kaca mata kanak-kanak berusia tujuh tahun.
Adegan di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail 2, Kuala Lumpur itu masih berjaya mencuri perhatian jutaan rakyat Malaysia.
Usai ratusan ribu penonton di laman video YouTube, menonton iklan berdurasi kira-kira dua minit itu menyebabkan ramai tertanya-tanya ke manakah menghilang Tan Hong Ming dan Ummi Khazriena Skhrudin.
Kedua-dua pasangan tersebut yang kini berusia 14 tahun dipertemukan buat pertama kalinya untuk berkongsi harapan dan erti kemerdekaan Malaysia ke-57 tahun yang bakal disambut 31 Ogos nanti.
Jika dahulu ramai yang jatuh cinta dengan sepasang gigi arnab Hong Ming yang terserlah ketika melafazkan hasratnya mahu berkawan dengan Ummi Khazriena, kini gigi itu sudah tiada.
Masih kelihatan wajah keanak-anakan ketika berusia tujuh tahun, namun keperibadian Hong Ming berbeza kepada seorang remaja yang pemalu.
Pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur mengakui sering tertawa sendiri apabila menonton iklan tersebut seorang diri.
“Ia pengalaman seumur hidup yang tidak dapat saya lupakan. Segalanya berlaku dalam sekelip mata. Saya dirakam sebuah kamera kemudian diajukan soalan dan saya menjawab soalan itu dengan telus,” katanya.
Hanya kini Hong Ming berkata, dia mengerti mesej di sebalik iklan yang membawa maksud menjaga keharmonian dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.
“Kita sudah 57 tahun merdeka dan saya mahu ia terus merdeka untuk 50 tahun akan datang. Uniknya Malaysia ialah keupayaan pelbagai bangsa dan agama hidup dengan penuh harmoni.
KINI berusia 14 tahun, mereka mengharapkan Malaysia untuk terus aman dan maju selamanya.
--------------------------------------------------------------------------------
“Perkara paling penting ialah memahami budaya bangsa lain dan menghormati agama dan budaya mereka. Ini adalah harta yang perlu kita jaga,” katanya yang mahu menjadi arkitek dan menjadikan Nelson Mandela sebagai idolanya.
Beliau juga mahu Malaysia mempunyai rakyat dengan minda kelas pertama manakala pembangunan negara harus disusuli dengan rakyat yang mampu berfikiran matang.
Sementara itu, Ummi Khazriena yang mesra disapa sebagai Ryna pula mempunyai fahaman yang amat ringkas mengenai merdeka iaitu bebas daripada penjajah.
Katanya, kebebasan itu harus terbatas bersesuaian dengan budaya timur, kesopanan dan agama khususnya.
“Saya bersyukur dilahirkan sebagai anak Malaysia. Kita bebas bermain di luar, berasa selamat untuk ke mana sahaja dan negara kita makin maju,” kata pelajar SMK Subang Bestari, Shah Alam, Selangor itu.
Aktif dalam kokurikulum persatuan silat, Ummi Khazriena yang meminati bidang fotografi berkata, masyarakat Malaysia perlu belajar menerima perbezaan antara kaum dan menerima perbezaan itu dengan baik.
“Saya mempunyai ramai kawan dalam pelbagai bangsa di sekolah dan sering bertukar pandangan mengenai perbezaan kami. Kita mungkin berbeza daripada segi pengamalan budaya dan cara hidup serta agama, tetapi kita berkongsi mandat yang sama iaitu menjaga keamanan negara ini,” katanya penuh semangat.
Berkongsi mengenai harapannya terhadap Malaysia kira-kira 50 tahun akan datang, Ryna memberitahu, dia yakin Malaysia mampu mencapai impian Wawasan 2020 kerana negara mempunyai kepimpinan dan rakyat yang hebat.
Ryna yang juga turut meminati bidang pengacaraan dan lakonan merasa berbangga kerana suatu masa dahulu dia dan Hong Ming pernah diangkat sebagai ikon mengeratkan hubungan antara kaum rakyat Malaysia.
“Dahulu kami masih kanak-kanak. Sekarang usia kami memasuki alam remaja. Saya berharap iklan itu terus menjadi contoh dan lambang perpaduan negara,” katanya.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 1.htm#ixzz3ApBOeLBI
Hakcipta terpelihara |
|
|
|
|
|
|
|
i didnt know they dont have a script...
nice video btw..
|
|
|
|
|
|
|
|
cun gilerr kot minah nihh.... cmna plak rupa anak apek nihh |
|
|
|
|
|
|
|
Betol ke iklan sepontant ke di suruh berporno depan kamera |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah....haha malu3 kucing. Hehe...coney la ryna ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|