CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: perang_sivil

SEMBANG, CORAT-CORET, BINCANG DAN KONGSI PENDAPAT OLIMPIK LONDON 2012

[Copy link]
Post time 2-8-2012 11:12 AM | Show all posts
Day 5 of the London 2012




Sayaka Sato of Japan withdraws with injury


Norway take on Republic of Korea in the women's Handball


Tom Cleverley of Great Britain jumps for a header against Uruguay


Maggie Steffens of the USA is tackled by Pilar Pena Carrasco of Spain





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2012 01:30 PM | Show all posts
*Terus hendak bersara katanya *

Olimpik: Yu Yang bersara daripada badminton

BEIJING: Pemain badminton wanita China, Yu Yang yang disingkirkan menyertai Olimpik kerana mengatur perlawanan mengumumkan persaraannya daripada sukan itu dan menyifatkan impiannya musnah.

“Ia adalah kali terakhir saya bertanding. Selamat tinggal Persekutuan Badminton Dunia, selamat tinggal sukan badminton yang saya sayangi,” katanya ketika mengumumkan keputusan itu menerusi mikroblog, Weibo di sini, sebentar tadi. - AFP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 02:48 PM | Show all posts
haiku posted on 2-8-2012 01:30 PM
*Terus hendak bersara katanya *

Olimpik: Yu Yang bersara daripada badminton

ingatkan lin dan yg umumkan bersara awal
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 02:50 PM | Show all posts
matsyeh posted on 2-8-2012 11:12 AM
Day 5 of the London 2012

mat, gambo2 chong wei kalahkan simon sontoso indo tak ada ker?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 03:11 PM | Show all posts
sitihawa posted on 2-8-2012 02:50 PM
mat, gambo2 chong wei kalahkan simon sontoso indo tak ada ker?













Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 03:21 PM | Show all posts
matsyeh posted on 2-8-2012 03:11 PM

heeeeee tq. tak kesempatan ar nak folo sukan2 sangat sebab bulan puasa ni cam terhad jer masa. malam, pas buka poser g terawih, balik rehat kejab , wat itu ini, terus masuk tido . kang nak bgn sahur laks
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2012 05:27 PM | Show all posts
BADMINTON
----------------
KOO KIEN KEAT-TAN BOON HEONG mara ke separuh akhir apabila menewaskan ISARA BODIN-JONGJIT MANEEPONG (THAI) 21-16, 21-18 dalam acara Lelaki Bergu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 07:07 PM | Show all posts
matsyeh posted on 2-8-2012 05:27 PM
BADMINTON
----------------
KOO KIEN KEAT-TAN BOON HEONG mara ke separuh akhir apabila menewaskan I ...

gamba-gamba
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2012 10:40 PM | Show all posts
Sukan Olimpik: Koo/Tan Mara Ke Separuh Akhir

LONDON: Beregu nombor lapan dunia Koo Kien Keat/Tan Boon Heong menempah tiket ke separuh akhir beregu lelaki apabila menumpaskan pasangan Thailand pada perlawanan suku akhir Olimpik 2012 di Wembley Arena, di sini, Khamis.

Beregu Malaysia itu mengalahkan Isara Bodin/Jongit Maneepong 21-16, 21-18 dalam masa 43 minit untuk bertemu beregu nombor dua dunia Cai Yun/Fu Haifeng dari China Sabtu ini.

Pasangan negara Tembok Besar itu mengalahkan rakan senegara mereka ChaiBiao/Guo Zhendong 21-15, 21-19 dalam satu lagi perlawanan suku akhir.

Dalam set pertama, Koo/Tan tidak menghadapi cabaran sengit dan melangkah mudah hingga berjaya mengumpul mata 9-0, 15-7 dan 19-13, sebelum pasangan Thailand yang menduduki ranking ke-19 dunia itu memperoleh empat mata mudah daripada mereka.

Bagaimanapun, Koo/Tan berjaya menyekat kebangkitan mereka dan memungut dua mata lagi sebelum menamatkan permainan dengan 21-16 dalam masa 17 minit.

Dalam set kedua, pasangan Malaysia itu terus mengutip mata demi mata tanpa banyak rintangan hingga ke peringkat 5-2, 12-5, 15-7.

Bagaimanapun, pada kedudukan 18-14, mereka kelihatan menghadapi tekanan untuk menamatkan perlawanan dengan pantas dan ini memberi ruang kepada pasangan Thailand untuk meraih tiga mata pada kedudukan 19-17.

Sebagai pemain berpengalaman, keadaan itu mampu diatasi dengan mudah oleh Koo dan Tan apabila mereka mengutip dua mata akhir untuk menamatkan perlawanan selama 23 minit itu dengan mata 21-18.

Koo berkata, dia yakin mampu mengalahkan pasangan Thailand itu, walaupun di peringkat Olimpik, apa saja boleh berlaku.

"Saya terpaksa korbankan tidur saya malam tadi. Setiap bunyi, walau yang paling perlahan sekalipun, akan menarik perhatian saya kerana saya sentiasa memikirkan tentang cabaran pada peringkat suku akhir hari ini," katanya.

Koo berkata, pertemuan dengan beregu China Sabtu ini melatakkannya dan Tan dua langkah lagi daripada meraih pingat emas Olimpik.

"Kami ingin mencapai yang terbaik dalam kerjaya kami, tapi kami tak mahu menekan diri sendiri. Walaupun tekanan pada peringkat separuh akhir lebih hebatdaripada peringkat suku akhir, tetapi kami tak mahu terlalu memikirkannya," kata Koo.

Rekod pertarungan mereka dengan Cai Yun/Fu Haifeng sebelum ini ialah 4:9, yang memberi kelebihan kepada pasangan China itu.

Pada perlawanan terakhir mereka tahun ini iaitu kejohanan Piala Thomas di China pada Mei, beregu China itu mengalahkan pasangan Koo/Tan 21-17, 21-18.

Sementara itu, jurulatih kebangsaan Tan Kim Her berkata, beliau agak lega apabila anak didiknya berjaya menumpaskan pasangan muda dari negara yang berjiran dengan Malasyia itu.

"Bermain menentang Cai Yun, Fu Haifeng, peluangnya ialah 50-50. Tapi, kalau mereka dapat kalahkan pasangan itu, saya berani mengatakan pingat emas Olimpik 2012 akan menjadi milik mereka," katanya.

Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, Chung Jae Sung/Lee Yong Dae dari Korea Selatan mengalahkan pasangan Indonesia Mohamad Ahsan/Bona Septano 21-12, 21-16, yang akan mempertemukan mereka dengan pasangan Mathias Boe/Carsten Mogensen dari Denmark dalam satu lagi perlawanan separuh akhir Sabtu ini.

Dalam perlawanan peringkat suku akhir hari ini, pasangan Denmark itu menumpaskan Fang Chieh Min/Lee Sheng Mu dari Taiwan 21-16, 21-18. - BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 10:54 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 11:16 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2012 11:19 PM | Show all posts
haiku posted on 2-8-2012 11:16 PM

Nyum...myum...nyum... 28 jota rakyat Malaysia, jom serbu Baskin and Robbin....
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2012 12:03 AM | Show all posts
ala.. time posa.. bole la cakap... pastu lps mgrib berderu2 la.. org islam beratur??
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2012 08:38 AM | Show all posts
Peluang Khairul cipta kejutan



KHAIRUL Anuar Mohamad perlu memiliki kekuatan mental untuk memenangi perlawa- nan menentang pemanah tuan rumah, Larry Godfrey pada pusingan ketiga acara recurve individu lelaki hari ini.

Memang bukan mudah untuknya berdepan sorakan ribuan penyokong tuan rumah, namun itulah hakikat yang perlu dilalui pemanah negara kita hari ini apabila turun menentang Godfrey bagi penentuan ke suku akhir acara individu pada saingan yang akan berlangsung di Lord's Cricket Ground, London.

Pengurus pasukan memanah negara, Tan Sri Abdul Halil Abd. Mutalif berkata, tekanan daripada penonton tuan rumah telah dijangka dan beliau telah meminta Khairul agar tidak mempedulikannya dan kekal fokus ketika beraksi.

"Saya percaya Khairul mempunyai peluang yang cerah. Setakat ini dia mampu mengatasi perasaan gementarnya dan saya menasihatkannya bermain seperti biasa tanpa ada teka- nan. Mereka tidak pernah bertemu sebelum ini.

"Bagaimanapun, semuanya akan bergantung pada permainan esok (hari ini). Kalau fikiran Khairul tenang bermakna semuanya akan berjalan lancar," katanya semalam.

Khairul melakukan kejutan dalam kem memanah negara sebelum layak ke pusingan ketiga selepas menewaskan pemanah China, Xing Yu 6-5 dan sebelum itu dia mengatasi rakan sepasukan, Cheng Chu Sian 6-4.

Jika dia berjaya meraih kemenangan pada aksi hari ini, ia akan melayakkan Khiarul ke pusingan suku akhir.

Empat tahun lalu pada Sukan Olimpik Beijing, hanya Chu Sian menjadi peserta tunggal negara ketika itu yang mara sehingga ke saingan suku akhir individu tetapi dia tewas kepada pemanah Itali dengan satu mata.

Dalam pada itu, Ketua Kontinjen negara ke Sukan Olimpik London, Tun Ahmad Sarji Abd. Hamid berkata, beliau yakin Khairul dapat menangani tekanan sepertimana yang dilakukannya semasa menentang pemain China sebelum ini.

"Semasa menentang Xiang Yu, dia tenang melepaskan anak panahnya biarpun sorakan penyokong lawan begitu kuat," katanya

Source : Kosmo 03/08/2012

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2012 09:48 AM | Show all posts
MALAYSIANS IN ACTION

03 August 2012

01:02:00 : Badminton - Men's Singles Quarterfinal
17:00:00 : Archery - Men's Individual 1/8 Eliminations 148
20:00:00 : Sailing - Laser - Men's One Person Dinghy - Race 07
21:30:00 : Badminton - Men's Singles Semi-Final
21:40:00 : Sailing - Laser - Men's One Person Dinghy - Race 08
22:30:00 : Diving - Women's 3m Springboard Preliminary

04 August 2012
00:05:00 : Cycling Track - Women's Keirin First Round - Heat 2
20:00:00 : Sailing - Laser - Men's One Person Dinghy - Race 09
21:15:00 : Sailing - Laser - Men's One Person Dinghy - Race 10
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2012 09:50 AM | Show all posts
PUNGUTAN PINGAT TERKINI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2012 01:06 PM | Show all posts
Nesta13 posted on 28-7-2012 08:39 AM
gud luck harimau....

company/individu mana lah yg dilantik utk design baju2 kontinjen kita ni..patut masa nilah company/individu yg dilantik tuh buat design yg betul2 boleh banggakan Malaysia.Masa ni lah diorg patut naikkan nama company/nama sendiri.inilah sumbangan diorg walau diorg tkdihantar bersukan ke olimpik. gunakan peluang yg ada ni beri sedikit sumbangan kpd negara kerana design pakaian yg elok & menarik warnanya kpd kontinjen negara.kesian kontinjen yg berarak..mesti ker warna kuning & hitam? ada pulak terselit warna merah pulak tu. aduhai..yg lelaki dh mcm pakaian dari org apa kat sabah/sarawak tu..ada vest pulak dgn tanjak?..kontra pulak tu warnanya..bukan biasanya bersongkok ker?kalau nak jugak dua warna tu (sbb simbolik harimau malaya) make sure la semenggah skit design baju tu..aduhai company/individu + KBSN..xde taste langsung..kesian..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2012 01:11 PM | Show all posts
Ryan Giggs..finally, kemunculan pertama antarabangsa..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2012 03:43 PM | Show all posts








Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2012 03:45 PM | Show all posts








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.068770 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list