|
syasyafina posted on 2-8-2013 09:38 AM 
kalo jenis tak kisah, awat boleh jadi bekas suami kak noor?? maaf sekadar curious bertanya.. iolss ...
opocot!hehehehe..mau tau jgk.
|
|
|
|
|
|
|
|
cammie1711 posted on 2-8-2013 10:16 AM 
Betul kak..bukan isu besar pun kan...dh nama pun lelaki. Kekdg saya pun geram jugak ngn hubby, tap ...
Kembali kepada persoalan saya di awal tadi, apakah memasak dan mengemas rumah memang menjadi tugasan isteri? Apakah memasak dan mengemas rumah adalah tanggungjawab isteri? Kalau dilihat kepada tanggungjawab seorang isteri yang disenaraikan menurut tuntutan syariat, tidak tertulis pun bahawa seorang isteri perlu memasak atau mengemas rumah. Tanggungjawab dan kewajipan seorang isteri adalah untuk melayan suami pada setiap masa dan ketika. Diriwayatkan di dalam satu kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w: seorang wanita menunggu kepulangan suaminya ke rumah dalam keadaan dirinya berpakaian yang boleh menimbulkan keinginan suami untuk melakukan hubungan kelamin. Dijelaskan juga bahawa Rasulullah berpesan kepada para suami yang keluar dari rumah dan berjumpa dengan mana-mana wanita agar segera pulang untuk ‘bersama’ dengan isteri. Kenapa? Kerana lelaki mempunyai keinginan yang satu dan kuat dan menjadi tugas serta tanggungjawab isteri untuk melayani keinginan suami.
Ulamak juga pernah menjelaskan bahawa menjadi kewajipan seorang suami yang berkemampuan untuk menyediakan pembantu rumah kepada isterinya bagi membantu menguruskan kerja-kerja rumahtangga malah menjadi WAJIB jika isterinya itu memang berasal daripada keluarga yang sememangnya mempunyai pembantu rumah. Diriwayatkan juga bahawa Rasulullah s.a.w bertindak menjahit pakaiannya sendiri malah baginda juga turut menyusun kasut. Semua huraian dan penerangan ini menjelaskan bahawa memasak dan mengemas rumah bukanlah tugasan dan tanggungjawab isteri. Dalam erti kata lain, seorang isteri tidak boleh dimarahi apatah lagi diceraikan apabila beliau enggan atau malas melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak atau mengemas.
Namun, seperti yang selalu saya jelaskan: peranan, tugas dan tanggungjawab seorang isteri adalah untuk menjaga kebajikan suaminya. Maka adalah menjadi SATU BONUS JIKA ISTERI YANG MEMASAK DAN MENGEMAS RUMAH sendiri. Masih ingat lagi perbincangan saya mengenai Rahsia Air Tangan Wanita? Ya! Seperti yang saya jelaskan, tangan wanita mempunyai rahsia yang tersendiri dan yang paling penting, air tangan wanita mampu menambat kasih sayang seorang lelaki. Saya teringat pesanan Mak saya, walau sesibuk mana pun, usahakanlah juga untuk menyediakan sendiri hidangan untuk suami kerana kasih suami akan bertambah dan ‘melekat’ jika perutnya sentiasa di isi dengan hasil air tangan isteri. Secara logiknya juga, kasih suami akan bertambah jika isteri bijak menguruskan rumahtangga, menghias persekitaran dan mampu menyediakan hidangan yang lazat dan menyelerakan. Saya pernah mengendalikan kes seorang lelaki yang kembali mencari isteri pertama yang telah diceraikan gara-gara mengikut kehendak isteri kedua yang lebih muda dan cantik, dengan alasan isteri pertamanya bijak membaca selera makannya dan pandai menyediakan hidangan yang lazat untuk dirinya.
Namun, perlu diingat! Walaupun memasak dan mengemas rumah menjadi bonus kepada isteri untuk terus menawan hati suami bukan bererti isteri perlu melakukan segalanya bagai hamba. Penat di pejabat belum habis, dah perlu mengadap urusan di rumah sedangkan suami memanjakan diri di depan televisyen atau menghitung huruf di muka akhbar. Perkara sebegini TIDAK WAJAR BERLAKU. Kerja-kerja rumah PERLU DILAKUKAN BERSAMA-SAMA ataupun lakukanlah pembahagian tugas. Jika isteri sibuk di dapur, maka suami pula uruskanlah hal anak-anak. Suami juga boleh memasukkan pakaian yang hendak dicuci ke dalam mesin basuh ataupun menjemur pakaian yang telah dicuci di ampaian. Dalam zaman serba maju ini, jika wanita dah boleh melakukan pelbagai kerja yang sebelum ini dimonopoli oleh kaum lelaki, adalah wajar jika suami juga melakukan kerja-kerja yang dulunya dilakukan oleh kaum wanita. Dalam situasi ini, ibu bapa dan masyarakat perlu faham dan tidak mencari pasal. Isu ‘queen control’ tidak boleh diwujudkan jika suami membantu isteri melakukan kerja-kerja rumah.
kredit to handonfeet.blogspot
Last edited by im_cyclist on 3-8-2013 02:00 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
im_cyclist posted on 3-8-2013 12:56 AM 
Kembali kepada persoalan saya di awal tadi, apakah memasak dan mengemas rumah memang menjadi tugas ...
juling mata baca tulisan senget ni

|
|
|
|
|
|
|
|
leenaz posted on 3-8-2013 01:54 AM 
juling mata baca tulisan senget ni
oklh wa dh betulkn.
|
|
|
|
|
|
|
|
baca cerita TT ni, teringat aku kat mak..
aku lelaki, adik beradik 5 orang.
mak aku beranak selang 2 tahun sekali.
parent aku pun dua2 keje. sama macam TT..
tapi, abah kami masa kami kecik dulu, panas baran. mak selalu kena tengking, kami selalu kena pukul..
terutamanya along.. along selalu kena baling, libas tali pinggang, penyapu, lempang sampai masuk sekolah menengah. sekarang, along macam tak berapa betul, macam simpan dendam.. tapi ini ceritanya pasal abah.
suami panas baran + isteri mengandung 4 kali, tahan buat kerja rumah sambil kena maki, marah..
tapi ada masanya, abah baik juga, boleh diharap. cuma panas baran. bila dia duduk, kena tanya nak air ke tak. dia takkan mintak, kalau tak tanya, abah akan terus mengamuk sebab orang tak layan dia. dia duduk kat meja makan, kami kena cepat-cepat letak pinggan, isi nasi, bukak tudung saji dan hidang lauk, buat air sejuk untuk dia, kalau tak abah mengamuk. duduk tengok tv, kena ada teh panas.
bayangkan tengah mengandung anak ke-5, berlari buat kerja rumah, sambil melayan suami macam ni, plus kami adik-beradik 4 orang masa kecik yang huru-hara?
abah selalu OT, terpaksa sebab kami tak kaya.. hidup susah dulu.
mak tertekan, kena darah tinggi yang tahap bahaya,
selalu menangis.. selalu termenung.. selalu sakit kepala, lesu, banyak tidur..
balik kerja, mak mandi, terus tidur, bangun terus masak.. kadang-kadang masak dulu, baru tidur.
kami adik-beradik kena belajar buat kerja rumah sendiri,
umo 12 tahun, nak UPSR, along belajar masak.. nasi, goreng telur dengan kicap, fries, sosej, burger, dan lain2, in case kalau mama penat sangat, tak larat nak bangun..
aku umo 10 tahun, buat kerja rumah lain, basuh-sidai-lipat-simpan baju, basuh pinggan-mangkuk, kemas rumah lepas adik sepahkan, sapu-mop lantai, buang sampah, dan tolong jaga adik-adik yang kecik.
adik-adik aku, kitorang pesan jangan nakal-nakal je la.. ajar diorang kemas rumah dengan tengokkan baby, adik bongsu.
mak dengan abah selalu bergaduh depan kami.. kadang-kadang kunci pintu bilik, tapi menjerit-jerit bergaduh.. bila dah habis gaduh, mak menangis, abah muka merah padam marah. kami diam je, takut kena pukul pulak. keputusan periksa jangan cakaplah, tak dapat A memang teruk kami..
kami pun ada masa happy jugak, abah bawa gi bercuti, jalan-jalan,
tapi masa bercuti pun, abah selalu mengamuk..
sekarang, dah 11-12 tahun berlalu,
kami adik-beradik dah besar, pandai jaga diri dah..
hidup pun dah kurang susahnya, duit OT abah, abah beli rumah dan sewakannya, stabil ekonomi,
mak dengan abah pun dah tak bergaduh lagi. abah dah kurang baran, dah tua.
mak pun makin sihat, tapi setiap bulan masih pergi klinik lagi, check darah.
melalut dah aku ni..
sabarlah TT.. at least suami TT tak panas baran..
janganlah jadi macam family aku.. kesannya terasa sampai sekarang, walaupun semua dah baik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Syumaimah posted on 2-8-2013 09:51 PM 
Suami saya pun jenis tak rajin sgt buat keja rumah. Cuma dia rajin tolong basuh pinggan dan jaga kat ...
ni abe aji ajaq skit no
oang jantan depa blajaq thru MATA.. ok? tu cara lelaki blajaq apa2 pengalaman
so kalo nak suh depa rajin ka, nak suh depa buat itu ini ka, nak suh depa ada satu habit baik kaa..seeeeeeeeemuanya mesti melalui MATA
ni yang depa maksudkan bila di tanya suka isteri yang macam mana? esp masa depa bujang laaa , depa suka isteri dan mahu isteri YANG MEMAHAMI
memahami tu makna hangpa pompuan mesti tahu dan faham apa depa lelaki or suami buat melalui MATA hangpa or mata isteri, takyah bebel sound rungut or cakap..ni MODE lelaki, paham?
paling efektif..hangpa buat apa saja perlu di buat dan MAKE SURE DIA NAMPAK dan hangpa jangan cakap apa apa, jangan rungut jangan bebel, fokus wat keje, wat muke masam pun tak pe..tapi kalo wat keje ngan muke masam nanti letih, so fokus aje keje tu mana mampu dan larat..yang penting DIA NAMPAK!
mende ni cara nak ajaq lelaki, baik anak lelaki or lelaki dewasa, malah dari sudut soang ketua lelaki dan pengikut nya lelaki, ni cara nya, macam apprenticeship tu ler, macam mentor dan protege, macam mahaguru dan anak murid nya..ni ler cara terbaik soang lelaki belajar
so cik kak sini, kalo nak ajaq suami apa2 mende, kene cara cam ni gak, toksah buang karen dok bebel or rungut, takkan efektif punye
tapi kalo pompuan depa terbalik, depa tak ikut mata kalo belajo apa pun tapi ikut telinge..ikut sound i.e audio, kalo lelaki tu visual or mata
pompuan ni kalo lelaki muke cam bontot gajah sekali pun tapi suaraaaaaa lelaki tu deep gitu kendian softttttt tender dan slowww je dia cakap menandakan kelembutan ..pompuan tu akan ikut..haaaa btui dak cik kak?
pada abe aji tak susah nak didik pompuan, yang susah didik jantan
dengan pompuan kita cakap aje baik2 lembut2 sopan2..nanti dia dengar terharu terpegun dan naness or gelak suka..abissss pelajarannnn
tapi ngan jantan kene TUNJUK macam mana, kene kasik dia NAMPAK dan TENGUK walo dia curi2 TENGUK..kene kasik dia curious or ingin tahu or motibasi ..dan seme ni kene dengan cara VISUAL or LIHAT
kalo cik kak tak caya..leh cuba
saya dah cuba, saya lelaki dan ada pengikut lelaki dan depa ikut hanya setelah DEPA NAMPAK , ni masa bab sukan dan pilih kapten oang lain pilih saya jadi kapten, saya tak mintak pun dan bila ramai mau saya jadi so terpaksa la kecuali de kawan saya soang ni agak tak setuju, tapi bila masa main dia TENGUK sendiri camna saya main dia yang terkinja2 asikkkkk dok pangey kapten kaptennn, kawan baik tuh dan kawan yang sama sebelum nih gak cukup susah nak suruh kemas rumah tapi saya diammmm aje..saya sendiri kemas rumah..naik berkilat macam brand new, abis steam karpet dapoq seme2 nampak macam brand new dan dia sendiri pandai amik mop dan buat sendiri..saya tak suruh pun
so PENGALAMAN HIDUP macam tu buat saya terfikir MENTALITI lelaki, so penting esp para ibu dan cik kak sini yang ada ANAK LELAKI tahu mende ni, anak lelaki tu esp blajaq thru mata depa tentang ayah dan ibu depa dan anak pompuan tu blajaq thru telinga depa tentang ayah dan ibu
so perempuan mudah terima fitnah or cakap oang misalan nya lah berbanding lelaki
dan lelaki mudah mendakwa bukan bukan hanya dengan MELIHAT tapi tak tambah usaha usul priksa or selidik MENDALAM lagi
so baik pompuan or lelaki dengan kaedah yang semulajadi ni, keduanya wajar tambah seldiik lagi kalo terima apa apa berita, malah itu yang quran anjurkan, seldiik dan siasat LAGI
arap ibu2 kat sini esp, faham apa abe aji cuba terangkan no? nak kasik duit raya abe aji tadak duitttt..abe aji kasik tips dari pengalaman idup, bleh laa kan? selamat hari raya maaf zahir and batinnnnnnnnnnnn
|
|
|
|
|
|
|
|
Dulu masa bapak aku muda2,die pon mcm husb tt..ni mak aku la cite..anak lelaki sulung,org dolu2 mmg xbg buat keje lgsg..duk kat depan ke tggu mknn siap hidang.. Mak aku ckp, die slow2 train bapak aku masa dah kawen..kena suruh buat,mntak tlg smpai die terbiasa buat..bile dah terbiasa, die automatik akan buat keje tu tanpa disuruh.. So aku boleh ckp bapak aku mmg boleh diharap skang..dulu semanja2 anak bapak aku tu.. Masa mak aku pantang pon,die yg buat keje sume..mak aku ckp, die releks je...mak aku pantang kat rumah, sbb kg jauh..bapak aku la yg jaga mak aku masa pantang..
Disebabkan bapak aku terror buat keje rumah ngn mak aku skali gilir2, anak dorg hampeh xreti buat..hahaha..abah aku mop lantai,basuh pggan,cuci baju, sidai,masak pon sedap.. 1keje je yg die xkan buat, iaitu lipat kain..yg tu aku xpenah tgk lagi..huhu |
|
|
|
|
|
|
|
adik kena cari cara untuk mudahkan kerja, sebab habit suami yang macam ni dah dipupuk dari kecik, memang sudah nak diubah. Boleh ubah, tapi ambik masa dan kena sabar. Buat masa ini, cuba selesaikan masalah sekarang ....tambah lagi ada baby nanti.
1. Ambik daily maid untuk buat kerja berat macam basuh pinggan mangkuk, mop rumah dan lipat baju. Masa akak pregnant dulu, ambik seminggu sekali je. Suami kita lebihkurang sama masa mula2 kawin dulu. Alhamdulillah sekarang dah banyak berubah.
2. Letak kandang kucing kt luar rumah. Lebih2 ada baby nanti, tak elok ada kucing dalam rumah. Dengan bulu dan najisnya tu.
3. Kalau tak mau ambik maid, mudahkan kerja. Semua kain baju terus gantung kat hanger masa sidai, dan gantung terus dengan hanger tu sekali dalam almari/besi penyidai. Sediakan bekas2 khas untuk benda2 kecik, lepas ambil dari jemuran, campak je dalam bekas2 tu. Tak yah lipat.
4. Bila kucing takde, rumah tak perlu sapu dan mop hari2. Kalau boleh, tak payah bela kucing masa anak2 kecik ni. Esok2 bila anak dah pandai tolong, boleh bela balik.
5. Buat masa ni, kalau betul2 tak larat, makan dalam pinggan/bekas pakai buang je. Stail jamuan raya. Biar sinki kosong.
6. Pastikan suami ada sekali masa bersalin nanti, biar dia tengok dari A sampai Z. Suami akak dulu berubah banyak lepas tu.
7. Memang kena cakap ayat 'minta tolong' tu. Jangan jemu dan jangan bagi hint. Dia takkan faham.
|
|
|
|
|
|
|
|
nadirahalim posted on 3-8-2013 07:14 AM 
Dulu masa bapak aku muda2,die pon mcm husb tt..ni mak aku la cite..anak lelaki sulung,org dolu2 mmg ...
samalah ngan aku.....
aku bleh buat semua kerja bini aku time dia pregnant kecuali lipat kain.....
bila aku try lipat, bentuknya x sama...pastu aku tinggal je...
|
|
|
|
|
|
|
|
keraskhejong posted on 3-8-2013 08:40 AM
samalah ngan aku.....
aku bleh buat semua kerja bini aku time dia pregnant kecuali lipat kain.... ...
Hahaha lelaki mmg tak suka lipat kain agaknye..kalau mak aku blk kg,sume ok je,kecuali kain xlipat tggi mcm gunung..
|
|
|
|
|
|
|
|
ajinomotonosuga posted on 3-8-2013 07:13 AM
ni abe aji ajaq skit no
oang jantan depa blajaq thru MATA.. ok? tu cara lelaki blajaq apa2 p ...
perkongsian yang bagus abe aji... baru tahu... hehehe... terima kasih ya... nanti nak praktik
|
|
|
|
|
|
|
|
sunflower83 posted on 2-8-2013 09:38 AM 
sbnrnye bukan pembersih sgt.. tp tu rutin kerja hari2..
rumah mmg hari2 kena sapu, sbb kucing guna ...
tkpelah dik..tu bhgian masing2..redha jek la jd isteri pd seorang suami..ada untung nasib dalam berumahtangga..walaupun dia ada kekurangan kat situ, inshaa allah, ada kelebihan dia yg lain yg kita tk nampak..dan sebenarnye kita yg buat2 tak npk...
jgn bkira sgt dlm berumahtangga ni..alhamdulilah, hubby akak jenis yg ringan tulang..semua keje umah, memang dia yg settle kan..akak hya uruskan dapo dan perut dia jek... dia tak la romantik mna, dan kdg kala akak jd terasa hati dgn sikap dia yg satu tu..tk pnh nk tunjukkan kasih syg dia ngn kata2 @ perbuatan..tp, akak tahu, dia syg akak dunia akhirat, cuma cara tu dia tk dpt nk luahkan..
dn kdg2 akak bfikir, napela akak nk sesakkan kepala besar2kan isu ngn benda2 cmtu..benda tu kecik jek sbnr nye,,kita yg besar2kan..
selalunye, akak akan bg dua pendapat jek..ikut @ abaikan...abaikan tu bukan bmaksud kita ingkar arahan suami..tp nk bg dia pengajaran sikit..bukan nk melawan ngn kata2..kalo dh dia kata camtu, tk yah buat..biarkan..so, adik biarkan jek..kalo nk buat gak..buat tuk sdiri punya jek..basuh baju adik sdiri, lps mkn, basuh sendiri, sok2 baju dia dh byk tk basuh, baru dia akan bfikir..then bila dia ungkit nape tk basuh baju dia..time tu baru pulangkan paku buah keras..bukan susah pun nk psikologi suami mcm tu...kalo kita btengkar mulut, kalo kita yg kalah, hati kita gak yg sakit..kn? tul tak..haha akak ko ni ngajar ntah ape2 jek kn..
kalo nk ikut, ko ikutkan jek lah pangai suami tu..dh memang sejak azali pangai dia cmtu..nk buat cmne..rebung dh jd buluh lemang..susah nk lentur lg..tp, ko kena redha la...pahala seorang isteri tu..jgn ungkit2..nnti jd dosa lak kalo tk ikhlas..beralah tk semestinye kita kalah, tp mengalah utk kebaikan bsama..
so..up to u sis..
|
|
|
|
|
|
|
|
Syumaimah posted on 3-8-2013 09:35 AM 
perkongsian yang bagus abe aji... baru tahu... hehehe... terima kasih ya... nanti nak praktik
praktikkk.. jangan tak praktikkk hihihi
jangan stress sangat..tak elokkk untuk baby lam perut tuu okkk? kalo strressss sang ibu, anak kandungan leh kene down syndrome haa..cian dia
DNA manusia ni bukan mende tetap..misal kalo ko expose to chemical hazard selalu pun bahaya, bahan2 kimia toksik seme2 tu..tak elok esp untuk ibu hamil
untuk ibu hamil depa kene dok situasi macam lam sorga seme2 indahh seme2 bersih seme2 nyaaaaaamann gitew
nanti nak lahirkan pun senang aje..baby lahir2 terus senyum riangg..cakkkkkkkkk gitu haa
ni kalo stresss manjang haa camno nak senang kuo?
dengan suami ko tu ko jangan banyak cakap tapi ko kene tunjuk.. apa ko buat tu dah btui laah tapi ko tak tahan perasaan aje..maybe pada abe aji ko asikkkkkk fikirkan pasal bila suami nak tolong, toksah fikir bilaaaaaa, toksah fikir dan berharap besok kut, lusa kut dia jadi rajin..toksahhh cam tuh k?
kalo ko fikir nanti ko resah sedih sakit hati dan bila ko layan emosi ko tu lojik la lama2 ko stress jadi depress ,anxious jadi anxiety seme ni akan buat ko produce toksin dalam badan, cortisol ko bertambah so tak elok untuk baby esp ko sarat tuh,
tarikkkkk napas panjang2, relaxxxxxx, ingat tuhan ingat rasul, baca sirah nabi baca sejarah perlakuan nabi (ni actually jadi bahan wajib bacaan suami) ko cakap kat diri ko , kalo aku nasib tak baik tentu ada oang nasib laaaaaaaaagi tak baik..patut aku syukurrrrrr so ko istighfar dan alhamduillah aje..ni zikir gak, ni ingat tuhan gak, lepeh tu ko pikir pasal apa perlu buat short term and long term..ko kene ada JADUAL..ko buat aje toksah tanya suami dan kalo dia tanya jawap acuh tak acuh aje...dan rasa terpencil
bila ko asik mintak tolong dia..so dia rasa ko perlukan dia dan sebagai jantan yang salu egi besar tapi tadak isi cam biasa, depa kaum jantan akan cakap ye ye ok ok tapi tak buat gak, sebab depa suke ko mengadap raja macam depa dan memohon dan merayu dan mintak belas kasihan, ni kire emosional torturing gak so pada abe aji toksah dah seme tu..toksah cakap apa pun kecuali perlu..apa dia tanya sepatah ko cakap suku patah
cik kak sini patut kene bincang cara2 mendidik suami, abe aji de buat posting pasal tu sejak dulu, kalo suami terdidik banyak pekara lain terdidik
kalo didik anak tapi suami lagu tuuuuuuu aje..masalah tetap sama, btui dak? kalo KETUA btui seme2 jadi senang , bukan nak kata gerenti or di jamin btui sebab isteri dan anak nabi pun ada ingkar tapi KEBANYAKAN nya bila ketua ok seme lain ok..
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku as a man paling xsuka perempuan yg pengemas sgt melmpau dan kemudian nak training aku jdi mcm dia jgk..org rumh aku dulu so-so je, aku mmg gajikan maid seminggu dua kali dari pukul 9pg sampai 5 ptg..aku xtahu rate tempat ko..tapi tempat aku xmhl sgt dlm 80 ringgit seminggu dan byr cukup bulan, aku cuma suka dia gosok baju sbb aku mmg mls nk gosok baju, iron pun guna steamer je..tempat air tu aku beli siap2 penapis air yg dari paip tu..
Koorg dua2 kerja, aku fhm sgt dgn perasaan TT tu dan aku pun bengang jgk dgn mentality laki ko yg xbole berfikir nk menyenangkan kerja..ko kna ckp kt laki ko..kalau dia xnk tolong hired maid perday,suruh dia sediakan kemudahan utk myenangkan kerja ko..sbb dia xnak tolong jdi dia kna spend sone money utk itu..
Kdg2 ko rasa perkara ni xkan buat hidup ko dgn suami berpecah belah..tapi ko tahu x knp lelaki ada perempuan luar, sbb bila balik dia rasa semak dgn org rumah dia..dia kawib nak enjoi hepi2 bkn nak dibebel dan stress..tapi tak adil bagi pihak ko..so ko kena berbincg..kalau bincg xjln..ko tolong diam..jgn berckp langsung@ ckp yg penting je dgn laki ko..sbb org lelaki lebih susah hati bila wife dia diam..sbb dia akn fikir wife dia sdg memikirkn tindakkan utk jln keluar..semoga berjaya.. |
|
|
|
|
|
|
|
utk masalah TT, aku rasa mungkin x dpt la nk hubby tlg semua..mungkin pelan2 boleh suruh dia buat satu task this week..minggu depan satu task..kalau nk harap dia multitasking mcm TT mmg xdpt la..
sbb aku ni jenis x kisah rumah bersepah..aku jenis buat perkara wajib je..mcm basuh baju..ironing baju..so why not, buat list perkara yg priority..mana blh lepas tgn..mana yg mmg kena buat..tp aku pn faham kalau jenis org nk semua teratur, kemas..mmg dia cepat sakit ati kalau apa dpn mata dia x mcm apa yg dia nak..sbb tu TT wpn kudrat xde..nk buat jgk keje2 rumah spy puas ati |
|
|
|
|
|
|
|
Well to be honest,aku pun jenis mata cepat berbulu bila tengok rumah bersepah sbb aku idup dgn seorang ibu yang cerewet ya amat tentang aspek kebersihan dan kekemasan.until now laki aku kalau balik umah parent aku dia mesti sebut takutnya nak buat apa2 pun,hatta nak letak jam atas meja makan pun dia xbrani takut mak aku nampak semak!
Tapi adakah bende yg sm aku apply dlm rumahtangga aku?Taaakk..walaupn aku mmg cepat panas ati kalau nmpk rumah bersepah tapi aku cuba adapt dgn situasi dn keselesaan laki aku..Drngan anak kecik 2 orang tak mampulah nak expect rumah indah bak istana..Bukan bermakna kita suka idup dlm suasana sepah2 mcm titanic pecah,tapi mana yg boleh kita tolerate,kita tolerate..kemas setakat termampu.Nak ikut cara mak aku yang s etiap 3 jam sekali menyapu rumah guna penyapu lidi,tak dayee ambo dowh..!Dia superwoman lainlaa..:p
Ehh kita bebel pjg2 ni,Tt baca ke dak ni? Senyap jerk takde apa2 respond..Ntah2 dah terbersalin apa?
Good luck ye tt.. Ada baby esok makanya fasa baru pun bermula.. Dan kemungkinan anda juga akan mula belajar utk mensesuaikan diri dgn keadaan sesama even terpaksa mentranform diri menjadi orang lain seketika... |
|
|
|
|
|
|
|
Typo correction: keadaan semasa, bukan 'keadaan sesama'...guna hp cmtula, xdan nak proof read!:d |
|
|
|
|
|
|
|
lavacall posted on 2-8-2013 12:03 PM 
kalau nak kerja tu sempurna...biar pakar yg buat..
pompuan kan pakar dlm hal kemas mengemas...
...
Pakar kemas mengemas ni keje pakwe skema aku...... rumah dia habuk pun susah nk nampak, sblm tidur sempat mop lantai..... so dia mmg patut buat semua kerja rumah klu kawin dgn sesapa nnt...... aku sub kt bibik je.... aku pakar mkn kek & malas2......
|
|
|
|
|
|
|
|
beldandy posted on 2-8-2013 03:43 PM 
kat mana ada jual coway ni yg ada discount?
mana ada discount lah. 
ianya dianggap rental sebab kita kena bayar bulan2.
pastu maintenance selama rental tu free tau.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|